53 ; wildin'
“ Her Bad Boy - 53 ”
• Wildin' •
⬜⬜⬜⬜⬜
過去と未来、向き合うために
どれだけ望めば手が届く こんな夜だけど
想い続けるよ 黄昏のこの街で
To face the past and the future
It's nights like these that I keep on thinking
How much hope is needed to reach you
In the city at dusk
- BTS, Your Eyes Tell
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
» Dua tahun kemudian...
» Seoul, South Korea
Kini, telah masuk tahun ketiga perkahwinan Taehyung dan Haeun. Keadaan antara mereka berdua tidak banyak berubah, cuma mereka semakin jarang bergaduh tidak seperti pada awal usia perkahwinan. Taehyung juga kerap sibuk, dia jarang berada di rumah.
Namun, sibuk-sibuk Taehyung, Haeun yang masih belum bekerja itu turut menyibukkan diri. Dia juga jarang lekat di rumah, sebaliknya asyik keluar membeli-belah bersama Nancy dan Elly ataupun keluar bersama Eunwoo. Kelab malam La Cha Ta juga seakan-akan wajib dikunjunginya setiap minggu.
"Kamu nak ke mana Haeun?" Puan Kim menegur menantunya yang sedang sibuk memilih sepatu untuk dipakai. Haeun melemparkan senyuman kecil kepada wanita itu.
"Keluar dengan kawan, omma." Haeun mengambil sebuah kasut wedges berwarna nude yang sesuai dengan tema pakaiannya yang juga berwarna senada. Dia duduk di sebuah bangku kecil yang ada di situ dan menyarung kasut itu ke kaki.
Puan Kim hanya memerhati menantunya itu dengan pandangan sedikit judgemental, akibat baju ketat yang dikenakan Haeun. Namun dia tak berkata apa-apa. Haeun bukan makan saman pun.
"Oh... dah malam-malam ni pun nak keluar? Kejap lagi Taehyung nak balik," ujar Puan Kim apabila melihat jam hampir menunjukkan pukul 9 malam. Nak ke mana pula gadis itu dah lewat begini?
"Takpa, Haeun keluar sekejap je omma. Haeun dah bagitau dia tadi. Dia okey je," Haeun menjawab pantas untuk mengelakkan Puan Kim curiga dengannya. Dia menggapai beg tangan dan menggalas ke bahu. Tanpa berkata apa-apa lagi dia terus menaiki sebuah kereta Porsche yang memang selalu dibawanya ke mana-mana dan terus memandu pergi.
"Suami sibuk, isteri tak lekat kat rumah. Apa nak jadilah dekat rumah tangga budak-budak ni?" keluh Puan Kim lalu dia menutup pintu apabila kereta Haeun tadi sudah lesap dari pandangannya.
Bosan, Puan Kim mengambil sebuah majalah hiburan dan membaca. "Jung! Hidangkan saya air dan marilah duduk dengan saya. Bosan, ada menantu macam tak ada!" laungnya pada Aunty Jung sambil menggeleng perlahan.
◼◼◼
"Dia keluar lagi?" tanya Taehyung pada seseorang yang berada di talian. Dia menghela nafas berat mendengar jawapan orang tersebut.
"Pergi kelab tu? Okey, macam biasa. Siasat semua dan jangan lupa tangkap gambar," arah Taehyung dengan nada tegas. Talian dimatikan dan telefon itu dipandang kesal. Masih dia ingat wajah tak bersalah Haeun tatkala dia tersedar gambar-gambar Rachel sudah tiada dalam telefon itu. Bergaduh teruk juga mereka sehinggalah Haeun mengaku dia yang buat.
Taehyung tahu semua yang Haeun buat di belakangnya, cuma dia sedang berpura-pura tak tahu. Tanpa pengetahuan gadis itu, sudah banyak kali dia tertangkap melakukan hubungan intim dengan Eunwoo.
Taehyung tersengih sinis tatkala mendapat mesej daripada perisik yang diupahnya itu. Macam biasa, Taehyung simpan semua gambar dalam sebuah fail yang sulit dan tersorok.
Haeun fikir dia sudah cukup pandai? Tak, kalau dia pandai dia takkan hapuskan Rachel saja dari telefon Taehyung. Silap dia kerana tak periksa fail yang menempatkan gambar-gambar aibnya.
"Kau cari pasal dengan orang yang salah, Haeun. Tak apa, biar kau bergembira dulu. Aku ni tak bodoh macam yang kau sangkakan."
◼◼◼
"Ah, suami I tu bodoh, dia tak tahu apa-apa pun. I ni Haeun, takkan tertangkap punya," kata Haeun dengan bongkak apabila ditanya oleh Nancy tentang kehadirannya di kelab malam pada hari itu. Eunwoo di sebelahnya dicium penuh mesra.
"Hahaha. Baguslah kalau macam tu, asalkan kawan I ni gembira," ucap Nancy seraya tertawa kecil. Telefonnya yang berada di dalam begnya dicapai lalu tanpa disedari Haeun, gambar gadis itu dan Eunwoo yang sedang berkucupan ditangkap.
'Gembiralah buat masa sekarang, Haeun,' bisik Nancy dalam hatinya lalu senyap-senyap dia menghantar gambar tadi pada Taehyung. Cepat-cepat telefonnya disorok semula apabila Haeun memandangnya.
"Err, kejap. I rasa Eunwoo mabuklah," kata Haeun lalu dia memaut tubuh Eunwoo untuk bangun. "I bawa dia masuk bilik dia ya. Nanti I ke sini semula." Haeun tersengih saat Nancy hanya menunjukkan ibu jari tanda bagus.
Tanpa Haeun sedari, Nancy mengikut langkah mereka berdua. Telefonnya dihala pada dua orang manusia itu dan seperti biasa dia menghantar kepada Taehyung. Jahatkah dia menikam belakang Haeun?
"Ah, lupakan. Apa yang Haeun buat tu salah, Nancy." Nancy memujuk diri sendiri bagi menghilangkan rasa bersalahnya. Dia kembali mengangkat kamera telefon ke arah Haeun yang sudah leka dengan ciuman bernafsu Eunwoo.
Kamera Nancy sudah penuh dengan gambar-gambar Eunwoo dan Haeun itu. Dia mencarut dalam hati, turut rasa jijik dengan perangai kawan baiknya itu. Tak macam orang yang bersuami.
"Ergh, kali ni je aku terpaksa hadap korang bermesra. Taehyung pun, cepatlah sikit bongkar semua," rungut Nancy apabila melihat Haeun tertawa kecil apabila Eunwoo meraba segenap tubuhnya.
Nancy lantas keluar dari situ apabila aksi Eunwoo dan Haeun semakin meliar. Tak sanggup lagi dia tengok, rasa nak terkeluar isi perut.
◼◼◼
"Taehyung, pujuklah isteri kamu tu duduk rumah. Omma bosan tahu, tak ada teman nak berbual."
Puan Kim mengambil tempat di sebelah anak lelakinya itu yang sedang berada di bilik bacaan dan menyiapkan kerja pejabat yang tertangguh. Taehyung menanggalkan kaca matanya dan memandang ibunya yang sedang membuat muka monyok.
"Omma bosan? Omma keluarlah dengan kawan-kawan omma. Tae tak rasa Haeun suka duduk rumah, dia tu suka sangat bersosial." Taehyung meneguk air kosong yang memang dibawanya setiap kali membuat kerja di situ. Puan Kim mencebik mendengar jawapan Taehyung.
"Kamu ingat omma ni muda lagi ke? Tahun depan dah masuk 50 tahun. Mana mahu keluar rumah lagi," jawab Puan Kim tidak bersetuju dengan cadangan anaknya tadi. Rambutnya diikat dengan getah yang berada di pergelangan tangannya apabila terasa rimas.
"Habis tu, omma nak ikut Tae pergi kerja? Mesti bosan juga, Tae bukan selalu ada dalam pejabat. Asyik terkejar ke sana sini jumpa klien," balas Taehyung pula. Dia menyelak fail-fail yang bertimbun untuk memeriksa.
"Bagilah omma cucu," kata Puan Kim membuatkan Taehyung berhenti menyelak fail tadi. Dia memandang muka ibunya yang kelihatan serius.
"Apa? Omma nak cucu?" tanya Taehyung sekali lagi. Dia menjongketkan kening.
"Ya. Boleh tak?" Puan Kim bertanya lagi dengan muka berharap. Taehyung tersengih.
"Omma, Haeun dengan Tae bukan macam suami isteri yang lain, tau. Kami tak pernah tidur sama-sama pun," jujur Taehyung menjawab dan Puan Kim mendengus. Dah agak dah.
"Habis tu, pada siapa omma nak minta cucu?" tanya Puan Kim tidak puas hati. Kalau macam ini, sampailah matilah dia kempunan nak merasa ada cucu. Semua ini gara-gara suaminya yang sibuk menjodohkan anak mereka itu.
"Nantilah ya, Tae fikirkan." Taehyung mengukirkan senyuman tipis kepada ibunya, walaupun dia sendiri dalam dilema. Sanggupkah dia menyentuh Haeun yang entah berapa kali tidur dengan Eunwoo itu?
◼◼◼
"Entahlah, aku rasa bosan. Aku teringin nak berseronok macam dulu, tak ada masalah yang menyerabutkan kepala otak aku. Kau tahu, sekarang dalam otak aku ni hanya ada kerja, kerja, kerja. Esok kalau aku mati pun aku rasa aku tengah fikir pasal kerja yang entah bila nak habis," bebel Taehyung panjang lebar tentang ketidakpuasan hatinya. Di hadapannya, ada Yoongi dan Jimin. Mereka bertemu semula setelah berbulan, itu pun kerana Taehyung yang mengajak.
"Fikirlah pasal benda lain juga. Kalau kerja, tak semestinya kena fikir pasal tu saja. Kat rumah kau kena relaks. Bukannya 24 jam hadap kerja, itu memang buat kepala kau rasa nak meletup," nasihat Yoongi kepada Taehyung yang memang kelihatan stres itu. Dia tak mampu nak membantu, cukuplah sekadar memberi nasihat.
"Nak buat macam mana, aku cuma fokus kerja saja sekarang ni." Taehyung menyandarkan badannya pada kerusi, cuba untuk menenangkan diri. Sejak akhir-akhir ni dia rasa dia perlukan sesuatu. Entah apa agaknya? Rachel?
"Pergilah bercuti. Kau kan boss, mesti boleh punya," cadang Jimin apabila dia merasakan sebuah rehat yang panjang ialah apa yang diperlukan oleh temannya itu. Taehyung terdiam, cuba memikirkan ada benarnya juga kata Jimin itu.
"Haeun macam mana? Dia okay?" tanya Yoongi apabila keadaan di situ jeda buat seketika. Taehyung menggeleng. "Masih dengan perangai sama. Entah bila nak insaf."
"Sabarlah, nanti kantoilah tu. Kau dah kumpul bukti kan?" Jimin berkata dengan sengihan yang disambut Taehyung dengan anggukan. Jimin memang tahu tentang perisik upahan yang Taehyung upah selama ini iaitu kawan baik Haeun sendiri.
"Aku terlepas apa-apa ke?" celah Yoongi, tidak faham dengan apa yang dibualkan mereka berdua. Taehyung dan Jimin sama-sama menghambur ketawa.
"Kau banyak terlepas. Sini aku cerita," kata Taehyung sebelum dia merapatkan kedudukan dengan meja dan mula bercerita dengan Yoongi.
◼◼◼
Seminggu kemudian, Taehyung berada di Busan keseorangan. Puas ibunya memujuk ayahnya untuk membenarkan dia bercuti dan ya, dia di sini untuk tiga hari. Tak lama, namun memadailah untuk Taehyung menenangkan fikiran.
Taehyung berjalan perlahan di kawasan persisiran pantai bernama Haeundae Beach tanpa menyarung selipar. Dia merasakan dia sedang melalui healing time di sini, dengan udara yang segar ditambah pula dengan pemandangan matahari yang hampir terbenam di situ.
Ting! Notifikasi berbunyi. Taehyung mengeluarkan telefonnya dari dalam poket dan memeriksa telefon yang sudah lama tidak dia buka.
23 missed called from Haeun
71 messages from Haeun
Taehyung berdecit seketika. Sejak dia sampai di Jeju, dia memang tidak pernah menjawab panggilan atau mesej dari Haeun. Baginya, semua itu hanya menambah stresnya lagi. Haeun seakan-akan tidak faham dengan Taehyung yang memerlukan masa untuk berehat juga.
Namun, walaupun dia berada di jauh ceruk dunia sekalipun dia tak pernah terlepas akan update tentang Haeun dari Nancy. Saban hari, ada saja gambar yang diberi oleh Nancy. Nampak sangat Haeun tidak betah duduk di rumah. Dan melalui apa yang Nancy beritahu, sepanjang Taehyung tiada di Seoul Haeun juga tidak ada di rumah. Dia tidur di rumah Eunwoo.
Taehyung tak peduli semua itu. Yang dia risaukan perasaan ibu dan ayahnya yang mungkin dilanda rasa pelik melihat anak dan menantu tiada di rumah serentak. Padahal mereka tahu hanya Taehyung saja yang bercuti ke Jeju.
Taehyung memadamkan notifikasi dari Haeun. Dia melabuhkan punggung di atas sebuah bangku kayu yang ada di tepi pantai itu dan membuka aplikasi Instagram. Username Rachel ditaip pada ruangan carian.
"What?! Dia dah balik Korea?" Terkejut Taehyung melihat post baru Rachel bertarikh tiga hari lepas. Argh, menyesal tak stalk awal-awal!
Tanpa berlengah Taehyung mendail nombor ibunya. "Omma!"
◼◼◼
"Betul lah tu. Rachel dah beritahu omma waktu dia nak balik," kata Puan Kim sambil mengunyah kerepek yang digoreng Aunty Jung. Dia bergayut di telefon dengan Taehyung yang bertanya tentang Rachel.
"Omma selalu tak bagitau Tae!" marah Taehyung di hujung talian. Puan Kim tergelak kecil.
"Eh, kamu kan tengah berehat kat sana. Omma tak mahulah ganggu kamu." Puan Kim beralasan, dan Taehyung membebel tidak puas hati lagi. Puan Kim tersengih.
"Rachel balik rumah kita ke omma?" tanya Taehyung ingin tahu. Manalah tahu gadis itu berada di rumah sekarang. Bolehlah dia pulang cepat-cepat.
"Taklah. Budak tu kata dia tak sedia lagi nak jumpa kita, katanya dia nak capai cita-cita dia dulu." Puan Kim menutup semula balang kerepek yang asyik dikudapnya dari tadi apabila sudah tinggal separuh. Dia menghirup air teh panas pula.
"Alah, Tae nak jumpa dia!" ujar Taehyung penuh semangat. Dia tak sabar nak bertemu gadis itu semula. Pasti Rachel juga rindukan dia.
"Jangan buat hal ya, Tae. Omma nak kamu hormat keputusan dia. Bila dia dah sedia, dia akan kembali pada keluarga kita. Selagi dia tak nak, kita tak perlu paksa. Lagipun, dia dah besar. Dia dah pandai tentukan hidup sendiri."
Bicara Puan Kim itu membuatkan Taehyung mengeluh berat. Alah, mana aci begini! Taehyung menamatkan perbualan setelah beberapa minit bercakap dengan ibunya.
"Haish, rindunya aku dekat kau..." luah Taehyung sendirian walaupun dia tahu Rachel tidak dapat mendengar. Pandangannya dilemparkan pada langit yang sudah semakin kelam menjelang malam.
◼◼◼
Rachel's Pov
"Rachel! Ya Tuhan, dah besar kamu!"
Aunty Hyewon menarikku ke dalam pelukan tanpa mengendahkan pandangan semua orang yang berada di situ. Aku membalas pelukannya dengan erat, menghilangkan rasa rindu kepadanya.
"Aunty sihat?" soalku lembut setelah pelukan tadi dileraikan. Aunty Hyewon mengangguk banyak kali dan aku tertawa.
"Cantiknya kamu... macam iras muka mak kamu dulu," puji Aunty Hyewon sambil menekup mukaku dengan kedua belah tangannya. Aku tersengih malu. Tangannya aku tolak perlahan.
"Biasa jelah aunty. Muka ni jelah dari dulu, mana berubah."
"Mana ada tak berubah. Muka kamu dah makin matang, makin terserlah kewanitaannya. Duduk Russia okey ke? Tak ada apa-apa jadi?"
Sambil itu, Aunty Hyewon menarik tanganku masuk ke dalam pejabat. Aku tersenyum kecil saat teringat kisah lama di pejabat ini yang membuatkan aku kehilangan ibu bapaku. Ah, mana mungkin aku dapat lupakan tragedi itu.
"Okey je aunty. Semuanya berjalan lancar. Lagipun, ada orang jagakan Rae kat sana..." jawabku lalu tergelak kecil. Orang yang aku maksudkan ialah Mingyu. Ajaib bukan, sepanjang dua tahun lebih aku berada di sana, Mingyu turut berada bersama. Kadang-kadang dia pulang ke Seoul, tapi mesti dia akan datang semula ke Russia.
"Ya ke? Siapa?" tanya Aunty Hyewon sambil mengerutkan kening. Pasti dia berasa pelik dengan apa yang aku katakan tadi.
"Mingyu. Kawan Rae dekat sekolah dulu. Rae pun tak sangka dapat jumpa dia kat sana. Ada nenek dia sekali dekat sana, jadi dia selalu teman Rae alang-alang dia tengokkan nenek dia tu. Setiap kali Rae balik mesti dia temankan," jawabku sambil tersengih. Teringat pula dekat Nenek Miso yang turut rapat denganku.
"Oh... ada apa-apa hubungan istimewa ke?" tanya Aunty Hyewon dalam nada mengusik. Aku hanya tertawa kecil dan tidak menjawab.
Biarlah aku saja yang tahu jawapannya.
◼◼◼
okay tak tu semua? 😂 tak lama lagi taechel akan berjumpa!
dan ada tak yang tiba tiba minat nancy lepas baca chapter ni?
#NancyStandForRight
p/s ; wisya down sikit, sebab dua chapter (ch 55, 56) hilang. dahla dua dua chapter tu ada 2200+ words. murungnya :(((
29/10/2020, 4.59 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro