60 ; story time with sua
“ Her Bad Boy - 60 ”
• Story Time With Sua •
⬜⬜⬜⬜⬜
웃기지 웃기지? 얘
어이없이 느끼지? 얘
솔직히 지들이, 얘
왜 저리 난리인지, 얘
Isn't it funny, isn't it funny? dear
Don't you feel dumbfounded? dear
Honestly why are these people, dear
Why are they making a fuss like that, dear
- BTS, Ddaeng
⬜⬜⬜⬜⬜
t/w
-abuse
Nobody's Pov
Mata Rachel membulat melihat dua gadis itu yang mendekatinya. Sedikit rasa cemas mula dirasainya, kerana dia tahu sangat mereka berdua tidak akan pernah biarkan dia hidup senang.
"Hmm, let me see. Kau makin cantik."
Rachel mengerutkan dahi apabila ayat itu terpacul dari mulut Sua. Gadis itu kini sedang memegang rahangnya, dan dengan agak kasar menilik mukanya dengan menggerakkan ke kiri dan kanan. Rachel tak mampu menepis, tangannya terikat.
"Apa maksud kau?" Rachel menguatkan diri untuk bertanya. Sua tergelak, sedikit sinis.
"Terlalu cantik, it hurts my pride." Sua yang tadinya tergelak mula membuat muka serius. Tangannya masih memegang kemas rahang Rachel.
"Kau tahu apa kau dah buat pada aku?"
Rachel menggeleng. Haeun berdecit melihat reaksinya itu. "Bodoh," carut Haeun perlahan. Dia memilih untuk ke tepi dan membiarkan saja Sua berbual dengan Rachel.
"Hmm... apa je yang kau tahu?" Sua tergelak lagi sementara Rachel menahan sabar. Tidak faham apa yang gadis ini hendak sampaikan padanya.
"Listen, Rachel honey. 5 years ago, your so called boyfriend Taehyung once embarrased me in public. Kau masih ingat kan kejadian kau kena pecat? Dah lambat, tapi aku tetap nak beritahu. Akulah dalangnya, aku yang fitnah kau dekat Puan Oh."
Sua berhenti sebentar, jarinya dimainkan di pipi Rachel dengan muka bersalah yang dibuat-buat.
"Kau yang buat? Tapi, apa salah aku? Seingat aku, aku tak pernah buat jahat pun dekat kau," balas Rachel dengan sedikit kesal. Sungguh tak percaya tentang apa yang diberitahu Sua tadi.
Sua meletakkan jarinya di bibir Rachel, menyuruh gadis itu diam. "Hei, siapa suruh kau jawab? Aku belum habis cerita lagi."
Rachel menggeleng perlahan. Dia dapat rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku nanti. Sua mengalihkan tangannya, kali ini dia mengusap rambut Rachel pula.
"Kemudian, aku pula yang kena pecat sebab Puan Oh geram dengan Taehyung yang dah rosakkan barang-barang kedai dia. Sebabkan boyfriend kau, aku kena dera dengan abang aku. Abang aku tu pula asyik berjudi, habis semua duit gaji aku dia kaut. Bila aku hilang kerja dan tak dapat bagi duit, aku yang jadi tempat tempias marah dia bila kalah judi!"
Terhinjut sedikit bahu Rachel akibat suara Sua yang dikuatkan pada hujung ayatnya. "Aku minta maaf, aku tak ada niat pun dan aku pasti Taehyung pun sama." Rachel menatap mata Sua dengan pandangan meminta simpati.
"Huh, kau dengan minta maaf kau tu dari dulu boleh pergi mampus. Pathetic," ujar Sua dengan nada kasar. Sememangnya dia sudah muak dengan perangai Rachel yang suka minta maaf tu. Walaupun itu satu perangai yang baik, tapi dia rasa menyampah. Kenapa? Sebab pada pandangannya, Rachel hanya menyebut, tapi tak rasa bersalah pun.
"Ada lagi satu, dan aku yakin kau kenal orang ni. Moon Taeil." Sua tersenyum sinis sementara Rachel sudah terkebil-kebil. Apa pula kaitan dengan seorang penjenayah yang pernah didakwanya itu?
"Moon Taeil, he's my brother. The one that used to abuse me. Memang rancangan kami untuk ambil duit syarikat Taehyung. Tapi kau! Kau boleh pula sumbat abang aku tu masuk penjara!"
Pipi Rachel ditampar kuat oleh Sua. Bukan sekali, tapi tiga kali. Rachel terasa kepalanya berpinar seketika, begitulah kuatnya tamparan Sua itu. Dia kembali memandang Sua dengan pandangan mata yang kabur.
"Aku tak buat benda tu saja-saja, Sua. Dia buat salah, dia patut dipenjara," jawab Rachel lemah. Kepalanya ditunjal oleh Sua beberapa kali dan Sua menyebut beberapa perkataan kesat pada Rachel.
"Malangnya, semua yang kau buat tetap nampak salah di mata aku. Baik kau berhenti hidup dan mati macam mak bapak kau!" Sua mencekik leher Rachel pula. Tersekat-sekat Rachel mencari nafas, sehinggalah dia bebas apabila Haeun menepis tangan Sua.
"Ish, kau ni! Janganlah bunuh dia lagi. Takkan kita nak biarkan dia mati macam tu je?" Haeun bersuara dan Sua mendengus geram. Wajah Haeun yang tersengih tidak bersalah itu membuatkan dia sedikit jengkel. Dia cuba menenangkan diri dan memandang Rachel semula.
"By the way Rachel, aren't you curious why I always treat you badly, compared to anyone else?"
Rachel mengerutkan dahi. Dia ingatkan gadis itu sentiasa kasar dengan semua orang. Tapi dia bertanya juga, "Kenapa?"
Tiba-tiba Sua mengeluarkan sebuah pemetik api dari poket seluar jeans yang dipakainya. Dia menyalakan api dan menghala api tersebut tepat di hadapan mata Rachel. Rachel bernafas laju, takut dengan api yang betul-betul dekat dengannya itu.
"5 Ogos 2014, tarikh yang bersejarah untuk kau bukan? Seronok tak tengok mak bapa kau terbakar hidup-hidup?" Sua tersenyum apabila Rachel sudah mula berpeluh. Dia tahu sangat gadis itu takut akan api, seperti yang diberitahu Haeun.
"Hmm..." Sua mematikan api tadi. Matanya menjeling Haeun yang ketawa jahat melihat Rachel menggigil ketakutan. Oh, pastinya semua ini tampak seperti bahan jenaka bagi Haeun.
"Kebakaran tu atas motif dendam, tapi sayang. Sampai sekarang kan tak jumpa pesalahnya?" Sua berkata lagi, kali ini dia mengurut dagunya seolah-olah sedang berfikir. Dia tersengih sinis. Pemetik api tadi dinyalakan lagi sekali. Apinya dicucuh pada lengan Rachel dan Rachel mula meronta-ronta kesakitan.
"Gila! Kau gila, Sua!" jerit Rachel dengan air mata yang sudah berlinang ke pipi. Ya Tuhan, kejamnya Sua menyeksa dia dengan perkara yang paling ditakutinya itu.
"Diamlah, bodoh." Haeun menunjal kepala Rachel, geram dengan gadis itu yang tidak habis-habis menjerit kesakitan. Dia menepis pemetik api tersebut dari lengan Rachel dan Sua terlopong apabila pemetik api itu jatuh ke atas lantai. Haeun tunduk dan menggenggam pemetik api itu kuat.
"Aish! Kau ni potong line la!"
"Bising kau tahu tak? Aku malas je kalau ada yang dengar dari luar, tak pasal-pasal kau sekali melingkup dalam penjara macam Taeil tu," balas Haeun tidak mahu kalah. Dia menghadiahkan sebuah jelingan sebelum pergi dari situ. Pemetik api itu turut dibawa sekali.
"Hah, pergi pun." Sua menjeling kelibat Haeun yang berlalu pergi itu. Haeun pun sama, menjengkelkan.
"Yah, jeongsin charyeo (Hey, get back to your sense). Aku belum habis cerita lagi ni." Sua menampar pipi Rachel yang memejamkan mata itu.
Rachel menarik nafas panjang. Dia penat, dan dia lemah. Baru teringat dia tak menjamah apa-apa makanan. Patutlah dia rasa tak bermaya langsung.
"Sebenarnya, ayah aku yang buat. Dia tak puas hati dengan ayah kau yang berjaya masa tu. Tambahan lagi, ayah kau tolak proposal syarikat dia, sampai ayah aku jatuh bankrupt. Sampai satu hari, ayah aku upah orang pergi bakar satu syarikat tu. Dia berjaya dan mestilah, dia sangat puas! Tapi bangangnya, dia pulak mati sebab sakit dua tahun lepas tu, tak sempat pun nak majukan syarikat dia tu," sambung Sua lagi. Rachel menghela nafasnya.
"Habis kau nak apa sekarang ni? Kau nak duit? Nak harta? Hei, Sua. Kau tak perlu pun buat semua ni. Aku boleh bagi kau kerja kat syarikat peninggalan ayah aku tu dengan gaji yang tinggi." Kali ini, Rachel bersuara sedikit yakin. Dia tak maksudkannya, dia cuma ingin memanipulasi Sua.
Sua tergelak mendengar soalan Rachel. Kepalanya digeleng berkali-kali tanda bukan. "Untuk apa aku nak semua tu? Aku bukannya mata duitan macam ayah aku dan abang aku."
"Then, tell me what you need. Aku janji, aku tunaikan kalau kau lepaskan aku," balas Rachel sambil mengangguk. Dia cuba meyakinkan Sua.
"Hmm, bagus juga kan?" tanya Sua dengan mulut dicebikkan. Saja play along dengan Rachel.
Rachel angguk lagi, lebih laju dari tadi.
"HAHAHAHA!" Terlepas lagi ketawa Sua. Tak cukup itu, dia menepuk tangan, macam kelakar sangat cadangan Rachel tadi. Sesaat kemudian, mukanya bertukar kembali kepada serius.
"Aku tak perlu apa-apa, aku cuma nak kau mati je. Kau patut join mak bapak kau kat neraka tu. Kesian tau, diorang dah lama tunggu kau kat sana." Sua membuat muka sedih pula. Rachel sudah termangu, sah-sah gadis di hadapannya ini menghidap penyakit mental!
"Apa kau cakap ni Sua? Tolonglah, aku penat. Aku tak ada masa nak main-main dengan kau. Lepaskan aku!" bentak Rachel yang mula tidak sabar itu. Entah berapa lama lagi cerita Sua nak sampai ke penghujung, dia pun tak pasti. Yang dia tahu, Sua memang banyak berdendam dengannya.
"Alah, dah penat ke? Sampai hati Rachel tak nak main-main dengan Sua." Sekali lagi Sua membuat muka sedih. Persis budak kecil yang tak dapat mainan. Tapi ini versi orang gila yang tak dapat main-main dengan mangsanya.
"Dahlah, aku pun malas nak tengok muka kau lama-lama. Selamat malam!"
Jarum yang berisi ubat tidur disuntik ke lengan Rachel. Rachel mengaduh kesakitan, akibat suntikan rambang Sua yang pastinya bukan seperti jururawat yang berpengalaman.
"Duduk diam-diam tau. Esok kita jumpa lagi." Rambut Rachel diusap perlahan oleh Sua lalu dia ketawa sinis. Tali pada tangan Rachel diperiksa, dan dia menguatkan ikatan. Makin sakit tangan Rachel dibuatnya. Rayuan Rachel agar dilepaskan Sua tidak endahkan, dia keluar dari bilik itu.
Rachel cuba merentap tangannya dari tali itu, ingin melepaskan diri sementara ubat itu belum berkesan ke atas badannya. Pada saat itu dia ternampak telefon bimbitnya yang ada di atas lantai, cuma sedikit jauh. Rachel cuba mencapai telefon itu dengan kakinya.
Naik lenguh juga kakinya, akhirnya dia berjaya. Rachel cepat-cepat menunduk dan mengangkat telefon itu dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.
"Fuh," Rachel menghembus nafas lega apabila telefon itu akhirnya ada di atas ribanya. Terkial-kial dia mengalihkan telefon itu sehingga berada di tepi tangannya. Rachel cepat-cepat membuka telefonnya. Chat dengan Mingyu ditekan.
Sebaik saja menekan butang send, mata Rachel mula layu, lantas dia sorokkan telefon itu di bawah badannya. Tak mahu kantoi dengan Sua mahupun Haeun.
Tanpa Rachel perasan, dia sebenarnya tersalah hantar mesej itu. Nama contact Kim Mingyu yang sepatutnya ditekan tersasar sedikit akibat pergerakan tangannya yang terbatas. Rachel telah menghantar mesej itu kepada orang lain.
Benda terakhir yang Rachel nampak hanyalah kelibat seseorang yang menghampirinya, dan dia yakin itu seorang lelaki. Rachel terlelap, dengan harapan seseorang itu akan menyelamatkannya.
Eunwoo tersenyum kecil melihat Rachel yang sudah tertidur akibat ubat tidur itu. Dia mengelus pipi Rachel dan mengucup pipi gadis itu beberapa kali.
"Aish, how i miss this little girl. Or should I say 'my' little girl?"
◼◼◼
Mingyu berbaring dengan telefon di tangannya. Dia tidak habis-habis memeriksa ruangan chat dengan Rachel. Pelik, gadis itu tidak membalas chatnya berjam-jam lamanya. Takkan tidur pula dari balik tadi? Ni nak masuk pukul 12 dah.
Ya, chat terakhir dari Rachel yang Mingyu dapat ialah makluman yang mahkamah sudah bersurai, dan gadis itu akan pulang. Lepas tu, sampai sekarang tak balas apa-apa. Sangat pelik, Mingyu tahu Rachel bukannya jenis yang suka abaikan chat. Gadis itu pasti akan membalas dalam masa yang singkat.
"Ish, mana pula dia ni?" rungut Mingyu sendirian. Dia berasa risau tiba-tiba. Takut gadis itu berada dalam bahaya. Nak saja dia ke rumah keluarga Kim, tapi apa pula kata orang rumah itu bila dia datang malam-malam begini?
"Tak ada apa kot, dia tertidur la tu. Tenang jelah," pujuk Mingyu pada diri sendiri. Dia membuka aplikasi PUBG, berasa sedikit bosan kerana tidak dapat bergayut di telefon dengan Rachel seperti biasa.
◼◼◼
010-XXXXXXXXXX
tolong saya
saya kat sini
📍 Location
11.38 p.m.
Taehyung mengerutkan dahi. Siapa pula ni? Dia perhati lama nombor yang tidak dikenali itu dengan pelik. Apakah?
Lokasi yang diberi oleh nombor itu ditekan oleh Taehyung. Entah di mana, Taehyung tak cam pula. Pelik-pelik saja.
Taehyung memilih untuk mengabaikan mesej itu. Mungkin ada sesiapa yang ingin mengenakannya. Telefon ditutup dan diletak ke tepi. Dia menguap, memang sangat mengantuk.
Tanpa membuang masa, Taehyung menarik selimut dan mula terbuai lena. Dia terlepas sebuah mesej dari Jimin yang masuk seketika kemudian.
Jimin Ketot
Tae!
Woi
Tidur dah ke sia
Aku dah check
Location rachel dengan haeun sama do
Bagitau aku ni kebetulan ke dirancang?
Taeeee
Bongok tido pulak mamat ni
Rachel okay tak tu wehh
12.09 a.m.
◼◼◼
kalau diberi pilihan, korang nak
hapuskan siapa? 😂😂
haeun, eunwoo atau sua?
kalau wisya, nak hapuskan
si taehyung! HAHAHAHAH
silent reader, tekan vote meh.
jangan malu malu.
5/11/2020, 6.18 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro