47 ; as if it's your last
" Her Bad Boy - 47 "
• As If It's Your Last •
⬜⬜⬜⬜⬜
스치면 인연 스며들면 사랑
이라고 누가 말했었는데
넌 아예 내게 물들어버렸나
니가 좋아 그래도 컨버스로우는 신지 마
You pass by and become connected
You enter in and become love
Someone said that I am just colored by you
I like you but still don’t wear Converse Low
-BTS, Converse High
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Malam itu, Tuan Kim mengajak mereka sekeluarga untuk keluar makan malam di luar sempena menyambut Taehyung dan Rachel yang sudah habis sekolah. Mereka menjamu selera di Restoran Dynamite.
"Ha, makan lagi Rachel. Ni, tak habis lagi ni. Ambil, ambil." Puan Kim menceduk sedikit lauk yang masih berbaki dan diletakkan dalam pinggan Rachel. Rachel sedikit terpana namun dia hanya biarkan.
"Terima kasih, omma." Rachel dan Puan Kim berbalas senyuman.
"Taehyung, appa nak cakap sikit ni," ujar Tuan Kim sebaik sahaja mencicip secawan kopi panas. Taehyung yang sedang menyuap makanan itu mengangkat kening.
"Apa dia?" soal Taehyung ingin tahu. Dia mengelap mulut dengan napkin dan memandang ayahnya dengan wajah serius.
Tuan Kim tersenyum. "Memandangkan kamu dan Rachel dah bergraduasi, appa nak ucapkan tahniah. Rachel, tahniah atas keputusan kamu yang cemerlang. Taehyung juga, keputusan kamu banyak beza dari dulu. Appa bangga dengan kamu berdua."
Rachel tersengih manakala Taehyung tersenyum sinis. "Mestilah, Rachel yang banyak ajar Tae."
"Huh, appa tak nak tahu pasal tu," kata Tuan Kim, sedikit menyampah bunyinya. "Dan appa yakin, kamu tak lupa lagi permintaan appa," sambungnya lagi membuatkan Taehyung sedikit gementar. Apakah?
"Permintaan apa ya, appa? Tae tak ingatlah," ujar Taehyung sambil menggaru kepalanya. Permintaan yang mana satu agaknya?
"Tak ingat ya? Tak apa, biar appa sebutkan sekali lagi." Tuan Kim melemparkan senyuman penuh makna kepada Taehyung dan kemudiannya Rachel. Terus gadis itu menunduk akibat tidak selesa direnung begitu.
"Kamu akan berkahwin dengan Haeun. Appa dah cakap lepas kamu habis sekolah, kamu berdua akan disatukan. Tarikh pun dah ditetapkan, dua minggu lagi majlis berlangsung." Tuan Kim mengakhiri kata-katanya dengan senyuman simpul.
"Appa, I thought I've made it clear enough. I don't wanna marry her!" bantah Taehyung dengan suara keras. Dia meraup mukanya dengan kesal.
"Tak ada bantahan ya Taehyung. Appa dah sediakan semuanya. Dewan dah ditempah begitu juga katering. Keluarga Jung pun dah bersetuju dengan tarikh tu."
"Abang, kita bincang dulu. Janganlah buat keputusan mengejut macam ni," celah Puan Kim apabila melihat muka Taehyung yang semakin memerah. Lebih baik dia masuk campur sebelum ada meja terbalik kat sini.
"Tak ada apa nak dibincangkan. Saya ajak awak minggu lepas pergi jumpa keluarga Jung, awak taknak ikut. Sekarang baru nak bincang pula. Lupakan jelah," balas Tuan Kim sambil memandang isterinya dengan senyuman manis. Puan Kim terkedu. Kalau dia tahu, dia ikut dan bantah.
"Apa? Appa bincang dengan keluarga Haeun tanpa Tae sendiri?" tanya Taehyung yang tersentak dengan pengakuan ayahnya itu. Tuan Kim mengangguk tanda ya. Taehyung menghela nafas berat.
"Tae tak setuju. Batalkan semuanya." Taehyung menyerabutkan rambutnya sendiri lalu mengurut dahi. Stres pula dengan ayah sendiri.
"Takkan, Taehyung. Apa yang appa tahu dua minggu lagi kamu sah bergelar suami isteri dengan Haeun." Tuan Kim tersenyum puas apabila tiada sebarang bunyi keluar dari mulut Taehyung. Lelaki itu membuat muka selamba dan menyambung makan. Malas dia berkata apa-apa lagi.
Yang penting, dia ada rancangan sendiri. Huh, dia Taehyung kot. Tak mudah untuk mengaku kalah dengan Tuan Kim.
◼◼◼
"Tae! Rindunya I dekat you!"
Taehyung sekadar membiarkan Haeun memeluk lengan kanannya tanpa menolak. Dia memandang Haeun tanpa secalit senyuman di bibir kemudian dia memandu pergi dari rumah Haeun.
"You nak pergi cari baju dekat butik mana?" soal Haeun apabila kereta Taehyung sudah memasuki lebuh raya.
"Adalah, kau tengok je." Taehyung menjawab tanpa memandang ke arah Haeun. Haeun hanya senyum dan dia duduk dengan tenang. Haih, seronoknya dapat keluar dengan bakal suami sendiri!
Tak lama kemudian, Taehyung membelok masuk ke tempat parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di bandar Seoul itu. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam pusat membeli-belah itu untuk ke butik busana perkahwinan.
"Hei, lepas. Aku rimaslah," kata Taehyung apabila Haeun menggapai tangannya untuk dipimpin. Haeun mencebik apabila Taehyung terus berjalan meninggalkannya. Dia mengekori langkah Taehyung sedikit lambat kerana mengenakan kasut bertumit tinggi.
"Taehyung, tunggulah!" panggil Haeun apabila semakin jauh pula jarak mereka. Taehyung berhenti seketika lantas dia menoleh. Matanya digulingkan tanda menyampah. Apabila Haeun tiba di sebelahnya, dia terus berkata, "Apahal kau pakai heels? Lembab tahu?"
Haeun memuncungkan bibirnya. Kena marah pula. "Selama ni I pakai you tak kata apa-apa pula."
"Ha, menjawab, menjawab! Aku tinggal kau kat sini baru tahu." Taehyung berdecit sebelum dia menyambung langkah, sedikit perlahan dari tadi supaya dapat diikuti Haeun.
"Selamat datang, tuan muda. Ini ke bakal isteri tuan? Cantik orangnya," puji pembantu butik itu apabila melihat kelibat orang yang ditunggunya dari tadi. Haeun hanya tersenyum manis mendengar pujian itu.
"Ni kau kata cantik? Tak cantik pun," bidas Taehyung tanpa mempedulikan perasaan Haeun. Tersentak pembantu butik yang bernama Aera itu namun dia masih mengukirkan senyuman.
"Eh, apa cakap bakal isteri sendiri macam tu, tuan? Dia cantiklah. Marilah, saya tunjukkan gaun perkahwinan yang sesuai untuk dia. Arah sini ya, cik err..."
"Haeun," jawab Haeun sambil ketawa kecil. Mereka berdua lesap ke bahagian gaun manakala Taehyung bergerak ke ruangan lelaki. Dia ditemani oleh seorang pembantu butik lelaki.
"Cik Haeun suka gaun yang macam mana? Putih atau berwarna?" tanya Aera sekadar berbasa-basi. Dia membuka sebuah katalog yang ada di meja butik itu.
"I nak yang warna putih. I tak sukalah berwarna-warni untuk gaun kahwin," jawab Haeun dan pembantu butik itu mengangguk faham.
"Saya cadangkan tiga gaun ni untuk cik. Sesuai untuk body shape cik Haeun yang tinggi lampai ni. Semua ni design terbaru dari pereka fesyen terbaik dari Paris. Cik nak cuba dulu ke?" tanya Aera sambil menunjuk ke arah tiga gaun yang cantik. Gaun-gaun itu berada di tempat yang bertanda "New Edition".
Haeun meneliti gambar ketiga-tiga gaun itu dengan lama. Semua kena dengan cita rasanya. Haeun akhirnya memutuskan untuk mencuba ketiga-tiga gaun itu untuk melihat yang mana satu paling sesuai dengan tubuhnya.
"Cik tunggu sekejap, saya ambilkan." Si pembantu butik itu berlalu dari situ meninggalkan Haeun. Sementara itu Haeun membelek-belek katalog. Rambang juga matanya melihat gaun-gaun yang ada di situ.
"Cik? Mari ikut saya ke bilik persalinan." Pembantu butik lain iaitu Yewon tiba dengan tiga pasang gaun di tangannya. Dia mengiringi Haeun ke bilik persalinan dan Haeun masuk.
Sementara itu, Taehyung sudah siap berpakaian sut yang dipilihnya sendiri. Tak nampak macam grand sangat pun, maklumlah Taehyung tak ambil serius pun dengan perkahwinan ini.
"Tuan muda nampak kacak," puji pembantu butik lelaki itu yang bernama Kyungsoo sambil tersenyum. Taehyung hanya berdecit sebelum mengucapkan terima kasih separuh ikhlas. Dia memandang dirinya di hadapan cermin. Hm, kacak macam selalu.
"Alright, I'll take this." Taehyung memutuskan setelah berpuas hati lalu dia melangkah semula untuk menyalin pakaian. Sempat dia berhenti seketika dan memandang ke arah Kyungsoo.
"Err, boleh kau tengokkan Haeun? Cakap kat dia aku tak banyak masa ni. Minta dia cepat."
"Baik, tuan muda." Kyungsoo terus saja berlalu ke arah bilik persalinan yang menempatkan Haeun. Di sana, dia mendapatkan Aera dan memaklumkan tentang pesanan Taehyung tadi.
"Cik Haeun?" Aera mengetuk pintu bilik persalinan menerima sahutan dari Haeun. "Tuan Taehyung minta cik cepat sikit. Katanya dia tak ada banyak masa."
Haeun mendengus sambil melihat cermin yang ada di dalam bilik persalinan yang agak luas. Butik itu merupakan butik yang ternama, jadi memang lengkap dengan semua benda.
Haeun yang baru siap mencuba gaun pertama keluar dari bilik persalinan. Dia berpusing-pusing di hadapan Aera. "Macam mana?"
Aera menunjukkan thumbs up kepada Haeun tanda bagus. "Saya rasa cik Haeun pakai apa-apa pun cantik."
Haeun tersenyum segaris mendengar jawapan Aera. Dia membetulkan rambut dan pura-pura malu mendengar pujian itu. Aera masih tersenyum, menjaga hati pelanggannya.
Taehyung tiba-tiba muncul, sebelah tangan berada di dalam poket seluarnya. Aera yang perasan akan kemunculannya menunduk hormat manakala Haeun yang masih belum perasan sibuk melihat cermin besar di sebelah meja yang menempatkan katalog.
"Kau buat apa lagi ni? Tak habis lagi?" soal Taehyung, mengejutkan Haeun. Haeun mengurut dadanya. Nasib baik tak tercabut jantung. Kalau tak, musnah harapannya nak menjadi isteri Taehyung.
"Belum lagi. Sabarlah, Taehyung. I baru cuba satu gaun tau."
Taehyung menggulingkan mata. Tak suka dengan sikap Haeun yang asyik membuang masanya. Serupa saja macam waktu nak beli baju bertunang dahulu. "Aku cuba satu jugak, lepas tu terus ambil. Tak ada masalah pun."
"Oh, whatever. Ni tengok gaun ni. Cantik tak?" tanya Haeun, ingin mendengar pendapat Taehyung. Taehyung melihat Haeun dari atas ke bawah. Dia hanya mengangguk tanda okey. Malas mahu komen banyak-banyak. Bukan Haeun akan dengar pendapatnya. Yang penting kena dengan cita rasanya. Tak kiralah kalau bagi orang lain buruk sekalipun.
"Cepat sikit Haeun. Aku nak ke tempat lain lepas ni." Taehyung menilik jam di tangan. Dia ada lebih kurang 45 minit sebelum tiba waktu yang dijanjikan. Pening kepala melayan kerenah Haeun. Naik jelak dibuatnya.
"Really? Wait for me, okay? I'll be done under an hour." Haeun terus melambai dan dia masuk semula ke bilik persalinan, meninggalkan Taehyung yang memilih untuk duduk di sebuah sofa yang ada di situ. Taehyung menghembus nafas berat dan Aera memberi senyuman simpati kepadanya saat mereka bertentang mata.
◼◼◼
"Turun, turun! Aku nak kena pergi."
Haeun mengendahkan arahan Taehyung. Dia masih berkeras di tempat duduknya. Tangannya disilangkan lagak merajuk. Taehyung mengurut pelipis sendiri. Ada pula yang buat hal masa-masa macam ini.
"I dah kata I nak pergi makan dengan you. Susah ke?" Haeun memandang Taehyung sedikit jengkel. Taehyung geleng kepala laju.
"Aku ada hal. Lain kali ya? Turun sekarang sebelum aku yang campak kau keluar," balas Taehyung lalu dia ambilkan beg tangan Haeun yang ada di tempat duduk belakang dan dia letak atas riba gadis itu.
"I nak sekarang! Tak nak lain kali."
Taehyung meraup wajahnya kasar. Aduh, dugaan apa pula ni? Taehyung meraih tangan Haeun lalu dia menggenggam erat. Haeun dah tersengih, suka dengan sentuhan lelaki itu.
"Balik okey? Kita dah sampai depan rumah kau pun. Aku ada hal ni. Lain kali aku bawa kau keluar makan," kata Taehyung dengan mengukir senyuman yang dipaksa. Haeun muncungkan bibir.
"Promise?"
"Ya. Okey, bye." Taehyung keluar dan dia bukakan pintu untuk Haeun. Haeun keluar lambat-lambat dan mereka berpisah di situ. Taehyung lekas-lekas masuk ke dalam kereta semula dan memecut ke arah sebuah tempat.
Rachel!
◼◼◼
Rachel yang sudah siap berpakaian itu melihat telefonnya. Tak ada langsung apa-apa panggilan atau pesanan dari Taehyung. Gadis itu memuncungkan bibir sambil memeluk lutut.
"Taehyung tak sampai lagi?"
Rachel mengangkat muka memandang Puan Kim yang menghampirinya. Kepalanya digeleng perlahan tanda belum. Puan Kim hanya tersenyum dan dia mengambil tempat di sofa bersebelahan Rachel.
"Mungkin jalan jammed kot. Cuba telefon," cadang Puan Kim sambil mengusap rambut Rachel perlahan. Rasa kasihan pula melihat gadis itu menunggu dari tadi.
"Tak apalah, omma. Rae taknak kacau dia tengah drive," jawab Rachel sambil tersenyum kecil. Dia melihat jam di dinding. Taehyung dah terlewat sejam dari masa yang dijanjikan.
Puan Kim menemani Rachel sementara menunggu Taehyung. Mereka berbual-bual seketika sehinggalah Taehyung muncul dua puluh minit kemudian. Lelaki itu berlari masuk ke dalam rumah dan mendapatkan mereka berdua.
"Rachel! Aku—aku minta maaf." Taehyung membuat muka penuh bersalah. Rasa jahat pula membuatkan gadis itu menunggunya lama-lama. Rachel bangun dari sofa sambil menggalas beg tangannya.
"Tak apalah. Jom? Nanti tutup pula." Rachel mengukir senyuman manis kepada Taehyung, sekaligus menghilangkan keresahan lelaki itu.
"Ha, pergi. Jangan balik lambat sangat ya. Tapi ada baiknya juga balik lambat, jangan biar appa terserempak dengan kamu berdua," sampuk Puan Kim lalu dia menghantar mereka ke muka pintu. Taehyung tersengih manakala Rachel ketawa.
"Nanti omma cover apa-apa yang patut, tau," pinta Taehyung sambil mengenyitkan mata. Puan Kim menolak anak lelakinya itu keluar dari pintu. "Ya, ya. Tahulah. Pergi cepat. Kasihan Rachel tunggu dari tadi."
Taehyung tersenyum ke arah Rachel yang hanya menggeleng tanda tidak apa. Mereka menaiki kereta dan menuju ke destinasi iaitu taman tema seperti yang dijanjikan.
"Ada apa kat theme park tu? Kenapa kau beria sangat ajak aku pergi?" tanya Taehyung apabila keretanya sudah membelok ke arah taman tema tersebut. Rachel di sebelah mencebik.
"Apa? Saya beria? Tak apalah kalau macam tu. Kita balik jelah."
Taehyung tersengih mendengar jawapan Rachel yang ada unsur-unsur merajuk. Taehyung meletakkan keretanya di sebuah tempat parkir yang kosong sebelum dia menoleh ke arah gadis itu. Rachel tidak memandangnya sebaliknya gadis itu menghadap ke arah tingkap.
"Cherry..." panggil Taehyung meleret. Rachel tidak menghiraukannya malah gadis itu mengeluarkan telefon bimbit lalu wajahnya diperiksa sekejap. Taehyung hanya membiarkan. Dia hanya memandang Rachel sehinggalah gadis itu sendiri berasa tidak selesa.
"Kenapa? Jomlah balik. Lebih baik saya dating dengan Taetae, dia lagi bagus dari awak." Rachel mengetap bibir apabila melihat Taehyung hanya tergelak mendengar ayatnya. Entah apa yang kelakar.
"Nak dating dengan Taetae? Dia lagi bagus dari aku? Tak sangka kau bernafsu dengan patung." Taehyung tergelak lagi lantas Rachel memukul lengan Taehyung perlahan. Bibir Rachel memuncung lalu Taehyung mengucupnya sekilas.
"Taetae boleh cium kau macam ni? Tak boleh kan?" usik Taehyung melihat pipi Rachel yang sudah kemerahan itu. Comel sangat baginya.
"Janganlah!" marah Rachel sambil menepis kepala Taehyung yang semakin dekat. Bibir Taehyung pula memuncung, nampak sangat ingin mencium gadis itu sekali lagi.
"Alah, kenapa? Dah tak suka dengan kiss aku?" Taehyung menyoal dengan muka muram. Rachel menggelengkan kepala perlahan. "Comot lipstik saya."
Taehyung ketawa. Dia lantas mematikan enjin dan keluar dari kereta. "Jomlah, tak payah nak merajuk sangat. Aku nak spend time dengan kau hari ni."
◼◼◼
taehyngkim
Liked by jiminssi, yourhope and 4,892 others
taehyngkim si cherry cantik manis ❤ @raechellie
aerinnnn i kapal you guys!
seokgene @aerinnnn kapal kita bila lagi?
6joonkim @seokgene tak gentle do kau
jung.haeun ini ke hal you maksudkan?! 😠
je0ngguk @jung.haeun chill la, noona tak special la tu. HAHAHAHA
◼◼◼
"Tae? Kita nak balik bila ni?" soal Rachel yang sedang memegang tangan kanan Taehyung dari tadi. Dia membuat muka bosan apabila lelaki itu tak habis-habis menangkap gambar pemandangan langit malam. Tahu cantik, tapi tak payahlah sampai snap beribu gambar.
"Kejap, sayang. Kita tunggu something." Taehyung memberi senyuman manis kepada Rachel. Sebelah tangannya lagi leka menekan butang snap dari tadi.
"Hmm, tunggu apa? Saya penatlah." Rachel melepaskan tautan tangan mereka dan gadis itu terus duduk di atas rumput. Jangan risau, tak kotor pun.
"Penat kenapa? Penat menjerit waktu naik roller coaster ke?" Taehyung mengusik dan Rachel mencebik. Tak suka diusik sebegitu. Tahulah dia menjerit macam nak terkeluar anak tekak tadi, tapi tak payahlah ungkit.
"Diamlah," kata Rachel perlahan dan dia lemparkan pandangan ke arah langit. Taehyung yang masih mengambil gambar di sebelahnya dibiarkan. Taehyung bergerak-gerak sedikit, mencari angle yang cantik untuk gambarnya. Sekali-sekala lelaki itu mengerling ke arah gadis itu, memastikan dia baik-baik sahaja.
"Sayang, tunggu sini kejap. Nah, pegangkan." Taehyung datang semula dan dia serahkan telefonnya kepada Rachel. Rachel menyambut dengan wajah tertanya-tanya. "Awak nak pergi mana?"
Taehyung hanya tersenyum segaris sebelum dia bergerak pergi meninggalkan Rachel tanpa menjawab. Rachel mencebik, namun dia biarkan saja Taehyung tanpa mengejar. Telefon Taehyung dibeleknya. Cantik gambar-gambar yang diambil lelaki itu tadi. Rachel tak nafikan memang Taehyung berbakat dalam fotografi.
"Hai, cik. Seorang je ke?" tegur seseorang yang tak dikenali membuatkan jantung Rachel berdegup laju. Dia mengangkat muka dan melihat lelaki yang menegurnya itu yang sedang tersenyum nakal.
"Eh, tak. Saya—"
"Ah, marilah saya temankan. Jom kita jalan-jalan." Lelaki itu memegang lengan Rachel dan gadis itu meronta perlahan.
"Jangan kacau sayalah!" jerit Rachel sedikit kuat namun di situ tidak ramai yang lalu memandangkan kawasan tersebut agak gelap.
"Garangnya." Lelaki itu tertawa perlahan. Genggamannya di lengan Rachel dikuatkan. Rachel mengaduh kesakitan. Dia cuma mengharapkan Taehyung cepat sampai.
"Cantik kau ni," puji lelaki itu lalu mengusap pipi Rachel. Gadis itu membuat muka marah lalu memalingkan mukanya, mengelak sentuhan lelaki itu.
"Alah, nak sentuh sikit je. Jangan gerak-gerak, okey?" Lelaki itu mengusap rambut Rachel pula dan Rachel menepis kuat. Terasa air matanya mahu bergenang saat ini saat lelaki itu bertindak memeluk pinggangnya. Rachel menepis lagi namun seakan-akan tak berguna langsung.
"Hoi! Kau buat apa dekat dia hah?!" sergah Taehyung yang muncul dengan sebuah plastik di tangan. Dia letakkan plastik tersebut ke tepi dan mendapatkan Rachel.
"Asal? Aku main-main je dengan dia tadi. Tapi dia garanglah. Aku—" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat, Taehyung terlebih dahulu menumbuk muka lelaki itu dengan geram.
"Dia girlfriend akulah, sial! Jangan kacau dia!" marah Taehyung lantas lelaki tersebut melarikan diri. Taehyung mencarut perlahan lalu dia mendekati Rachel yang sudah teresak-esak.
"Aw—awak pergi mana hah?" tanya Rachel dengan air mata galak mengalir di pipinya. Taehyung mencium pipi Rachel yang basah itu sambil mengusap perlahan rambut gadis itu. "Sorry, sorry. Aku janji tak tinggal kau macam tu lagi."
Rachel memeluk Taehyung erat dan lelaki itu membalasnya. Dia usap-usap belakang badan Rachel perlahan untuk menenangkannya. "Kau takut?"
"Sudah tentulah! Gila ke tak takut?!" Rachel membalas dengan suara tersedu-sedu. Taehyung cepat-cepat mencium dahi Rachel. "Okey, okey. Jangan risau, aku ada dengan kau sekarang."
"Macam—macam mana kalau dia buat benda tak elok tadi? Awak tahu kan saya takut? Saya teringat Eunwoo tadi, tahu? Saya—"
"Shh, shh. Sayang, relaks. Naega neol jikyeojulge, ara? (I will protect you, you know?" Taehyung menenangkan Rachel dengan pelukannya. Gadis itu terdiam dan menyembamkan mukanya di dada Taehyung.
Mereka berpelukan seketika. Taehyung mengangkat muka Rachel dengan lembut lalu dia mengesat semua air mata Rachel menggunakan ibu jarinya yang besar itu. Tergelak juga dia melihat wajah Rachel yang merah bak tomato kerana menangis.
"Alahai, comelnya Cherry aku ni. Dah, jangan nangis. Ni, aku beli makanan untuk kau. Kau penat kan? Kita makan dulu meh." Taehyung mencapai plastik tadi dan mengeluarkan isinya. Dia menghulurkan satu corndog kepada Rachel dan gadis itu menyambut perlahan.
"Terima kasih..." ucap Rachel dengan suara seraknya. Bibirnya menguntum senyuman kecil dan Taehyung mengucup pipi gebu Rachel sekilas.
"Sama-sama."
"Tapi, awak nak tunggu apa? Kan dah lewat ni," kata Rachel sambil menilik jam. Sudah hampir pukul 12 malam. Taehyung masih mengunyah corndognya.
"Erm, tunggu pukul 12. Sekejaaap je lagi," jawab Taehyung, menguatkan perkataan sekejap itu. Rachel tersengih lalu dia meneguk air yang dibeli Taehyung pula.
Tak lama kemudian, muncul bunga api tepat-tepat pada pukul 12 malam. Rachel membulatkan matanya dan memandang ke arah langit dengan teruja.
"Wah, cantiknya!" jerit Rachel penuh keriangan. Dia berdiri lalu bertepuk tangan suka. Taehyung ikut berdiri lalu memeluk gadis itu dari belakang.
"Eo? Tae..." panggil Rachel saat melihat sesuatu yang aneh di langit itu. Dia memandang Taehyung yang hanya tersenyum manis itu.
"Awak punya plan ke ni?" tanya Rachel ingin tahu. Dia menghalakan pandangan ke arah langit semula. Terdapat bunga api yang membentuk corak namanya iaitu 'Rachel Park I Love You ❤'.
"Ya, sayang. Suka tak?" Taehyung mengeratkan pelukannya. Rachel terus mengangguk laju. "Suka! Cantik, dan special sangat."
"Mestilah special, kau kan kesayangan aku." Taehyung memusingkan badan Rachel agar gadis itu menghadapnya dan mereka berpelukan.
"Saranghae..." ucap Taehyung lalu dia merapatkan jarak di antara mereka. Tubuhnya dibongkokkan dan bibirnya memagut bibir Rachel yang mungil itu. Rachel memeluk leher Taehyung sebelum ciuman lelaki itu dibalas.
"Nado saranghae," bisik Rachel saat ciuman mereka terlepas. Taehyung senyum dan dia mencium Rachel lagi. Taehyung melepaskan ciuman setelah hampir setengah minit dan dia mengetap bibir.
"Tae? Kenapa? Awak okey?" tanya Rachel apabila melihat wajah muram Taehyung. Taehyung menggeleng dengan senyuman palsu.
"Aku rasa tak sedap hati..." jawab Taehyung menyuarakan keresahannya. Rachel mengusap lembut rambut Taehyung yang lebih tinggi darinya itu dengan senyuman nipis.
"Kenapa? Awak takut kita berpisah sebab Haeun?" soal Rachel seakan-akan memahami Taehyung. Taehyung mengangguk lambat-lambat.
"Then, kiss me." Rachel mengusap pipi Taehyung pula. Taehyung memandang Rachel tidak percaya. "Apa?"
"You heard me. Kiss me, as if I'm your last love. Kiss me, as if it's your last. Kiss me, as if tomorrow doesn't exist," bisik Rachel dengan suara gemersik membuatkan Taehyung tersenyum. Dia mengusap bibir kemerahan Rachel dengan jari telunjuknya.
"Rachel, you are not my last, but my one and only love. I promise this kiss will not be our last." Taehyung tersenyum sinis sebelum bibir itu dipagutnya sekali lagi. Sedikit kasar dari tadi namun pinggang Rachel dipaut kuat, memastikan gadis itu tidak terjatuh.
◼◼◼
and thats it! diinspirasikan dari lagu hakak blackpink kita 😘
panjangnya chapter ni 😵
tapi lepas ni no taechel anymore ;)
drop your opinion about tae+haeun or taechel here. nak yang mana?
19/10/2020, 3.59 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro