44 ; farewell
“ Her Bad Boy - 44 ”
• Farewell •
⬜⬜⬜⬜⬜
이젠 너무 선명해졌어
저 환호 속의 낯선 그림자
아마 다신 믿을 수 없을
좋은 것만 보고 듣잔 말
Now it has grown to be so clear
The unfamiliar shadow amidst those cheers
Perhaps I wouldn't be able to believe the words:
"Let's see and hear only good things" no more
- BTS, Louder Than Bombs
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Beberapa hari berlalu dan tamat sudah peperiksaan terakhir bagi pelajar-pelajar tahun akhir di sekolah tinggi. Kini, masing-masing hadir ke sekolah sekadar memeriahkan suasana, sementara menunggu hari graduasi yang akan berlangsung sekaligus mengambil keputusan yang akan keluar tidak lama lagi.
"Rachel!" panggil seseorang dari jauh. Gadis tersebut berpaling dan terus tersenyum.
"Kenapa, Jimin?" soal Rachel sambil memerhati Jimin yang termengah-mengah, mungkin kerana penat berlari.
"Ada—ada kejutan!"
Rachel menjongketkan kening. Kejutan apa pula ni?
"Ikut saya!" kata Jimin sebelum dia menarik lengan Rachel. Terpinga-pinga juga Rachel namun dia ikutkan saja.
Beberapa pelajar terpaksa ke tepi untuk memberi laluan. Sempat juga Jimin meminta maaf apabila dia terlanggar seorang junior sampai berterabur buku-buku.
"Maaf! Kami kena cepat!" Tersengih Jimin sambil menunduk sedikit.
"Tak apa," balas pelajar itu. Fuh, lepas ni semangat nak belajar lepas kena tegur dengan senior terkenal!
"Ada apa sebenarnya ni?" tanya Rachel apabila mereka berhenti di tepi pagar sekolah. Tak nampak pula macam ada parti ke, tak terkejut langsung pun.
"Err, sekejap eh. Haa, tu!" tunjuk Jimin ke arah luar pagar. Rachel mengerutkan dahi apabila terlihat kelibat yang dia kenali itu.
"Tae? Awak datang sekolah?" soal Rachel dengan penuh keterujaan.
"Taklah, baru nak balik rumah ni," jawab Taehyung seakan-akan memerli sambil mencuit hidung Rachel.
"Jom masuk kelas!" sampuk Jimin dan dengan spontan dia menarik lengan Rachel. Taehyung berdehem perlahan.
"Oops, tak sengaja." Jimin melepaskan pegangan dan tertawa apabila Taehyung terus saja menarik Rachel rapat dengannya.
"Kawal sikit cemburu tu." Rachel mengusutkan rambut Taehyung dan mencicit lari apabila Taehyung menjerit namanya kuat.
◼️◼️◼️
"Haeun, I dengar Taehyung datang sekolah hari ni."
Haeun yang sedang leka memakai pewarna kuku menoleh. Elly selamba duduk dan menyelak majalah fesyen yang ada di atas mejanya.
"Apa? Ulang lagi sekali," arah Haeun untuk memastikan dia tak tersalah dengar.
"Taehyung datang sekolah hari ni," sampuk Nancy yang baru tiba. Haeun membulatkan mata tatkala Elly mengangguk, mengiyakan berita Nancy.
"Bukannya dia dah berhenti sekolah dan belajar kat rumah?" soal Haeun pelik. Elly dan Nancy mengangkat bahu serentak.
"Tunang you kan, kenapa tanya kami yang tak ada kaitan pula?"
Haeun mendengus. Terasa diperli pula. Mentang-mentang hubungan pertunangannya dengan Taehyung hanya suam-suam kuku.
"Dahlah, I nak pergi jumpa dia." Haeun menutup botol pewarna kuku semula. Tanpa memandang ke belakang semula, dia terus melangkah ke kelas 18-A.
Haeun tersenyum manis apabila ternampak kelibat Taehyung yang baru hendak masuk ke kelasnya. Namun serta-merta senyuman itu hilang dan diganti dengan cebikan apabila dia melihat Rachel di sisi lelaki itu.
"Tak habis-habis berkepit. Perempuan tu pun satu, tak malu ke jadi perampas tunang orang?" bebel Haeun sendirian sambil melangkah lebih laju. Tanpa amaran, dia masuk ke kelas Taehyung. Tidak dihiraukan pandangan pelik dari pelajar-pelajar kelas itu.
"Hai, sayang!" tegur Haeun. Dia merentap tangan Taehyung dan pegangan lelaki itu pada lengan Rachel terlepas.
Taehyung mengangkat kening. Dari mana pula beruk terlepas ni?
"Apa kau buat kat sini?" bisik Taehyung perlahan pada telinga Haeun. Haeun memuncungkan bibir.
"Jumpa tunang I nilah," jawab Haeun sedikit kuat, sengaja menyakitkan hati Rachel yang berada berdekatan.
"Hal tunang jangan dibawa ke sekolah. Ingat sikit, kau masih pelajar sekolah."
Haeun mencebik mendengar teguran dari Namjoon. "Sibuk!"
Namjoon mengangkat bahu dan beredar dari situ. Malas melihat drama pagi-pagi.
"Tae, balik ni jom pergi dating," ajak Haeun bersungguh-sungguh. Dia memeluk lengan Taehyung yang masih menahan sabar itu.
"Lepaslah. Rimas." Pendek saja arahannya namun melihat muka serius Taehyung, Haeun menurut saja.
"Jomlah, em?"
"Tak nak. Aku ada hal," tolak Taehyung selamba. Dia menarik kerusi dan duduk.
"Cherry! Duduk meh. Aku nak cerita ni."
Haeun sekadar menggulingkan mata melihat Taehyung yang langsung tidak mengendahkannya. Beberapa pelajar kelas itu menekup mulut menahan dari ketawa. Dia yang tidak dapat menerima kekalahan terus menjulurkan kaki untuk membuat Rachel jatuh.
"Argh!" jerit Rachel apabila tersadung namun dia terjatuh dalam dakapan Taehyung. Terlopong Haeun dibuatnya.
"Wah! Macam dalam dramalah Tae!" Jimin tiba-tiba bersuara memecahkan keheningan apabila semua pelajar dalam kelas mereka terdiam.
Haeun mengetap bibirnya geram dan terus berlalu keluar. Tak suka melihat adegan manis di depan matanya.
"Kau okay?" tanya Taehyung sebaik saja dia melepaskan Rachel. Pipi gadis itu diusap perlahan, menenangkan Rachel yang masih terkejut.
"Okay..." jawab Rachel sambil menarik nafas lega. Kalau tak ada Taehyung, mesti dah jatuh dia tadi.
"Meh sini." Taehyung menarik tangan Rachel dan mendudukkannya di atas kerusi. Dia genggam kedua-dua tangan gadis itu dengan senyuman petak terukir di bibir.
"Lupakan hal tadi, ya? Berani dia kacau tuan puteri aku ni," seloroh Taehyung membuatkan Rachel ketawa kecil.
"Kenapa awak datang sekolah hari ni?"
"Saja. Rindu nak duduk dalam kelas."
Rachel mengerutkan kening. "Ya ke ni?"
"Ya! Lagipun appa bagi." Taehyung tersengih. Dia betul-betul gembira dapat ke sekolah semula walaupun cuma untuk seminggu terakhir.
Rachel turut tersenyum. Jika Taehyung gembira, dia berganda-ganda lebih gembira.
◼◼◼
"Lepas dapat keputusan nanti, kau nak sambung belajar kat mana?" tanya Taehyung sambil mengesat sos yang terpalit di tepi bibir Rachel.
"Tak tahu lagi. Tengok dulu keputusan macam mana."
Taehyung mengangguk. "Mesti kau boleh ambil je mana-mana bidang. Maklumlah, kau kan bijak. Mesti keputusan pun cemerlang."
Rachel tersengih apabila dipuji sebegitu. Dia habiskan makanannya segera apabila tersedar waktu rehat bakal berakhir dua minit lagi.
"Awak macam mana?" tanya Rachel pula. Taehyung berfikir sejenak sebelum menggeleng kepala.
"Tak tahulah. Aku rasa aku cuma kena tolong handle company je."
"Okay apa? Tak perlu susah-susah cari kerja. Awak duduk dalam pejabat je, cukup sebulan dah berjuta duit dalam tangan." Rachel tertawa apabila merasakan kehidupan Taehyung terlalu klise. Orang kayalah katakan.
"Haah. Lepas tu kita kahwin," selamba Taehyung menyambung. Rachel terbatuk sekejap.
"Apa awak kata tadi? Kahwin?" soal Rachel seraya berdehem kecil.
"Haah. Kenapa?"
"Ei, siapa nak kahwin dengan awak?!" marah Rachel sekadar bergurau. Taehyung sengih.
"Takda siapa kata pun aku nak kahwin dengan kau. Aku cuma kata kita kahwin, bukan bermakna aku kahwin dengan kau."
Pak!
Terus bahu Taehyung dipukul kasar oleh Rachel. Tanpa berkata apa-apa, gadis itu beredar apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
"Tahu pun marah," tutur Taehyung sambil tersengih. Dia mengikut langkah Rachel dari belakang.
◼◼◼
Kelas 18-A hingar-bingar dengan suara pelajar dalam kelas itu. Disebabkan mereka sudah menduduki peperiksaan, guru-guru memilih untuk tidak masuk ke kelas. Maka berjimbalah mereka dengan riang.
"Tengok sini!" Jimin yang mengangkat telefonnya ke arah Rachel dan Taehyung berkata kuat. Taehyung terus tersenyum petak manakala Rachel hanya membuat muka duckface.
"Cantik!" puji Jimin setelah melihat gambar yang diambilnya tadi. Kemudian dia berlalu dan mengambil gambar rakan sekelas mereka yang lain pula. Mahu menyimpan kenangan agaknya.
Tanpa membuang masa, Taehyung turut mengeluarkan telefon bimbitnya. Tangan Rachel ditarik dan mereka menuju ke taman sekolah.
"Buat apa kat sini?" soal Rachel sambil mengitari kawasan tersebut. Tersenyum juga dia apabila terpandang wajah beberapa guru yang lalu di situ.
"Saja. Nak tangkap gambar kau," jawab Taehyung ringkas. Dia meminta Rachel posing dan mula mengambil gambar gadis itu.
"Dah ke? Banyak-banyak buat apa?" tanya Rachel apabila Taehyung tidak henti-henti menekan butang snap. Taehyung tertawa dan masih meneruskan perbuatannya. Hasilnya, terbitlah beberapa gambar buruk Rachel. Tapi jangan risau, masih comel pada mata Taehyung.
"Cherry!" panggil Taehyung. Kali ini dia memilih untuk merakam video pula. Rachel tidak menghiraukan panggilan itu sebaliknya gadis itu mengikat rambutnya tanpa memandang ke arah kamera.
"Cantiknya Cherry aku ni..." kata Taehyung sambil tersenyum girang. Dia mendekati Rachel dan sengaja meletakkan kamera betul-betul di hadapan muka gadis itu.
"Tae? Janganlah rakam!" marah Rachel sambil menutup mukanya. Taehyung menarik tangan gadis itu dan mereka bergelut seketika sebelum kedua-duanya jatuh terduduk. Taehyung di bawah dan Rachel di atas ribanya.
"Err..." Pipi Rachel sudah mula merah menahan malu. Dia cuba bangun namun Taehyung memeluk pinggangnya erat.
"Nak pergi mana hm?"
"Lepaslah, nanti orang nampak!"
"Sirheo." Taehyung mengeratkan pelukan dengan sebelah tangan masih merakam video. Rachel merampas telefon itu dan dia menghala kamera ke arah Taehyung pula.
"Tengok ni, ada orang tu nakal sangat hari ni." Rachel menekup pipi Taehyung dengan sebelah tangannya. Dia tersenyum apabila Taehyung ketawa kecil.
"Sayang aku tak?" tanya Taehyung, tahu yang Rachel sedang merakam.
"Tak sayang! Siapa suruh nakal sangat? Suka usik saya," jawab Rachel sedikit kuat. Biar jelas kedengaran dalam video itu nanti.
"Tak kiralah kau sayang ke tak, yang aku tahu aku sayang kau. Sayang Cherry sangat-sangat!" Taehyung mencium pipi Rachel beberapa kali.
"Dahlah! Rosak rambut saya!" ujar Rachel sambil menahan kepala Taehyung dari mendekatinya. Taehyung hanya mengendahkan dan masih mencium pipi gadis itu lagi.
"Cakap cepat, sayang aku tak?"
"Ya, ya! Saya sayang awak Kim Taehyung!" jawab Rachel dan Taehyung tersenyum puas. Dia mencium bibir Rachel sekilas dan gadis itu menghentikan rakaman. Tak pasal-pasal rated 18+. Taehyung tertawa melihat Rachel yang cuba lari darinya namun dia masih memegang pinggang gadis itu erat.
"Ish! Maksiat!" jerit Seokjin yang kebetulan lalu di situ. Di sisinya terdapat Yoongi dan Hoseok yang tersenyum senget.
"Sibuk je!" jerit Taehyung dan dia membuat muka garang kepada kawan-kawannya itu. Seokjin ketawa dan mereka bertiga berlalu pergi. Malas mengacau pasangan itu.
"Balik ni kita pergi dating nak?" kata Taehyung dan dia bangun, menarik Rachel sekali. Mereka berjalan ke kelas semula apabila terlihat Irene memandang tajam ke arah mereka. Takut.
"Hmm, boleh ke? Kalau appa awak bising macam mana?" Rachel menyuarakan kegusarannya. Bukan mereka tak kenal Tuan Kim macam mana.
"Tak kesahlah. Kita pergi senyap-senyap." Taehyung tersengih saat Rachel mencubit lengannya perlahan.
◼◼◼
"Aku akan rindukan korang semua!" kata Namjoon apabila sudah tiba waktu pulang. Beberapa pelajar kelas mereka turut mengatakan ayat yang serupa. Masing-masing sedih kerana terpaksa berpisah.
"Nanti graduasi dan ambil keputusan jangan lupa datang ya! Kita tangkap gambar dan pergi makan. Aku belanja!" laung Taehyung dan seisi kelas itu bersorak. Seronok dapat makan percuma.
"Jom, balik!" ajak Taehyung dan dia memeluk lengan kanan Rachel. Rachel senyum dan geleng.
"Kejap, saya nak jumpa Aerin dengan Hana."
"Okey, aku tunggu dekat kereta. Elok-elok tau." Taehyung sempat lagi menggosok kepala Rachel sebelum mereka berpisah di situ.
Rachel terus menapak ke kelas 18-B. Dalam perjalanan dia terserempak dengan Mingyu. Terus dia melambai ke arah lelaki itu.
"Jumpa lagi, Rachel." Mingyu senyum manis apabila Rachel berhenti seketika di hadapannya.
"Ya! Ada masa kita jumpa lagi." Rachel membalas semula senyuman lelaki itu. Mingyu tiba-tiba menarik lengannya apabila Rachel baru saja ingin menapak pergi.
"Boleh aku minta nombor kau?"
◼◼◼
wisya dah start peperiksaan percubaan semalam. jadi maaf
sebab tak sempat update. asyik
hadap buku je sekarang 😭
inn shaa Allah habis trial nanti, wisya update selalu okay!
6/10/2020, 12.15 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro