45 ; his love
“ Her Bad Boy - 45 ”
• His Love •
⬜⬜⬜⬜⬜
별들은 떠 있고
우린 날고 있어
절대 꿈은 아냐
떨지 말고 내 손을 잡아
이제 우리가 되는 거야
Let me love you
There are many more stars
Together we're flying
It's never over
Don't be nervous and grab my hand
Cause now we are one
Let me love you
- BTS Jimin, Serendipity
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
Aku nyalakan laptop setelah siap mandi. Lama juga aku keluar dengan Taehyung sebaik saja habis sekolah tadi, hampir pukul 6 petang baru sampai rumah. Panjang juga omma membebel. Nasib baik pada waktu tu appa tak balik lagi. Kalau tak, tak tahulah apa dah jadi kat Taehyung sekarang ni.
"Tak ada bateri pula," keluhku sambil bangun. Laci meja aku buka dan wayar pengecas laptop aku pasang pada suis. Terus aku sambungkan pada laptop dan berbaring meniarap atas katil. Nasib baik suis tak jauh dari katil.
Aku ralit melayari internet sehinggalah pintu bilik aku terbuka. Terpacul muka omma yang sedang tersenyum di muka pintu.
"Kenapa, omma? Masuklah dulu. Ada apa-apa ke?" tanyaku sambil bangun dan duduk di atas katil sopan.
"Tak adalah. Saja je omma datang jenguk kamu. Buat apa?" Omma menghampiriku dan duduk di birai katil. Aku pusingkan skrin laptop ke arahnya dan dia tersenyum.
"Oh, tengah mohon sambung belajar ke?" tanya omma setelah membaca butiran yang tertera di situ. Aku angguk laju.
"Omma tak sangka pula kamu minat dalam bidang undang-undang," ujar omma kagum. Aku tergelak dan hanya angguk.
"Ya, omma. Rae ingat nak jadi pendakwa raya nanti. Bolehlah tangkap orang jahat," selorohku lalu ketawa sendiri dan omma ikut tertawa.
"Tapi kan, tak jauh ke sayang? Kamu boleh?" soal omma yang kegusaran sambil meraih tanganku. Dia usap perlahan dan aku senyum kecil.
"Boleh, omma. Rae nak cari pengalaman kat sana. Lagipun bila lagi kan?"
Omma lambat-lambat mengangguk jua. "Kalau itu keputusan kamu, omma okey je. Pergilah cari ilmu di sana. Omma nak yang terbaik untuk kamu."
"Terima kasih, omma!" Aku peluk omma dengan erat dan dia membalasnya.
"Okey, omma keluar dulu. Sambunglah. Nanti turun makan ya," pesan omma sambil berdiri. Aku hanya mengiyakan sebelum omma berlalu keluar.
Tak lama kemudian, pintu bilik aku terbuka lagi. Kali ini, Taehyung pula. Aku pandang dia pelik dan dia letakkan jari telunjuknya pada bibir tanda menyuruh aku diam.
"Awak buat apa kat sini?" tanyaku apabila dia sudah mendekatiku. Taehyung sengih dan mengambil tempat di sebelahku.
"Saja kacau kau. Omma kata kau nak sambung belajar luar negara. Betul ke?"
Aku menggigit bibir bawah dan angguk. Taehyung memuncungkan bibirnya.
"Alah, aku tak nak berpisah dengan kau," katanya sambil memeluk lenganku. Aku hanya tersenyum.
"Tak lama punlah. Tiga tahun je. Lagipun, nanti kalau cuti saya boleh je balik sini." Aku cuba memujuk. Sambil-sambil tu, aku cubit pipi dia.
"Tiga tahun pun lama tau. Silap-silap boleh mati aku rindukan kau." Taehyung menarik aku berbaring di atas katil. Laptop yang masih menyala aku biarkan.
"Ish! Apa cakap macam tu?! Doa yang baik-baik sajalah." Aku tarik-tarik pipi Taehyung. Geram betul dengan dia. Kalau jadi betul-betul baru tahu.
Taehyung ketawa kecil sebelum menekup mulutnya. "Appa dah balik, baru tadi. Aku masuk sini senyap-senyap. Turun makan, omma dah panggil tadi."
"Yalah, jom!"
◼◼◼
Nobody's Pov
"Appa dengar Rachel dah mohon belajar ke luar negara. Betul ke ni?" soal Tuan Kim apabila mereka semua berada di meja makan.
Rachel terpinga-pinga seketika sebelum tersedar apabila Puan Kim yang berada di sebelah menyikunya. Rachel terus mengangguk sambil tersengih.
"Be—betul tu. Kalau dapat, syukurlah." Rachel tayang sengih lagi.
Tuan Kim mengangguk perlahan setelah mendengar jawapan Rachel. Pandangannya dikerling ke arah Taehyung pula. Lancar saja anak lelakinya itu menyuap makanan tanpa menyampuk apa-apa.
"Kamu, Taehyung? Tak ada niat nak sambung belajar?" tanya Tuan Kim kepada Taehyung pula. Keningnya terangkat sedikit menunggu jawapan Taehyung.
"Hah? Tae?" soal Taehyung semula sambil menghabiskan kunyahannya. Tuan Kim menggeleng perlahan. Tak fokuslah tu.
"Ya, kamulah," jawab Tuan Kim. Mendatar saja bunyinya.
"Appa bagi ke kalau Tae nak sambung belajar?" Taehyung bertanya sedikit berharap. Dia pun ada keinginan untuk melanjutkan pelajarannya.
Tuan Kim tersenyum kecil. Tangannya mencapai sehelai tisu dan dia mengelap mulutnya. Puan Kim memandang suaminya, tidak sabar mendengar jawapannya.
"Mestilah tak boleh, anakku. Appa hanya nak kamu teruskan berkhidmat dekat syarikat. Bukankah lebih senang macam tu?" Tuan Kim memandang Taehyung sambil tersenyum sinis. Taehyung menghela nafas berat.
"Kalau tak boleh, buat apa appa tanya?" perli Taehyung yang geram dengan sikap ayahnya itu.
"Tak boleh ke nak tanya? Setahu appa, kamu tak berminat pun belajar. Kenapa tiba-tiba je nak sambung belajar?" soal Tuan Kim, sedikit sinis. Dia memandang Taehyung yang sudah merah muka.
Taehyung berdecit. Ikutkan hati, dia rasa nak tumbuk-tumbuk saja muka ayahnya. Nasib baik dia masih ada rasa hormat terhadap orang tua itu.
"Abang, biar jelah dia sambung belajar. Kalau dia ambil bidang bisnes pun okey kan? Apa salahnya?" tegur Puan Kim apabila melihat suasana semakin tegang. Rachel pula hanya menunduk dan menyuap makanan perlahan. Tak mahu menyampuk.
"Awak percaya sangat anak bertuah awak ni. Membazir duit saja hantar dia belajar. Sudahnya, dia berfoya-foya je. Tak reti nak memudahkan urusan kita."
Dan Taehyung bangun lalu mengangkat pinggannya ke dapur. Malas mahu berada di situ lama-lama. Buat sakit hati saja.
"Taehyung, sayang. Kenapa tak habis makan tu?" Puan Kim memanggil namun Taehyung endahkan. Dia terus berlalu dari situ. Serba-salah pula melihat anaknya sebegitu.
"Dah, tak payah nak pujuk dia. Makan." Tuan Kim tanpa rasa bersalah menyambung makan. Rachel dan Puan Kim sekadar menurut. Waktu makan malam diteruskan dalam keadaan senyap.
◼◼◼
Taehyung yang sudah naik ke tingkat atas berjalan perlahan. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata ayahnya tadi. Sakit di hatinya bukan kepalang. Tipulah kalau dia tak terasa. Luar sahaja nampak dingin, tapi dia masih mempunyai perasaan seperti orang lain.
Taehyung memilih untuk masuk ke bilik Rachel yang terletak di hadapan biliknya sendiri. Sengaja dia berbuat demikian, ingin ditemani gadis kesayangannya malam itu.
Taehyung masuk dan menutup pintu semula. Dia mengorak langkah ke arah katil dan terus berbaring di atasnya. Patung beruang yang dia beri pada Rachel dia capai dan dipeluknya erat.
Seketika kemudian, telefon Rachel yang berada di atas meja sisi berbunyi. Taehyung pada mulanya hanya abaikan, tapi makin banyak pula bunyi notifikasi membuatkan dia mencapai telefon itu.
"Hm? Siapa pula ni?" soal Taehyung sendirian melihat beberapa mesej dari nombor yang tak dikenali. Eh eh, panas pula hatinya. Taehyung terus membuka telefon Rachel. Password telefon gadis itu memang sudah diketahuinya dari dulu lagi.
Tanpa ragu-ragu Taehyung membuka aplikasi Whatsapp. Chat dari nombor tadi dia teliti.
+010-XXXXXXXX
online
Rac
Rachelll
Oiii
Reply la
Ni akulah
21:34
Berkerut dahi Taehyung dibuatnya. Gambar profilnya dahlah gambar dari belakang, tapi lelaki. Tak kenal pula.
Taehyung menaip 'siapa ni?' lalu dia terus hantar kepada nombor tadi. Tak sampai beberapa saat, dia mendapat balasan.
Ni akulah, Mingyu
Kan kau bagi nombor tadi
21:35
Taehyung biarkan chat itu begitu saja. Dia tutup semula telefon Rachel sambil berbaring, menunggu tuan punya badan. Tak sabar ni nak bergaduh. Taehyung tarik selimut dan berselubung di dalamnya.
Tak lama kemudian, Rachel yang sudah selesai makan itu naik ke atas. Berhati-hati dia melangkah menaiki tangga sebelum masuk ke dalam bilik.
Rachel terus saja duduk di atas katil tanpa menyedari ada Taehyung di situ.
"Argh! Kkamjakkiya!" Rachel terjerit kecil apabila tiba-tiba saja Taehyung keluar dari selimut. Taehyung mempamerkan muka dingin. Telefon Rachel diambil lalu dihulur. Rachel menyambut walaupun masih kurang faham.
"Kenapa?" tanya Rachel kepada Taehyung apabila menyedari ketat saja muka lelaki itu. Taehyung tak menjawab, dia hanya menjuihkan bibir pada telefon di tangan Rachel.
Rachel membuka telefonnya. Terus saja terpapar chat Mingyu tadi memandangkan Taehyung tak keluar pun dari aplikasi tersebut. Rachel bawa jarinya ke 'Add to Contacts' dan dia save nombor Mingyu sambil tersenyum kecil. Dia membalas chat tersebut ringkas sebelum meletak semula telefonnya ke tepi.
"So, care to explain?" Taehyung bersuara dengan lagak garang. Rachel sembunyi senyum.
"Nak explain apa?" soal Rachel pura-pura tak faham. Taehyung menggigit bibir.
"Kau bagi nombor kau dekat Mingyu?"
Rachel angguk. "Haah, kenapa?"
"Kenapa bagi dia?"
"Tak boleh ke? Saya bukan artis ke apa tak nak bagi nombor dekat orang," jawab Rachel sekadar bergurau namun panas pula hati Taehyung dibuatnya.
"Still, aku tak nampak macam ada sebab yang munasabah untuk kau bagi nombor kat dia," balas Taehyung dengan nada geram. Dia tenung Rachel yang sudah tersengih-sengih. Ingat kelakar ke?
"Awak... jealous ke?" tanya Rachel seraya tertawa kecil. Tangan Taehyung dicapai lalu dia genggam.
"Buat apa nak jealous?" Taehyung tarik semula tangannya sebelum melemparkan pandangan ke tempat lain. Nak merajuk pula.
"Kalau macam tu bolehlah kalau saya nak keluar dengan Mingyu esok?" Rachel tiba-tiba berkata dengan sedikit kuat. Terus Taehyung memandang semula ke arahnya.
"Hah?!" tanya Taehyung, memastikan dia tak tersalah dengar.
"Saya nak keluar dengan Mingyu esok."
"No! Tak boleh." Taehyung menyilangkan tangannya tanda protes. Rachel memuncungkan bibir.
"Alah, bolehlah? Sekejap je," kata Rachel lagi, masih mencuba nasib. Hakikatnya semuanya dusta. Sengaja dia nak mengenakan Taehyung.
"Tak boleh, sayang. Aku cakap sekali je. Jangan tanya dah." Taehyung bangun. Dia berura-ura ingin keluar dari bilik Rachel. Rachel sudah tersenyum lebar. Dia cepat-cepat mengikut langkah lelaki itu lalu tubuh Taehyung dipeluk dari belakang.
"Tae?" panggil Rachel dengan suara lembut. Cukup untuk buat Taehyung cair.
"Hmm?" gumam Taehyung perlahan. Dia berhenti berjalan, membiarkan gadis itu memeluknya.
"Saranghae," ucap Rachel dengan suara paling perlahan namun Taehyung dapat menangkapnya dengan jelas.
"Tiba-tiba je sayang aku. Tadi kata nak keluar dengan Mingyu." Taehyung masih belum berpaling apatah lagi membalas pelukan ataupun ayat cinta Rachel. Sedikit berjauh hati dengan tingkah gadis itu tadi.
"Saya bergurau jelah. Tak nak pun keluar dengan dia," kata Rachel menghapuskan lakonannya tadi. Taehyung tidak berkutik. Masih membiarkan gadis itu memeluknya dari belakang.
"Pergilah. Kau kan suka sangat dekat dia tu. Pergi, pergi. Tak payah keluar dengan aku lepas ni."
Rachel ketawa saat mendengar jawapan Taehyung itu. Kata tak cemburu, tapi macam tu pula jawabnya. Pelukan dileraikan seketika lalu Rachel menarik Taehyung menghadapnya.
"Kata tak jealous, hm?" ujar Rachel lembut. Tangannya naik lalu dia usap perlahan rambut panjang Taehyung. Taehyung membiarkan dan tangannya pula melingkari pinggang Rachel.
"Kalau tak jealous maknanya aku tak sayang kaulah. Itu pun tak tahu ke?" bidas Taehyung sedikit kasar. Terasa egonya tercalar sedikit dek gadis itu.
Rachel tergelak. Langsung tidak terasa dengan bicara Taehyung yang kasar itu. Bibirnya dikucup sekilas oleh Taehyung yang geram akibat Rachel asyik ketawa dari tadi.
"Curi-curi cium pula. Dasar Taehyung pakcik tua."
Taehyung menarik Rachel ke atas ribanya manakala dia duduk di atas katil. Rachel terasa sedikit malu, lantas dia cuba melepaskan diri.
"Err... Taehyung," Rachel bersuara apabila Taehyung mendekatkan wajahnya. Terasa sesak pula nak bernafas. Tambahan lagi wangian Taehyung yang sememangnya kuat itu. Semerbak menusuk ke hidungnya.
"Apa, sayang?" Taehyung melemparkan senyuman membunuhnya ke arah gadis itu. Rachel sudah dapat mengagak pipinya bertukar merah.
"Tepilah. Saya—saya," Rachel berkata sedikit gagap. Taehyung terus memotong. "Apa dia?"
"Saya tak selesalah. Tepi sikit," sambung Rachel sambil menarik nafas yang sedikit tersekat. Dekat sangat muka Taehyung dengan mukanya.
Taehyung tidak tunggu lama lalu dia mencium bibir Rachel dengan lembut. Rachel membalas, sedikit perlahan. Taehyung tersenyum dalam ciuman sebelum dia memeluk leher Rachel.
Taehyung mendalamkan ciuman mereka buat seketika sehinggalah gadis itu menolak perlahan. Termengah-mengah Rachel mencari nafas namun Taehyung sekadar tertawa. Comel pada matanya.
"Nak lagi?" tanya Taehyung lalu tersengih gatal. Rachel menggulingkan anak matanya. Dia bangun dari riba Taehyung namun Taehyung pantas memaut pinggangnya sekali lagi.
"Too bad, I can't get enough of your kiss, baby."
◼◼◼
readers lepas habis je baca ; 🌚
detailed kissing part again, im sorry 😭
di kesempatan ini wisya nak cakap semua orang stay safe yaa ❤ banyak kes sekarang ni, especially yg dekat kawasan pkpb, termasuklah wisya sendiri huhu. ada je dekat ruma sebab sekolah tutup dan trial tunda. boleh menulis cuma moodnya tak ada. tu yang lambat update tu 😭
apa apa pun jaga diri semua ❤
15/10/2020, 8.56 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro