56 ; what happened?
“ Her Bad Boy - 56 ”
• What Happened? •
⬜⬜⬜⬜⬜
천사가 남긴 실수였나
아니면 진한 키스였나
그 보조갠 illegal
But I want it anyway anyway anyway
Was it a mistake from an angel
Or was it a deep kiss
Those dimples are illegal
But I want it anyway anyway anyway
- BTS, Dimple
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Rachel kini berdiri tepat di hadapan Taehyung. Mata kedua-duanya memandang sesama sendiri tanpa berkata apa-apa.
Rachel yang memandang ke tempat lain terlebih dahulu apabila terasa pipinya mula bertukar merah. Taehyung berdehem, membetulkan anak tekaknya.
"Bomi, saya ada apa-apa jadual ke hari ni?" Taehyung menyoal Bomi yang ada di belakang Rachel.
Bomi cepat-cepat menyelak sebuah buku nota yang sentiasa dikeleknya ke sana ke mari dan mencari jadual bertarikh hari itu.
"Tak ada tuan. Tuan sepatutnya ada meeting pukul 3 nanti, tapi dah dibatalkan."
Makin lebar senyuman Taehyung mendengar jawapan Bomi tadi.
"Great. Awak boleh balik ke pejabat dulu, saya nak ke tempat lain dengan cik Rachel." Taehyung mengerling ke arah Rachel yang sudah mati senyumannya.
Ha sudah, matilah nak! Rachel mengetap bibirnya kuat.
"Baik, tuan." Bomi mengangkat tangan, melambai Rachel yang seakan-akan terpaksa melambai kembali. Taehyung hanya menghantar kepergian Bomi dengan pandangan mata, sebelum menoleh ke arah Rachel semula.
"If you don't mind, join me for a lunch. Sebagai tanda terima kasih." Taehyung mempelawa, dengan sedikit senyuman terukir di bibir untuk gadis itu.
Rachel membalas jua senyuman itu. Dia menilik jam tangan yang menunjukkan jam 12 tengah hari. "Baiklah."
Mereka beriringan ke arah kereta milik Taehyung. Rachel menaiki kereta Taehyung memandangkan dia tidak mempunyai kenderaan.
"Kita pergi makan dekat kafe syarikat aku boleh?" tanya Taehyung sebaik sahaja kereta itu bergerak.
"First of all, thank you sebab sanggup terima kes ni walaupun dah last minute." Taehyung menguatkan sedikit suhu aircond di dalam kereta kerana cuaca yang agak panas hari itu.
"Eh, tak ada apalah tuan. Lagipun itu kan kerja saya jugak. Actually, hari ni hari pertama saya bekerja." Rachel melepaskan tawaan kecil lalu dia mengesat peluh yang ada di dahi. Aih, panas lagi walaupun ada aircond dalam kereta Taehyung yang mahal itu.
"Tahu, Bomi ada beritahu aku semalam. Tapi serius, tak nampak macam itu kes pertama kau. Sangat profesional, dan tak ada salah langsung. I'm impressed." Taehyung memberi pujian berlambung kepada gadis itu.
"Taklah, saya biasa saja. Ada banyak lagi pendakwa raya yang lagi bagus dari saya kat luar sana tu," balas Rachel sambil cuba menyembunyikan senyum.
"Kau tahu kau tak perlu panggil aku tuan," kata Taehyung bersahaja, tanpa memandang Rachel yang sudah tergamam di situ. Rachel tak menjawab, lantas Taehyung tergelak kecil.
"Kenapa diam pula?" Sengaja Taehyung bertanya begitu. Makin merah pipi Rachel dibuatnya.
"Ah, maafkan saya tuan. Saya perlu hormat tuan sebagai klien saya." Rachel mengalihkan rambutnya ke tepi sambil menahan rasa untuk ketawa.
"Apa yang kelakar sangat?" soal Taehyung tiba-tiba. Rachel tersentak lalu dia ketap bibirnya dan menggeleng.
"Tak ada apa-apa tuan. Maafkan saya."
Taehyung menggeleng kepala. "Tak perlu awkward dengan aku." Enjin dimatikan apabila mereka sudah tiba di parkir syarikat yang dikhaskan buat Taehyung. Kemudian, Taehyung keluar dari kereta itu, diikuti Rachel lebih kurang dua tapak di belakang.
Selepas membuat pesanan, Taehyung mengalihkan pandangan ke arah Rachel semula. Gadis itu masih tidak berkata apa-apa, sebaliknya menunduk. Tangannya yang berada di bawah meja menggenggam kuat hujung gaunnya.
"Aku dengar kau baru sampai ke Korea dua bulan lepas. Tak sangka kita dapat jumpa secepat ni," kata Taehyung lantas dia tergelak kecil. Rachel tersengih sebelum membuat muka serius.
"Kita tak sepatutnya bercakap tentang hal yang tak ada kaitan dengan kerja, tuan," balas Rachel, sedikit sinis. Taehyung berdecit sebelum tergelak.
Tiba-tiba, pramusaji tiba di situ dan meletakkan makanan yang dipesan oleh mereka ke atas meja itu. Taehyung melemparkan senyuman kepada pramusaji itu manakala Rachel mengucapkan terima kasih.
"Makanlah," ujar Taehyung dan Rachel membalas dengan anggukan.
"Boleh aku tanya satu soalan?" Taehyung mencelah sebaik saja Rachel menghabiskan suapan ketiga.
Rachel mengangkat kening. "Saya baru saja kata tadi, jangan cakap pasal hal peribadi."
"Ya, tahu. Satu soalan saja. Boleh?" Taehyung mencuba nasib lagi. Muka yang penuh berharap ditayangkan pada Rachel.
Rachel meletakkan kembali gelasnya di atas meja. "Go ahead."
"Thanks," Taehyung senyum. "Kenapa kau suruh aku kahwin dengan Haeun dulu?"
Rachel mengambil nafas sebelum memandang ke arah Taehyung semula. "Sebenarnya, saya—"
"Taehyung!"
Terhenti bicara Rachel apabila kedengaran nama Taehyung disebut oleh seseorang. Taehyung dan Rachel serentak memandang ke arah tersebut, dan kelihatan Haeun dengan Hyunsuk dalam dukungannya.
"Shit," carut Taehyung dengan perlahan apabila Haeun tiba-tiba muncul di situ. Tak sempat nak dengar jawapan Rachel!
"I baru ingat nak lunch dengan you hari ni. Bomi kata you ada kat sini, jadi I terus ke sini," kata Haeun dengan sengihan. Dia masih tak menyedari kehadiran Rachel di situ.
"Pegangkan anak you ni. Berat tahu?" rungut Haeun lalu dia menyerahkan Hyunsuk kepada Taehyung. Taehyung tersenyum saat Hyunsuk merengek perlahan apabila bertukar dukungan.
Haeun menarik nafas lega apabila Hyunsuk sudah tiada di tangannya. Dia bercekak pinggang dan pada saat itulah matanya bertemu dengan mata Rachel yang masih kaku di situ. Tak tahu nak beri reaksi apa.
Haeun dan Taehyung? Ada bayi? Oh my!
"Oh, hai Rachel! Lama tak jumpa you!" kata Haeun dengan nada ramah yang dibuat-buat. Dalam hatinya sudah mencarut-carut, bagaimana pula Taehyung dan Rachel boleh bertemu tanpa pengetahuannya?
"Err... hai." Rachel tersenyum nipis. Kekok pula apabila melihat Taehyung, Haeun dan eh, bayi siapa pula tu ya?
"Maaf kalau I ganggu, but can I take my husband back?" soal Haeun dengan muka sedikit bersalah. Taehyung terasa mahu lempang Haeun di situ juga, nasib ada Hyunsuk di tangannya.
"Oh! Boleh, boleh. Saya pergi dulu. Maaf tuan, kita jumpa lagi." Rachel bangun tanpa sempat menghabiskan makanan, dan dia membongkok sedikit untuk tunduk hormat pada Taehyung.
Taehyung hanya membiarkan. Dia tak menghalang, buat sakit hati Rachel saja kalau dia paksa gadis itu untuk kekal di situ.
Haeun hanya tersenyum sedikit sinis melihat Rachel yang terus pergi dari situ. Dia mengalihkan pandangan ke arah Taehyung yang masih dengan muka dinginnya.
"Kenapa dia ada kat sini?" Dengan sedikit nada tidak puas hati Haeun menyoal. Punggungnya dilabuhkan di tempat Rachel tadi, berhadapan Taehyung.
"Dia prosecutor untuk kes syarikat I tadi," jawab Taehyung lalu dia menyambung makan. Haeun mengangkat tangan dan membuat pesanan terlebih dahulu sebelum menyambung kata.
"Wait. She's a prosecutor?" soal Haeun seakan-akan tidak percaya. Matanya dikecilkan memandang Taehyung, cuba melihat mana tahu Taehyung menipu saja.
"Haah. I dah kata, she's educated, a woman with career, bukan macam you!" perli Taehyung kasar namun Haeun sekadar tergelak.
"Relaks, I tanya satu soalan yang mudah je." Haeun sengih, pura-pura tidak terasa dengan kata-kata Taehyung tadi.
Taehyung menghela nafas. Dengan Haeun dia perlu bijak bermain emosi, gadis itu licik.
"Anyway, I datang nak makan lepas tu boleh kita pergi beli barang Hyunsuk tak? Kat rumah tak ada banyak keperluan baby untuk dia. Baju, pampers and else," ujar Haeun lalu Taehyung terus memandang ke arah Hyunsuk.
Betul juga, dah banyak kali Hyunsuk pakai baju yang sama. Kasihan pula. Dia mengangguk setuju saja memandangkan dia tak ada kerja selepas itu.
◼◼◼
Mingyu menatang sebuah pinggan yang berisi kimbap terpotong kemas ke arah sebuah meja. Dua cawan air sirap juga diletakkan di meja itu, berhadapan dengan Rachel yang sudah tersengih.
"Terima kasih!" ujar gadis itu lalu terus mengambil sepotong kimbap dan disuap ke dalam mulut.
Mereka berada di restoran milik keluarga Mingyu. Keluar sahaja dari kafe tadi, Rachel terus menghubungi lelaki itu dan meminta dia mengambilnya di situ. Mujurlah Mingyu tidak ada hal, jadi dia terus bergegas mengambil Rachel.
"Tadi kau kata kau jumpa Taehyung? Dia kata apa je?" tanya Mingyu ingin tahu. Sedikit perasaan curiga dan cemburu menguasai diri apabila tahu Taehyung telah bertemu dengan Rachel. Kalau macam ni, boleh patah lagi hati dia. Mungkin bukan patah lagi, tapi hancur berderai jika Taehyung dan Rachel bersama semula.
"Tak sempat sembang banyak pun. Tiba-tiba isteri dia datang," balas Rachel dengan selamba. Air sirap diteguknya perlahan.
"Isteri? Haeun?!" Terkejut Mingyu di situ. Fuh, ingatkan jumpa Taehyung saja, rupanya dah bertemu dengan si ahli sihir itu juga.
"Ya. Tapi kan, Haeun ada bawa seorang baby ni. Lepas tu dia kata macam ni dekat Taehyung, "Pegangkan anak you ni. Berat tahu?" Haa, dia kata macam tu," Rachel mengajuk semula ayat Haeun tadi membuatkan Mingyu tergelak.
"Seriuslah diorang dah ada anak?" soal Mingyu. Macam tak percaya saja, kata saling membenci, tiba-tiba dah ada anak. Apa kes?
"Mungkin. Tak mustahil pun. Tahun ni tahun keempat diorang kahwin," beritahu Rachel, masih dengan riak selamba.
Mingyu memandang wajah Rachel lama, cuba melihat kalau-kalau ada reaksi geram atau cemburu pada muka gadis itu. Tapi tak ada pula. Rachel tak cemburu ke?
"Haeun datang tadi kan, pakai baju ketat gila! Macam nak tersembul segala aset. Tak macam mak budak pun," sambung Rachel lagi apabila Mingyu tidak membalas. Bibirnya dicebikkan, tak berpuas hati dengan cara Haeun yang gedik itu.
"Ish! Dah namanya Haeun, takkan dia datang pakai jubah kan?" Mingyu tertawa sekali. Pasti boleh bayangkan bagaimana pemakaian Haeun ketika itu.
"Eii, bukan cantik pun!" kutuk Rachel lagi. Dia membuat muka kegelian lantas Mingyu menghamburkan ketawa kuat. Comelnya Rachel buat muka begitu.
"Sabar, sayang. Jangan marah-marah," kata Mingyu dengan sengihan, menampakkan gigi taringnya. Rachel mencebik dan menyumbat seketul kimbap ke dalam mulut Mingyu. Tidak mahu lelaki itu berkata apa-apa lagi.
◼◼◼
"Eh? Kenapa you ambil baju warna pink untuk Hyunsuk?" tanya Taehyung apabila Haeun muncul dengan tiga pasang baju bayi berwarna merah jambu dan terus dia letak dalam troli.
"Biarlah. Cantik apa warna tu?" Haeun membalas dengan kerutan di dahi.
Taehyung membiarkan sahaja. Balik nanti dia akan sorokkan semua baju berwarna merah jambu itu ke tempat yang tidak diketahui Haeun. Mana mungkin dia akan biarkan Hyunsuk mengenakan baju berwarna sebegitu. Tak maskulin sungguh!
"You dah ambil pampers ke?" tanya Haeun lalu dia mengambil alih Hyunsuk dari dukungan Taehyung dan membiarkan Taehyung menolak troli.
"Dah. I ambil saiz M. Okey kan?"
"Okey kot." Haeun mengangkat bahu, dia pun tak pasti sebenarnya. Bukan dia pernah salinkan lampin Hyunsuk pun. Selama ni orang gaji yang buat.
Nak harapkan dia? Memang sampai kiamat pun tak jalan. Seribu alasan dia bagi, antaranya busuklah, nanti kuku rosaklah. Padahal, Hyunsuk itu anak angkat sahnya.
Tiba-tiba telefon Taehyung berdering kuat. Taehyung menghentikan trolinya, lantas telefon dikeluarkan dari poket. Panggilan daripada ayahnya membuatkan Taehyung mengerutkan dahi. Ada apa pula ayahnya menelefon pada waktu-waktu begini?
"Angkatlah," ujar Haeun yang turut melihat nama itu naik di skrin telefon.
"Hello?"
Haeun naik cemas melihat Taehyung membulatkan matanya tidak percaya. Apa yang berlaku?
"Macam mana boleh jadi macam tu pula? Baik, Tae ke sana sekarang!"
Pap! Talian dimatikan. Taehyung menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia menolak troli dengan laju ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.
"Kenapa, Taehyung?" tanya Haeun sambil mengikut langkah Taehyung yang laju itu. Hyunsuk diangkat sedikit tinggi, apabila bayi itu semakin melorot dari dukungannya.
"Omma masuk hospital," jawab Taehyung ringkas lalu cepat-cepat dia tolak troli ke arah kaunter yang kosong.
◼◼◼
"Omma!" Taehyung menguak pintu wad yang diduduki ibunya dengan tergesa-gesa. Haeun mengikuti dari belakang, sedikit lambat akibat Hyunsuk yang ada di dukungannya.
"Ya, Tae. Mari sini," panggil Puan Kim dengan suara sedikit serak. Dia masih mampu tersenyum walaupun sedikit melihat anak menantunya serta Hyunsuk yang datang melawat.
"Omma okey tak? Macam mana boleh pengsan dekat rumah, hah?" tanya Taehyung, separuh marah dan separuh risau. Puan Kim ketawa kecil melihat Taehyung yang mencebik sahaja sambil memegang tangannya yang berselirat dengan wayar yang bersambung dengan air.
"Tak ada apalah, sayang. Omma okey saja. Doktor kata omma cuma penat, tak cukup rehat." Puan Kim menghulur tangannya ke arah Hyunsuk, lantas Haeun meletakkan bayi itu berhati-hati pada lengan wanita tua itu.
"Tidur aje kerja budak ni," omel Puan Kim lantas hidung Hyunsuk yang terlena itu dicuitnya perlahan. Taehyung tersengih.
"Biarkan. Baru boleh besar badan dia," jawab Taehyung dengan ceria. Pipi Hyunsuk dia kucup sekilas.
"Appa mana?" tanya Taehyung setelah keadaan sepi seketika. Haeun hanya duduk di tepi, dan mengeluarkan telefon. Taehyung dan Puan Kim biarkan, malas menegur tingkah laku gadis itu.
"Turun bawah tadi, katanya nak cari makanan." Puan Kim tersenyum simpul melihat Hyunsuk bergerak sedikit lalu membuka mata perlahan. Baru terjaga budak itu.
"Haih, bangun pun. Rindu nenek ke tu?" Puan Kim mengagah Hyunsuk sehinggalah bayi itu tersengih, menampakkan gusi.
"Bila omma boleh discharge?" sampuk Haeun tiba-tiba. Puan Kim mengangkat bahu sebelum menjawab, "Tak tahu lagi. Doktor kata setiap pagi dan petang kena periksa tekanan darah, kalau stabil baru boleh balik."
"Omma baliklah, biar Tae jaga omma dekat rumah," kata Taehyung dengan muka serius. Puan Kim tergelak sedikit.
"Ish, mengarut apa kamu ni? Kamu kan kerja."
"Tak apa, Tae ambil cuti!"
"Ish, tak payahlah! Omma boleh jaga diri sendiri kat rumah tu. Lagipun, kita ada banyak orang gaji kan. Macamlah mereka tak boleh tengokkan omma," bantah Puan Kim lagi, kepalanya digeleng berulang kali tidak membenarkan Taehyung mengambil cuti.
Taehyung memuncungkan bibir. "Alah, baru ingat nak manja-manja dengan omma dekat rumah..."
◼◼◼
mesti kecewa sape yg teka tae nak
peluk rachel tu 😂 tak apa, kita slow
and steady utk happy ending...
ke nak sad ending? i mean takdela sad,
cuma rae dengan mingyu. nak ke 😂
jangan lupa vote okie! silent reader, cukupkanla 50 vote, hehe.
1/11/2020, 6.40 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro