Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

54 ; adopt

“ Her Bad Boy - 54 "

• Adopt •

⬜⬜⬜⬜⬜

매일 ask me, guess it, 채찍, repeat, oh
변할 건 없다며 결국 또
걱정을 억지로 잠궈, close
How much love? How much joy?
위안을 주며 stay calm, alone

Everyday ask me, guess it, whip it, repeat oh
Nothing that will change, so
I lock it up again, close
'How much love? How much joy?'
Soothe myself and stay calm, alone

- BTS, Outro : Ego

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Haeun menandatangan sebuah borang perjanjian yang diberi oleh penjaga pusat jagaan anak yatim itu. Dia tersenyum seketika memikirkan reaksi Taehyung. Pasti dia suka!

"Cik pernah ada pengalaman dalam menjaga bayi?" tanya petugas di situ. Di tangannya ada seorang bayi lelaki yang baru berusia dua bulan. Bayi itu akan dibawa pulang oleh Haeun.

"Err.. tak ada. Tapi jangan risau! Dekat rumah saya ada bakal neneknya nanti, jadi tentu dia boleh tengok-tengokkan sekali," jawab Haeun dengan yakin, menghilangkan keresahan petugas itu.

"Kalau macam tu, okeylah. Cuba cik dukung dia," kata petugas itu lalu menghulurkan bayi dalam dukungan itu. Haeun teragak-agak namun dia berjaya mendukung bayi itu. Walaupun agak kekok, Haeun cuba menepuk-nepuk bayi itu apabila dia bergerak sedikit, mungkin rasa tidak selesa.

"Nama dia, Hyunsuk." Petugas itu mengelus lembut bayi lelaki itu dan Haeun mengangguk.

"Mak dan ayahnya terlibat dalam kemalangan dan dia terpaksa dilahirkan awal. Malangnya, maknya meninggal selepas bersalin dan ayahnya meninggal di tempat kemalangan." Petugas itu bercerita dengan penuh simpati.

"Kasihannya dia..." kata Haeun perlahan. Dia mengusap pipi Hyunsuk dengan lembut. "Mulai hari ni, nama dia Kim Hyunsuk," sambung Haeun lalu petugas itu tersenyum. Senang hati melihat bayi itu mendapat keluarga baru.


Selesai semua prosedur, Haeun kembali ke keretanya. Dengan berhati-hati dia meletakkan Hyunsuk di carseat yang telah dibelinya sendiri semalam. Hyunsuk masih terbuai lena jadi Haeun tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk membawanya pulang.

Sampai sahaja di rumah, Haeun tersenyum girang melihat kereta yang selalu dibawa Taehyung terparkir kemas menandakan suaminya itu berada di rumah. Tak sabar dia memberitahu berita tentang anak angkat yang diambilnya ini kepada semua.

"Shh... shh... mummy ada ni, Hyunsuk," pujuk Haeun apabila Hyunsuk seakan-akan ingin menangis apabila didukung. Tidak suka tidurnya terganggu mungkin. Haeun tertawa kecil kerana terasa kelakar sekarang sudah ada insan yang akan menggelarnya sebagai 'mummy'.

Haeun masuk ke dalam rumah dalam keadaan tidak terurus. Beg tangannya hampir melorot jatuh dan kasut tingginya dicabut dari kaki begitu saja tanpa diletakkan semula ke dalam rak kasut.

"Ya Tuhan Haeun! Anak siapa kamu bawa ni?!" tanya Puan Kim dengan nada terkejut. Dia mengambil Hyunsuk dari Haeun apabila gadis itu terkial-kial ingin berjalan.

"Urgh... anak Tae dengan Haeun la omma. Omma kan nak cucu," jawab Haeun selamba sambil menarik nafas lega apabila Hyunsuk sudah tiada di tangannya. Taehyung yang baru tiba membuntangkan mata.

"Apa?! Macam mana boleh jadi macam ni?!" soal Taehyung dengan tegas. Matanya memerhati Haeun dengan pandangan yang cukup tajam. Haeun terkebil-kebil seketika. Adakah dia baru saja kena marah dengan Taehyung?

"I... I ambil dia sebagai anak angkat kita. Tengoklah! Comel kan? Nama dia Hyunsuk." jawab Haeun lalu dia menggapai tangan Taehyung dan menarik lelaki itu mampir ke arah Puan Kim. Taehyung memerhati Hyunsuk sekilas.

"Kenapa you pandai-pandai buat keputusan ni? Sekarang, siapa nak jaga dia?" tanya Taehyung lalu menarik nafas panjang. Cuba menahan sabar memandangkan ada ibunya dan bayi yang masih lena itu.

"Err... kita jagalah sama-sama?" Haeun tersengih kerana dia juga kurang pasti dengan jawapannya itu. Taehyung mengetap bibir lalu tersenyum nipis kepada Puan Kim.

"Kejap eh omma. Kami kena berbincang sekejap," kata Taehyung lalu pantas lengan Haeun ditariknya menuju ke dapur. Tiada sesiapa di situ dan Taehyung menolak Haeun duduk di kerusi yang ada di situ.

"Explain everything. Now." Perlahan sahaja suara Taehyung namun terselit ketegasannya. Haeun mencebik seketika. Rambutnya dipintal-pintal.

"Tadi I ambil Hyunsuk dekat rumah anak yatim. Memandangkan kedua-dua ibu bapa kita memang dah lama nakkan cucu, apa salahnya kan? Lagipun you sendiri kata you nak anak." Haeun membuat wajah naif dan Taehyung meraup mukanya berulang kali.

"Haeun, Haeun. You sedar tak you buat apa sekarang ni?"

"Sedar. And I am sure, I made the right decision. Budak tu mungkin dapat buat hubungan kita bertambah baik. You tak fikir macam tu?" Haeun berhujah lagi, cuba membuat Taehyung menerima keputusannya yang mendadak itu.

"Masalahnya, you sendiri bukan selalu ada dekat rumah ni. You ingat jaga baby ni senang ke? You sedia ke dengan keputusan you ni?" Taehyung meninggikan sedikit suaranya, ingin menyedarkan Haeun bahawa dia langsung tak bermain-main sekarang. Ya Tuhan, kasihan anak itu dapat ibu yang agak liar seperti Haeun.

"Kenapa? You rasa I tak boleh jadi ibu yang baik untuk dia?" soal Haeun, keningnya terangkat dengan bibir tercebik. Taehyung menjarakkan diri dengan Haeun dan dia mengambil nafas panjang.

"Haeun, you sendiri tahu perangai you macam mana. I malas nak sebut satu-satu, takut you yang terasa nanti," perli Taehyung tanpa berlapik. Wajahnya kekal beku, seakan-akan tidak mempunyai apa-apa perasaan. Haeun sudah mengerutkan dahi dan dia berdecit.

"Okey, okey. I janji okey, I akan berubah. Untuk Hyunsuk." Haeun tersenyum sedikit, cuba membuatkan Taehyung sedikit senang hati. Taehyung tidak menjawab, sebaliknya dia terus berlalu dari situ dan naik ke atas. Bayi itu tidak dipandang sekilas pun. Haeun angkat bahu dan dia juga mengikut langkah Taehyung naik ke atas.

"Taehyung! Haeun! Budak ni, omma nak letak mana? Ya Tuhan, tak tahulah nak bersyukur ke menangis bila dapat cucu mengejut macam ni," rungut Puan Kim apabila melihat kedua-dua suami isteri itu naik ke atas dan meninggalkannya dengan Hyunsuk di dukungan.

"Alalalala, comelnya kamu. Tak apa, biar nenek jaga kamu ya?" Puan Kim memujuk bayi itu yang merengek tiba-tiba.

◼◼◼

"Tahniah! Berjaya juga kau jadi pendakwa raya ya," ucap Mingyu penuh ikhlas sebaik sahaja diberitahu Rachel tentang kejayaannya menjadi seorang pendakwa raya pagi tadi. Gadis itu mengacau cawan kopinya sambil tersengih.

"Ya. Tak sia-sia saya bersengkang mata belajar pasal undang-undang." Rachel memanjatkan rasa kesyukuran dalam hati. Dia rasa semua matlamat hidupnya akan tercapai sedikit demi sedikit. Kopi yang hampir sejuk Rachel teguk perlahan.

"Nampaknya lepas ni keluar masuk mahkamah cik Rachel aku yang cantik ni," kata Mingyu dengan sedikit pujian, saja membuatkan gadis itu berasa malu. Rachel ketawa kecil dan Mingyu rasa hatinya berbunga-bunga.

"Janganlah puji saya macam tu." Rachel menyelitkan rambutnya di tepi telinga. Pandangan matanya dialih ke tepi, tak mahu memandang mata Mingyu yang menatapnya tak lepas dari itu.

"Malu pula." Mingyu tersengih saja. Pipi Rachel yang kemerah-merahan itu dia tatap geram. Tanpa amaran tangannya naik dan dia cubit pipi Rachel dengan lembut. Rachel menepis perlahan.

"Sakit..." marah Rachel sambil mencebik namun Mingyu hanya tergelak kecil melihat reaksi gadis itu. Rachel meneguk lagi kopinya, cuba hilangkan rasa janggal. Jantungnya berdetak laju semacam. Kenapa agaknya?

"Oh, ya. Syarikat kau macam mana? Kau urus juga ke nanti?" soal Mingyu, tidak mahu keadaan antara mereka menjadi lebih kekok. Dalam hatinya dia mencarut, dia tak patut buat Rachel rasa tidak selesa dengannya. Ish, Mingyu.

"Rasanya macam tulah. Saya kurang percaya dekat Eunwoo tu." Rachel teringat pula pada lelaki yang memang dia takuti itu, dia telah memberitahu Aunty Hyewon yang dia akan uruskan semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tapi dia tetap tidak memberitahu tentang apa yang Eunwoo pernah lakukan kepadanya. Aunty Hyewon hanya bersetuju tanpa bertanya banyak kerana memang syarikat itu kepunyaan Rachel sepenuhnya.

"Okey, apa pun keputusan kau aku sokong. Kalau ada apa-apa yang tak kena, cepat-cepat beritahu aku." Mingyu melemparkan sebuah senyuman ikhlas kepada Rachel. Rachel ikut tersenyum walaupun dia rasa agak pelik dengan perasaannya ketika itu.

'Aku suka Mingyu ke?' soal Rachel dari dalam hatinya. Rachel termenung seketika. Mingyu mengangkat kening.

"Hm? Fikir apa pula tu?" Mingyu bertanya menyentakkan lamunan Rachel. Rachel hanya menggeleng dan tersengih tanda tiada apa.

◼◼◼

2 pagi.

Taehyung mengeluh saat kedengaran bunyi bayi menangis dari bilik yang berada di hadapannya, yakni biliknya tapi sudah menjadi tempat tidur Haeun. Tahulah lelaki itu bahawa Hyunsuk yang menangis.

Taehyung memusingkan badan ke arah bertentangan. Dibiarkan sahaja tangisan itu, mungkin Haeun sedang cuba memujuk. Taehyung pejamkan mata dan cuba tidur kembali.

Tak sampai dua minit, Taehyung bangun dan menolak selimut ke tepi. Tangisan Hyunsuk semakin menjadi-jadi. Tak boleh dibiarkan, kelak sampai esok dia tak boleh tidur.

Taehyung menyarung selipar flip flop yang sentiasa dipakai di dalam rumah dan mengetuk pintu bilik yang diduduki Haeun. Tiada jawapan, maka dia buka pintu tersebut perlahan-lahan.

"Haeun?"

Tiada kelibat Haeun di situ. Yang ada hanya Hyunsuk, yang merah mukanya akibat menangis. Taehyung bergegas mendapatkan Hyunsuk apabila bayi itu hampir terjatuh dari katil, mungkin dia bergolek sendiri. Taehyung mendukung Hyunsuk dan cuba memujuk.

"Kenapa ni? Shh...  jangan menangis," pujuk Taehyung dengan suara lembut. Pipi Hyunsuk yang basah dengan air mata dia seka perlahan. Hyunsuk tersedu-sedu dan bibirnya diketap sendiri, jadi Taehyung menyimpulkan yang bayi itu sebenarnya laparkan susu.

Taehyung keluar semula dari bilik Haeun dengan Hyunsuk di dukungannya. Dia menuju ke arah dapur dengan senyap. Matanya meliar mencari tempat susu formula yang dibeli petang tadi oleh pembantu rumahnya.

"Taehyung? Kenapa tak tidur lagi ni?"

Taehyung spontan menoleh, dan terus tersengih melihat Aunty Jung menghampirinya. Aunty Jung melihat Hyunsuk yang sudah tidak meragam, sebaliknya mencelikkan mata bulatnya melihat Taehyung.

"Alahai, comelnya dia. Tak berkelip tengok ayahnya." Aunty Jung tertawa kecil. Taehyung tersenyum, dia mengagah Hyunsuk sehingga bayi itu mengeluarkan suara yang nyaring persis tergelak.

"Hyunsuk macam lapar je, aunty. Boleh tolong buatkan susu?" pinta Taehyung lantas Aunty Jung membuka sebuah kabinet dapur. Bekas berisi susu formula dan botol susu kecil dikeluarkan dari situ.

"Boleh saja. Kamu tengok ya aunty buat, mungkin boleh belajar terus," kata Aunty Jung. Dia cekap membancuh susu untuk Hyunsuk sambil mulutnya membebel, mengajar Taehyung.

"Dah siap? Macam tu je ke?" tanya Taehyung terpinga-pinga. Botol susu yang dihulur oleh Aunty Jung disambutnya perlahan.

"Ya, Taehyung. Senang kan?"

"Haah. Kacang je." Taehyung tergelak.

Aunty Jung mencebik. "Lain kali, boleh buat sendiri. Sudah, pergi naik atas tidurkan Hyunsuk. Kasihan budak ni kelaparan. Haeun mana?"

Taehyung mengangkat bahu. Malas menjawab, hakikatnya dia tahu benar pada masa-masa ini pasti Haeun ke kelab malam. Sengaja berdalih dari Aunty Jung.

Setelah itu, Taehyung naik semula dan Hyunsuk dibawa ke bilik tidurnya. Dia membaringkan Hyunsuk dengan berhati-hati sebelum menyua botol susu ke mulut Hyunsuk. Laju saja bayi itu menghisap susu, pasti sangat lapar.

"Mulai hari ni, Hyunsuk akan tidur dengan... erm, papa?" Tergelak kecil Taehyung dengan nama panggilan yang diberi untuk Hyunsuk memanggilnya. Dia menepuk-nepuk belakang badan Hyunsuk, membiarkannya terbuai lena.

Menjadi seorang papa pada usia 24 tahun? Taehyung tak pernah jangka!

◼◼◼

» Keesokan harinya, 8.46 pagi

"You pergi mana semalam? Tak reti duduk diam-diam kat rumah eh?"

Haeun memandang Taehyung yang baru turun dengan muka tanpa riak. Dia menyambung makan roti Perancis yang disediakan oleh Aunty Jung.

"Hyunsuk menangis semalam. Sampai hati you tinggal dia seorang-seorang," sambung Taehyung lagi. Dia duduk dan mencapai sekeping roti lalu mula bersarapan.

"Dia dah tidur pukul 11 macam tu. I ingat dia tidur sampai pagi, jadi I keluarlah macam biasa," jawab Haeun dengan nada mendatar. Hyunsuk di ribanya diperhatikan sekilas.

"You ingat dia anak patung ke? Bila-bila masa saja dia boleh terbangun tau!" marah Taehyung lagi lalu Haeun meletakkan jarinya di bibir, menyuruh Taehyung memperlahankan suara.

"Manalah I tahu," balas Haeun ringkas. Roti Perancis disuapnya lagi ke mulut.

Taehyung berdecit. Dia bangun dari situ setelah menghabiskan sekeping roti. "Mulai hari ni, budak tu akan tidur dengan I sepanjang malam. Pagi je you jaga dia, tu pun kalau you tak keluar rumahlah."

Haeun memerhati saja suaminya itu dengan rasa sakit hati. Taehyung terus keluar dan berlalu ke tempat kerja.

"Menyusahkan aku betullah," rungut Haeun kepada Hyunsuk. Hyunsuk hanya terdiam dan menghisap jari sendiri. Haeun berfikir sendirian, adakah dia membuat keputusan yang salah untuk mengambil Hyunsuk sebagai anak angkat?

Haeun terus bangun tanpa menghabiskan sarapannya. Hilang selera setelah diperli Taehyung sebentar tadi. Dia naik ke atas dengan Hyunsuk.

◼◼◼

okey, next chapter serius taechel akan berjumpa semula! ada yang excited tak?

kalau masih ada idea yang banyak,
wisya teruskan dgn daily update. nak habiskan cepat, kalau boleh sebelum pkpb dekat selangor ni habis hehe.

anyways salam maghrib ❤

30/10/2020, 7.02 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro