Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41 ; surprise

“ Her Bad Boy - 41 ”

• Surprise •

⬜⬜⬜⬜⬜

멈춰서도 괜찮아
아무 이유도 모르는 채 달릴 필요 없어
꿈이 없어도 괜찮아
잠시 행복을 느낄 네 순간들이 있다면
멈춰서도 괜찮아
이젠 목적도 모르는 채 달리지 않아
꿈이 없어도 괜찮아
네가 내뱉는 모든 호흡은 이미 낙원에

It's okay to stop
You do not have to run without knowing why
It's fine without a dream
If you have moments of happiness for a while
It's okay to stop
I do not run without knowing my purpose
It's fine without a dream
All your breathing is already in paradise

- BTS, Paradise

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Rachel menatap Taehyung tidak percaya. Orang yang sepatutnya menjemput dia ialah Jimin, mana pula datang si Taehyung ni?

"Masuklah cepat. Kau nak kena tinggal ke?" sergah Taehyung apabila Rachel masih berdiri tegak di tepi pintu kereta dan memandangnya tanpa berkelip.

"Ah, maaf." Tanpa membuang masa Rachel melangkah masuk dengan pipi membahang, malu pula dengan perbuatannya tadi. Dia menutup pintu dan Taehyung terus mula memandu pergi.

"Erm, mana Jimin?" tanya Rachel untuk memecahkan kesunyian. Dia mengerling ke arah Taehyung yang khusyuk memandu. Ah, lelaki itu tampak terlebih kacak hari ini.

"Dia lambat sikit hari ni. Dia minta tolong aku ambilkan kau, nanti dia ke sekolah terus," jawab Taehyung tanpa riak. Ceh, tadi dia yang puji Rachel cantiklah apalah.

"Oh, awak pergi dengan Haeun?" Rachel bertanya lagi. Dalam hatinya sudah berharap jawapan 'tidak' dari Taehyung.

Taehyung senyum kecil. Dia membelok ke sebuah perkarangan rumah lalu berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat.

"Mestilah aku pergi dengan dia. Tu," jawab Taehyung sambil menunjuk ke arah Haeun yang berjalan ke arah kereta Taehyung. Rachel terdiam seketika.

'Ya Tuhan, dugaan apa pula ni? Kalau tahu baik aku naik teksi tadi,' getus Rachel dalam hatinya. Menyampah pula dengan gaun yang dikenakan Haeun. Siap terbelah kain bagai. Nak menunjuk segala aset ke macam mana?

"Rachel? Apa ni, Taehyung? Kenapa you bawa perempuan ni?!" tanya Haeun dengan suara gediknya apabila melihat Rachel di tempat duduk sebelah pemandu.

"Apa salahnya I tumpangkan dia? Dah, jangan merungut. Masuk cepat," jawab Taehyung dengan dahi berkerut. Banyak songeh pula perempuan ni.

"I nak duduk depan, sebelah you! Kau keluar dari sini sekarang!" marah Haeun sambil cuba menarik lengan Rachel untuk keluar. Taehyung menggulingkan anak matanya.

"Haeun, jangan jadi macam budak-budak. Masuk je cepat," kata Taehyung mematikan perbuatan Haeun seketika.

"What?! Tell this girl to get out. I nak duduk depan," pinta Haeun dengan bibir dicebikkan. Dia menghentak-hentak kakinya persis budak kecil yang tidak dapat mainan.

"Duduk je belakang, atau I dengan Rachel yang duduk belakang dan you drive," ugut Taehyung namun Haeun masih belum berputus asa.

"Tak apalah, biar saya yang duduk belakang." Rachel mengalah, dia mula membuka seatbelt. Taehyung menahan, dia memegang lengan Rachel kuat.

"Cepatlah! Tunggu apa lagi?" Haeun mula menengking lagi. Bibirnya diketap geram melihat tangan Taehyung yang melekat di lengan Rachel.

"Haeun!" Taehyung menekan suaranya, geram sungguh dengan Haeun yang mengada-ngada itu. Bukan mati pun duduk belakang!

"Apa?! I, nak, duduk, depan!" Sepatah-sepatah Haeun menegaskan. Tanpa perasaan gentar Haeun menjeling Rachel. Rachel sudah buat muka serba-salah. Dengan Haeun yang mencerlung ke arahnya tapi Taehyung pula menahan. Nak buat apa ni?

Taehyung menghela nafasnya. Tak boleh jadi ni. Lengan Rachel Taehyung lepaskan sedikit kuat. Dia menjeling Rachel sedikit.

"Keluar, kau duduk belakang." Taehyung berkata dengan muka serius. Tersentak Rachel dibuatnya. Haeun sudah senyum kemenangan.

"You heard him. I will sit here," kata Haeun sekadar menyakitkan hati Rachel. Rachel akur, dia mencapai purse lalu beralih ke tempat duduk di belakang. Haeun masuk ke tempat duduk hadapan lalu menutup pintu. Senyuman manis terukir di bibir gadis itu.

"I miss you, babe!" Pipi Taehyung dicium sekilas oleh Haeun. Rachel yang memerhati membuang rasa cemburu jauh-jauh dari hati. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil beberapa selfie untuk mengabaikan Haeun dan Taehyung yang kelihatan mesra di hadapannya itu.

Huh!

◼◼◼

Tiba sahaja di kawasan sekolah, Taehyung memberhentikan keretanya. Rachel dan Haeun disuruh turun dahulu, namun macam biasa Haeun menolak. Akhirnya, Rachel sahaja yang turun manakala Taehyung terus berlalu untuk mencari tempat letak kereta.

"Hmm... lonely betul aku hari ni," kata Rachel pada dirinya sendiri. Ruangan chat bersama Jimin dia buka untuk mesej lelaki itu.

Jimin ✨

awak dekat mana?
saya dah sampai sekolah.
19:08

oh? tae dah hantar awak?
nanti kejap lagi saya sampai.
tunggula dekat mana-mana dulu.
19:09

Rachel hanya seen. Dia memilih untuk duduk di sebuah bangku yang ada berdekatan dengan dewan yang menjadi tempat berlangsungnya majlis pada malam itu.

◼◼◼

Taehyung mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor Jimin. Dia lekapkan telefon di telinganya tanpa menghiraukan Haeun yang sibuk menarik tangannya ke dalam perkarangan sekolah.

"Mana?" tanya Taehyung apabila panggilan berangkat. Dia mengisyaratkan kepada Haeun untuk pergi dahulu. Haeun memuncungkan bibir namun menurut jua apabila Taehyung menyebut nama Jimin tanpa suara.

"On the way, jammed teruk," jawab Jimin dari talian. Taehyung gigit bibir bawahnya apabila ternampak Rachel yang sedang bertegur dengan Mingyu.

"Cepatlah. Tak pasal-pasal Mingyu pula jadi pasangan dia," kata Taehyung melemparkan ketidakpuasan hatinya kepada Jimin.

"Siapa?!" tanya Jimin ingin tahu.

"Siapa lagi, Mingyu tu ha. Eh eh, mesra betul bersembang. Ni nak marah ni," ujar Taehyung lagi. Tajam matanya memandang gerak-geri Rachel dan Mingyu yang asyik bersembang dari tadi.

"Alamak, jealous cakap jelah. Tak payah nak berkias sangat," kata Jimin sambil tergelak. Terasa kelakar pula apabila membayangkan riak muka Taehyung ketika itu. Pasti cemberut semacam.

"Dah! Malas cakap dengan kau. Cepat sikit. Penat aku berlakon depan Haeun dengan baby Rachel aku," jawab Taehyung lalu meletakkan panggilan sebaik sahaja mendengar sahutan Jimin.

Dia menapak ke arah Haeun yang terus saja menggapai lengannya apabila Taehyung tiba di sisi. Haeun mencebik manja tatkala Taehyung melepaskan pegangan itu perlahan.

"I tak ada mood, don't start." Taehyung tersenyum nipis kepada gadis itu. Kasihan pula melihat gadis itu ditipu hidup-hidup dengan rancangannya bersama Jimin.

"Hm, jomlah masuk. Tunggu apa lagi?" Haeun bertanya, tak sabar hendak masuk ke dewan dengan Taehyung sebagai pasangannya.

"Sabar, kita tunggu Jimin sekejap," kata Taehyung lalu pipi Haeun dielus perlahan. Sengaja dia buat begitu kerana Rachel memandang mereka. Hampir saja Taehyung tergelak kerana melihat muka Rachel yang berubah.

"Buat apa? Dia kan dengan Rachel," bantah Haeun yang sudah tidak sabar. Pinggang Taehyung ditarik ke dalam pelukan. Taehyung sekadar membiarkan, tangannya naik dan mengusap rambut Haeun yang panjang. Rachel terus mengalihkan pandangan, sakit hati.

"Sabarlah kejap, dia suruh I tunggu," jawab Taehyung untuk menenangkan Haeun. Haeun hanya menggumam lalu menyembamkan wajahnya ke dada Taehyung.

"Rachel? Buat apa seorang kat sini? Kenapa tak masuk lagi?" tegur Namjoon apabila melihat gadis itu. Dia datang bersama Momo dan Hoseok bersama pasangannya Seulgi.

"Saya tunggu Jimin. Dia dalam perjalanan," jawab Rachel dengan senyuman sungging di bibirnya.

"Hah? Bukan Taehyung ke yang— apa ni?!" marah Namjoon apabila Hoseok menekup mulutnya tanpa amaran.

"Kenapa dengan Taehyung?" soal Rachel curiga dengan aksi mereka.

"Jangan dengar cakap dia, dia merepek je tu," dalih Hoseok sambil menjeling penuh makna kepada Namjoon. Namjoon yang baru tersedar turut tersengih.

"Oh, tak apalah macam tu." Rachel senyum, menyembunyikan rasa pelik. Dia memandang sekilas ke arah Taehyung dan Haeun yang tidak jauh dari situ. Eh, berpeluk pula. Sakit pula mata Rachel melihatnya.

Dia keseorangan sekali lagi. Namjoon, Hoseok, Momo dan Seulgi sudahpun masuk ke dewan. Tak lama kemudian, kelibat Jimin menyapa pandangan matanya.

"Rachel! Maaf, trafik sesak sangat tadi," ujar Jimin dengan bibir dimuncungkan. Terasa bersalah pula membuatkan gadis itu tertunggu keseorangan.

"Tak apalah, jom? Kita masuk." Rachel mengajak dengan senyuman manis.

Tiba-tiba Taehyung mendekati mereka. Tangan Haeun yang digenggam dari tadi dia lepaskan, lalu menggapai tangan Rachel pula.

Rachel menjongketkan kening, terasa pelik dengan situasi ini. Dia pandang Taehyung yang serius manakala Jimin sudah tergelak.

"Haeun, jom!" Jimin menarik lengan Haeun yang turut terpinga-pinga. Dia dan Haeun berlalu dari situ. Sempat juga Haeun mencarut apabila tersedar dia sudah dipermainkan. Ah, baru nak berangan pergi prom dengan Taehyung! Alih-alih Jimin pula yang menjadi pasangannya.

"Should we go, princess?" Taehyung menghadiahkan sebuah senyuman paling manis buat Rachel. Dia memandang anak mata Rachel yang berwarna coklat itu dalam-dalam.

Rachel mengangguk perlahan. Dia membiarkan sahaja Taehyung berjalan dengan tangan mereka yang disatukan itu.

"Tae?" panggil Rachel apabila mereka sudah menapak ke dalam dewan.

"Kenapa Jimin pergi dengan Haeun pula? Dan kenapa awak pula yang jadi pasangan saya?" tanya Rachel yang masih keliru. Dia lepaskan pegangan tangan mereka kerana terasa bersalah terhadap Haeun.

"Kenapa? Kau tak suka?" Taehyung bertanya apabila melihat muka Rachel yang seakan-akan tidak gembira.

"Taklah, bukannya tak suka... cuma saya rasa Haeun marah." Rachel menunduk apabila ternampak Haeun yang menjelingnya.

Taehyung senyum. Anak rambut Rachel diselit ke telinga gadis itu lembut. Dia menarik Rachel untuk duduk di sebuah meja tanpa sesiapa di situ. Sengaja dia tempah sebuah meja di dalam dewan untuk mengelak sesiapa mengganggu mereka. Dah tertulis besar-besar nama Taehyung di situ.

Rachel didudukkan. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu lalu menggenggam tangan Rachel kuat.

"Pasal Haeun, biar aku yang uruskan. Sekarang aku nak kita enjoy, walaupun cuma untuk malam ni je."

Terasa sayu pula hati Rachel apabila mendengar kata-kata Taehyung. Dia ketap bibirnya perlahan sebelum mengangkat muka. Senyuman Taehyung dibalas jua.

"Erm, kau nak makan?" tanya Taehyung sambil memandang meja yang menempatkan makanan. Banyak jenis makanan dihidang di situ seperti piza, ayam goreng, burger, biskut-biskut, buah-buahan dan banyak lagi. Kebanyakan makanan itu ditaja oleh ayah Taehyung sendiri.

"Boleh juga." Rachel mengangguk, memang dia terasa lapar. Teringat pula pada kek lapis yang dipelawa oleh Puan Kim namun dia tolak tadi. Sedih sungguh.

"Aku ambilkan. Apa-apa je boleh kan? Ke kau nak apa?" Taehyung menyoal lalu mencium pantas pipi Rachel.

"Ha, tak kesah apa-apa pun." Rachel sedikit terkesima apabila menerima kucupan itu, terasa asing pula baginya kerana sudah beberapa minggu tiada skinship sebegitu.

Taehyung angguk dan meninggalkan Rachel. Dia melangkah dan mula mengambil makanan yang menarik seleranya. Rachel hanya menunggu sahaja sehinggalah Taehyung kembali hampir dua minit kemudian.

"Terima kasih," ucap Rachel sambil mengambil sebiji kek cawan yang ada di atas pinggan. Dia kunyah perlahan manakala Taehyung sekadar meneguk air.

"Jom kita menari?" ajak Taehyung apabila melihat pinggan tadi sudahpun kosong. Dia menghulurkan tangan kanannya pada Rachel sambil tersenyum manis.

"Tapi saya tak pandai," kata Rachel namun tangan Taehyung disambut jua. Mereka bangun dan beriringan ke tengah dewan.

"Tak apa, aku ada. Aku guide kau, kau ikut je rentak," balas Taehyung cuba memujuk. Rachel angguk. Mahu tak mahu dia menurut.

Taehyung tersenyum suka melihat muka Rachel yang memerah apabila mereka menjadi tumpuan di situ. Kedengaran sorakan dari Bangtan lalu Taehyung menjeling mereka. Kecoh betul.

"Tae, kalau saya jatuh nanti macam mana? Dahlah saya pakai heels," adu Rachel apabila Taehyung sudah merangkul pinggangnya. Sebelah tangan Rachel Taehyung letakkan di pinggangnya, manakala mereka berpegangan tangan sebelah lagi.

"Aku kan ada, aku sambutlah," seloroh Taehyung namun dia maksudkannya. Mereka mula menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. Lagu itu perlahan saja, menimbulkan suasana manis antara mereka berdua.

"Cantik kasut, omma bagi?" tanya Taehyung apabila melirik ke bawah. Kaki Rachel yang bersarung kasut bertumit tinggi itu dia renung sekejap.

"Haah. Gaun ni pun dia bagi," jawab Rachel dengan sedikit penambahan. Taehyung tertawa kecil.

"Cantik. Aku yang suruh," kata Taehyung pula. Membulat mata Rachel memandangnya.

"Awak suruh? Macam mana?"

"Sayang, aku tahu kau nak pakai baju warna merah jambu tu. Tapi nanti tak sepadanlah kita," kata Taehyung dan berhenti seketika. Dia memandang bajunya sendiri sebelum menyambung, "Kalau tak, tak adalah kita matching macam ni."

Rachel tersenyum. Dia alihkan tangan dari pinggang Taehyung lalu menyentuh corak bunga yang menghiasi kot yang dipakai lelaki itu. Memang sepadan pakaian mereka, berwarna biru gelap.

"Maksudnya semua dah dirancang? Pasal Jimin, Haeun and baju ni?" soal Rachel menginginkan kepastian.

Taehyung mengangguk. "Betul. Aku nak buat surprise untuk kau. Tapi aku rasa kasihan juga pada Jimin, tak pasal-pasal dia kena layan Haeun. Kau tahu, aku rasa nak cili mulut dia masa dia berebut dengan kau nak duduk depan sebelah aku tadi."

Rachel tergelak. "Awak dahlah marah saya tadi. Kecil hati saya, tahu. Ingatkan dah tak sayang saya lagi."

Taehyung mencebik. Dia mengucup dahi Rachel lama. "Kalau tak sayang, aku tak buat semua ni untuk kau. Kalau tak sayang, aku pergi je dekat Haeun tu. Tapi sebab sayanglah aku buat untuk kau. Sebab sayanglah aku sanggup paksa Jimin buat macam tu. Dan sebab sayang juga aku buat macam ni."

Taehyung mencium bibir Rachel sekilas. Rachel yang sudah terharu terus saja tersenyum lebar.

"Saya sayang awak," kata Rachel perlahan. Tubuh Taehyung dipeluk erat.

"Aku lagi sayang kau, Cherry."

◼◼◼

ya Allah, cringe sangat waktu
type chapter ni. tak apalah, demi
secebis kebahagiaan TaeChel sebelum diorang berpisah.

oops!

17/09/2020, 03.06 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro