Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

51 ; mingyu

“ Her Bad Boy - 51 ”

• Mingyu •

⬜⬜⬜⬜⬜

누군가는 나를 개 욕해
그 누군가들 질투도 외롭게 해
신경 안 써 그저 행복해
성공을 느껴 In my Airplane

Somebody curses me
Their jealously will make them lonely
I'm not worried, I'm just happy
I feel my success in my airplane

- j-hope, Airplane

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

» Moscow, Russia

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk tiga bulan Rachel berada di Russia. Dia semakin membiasakan diri sebagai pelajar universiti. Siang berganti malam, dia hanya bertemankan buku-buku dan assignments yang perlu siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Rachel tidak ramai kawan. Maklumlah, bahasa menjadi satu penghalang untuk dia berinteraksi dengan pelajar lain. Dia hanya mempunyai seorang kawan yang boleh dijadikan teman berbual, iaitu Bella. Bella fasih berbahasa Inggeris dan dia baik hati. Rachel selalu bertanya apa-apa yang ingin diketahuinya kepada gadis itu.

"Join me for a meal?" Bella mempelawa memandangkan waktu rehat antara dua kuliah sudah tiba. Rachel menggeleng.

"It's fine, I'm heading to the library."

"You want me to buy something for you?" tanya Bella lagi, takut-takut Rachel kelaparan nanti. Bolehlah dia tapaukan apa-apa untuk gadis itu.

"No, thank you. I'll see you later," putus Rachel dengan senyuman meyakinkan. Bella melambai ke arah Rachel lalu memimpin tangan teman lelakinya, Daniel. Rachel tersengih melihat pasangan merpati dua sejoli dan tiba-tiba dia teringat Taehyung yang berada nun jauh di bumi Korea.

"Haih, rindu pula dekat dia," kata Rachel sambil melangkah ke arah perpustakaan. Dia tersenyum melihat gambar Taehyung yang terpapar di lockscreen. Ya, dia tak tukar pun. Masih gambar lelaki itu.

"Kejamkah saya tinggalkan awak dekat Haeun?" tanya Rachel pada Taehyung dalam gambar. Terasa bodoh pula Rachel, bukannya gambar tu boleh bercakap! Rachel angkat bahu dan menolak pintu perpustakaan apabila destinasi yang ditujunya itu sudah menjengah ke pandangan mata.

Hal Taehyung, ketepikan dahulu. Sekarang, Rachel akan belajar bersungguh-sungguh! Dia tak mahu bazirkan wang Puan Kim yang banyak bersusah payah untuknya.

◼◼◼

Hampir senja baru Rachel berjalan pulang ke rumah. Dia terpaksa pulang lewat sedikit dari biasa kerana hadir perjumpaan yang melibatkan semua pelajar luar negara di LMSU. Agak malang juga, walaupun bercampur dengan semua pelajar asing tanpa mengira fakulti, tiada seorang pun yang berwarganegara Korea sepertinya.

Rachel terasa sedikit takut apabila melalui sebuah jalan yang sunyi. Tambahan pula, ada tiga orang lelaki tempatan di situ, asyik memerhati ke arahnya. Rachel ligat berfikir. Nak ikut jalan lain, dia tak pernah tahu pula selain jalan yang selalu dilaluinya itu.

"Haih, jalan cepat-cepat jelah. Tak ada apa kot," bisik Rachel kepada diri sendiri. Cuba berfikiran positif walaupun jantungnya sudah berdetak dua kali ganda laju dari kebiasaan.

Rachel menunduk dan berjalan ke arah tiga lelaki itu. Mereka berbual dalam bahasa Russia, jadi Rachel tidak dapat menangkap apa yang mereka katakan. Dia tidak henti-henti berdoa agar tiada apa-apa yang buruk akan menimpanya.

"Hey, pretty," tegur salah seorang dari mereka dalam bahasa Inggeris. Mereka mengagak Rachel bukan orang situ akibat mukanya yang nampak seperti Asian.

Rachel terkaku apabila mereka menghalang jalannya. Dia terasa seperti dilanda panic attack dan macam-macam bayangan wujud di dalamnya kepalanya. Berderau darahnya apabila salah seorang dari lelaki tersebut memegang rahangnya, membuatkan dia menatap mata biru lelaki itu.

"Foreigner, huh? Damn, you are cute yet hot," kata lelaki berambut kerinting itu sambil tersengih gatal. Rachel menepis tangan lelaki itu. "Don't touch me." Rachel cuba menakutkan mereka dengan muka bengis yang dibuat-buat.

"Wow! She's quite fierce." Lelaki tadi tertawa dan dua rakannya tadi ikut ketawa. Rachel tidak menunggu lama, dia menyepak celah kelangkang lelaki itu dan pantas berlari dari situ. Nasibnya kurang baik, rakan lelaki tadi lebih pantas meraih lengannya.

"Don't you dare to go anywhere," lelaki itu memberi amaran dan Rachel mendengus. Dia menarik kuat lengannya dari pegangan lelaki itu. "Let go of me!"

Rachel meronta-ronta dengan lebih kuat apabila lelaki tadi memaut pinggangnya. Dia menghidu bau yang ada pada tubuh gadis kecil itu dan Rachel mula diserang trauma.

"Hey! What are you doing?" Seseorang muncul, menghentikan mereka dari melakukan perkara yang lebih buruk kepada Rachel. Rachel terduduk di atas tanah, habis bajunya tidak betul akibat rontaannya tadi.

"Who are you?" tanya lelaki tadi, berang akibat diganggu. Baru ingat mahu berseronok, ada pula yang kacau.

"Her boyfriend! Don't harm her, she's my girl," kata lelaki yang menjadi penyelamat kepada Rachel itu. Tiga orang lelaki tersebut akhirnya mengalah dan meminta maaf. Mereka pergi sambil memapah salah seorang dari mereka yang mungkin senak akibat ditendang Rachel.

"Rachel? Kau?"

Rachel mengangkat muka dan tanpa segan silu dia menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. "Mingyu!"

◼◼◼

"Lain kali jangan jalan seorang diri masa senja. Bahaya. Kat jalan tu memang banyak kes perempuan kena kacau," beritahu Mingyu apabila mereka sudah sampai di hadapan rumah sewa Rachel. Rachel mengangguk sahaja. Dia akan jadikan peristiwa hari ini sebagai pengajaran.

"Okey... tapi kan, boleh saya tanya awak sesuatu?" Rachel bertanya, mata bulatnya memandang anak mata Mingyu yang lebih tinggi darinya itu. Mingyu senyum nipis dan angguk. "Tanyalah."

"Macam mana awak boleh ada kat sini? Bukan awak dekat Korea?" tanya Rachel yang masih ragu-ragu akan kehadiran lelaki itu di situ. Tepat pada masanya pula. Macam knight in shining armour.

"Ah... pasal tu. Aku dah ada kat sini sejak minggu lepas. Jaga nenek aku kat sini. Dia tak berapa sihat," jawab Mingyu seraya menyapu rambutnya ke belakang. Rachel terpaku seketika, teringat sesuatu.

"Seolma... Nenek Miso tu nenek awak?" Membulat mata Rachel apabila teringat nama keluarga nenek yang ditemuinya itu juga sama dengan nama keluarga Mingyu. Ada kaitankan mereka?

"Haah, macam mana kau tahu?" soal Mingyu dengan polos, tidak tahu gadis itu pernah terserempak dengan neneknya sebelum ini.

"Saya pernah jumpa dia. Waktu tu saya lega sebab ada juga orang Korea yang saya jumpa dekat sini. Tak sangka pula itu nenek awak," balas Rachel dengan suara ceria. Nampaknya kecil betul dunia ni.

"Oh ya ke? Nenek tak cerita apa-apa pun kat aku," kata Mingyu yang baru tahu. Balik ni dia akan tanya pada neneknya itu. Dia tak boleh terlepas apa-apa hal berkaitan Rachel!

"Dia lupa kot. Lagipun saya jumpa dia tak lama pun, tolong dia lintas jalan aje," kata Rachel lagi lalu senyuman semanis madu dilemparkan kepada Mingyu yang hampir cair di situ. Argh, Rachel ni pun. Tak tahu ke jantung Mingyu macam dah nak pecah kat situ?

"Oh macam tu. Kau masuklah, dah lewat ni. Apa-apa kau boleh chat aku. Nombor aku ada lagi kan?"

Rachel angguk. Dia masuk ke dalam rumah dan tak lupa mengunci pagar. Mingyu yang berada di luar pintu pagarnya mengucapkan selamat malam sebelum bayangnya menghilang di sebalik kegelapan malam.

◼◼◼

"Nenek!" Mingyu melempar kasutnya entah ke mana dan berlari mendapatkan Nenek Miso yang sedang menonton berita. Wanita tua itu mengurut dadanya yang terasa semput mendengar cucunya tiba-tiba menjerit.

"Hah? Kenapa?" tanya Nenek Miso sambil membuat muka bosan. Malas melayan cucunya itu.

"Nenek kenal Rachel?" Mingyu terus ke tujuan utamanya. Dia mengambil tempat di sofa bersebelahan neneknya itu.

"Rachel mana pula?" Nenek Miso bertanya, matanya masih melekat di skrin televisyen. Mingyu mengambil sebuah kusyen lalu dia jadikan alas berbaring di sofa panjang itu.

"Rachel tu, alah budak perempuan yang tolong nenek lintas jalan hari tu," beritahu Mingyu dengan tidak sabar. Nenek Miso mengecilkan mata, cuba mengingati insiden yang dikatakan Mingyu itu.

"Oh, dia tu! Kenal, kenapa kamu tanya?"

"Dia tu kawan Mingyu la nek. Kami sekolah sama dulu dekat Korea," balas Mingyu dengan senyuman girang. Habis kelihatan barisan giginya yang sempurna itu.

"Lah, ya ke? Tak sangka kat sini boleh berjumpa. Dia tolong kamu lintas jalan juga ke?'' tanya Nenek Miso ingin tahu. Bagaimana pula cucunya dan Rachel boleh berjumpa?

"Eh nenek ni, Mingyu reti lintas jalan sendirilah." Mingyu mengerutkan dahi manakala Nenek Miso tergelak. Sengaja mengusik cucunya itu.

"Habis tu macam mana boleh jumpa? Cuba beritahu nenek."

"Tadi, dia kena kacau dengan tiga lelaki. Mingyu yang tolong dia tadi," jawab Mingyu, sedikit bangga dengan pertolongannya kepada gadis yang disukainya itu. Nenek Miso tersengih.

"Wah, baik juga cucu nenek ni. Ingatkan tak ada perasaan."

"Nenek! Apa kata macam tu pula?!" Mingyu merengek kuat, tidak suka dikatakan begitu oleh nenek sendiri. Sekali lagi wanita tua itu tergelak.

"Manalah tahu, kan. Dah lama kamu tak tolong nenek. Ingatkan dah tak reti jadi baik." Nenek Miso mengusik lagi, suka melihat reaksi cucunya yang dirasakan cukup kelakar itu.

"Ish! Habis Mingyu datang sini tolong tengokkan nenek, tak cukup baik lagi ke?" balas Mingyu tidak mahu kalah. Bibirnya dicebikkan namun si nenek tidak mengendahkan sebaliknya wanita itu memandang ke arah televisyen semula. Malas mahu bertengkar mulut dengan cucunya itu. Kalau bosan, pandai-pandailah dia cari.

◼◼◼

"Alah, omma. Biarlah saya duduk sini, boleh saya tengokkan nenek." Mingyu duduk di atas buaian di perkarangan rumah Nenek Miso, di telinganya terlekap telefon bimbit.

"Eh, eh. Budak ni, omma suruh kamu balik tu banyak pula songehnya. Ni, appa kamu dah bising. Tak ada siapa nak tengokkan kedai dia," bebel si ibu dari talian. Boleh tahan degil juga anaknya itu, disuruh balik pun tak mahu.

"Hyung kan ada. Dia boleh je tolong appa dekat kedai tu," jawab Mingyu, mengelak untuk balik ke tempat kelahirannya itu. Dia nak berada di Russia, boleh tengok Rachel selalu.

"Aish, banyak alasan betul. Sudahlah! Omma banyak lagi kerja ni," marah ibunya sambil mengeluh panjang. Aduhai, nasib baik anak.

"Hehehe, omma jangan marah ya. Nanti kita telefon lagi! Bye!" Talian dimatikan sebelum ibunya sempat membalas. Telefon dimasukkan semula ke dalam kocek. Dia menuju ke suatu tempat setelah memberitahu Nenek Miso. Langkah kaki dipercepatkan.

◼◼◼

"So, ada apa kau nak jumpa aku?"

Mingyu menyepak perlahan batu kecil yang menghalang jalannya. Dia dan Rachel sedang berjalan menelusuri sebuah jalan. Gadis itu baru sahaja pulang dari universiti, dan tiba-tiba memaklumkan bahawa dia ingin bertemu melalui mesej.

"Saya nak belanja awak makan. Hari tu kan awak dah tolong saya," balas Rachel lalu tersengih gembira. Terasa seronok bila dapat membalas pertolongan Mingyu tempoh hari.

Mingyu menggaru kepalanya. Ingatkan kenapalah gadis itu mengajaknya berjumpa. "Err... aku tolong kau ikhlas hari tu. Tak perlulah susah-susah nak belanja aku makan pula."

"Alah! Tak apa! Saya pun ikhlas nak belanja awak. Saya banyak duit tau," bisik Rachel pada hujung ayatnya. Mingyu tertawa melihat aksi gadis itu.

"Ya? Mana dapat duit tu?" tanya Mingyu dengan sengihan di bibir. Pakaian Rachel kenakan hari itu ditiliknya. Hm, comel sungguh outfit gadis itu. Tanpa sedar, Mingyu tersenyum, suka dapat dekat dengan Rachel tanpa gangguan sesiapa.

"Saya dapat dari omma angkat sayalah. Dia bagi banyak tahu? Sampai saya pun tak tahu nak buat apa dengan semua duit tu..." jawab Rachel dengan cebikan menghiasi bibirnya. Memang benar apa yang dikatakannya itu. Puan Kim kerap memasukkan sejumlah besar wang setiap bulan. Bakinya Rachel simpan sahaja dalam bank, bila perlu baru dia keluarkan.

"Omma angkat?" Mingyu mengangkat kening. Nampaknya dia belum tahu lagi tentang hal itu. Rachel senyum.

"Oh, saya belum cerita lagi dekat awak rupanya. Saya dah ada keluarga angkat tahu," kata Rachel dengan sedikit bangga. Mingyu memegang erat lengannya yang berbalut kain apabila mereka melintas jalan. Rachel senyum lagi, teringat Taehyung yang pasti berkelakuan begitu juga jika dia ada di sini.

"Siapa keluarga angkat kau?" soal Mingyu apabila mereka sudah tiba di penghujung jalan. Lengan Rachel dilepasnya perlahan, takut gadis itu tidak selesa dengan sentuhan itu.

"Keluarga Taehyung."

Jawapan Rachel membuatkan Mingyu sedikit tersentak. Dia pandang wajah cantik Rachel dengan kurang percaya. Namun gadis itu mengangguk tanda dia tidak menipu.

"Macam mana boleh jadi macam tu pula?" Mingyu bertanya ingin tahu. Dia akan cuba mengenali gadis itu dengan lebih mendalam, sementara Taehyung tiada di sini.

Rachel mula bercerita, dan Mingyu mendengar dengan teliti. Dia tidak mahu terlepas satu perkataan pun yang keluar dari bibir kecil milik gadis itu.

Dan setelah hari itu, Mingyu dan Rachel menjadi lebih rapat.

◼◼◼

special chapter untuk yang ship mingyuxrachel. ada tak? 😂

mingyu akan jadi peneman rachel
sepanjang dia di russia 🙌

tak apa, tak lama pun taechel berpisah. wisya akan skip time nanti ❤

nak daily update tak? say yes to wisya  here. jangan lupa vote!

27/10/2020, 9.25 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro