Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

61 ; reveal

“ Her Bad Boy - 61 ”

•  Reveal •

⬜⬜⬜⬜⬜

Hey, burn it up 전부 다 태울 것 같이
Hey, turn it up 새벽이 다 갈 때까지
그냥 살아도 돼 우린 젊기에
그 말하는 넌 뭔 수저길래
수저수저 거려 난 사람인데
(So what..)

Hey, burn it up like you're gonna set everything on fire
Hey, turn it up until the dawn is gone
Just live because we're young
Who are you to compare me with others?
I'm only human
(So what..)

- BTS, Fire

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

» Daegu, 7.30 pagi

Taehyung terjaga apabila kedengaran bunyi penggera dari telefonnya berbunyi. Dia menggumam beberapa perkataan yang tidak jelas bunyinya sambil cuba menggapai telefon bimbit itu.

"Huh." Taehyung berasa agak lega apabila penggera itu sudah dimatikan. Bingit telinganya tadi. Taehyung bergolek-golek seketika, sambil menggeliat. Terasa lega badannya yang lenguh-lenguh semalam.

Taehyung kemudiannya bangun dan duduk. Telefonnya dicapai dan dia mula memeriksa notifikasi yang belum dilihat sejak semalam.

"Mwo?!"

Terbuntang mata Taehyung melihat notifikasi dari Jimin iaitu sebanyak 28 mesej, dan juga 5 panggilan tidak berjawab. Nampaknya, dia tidur mati semalam.

Tapi terkejut lagi dia apabila membaca mesej berkaitan Rachel semalam. Hatinya terasa sedikit resah apabila mengetahui Haeun ada di tempat yang sama seperti Rachel.

"Seolma... takkan dia dah buat plan yang dia rancang hari tu?!"

Taehyung membiarkan mesej Jimin tidak berjawab tetapi dia memilih untuk terus menelefon kawan baiknya itu.

Nyawa Rachel tidak patut jadi pertaruhan jika Haeun ingin perkahwinan ini diteruskan.

◾◾◾

» Seoul

Jimin yang turut tertidur lebih kurang jam 3 pagi selepas sibuk spam call Taehyung terjaga sebaik saja terdengar ringtone berlagu.

"Hello?" sapa Jimin yang masih mamai. Tersengguk-sengguk akibat tidur yang tak cukup. Suara Taehyung yang meninggi dari talian sebelah sana membuatkan mamainya hilang.

"Hah?! Seriuslah?! Ha, okey okey. Aku pergi sana sekarang." Jimin terkocoh-kocoh bangun dari katil. Sebaik saja panggilan tamat, dia terus masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri.

Usai mandi, dia terus memilih baju yang santai iaitu sehelai T-shirt berwarna biru dan seluar panjang hitam. Sempat juga dia sembur minyak wangi sekali dua ke tubuh, biar wangi sikit.

Tanpa membuang masa, Jimin menggapai kunci keretanya dan terus menuju ke location yang dia track semalam. Tak begitu jauh dari tempat tinggalnya, lebih kurang 20 minit dia hampir sampai.

"Tempat apa ni?" Jimin bertanya kepada diri sendiri apabila keretanya membelok ke arah sebuah jalan yang sunyi. Tak ada apa-apa rumah di situ, hanya diliputi dengan kawasan hutan.

Jimin terasa cuak sedikit. Takkan mereka tinggalkan Rachel di tengah-tengah hutan?

"The destination is at your right." GPS tersebut dimatikan oleh Jimin, sekali dengan keretanya juga dihentikan. Jimin memandang sebuah rumah kayu lama yang ditunjukkan oleh GPS itu.

"Aih, menyesal pula tak bawak teman. Macam mana ni?" Jimin berkeluh-kesah dalam kereta. Nak turun dan menjenguk, dia tak berani sangat memandangkan dia datang berseorangan. Kalau Haeun tu bawak senjata, tak ke mati dia?

Sementara itu, Rachel yang berada di dalam rumah kayu itu mula tersedar. Dia menjenguk ke arah tingkap tidak jauh darinya. Terang, menandakan pagi sudah tiba.

Seketika kemudian, Rachel tersedar akan seseorang yang tidur di sebelahnya. Berderau darahnya apabila mengenali itu ialah Eunwoo. Rachel pantas menyelak selimutnya, terasa lega kerana bajunya masih tersarung seperti biasa.

Tanpa berlengah Rachel menggerakkan badannya ke tepi, sedikit perlahan kerana dia tak mahu Eunwoo tersedar. Telefonnya dicapai dan dia mula memeriksa, mana tahu Mingyu membalas apa-apa.

Namun hampa. Tiada sebarang notifikasi dari lelaki itu, sebaliknya ada notifikasi daripada Jimin. Rachel cepat-cepat membuka.

Jimin
Rachel!
Awak okey ke
Saya dengar awak kena culik

Rachel mengetap bibirnya. Sedaya-upaya dia menaip untuk membalas dalam keadaan tangan terikat.

Tiba-tiba telefon di tangannya dirampas. Muka dingin Eunwoo terpapar di retina matanya, dan Eunwoo tergelak sedikit sinis apabila melihat skrin telefon itu.

"Hmm, cuba dapatkan bantuan? You are smart," puji Eunwoo yang pastinya dia tak maksudkan langsung. Rachel memandang Eunwoo dengan sedikit takut. Dia harapkan Jimin sudah membaca mesej tadi, dan cepat-cepat menyelamatkannya.

"Aku belum sempat sentuh kau. Mungkin, kita patut cuba sekarang?" Eunwoo mengelus lengan Rachel yang sudah menggigil itu. Dia pantas menendang Eunwoo jauh darinya.

"Oh, jadi patut ke aku ikat kaki kau juga?" tanya Eunwoo dengan sedikit tinggi nadanya. Terasa marah pada Rachel yang telah menendangnya tadi.

"Jangan dekat," pinta Rachel apabila Eunwoo mula bangun dan mendekatinya. Dia berundur sedikit sehinggalah belakang badannya terlanggar birai katil.

"Kau nampak ni?" Eunwoo tersengih sambil menunjuk sebuah pistol yang dikeluarkan dari poketnya. Dia mengacukan pistol tersebut pada Rachel.

"Letak balik pistol tu, Eunwoo. I yang akan bunuh dia. Jangan ada siapa-siapa yang berani bunuh dia selain dari I sendiri," kata Haeun yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Rachel menarik nafas lega buat seketika apabila nyawanya tidak tamat di situ, tapi entah sampai bila dia mampu bertahan? Haeun memang nak bunuh dia pun.

Eunwoo tergelak dan dia menyimpan semula pistol tadi ke dalam poket.

"Morning, babe." Eunwoo mengucup leher Haeun yang menghampirinya itu. Haeun hanya tertawa sebelum dia pula menghadiahkan sebuah kucupan hangat di bibir lelaki itu. Rachel sudah mahu termuntah melihat perbuatan mereka di hadapan matanya itu.

"Haeun? Awak... awak curang dengan Taehyung ke?" soal Rachel seakan-akan tidak percaya. Apa yang dia baru saja lihat tadi.

"Huh, memang. Kau ingat aku boleh ke tahan dengan suami yang tak cintakan aku? Everyone needs love, and that includes me too," balas Haeun selamba. Eunwoo merangkul pinggangnya dan Rachel hanya terdiam, tak tahu nak jawab apa lagi.

"Anyway, aku tahu kau lapar. Jadi nah, ambillah ni."

Rachel memandang apa yang diletakkan oleh Haeun di atas katil itu. Hanya segelas air. Ini dia bagi untuk Rachel yang sudah kelaparan dari semalam itu? Memang bagus.

"Jom, Eunwoo. I rindu you!" Tangan Eunwoo ditariknya dan mereka keluar dari ruangan itu. Rachel cepat-cepat meneguk air tadi sampai habis, dia terlalu dahaga sehingga dia tak sedar yang Haeun telah mencampurkan sesuatu ke dalam air itu...

Berbalik semula kepada Jimin. Dia sudah dapat mesej daripada Rachel, dan dia memandu keluar dari situ. Lebih baik dia dapatkan bantuan polis daripada membuta tuli saja masuk ke dalam.

◾◾◾

» Daegu, 1 petang

Taehyung berjabat tangan dengan kliennya. Sambil itu, dia menjeling jam di tangannya. Dalam hatinya tidak henti-henti rasa risau terhadap Rachel. Adakah gadis itu baik-baik saja?

"Terima kasih ya, Tuan. Kita jumpa lagi."

Taehyung hanya tersenyum sebelum memulangkan kembali terima kasih itu. Dia dengan pantas keluar dari bangunan Rainbow Corporation itu dan menuju ke keretanya.

Dari dalam kereta, dia menelefon Haeun. Sengaja dia beritahu dia sudah dalam perjalanan balik. Masa semakin suntuk, hari ini juga dia akan bongkarkan segalanya.

Sebaik saja panggilan ditamatkan, Taehyung memecut keretanya lebih laju. Dia ingin cepat sampai ke sana sebelum apa-apa yang buruk berlaku.

Nasibnya baik, lebuh raya memang sangat lengang pada waktu-waktu begini. Jadi pasti dia dapat tiba di Seoul secepat mungkin.

◾◾◾

» Seoul

Puan Kim dari semalam tidak dapat tidur lena. Dia sudah dimaklumkan oleh Taehyung bahawa Rachel dalam bahaya. Paling terkejut apabila Taehyung menjelaskan rancangan Haeun iaitu menantunya sendiri. Lagilah Puan Kim tak tentu arah.

Hyunsuk yang sedang tertidur dalam babycot diusap rambutnya oleh Puan Kim. Patutlah Taehyung kata Haeun terlibat dalam hal ini, buktinya gadis itu tidak pulang semalam.

"Haish, apa dah jadilah dekat Haeun tu?"

Puan Kim duduk semula di atas katil di dalam bilik Taehyung. Dia cuba menenangkan diri. Doktor dah pesan jangan terlampau stres, nanti dia masuk hospital lagi susah pula.

"Aduh, tak tenang betullah. Nak buat apa ni?"

Sekali lagi, Puan Kim bangun dan mundar-mandir, dalam keadaan risau yang teramat.

◾◾◾

Beberapa jam kemudian, Taehyung selamat tiba di Seoul. Dia akan bertemu dengan Haeun di sebuah restoran Itali. Niatnya tak mahu makan pun, memang berbincang dan dia akan terus pergi menyelamatkan Rachel.

"Welcome back, husband. I miss you!" Haeun mengucapkan kata-kata itu apabila Taehyung telah tiba di situ. Lengannya didepakan dan dia memeluk tubuh Taehyung.

"Err, I busuk tau. Tak mandi lagi," ujar Taehyung lantas dia meleraikan pelukan. Tak ingin pun dipeluk oleh Haeun itu.

Haeun mencebik tapi dia sekadar diam tak membantah. Mereka duduk di sebuah kerusi dan membuat pesanan makanan.

"Taehyung? You tak nak makan ke?" tanya Haeun apabila Taehyung hanya memesan minuman saja. Pelayan tadi sudah berlalu pergi tanpa sempat dia menahan.

Taehyung menggeleng. "Tak apa, I tak lapar. You makan, okey? I teman."

Sekilas senyuman diberikan pada Haeun yang sudah tersengih. Jarang-jarang ni nak dapat Taehyung temankan dia.

Seketika kemudian, pesanan mereka telah tiba. Taehyung menyisip air minumannya sebelum mengeluarkan telefon bimbit. Dia menghantar mesej kepada seseorang.

Tak lama selepas itu, orang yang dimesej oleh Taehyung pun datang. Selamba dia duduk di kerusi bersebelahan Taehyung, dengan mata Haeun yang sedikit membulat.

"Nancy? You buat apa dekat sini?"

Nancy tersenyum nipis dan menyelitkan rambutnya di tepi telinga. Haeun pandang pula Taehyung yang sememangnya tidak terkesan langsung. Hei, Nancy dah mengacau waktu mereka berdua.

"I datang sini sebab nak ambil boyfriend I ni. Boleh?" Dengan selamba Nancy memeluk lengan kiri Taehyung. Haeun menghentikan suapan makanannya. Nancy dijelingnya tajam.

"Lepaskan tangan you dari suami I!" marah Haeun lantas tangan Nancy di lengan Taehyung ditepisnya kasar. Nancy tergelak.

"Hey, chill la. Kenapa serius sangat ni? I bergurau je," kata Nancy masih dengan sisa tawanya. Kelakar sungguh muka cemberut Haeun itu.

"Haeun, I nak tanya you ni. Apa perasaan you kalau Taehyung curang belakang you?" tanya Nancy, sengaja. Dia ingin tahu jawapan Haeun sebelum misinya dan Taehyung diteruskan lagi.

"Eh, mestilah I marah! Suami I kot!"

Tepat sekali, Haeun sudah mula berang. Dia memandang Taehyung dan Nancy silih-berganti. 'Diorang berdua ni ada apa-apa ke?' getus Haeun dalam hatinya.

"Okey. Sekarang biar I tanya suami you pula. Taehyung, apa perasaan kau kalau Haeun curang belakang kau?"

Taehyung sengaja mengedip-ngedipkan matanya beberapa kali, berlagak innocent. Bibirnya dimuncungkan.

"Kalau aku, aku kecewa! Yelah, isteri sendiri kot. Minta kena cerai ni," jawab Taehyung lantas dia ketawa. Muka Haeun sudah berubah dan dia turut ketawa sekali. Ketawa yang dibuat-buat. Berdecit Nancy dibuatnya.

"Jangan risaulah. I takkan buat macam tu dekat you. I sayang sangat dekat husband I ni." Haeun tersengih walaupun dalam hatinya dah berdebar macam apa. Jangan kata Nancy nak beritahu pasal Eunwoo pada Taehyung?

"Hmm," gumam Nancy perlahan. Taehyung memberi isyarat mata kepada Nancy. Gadis itu tersengih sebelum mengeluarkan sebuah sampul surat berwarna coklat.

"Tapi, kenapa gambar-gambar ni mengatakan yang sebaliknya?" Nancy menggawang-gawangkan sampul itu dengan dahi berkerut. Fuh, berlakon kena bagus.

Haeun cepat-cepat merampas sampul itu. Dia terkedu melihat gambarnya dan Eunwoo yang sangat intim, dari awal perkahwinan sehinggalah gambar yang paling baru ditangkap dua hari lepas.

"You nampak seronok dan enjoy curang dengan suami you." Nancy menambah lagi. Taehyung tersengih sinis.

"Oh, sedihnya aku. Haeun curang dengan aku. Eoddeokhae? (What to do?) Aku kena ceraikan Haeun la kalau macam ni," kata Taehyung dengan nada sedih yang dibuat-buat. Haeun mengetap bibirnya.

"Tipu! Semua gambar tu tipu! You edit je kan gambar ni, Nancy? I takkan buat benda macam tu lah!" Suara Haeun semakin meledak tinggi, membuatkan beberapa pelanggan di situ memandang mereka. Dia tak peduli, dia rasa geram sangat dengan Nancy yang sudah menikam belakangnya dan Taehyung yang tersengih memperlekehkannya.

Tanpa membuang masa Haeun mengoyakkan semua gambar-gambar itu. Berharap bukti akan terhapus.

"Koyaklah, koyak. Kau koyak sejuta kali pun aku ada gantinya dalam ni. Bodohnya kau, sibuk periksa telefon aku hari-hari. Tapi tak pernah jumpa apa-apa pasal kes kau curang ni." Taehyung mengangkat telefonnya dengan sebuah sengihan terukir di bibir. Seronok dia melihat muka merah Haeun.

Haeun pula sudah hilang sabar. Baginya, Nancy yang bersalah dalam hal ini. Terus rambut keperangan kawan baiknya itu ditarik.

"Hei! Kau buat apa ni?" marah Taehyung sambil cuba menarik Nancy dari pegangan Haeun itu. Orang-orang yang ada di situ mula berbisik-bisik, tak kurang juga yang merakam situasi tersebut. Masakan tidak, isteri Taehyung si CEO terkenal bergaduh di tempat awam!

Nancy terlepas, dan dia mengusap rambutnya. Gila, macam nak tercabut kulit kepala sekali. Dia mencerlung tajam ke arah Haeun yang turut memandangnya dingin.

"You are not my best friend. Kawan baik mana je yang tikam belakang hah?!" bentak Haeun dengan geram.

"Eh, kawan baik mana pula yang nak biarkan kawan baik dia curang dengan suami sendiri?" balas Nancy tidak mahu kalah. Taehyung di tengah-tengah sudah berasa malu dengan perhatian yang mereka sedang perolehi sekarang.

"Nancy, jom. Aku tak tipu, aku akan ceraikan kau Haeun. Kita jumpa dekat mahkamah minggu depan," ucap Taehyung tenang sebelum dia dan Nancy berlalu pergi.

Haeun terduduk. Rasa malu, marah, sedih dan geram bercampur baur. Dia juga keluar dari situ, tidak tahan dengan pandangan mata yang meliar padanya.

◾◾◾

"Rosak! Semua rosak, Eunwoo!"

Eunwoo yang sedang leka menonton live bola sepak dari telefonnya terganggu dengan Haeun yang sudah tiba di tempat mereka culik Rachel. Muka gadis itu sungguh serabut, pastinya ada masalah.

Haeun menuju ke bilik yang menempatkan Rachel, diekori dengan Eunwoo di belakangnya. Pintu bilik dibuka kuat, menyentakkan Rachel yang terbaring lemah itu.

Pang!

"Haeun! Bertenanglah, sayang. You tak cakap pun apa dah jadi?" Eunwoo pantas meraih tangan Haeun sebelum pelempangnya mendarat lagi pada pipi Rachel.

"Bodoh! Jangan sentuh I! You tahu tak, Taehyung dah tahu pasal hubungan kita. Nancy yang beritahu. Taehyung kata dia nak ceraikan I!" beritahu Haeun dengan nafas kencang, masih marah dengan hal tadi.

"Pulak dah." Eunwoo menepuk dahi. Tak sangka betul Nancy buat macam tu.

"Ish, you ni tak membantu lah!" Haeun melepaskan marahnya pada Eunwoo pula. Tali yang ada di situ dia ikat kaki Rachel pula. Rachel meronta kasar namun terus terhenti apabila Haeun melempangnya lagi.

"I tak kira, kita kena bunuh perempuan ni sekarang. Nancy mesti dah beritahu pasal rancangan ni juga, jadi tak ada pilihan. Kita akan bunuh Rachel sekarang juga."

Haeun tersenyum puas hati melihat Rachel yang tidak mampu bergerak lagi itu. Minyak petrol yang ada di situ dia tuang di sekeliling. Pemetik api diunjukkan kepada Rachel dengan sengihan.

"Alahai, nangis ya? Kasihannya." Haeun mengusap rambut Rachel yang sudah tergeleng-geleng itu. Air matanya turun membasahi pipi. Dia faham yang Haeun akan membakarnya hidup-hidup.

"Serius? You tak menyesal?" Eunwoo bertanya perlahan. Dia pandang sekilas ke arah Rachel yang memohon simpati itu.

"Tak. Kenapa I kena menyesal? Taehyung mesti nak kahwin dengan dia lepas dia ceraikan I. Jadi baik dia mati dulu. Padan muka Taehyung!"

Serentak itu, minyak petrol dituang lagi ke sekeliling rumah kayu itu. Rachel ditinggalkan di situ keseorangan. Haeun menarik tangan Eunwoo keluar. Dia nyalakan pemetik api dan terus melempar.

"Mereputlah di neraka, Rachel." Haeun tersengih melihat rumah kayu itu mula dijilat api.

◾◾◾

okay guess, rachel mati ke tak?
HAHAHAHAHAH.

nak rachel hidup, tekan vote
sampai cukup 50 😂

6/11/2020, 8.25 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro