Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 ; new year

" Her bad boy - 4 "

• New Year •

⬜⬜⬜⬜⬜

뭔가 달라질까
그런 건 아닐 거야
그래도 이 하루가 끝나잖아
초침과 분침이 겹칠 때
세상은 아주 잠깐 숨을 참아
Zero O'Clock

Will something be different?
It won't be something like that
But this day will be over
When the minute and second hands overlap
The world holds its breath for a little while
Zero O'Clock

- BTS, 00:00 (Zero O'Clock)

⬜⬜⬜⬜⬜

Taehyung's Pov

Aku mengeringkan rambut perangku yang basah. Lega rasanya bila dapat mandi lepas jalan kaki lama-lama. Bukan manja eh, cuma aku tak biasa. Selama ni nak ke mana-mana pun aku memang akan pergi dengan driver, tak pun bawak kereta sendiri. Memang tak pernah aku jalan kaki macam tadi.

Selepas menyarung baju tidur, aku membaringkan badan ke atas katil. Mataku terkebil-kebil memandang siling, terfikir kembali apa yang aku dah buat petang tadi. Pelik.

Apa yang ada pada perempuan tu sampai aku sanggup ikut dia sampai dia sampai rumah dengan selamat?

Aku menggelengkan kepala berulang kali. Tak mungkin aku dah jatuh hati pada dia kan? Aku baru kenal dia.

◼◼◼

Rachel's Pov

"Terima kasih, pakcik."

Aku menghadiahkan senyuman buat Encik Oh, suami kepada majikan di tempat kerjaku. Hari ni, aku dapat gaji. Encik Oh membalas senyumanku sebelum dia menyuruhku segera pulang memandangkan sudah lewat.

Aku memang bekerja sambilan di kedai bakeri Utopia. Penat memang penat, namun aku tiada pilihan. Aku perlu bekerja untuk menyara hidupku sendiri.

Bakeri Utopia tidak jauh dari rumahku. Aku berjalan kaki pulang dengan cepat, takut juga kerana kawasan perumahanku ini agak bahaya. Biasalah, bila kawasan orang miskin, macam-macam bahaya ada. Orang mabuk, penagih dadah dan perogol bersepah di sini.

Sampai sahaja di rumah, aku lekas mandi dan menyalin pakaian. Kerja sekolah telah aku siapkan di sekolah semasa study group. Nasib baik.

Aku melilau persekitaran bilikku. Sunyi macam selalu. Jam menunjukkan pukul 11.56 malam. Letihnya.

Mataku dipejam. Aku memeluk bantal dan tiba-tiba mengeluarkan air mata. Aku rindu ibu, aku rindu ayah. Mereka berdua sudahpun meninggalkan aku keseorangan di atas dunia dua tahun lepas akibat kemalangan.

"Kalaulah ibu ada, kalaulah ayah ada, tentu Rae takkan sunyi kan? Rae tak perlu penat-penat kerja, boleh fokus belajar. Tapi apakan daya, Rae harap ibu dan ayah tenang di sana." Aku menggumam perlahan, kembali menangis sebelum terlelap.

Sebulan kemudian, 6.30 pagi

Aku terjaga apabila jam locengku berbunyi dari telefon bimbitku. Aku matikan jam loceng dan bangun, sebelum meregangkan badan sedikit.

Hari ni hari pertama persekolahan bagi tahun 2020. Aku agak teruja sebab aku dah pun menjadi seorang senior di Ppalgan Highschool. Bukankah itu satu pencapaian yang hebat? Tahun ni tahun terakhir, dan aku bakal menjadi seorang ex-highschooler. Tak sabar juga nak melangkah ke alam universiti.

"Aish, Rachel. Banyak pula berangan." Aku lantas mencapai tuala dan bergegas untuk mandi.

◼◼◼

Nobody's Pov

"Kau dengan Aerin kelas apa?" Rachel memulakan perbualan, tiga sekawan itu duduk di sebuah meja berdekatan dataran perhimpunan.

"Hm, biasa je. Kelas 19-B, kau mesti kelas A kan?" jawab Hana, dia masih sibuk membetulkan rambut depannya yang dari tadi tak menjadi. Stres betul.

Rachel mengeluh. "Alah, dah tahun terakhir pun aku tak dapat merasa nak jadi classmate dengan korang."

"Tak apalah. Kita boleh je rehat sama-sama macam biasa." Hana cuba menenangkan Rachel. Dia dan Aerin hanya pelajar suam-suam kuku, tak bijak macam Rachel. Takkan mampu duduk kelas depan.

"Nanti aku tak tahulah nak duduk dengan siapa. Hm~" Rachel memuncungkan bibir sambil memandang ke arah lain. Hana dan Aerin hanya diam, tak tahu nak cakap apa.

Tanpa mereka bertiga sedari, Taehyung, Jimin dan Jungkook sedang memerhati mereka. Sebenarnya, Taehyung yang sibuk ingin memerhati Rachel. Jimin dan Jungkook buat tak tahu je. Tugas mereka hanyalah menjadi teman Taehyung.

"Dah lah tu, kau nak tengok apa lagi? Aku dah penat Jungkook ni tak habis-habis gosok kepala aku. Bangtan dah tunggu kita lama tau." Jimin menjeling Jungkook yang menjelir lidah padanya. Nakal.

"Jap, Jimin. Kau kelas apa eh?"

"17-C. Sama dengan kau kan?"

"Tak sama kot. Aku nak tukar kelas."

"Hah?!"

◼◼◼

"Tapi, kenapa Taehyung? Bukan ke dalam kelas tu ada kawan baik kamu, si Jimin tu?"

"Ya, cikgu. Tapi saya rasa saya nak masuk kelas A sebab saya nak fokus untuk peperiksaan besar tahun ni. Kalau saya duduk kelas C, saya rasa saya tak dapat fokus. Maklumlah, murid-murid dalam tu pun tak berminat nak belajar. Kalau boleh, Jimin pun nak juga masuk kelas A. Kami tak berapa selesa belajar dalam kelas C." Panjang lebar Taehyung memberi hujah. Bersungguh dia meyakinkan guru penyelaras pelajar tahun terakhir, Puan Yewon.

"Kalau macam tu, bolehlah Taehyung. Nanti saya akan beritahu guru kelas 18-A. Kamu dan Jimin boleh terus masuk kelas A selepas perhimpunan nanti."

Taehyung tersenyum dan tunduk hormat pada Puan Yewon. Selepas mengucapkan terima kasih, Taehyung keluar dari bilik guru dan bergerak ke dataran perhimpunan. 

Dia tersenyum sinis dalam diam. Akhirnya! Dapat juga dia dekati Rachel. Dia tahu tiada seorang guru pun dapat menghalang keputusannya. Apa yang dia nak, dia dapat.

"Macam mana? Boleh?" tanya Jungkook tidak sabar-sabar. Dia selamba berbaris di barisan pelajar tahun ketiga, sedangkan dia pelajar tahun kedua. Jimin hanya melayan saja Jungkook yang sudah dianggap seperti adik sendiri itu.

"Apa punya soalan kau tanya aku ni? Pernah ke Taehyung tak dapat apa dia nak? Tak pernah," kata Taehyung dengan penuh riak. Jungkook mencebik.

"Jadi, dapatlah ni? Gosh, first time aku merasa jadi budak kelas depan." Jimin ketawa di hujung ayatnya, Jimin dan Taehyung budak kelas A? Kelakar sungguh.

"Nanti aku nak buli Rachel puas-puas. Jimin, aku nak duduk sebelah dia tau. Belakang sekali. Kau pandai-pandailah cari kawan," ujar Taehyung, dia memandang Rachel yang sedang berbisik-bisik dengan Hana dan Aerin. Membawang lah tu.

"Apa susah, Namjoon kan ada? Kau lupa ke mamat sexy brain tu kelas depan, dia tu bijak cara bersih, bukan macam kau. Duduk kelas depan dengan cara kotor." Selamba Jimin perli Taehyung. Taehyung mencubit lengan Jimin dan lelaki itu menjerit kesakitan. Pengawas memandang mereka dengan isyarat agar mereka memperlahankan suara.

"Diamlah kau. Nasib baik aku sebut nama kau sekali tau. Kalau tak mereputlah kau tak ada geng dalam kelas C tu. Hoseok, Yoongi dengan Seokjin kelas B tau."

"Macam manalah Yoongi hyung boleh masuk kelas B? Tidur-tidur pun pandai jugak," kata Jungkook kagum. Dia memandang Yoongi yang sedang menguap, bosan agaknya perhimpunan ni.

"Macam-macam mana jelah. Kook kecik lagi, belajar elok-elok," kata Taehyung pada Jungkook. Jungkook ketawa. "Kecik la sangat. Aku muda setahun je dari korang semua."

◼◼◼

Rachel's Pov

Aku berjalan sendiri ke arah kelasku selepas Hana dan Aerin sampai di kelas mereka. Untungnya sekelas. Aku masuk ke dalam kelas A dan macam biasa, aku duduk di barisan hadapan sekali. Baru sahaja aku ingin mengeluarkan alat tulis, seseorang merampas beg sekolahku.

"Kenapa ni?!" Aku terus meninggikan suara. Taehyung rupanya. Pelajar kelasku yang lain mula berbisik-bisik sesama sendiri.

"Ikut aku." Taehyung menggenggam pergelangan tanganku dan menarik aku mengikutnya. Aku hanya mampu mengikut sebab genggaman dia kuat semacam.

Dia melepaskan genggamannya apabila sampai di meja belakang sekali. "Aku nak kau duduk sebelah aku."

Aku menjongketkan kening. "Excuse me? Awak siapa nak saya ikut cakap awak? Saya nak duduk depan." Aku mencapai beg aku yang berada di tangannya dan bersedia nak lari ke depan. Namun, nasib tidak menyebelahiku. Semua tempat dah penuh, kecuali sebelah Taehyung.

Aku rasa nak cubit dia kuat-kuat bila dia tergelak melihatku. "Padan muka kau. Aku dah kata duduk je sebelah aku."

"Suka hati awaklah." Aku duduk di situ tanpa menghiraukannya.

Geram memang geram tapi apa je aku boleh buat kan? Tahun ni ramai pulak nak duduk kat depan, selalunya semua sibuk nak ambik tempat belakang-belakang.

"Woi Taehyung, sejak bila kau jadi budak kelas A dengan Jimin ni?" Aku terdengar suara Namjoon. Dia menghampiri meja Taehyung dengan Jimin memeluknya dari tepi. Clingy semacam.

Aku mengeluarkan buku teks Kimia dari dalam beg dan pura-pura khusyuk membaca. Sebenarnya aku nak dengar diorang berbual.

"Alah, biarlah aku nak duduk kelas ni. Aku pun teringin nak jadi pandai. Kalau aku duduk kelas belakang lama-lama, huh memang makin bengaplah aku, lagi-lagi dengan ada Jimin ni," balas Taehyung pula. Jimin ketawa sebelum dia memandang ke arah aku. Aku terus pandang buku dan buat-buat fokus pada bacaan.

"Hai, Rachel."

Aku pandang hadapanku, nampak Jimin di hadapanku sambil tersenyum sehingga menunjukkan eye smilenya.

Aku tak mampu pandang sahaja, aku membalas dengan tersenyum manis. "Hai, Jimin."

"Tak payahlah cakap dengan diaaaa." Taehyung tiba-tiba menyampuk. Aku memandangnya geram.

"Apa masalahnya? Takkanlah saya nak cakap dengan awak seorang je sepanjang masa? Dia kan classmate saya jugak." Aku membalas dengan muka menyampah.

"Tak kira. Kau boleh cakap dengan aku je. Jimin, balik tempat kau sekarang." Taehyung mengarah Jimin pula. Ish, rasa nak cekik sampai mati je.

Jimin menghadiahkanku senyuman manisnya sebelum berlalu pergi. Aku sambung membaca buku Kimia, kali ini betul-betul fokus. Malas layan Taehyung.

◼◼◼

To be continued...

Korang janganlah senyap je, dah baca tu vote lah, pastu comment sikit sikit :(

20/4/2020, 09.43 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro