59 ; deadly worried
“ Her Bad Boy - 59 ”
• Deadly Worried •
⬜⬜⬜⬜⬜
작은 것에 breathe
그건 어둠 속 내 산소와 빛
내가 나이게 하는 것들의 힘
넘어져도 다시 일어나 scream
Breathe on the small things
My air and my light in the dark
The power of things that make me, "me"
Even if I fall, I come right up, scream
- BTS, ON
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Rachel tersengih saat melihat pantulan dirinya di cermin. Getah rambut diambil lalu rambutnya yang panjang separas bawah dada itu diikatnya kemas. Sebuah jaket turut diambil bersama dengan tas tangannya sebelum dia turun ke bawah.
Hari ini merupakan hari kedua Rachel akan masuk mahkamah sebagai seorang pendakwa raya. Dia tidak lagi nervous seperti dahulu, berkat pengalamannya semasa kes pertamanya. Rachel menuruni tangga dengan sedikit laju apabila menyedari tinggal lebih kurang sejam lagi sebelum mahkamah bersidang. Dia tak boleh terlewat.
"Rachel sayang, tak nak makan dulu?" tegur Puan Kim saat melihat Rachel yang duduk di sebuah bangku kecil sambil menyarung kasut boot bertumit tinggi. Risau gadis itu kelaparan kerana dia tidak turun makan tengah hari tadi.
"Tak apalah, omma. Rae dah terlewat sikit ni. Nanti Rae makanlah roti ke biskut ke on the way ke mahkamah tu," jawab Rachel sambil mengikat tali kasut itu. Puan Kim menghampirinya dan memandangnya dengan riak yang sukar ditafsir.
"Ada apa, omma? Baju Rae tak cantik? Ke make up Rae yang tak jadi?" Rachel menyoal apabila mata Puan Kim tak habis-habis memerhatinya.
"Eh, tak adalah. Kamu dah cukup cantik dah ni," balas Puan Kim sambil tersenyum. Tangan Rachel digapainya lalu diusap perlahan.
"Jaga diri, ya? Elok-elok ke sana nanti."
Rachel tergelak kecil sebelum dia mengangguk. "Mestilah, omma. Omma pun, duduk rumah elok-elok tau! Rae balik sebelum pukul 6 nanti."
Puan Kim sekadar tersenyum nipis. Dia menghantar pemergian Rachel dengan lambaian. Rachel akan dihantar oleh Encik Shin hari ini.
Pergi saja Rachel dari situ, Puan Kim berlalu ke ruang tamu rumah itu. Dia duduk di sebuah sofa lalu memandang ke arah skrin televisyen yang terpasang.
"Haish, kenapa rasa tak sedap hati ni eh?" Puan Kim mengomel sendirian sebelum remote televisyen dicapai. Dia mengalih siaran ke saluran yang diminatinya, cuba menghilangkan perasaan gelisah itu.
◼◼◼
"Terima kasih, cik Rachel. Kami berhutang budi dengan cik," ucap seorang lelaki iaitu klien Rachel sambil menunduk hormat ke arah gadis itu. Rachel menunduk juga.
"Sama-sama," jawab Rachel dengan senyuman tidak lekang di bibir. Hari ini dia berjaya memenangi kes kecurian dengan mudah. Rachel mula berasa selesa dengan kerjayanya sebagai seorang pendakwa raya. Dia melangkah keluar dari mahkamah apabila menyedari jam sudah menunjukkan pukul 5:39 petang.
Cuaca sedikit mendung pada hari itu. Rachel menyimpulkan hujun akan turun tidak lama lagi. Rachel memilih untuk ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli air memandangkan dia kehausan.
Jaket yang ada di tangannya disarung ke tubuhnya apabila angin yang bertiup kencang membuatkan dia berasa sejuk. Rachel memeluk tubuhnya kuat dan dia melangkah ke arah kedai serbaneka dengan laju.
"Selamat datang."
Rachel melemparkan sebuah senyuman nipis kepada penjaga kaunter yang menyapanya itu. Dia berjalan ke arah peti sejuk dan memilih untuk membeli sebotol air mineral dan satu paket gummy bears. Rasa teringin untuk makan benda manis itu.
"4500 won."
Rachel menghulur wang bernilai 10000 won kepada penjaga kaunter itu dan kemudian menerima baki. Selepas mengucapkan terima kasih, Rachel keluar dari kedai serbaneka itu sambil membuka botol air mineral itu.
"Hmm, dah hujan," tutur Rachel pada dirinya sendiri. Terasa air hujan terkena pada badannya sedikit. Matanya tertancap pada bangku yang ada di kedai serbaneka itu lalu memutuskan untuk duduk di situ sebentar.
Sewaktu Rachel melangkah ke bangku itu, seseorang menyelinap dari belakangnya tanpa disedari. Sebuah sapu tangan yang dituang kloroform ke atasnya ditekup ke hidung dan mulut Rachel.
Mata Rachel terpejam, kesan daripada kloroform itu tadi. Dia jatuh pengsan saat terhidu cecair berbahaya itu. Botol air mineral yang ada dipegang tadi terjatuh ke tanah, sekali dengan paket gummy bears tadi. Tubuhnya ditarik masuk ke dalam sebuah kereta yang berhenti di situ tanpa disedari sesiapa.
◼◼◼
» 8.53 malam
Puan Kim mundar-mandir di kawasan ruang tamu itu, dengan Hyunsuk di tangannya. Dia berasa risau kerana Rachel masih belum pulang. Encik Shin sudah keluar sebentar tadi dengan arahan untuk mencari Rachel di mahkamah yang ditujunya tadi.
"Haih, dah kenapa awak tu? Duduklah diam-diam. Hyunsuk pun naik pening awak asyik bergerak ke sana sini."
Puan Kim memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar sambil bersandar di kerusi malas yang ada di ruang tamu itu. Puan Kim mengambil tempat di hadapan suaminya. Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk itu.
"Saya risaulah. Mana pergi si Rachel tu? Dah dekat pukul 9 ni," adu Puan Kim sambil menunjukkan muka keresahan pada Tuan Kim. Tuan Kim menyelak surat khabarnya ke sebelah.
"Hmm, kenapanya? Dia pergi mana?" Tuan Kim bertanya malas.
"Ke mana lagi, ke mahkamah. Dia kata dia balik dalam pukul 6 macam tu. Ni tak sampai-sampai lagi. Risaunya saya." Puan Kim menyambung lagi. Dia mencebik apabila suaminya tidak memberi sebarang reaksi. Tahu benar Tuan Kim tak berminat soal Rachel.
Puan Kim bangun dari situ. Hyunsuk yang sudah terlelap dia letak di sebuah sofa dengan bantal yang disendal di sekeliling, tak mahu bayi itu terjatuh.
Telefon bimbitnya yang berada di atas meja makan dicapai oleh Puan Kim. Tanpa berlengah nombor Taehyung didailnya.
◼◼◼
» Daegu
"Yeoboseyo?" Taehyung yang sebenarnya baru tertidur itu mengangkat panggilan seraya berbaring di atas katil. Penatnya masih terasa tapi dia tetap menjawab panggilan ibunya.
"Tae dah tidur ke? Maaflah kalau omma ganggu," balas Puan Kim sedikit gusar mendengar suara anaknya yang seperti masih mamai. Dalam hatinya sudah berura-ura hendak menamatkan panggilan.
Taehyung lekas-lekas bangkit dari berbaring dan duduk. Matanya digosok beberapa kali, cuba menghilangkan rasa mengantuknya. "Haah, baru je lelap. Nasib baik omma call, Tae belum mandi lagi."
"Ha, baguslah kalau macam tu. Ni omma nak tanya. Kamu balik bila?" soal Puan Kim tanpa berlengah. Awal-awal pagi tadi Taehyung sudah bertolak ke Daegu atas urusan kerja. Meninggalkan Hyunsuk keseorangan kerana Haeun juga tidak betah duduk di rumah.
"Esok kot, lepas habis meeting tengah hari nanti. Kenapa omma tanya?" jawab Taehyung yang memang mengingati jadualnya esok. Mesyuarat pada esok hari adalah bersama klien yang penting, jadi Taehyung tidak boleh terlepas.
"Hmm, tak apalah kalau macam tu. Omma cuma nak beritahu Rachel belum balik lagi."
Serentak itu, Taehyung melihat jam pada skrin telefon bimbitnya. Sedikit rasa bimbang terbit dalam hatinya. Ke mana pula gadis itu pergi lewat-lewat begini?
"Dia ke mana pula? Dari pukul berapa tak balik? Omma dah telefon dia?" tanya Taehyung bertubi-tubi dek kerisauan. Terus hilang rasa mengantuk tadi.
"Entahlah, tadi dia keluar dalam pukul 3 lebih sebab kerja dia. Lepas tu dia kata nak balik dalam pukul 6, tapi sampai sekarang batang hidungnya pun tak nampak lagi. Telefon pun tak berangkat," balas Puan Kim yang juga risau itu. Tak senang duduk dia dibuatnya.
"Lah, macam tu pula." Taehyung termangu sebentar. Berkira-kira nak buat apa.
"Encik Shin cari pun tak jumpa. Tolonglah, Taehyung. Omma risau sangat-sangat dah ni," sambung Puan Kim lagi. Habis naik darah tingginya kalau dibiarkan.
"Okey, nanti Tae buat apa yang patut," jawab Taehyung pantas, tidak mahu ibunya dilanda stres pula. Mereka menamatkan panggilan selepas itu.
Taehyung bangun dulu dan membersihkan dirinya. Habis saja mandi, dia duduk di atas katil hanya dengan bathrobe tersarung di tubuh. Telefon bimbitnya dikeluarkan.
Nancy
Hari ni tak ada update?
9.37 p.m.
Tak ada...
Aku tak sihat do
Tak keluar rumah
9.39 p.m.
Taehyung membiarkan chat itu tanpa membalasnya. Semakin risau dia dibuatnya. Rancangan Haeun hari itu sudah diketahuinya namun apa akan jadi hari ini dia tak dapat info pula.
Taehyung memutuskan untuk mendail nombor Jimin. Dia akan meminta pertolongan kawan baiknya itu.
"Eo, Jimin-ah. Boleh kau tolong track nombor telefon Rachel tak?"
◼◼◼
"Urgh..."
Rachel membuka matanya dan terpisat-pisat cuba mengingati apa yang telah berlaku. Matanya terus membulat melihat dia dalam tempat yang tak dikenalinya, iaitu entahlah nak kata pondok ke apa, tapi diperbuat dari kayu sekelilingnya.
"Aish, mana pula telefon aku pergi?" Rachel menggumam sendirian apabila melihat langit yang sudah gelap, menandakan sudah malam. Perbuatannya terhalang, apabila Rachel baru sedar tangannya terikat.
"Aduh, bala apa pula ni?" Rachel bersuara, kedengaran sedikit geram nadanya. Dia cuba merentap tangannya dari tali yang mengikat pergelangan tangannya itu namun gagal. Lebih malang lagi tali itu turut disambung pada kepala katil yang menjadi tempat dia berbaring. Semakin susah untuk dia melepaskan diri mahupun bergerak.
Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar. Terjatuh rahang Rachel melihat Haeun di situ, bersama seseorang yang pernah dikenalinya dahulu.
"Sua." Mulut Rachel spontan menyebut nama itu.
◼◼◼
note ; rujuk chap. 15, 17 and 19
kalau tak ingat sua tu siapa
short chapter sebab nak bagi
cliffhanger! vote for next part ❤
4/11/2020, 2.49 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro