Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 ; appa

" Her bad boy - 6 "

• Appa •

⬜⬜⬜⬜⬜

어둠 속을 그냥 걷고 또 걷고 있어
행복했던 시간들이 내게 물었어
너 넌 정말 괜찮은 거냐고 oh no
난 대답했어 아니 나는 너무 무서워

I'm just walking and walking, among this darkness
My happy times asked me this question
You, are you really okay, it asked me oh no
I replied, no, I'm so afraid

- BTS Jin, Awake

⬜⬜⬜⬜⬜

Rachel's Pov

Jam loceng baru sahaja berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Lega betul rasa. Baru hari pertama persekolahan dah rasa lama semacam. Ni nak menghadap setahun lagi.

Kami sekelas mengucapkan terima kasih pada guru subjek terakhir dan masing-masing mula balik. Aku galas beg dan mula berjalan nak keluar.

Tapi mana pernah aman sejak ada Taehyung dalam kelas ni.

"Awak kenapa?" tanyaku apabila dia memandangku tajam.

"Jom, ikut aku." Dia memegang pergelangan tanganku kemas.

"Nak pergi mana?" tanyaku yang masih terpinga-pinga.

"Adalah. Janji selamat. Aku tak jahatlah," kata Taehyung. Aku terdiam. Nak taknak aku ikut je.

"Naiklah. Aku bawak kau pergi makan," pelawa Taehyung apabila kami sampai di sebuah kereta.

"Tak apa ke? Saya taknak menyu—" Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia menolakku masuk ke dalam kereta, sedikit kasar.

"Ish! Tak payahlah tolak." Aku membetulkan duduk sebelum dia masuk, dan mengambil tempat di sebelahku.

"Tuan muda nak ke mana?" tanya pemandunya. Macam ni rupanya kehidupan anak orang kaya.

"Restoran yang Tae suka tu," jawabnya perlahan. Pemandunya mengangguk sebelum dia mula memandu ke destinasi.

Kekok macam biasa. Aku yang memang bukan peramah, dan dia yang tidak pandai memulakan topik.

"Kau jangan perasan aku suka kau eh. Aku bawak kau pergi makan sebab kau tolong aku buat kerja sekolah." Tiba-tiba Taehyung bersuara. Aku cuba tahan gelak.

"Apa-apa jelah Taehyung."

Dia mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Sambil-sambil itu aku ambil peluang untuk memerhati wajahnya. Tak dapat dinafikan, dia memang hensem. Tapi sayang- perangainya tak sama dengan rupanya.

Aku terpandang kesan lebam di tulang pipinya. Tanpa sengaja, aku pegang lukanya membuatkan dia mengaduh kesakitan. Tapi dia tak menepis.

"Kenapa ada luka ni Taehyung?" tanyaku lembut sambil mengelus luka tersebut. Taehyung pegang tanganku dari terus mengelus pipinya. Dia mengeluh.

"Tak ada apa, Cherry. Aku terlanggar something tadi." Dia menjawab sambil memandangku dengan pandangan yang aku tak dapat kenal pasti. Adakah pandangan sedih? Atau pandangan kesal?

"Awak tak tipu? Tak ada orang sentuh awak kan?" tanyaku. Tapi macam tak logik pula kalau ada orang tumbuk dia. Siapa berani? Memang tempah mautlah kalau cari pasal dengan lelaki ni.

"Tak, Cherry. Aku tak tipu. Geokjeongma." Taehyung senyum sedikit padaku dan aku mengangguk.

◼◼◼

Nobody's Pov

"Taehyung, boleh tak kita makan dekat tempat lain? Tempat ni macam- terlalu mewahlah untuk saya." Rachel menahan Taehyung daripada memanggil pelayan. Taehyung menggulingkan bola matanya.

"Apahal pulak?" Taehyung membalas. Suaranya sedikit kasar. Rachel mencebik.

"Tak ke mahal sangat? Saya tak biasa," jujur Rachel menjawab. Taehyung mengabaikan Rachel, dia terus memanggil pelayan dan membuat pesanan. Rachel hanya terdiam sehinggalah pelayan itu berlalu pergi.

"Aku belanja. Sekarang, aku nak kau makan je. Nanti sekali-sekala aku memang akan bawak kau pergi makan. Anggaplah ni sebagai balasan terima kasih kau buatkan kerja aku."

"Tapi, Taehyung. Kenapa awak tak buat kerja sendiri? Tak perlu susah-susah keluarkan duit semata-mata tak buat kerja sekolah," bantah Rachel. Tak jumpa logik pemikiran Taehyung.

"Itu bagi kau. Bagi aku, keluarkan duit lagi senang daripada buat kerja," jawab Taehyung selamba. Dia memandang ke arah telefon bimbit Rachel yang terletak di atas meja. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambilnya.

Rachel membulatkan matanya.

"Bagi balik!" Rachel cuba merampas kembali namun Taehyung lebih cekap menjauhkan telefon tersebut daripada Rachel.

"Chill, Cherry. Aku tak selongkar apa-apa lah." Taehyung memulangkan kembali telefon Rachel setelah dia call number sendiri menggunakan nombor Rachel. Cekap sungguh dia buat kerja.

Rachel cepat-cepat menyimpan telefonnya ke dalam poket blazernya. Taehyung menjeling Rachel. Tak faham betul apa yang Rachel takut sangat.

Lama mereka terdiam. Makanan sampai pun mereka hanya menjamah tanpa bertegur. Masing-masing makan dengan tenang.

"Taehyung?" panggil Rachel. Taehyung menggumam perlahan.

"Kenapa awak panggil saya Cherry?"

Taehyung memandang Rachel lama sehingga gadis itu tertunduk. Pipinya mula memerah. Saja betul nak buat Rachel malu. Dia mendekatkan wajahnya pada Rachel sebelum menjawab,

"Sebab aku suka."

◼◼◼

"Betul! Awak boleh hantar saya dekat sini. Saya kerja dekat bakeri tu." Puas Rachel cuba meyakinkan Taehyung apabila lelaki itu berkeras tidak mahu menurunkan Rachel di hadapan blok kedai.

"Buktikan kau tak tipu aku." Ringkas dan padat arahan Taehyung.

Rachel mengeluh berat. Apa masalah lelaki ni sebenarnya?

Nak tak nak, Rachel menunjukkan badge pekerjanya kepada Taehyung. Kalau tidak, sampai bila-bila Taehyung tak mahu dia turun di situ.

"Okay, you are good to go," putus Taehyung sambil mengangguk. Rachel menyimpan kembali badge itu, tidak lupa menjeling Taehyung.

Rachel membuka pintu dan keluar dari kereta mewah itu. Dia mengucapkan terima kasih pada Taehyung dan pemandunya. Baru lima langkah dia menapak dari situ, Rachel terdengar suara Taehyung.

"Cherry!"

Okay, itu bukan namanya namun dia berpaling jua.

"Take care. Thanks for today, I had fun."

Rachel senyum dan angguk. Kereta Taehyung berlalu dari situ. Rachel terasa hatinya berbunga sedikit.

"Tak, aku tak boleh jatuh cinta pada dia. Dia punya standard mesti tinggi, takkanlah dia nak perempuan macam aku," kata Rachel pada dirinya sendiri.

Andai saja dia tahu Taehyung juga mula menyimpan perasaan pada gadis yang dipanggil Cherry itu.

◼◼◼

Taehyung's Pov

Aku membuka pintu rumah dan nampak kelibat seseorang yang aku tak suka bersama omma. Haih, malas betullah. Aku menapak terus ke arah tangga.

"Tae? Duduk sini kejap," panggil omma dengan muka ceria, penuh berharap. Aku membalas senyuman omma dan menuju ke arah mereka dengan paksa.

"Kenapa, omma?" tanyaku, langsung tidak mengendahkan kehadiran appa. Omma senyum sedikit sebelum mengerling ke arah appa.

"Ni, appa ada benda nak cakap dengan Tae."

"Apa dia appa?"

"Appa tak kisah kamu nak tukar kelas tu. Tapi appa taknak dengar kamu buat masalah lagi dekat sekolah tu. Tahun ni kamu patut tunjuk contoh yang baik sebagai senior Ppalgan Highschool."

Aku diam sebelum tergelak sinis.

"Oh? Appa nampak Tae ada buat apa-apa ke tadi? Tak ada kan? Tae dan Jungkook cuma bersembang je dengan budak-budak lelaki tadi tu. Tak ada pulak appa nampak Tae rembat diorang ke apa kan?" jawab aku tanpa memandang appa.

"Appa tahu tu. Tapi telinga appa ni dah penat sangat dengar complaint daripada parents budak lain dengan cikgu-cikgu sekolah kamu," bebel appa lagi. Aku membuat muka bengang.

"Tak apalah. Buang je telinga tu," jawabku bersahaja. Omma memandangku geram sebelum dia tersenyum sikit. Aku sengih pada omma.

"Keep your manners, Taehyung," kata omma. Aku tidak membalas.

"Okay, tu je kan? Tae naik dulu. Panas duduk sini lama-lama." Aku bangun dan berlalu dari situ.

"Taehyung! Appa tak habis cakap lagi! Kim Taehyung! Bertuah betul!"

Aku hanya mengabaikan appa yang tidak putus memanggilku. Terus naik tangga dan masuk bilik. Aku mengeluh. Penat juga asyik bergaduh dengan bapa sendiri.

Aku yang malas mahu membersihkan diri, terus naik atas katil dan mengeluarkan telefon dari poket. Missed call dari nombor Rachel tadi aku tekan, lalu aku save sebagai 'Racherry 🍒'. Aku senyum.

Memikirkan Rachel buat aku terlupa pada masalahku dengan appa. Aku- rasa gembira apabila gadis itu bersama aku.

"Haih, Cherry, Cherry. Kenapa kau buat aku rasa tak senang duduk?" tanyaku sendirian. Aku tergelak apabila terasa diri sudah gila bayang.

'Ani, aku tak boleh sayang dia, suka dia apatah lagi jatuh cinta dengan dia,' kataku dalam hati sebelum menggeleng kepala dengan muka serius. Aku tutup telefon dan mula membersihkan diri.

◼◼◼

To be continued...

Hello semua! Assalamualaikum, kepada yang muslim, selamat berpuasa ❤ walaupun lambat, tetap nak wish juga.

Silent readers, muncullah. Tekan vote je pun tak apa 😘

24/04/2020, 11.50 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro