Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

65 ; proposal on a trip

“ Her Bad Boy - 65 ”

• Proposal on A Trip •

⬜⬜⬜⬜⬜

그 찰나에 시간의 그 모습을 놓친 내 마음이 아쉬워해
후회가 돼 다시 그 찰나가 있기를
달빛조각 하나하나 모아 조명을 만들 테니
어제와 같은 모습으로 내 앞에 와주세요.

That you missed that moment of time I feel sorry for my heart
I regret it, I hope have that chance again
I'll collect a piece of moonlight and make a light
Come in front of me like you did yesterday

- V, Scenery

⬜⬜⬜⬜⬜

Rachel's Pov

Akhirnya, lebih kurang sejam kami berada di dalam pesawat, kami telah tiba di Jeju pada pukul 5 petang. Taehyung bercadang untuk ke tempat penginapan yang telah ditempah dahulu sebelum keluar untuk makan malam dan bersiar-siar.

"Sayang? Jom."

Suara Taehyung mematikan lamunanku yang asyik melihat orang yang lalu-lalang di situ. Dah lama tak datang sini, kali terakhir aku jejak kaki ke Jeju adalah semasa ibu bapaku masih ada di dunia.

Taehyung menarik dua bagasi milik kami dengan sebuah beg galas di belakang badannya. Hyunsuk pula berada di dukunganku. Aku agak bersyukur sebab Hyunsuk tak adalah berat mana, jadi aku masih punya kudrat untuk dukung dia lama-lama.

"Jjan! Our car for three days." Taehyung mendepa tangannya di hadapan sebuah kereta Hyundai Ioniq versi Hybrid yang telah disewanya untuk kegunaan kami sepanjang tiga hari ini. Aku tersenyum kegirangan melihat kereta keluaran Hyundai itu.

"Jauh ke tempat tidur kita tu?" Aku bertanya saat kereta itu mula bergerak meninggalkan lapangan terbang. Hyunsuk yang ada di ribaku mula merengek perlahan.

"Tak jauh, dalam dua puluh minit macam tu dah sampai. Bagi susu kat Hyunsuk tu," balas Taehyung sambil cekap memandu. Aku tersengih mendengarnya lantas aku keluarkan botol susu Hyunsuk yang sudah siap dibancuh dari rumah tadi.

"Wah, awak memang dah jadi seorang papa." Aku tergelak sedikit saat melihat Hyunsuk mula minum susu manakala Taehyung sudah tersengih bangga.

"Macam mana? Nampak hebat tak?"

"Hebat celah mananya? Awak bukannya menyusu dia, awak cuma suruh saya bagi dia susu!"

"Eleh, tak nak mengaku pula." Taehyung pula yang tergelak. Aku geleng kepala berulang kali, masih setia dengan pernyataan aku tadi.

"Nah."

Tiba-tiba Taehyung menghulur sebuah telefon yang nampak masih baru. Aku menyambut walaupun penuh tanda tanya dalam mindaku.

"Siapa punya ni?" tanyaku sambil membelek-belek telefon itu. Cantik betul. Mesti Iphone 12 Pro yang baru keluar hari tu.

"Kau punya. Aku belikan. Dalam tu dah ada sim card dan nombor-nombor yang penting."

Aku terus tersenyum lebar. Akhirnya, setelah lama aku bosan sebab tak ada telefon, aku dapat juga yang baru hari ni.

"Terima kasih!"

Taehyung hanya menggumam, tanda sama-sama mungkin. Dia teruskan memandu ke destinasi sementara aku membelek-belek telefon baru itu.

"Okey, turun. Kita dah sampai." Taehyung mematikan enjin dan aku memandang sekeliling. Wah, tempat ni ke yang akan jadi tempat penginapan kami? Nampak sangat... err mewah.

"Tunggu apa lagi? Turun atau kau nak aku angkat kau?" sergah Taehyung dengan suara yang digarangkan. Aku mencebik sebelum membuka pintu.

Taehyung mengambil Hyunsuk dari ribaku yang sudah terlena sebaik saja menghabiskan sebotol susu. Aku turun dan menggeliat sekejap, rasa lenguh kesan dari meriba Hyunsuk.

"Hah, tunggu apa lagi? Angkat semua beg tu." Taehyung sudah tiba semula di kereta. Dah tak ada Hyunsuk di dukungannya, mungkin dia dah letak kat dalam.

"Excuse me? Awaklah yang angkat!" Aku bercekak pinggang saat dia membuka bonet dan hanya berdiri tegak di situ. Apa ni suruh orang perempuan yang angkat?

"Tak payah nak jadi maam besar sangat, okey? Angkat semua ni, dengan aku punya beg sekali." Taehyung masih berkeras lalu aku menjeling dia tajam. Aih, baru sampai sini pun dah ajak gaduh. Aku pun mengeluarkan semua bagasi dari kereta dengan penuh bersusah payah. Eii, beg Taehyung berat nak mampus. Bawa batu ke apa?

"Ha, heret semua masuk dalam." Dengan itu, Taehyung pun meninggalkan aku di luar dengan beg-beg yang ada tiga buah semuanya. Aku mengerutkan dahi, tidak sangka dia betul-betul pergi.

"Heol!" Aku mengeluh berat sebelum aku mengerah tenaga mengheret semua beg-beg itu ke ruang tamu. Sampai saja, aku lihat Taehyung sedang berbaring dengan penuh santai di sofa. Elok saja dia berbaring dengan Hyunsuk sedangkan aku setengah mati bawa beg.

Hehe, gurau je. Tak adalah sampai setengah mati. Cuma yalah, patutnya Taehyung yang buat semua tu!

Aku abaikan dahulu dia, dan aku berlegar-legar di sekitar pension yang besar itu. Sesekali aku mengucapkan perkataan seperti 'wow', 'yeppeuda' dan yang seangkatan dengannya.

Apabila jumpa saja bilik tidur, aku pun hempaskan badan ke atas katil. Rasa sedikit jet lag. Tak salahkan tidur sekejap? Alah, pukul 7 nanti baru nak keluar. Sekarang baru nak masuk pukul 6.

Lama kelamaan, aku pun terlelap.

◾◾◾

Nobody's Pov

Taehyung tersedar dari lena apabila Hyunsuk menangis tiba-tiba. Dengan mamai dia mendukung Hyunsuk dan terus bayi itu berhenti menangis. Taehyung kerling jam pada telefon bimbitnya dan dia dapati sudah tiba waktunya untuk mereka keluar makan malam dan berjalan.

Taehyung tersengih tatkala dia menjumpai Rachel yang terbongkang di atas katil. Sengaja dia 'dera' Rachel dengan angkat beg-beg tadi. Hyunsuk yang meronta di dukungan Taehyung lepaskan di atas katil yang sama dengan Rachel.

"Mam... mama!" teriak Hyunsuk apabila melihat Rachel di atas katil itu. Dia menerpa ke arah Rachel dan terus mengusik seluruh muka Rachel sehinggalah gadis itu terbangun.

"Hyunsuk... jom. Kita tinggal je mama tu," Taehyung mencelah apabila Rachel masih bermalas-malasan di atas katil. Buatnya terus Rachel bangun dan membuka matanya luas.

"Nak ikut!" Rachel berdiri dan menggalas beg tangannya dengan cepat. Telefon yang baru diterima dari Taehyung turut dia capai dan masukkan dalam beg tangannya.

Tangan kanan Taehyung dipaut oleh Rachel erat dan mereka beriringan keluar dari situ dan menuju ke arah kereta. Hyunsuk asyik menyebut beberapa perkataan yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua Rachel dan Taehyung semasa mereka berada dalam kereta.

"Banyaknya mulut dia. Kaulah ni, nak bawa budak ni. Bising tau?" Taehyung menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila Hyunsuk makin rancak berkata-kata.

"Biarlah, dia kan baru nak belajar bercakap." Rachel menggosok kepala Hyunsuk yang semakin lebat dengan rambutnya. Bayi itu sangat suka duduk di atas ribanya, nak letak dekat tempat duduk belakang rasa kasihan pula.

"Hah, back up dia pulak. Nak kena anak papa ni!" Taehyung menghentikan keretanya saat lampu isyarat bertukar merah. Pipi Hyunsuk diciumnya bertalu-talu menyebabkan Hyunsuk mengeluarkan tawaan yang nyaring, kegelian. Tangannya menolak kepala Taehyung agar menjauhinya.

"Cubit mulut tu, tahulah." Taehyung menjegil Hyunsuk namun bayi itu sekadar tersenyum. Mana dia takut dengan papa dia!

Tak lama kemudian, mereka tiba di tempat yang menjadi pilihan Taehyung untuk makan malam pertama mereka di sana iaitu Donghwamun Market. Sengaja dia memilih pasar malam itu untuk menjamu selera. Makanan yang pelbagai dan harga pun semestinya berpatutan.

"Hyunsuk, jalanlah pula. Asyik dukung saja," ujar Taehyung apabila mereka sudah tiba di pintu masuk pasar malam itu. Hyunsuk merengek lantas dia memeluk leher Taehyung tanda tidak mahu berjalan. Taehyung hanya menahan sabar dan Rachel hampir tergelak melihat Hyunsuk tiba-tiba bersin dan terkena muka Taehyung.

"Aigoo, eodeeokhae? Nah." Rachel mengeluarkan sebuah tisu dari beg tangannya dan dia hulurkan pada Taehyung. Hyunsuk menggosok hidungnya sendiri.

"Sejuk sangat kot," ujar Rachel lalu dia cium pipi Hyunsuk yang sudah naik merah-merah akibat cuaca sejuk di sana memandangkan mereka baru nak masuk musim bunga daripada musim sejuk. Sebuah pad pemanas kepunyaannya dia ambil dari beg dan gosok agar boleh digunakan sebelum dia letak pada belakang tubuh Hyunsuk.

"Okey, selesa kan?" Rachel bertanya lantas Hyunsuk menyahut manja. Rachel tersenyum lalu mereka pun mula melangkah masuk ke dalam.

"Kau boleh jadi mama yang baik, Cherry." Taehyung tersengih melihat cara gadis itu melayan Hyunsuk seperti anaknya sendiri.

Pak!

Lengan kanan Taehyung ditampar perlahan. "Diamlah!" ujar Rachel kuat sebelum dia terus menonong ke hadapan, meninggalkan Taehyung dengan Hyunsuk di lengannya.

Taehyung tertawa saja. Tahu sangat gadis itu malu.

◾◾◾

» Keesokan harinya...

Hari ini Taehyung, Rachel dan Hyunsuk memilih untuk keluar seawal jam 5.30 pagi untuk pergi melihat matahari terbit di Seongsan Ilchulbong yang lebih dikenali sebagai sunrise peak di Pulau Jeju. Mereka sudah lengkap berpakaian dengan code yang sama iaitu warna kecoklatan. Tampak seperti sebuah keluarga yang bahagia.

"Tak pakai jaket? Sejuk tau pagi-pagi ni." Taehyung melihat pakaian Rachel yang nampak tidak terlalu tebal untuk dipakai keluar seawal ini. Hanya sehelai turtleneck sweater dan skirt  paras lutut.

"Tak apa, macam ni pun okey. Cuaca dekat Russia pun saya boleh tahan, apa lagi Jeju."

Taehyung mencebik mendengar jawapan Rachel yang macam riak sangat tadi. Mereka akhirnya menaiki kereta dalam cuaca yang masih gelap itu. Hyunsuk masih belum bangun, selalunya bayi itu hanya akan terjaga pada pukul 7 ke 8 pagi. Terlalu awal untuk dia buka mata.

Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di destinasi. Tak ramai yang ada di situ, lebih kurang tiga ke empat keluarga saja memandangkan sekarang bukan musim percutian pun. Yang ni pun mereka ambil cuti sendiri, hehe.

Sehelai selimut yang memang kepunyaan Hyunsuk dibalutkan pada tubuh si kecil itu oleh Rachel saat Taehyung sudah keluar dan berdiri di tempat untuk melihat matahari terbit.

"Thank you mama," ucap Taehyung lantas dia tertawa kecil. Hyunsuk ditarik lebih erat ke dalam pelukan agar bayi itu tidak demam akibat kesejukan.

Beberapa minit kemudian, matahari pun mula terbit di situ. Kawasan itu yang tadinya tak ramai orang mula dipenuhi dengan pengunjung dari perbagai negara, tak kurang juga pengunjung tempatan. Masing-masing ralit memerhati pemandangan yang menakjubkan itu.

"Sayang, take a picture for me. Telefon aku dalam poket," pinta Taehyung yang tidak mampu berbuat demikian kerana dia sedang mendukung Hyunsuk. Tak bangun-bangun pula budak kecil itu, mungkin penat berjalan semalam.

"Saya tak pandai tangkap gambarlah. Kalau buruk macam mana?" Rachel mengambil juga telefon milik Taehyung itu tapi dia teragak-agak. Beberapa keping gambar dia ambil dan tunjukkan pada Taehyung.

"Betullah, kau memang tak ada bakat tangkap gambar," kutuk Taehyung selamba melihat gambar yang diambil Rachel tadi. Rachel hanya berdecit mendengar cemuhan itu.

"Saya dah kata kan tadi. Meh sini budak tu, biar saya dukung dia pula." Rachel mendepa tangannya sebelum Hyunsuk yang masih tidur itu diserahkan padanya oleh Taehyung. Kali ini giliran Taehyung pula yang mengambil gambar.

Tapi kalau dah namanya Taehyung, dia lebih tertumpu untuk mengambil gambar Rachel. Tersengih dia melihat gambar Rachel sedang mengucup pipi Hyunsuk yang tertangkap di kameranya.

"Aww... boleh kau buat macam ni lagi? Tapi kat pipi aku pula."

Dan ya, tangan ketam Rachel pantas hinggap di atas lengan mangsanya itu.

taehyngkim

Liked by seokgene, y00ngi and 17,926 others
taehyngkim baby hyunsuk dah sampai jeju, ebeliwan!

jiminssi comelnya!
6joonkim huhuhu aku tak sabar nak kahwin la camni
yourhope 😍😍😍
View all 765 comments
16 minutes ago

◾◾◾

Sedar tak sedar, hari ini sudah hari terakhir mereka berada di sini. Rachel sedang mengemas segala pakaian mereka manakala Taehyung selamba bergoyang kaki sambil bermain dengan Hyunsuk.

"Dari awak main dengan budak tu, baik awak lipat sendiri baju awak ni!" Rachel mencebik melihat Hyunsuk yang merangkak laju apabila Taehyung yang turut sama merangkak, mengejarnya. Ada dua bayi ke kat sini?

"Eh, kau lipatkanlah. Latihan sebelum jadi isteri aku nanti." Taehyung membiarkan sahaja Rachel tanpa niat untuk membantu. Hyunsuk mula ketawa apabila dia sudah ditangkap dan digomol oleh Taehyung. Tanpa disedari Rachel turut tersenyum melihat mereka berdua yang sangat rapat itu, walaupun Taehyung cuma ayah angkat Hyunsuk.

"Mama nak main juga?" tanya Taehyung lalu dia letakkan Hyunsuk pada Rachel. Gadis itu sudah menzipkan ketiga-tiga beg tanda sudah sedia untuk dibawa pulang ke Seoul.

"Eo, jom Hyunsuk. Kita mandi dulu." Rachel mendukung Hyunsuk yang masih tersenyum ceria. Sehelai tuala disangkut pada bahunya untuk Hyunsuk apabila budak itu selesai mandi nanti. Taehyung tergelak pula melihatnya

"What's so funny?" Rachel bertanya pelik melihat tawa Taehyung yang tiba-tiba pecah itu. Keningnya dijongketkan memandang lelaki itu.

"Tak ada apa. Kau nampak comel bila jaga Hyunsuk." Taehyung tersengih-sengih. Dia sangat suka melihat Rachel sebegitu.

"Dah tu takkan saya nak dera dia pula? Entah apa-apa awak ni." Rachel menggelengkan kepala sebelum dia melangkah ke arah bilik air.

"Cherry. You forgot something!"

"Apa dia?" laung Rachel kuat, malas berpatah balik ke arah Taehyung di ruang tamu tempat penginapan mereka itu.

"Wear a blueish outfit."

Rachel hanya menurut. Tiga hari di sini, tiga hari tu jugak Taehyung nak pakai baju yang sama dengan dia. Tapi kebetulan, semua baju yang mereka bawa memang sama warnanya. Kuat betul jodoh tu.

◾◾◾

Taehyung tersengih sendirian. Kelibat Rachel yang sedang menyuap Hyunsuk makan dipandangnya dengan perasaan teruja. Tak sabar untuk jalankan plan sebenar dia bawa Rachel ke sini.

Taehyung teringat semula perbualannya dengan Tuan Kim di hospital sewaktu gadis itu masih berada dalam keadaan koma. Akhirnya ayahnya itu menyatakan sesuatu yang dari dulu Taehyung harapkan.

Flashback

"Ada apa appa nak cakap dengan Tae?" Taehyung bertanya apabila dia dan ayahnya kini berada di luar wad itu. Di tingkat wad VIP ini tak ramai yang lalu-lalang, jadi Taehyung tak rasa ada masalah untuk berbual di situ.

"Kamu masih sayangkan Rachel tu?" soal Tuan Kim lembut. Seulas senyuman dia lemparkan pada Taehyung yang sudah terkedu mendengar soalan yang diaju kepadanya itu.

"Hah? Apa maksud appa?" Taehyung memilih jalan selamat, takut juga ayahnya tiba-tiba berang kalau dia memberi jawapan yang jujur. Buat kecoh saja nanti.

Tuan Kim tersengih pula. Bahu Taehyung ditepuknya perlahan manakala Taehyung dah rasa janggal. Jarang-jarang ayahnya begini.

"Appa dapat rasa kamu masih sayangkan Rachel tu. Kan? Am I right?" Tuan Kim bertanya lagi, masih dengan senyuman menghiasi wajah tuanya.

"Hmm, betul. Tae tak pernah berhenti sayangkan dia..." jawab Taehyung perlahan. Dia memandang ayahnya yang seperti tidak marah itu. Eh, nak bagi restu ke?

"Appa minta maaf sebab paksa kamu kahwin dengan Haeun dulu. Appa ingatkan bila kamu kahwin dengan orang yang setaraf dengan kita, kamu boleh hidup bahagia."

Taehyung berdecit dan tersengih sinis mengingati perangai buruk Haeun yang terlalu banyak untuk disenaraikan itu.

"Appa, tak semestinya kalau kita ada harta, ada pangkat kita akan jadi baik. Appa sendiri dah tengok contoh yang paling dekat dengan kita." Taehyung tergelak sekejap manakala Tuan Kim tersenyum tawar. Menyesal pun tak ada guna, semuanya dah berlalu.

"Lagipun, Tae lupa nak beritahu. Rachel tu bukan budak miskin macam yang appa fikir. Mak ayah dia pun kaya juga, macam kita. Rachel tu nampak tak berharta sebab dia memang berdikari dan tak guna duit syarikat mak ayah dia dulu. You know what, dia susah payah belajar sebab dia nak jadi pendakwa raya walaupun dia tahu nanti bila dia dewasa dia boleh jadi kaya serta-merta dengan ambil alih syarikat mak ayah dia tu." Taehyung bercerita dan Tuan Kim tersenyum lebar. Bahu Taehyung ditepuknya lagi.

"Appa tahu, baru tahu. Bodohnya appa sebab lepaskan calon menantu appa yang seribu kali lagi baik dari Haeun tu dulu."

Taehyung tersenyum. "She's one in a million. Dan sebab sikap baik dia tulah yang buat Tae jatuh cinta dengan dia."

"Yang tu appa tahu sangat. Setakat rumah terbakar pun kamu boleh redah untuk dia, apatah lagi untuk berjuang dapatkan dia." Tuan Kim tergelak mengingati insiden itu dan Taehyung pun turut sama tergelak.

Tuan Kim menarik nafas sebentar sebelum matanya jatuh pada wajah anaknya yang saling tidak tumpah dengannya itu. Sebuah senyuman paling manis dia hadiahkan pada Taehyung.

"Taehyung, kahwinlah dengan dia. Appa takkan halang dah. Kamu berhak cari kebahagiaan kamu sendiri dan kalau kamu rasa Rachel orangnya, silakan. Appa berbesar hati nak terima dia sebagai menantu appa."

Taehyung membulatkan mata mendengar kata-kata ayahnya itu. Terus tubuh lelaki tua itu dipeluknya erat. "Ya Tuhan! Terima kasih, appa! Terima kasih."

Tuan Kim terkaku sebelum perlahan-lahan tangannya membalas pelukan anaknya itu. Kerana Rachel, dua beranak itu berpelukan semula setelah hampir 10 tahun tanpa satu pun pelukan. Tuan Kim tersenyum lebar, rasa sangat gembira dan bersyukur kerana dia berjaya berbaik semula dengan anak kandung sendiri kerana Rachel.

Selepas ini, Tuan Kim sendiri akan ucapkan terima kasih kepada gadis itu.

End flashback

Langkah demi langkah membawa Taehyung ke arah gadis pujaan hatinya yang tidak sedar akan kehadirannya itu. Saat Hyunsuk berpaling dan menyebut "Papa!" kuat, barulah Rachel menoleh.

"Aduh, sebab nilah aku malas nak bawa budak tu," rungut Taehyung apabila melihat Rachel dah tersenyum melihat dia. Dia menapak juga sehinggalah tiba di tempat duduk mereka di restoran tepi laut itu.

"Cherry, aku nak cakap dengan kau ni." Taehyung memegang lengan Rachel, meminta gadis itu bangun dari situ. Rachel mengerutkan dahi.

"Habis Hyunsuk ni?" tanya Rachel yang risau untuk meninggalkan Hyunsuk keseorangan.

"Tinggal. Aku dah minta staf kat sini jagakan sekejap. Tu." Serentak itu seorang staf perempuan menghampiri mereka dan menunduk hormat.

"Jaga dia sekejap, ya. Hyunsuk, jangan nakal okey." Taehyung kucup sekali dahi Hyunsuk sebelum mereka berdua berjalan pergi dari situ dengan berpimpinan tangan.

"Wah, cantiknya Tae!" Rachel berkata dengan kagum apabila melihat sebuah tempat di persisiran pantai itu dihiasi dengan belon-belon berwarna biru. Sama pula dengan warna pakaian mereka. Tapi bagi Rachel, mungkin ada orang nak buat parti hari jadi di situ.

Taehyung menarik Rachel agar mengikutnya ke arah tersebut. Selamba dia mendudukkan Rachel di bangku yang memang ada di situ.

"Err... tak apa ke kita duduk kat sini? Nanti tuan tempat ni marah pula," ujar Rachel sambil memandang ke kiri dan kanan, takut juga kalau tuan punya tempat ada di situ.

Taehyung tergelak. "Nak marah apanya kalau tuannya aku sendiri?"

Rachel sudah terkebil-kebil mendengar ayat Taehyung itu. Dia pandang mata Taehyung dalam-dalam. "Tapi kenapa? Hari ni bukan hari jadi saya."

"Lembab." Taehyung menjentik dahi gadis itu perlahan. Rachel mencebik, tidak suka dengan apa yang Taehyung buat pada dahinya itu.

"Kalau buat macam ni je, memang hari jadi eh? Kalau macam tu aku ada berpuluh hari jadi setahun sebab setiap kali ada event syarikat, mesti diorang buat macam ni. Ada belon apa semua."

Rachel terus tergelak mendengarnya, apatah lagi apabila muka Taehyung yang betul-betul cemberut itu.

"Habis tu? Syarikat awak ada buat event kat sini?" tanya Rachel lagi, masih tidak mengetahui niat sebenar Taehyung itu.

"Haah, tapi event ni lagi besar dari mana-mana event yang pernah aku buat." Taehyung tersengih penuh makna manakala Rachel sudah tidak senang duduk.

"Apa? Eh, tak apa ke saya pakai macam ni? Tak formal pula. Nanti apa pula kata tetamu awak." Rachel menggenggam hujung skirt denim yang dipakainya hari itu. Bersedia untuk bangun dan lari.

"Sayang, dengar dulu apa aku nak cakap ni. Duduk diam-diam." Taehyung menahan bahu Rachel baru ingin bangun itu. Rachel pun duduk semula dengan tidak senang.

"Kejap," kata Taehyung lalu dia mengeluarkan sebuah remote dari poket seluarnya. Tanpa ragu-ragu dia menekan punat pada remote tadi dan sebuah langsir yang tergantung di situ terjatuh dan menampakkan sebuah banner yang tertera 'Will you, Rachel Park, marry me?'

"Inilah event yang paling penting aku kata tu. Dan tolong bagi aku jawapan sekarang. Jangan kecewakan aku, sayang." Taehyung tiba-tiba melutut sebelah kaki penuh romantik. Sebuah kotak yang berisi cincin yang entah bila dibelinya turut ditunjukkan sekali.

"Oh my god." Rachel menekup mukanya. Sungguh tidak dijangka akan event yang dikatakan Taehyung itu. Dia memandang tempat itu yang mula penuh dengan staf-staf di restoran tadi, termasuklah Hyunsuk.

"Sayang, jawablah cepat. Malu tau diorang tengok aku yang famous ni melutut lama-lama," rungut Taehyung apabila tumpuan Rachel mula beralih pada Hyunsuk yang melambai-lambai ke arah mereka.

Rachel tergelak sebelum dia tunduk dan menarik Taehyung bangun. "Awak ni, tak romantik betul! Baru berapa saat dah merungut."

"Jatuh saham aku hari ni, untuk kau Cherry."

Rachel tersenyum sebelum pipi Taehyung diciumnya laju. "I will, heck yes I want you to be mine also," bisik Rachel pada telinga Taehyung. Terus bibir lelaki itu membentuk sebuah senyuman manis.

"Macam mana, tuan? Apa jawapannya?" Salah seorang staf lelaki itu melaung kuat untuk bertanya. Taehyung tergelak sebelum menjawab, "Hei, perempuan mana je yang akan reject lelaki sempurna macam ni?"

"Tae! Perasanlah awak ni!" Rachel menepuk kuat lengan Taehyung yang sungguh bangga itu. Kalau kena reject tadi, mahu dia menangis tak berlagu.

"Argh! Sayang, tak baik pukul bakal suami." Taehyung memeluk kuat Rachel, menahan gadis itu dari memukulnya lagi.

"Bakal suami riak macam awak, memang layak kena pukul!" balas Rachel dan Taehyung ketawa saja.

"Mama!" Hyunsuk berlari perlahan ke arah Rachel apabila dia sudah terlepas dari pegangan penjaganya tadi. Rachel menunduk dan mendukung si kecil itu yang tersenyum kegirangan.

"Aigoo, uri Hyunsukie, suka betul dia dengan mama dia. Papa ni dia tak tengok langsung," ujar Taehyung acah-acah merajuk melihat Hyunsuk yang nampaknya memang suka dengan Rachel itu.

"Hai, dengan budak kecil ni pun nak jealous? Sebelum saya sayang dia, saya sayang papa dia dulu tau." Rachel mencebik dan Hyunsuk menjelir lidah ke arah Taehyung. Taehyung yang sudah geram itu pun menggeletek Hyunsuk sehingga dia tergelak kuat.

Taehyung tersenyum saat mereka bertiga berjalan bersama ke arah kereta selepas sambutan kecil untuk pulang ke Seoul. Tak sabar rasanya untuk menunggu Rachel betul-betul sah menjadi isterinya.

taehyngkim

Liked by yourhope, 6joonkim and 39,037 others

taehyngkim she will be mrs kim soon 🙈❤

raechellie AAAAA 😘
je0ngguk maju bhai 😭
seokgene @je0ngguk kau bila lagi
View all 1,027 comments
10 minutes ago

◾◾◾

here you go, another (long) taechel
moments chapter ❤❤❤

hyunsuk comel kan HAHAHAHAH

vote and comment for next chapter

11/11/2020, 10.52 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro