Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

55 ; the prosecutor

“ Her Bad Boy - 55

• The Prosecutor •

⬜⬜⬜⬜⬜

할 수 있는 건, 정원에, 이 세상에
예쁜 너를 닮은 꽃을 피운 다음
네가 안에 나를 숨쉬는 것
But I still want you

What I can do is, in the garden, in this world
I bloom a pretty flower that looks like you
And breathe as the me that you know
But I still want you

- BTS, The Truth Untold

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Kelihatan suasana yang tegang di dalam bilik mesyuarat itu. Taehyung yang berdiri di hujung meja yang disusun panjang-panjang itu menarik nafas geram.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!" tengking Taehyung dengan suara kasarnya membuatkan semua pekerja menunduk ketakutan. Tidak berani menatap mata lelaki itu yang mampu membuatkan mereka lemah lutut.

Taehyung sekali lagi menarik nafas apabila melihat tiada siapa pun yang mengangkat muka di situ. Dia memejamkan mata, cuba menahan rasa marahnya dari dilepaskan pada orang yang tidak bersalah.

Pada pagi itu, Noceur Holdings digemparkan dengan berita sebuah kes menggelapkan duit syarikat oleh salah seorang pekerja di situ. Siasatan dilakukan dan ternyata si pelaku telah meletakkan jawatan seminggu lepas. Silapnya, akauntan syarikat itu baru saja tersedar akan kekurangan amaun aset di syarikat itu setelah seminggu berlalu. Hampir 50 juta won juga duit syarikat itu lesap, menyebabkan 10% kerugian.

Buatnya, Taehyung naik angin. Dia tidak menjangkakan hal ini berlaku dan lebih teruk lagi, ayahnya menyalahkan dirinya kerana tidak peka akan pemilihan pekerja. Bagi Tuan Kim, Taehyung telah memilih salah orang untuk dijadikan pekerja di situ.

"Aku tak kira, aku nak pesalah tu ditangkap. Setiausaha Yoon, dah jumpa belum pendakwa raya untuk kes ni?" Taehyung mengerling ke arah Yoon Bomi, setiausahanya yang terpaku di situ saat namanya dipanggil.

"Err.. belum, tuan. Saya dah cari sejak semalam, tapi semua pendakwa raya yang pernah berkhidmat dengan syarikat ni ada kes lain. Mereka beri alasan sibuk," jawab Bomi sedikit perlahan, bersedia untuk dimarahi oleh Taehyung.

"Dah tahu semua tu tak boleh pakai, cari jelah yang baru! Esok juga, aku tunggu dekat mahkamah. Kalau tak ada pendakwa raya untuk kes ni, semua orang kena potong gaji!" Tegas suara Taehyung memutuskan dan semua yang ada di situ mengangguk. Tanpa berlengah Taehyung keluar dari bilik mesyuarat.

Bomi mengetap bibir, mungkin malam ni dia tak dapat lena selagi belum mencari pendakwa raya. Dia memandang semua rakan sekerjanya dengan wajah penuh bersalah. "Sorry, korang..."

◼◼◼

Petang itu, Bomi menghubungi syarikat firma dakwaan setelah mengumpul seribu satu keberaniaan. Dia bertanya jika ada sesiapa saja yang available untuk bekerja esok hari.

"Tolonglah, encik! Ini hal yang mustahak! Encik tahu kan syarikat yang bernama Noceur Holdings? Saya wakilnya, dan kami perlukan seorang pendakwa raya esok juga."

Begitulah ayat yang diungkapkan oleh Bomi melalui panggilan telefon terhadap firma itu. Bomi bersabar menanti jawapan dengan jantung yang berdegup kencang. Ini semua akan menentukan soal hidup dan matinya esok! Takut juga kalau dibunuh oleh Taehyung.

"Hmm, ada. Tapi dia seorang pendakwa raya yang baru ditauliahkan minggu lepas. Tak pernah handle apa-apa kes lagi. Boleh ke?"

"Boleh! Beri saya nombor dia, dan saya akan hubunginya secepat mungkin." Pantas saja Bomi menjawab, walaupun dia tidak yakin dengan keputusannya. Macam mana kalau pendakwa raya itu tidak berjaya mendakwa pesalah? Masak juga dia kena dengan Taehyung sebab main ambil saja mana-mana pendakwa raya yang langsung tidak berpengalaman.

Setelah mendapatkan nombor pendakwa raya itu, Bomi menamatkan panggilan dengan ucapan terima kasih. Dia menghantar sebuah pesanan ringkas kepada nombor yang diberi oleh firma tadi dan terus menutup telefonnya.

"Ah, lantaklah! Tuan tak kata pun dia nak yang berpengalaman, dia kata ambil je yang baru. Nah, betul-betul baru aku bagi," ujar Bomi lalu berbaring di atas katilnya. Rasa letih menguasai diri dan dia terlelap.

◼◼◼

Rachel menggigit bibirnya, menahan rasa gelisah. Hari ini, dia bakal masuk ke dalam mahkamah sebagai seorang pendakwa raya buat pertama kali. Dia memandang pantulan dirinya di hadapan cermin itu, dan membetulkan rambutnya berulang kali.

"Ish, takut apa pula? Bertenanglah, Rachel. Semuanya akan okey," kata Rachel kepada diri sendiri, cuba menyalurkan semangat. Dia menarik nafas dalam-dalam dan setelah puas hati dengan penampilannya, dia mencapai tas tangan dan terus keluar dari rumah.

Sejak kembali ke Korea, Rachel menetap di sebuah apartmen kecil di kawasan perumahan yang elit. Aunty Hyewon yang membeli apartmen itu dengan duit syarikat peninggalan ibu bapa Rachel. Rachel hanya menerima dengan hati terbuka memandangkan dia juga malas mencari rumah sendiri. Hendak kembali ke rumah keluarga Kim, Rachel rasa segan.

Rachel pergi ke mahkamah yang diberitahu Bomi menaiki teksi. Walaupun dia sudah berusia 24 tahun, dia masih belum mengambil lesen. Maklumlah, dia belajar hampir tiga tahun di Russia dan pulang sahaja ke Korea dia fokus menggapai cita-citanya.

"Terima kasih, pakcik," ucap Rachel sambil menghulur duit tambang kepada pemandu teksi itu. Rachel berikan lebih, niatnya bersedekah kepada pakcik itu.

"Eh, banyak sangat ni cik. Pakcik tak boleh ambil," tolak pakcik itu dengan wajah serba-salah.

"Tak apa, pakcik. Anggaplah sedekah. Saya turun dulu." Rachel menghadiahkan sebuah senyuman sebelum dia turun dari teksi itu selepas pakcik tersebut mengucapkan terima kasih.

"Fuh, ramai betul." Rachel menapak ke pintu masuk dengan berhati-hati. Terdapat ramai wartawan di situ, mungkin ditugaskan membuat liputan berkenaan kes hari ini.

"Macam famous je Noceur Holdings ni. Siapalah agaknya pengerusi syarikat tu?" gumam Rachel sendirian apabila melihat mesej daripada wakil syarikat itu semalam. Dia dimaklumkan bahawa dia akan bertemu dengan wakil itu di hadapan pintu masuk.

"Err... Pendakwa Raya Park?" tegur seseorang di situ membuatkan Rachel menoleh. Dia menganggukkan kepala kepada wanita yang memanggilnya tadi.

"Saya Yoon Bomi, wakil Noceur Holdings yang hubungi cik semalam." Bomi menghulurkan tangannya dan mereka berjabat.

"Panggil Rachel saja pun tak apa," kata Rachel sambil tersenyum manis. Bomi mengangguk.

"First of all, terima kasih sebab sudi terima kes ni. Saya betul-betul terdesak semalam, dan hanya Cik Rachel seorang saja yang menjadi harapan saya." Bomi bersuara menimbulkan sedikit tawaan dari Rachel.

"Oh, itu kan tugas saya. Saya cuma terima saja kes yang ada. Tapi ini first time. Saya rasa gementar juga," balas Rachel lalu senyuman di bibirnya pudar. Terasa takut pula untuk memasuki dewan bersidang yang pasti dibanjiri hadirin pada hari itu.

Bomi tersengih. Sebuah fail dikeluarkan dari beg sandangnya dan dia hulurkan kepada Rachel. "Ini, fail tentang kes yang saya maksudkan. Persidangan akan bermula sejam lagi, jadi marilah kita masuk dulu. Boleh Cik Rachel tengok-tengok isinya dan bincang dengan saya apa yang patut."

Rachel menyambut huluran itu dan mereka beriringan masuk. Oleh sebab Rachel merupakan pendakwa raya yang bertugas pada hari itu, dia dibenarkan memasuki dewan bersidang lebih awal ditemani oleh Bomi.

"Jadi, pasal bekas pekerja yang menggelapkan duit syarikat ya?" tanya Rachel setelah meneliti butiran yang ada dalam fail sederhana tebal itu. Lengkap dengan biodata pesalah dan rakaman CCTV yang dicetak memaparkan muka pesalah itu.

"Ya, pesalah akan tiba tak lama lagi. Saya harap sangat Cik Rachel akan menang kes ini, sebab tak silap saya pesalah tersebut akan menggunakan khidmat peguam bela."

Rachel mengangguk tanda faham. Dia akan cuba sehabis baik untuk kes pertamanya ini.

Sepanjang sejam itu, Rachel dan Bomi berbincang mengenai kes tersebut. Kagum juga Rachel dengan Bomi yang sangat profesional dan bersedia itu. Pasti bos kepada wanita itu sangat tegas orangnya.

"Ah, sekejap ya. Saya kena angkat," kata Bomi sebelum dia mengangkat panggilan dari telefonnya yang berbunyi. Rachel ditinggalkan di situ sementara Bomi keluar dari dewan itu. Rachel menyelak lagi fail itu dan akhirnya matanya tertancap pada nama pengerusi syarikat itu.

"Eo?! Kim Taehyung?!"

◼◼◼

"Ya tuan, saya ada dekat depan dewan bersidang ni. Pendakwa raya kita pun dah sampai, perbicaraan akan bermula sepuluh minit lagi," ujar Bomi melalui panggilan telefon. Taehyung baru tiba di mahkamah itu, dan dia belum keluar dari kereta memandangkan terlalu ramai wartawan yang ada di situ.

"Baik. Arahkan pengawal untuk sambut aku kat kereta." Taehyung mematikan panggilan. Beberapa saat kemudian, dua orang pengawal yang memang dikenalinya muncul. Taehyung mematikan enjin dan keluar dari kereta.

Dua pengawal tersebut mengiringi Taehyung yang melangkah sedikit laju, tidak mahu menjawab apa-apa soalan dari wartawan yang ada di situ. Taehyung mengekalkan muka bekunya dan dia terus masuk ke dalam mahkamah dengan bantuan pengawal-pengawal itu.

"Selamat pagi, tuan." Bomi menunduk hormat kepada Taehyung yang sudah tiba itu. Taehyung hanya mengangguk tanpa membalas.

"Err... masuklah tuan. Saya akan kenalkan pendakwa raya untuk kes kita ni." Bomi melangkah masuk ke dalam dewan dahulu, diikuti Taehyung dan beberapa staf lain. Masing-masing tidak bersuara kerana perbicaraan bakal bermula sebentar lagi.

"Pendakwa raya yang kau cari tu, okey ke? Lelaki ke perempuan?" tanya Taehyung kepada Bomi di hadapannya.

"Perempuan, tuan. Dia pendakwa raya yang baru, tapi saya yakin dia bagus orangnya. Tuan jangan risau," jawab Bomi dengan senyuman di bibirnya. Taehyung sekadar tersenyum nipis, dia tak pernah ambil pendakwa raya yang berjantina perempuan.

Mereka melangkah lagi sehinggalah tiba di sisi Rachel yang ada di tempat pendakwa raya itu. Bomi mencuit bahu Rachel dan spontan gadis itu memandang ke arah Bomi.

Saat Taehyung dan Rachel bertatapan mata, mereka berdua seakan-akan kelu seketika. Masing-masing tidak bersuara. Bomi mengerutkan keningnya, pelik dengan situasi itu.

"Err.. tuan? Cik Rachel ni cantik sangat ke sampai tuan pandang tak berkelip?" tegur Bomi apabila melihat Taehyung masih memandang Rachel yang sudah menunduk itu. Taehyung tersedar dan dia mengusap belakang tengkuknya lalu berdehem membuang rasa janggal.

"Selamat pagi. Saya pendakwa raya yang akan bertugas untuk kes tuan," kata Rachel lalu membongkok sedikit sebagai tanda hormat kepada Taehyung.

"Pagi," balas Taehyung dengan suara dalamnya. Dia duduk di sebuah kerusi yang ada di situ, bersebelahan dengan Bomi yang duduk di sebelah Rachel. Taehyung mengerling sekilas ke arah Rachel yang nyata terkejut dengan semua ini. Gadis itu tidak mengangkat muka sebaliknya hanya menatap fail yang ada di tangannya.

Taehyung membiarkan, faham benar akan gadis itu yang mengelak pandangan matanya.

◼◼◼

"Tertuduh telah tertangkap dalam rakaman kamera litar tertutup bahawa dia memasuki bilik kebal pada 12 Ogos yang lalu, jam 1.36 pagi."

Sebaik sahaja Rachel menghentikan ayatnya, sebuah skrin yang ada di situ mula menayangkan rakaman CCTV tersebut. Semua yang berada di dalam dewan itu mula berbisik sesama sendiri.

"Saya membantah, Yang Arif. Tertuduh mengatakan bahawa akauntan syarikat, Cik Lee Jieun yang mengarahkan dia ke bilik kebal. Tertuduh juga mendapat kunci daripada Cik Lee." Kali ini, kedengaran suara peguam bela yang bertugas untuk tertuduh, bernama Jung Jaehyun.

"Cik Lee, ada sebarang penjelasan?" Hakim bertanya lalu Jieun bangun dan mengangguk.

"Yang Arif, saya tidak pernah memberi arahan sedemikian dan saya juga tidak memegang kunci pintu bilik kebal itu." Jieun duduk semula selepas menerima anggukan daripada Rachel dan hakim tadi.

"Benar, Yang Arif. Saya pasti kunci bilik kebal yang menempatkan aset syarikat hanya dipegang oleh pengerusi Noceur Holdings yakni Tuan Kim Taehyung sahaja. Jika ada pemegang lain pun, pasti terdiri daripada keluarga terdekat sahaja," kata Rachel lagi. Dia menunduk, membaca butiran di fail sebentar.

"Selain itu, tertuduh didapati memohon kerja sebagai seorang pegawai pemasaran. Pastinya tak ada sebarang pelepasan untuk memasuki bilik pengerusi syarikat." Rachel berhenti lagi, membiarkan semua yang ada di situ melihat skrin. Kelihatan seorang lelaki diyakini tertuduh sedang memasuki bilik kerja Taehyung. Dia membuka sebuah laci dan mengambil kunci lalu terus cepat-cepat pergi dari situ.

"Yang Arif, dalam hal ini bukankah pengerusi syarikat juga bersalah? Dia tidak sepatutnya meninggalkan kunci di tempat yang tak tersorok." Peguam Bela Jung masih membela tertuduh.

Rachel mengangguk dan melemparkan sebuah senyuman, manis namun cukup sinis pada Jung Jaehyun dan tertuduh.

"Ya, betul kata Peguam Bela Jung itu. Tapi..." Rachel menghentikan ayat seketika, lalu dia memandang Taehyung. Taehyung menaikkan kening, pelik dengan tingkah gadis itu.

"Pengerusi syarikat, iaitu pemilik syarikat itu berhak meletakkan kunci itu di mana-mana sahaja, hatta di atas meja kerja tertuduh sekalipun. Tuan Kim Taehyung tak terlibat dalam hal ini, bilik kerjanya adalah ruang privasi dan tertuduh tak patut memasuki bilik tersebut tanpa kebenarannya. Am I right, Tuan Kim?" Rachel bertanya sambil memandang ke arah Taehyung. Taehyung tersenyum nipis dan mengangguk.

Bomi sudah tersenyum lebar, melihat hakim tersebut berbincang dengan dua orang pembantunya sambil mengangguk mendengar hujah Rachel. Pasti hujah Rachel tadi sudah cukup kuat untuk mendakwa tertuduh.

"Mahkamah memutuskan Encik Moon Taeil bersalah dalam kes ini. Moon Taeil dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas sebab penyelewangan wang syarikat dan pencerobohan ke dalam bilik sulit." Hakim tersebut memutuskan dan mengetuk sebanyak tiga kali menandakan keputusan muktamad.

Taeil mula berang dan mencarut di situ manakala Peguam Bela Jung sekadar terduduk menerima kekalahan. Rachel mengambil nafas lega, lalu meneguk air mineral yang dibeli oleh Bomi untuknya.

"Wah! Cik Rachel memang jjang!" Bomi menunjukkan ibu jarinya kepada Rachel dan Rachel tergelak.

Baru sahaja dia ingin membalas, Taehyung mencelah. "Cik Rachel, I would like to talk to you personally. I'll be waiting outside."

Selepas sahaja habis berkata, Taehyung terus keluar dari dewan itu. Rachel yang mula cemas memaut lengan Bomi.

"Habislah saya! Dia marah ke? Saya ada buat salah?" tanya Rachel bertubi-tubi kepada Bomi dengan muka takut yang tidak dibuat-buat.

"Tak adalah. Mungkin dia nak ucap terima kasih je. Bagi gaji Cik Rachel ke. Baik cik pergi cepat. Tuan Kim tak suka tau orang yang tak punctual," balas Bomi lalu menolak tubuh Rachel perlahan agar keluar dari situ. Rachel mengalah, dan dia mengumpul kekuatan untuk menghampiri Taehyung di luar.

◼◼◼

agak-agak Taehyung nak buat apa?
HAHAHAHAH next update pula ❤

tekan vote for next chapter!

31/10/2020, 7.09 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro