43 ; exam
“ Her Bad Boy - 43 ”
• Exam •
⬜⬜⬜⬜⬜
Mic mic bungee
Bright light 전진
망할 거 같았겠지만 I'm fine, sorry
미안해 Billboard
미안해 worldwide
아들이 넘 잘나가서 미안해 엄마
대신해줘 니가 못한 효도
우리 콘서트 절대 없어 포도
I do it I do it 넌 맛없는 라따뚜이
혹 배가 아프다면 고소해
Sue it
Mic mic bungee
Bright lights, forward
You thought I was going down but I'm fine, sorry
My bad, "Billboard"
My bad, "worldwide"
Sorry mom, your son is so killing it
Should I chip in? For the duties you missed as a good child
We never have empty seats in our concert
I do it, I do it, you're a tasteless ratatouille
If you're so jealous and it hurts then find a lawsuit, sue me
Sue it
- BTS, Mic Drop
⬜⬜⬜⬜⬜
» Beberapa minggu kemudian
Taehyung's Pov
Aku menutup buku setelah hampir dua jam menelaah pelajaran. Mengantuk juga. Aku simpan semua alat tulis yang bersepah di atas meja belajar ke dalam kotak pensel.
"Haih," keluhku perlahan saat aku bangun. Badanku regangkan seketika, baru terasa lega. Naik kematu punggung dibuatnya.
Aku hempas badan ke katil. Telefon bimbit yang dari tadi aku biarkan aku capai. Aku buka dan menekan ruangan Contact.
'Raecherry🍒💓'
Aku pandang saja nombor telefon Rachel yang sudah disimpan sekian lama. Niat dalam hati nak menelefon dia, tapi aku perhati jam dah masuk pukul 12:30 malam. Pasti dia dah tidur.
Kali ini Gallery pula aku buka. Gambar-gambar Rachel dalam satu album yang dikhaskan untuknya aku belek. Rindu betul pada gadis itu. Gambar paling baru pun bertarikh tiga minggu lepas. Tak dapat ambil gambar dia, lama sangat tak bersua.
Habis saja belek, aku senyum kecil dan matikan telefon. Aku letak di meja sisi dan cuba tidur.
◼◼◼
Rachel yang masih belum tidur memerhati jam di dinding biliknya. Jam sudah menginjak masuk pukul 1 pagi. Sedari tadi dia menunggu panggilan dari Taehyung, namun masih tidak muncul.
"Dia dah tidurkah? Tadi janji nak telefon..." gumam Rachel sendirian pada telefon bimbitnya. Bibirnya dimuncungkan sedikit, terasa nak merajuk pula.
"Tak apalah. Macam tak biasa pula. Tidur je." Rachel memujuk diri sendiri. Dia menyelak selimut lalu menyelesakan diri di atas katil sebelum tertidur.
◼◼◼
Pagi itu, Rachel bangun dan bersiap untuk ke sekolah seperti biasa. Dia turun bersarapan agak awal hari ini. Kelihatan Puan Kim sedang mengait sebuah sweater dengan tekun.
"Selamat pagi, omma!" Ceria sahaja dia menegur. Beg sekolah diletakkan di tepi rak kasut, sebentar lagi boleh dia galas sewaktu menyarung kasut.
"Pagi, sayang. Makanlah, hari ni omma yang masak sarapan. Nasi goreng kimchi!" Puan Kim mempelawa Rachel untuk menjamah makanan.
Rachel akur dan duduk di salah sebuah kerusi di meja makan itu. Dia mencapai pinggan dan menceduk sedikit nasi goreng ke dalam pinggan. Tanpa menunggu lama dia mencapai sudu dan mula menyuap.
"Hm, sedap!" puji Rachel sambil menaikkan ibu jari pada Puan Kim. Puan Kim tersenyum lebar.
"Makan kenyang-kenyang. Nak bawa bekal pun boleh, omma boleh letak dalam bekas. Nak?" tanya Puan Kim dengan teruja. Sweater yang dikaitnya diletakkan di tepi dahulu.
"Boleh juga. Jimat duit poket. Hehe," jawab Rachel sambil tersengih. Puan Kim mengangguk dan berlalu ke dapur.
Rachel menghabiskan nasi goreng yang masih berbaki dalam pinggan. Terasa bertenaga setelah bersarapan.
"Nah." Puan Kim menghulurkan bekal yang sudah siap berbungkus di dalam sebuah beg kertas untuk Rachel bawa ke sekolah. Senang hatinya melihat Rachel suka akan masakannya.
"Rae pergi dululah, omma. Pakcik Shin dah tunggu kat luar." Rachel mendekati Puan Kim lalu menyalam tangan wanita itu sebelum mengucup sekilas pipinya. Puan Kim melambai ke arah Rachel yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
Rachel terus masuk ke dalam kereta. Encik Shin memandu ke sekolah tanpa banyak bicara.
Terasa sunyi dalam kereta akibat ketiadaan Taehyung. Sejak majlis tari menari hari itu, Tuan Kim mengarahkan Taehyung untuk belajar di rumah sahaja, dengan tutor yang diupah datang ke rumah. Sampai begitu sekali Tuan Kim ingin memisahkan anaknya dengan Rachel. Semuanya kerana keluarga Haeun yang melaporkan tentang perbuatan Taehyung mengenakan Haeun sewaktu majlis tersebut.
Rachel turut terasa jarak antara mereka semakin besar. Mereka jarang berjumpa, dan masing-masing sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan besar yang akan berlangsung kurang sebulan lagi. Kadang-kadang hilang juga fokus gadis itu dalam kelas, dek termenung memerhati meja kosong di sebelah. Mujur masih ada Jimin, lelaki itu banyak menceriakan Rachel di sekolah selain dari Aerin dan Hana.
◼◼◼
"Jomlah, keluar. Dah lama tak jumpa," ajak Jimin dari panggilan telefon. Taehyung ketawa kecil.
"Kenapa? Rindu aku ke?" soalnya dengan senyuman meniti di bibir.
"Taklah! Jungkook ni ha, tak habis-habis cari kau. Dah lama kot budak tu tak nampak kau, mungkin dia yang rindu," balas Jimin pula. Sengaja berdalih dan menggunakan Jungkook sebagai alasan, padahal dia sendiri amat rindukan kawan baiknya itu.
"Hahaha. Aku tak tahulah. Susah aku nak keluar. Sedangkan nak jalan-jalan dalam rumah pun tak boleh, apatah lagi keluar rumah nak lepak dengan korang." Taehyung sembunyi rasa terkilan jauh-jauh dari hati. Dia tidak menyangka ayahnya sanggup merampas kebahagiaan masa mudanya. Entah di mana silapnya pada mata ayahnya itu.
"Hmm, sayanglah macam tu. Dah nak habis sekolah dah pun, lepas ni semua nak teruskan hidup sendiri. Tak ada dah nak lepak-lepak macam dulu lagi," sambung Jimin lagi. Rasa sedih pula dengan nasib persahabatan mereka.
"Tengoklah dulu macam mana. Aku cuba pujuk ayah aku nanti. Haih, kau tahu tak, dah lama aku tak spend time dengan Rachel. Aku rindu dia," luah Taehyung tiba-tiba.
Jimin tersenyum nipis dari sebelah talian. "Rachel pun sama, penat aku dengar dia cakap dia rindu kat kau. Susahlah korang ni, duduk serumah tapi tak boleh jumpa."
"Tulah. Aku rasa macam dalam drama pula. Ingatkan dalam dunia sebenar tak ada halangan dalam percintaan, tiba-tiba aku yang kena," kata Taehyung lantas tergelak perlahan.
"Nak buat macam mana kan? Appa kau yang halang. Banyakkan bersabar jelah, Tae. Adalah tu hikmahnya," nasihat Jimin lembut. Mereka berbual kosong sebelum menamatkan panggilan tak lama selepas itu.
"Tok, tok, tok!"
Pintu diketuk lalu Taehyung buka. Wajah tutornya dia sambut dengan senyuman.
"Selamat pagi. Dah sedia untuk pelajaran hari ini?" tanya Encik Kyuhyun sambil meletakkan begnya di sebelah meja belajar Taehyung.
"Dah, cikgu."
◼◼◼
Sebulan berlalu dengan pantas. Kini, tibalah hari yang mendebarkan iaitu hari peperiksaan besar untuk semua pelajar tahun akhir sekolah tinggi. Buat pertama kali setelah beberapa bulan, Taehyung dan Rachel ke sekolah bersama-sama. Taehyung akan mengambil peperiksaan di sekolah kerana sudah mendaftar.
"Cherry! Rindunya dekat kau!" kata Taehyung apabila mereka menaiki kereta. Dia memegang pipi Rachel teruja.
"Ya, saya pun rindu awak!" balas Rachel dengan senyuman lebar. Pasti bersemangat dia jawab peperiksaan setelah dapat bertemu dengan Taehyung.
"Comotnya awak hari ni. Serupa orang hutan. Lama sangatlah tu tak pergi sekolah," bebel Rachel sambil membetulkan tali leher Taehyung. Rambut Taehyung yang agak kusut itu turut dia kemaskan.
"Mana ada orang hutan yang kacak macam aku," balas Taehyung sambil mencubit pipi Rachel. Geramnya dengan pipi gadis itu. Dah semakin tembam!
"Tae! Janganlah usik!" marah Rachel apabila Taehyung menarik getah rambutnya. Dia rampas semula dan mengikat rambutnya sambil tercebik-cebik manakala Taehyung hanya ketawa.
Mereka ke sekolah dengan ceria. Kehadiran Taehyung di sekolah disambut oleh Bangtan dengan perasaan gembira.
"Hyung! Kook rindu sangat dekat hyung!" Jungkook terus menarik Taehyung ke dalam pelukannya. Taehyung usap perlahan rambut Jungkook yang lebih muda darinya itu.
"Tahu. Aku pun rindu dekat korang semua. Dah lama kan tak nampak muka kacak aku?" Sempat lagi Taehyung memuji diri sendiri lantas Jungkook melepaskan pelukan.
"Eii! Perasannya hyung!"
Ketawa mereka semua terburai apabila Taehyung mengejar Jungkook yang berlari di sekeliling kawasan itu.
◼◼◼
Rachel membaca notanya dengan pantas, sekadar mengimbas semula. Bimbang juga tiba-tiba blank dalam dewan peperiksaan.
"Takutlah! Kalau aku tak boleh jawab macam mana?" keluh Aerin sambil menyelak-nyelak bukunya. Dari tadi dia berkerut-kerut cuba menghafal fakta. Berlainan pula dengan Rachel yang tenang saja. Budak pandailah katakan.
"Janganlah takut. Tak apa, buat apa yang termampu. Yang penting, kita dah usaha." Rachel senyum manis pada Aerin yang kelihatan resah seperti hilang anak itu.
Hana hanya diam. Dia juga tekun membaca nota-nota setakat mana yang termampu. Tapi bila dah saat akhir, semuanya masuk tak masuk. Hana tutup buku dan menarik nafas.
"Takut!" jerit dia di situ. Rachel menepuk dahi. Apalah nasib dapat kawan-kawan macam ni.
Tak lama kemudian, mereka dipanggil ke dalam dewan peperiksaan. Rachel turut rasa berdebar, namun dia cekalkan hatinya dan berdoa agar dia dapat menjawab dengan tenang. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke dewan.
"Cherry!" panggil Taehyung dari jauh. Lelaki itu berlari anak ke arah Rachel dengan sengihan petak.
"Kenapa, Tae? Dewan awak dekat sana kan?" soal Rachel pelik.
"Haah. Aku nak cakap good luck dekat princess kesayangan aku ni. Jawab elok-elok tau, sayang." Kedua-dua belah pipi Rachel dikucup saat tiada yang memandang. Rachel sengih lalu dia pula jongketkan kaki, dan dia cuba mencium pipi Taehyung. Tapi tak sampai pula, maka dia tercium jawline Taehyung.
"Tch, pendek." Taehyung mengusutkan rambut depan Rachel. Dia tersengih saja melihat muka Rachel yang kemerahan, entah marah atau malu. Yang penting comel!
Rachel mencebik. "Dahlah, good luck juga! Buat betul-betul tau. Saya doakan kita sama-sama berjaya dengan cemerlang."
Taehyung senyum. Dia melambai dan mula mengorak langkah ke dewan lagi satu.
◼◼◼
banyak sangat skip, semua sebab
tak nak panjangkan cerita. kalau tak sampai chapter 100 kang 😂😂
26/09/2020, 10.57 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro