50 ; worst wife
" Her Bad Boy - 50 "
• Worst Wife •
⬜⬜⬜⬜⬜
Come here I'm bout to take you higher
We about to set this love on fire
이런 느낌 처음이야
엄마도 못 말렸으
Come here I'm bout to take you higher
We about to set this love on fire
I've never felt like this before
My mom couldn't even stop me
- BTS, Intro : What Am I to You?
⬜⬜⬜⬜⬜
slight mature content (16+)
-use of sexual language
Nobody's Pov
»Moscow, Russia
Rachel bangun awal pada hari itu. Hampir dua minggu di situ, dia semakin membiasakan diri dengan timezone di Russia. Dan hari ini, dia bakal memulakan hidupnya sebagai seorang penuntut ilmu undang-undang di Lomonosov Moscow State University.
Universiti tersebut tersenarai dalam 100 universiti terbaik di seluruh dunia, dan Rachel tersenyum lebar apabila tahu dia terpilih untuk menjadi pelajar di situ. Dia berjalan kaki dengan telefon bimbit di tangan, mengikut arah melalui Maps yang dibukanya dari Google. Perjalanan ke pusat pengajian itu tidak jauh dari rumah sewanya, hanya lebih kurang 300 meter dan setengah jam berjalan.
Dalam perjalanan, Rachel terserempak dengan seorang wanita tua yang ingin melintas. Wanita itu mengalami kesukaran untuk melintas, lebih-lebih lagi dia memegang tongkat. Rachel tersenyum, dia melangkah ke arah wanita itu dan memimpin tangannya untuk melintas.
"Thank you," ucap nenek itu apabila melihat Rachel bukan orang yang berasal dari situ. Tengok raut mukanya memang tak ada langsung ciri-ciri orang Russia.
"Kamu... orang Korea ya?" tanya nenek itu dalam bahasa yang difahami Rachel, bahasa Korea. Rachel tersentak.
"Ya, nenek pun ke?" tanya Rachel kepada wanita itu. Wanita itu mengangguk dan tersenyum. "Nenek memang orang Korea. Cuma menetap di sini sejak 20 tahun yang lalu."
"Wah! Mesti nenek dah pandai bahasa Russia. Bolehlah ajar Rae nanti!" kata Rachel dengan teruja. Nenek itu ketawa saja.
"Nama kamu... Rae?" tanya nenek itu ingin tahu. Sedikit pelik dengan nama yang dibahasakan gadis itu dengannya.
"Ah, bukan! Nama saya Rachel, boleh panggil Rae saja," jawab Rachel sedikit malu-malu. Ada pula orang nama Rae eh?
"Oh... Rachel. Dah majulah nama budak-budak zaman sekarang. Zaman nenek dulu tak ada nama-nama macam tu. Semua tradisional," ujar nenek itu lalu tertawa kecil. Rachel ikut ketawa saja.
"Nama nenek, Kim Miso. Panggil Nenek Miso saja ya," kata nenek itu. Senyuman manis dilemparkan kepada gadis muda yang telah membantunya tadi. "Kamu nak ke mana ni?"
"Saya nak ke universiti kat depan tu, hari ni baru masuk belajar," jawab Rachel penuh sopan membuatkan Nenek Miso berasa senang hati.
"Oh ya ke? Wah, kamu mesti pandai sebab dapat belajar di situ," kata Nenek Miso sedikit kagum. Rachel tersipu-sipu apabila dipuji begitu.
"Taklah, Rae biasa-biasa je." Rachel merendah diri. Nenek Miso hanya tersenyum. Baik rupa gadis itu, lagi baik budi pekertinya.
"Baik kamu pergi sekarang sebelum terlambat. Terima kasih ya tolong nenek tadi. Nenek memang jalan lambat, maklumlah dah tua-tua begini." Nenek Miso tergelak mengenang nasib diri. Rachel mengukirkan senyuman.
"Okeylah. Rae pergi dulu." Rachel melambai. Nenek Miso membalas lambaian tersebut dan mereka berpisah di hujung jalan tersebut.
◼◼◼
» Seoul, South Korea
Haeun yang melihat Taehyung yang tiada di situ terus mengambil telefon lelaki itu. Dia mencebik saat melihat gambar Rachel yang dijadikan wallpaper oleh Taehyung.
"Wah, banyak betul." Haeun membelek-belek album di galeri yang Taehyung khaskan buat Rachel. Beribu juga gambar di situ. Terbit rasa cemburu di hati Haeun, lebih-lebih lagi melihat senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir Rachel.
Taehyung yang memakai gaun mandi keluar dari bilik air. Dia terkejut melihat Haeun memegang telefon bimbitnya. "Haeun!" jerit Taehyung dengan suara kasar. Telefon bimbitnya itu segera dirampas dari pegangan isteri atas kertasnya itu.
"Banyak betul gambar perempuan tu dalam telefon you," ujar Haeun sambil berpeluk tubuh. Taehyung dipandangnya dengan rasa hati yang sakit.
"So what? She's the one I love," balas Taehyung menyakitkan hati Haeun. Haeun berdecit sebelum tersenyum sinis.
"Memang! Memang dia yang you cinta, tapi I yang dapat jadi isteri you. Ah, bertuahnya I." Haeun tersengih saat melihat wajah Taehyung yang berubah. Dia mendekati Taehyung dan memaut leher lelaki itu dengan lembut.
"Look at me. Aww, I wonder how your love is doing right now. Maybe... she found someone better than you. I tahu dia belajar dekat Russia sekarang, dan lelaki kat sana semua kacak-kacak tau." Haeun bersuara sambil menatap mata Taehyung yang turut menatapnya. Dia tersenyum lagi, kali ini lebih manis.
"Huh, kau tak kenal dia macam mana. Dia bukannya kemaruk bercinta. Maklumlah dia budak yang educated, bukan macam kau yang keluar masuk kelab malam!" Kali ini giliran Taehyung pula menghambur Haeun, penuh dengan sindiran. Dia bukan tak tahu perangai Haeun yang selalu sangat berkunjung ke kelab malam, lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Isterinya itu sangat jarang berada di rumah. Asyik keluar berlibur saja.
"Oh, Taehyung sayang. Janganlah pura-pura naif. Bukan you tak pernah pergi tempat macam tu kan? Apa kata malam ni kita pergi sana? Just for a shot, not more than that," ajak Haeun tiba-tiba dengan kening terangkat. Teringin pula ke sana dengan suami di sampingnya.
"Apa kau cakap ni, hah? Kau sedar tak? Kau mabuk ke?" tanya Taehyung dengan nada kasar. Bau Haeun dihidu seketika. Wangi sahaja, tak ada pula sebarang bau alkohol pada tubuh gadis itu.
"Sedar. I ajak you, sebagai suami I untuk teman I ke sana. Jomlah, malam ni ada parti tau! Kawan I si Nancy tu yang anjurkan. Hari ni hari jadi dia," ajak Haeun lagi bersungguh-sungguh. Taehyung mengeluh.
"Tak nak! Aku tak sukalah parti apa semua tu. Kau nak pergi, pergilah. Kesah apa aku?" Taehyung terus mengambil bajunya dan masuk semula ke dalam tandas. Telefonnya tidak lupa dibawa sekali. Takkan nak tukar di hadapan Haeun pula? Takut dia kena sediakan sangkar betul-betul saja!
◼◼◼
Malam itu, Haeun hadir ke kelab malam yang sering dikunjunginya iaitu kelab malam milik keluarga Eunwoo iaitu La Cha Ta's Club. Dia memakai sebuah dress pendek berwarna hitam yang agak mencolok mata hari ini kerana ada parti yang diadakan. Seksi habis.
"Haeun! Sampai pun!" tegur Nancy yang sedang memegang segelas wain berperisa anggur. Gadis itu turut mengenakan pakaian gaun malam yang menonjol, sesuai untuk parti hari jadinya.
"Kenapa? You fikir I tak jadi datang ke?" tanya Haeun seraya tertawa gedik. Beg yang dipegangnya diletakkan di atas meja yang diduduki Nancy. Dia membuka kot yang tersarung di badannya dan meletakkan kot itu ke atas meja juga. Huh, panas pula.
"Yelah, mana tahu suami you tak bagi keluar malam..."
Haeun tertawa mendengar ayat yang terbit dari mulut Nancy itu. Dia memintal-mintal rambutnya sendiri.
"Eh, gila ke I tak keluar malam? Ni Haeun kot," jawab Haeun lantas Nancy tertawa. Faham benar dengan rakan baiknya itu. Mereka berbual dengan mesra sambil meneguk minuman keras.
"Hey girls." Muncul Eunwoo dengan senyuman manisnya. Dia melirik ke arah bahu Haeun yang terdedah. Bibirnya dijilat menahan nafsu yang naik melihat lurah dada gadis itu.
"Hai, Eunwoo." Malu-malu Haeun menjawab. Nancy memandang mereka berdua dengan riak pelik.
"Err.. kenal ke?" tanya Nancy yang terasa seperti ketinggalan di situ. Terasa kekok melihat rakannya dan seorang lelaki yang tak dikenalinya asyik bermain mata.
"Eh, kenalkan ni Eunwoo. Dia anak pemilik kelab ni," ujar Haeun lalu Eunwoo menghulur tangannya untuk berjabat dengan gadis kacukan itu. Nancy tersengih.
"Wah, kelab ni you punya rupanya. Thank you sebab benarkan I buat parti kat sini."
"Eh, hal kecil je tu." Eunwoo tertawa dan Nancy hanya senyum kecil. Haeun memaut lengan Eunwoo dan bersandar di bahu lelaki itu sehingga membuatkan Nancy berasa tidak selesa.
"Babe, I got to go. Nak tegur setiap tetamu I," kata Nancy sebelum dia terus berlalu dari situ. Haeun hanya memerhati kelibat Nancy yang semakin menjauh dan ditutupi dengan pengunjung di situ.
"Eunwoo, rindunya I dekat you," kata Haeun tiba-tiba apabila mereka hanya berdua di situ. Dia menarik Eunwoo untuk duduk sebelum dia naik ke atas riba lelaki itu.
"Nak buat apa dekat I ni?" Eunwoo tersengih tatkala gadis itu memeluk pinggangnya erat. Eunwoo mengucup pipi Haeun dan gadis itu tergelak.
"Hmm, tanya lagi. I nak have fun dengan you."
◼◼◼
"Kau pergi mana, perempuan? Pukul tiga pagi baru sampai rumah?" Taehyung menegur Haeun yang baru masuk ke dalam rumah dengan muka mengantuk. Dia menanggalkan kasutnya dan tidak menghiraukan soalan Taehyung tadi.
"Aku tanya kau ni! Jawab, Haeun." Taehyung merentap lengan Haeun dan dia lihat ada beberapa tanda di bahu dan leher gadis itu. Apakah?
"Ish! I pergi parti Nancy. Kan I dah beritahu petang tadi," jawab Haeun lantas lengannya direntap semula sehingga terlepas dari tangan Taehyung. Dia melangkah ke tingkat atas dengan terhuyung-hayang. Mungkin pengaruh alkohol yang diteguknya.
"Parti ke meliar dengan jantan hah? Kau nak jawab apa kalau omma dengan appa aku tanya?" Taehyung bertanya sambil mengikuti langkah Haeun. Haeun meletakkan jari telunjuknya di bibir Taehyung, menyuruh suaminya diam.
"I nak tidur. Dah lewat ni. Night."
Cup! Satu ciuman hingga di pipi Taehyung. Haeun terus masuk ke dalam bilik Taehyung dan menutup pintu dengan kuat.
Taehyung mengesat ciuman Haeun yang berbekas dengan lipstik merah menyala. "Jijik," katanya lalu dia masuk ke dalam bilik Rachel.
◼◼◼
Keesokan harinya, Taehyung bangun seperti biasa dan bersiap ke pejabat. Dia menilik jam di dinding saat menyarung tali leher. Sudah masuk pukul 9 namun kelibat Haeun yang sering mengejutnya bangun masih belum tiba.
"Sah! Tak bangun lagi," kata Taehyung sendirian. Jam tangan di atas meja solek dicapai dan dia memakainya pada tangan kiri. Minyak wangi disembur secukupnya sebelum briefcase diambil.
Taehyung masuk ke bilik yang menempatkan Haeun dan mengeluh melihat gadis itu masih berada di dalam selimut. Terus bahu gadis itu disentuhnya.
"Hei, Haeun. Bangun. Dah pukul sembilan pagi ni."
Haeun menggeliat seketika sebelum matanya terbuka luas melihat Taehyung sudah bersiap. Cepat-cepat dia bangun dan duduk. "Apa? Pukul sembilan?"
"Haah. Bangun cepat, turun bawah macam biasa. Aku tak nak omma tercari-cari kau." Taehyung bergerak semula ke pintu. Sebelum menutup pintu semula, dia tiba-tiba teringat sesuatu.
"Oh ya, jangan lupa tepek concealer dekat lovebite kau tu. Aku tak tahu dengan lelaki mana kau tidur semalam, tapi jangan sampai siapa-siapa dalam rumah ni nampak."
Haeun melihat ke arah lehernya sendiri dan dia mengetap bibir menahan malu. "Taehyung, I boleh jelaskan."
"Tak ada apa yang kau boleh jelaskan. Aku tak kesah pun. Cuma jaga sikit perangai kau. Orang dalam kelab tu ramai, bila-bila je boleh masuk berita pasal kau. Jangan burukkan nama keluarga," nasihat Taehyung sedikit lembut apabila melihat wajah bersalah Haeun. Sebelum sempat gadis itu membalas, dia keluar dan menutup pintu.
Haeun meraup wajahnya. "Bodohlah Eunwoo. Aku dah pesan semalam jangan ada kesan apa-apa, bukan nak dengar."
Lantas Haeun melangkah ke bilik air untuk mandi. Tak lupa, beg alat soleknya dicapai juga.
◼◼◼
"I kena marah dengan Taehyung, tahu tak? Semua ni you punya pasal."
Eunwoo tergelak melihat wajah cemberut Haeun saat mengadu kepadanya. Dia melihat lovebite yang ada di leher gadis itu yang sudah bertutup dengan concealer.
"Hei, you juga yang minta. You yang suruh kita go hard semalam. Tak begitu?" soal Eunwoo dengan senyuman sinis. Haeun menjelingnya tajam dan Eunwoo tergelak lagi.
"Masalahnya, tak perlu kot nak buat banyak tanda kat tempat yang visible." Haeun menongkat dagunya di meja itu. Mereka kini berada di sebuah kafe kerana Haeun mengajak Eunwoo berjumpa.
"Habis, kat mana I kena buat tanda? Dekat tempat yang tak visible? Bahagian atas ke bawah?" tanya Eunwoo lalu tersengih gatal melihat tubuh seksi gadis itu. Aih, rezeki depan mata.
"You jangan macam-macam eh? I ni dah ada suami tau."
"Alah, rilekslah sayang. You ada suami pun yang tak cintakan you. You ada I kan? You can leave him and I will get ready to marry you."
"Huh, tapi kalau I tinggalkan dia rugilah I. Mana lagi nak dapat suami macam tu? Dahlah kaya, kacak pula tu." Haeun tersenyum sendiri apabila teringat Taehyung yang sudah berjaya dimiliknya. Untung bukan?
"Habis, I tak cukup kaya? Tak cukup kacak?" Eunwoo sengaja membuat suara sedih lalu menundukkan kepala. Haeun sengih sebelum pipi lelaki itu dikucupnya sekilas.
"You dengan dia lain, okey? I cuma nak duit dia. Tapi I sayangkan you, maybe as my scandal. Hahaha." Haeun tertawa sendiri. Seronok sungguh didampingi dua lelaki yang kaya dan kacak.
◼◼◼
"Haeun, appa nak tanya kamu sikit boleh?" Tuan Kim memandang menantunya yang sedang asyik makan di hadapannya itu. Dia melihat pula ke arah Taehyung yang makan tanpa banyak cakap itu.
"Hmm, apa dia?" Haeun mengangkat kening.
"Haeun... ada lelaki lain ke belakang Taehyung?"
Terhenti suapan Haeun dan Taehyung. Mereka berpandangan serentak buat tiga saat sebelum Haeun tertawa kekok.
"Eh, mestilah tak. Kenapa pula Haeun nak curang dengan Taehyung?" soal Haeun dengan muka yakin. Dia menyambung suapan dengan muka tidak bersalah.
"Tak adalah. Appa tanya je. Tadi appa macam ternampak kamu dekat kafe dengan seorang lelaki. Entah siapa, appa tak kenal." Tuan Kim tersengih. Mungkin dia tersalah anggap.
"Oh, memang tadi Haeun ada jumpa dia. Kawan Haeun. Appa tak tegur pula?" Haeun menjawab lagi dengan putar belitnya. Dia perlu kelihatan yakin untuk mengelak dari Tuan Kim dari mengesyakinya.
"Appa nak cepat waktu tu. Tak apalah kalau tu kawan kamu," jawab Tuan Kim lalu tersenyum kepada menantunya itu. Puan Kim dan Taehyung berbalas pandangan dan mereka diam tanpa berkata apa-apa.
◼◼◼
"Kau jangan fikir aku jealous ke apa, tapi siapa lelaki ni?" tanya Taehyung sambil menghulur telefonnya kepada Haeun sebaik saja habis waktu makan malam. Dia memastikan pintu bilik dikunci dari luar. Tak mahu ada sesiapa mengganggu.
"Wah, mana you dapat gambar-gambar ni?" tanya Haeun apabila melihat gambarnya dan Eunwoo yang diambil senyap-senyap dari suatu sudut. Dia membelek-belek gambar itu sebelum Taehyung mengambil semula telefonnya.
"Jadi betullah ni kau? Siapa lelaki ni? Skandal kau?" tanya Taehyung dengan nada sinis. Haeun menggeleng laju.
"Hei, dia kawan I lah. You tak dengar ke apa I cakap dekat makan malam tadi?"
"Kawan apanya kalau bercium pipi?"
"Haih, itu perkara biasa kan? Bukannya I check in hotel dengan dia. Kami cuma minum di kafe je," jawab Haeun membela dirinya. Tak mahu kantoi dengan Taehyung.
"Habis semalam? Bukan kau check in hotel? Mesti dengan lelaki ni kan? Wow, is he good in bed?" Taehyung membuat muka ingin tahu. Haeun kelihatan tersentak lalu Taehyung ketawa sinis.
"Listen, Haeun. This is my last warning. Berhenti menampakkan diri dekat tempat awam kalau kau cuma menconteng arang dekat muka keluarga! Aku malu ada isteri macam kau! You are the worst wife ever."
Haeun menjatuhkan rahangnya mendengar ayat pedas dari Taehyung itu. Taehyung terus saja keluar dari situ dan terus pergi. Haeun menumbuk-numbuk bantal yang ada di atas katil.
"Bodoh! Siapa pula yang jadi spy ni?!" bentak Haeun dengan suara perlahan. Bimbang juga ada yang mendengar dari luar. Dia meraup mukanya, kesal dengan tindakan bodohnya itu.
◼◼◼
ni macam hate chapter untuk haeun, im sorry to her fans... ada ke fans dia? HAHAHAHA
tekan vote untuk hapuskan Haeun!
26/10/2020, 10.30 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro