57 ; she's home
“ Her Bad Boy - 57 ”
• She's Home •
⬜⬜⬜⬜⬜
첫눈에 널 알아보게 됐어
서롤 불러왔던 것처럼
내 혈관 속 DNA가 말해줘
내가 찾아 헤매던 너라는 걸
At first sight, I could recognize you
As if we were calling for each other
The DNA in my blood vessels tell me
That it's you I was looking all over for
- BTS, DNA
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Rachel berada di hadapan bangunan Hospital Seoul. Dia ingin melawat Puan Kim hari ini. Buat kali pertama sejak dia pulang ke Korea, dia akan bertemu wanita yang dirinduinya itu.
Tapi, sebelum itu dia sudah memastikan Puan Kim tidak menerima pelawat selainnya. Tak mahu dia ke situ kalau ada Taehyung, mahupun Haeun. Buat kekok sahaja.
Sampai sahaja di tingkat empat hospital itu, Rachel terus melangkah ke arah wad Puan Kim. Dia sudah bertanya kepada wanita itu tentang wad yang diduduki jadi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke situ.
Pintu wad dibuka apabila dia sudah tiba di hadapan wad bernombor 18. Puan Kim yang sedang berehat sambil menonton televisyen membulatkan mata melihat gadis itu.
"Rachel, sayang!"
Mereka berpelukan sekejap. Puan Kim mencium dahi gadis itu bertalu-talu, melepaskan rindu yang ditahan hampir empat tahun lamanya.
"Ya Tuhan, dah besar anak omma ni ya? Merajuk tak dapat kahwin dengan Taehyung, sampai ke Russia!" usik Puan Kim lantas Rachel mencebik dan menggeleng.
"Mana ada!"
"Eleh," kata Puan Kim lalu dia tertawa kecil. "Macamlah omma baru kenal kamu, Rachel."
"Omma sihat tak?" soal Rachel, sengaja mengubah topik. Tak mahu berbicara berkenaan Taehyung.
"Macam ni saja, Rachel. Nak kata sihat tu tak, tapi tak adalah sampai nak mati."
Rachel terus menepuk perlahan paha Puan Kim apabila mendengar ayat itu. "Tak baik cakap macam tu, omma!"
Puan Kim tertawa lagi. Pipi Rachel dicubitnya perlahan, geram melihat muka cemberut yang ditunjukkan gadis itu. Rachel membiarkan, lantas tubuh Puan Kim dirangkulnya lagi.
"Hmm... rindunya dekat omma..." gumam Rachel dalam pelukan itu. Puan Kim tersenyum, tahu benar Rachel rindu akan kasih sayangnya sebagai seorang ibu.
"Rachel... omma nak minta sesuatu boleh?" Puan Kim meleraikan pelukan, kali ini tangan Rachel dicapai lalu dia menggenggam tangan itu. Rachel mengangkat kening, menunggu ayat Puan Kim yang seterusnya.
"Balik rumah kita, sayang. Kamu kan anak omma..."
Rachel terdiam seketika. Memang dia tiada masalah dengan permintaan Puan Kim itu, persoalannya sanggupkah dia duduk serumah dengan Taehyung dan Haeun? Setiap hari melihat mereka bermesra?
Kalau ada Puan Kim saja di rumah itu, tak apalah juga!
◼◼◼
"Serius? Kau dah fikir masak-masak?"
Soalan Mingyu itu Rachel balas dengan sebuah anggukan yang yakin. "Ya, saya dah fikir sampai hangit dah pun."
Terus Mingyu menarik pipi Rachel yang tercalit sedikit blusher. "Hah, kelakarlah tu. Ni kat pipi ni, krayon ke? Teringin nak jadi badut?"
Rachel memegang tangan Mingyu yang tadi hinggap di pipinya erat. "Ish, bukan krayon! Apalah, make up pun tak tahu."
"Buat apa aku tahu? Aku bukan perempuan," balas Mingyu lalu dia menjelir lidah ke arah Rachel. Rachel mengecilkan mata. Eh, mamat ni! Poyo pula dia.
"Hahah. Elok sangatlah buat muka macam tu, sayang oi." Mingyu melepaskan tangannya dari pegangan Rachel, lalu dia menepuk-nepuk pipi Rachel lembut, membuatkan gadis itu tersenyum.
"Ha, macam ni baru comel." Mingyu menggosok kepala Rachel pula. Wajah gadis itu yang disolek nipis ditilik dengan sebuah senyuman yang manis. Rachel cantik semula jadi, jadi bila mengenakan solekan nipis pun sudah nampak cantik sekali. Geram, rambut Rachel diserabutkan. Dibuatnya gadis itu persis budak berusia tiga tahun. Habis serabai rambut gadis itu dibuatnya.
"Mingyu..." marah Rachel, tidak suka lelaki itu merosakkan rambutnya. Rachel mengeluarkan sebuah getah dari beg tangannya, lantas dia ikat rambutnya tinggi-tinggi.
"Cantik," puji Mingyu dengan sengihan di bibir. "Aku suka tengok kau ikat rambut."
"Haah, saya pun suka," balas Rachel lalu dia jeling Mingyu. "Ikat rambut macam ni baru awak tak berani usik rambut saya!"
Mingyu tergelak besar. "Alah, marah pula. Maaflah." Tangan Rachel dicapai, lantas Mingyu mengusapnya perlahan.
Rachel senyum saja. "Berbalik pada soalan awak tadi, saya dah putuskan saya akan duduk kat rumah tu. Omma angkat saya tengah sakit, jadi saya nak ambil peluang ni untuk jaga dia. Maklumlah, saya tak berpeluang jaga mendiang omma saya yang dulu..."
Mingyu jatuh simpati melihat muka Rachel yang sedikit keruh. Dia mengukir senyuman nipis untuk gadis itu.
"Okey, apa pun keputusan kau, aku sokong. Aku nak kau gembira!" balas Mingyu dengan ceria, tidak mahu gadis itu sedih-sedih lagi.
"Err.. Rachel. Aku nak cakap sesuatu dekat kau." Mingyu memecahkan kesunyian. Rachel yang termenung dari tadi menoleh ke arahnya.
"Hm? Cakaplah." Rachel menyandarkan kepalanya pada bahu Mingyu di sebelah. Mingyu hanya membiarkan, lantas dia memeluk pinggang Rachel dengan sebelah tangannya.
Suasana di taman pada petang itu tidak terlalu meriah. Hanya ada beberapa orang sahaja di sekeliling, kerana sudah menghampiri waktu senja. Mingyu merenung langit yang kemerahan, memikirkan dahulu adakah dia patut memberitahu Rachel sekarang.
"Lamanya diam. Tadi kata nak cakap," ujar Rachel tiba-tiba apabila hampir seminit Mingyu masih mendiamkan diri.
"Ya, ya. Aku cakap. Tak sabar betul sayang aku ni," jawab Mingyu dengan tawaan kecil. Hidung mancung Rachel dia cuit perlahan dan Rachel merengek kegelian.
"Aku nak cakap tentang perasaan aku. Aku tak tahulah kau perasan ke tak, tapi ini apa yang aku rasa sejak kita sekolah lagi, Rachel..." Mingyu berhenti seketika saat dia terasa Rachel menjarakkan diri. Gadis itu duduk tegak, menanti Mingyu menghabiskan ayatnya.
"Aku—aku suka kau. Neol johahae." Mingyu mengalihkan pandangan dan memandang ke arah lain. Tak mahu memandang Rachel yang tak memberi reaksi.
Rachel masih diam. Tipulah kalau dia tak perasan kan? Lelaki ini yang berada di sampingnya sejak tiga tahun lepas sangat mengambil berat dan kerap kali memanggilnya sayang. Lagi pula, mana lagi nak cari lelaki yang sanggup tinggalkan negara asal semata-mata menunggunya habis belajar? Tak ke dah banyak hint kat situ?
"Tapi, aku tak paksa kau terima aku. Aku faham, mungkin kau masih cintakan Taehyung. Aku mungkin tak cukup sempurna untuk kau. Tapi—"
"Taklah." Rachel menunduk.
"Hah?" Terjongket kening Mingyu mendengar ayat ringkas yang keluar dari mulut gadis itu.
Rachel mengangkat muka, dengan sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. "Okeylah, jujur. Saya cuma anggap awak sebagai kawan baik je selama ni. Tapi kalau awak nak, saya cuba ubah anggapan tu."
Mata Mingyu bercahaya mendengar jawapan Rachel tadi. Tanpa sengaja, dia mencium pipi kanan Rachel.
"Eh, sorry. Aku tak sengaja." Mingyu menggosok belakang tengkuknya dengan sengihan kekok.
Rachel ketawa. "Tak apa."
◼◼◼
» Keesokan harinya, 10.37 pagi
Rachel ke Hospital Seoul lagi hari itu. Kali ini, untuk membawa Puan Kim pulang ke rumah pula. Prestasi wanita itu semakin stabil dan dia sudah dibenarkan discharge.
"Omma dah siap pack semua barang ke?" soal Rachel sambil membantu wanita itu bangun dari katil. Puan Kim mengangguk dan menjuihkan bibir ke arah beg pakaiannya yang sederhana besar, sudah siap diletakkan di tepi pintu.
"Okeylah, kalau macam tu jom kita gerak balik!" Dengan penuh semangat Rachel memimpin sebelah tangan Puan Kim. Mereka akan pulang dengan pemandu peribadi keluarga itu, iaitu Encik Shin.
"Pakcik sihat?" tanya Rachel dengan sengihan saat bersua muka dengan pemandu itu. Encik Shin mengangguk saja. Dia juga suka apabila Rachel kembali duduk di rumah itu, perwatakan gadis itu yang baik membuatkan dia disenangi oleh semua.
Sepanjang perjalanan, mereka bertiga berbual kosong. Kebanyakannya berkaitan Rachel memandangkan sudah lama mereka tidak mendengar khabar gadis itu.
"Kejap, kejap! Kamu kata kamu dah pernah jumpa Taehyung sebelum ni?" Puan Kim mengerutkan dahi. Pelik mendengar cerita Rachel tentang hari pertama dia bekerja.
"Haah. Dia tak beritahu omma?" Giliran Rachel bertanya semula. Pelik juga.
"Tak pun!" Puan Kim menggeleng laju. Rachel hanya tersengih.
"Dia lupalah, tu."
"Benda macam ni dia boleh lupa?! Eh, nyanyuk ke?" Puan Kim masih tidak berpuas hati. Balik saja Taehyung dari pejabat, dia akan soal selidik anaknya itu. Tak boleh dibiarkan!
Tak lama kemudian, mereka tiba di rumah. Pembantu rumah yang bernama Eunha menyambut kedatangan mereka.
"Haeun ada?" tanya Puan Kim kepada Eunha. Lengan Rachel ditariknya masuk ke dalam.
"Tak ada, puan. Dia baru saja keluar tadi." Eunha menutup semula pintu rumah setelah mereka semua masuk ke dalam.
"Bawa Hyunsuk sekali?" tanya Puan Kim lagi. Dilihatnya sekeliling, mana tahu budak itu ada di mana-mana.
"Tak. Ada dengan Yerin dekat dapur," jawab Eunha lagi. Dia mengambil semula penyapu dan mula menyambung kerja.
"Jom! Kita jumpa Hyunsuk!" Puan Kim bersuara dengan penuh teruja. Dia menarik Rachel ke arah dapur pula.
"Bagi dia pada saya. Kamu berehatlah, atau buat kerja lain." Puan Kim mengambil Hyunsuk dari dukungan Yerin sebelum pembantu rumah itu berlalu pergi dari situ. Sempat juga dia menegur Rachel yang sudah lama tak dijumpanya.
"Tengok ni, comel kan dia?" Puan Kim bersuara kegirangan lalu Hyunsuk disua kepada Rachel. Rachel tersenyum saja sebelum pipi Hyunsuk dicucuknya, geram melihat pipi gebu itu.
"Comelnya omma. Anak siapa ni?" tanya Rachel pura-pura tidak tahu.
"Anak Taehyung dengan Haeun. Tapi bukan anak kandung. Budak ni Haeun ambil jadi anak angkat. Tapi okey juga, tak adalah sunyi sangat rumah ni."
Jawapan Puan Kim sedikit sebanyak membuatkan Rachel berasa lega. Lega kenapa? Rachel sendiri tidak tahu.
"Oh... baguslah tu. Sekurang-kurangnya omma ada teman dekat rumah." Rachel tersengih, lantas bayi itu diambil dari Puan Kim. Dia cuba mendukung Hyunsuk yang agak berat itu dengan muka sedikit keruh membuatkan Puan Kim ketawa.
"Berat kan? Hyunsuk ni kerjanya memang minum susu lepas tu tidur. Memang beratlah jadinya..." keluh Puan Kim dan Rachel sekadar ketawa.
"Er.. Rachel. Kamu tidur dekat bilik tetamu ya?" Puan Kim bersuara tiba-tiba, saat mereka menaiki tangga bersama-sama. Rachel menjongketkan kening.
"Hmm, kenapa?"
"Bilik kamu sebelum ni, Taehyung yang duduk situ."
Tergelak kecil Rachel mendengarnya. "Kenapa macam tu pula, omma?"
"Entahlah. Tiba-tiba je macam tu sampai sekarang. Haeun dengan dia tak tidur sebilik pun, dan Taehyung biarkan Haeun tidur bilik dia yang dulu tu," jawab Puan Kim lengkap dengan penjelasan sekali.
"Oh, okeylah kalau macam tu. Rae tak kesah pun tidur mana-mana," balas Rachel yang masih tersenyum.
◼◼◼
"She's back." Haeun duduk di hadapan Eunwoo dengan muka sedikit serabut. Eunwoo menghulurkan segelas red wine yang sudah dituang untuk Haeun lantas gadis itu meneguknya.
"Siapa?" Eunwoo bertanya ingin tahu.
Haeun mengelap bibirnya dengan belakang tangan, lalu muka Eunwoo dipandang dengan serius. "Rachel."
Tersengih Eunwoo mendengarnya. "Oh, dia tu. Jadi apa masalahnya? You dengan Taehyung dah berkahwin kan?"
Haeun menggulingkan mata. Botol wain diambil lantas dituang lagi ke dalam gelasnya. Dia nak minum puas-puas hari ini. Biarlah mabuk sekalipun.
"Semalam I terserempak Taehyung dan perempuan tu dekat kafe. Dan you sendiri tahu yang Taehyung belum lupakan dia tu. What if he leaves me for her?" Haeun menyuarakan isi hatinya setelah meneguk lagi wain tadi. Fikirannya kusut, tidak tahu nak buat apa dengan Rachel.
"Relaks. Kalau ya pun Taehyung tinggalkan you, I kan ada." Eunwoo tersengih namun Haeun menjelingnya tajam.
"I tak main-mainlah, Eunwoo."
"I know. I pun tak main-main sekarang ni."
Haeun melepaskan sebuah keluhan. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan Eunwoo. Kepalanya yang sakit diurut sendiri. Eunwoo di hadapannya membuat muka risau, lantas dia bangun dari duduknya dan menarik Haeun agar berbaring di sofa.
"You okey tak ni? Nak makan ubat?" soal Eunwoo prihatin. Pelipis gadis itu diurut menggunakan jari jemarinya.
Haeun menggeleng. Tangan Eunwoo ditarik dari dahinya. Dia menarik tubuh Eunwoo ke dakapan, membuatkan lelaki itu terjatuh di atasnya.
"You tahu apa I nak."
Eunwoo tersengih. Dia memeluk Haeun juga sebelum bibir gadis itu diciumnya.
◼◼◼
Hampir pukul 8 malam, kereta Taehyung memasuki perkarangan rumah. Dia masih belum maklum tentang kehadiran Rachel di rumah itu. Taehyung mengeluh, terasa satu badannya lenguh akibat bekerja keras.
Taehyung masuk ke dalam rumah dan disambut dengan pembantu rumah yang berada di dapur, kelihatan sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Pasti mereka semua baru habis makan malam.
"Weh, Sowon. Kau dah jumpa ke Cik Rachel?" tanya Yerin sambil mengelap pinggan yang dicuci oleh Sowon sebelum diletak ke dalam almari.
"Belum. Alah, tak sempatlah. Baru ingat nak sembang-sembang dengan dia. Dia stay sini ke?" balas Sowon pula. Mereka leka berbual, langsung tak menyedari Taehyung masih ada di situ untuk minum air.
Taehyung meletakkan gelas yang masih berisi separuh air ke atas meja. Langkah kakinya diatur ke tingkat atas. Dia ingin mandi terlebih dahulu sebelum bertanya kepada ibunya. Pintu bilik dibuka dan air muka Taehyung berubah, melihat Rachel di situ.
Gelabah Rachel berdiri dengan Taetae di tangannya. Taehyung menutup pintu, menghalang Rachel dari keluar. Dia mendekati gadis itu dan Rachel berundur sehinggalah belakang badannya bertemu dinding.
"Err... Taehyung. Tepilah, saya nak keluar ni," ujar Rachel perlahan apabila Taehyung semakin mendekat. Dia menahan dada Taehyung dengan tangannya.
"It's a coincidence that we met at a court a few days ago. But now we met in this room, should I call it fate?"
Rachel terkaku di situ apabila Taehyung berbisik di telinganya. Wangian lelaki itu menusuk ke hidungnya. Wangian yang sangat dirinduinya. Tanpa bersuara lagi, tangan Taehyung melingkari pinggang Rachel. Terlepas Taetae dari tangan Rachel, lalu patung beruang itu jatuh ke atas lantai.
Rachel hanya membatukan diri, membiarkan pelukan hangat Taehyung membaluti tubuhnya. Pelukan itu tidak pula dibalasnya.
"Aku rindu kau," luah Taehyung dengan suara perlahan, hampir saja tidak kedengaran. Rachel masih diam, tidak berkutik langsung dari situ.
Bunyi ketukan pintu membuatkan pelukan itu terlerai. Suara Haeun yang memanggil Taehyung membuatkan Rachel tersentak seketika. Baru saja dia ingin membuka pintu dan pergi dari situ, Taehyung menarik lengannya. Mereka masuk ke dalam wardrobe yang cukup besar itu. Taehyung menutup pintu wardrobe itu, menyorok dari pandangan sesiapa.
"Tae—" Baru saja Rachel ingin bersuara, mulutnya ditekup dengan tangan Taehyung. Kedengaran tombol bilik dipulas, mungkin Haeun sudah masuk ke dalam.
"Taehyung?" panggil Haeun lagi. Dia melihat sekeliling dengan pelik. Tadi, Eunha kata Taehyung baru balik. Mana pula perginya kalau bukan ke bilik?
Tangan Taehyung ditepis oleh Rachel kasar. Dia tidak betah berlama di situ, dengan Taehyung yang sangat dekat dengannya pula itu. Rachel berura-ura ingin membuka pintu wardrobe, lantas Taehyung menahan lagi.
"Nak pergi mana?" bisik Taehyung di cuping telinga Rachel. Rachel mengetap bibir, menahan rasa gelisah.
Haeun yang berada di dalam bilik itu mengerutkan dahi apabila terdengar bunyi yang datang dari wardrobe yang menjadi tempat Taehyung dan Rachel bersembunyi.
Tanpa berlengah, Haeun menghampiri wardrobe. Tangannya sudah memegang pintu dan tinggal membukanya saja.
Dari dalam wardrobe,Taehyung menarik pinggang Rachel sehingga jarak antara mereka terhapus. Dia memeluk leher Rachel dan tanpa amaran, bibirnya disatukan dengan bibir Rachel.
◼◼◼
part last tu, siapa yang tersengih tu haaaa? 😂😂
jalan cerita akan jadi laju sikit lepas ni, and actually kita dah nak masuk konflik last. cerita ni akan berpenghujung tak lama lagi :(
vote for next part ❤
2/11/2020, 7.54 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro