Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42 ; announcement

" Her Bad Boy - 42 "

Announcement

⬜⬜⬜⬜⬜

불 꺼진 현관에 내 발이 이상해
눈 감고 이불 안에 있어도 이상해
둥 붕 뜬 기분 빙 도는 두 눈
이 멋진 공간에 나 완전 초라해

My feet feel weird at the dark front door
I feel weird even when I close my eyes under the blanket
Feels like I’m floating, my eyes are spinning
I’m in this grand place but I feel so miserable

- BTS, Home

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Haeun yang sedari tadi hanya duduk dan menjamah makanan akhirnya bangun. Dia menuju ke restroom yang berada di belakang dewan.  Telefon bimbit dikeluarkan dan dia menelefon seseorang.

"Mummy!" Haeun terus memanggil ibunya apabila panggilan berangkat.

"Kenapa, sayang? Something happened?" Puan Jung bertanya dengan nada risau. Bimbang apa-apa terjadi kepada anak kesayangannya.

"Taehyung buat hal!" kata Haeun penuh kegeraman. Pantulan dirinya di hadapan cermin dipandang. Cantik, tapi untuk apa kalau Taehyung boleh tinggalkan dia macam tu saja?

"What? Isn't he supposed to be your partner?" Puan Jung bertanya lagi.

"Ish! Semua rosak, mummy! He's not my partner, he went with Rachel instead." Haeun menyalahkan Rachel. Sakit hati sungguh dia melihat Taehyung dan gadis itu berkepit sedari tadi. Dahlah ramai pula yang memuji keserasian mereka berdua.

"Apa? Kenapa jadi macam tu pula?!" Puan Jung nyata terkejut di talian. Kasihan anaknya diperlakukan sebegitu.

"Panjang ceritanya mummy. Sakit hati anak mummy ni, tahu?" keluh Haeun sambil memintal rambutnya.

"Kamu okay? Nak balik?"

"Tak payahlah. Haeun okay je dekat sini. Tapi kan mummy, tolong adukan pada keluarga Kim, Taehyung dah melampau! Malam ni juga Haeun akan umumkan pertunangan kami dekat majlis ni. Haeun tak kira!" Dengan penuh emosi Haeun berkata. Puan Jung sekadar bersetuju, maklumlah kalau dah namanya anak, apa yang dia buat semua betul.

Setelah puas meluahkan pada ibunya, Haeun menamatkan panggilan. Dia membetulkan rambutnya sedikit sebelum keluar dari restroom tersebut.

Langkah kakinya diorak ke arah Irene dan seorang lagi pengawas yang bertugas menjadi juruacara, iaitu Chanyeol.

"Haeun? Ada apa-apa? Nak request lagu?" soal Chanyeol sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Haeun hanya senyum kecil dan geleng.

"Tak, I nak buat pengumuman, boleh?"

"Pengumuman apa tu?" tanya Irene pula, keningnya terjongket sedikit.

Haeun ketap bibir lalu tersengih. Dia merapatkan diri dengan Irene lalu membisik sesuatu ke telinga gadis itu.

◼◼◼

"Seronok?"

Rachel menoleh, memandang Jimin yang berdiri di sebelahnya. Mereka sedang beratur untuk mengisi nama pasangan untuk dipilih sebagai Prince Charming, Princess Charming dan Partner of The Night.

"Hehe, seronok. Terima kasih sudi menjayakan rancangan Taehyung," ucap Rachel sambil ketawa kecil. Jimin tersenyum.

"Tak ada masalah. Awak kawan saya, Taehyung pun. Saya suka tengok kawan-kawan saya happy," jawab Jimin ikhlas. Dia memang terasa gembira juga apabila melihat Taehyung gembira.

"Haeun tu, okay? Ada marah-marah?" tanya Rachel. Gilirannya sudah tiba, lalu dia mengambil pen dan mencatat namanya dan nama Taehyung sekali. Maklumlah, Taehyung tidak mahu beratur sekali. Pemalas.

"Hahaha, awak tanya macam tak kenal je Haeun tu macam mana. Dia annoying macam selalu," balas Jimin sambil menggulingkan matanya. Terlebih menyampah dengan perangai Haeun hari ini.

Rachel senyum nipis. Pen diserahkan kepada Jimin pula.

"Saya minta maaf menyusahkan awak."

Jimin menggeleng. "Tak ada apalah. Saya ikhlas tolong awak dan Taehyung."

Selesai berbasa-basi, Rachel kembali semula pada Taehyung yang menunggu di meja mereka. Muka Taehyung muram dengan bibir muncung sedepa. Tawa kecil dilepaskan oleh Rachel sebelum dia mencubit pipi Taehyung.

"Monyoknya muka. Siapa buat?" tanya Rachel seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Taehyung dipandang dengan senyuman di bibir.

"Hm, Cherry buat. Suka betul dia bersembang dengan Jimin, sampai terlupa aku kat sini."

Sekali lagi Rachel tertawa. Dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Taehyung. Pinggang lelaki itu dipeluk erat dari sisi.

"Merajuk pula. Saya dengan Jimin sembang pasal awak punya surprise tu. Baiknya dia, sanggup hadap Haeun untuk awak."

Taehyung mencebik. Bibir Rachel dia cium sekejap.

"Jangan cakap pasal lelaki lain dengan aku." Pendek namun bermakna ayat Taehyung itu. Rachel senyum kecil.

"Alah, itu pun awak nak cemburu? Jimin tu kawan kita," pujuk Rachel sambil mengusap pipi Taehyung yang lelaki itu kembungkan. Comel.

"Tak kisahlah kawan siapa pun, tapi dia tetap lelaki lain."

Rachel tergelak. Pipi Taehyung dicubitnya pula.

"Sakit, Cherry..." Taehyung mengusap pipinya sendiri sambil memuncungkan bibir. Tak suka diperlakukan begitu.

"Okay, okay. Saya minta maaf." Cepat saja Rachel memujuk. Bahu Taehyung dia gosok lembut.

"Bagi kiss dulu," kata Taehyung lalu menjuihkan bibirnya. Rachel memandang sekeliling.

"Orang nampak..." ujar Rachel sambil tersengih malu.

"Tak kira. Cepat, kalau tak aku merajuk setahun," gesa Taehyung lagi. Dia juihkan bibirnya lagi, menanti ciuman dari gadis itu.

Rachel menggigit bibir bawahnya. Setelah memastikan line clear, pantas saja dia lekapkan bibirnya pada bibir Taehyung. Taehyung senyum suka.

"Sekejapnya, tak rasa pun?"

Bahu Taehyung ditepuk kuat oleh Rachel. Tak reti bersyukur betul!

"Argh! Sakitlah! Betul apa, tak rasa. Sekejap sangat, tu bukan kiss namanya," kata Taehyung lalu rambut depan Rachel dikusutkan.

"Jangan mengada-ngada ya, Tae. Kita dekat public." Garang sungguh Rachel bersuara.

"Oh? Jadi dekat rumah nanti, aku nak minta lebih," usik Taehyung dengan kenyitan matanya. Pipi Rachel merona merah akibat malu. Terus pinggang Taehyung dilepaskan lalu dia meneguk air.

"Malu pula. Kau sendiri kata kita dekat public. Kat rumah bukan public kan? Aku tunggu."

"Saya tak maksudkan macam tulah!" bentak Rachel dengan bibir tercebik-cebik. Taehyung ketawa, comel pada matanya.

"Tak kisah. Yang aku tahu, balik nanti aku nak tuntut kiss dari kau," kata Taehyung lagi. Semakin merah pipi Rachel dibuatnya.

Belum sempat Rachel membalas, perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Irene dan Chanyeol di atas pentas. Kedua-dua pengawas bertauliah di sekolah itu memegang sebuah kad, mungkin tertera skrip.

"Selamat datang ke Majlis Tari-Menari kali ke-7 Sekolah Tinggi Ppalgan. Nampaknya semua pelajar-pelajar senior sekolah kita ni bergembira bukan? Cuba jerit sikit!" Chanyeol berucap dengan nada ceria. Mikrofon dihulur pada bawah pentas, acah-acah seperti berada di konsert pula.

Beberapa pelajar mula bersorak, ada juga yang ketawa melihat telatah Chanyeol si happy virus. Berbeza pula dengan Irene, beku saja wajahnya.

"Ehem, ehem. Berhenti," Irene bersuara membuatkan sorakan tadi berhenti. Ada pelajar yang berbisik tidak puas hati, mengumpat Irene agaknya. Tak kurang juga yang menjeling gadis itu.

Fuh, haters di mana-mana. Irene tidak mengendahkan, dia fokus dengan tujuan sebenarnya.

"Memandangkan majlis akan tamat setengah jam lagi, saya akan umumkan pemenang bagi tiga kategori yang dipertandingkan hari ini."

Tepukan bergema di dewan itu. Masing-masing tidak sabar mengetahui keputusan.

"Aku nak dapat Prince Charming!" jerit Seokjin dengan teruja. Irene menjeling lelaki itu dan geleng. Seokjin terus mencebik. Apa ni, awal-awal lagi dah broken.

"Bertenang semua. Keputusan ada di tangan Irene," celah Chanyeol mengundang tawa pelajar lain.

"Psst! Dekat kaulah!" bisik Irene perlahan namun dengan ada mikrofon, ayatnya itu masih dapat didengari oleh penonton.

"Oh? Haahlah." Chanyeol tersengih apabila melihat semula kad di tangannya.

"Wah! Seperti yang dijangka! Pemenang bagi kategori Prince Charming goes to... Park Chanyeol! Ceh, gurau. Chill guys." Chanyeol tertawa dengan lawaknya. Irene dah buat muka menyampah, lantas kad tadi dirampas.

"Saya umum sekarang. Tahniah kepada... Kim Taehyung. Berikan tepukan!" Irene mengumumkan lantas sorakan kedengaran.

"Aku lagi layaklah!" jerit Seokjin kuat. Taehyung menjeling dia lalu bangun dan berjalan ke pentas. Dia menyarung sebuah mahkota dengan bangga.

"Tahniah, bro! Kau kacak malam ni," puji Chanyeol lalu memakaikan kain rentang yang tertera tulisan 'Prince Charming' di atasnya pada bahu Taehyung.

"Thank you, aku memang kacak sejak azali." Taehyung ketawa dan Chanyeol memukul perlahan bahunya. 

"Perasan." Chanyeol berkata dengan nada bergurau.

Selesai mengambil gambar, Taehyung turun dari pentas. Dia duduk semula dengan rasa bangga.

"Eii, macamlah handsome sangat." Rachel menjeling Taehyung yang tersenyum lebar itu.

"Eleh, handsome okay? Kalau tak, tak adalah kau pandang tak berkelip," balas Taehyung lalu ketawa. Rachel turut ketawa sekali.

"Okay, sekarang untuk anugerah 'Princess Charming! Terdapat sedikit sahaja perbezaan mata antara pemenang dan runner up, saya persilakan pemenang kita, Yoo Siah! Tahniah diucapkan kerana mendapat paling banyak undian majoriti." Chanyeol menepuk tangan saat gadis yang lebih dikenali sebagai Yooa itu bangun dengan malu-malu. Dia naik ke atas pentas dengan gembira.

"Cantiknya dia..." puji Rachel, sedikit terpana dengan kejelitaan Yooa. Taehyung yang mendengar tertawa kecil.

"Tulah, cantik sangat." Sengaja Taehyung berkata begitu untuk mengusik. Niatnya menjadi apabila Rachel memuncungkan bibir tanda protes. Tak suka Taehyung puji perempuan lain selain dia!

"Dahlah, malas nak cakap apa-apa lagi." Rachel berkalih menghadap pentas lagi. Yooa sedang menangkap gambar dengan senyuman manis di wajahnya.

"Eleh, merajuk pula," perli Taehyung sebelum tangan Rachel diraih perlahan. "Dia memang cantik, tapi kau je yang aku nak. Jangan terasa, okay?" pujuknya sambil memberikan senyuman petak. Rachel senyum nipis sebelum mengangguk.

Pada ketika itu, Haeun sedang mencerlung tajam ke arah mereka. Dengan bibir mengukir senyuman sinis, dia memberi isyarat kepada Irene dan Chanyeol. Kedua-dua pengacara itu mengangguk lalu memberi peluang kepada Haeun. Gadis tinggi lampai itu pun naik ke atas pentas dengan senang hati.

Kedengaran bisikan-bisikan halus kerana memang semua yang lain berasa pelik apabila Haeun tiba-tiba muncul di atas pentas. Entah apa motifnya, tiada siapa yang tahu melainkan gadis itu sendiri.

"Hai, semua. Macam seronok je?" Haeun memulakan lalu pandangannya dilirikkan kepada Taehyung. Lelaki itu terus mengalihkan pandangan apabila mata mereka bertemu.

Haeun cuma tersengih saja. Bukan apa, rasa seronok pula melihat Taehyung yang berlagak seakan-akan tiada apa yang berlaku di antara mereka, dan rasa terlebih gembira apabila memandang wajah Rachel yang keresahan. Haeun tertawa dalam hati.

"So, I pun tak nak ganggu masa korang. Straight to the point, jelah eh? I nak you guys tahu, minggu lepas I dah bertunang dengan salah seorang pelajar di sekolah kita ni," kata Haeun dan dia tersenyum pada Taehyung yang sudah gelabah.

"Sayang..." panggil Taehyung perlahan pada Rachel. Dia mengeratkan genggaman tangannya pada tangan gadis itu. Rachel senyum ceria, cuba menenangkan Taehyung.

"Kenapalah dalam hidup kita kena ada dia?" Taehyung menunduk. Terasa gerun dengan pandangan penuh makna Haeun yang sedari tadi ditujukan ke arahnya.

"Awak janganlah sedih. Semua yang jadi pasti ada hikmahnya," kata Rachel pula. Terbit rasa kasihan pada Taehyung namun dia sendiri tidak mampu buat apa-apa.

Pada masa itu juga, Jimin mengerling ke arah mereka berdua dan mengetap bibir. Dia pandang pula ke arah Haeun dengan perasaan marah, geram dan kesal. Kalau dia tahu, dia dah hentikan niat gadis itu sedari awal.

"Pada hari Sabtu minggu lepas, iaitu 18 Jun, I dah officially engaged to our school's heartthrob, tak lain tak bukan Kim Taehyung."

Bisikan-bisikan yang tadinya perlahan kini kedengaran semakin kuat, dah tak menjadi bisikan lagi sebaliknya bualan.

"Seriuslah dah bertunang? Dia tipu ke betul-betul ni?"

"Tapi tak nampak pula macam bertunang. Taehyung asyik berkepit dengan Rachel je!"

"Entah-entah dia tipu. Haeun tu bukan betul sangat, kuat perasan pula tu!"

Taehyung yang sudah tidak mampu menahan sabar bangun dari duduknya. Rachel dah memerhati dengan risau saat lelaki itu menerpa ke arah pentas untuk mendapatkan Haeun.

"Aww, is he coming towards me? So sweet!" Haeun sudah tersipu-sipu malu tapi tak malu pula kelihatan tergedik-gedik atas pentas.

"Err, bro..."

Panggilan dari Chanyeol itu Taehyung biarkan. Dengan muka ketat, dia mendekati Haeun lalu menarik lengan gadis itu. Tak dihiraukan pelajar-pelajar lain yang semakin kecoh. Chanyeol segera naik ke pentas lalu bercakap di mikrofon.

"Eh, ini tak disengajakan! Saya akhiri majlis kita hari ini dengan ucapan terima kasih. Banyak-banyak penghargaan kepada pihak penaja lebih-lebih lagi kepada Tuan Kim, ayah kepada tunang Haeun tu. Tsk tsk... Semua hadirin boleh bersurai. Hati-hati ya balik rumah, dah pukul 9 malam ni. Kalau yang single tu, jomlah saya hantarkan. Hehe."

Rachel tertawa kecil mendengar celoteh Chanyeol. Jarang tak kelakar kalau lelaki itu membuka mulut.

Sementara itu, Taehyung melepaskan tangan Haeun apabila mereka tiba di belakang pentas. Dia bercekak pinggang dengan muka marah.

"Kau buat apa tadi?"

"Kenapa? Betul kan apa yang I kata tadi? Kita dah bertunang secara sah."

Taehyung mendengus. Dia meraup wajahnya kasar. Tak suka betul dengan perangai Haeun.

"Kenapa? You marah? Hei, I yang patut marah tau. You ingat I ni patung ke? Tak ada perasaan? I siap cantik-cantik untuk you tahu tak?! Bukan untuk jadi pasangan Jimin!" Keras suara Haeun memetir di situ, menyatakan ketidakpuasan hatinya.

"Memang! You memang patung. I langsung tak ada perasaan pada you, and you should have known it a long time ago! I tak pernah ikhlas dan rela bertunang dengan you, sikit pun tak pernah..." Semakin perlahan nada suara Taehyung di penghujung ayatnya. Dia terus berlalu dari situ meninggalkan Haeun sendirian.

Haeun terpaku seketika apabila mendapat ayat yang cukup menyakitkan hatinya. Dia hanya memerhati Taehyung yang semakin menjauh.

Adakah terlalu lambat untuk menyesal? Haeun sendiri tidak pasti.

◼◼◼

sepatah dua kata untuk haeun?

scroll down for double update ❤

26/09/2020, 10.55 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro