Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

64 ; blossom

" Her Bad Boy - 64 "

• Blossom •

⬜⬜⬜⬜⬜

난 알았지 너란 구원이
내 삶의 일부며 아픔을
감싸줄 유일한 손길
The best of me 난 너밖에 없지
나 다시 웃을 수 있도록 더 높여줘 니 목소릴
Play on

I knew that your salvation
Is a part of my life and the only helping hand that will embrace my pain
The best of me, you're the only thing I have
Please raise your voice so that I can laugh again
Play on

- BTS, Save Me

⬜⬜⬜⬜⬜

Rachel's Pov

"Come, aku bawa kau jalan-jalan."

Dengan bantuan Taehyung, aku diletakkan di atas kerusi roda yang tersedia di tepi katil. Terkial-kial juga dia mencempungku namun akhirnya selamat juga punggungku mendarat di atas kerusi roda itu.

"Saya berat sangat ke?" soalku, sedikit tergelak melihat dia menarik nafas lega apabila aku sudah terlepas dari pegangannya. Taehyung tersengih dan menggeleng.

"Taklah, mungkin aku yang jarang bersenam kebelakangan ni." Taehyung menjawab sambil menggosok kepalaku yang kini lebih rendah darinya akibat posisi aku yang duduk di atas kerusi roda.

Taehyung kembali semula pada katil tadi dan dia ambil Taetae yang dibawa dari rumah pagi tadi. Aku letakkan Taetae atas riba. Taetae pun nak pergi jalan-jalan juga!

"Okey, kita gerak sekarang." Taehyung menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Aku menyambut saja dan bermain dengan Instagram sementara dia menolak kerusi roda. Sambil-sambil tu aku ambil beberapa keping gambar.

Tanpa pengetahuannya, aku merakam gambarnya dari sudut bawah iaitu atas riba aku. Pecah tawaku melihat mukanya di video itu dan mata Taehyung membulat apabila dia perasan.

"Sayang! Buruklah! Buang sekarang," rengek Taehyung tidak puas hati. Aku geleng laju. Mana mungkin aku buang khazanah berharga ini. Sayangnya aku masih belum ada telefon baru, jadi tak dapat aku simpan dalam telefon sendiri.

Video tadi aku upload di story Instagram milik Taehyung. Biar satu dunia tahu Taehyung juga ada sudut yang membuatkan wajahnya agak buruk. Biar semua followers dia yang hampir cecah bilangan juta itu tengok muka buruk dia. Agak je, okey. Sebenarnya masih kacak macam selalu.

"Tadaaa. Rasa segar sikit kan dapat hirup udara segar?" Taehyung menghentikan tolakan kerusi roda apabila kami tiba di tingkat bawah sekali, iaitu di taman hospital. Aku senyum dan angguk. Lama tak nampak dunia, sekarang aku dah dapat lihat pemandangan pada waktu petang.

Tiba-tiba Taehyung mencapai telefonnya dari tanganku. Dia membelek-belek semua gambar yang aku ambil tadi dan tersenyum melihat beberapa keping gambar selfie aku.

"Dah lama tak ada gambar kau dalam telefon aku..." kata Taehyung perlahan sambil tersenyum. Aku angkat kening sambil tersengih.

"Lepas ni kita tangkap gambar banyak-banyak, okey?" balasku, tak mahu dia sedih. Tanganku genggam hujung lengan bajunya dan dia tertunduk lalu mencium dahiku.

"Okey. Kau tahu, aku tak ada dah gambar-gambar yang dulu tu. Semua sebab Haeun, dia yang padam semuanya." Taehyung mengeluh di hujung ayat, mungkin kesal dengan perbuatan melulu Haeun itu.

"Alah, janganlah sedih. Kita boleh tangkap gambar baru sama-sama! Lagipun bukan awak seorang yang hilang gambar-gambar tu. Saya pun sama," jawabku yang turut berasa sedih. Telefon aku...

"Nanti aku beli telefon baru untuk kau, okey? Enough, now stand up. Kita berlatih berjalan dekat sini."

Aku angguk dengan teruja dan mendepa tanganku, menunggu dia membantu aku bangun.

taehyngkim

Liked by jiminssi, yourhope and 12,702 others
taehyngkim fast recovery, sayang ❤

je0ngguk kemain duda anak satu ni
taehyngkim @je0ngguk diamlah!
seokgene woooo i ship! kahwin jemput ya!
View all 293 comments
10 minutes ago

◾◾◾

» Beberapa minggu kemudian...

"Rachel! Aku ada hadiah untuk kau."

Aku mengangkat kening melihat Taehyung yang sudah tersengih itu. Dia letakkan kedua-dua belah tangannya di belakang seolah-olah sedang memegang sesuatu yang aku tak boleh tengok.

"Apa dia?" tanyaku tak sabar. Siapa yang tak suka hadiah kan?

"Guess." Taehyung melebarkan sengihan, sehingga menyerlahkan bentuk petak pada bibirnya yang terbuka itu. Aku berfikir sejenak.

"Manalah saya tahu! Beritahu jelah cepat," desakku yang semakin tak sabar lebih-lebih lagi Taehyung yang sudah pecah tawanya. Tanganku hulur padanya. Apa, takkan dia nak bagi aku private jet pula?

"Ni." Taehyung meletakkan sebuah kertas di atas tangan aku. Aku baca sekejap dan terus melaung namanya kuat.

"Apa ni? Ni bukan hadiah!" Aku baca lagi sekali apa yang tertulis atas kertas itu dengan cebikan. Mana taknya, dia bagi aku surat doktor yang maklumkan aku dah boleh discaj.

"Lah? Takkan kau tak gembira boleh balik rumah?" Taehyung termangu sebentar melihat aku memulangkan semula kertas tadi pada dia. Bibirku cebik geram mendengar soalannya.

"Memanglah saya gembira, tapi... tu bukannya hadiah!"

Taehyung tergelak sahaja sebelum pipiku diciumnya lembut. "Okey, okey. Tu bukan hadiah yang sebenar. Hadiah yang sebenar ada, tapi dekat rumah. Jom, kita balik dulu."

Maka aku dan Taehyung pun mengemas apa yang patut dan kami berdua pun pulang ke rumah setelah hampir sebelas bulan aku berkampung di hospital. Oh ya, aku sudah boleh berjalan cuma masih terhincut-hincut. Doktor pun kagum dengan prestasi aku, katanya aku mempunyai semangat yang kuat kerana dapat pulih secepat ini.

Hehehe, tengoklah siapa yang jadi tulang belakang aku selama ni? Kalau tak ada Taehyung yang memujukku setiap malam saat aku hampir menyalahkan takdir kerana aku tak dapat berjalan sementara, agaknya sampai bila-bila pun aku tak dapat berjalan.

Kepulangan kami ke rumah disambut dengan meriah oleh omma dan appa termasuklah semua pekerja iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan pemandu peribadi. Tak pernah aku lihat mereka berkumpul sebegini.

"Rachel! Balik pun anak omma."

Omma terus menarikku ke dalam pelukan erat. Aku membalas pelukannya manakala appa hanya tersenyum melihat kami berdua.

"Kenapa tak pakai tongkat, sayang? Bahayalah, omma risau," ujar omma apabila melihat tanganku bebas dari memegang apa-apa tongkat.

"Tak apalah, omma. Rae okey je!" kataku dengan girang untuk mengelakkan dia risau. Omma menggosok kepalaku sebelum dia memimpinku agar aku mengambil tempat di atas sofa.

"Mam... mam.. ma!"

Senyuman di bibirku melebar melihat bayi yang aku kenali sedang merangkak dan memeluk kakiku. Terus aku tunduk dan angkat Hyunsuk lalu aku letak dia ke atas ribaku.

"Amboi, sejak bila pula Rachel dah sah jadi mama kamu?" Omma menyampuk seraya mencubit pipi Hyunsuk yang sudah bersandar padaku. Hyunsuk tersenyum lebar, menampakkan empat batang giginya yang baru tumbuh.

"Dia dah bosan dengan nenek dia, biarlah dia melekat dengan bakal mama dia pula," sampuk Taehyung yang baru saja melabuhkan punggung di sebelahku. Pipiku membahang mendengar ayatnya.

"Wah, wah, wah. Dah ada tarikh ke ni?" Aunty Jung yang dari tadi diam pula bertanya dengan sedikit tawaan. Habis semua yang ada di situ ketawa mendengar soalannya dan aku rasa macam nak sorok muka dalam baju Hyunsuk.

"Belum lagi, aunty! Tapi atas permintaan semua, secepat yang mungkin." Taehyung sudah ketawa terbahak-bahak manakala aku mengetap bibir lalu sebuah cubitan aku hadiahkan pada paha Taehyung.

"Argh! Tangan ketam betullah dia ni," bentak Taehyung sambil mengusap pahanya yang baru aku cubit tadi. Aku menjelir lidah kepadanya namun dia menjeling tajam.

Omma menggeleng perlahan. "Macam mana nak kahwin, perangai pun macam Hyunsuk!"

"Alah omma ni. Itu pun nak bising ke? Kitorang muda lagi tau, baru nak masuk 25 tahun!" balas Taehyung pula. Ha sudah, kalau si ibu dengan anak ni berperang mulut, sampai esok pun tak habis!

◾◾◾

Nobody's Pov

Rachel meletakkan Hyunsuk yang dari tadi melekat dengannya ke atas katil. Ya, mereka sekarang berada dalam bilik Taehyung selepas makan tengah hari beramai-ramai. Meriah sungguh makan tengah hari tadi. Puan Kim berbaik hati menjemput semua pekerja agar makan sekali di satu meja.

"Jadi selama awak dah bercerai dengan Haeun, awak seoranglah yang jaga Hyunsuk?" soal Rachel dan dia duduk di birai katil. Hyunsuk yang hampir terlena itu ditepuk-tepuk punggungnya.

"Haah. Aku ni super daddy tau." Taehyung dah mula bangga diri dan Rachel mencebik. Eleh, macam dia tak tahu je yang Hyunsuk tu asyik berkepit dengan Puan Kim. Taehyung manalah selalu ada dengan Hyunsuk, dia lebih kerap ke hospital ataupun ke pejabat.

"Jangan tipulah. Omma kata awak tak selalu pun jaga Hyunsuk. Dia kata Hyunsuk dah macam anak yatim yang tak ada mak bapa, padahal bapanya hidup je lagi," perli Rachel sedas. Taehyung memegang dadanya, sedikit terasa dengan kata-kata Rachel tadi namun akhirnya dia tergelak jua.

"Yelah, aku kan sibuk jaga kau, jaga pejabat. Tapi malam-malam aku tidur juga dengan budak ni, okey? Siang je aku tak ada dengan dia." Taehyung menjelir lidah tidak mahu kalah. Rachel berdecit melihatnya.

"Tadi awak kata ada hadiah dekat rumah. Mana?" Penuh teruja Rachel bertanya. Dia dah tersengih-sengih tak sabar hendak menerima hadiah yang dijanjikan Taehyung.

"Ish, tak menyempat betul." Mulut saja berkata begitu, namun Taehyung tetap melangkah ke arah meja kerjanya yang ada dalam bilik itu. Sesuatu dikeluarkan dari laci meja. Dan ya, masih lagi sekeping kertas.

"Awak jangan kata nak bagi saya kertas kerja awak eh? Saya tak nak!"

Taehyung menggulingkan mata. "Bukanlah! Ambil dulu, baca."

Rachel mengecilkan mata dan menyambut huluran itu. Dia menatap Taehyung dengan pandangan tidak percaya.

"Seriously, Jeju Island?"

Taehyung mengangguk. Kertas yang dia beri pada Rachel tadi ialah tiket kapal terbang yang ditempah secara online. Dah lama dia merancang untuk bawa Rachel bercuti. Dan akhirnya dia sudah menempah tiket yang bertarikh dua hari lagi.

"Saya tak nak pergi."

Kertas itu diserahkan semula pada Taehyung. Rachel bangkit dari duduknya dan ingin pergi ke biliknya sendiri. Taehyung menoleh sekejap ke arah Hyunsuk yang sudah terlena. Dia aturkan bantal di sekeliling, tak mahu Hyunsuk jatuh. Kemudian, cepat saja dia mengekori langkah Rachel yang sedikit perlahan kerana kakinya itu.

"Hei, kenapa ni? Did I do anything wrong? Kau tak suka pergi Jeju? Nak pergi tempat lain?" tanya Taehyung bertubi-tubi. Lengan Rachel ditangkapnya sebelum dia memaut pinggang Rachel agar gadis itu tidak menjauh darinya.

"Taklah. Saya cuma tak nak pergi mana-mana." Rachel menunduk sebelum Taehyung mengangkat dagunya perlahan, memaksa dia bertentang mata dengan Taehyung.

Taehyung terdiam seketika melihat iris mata Rachel yang tidak bersinar seperti biasa yang menandakan gadis itu sedang bersedih. Sebuah kucupan dia beri pada bibir Rachel.

"Kenapa, hmm?" tanya Taehyung dengan lembut, tak mahu gadis itu menganggap dia marah dengan reaksi gadis itu. Dalam hati adalah geram sikit, bukan murah tiket yang dia beli tu.

"Saya rasa kita tak patut pergi. No I mean, saya yang tak patut pergi. Awak nak pergi, pergilah dengan sesiapa. Saya tak nak menyusahkan awak dekat sana dengan keadaan kaki saya yang belum pulih lagi ni."

Jawapan Rachel itu membuatkan Taehyung mengeratkan pelukan. Dia ketawa kecil sebelum mengucup bibir kemerahan Rachel sekali lagi. Entahlah, bibir Rachel macam dadah dan dia dah pun ketagih.

"Aku tak pernah rasa macam tu pun, Cherry. Kan aku dah kata aku akan tolong kau sampailah kau betul-betul pulih? Lagipun kau dah boleh berjalan dengan hampir normal. Tak ada masalah pun."

Rachel memandang Taehyung dengan terkebil-kebil. Sekali lagi Taehyung cium bibirnya dan Rachel menggumam.

"And why are you looking at me like that?"

"Saya terkejut. Awak panggil saya Cherry tadi," jawab Rachel sebelum tersengih suka. Betapa dia rindu dengan nama panggilan yang diberi Taehyung suatu ketika dahulu itu.

"Aku akan panggil selalu lepas ni. Kita pergi, okey?"

"Okey."

Taehyung tersenyum gembira sebelum Rachel menjengket dan mengucup bibirnya. Tanpa ditahan lagi dia membalas ciuman gadis itu dan mereka bercium di situ sehinggalah Tuan Kim lalu dan berdehem.

"Err... appa buat apa kat sini?" Taehyung bertanya dengan kekok setelah meleraikan ciuman. Boleh pula tak perasan kehadiran ayahnya itu. Kantoi pula.

"Nak buat apa lagi? Jalan ke bilik appa kan lalu sini. Tak sangka pula dapat tengok kiss scene. Ingatkan dalam drama je yang ada." Tuan Kim tergelak besar dan Taehyung sudah tersengih malu. Rachel dah menunduk memandang tanah, tak mahu menatap lelaki tua itu.

"Maaf, maaf. Silakan." Taehyung bergerak ke tepi, memberi laluan kepada ayahnya itu. Sempat lagi Tuan Kim berbisik kepadanya.

"Kalau dah tak sabar sangat, kahwin cepat. Buat dalam bilik, bukan dekat public."

◾◾◾

» Dua hari kemudian...

"Awak tak nak bawa Hyunsuk? Kasihan la dia nanti," kata Rachel lalu memandang Hyunsuk yang sedang bermain dengan blok legonya. Bukan dia tahu yang ayahnya itu akan pergi bercuti hari ni.

"Alah, tinggal aje. Susahlah kita nak dating nanti." Taehyung memuncungkan bibirnya. Memang dia tak mahu si kecil itu mengganggu mereka berdua di sana nanti.

"Mana boleh macam tu. Awak kan ayah dia? Lagipun, kita bukan nak pergi bulan madu pun!" bantah Rachel yang ingin membawa Hyunsuk sekali. Bukankah bagus kalau Hyunsuk ikut? Boleh dia rasa berjalan di pulau itu.

Mereka bertikam lidah buat lima minit sebelum Taehyung beralah. Rachel sudah tersenyum gembira. Dia naik ke atas semula dan mengemas barang untuk Hyunsuk semula manakala Taehyung tersandar di sofa ruang tamu.

"Seorang je. Rachel mana?" tanya Puan Kim yang datang dengan Hyunsuk dalam dukungannya. Dia duduk di sebuah sofa di situ.

"Naik atas balik, kemas baju Hyunsuk," Taehyung menjawab malas. Rasa nak merajuk dengan Hyunsuk, tapi apakan daya, budak yang baru nak masuk setahun tu bukannya faham!

"Eh? Bawa sekali ke?" Puan Kim menyoal. Tempoh hari dia dimaklumkan oleh Taehyung yang mereka akan berdua saja ke sana nanti.

"Haah. Rachel nak bawa," jawab Taehyung dan tidak semena-mena Hyunsuk menjerit nyaring. Faham agaknya apa yang dibualkan nenek dan ayahnya itu.

"Ha, tengok. Dia dah excited." Puan Kim tergelak kecil. Dia membiarkan Hyunsuk turun dan merangkak di sekeliling ruang tamu itu. Taehyung memandang Hyunsuk tajam.

"Ish, sebab kamulah papa tak boleh nak berdua dengan bakal mama kamu tahu?" Taehyung mencuit hidung Hyunsuk saat bayi itu merangkak di hadapannya. Hyunsuk hanya mengendahkan dan dia kembali merangkak ke tempat lain pula.

"Baguslah Hyunsuk ada. Tak adalah kamu buat maksiat nanti." Puan Kim tersengih lagak kerang busuk. Hampir ketawa melihat wajah cemberut Taehyung apabila melihat Rachel yang sudah turun semula dengan beg yang berisi kelengkapan Hyunsuk.

"Jalan elok-elok." Taehyung menegur apabila Rachel hampir tersadung namun sempat mengawal keseimbangannya. Rachel tidak menjawab sebaliknya dia letakkan beg ke bawah dan mendukung Hyunsuk.

"Hyunsuk-ah! Kita nak pergi bercuti ni!" kata Rachel dengan gembira. Hyunsuk turut tersenyum apabila melihat wajah Rachel. Bayi itu menyembamkan wajahnya ke bahu Rachel dan Rachel hanya biarkan.

"Dahlah, boleh gerak sekarang. Nanti tertinggal flight pula," gesa Puan Kim apabila melihat jam yang memang tak berhenti bergerak. Taehyung segera mengangkat bagasi mereka dengan bantuan Encik Shin ke arah kereta.

"Berseronoklah," kata Puan Kim apabila mereka semua sudah menaiki kereta. Encik Shin yang akan menghantar mereka ke lapangan terbang.

"Baiklah! Bye omma!" Taehyung dan Rachel melambai serentak saat kereta mula bergerak.

Jeju, kami datang!

◾◾◾

fluffy chapter for taechel stan ❤

10/11/2020, 8.40 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro