Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39 ; engaged

“ Her Bad Boy - 39 ”

• Engaged •

⬜⬜⬜⬜⬜

그래 그 아름다움이
있다고, 아는 마음이
나의 사랑으로 가는 길
가장 필요한 나다운 일
지금 날 위한 행보는
바로 날 위한 행동
날 위한 태도
그게 날 위한 행복
I'll show you what i got
두렵진 않아 그건 내 존재니까
Love myself

Yeah, that beauty
I know the way to my love
The most necessary thing
What you're doing right now
Actions for me
An attitude toward me
It's the happiness for me
I'll show you what I've got
I'm not afraid
It's my thing
Love myself

- BTS, Answer : Love Myself

⬜⬜⬜⬜⬜

Taehyung mengetap bibir saat memandang figuranya sendiri di hadapan cermin. Terasa sesak mengenakan tuksedo pada hari bersejarah itu.

Ya, hari ini dia bakal bertunang dengan Haeun. Taehyung mengeluh sendirian.

"Apalah nasib aku?" keluh Taehyung sambil membetulkan rambutnya. Dia sudah tak peduli lagi, rambutnya didandan ikut suka hati.

"Tae?"

Muncul Rachel di muka pintu. Taehyung senyum paksa pada gadis itu.

"Hmm, dah siap? Omma minta awak keluar sekarang," beritahu Rachel sambil mendekati lelaki itu. Rambut Taehyung dibetulkan sedikit, biar tampak kemas.

"Kau sayang aku kan?" tanya Taehyung tiba-tiba. Tangan Rachel yang bermain di rambutnya dia genggam perlahan.

Rachel angguk. "Sayang sangat. Jom? Hari ni awak nak bertunang." Rachel menarik lengan Taehyung mengikutnya. Taehyung sekadar mengikut dengan langkah berat.

Rachel tersengih saat Puan Kim tersenyum padanya. Nampak saja Tuan Kim mencerlung, lengan Taehyung dia lepas. Taehyung kelihatan termangu sekejap sebelum Rachel memberikan isyarat mata agar dia pergi ke sisi Haeun.

Saat mendapat renungan tajam dari ayahnya, pantas Taehyung mengorak langkah ke sebelah Haeun. Dia duduk di kerusi yang berada di tengah-tengah dewan kecil itu, selaku tunang Haeun.

Tuan Kim tersenyum. Dia kembali mencapai mikrofon yang terletak di podium itu. Hari ini, dia sendiri akan memaklumkan tentang pertunangan satu-satu pewaris syarikatnya itu.

"Terlebih dahulu saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada yang hadir hari ini. Tanpa membuang masa lagi, saya umumkan anak saya Kim Taehyung telah sah bertunang dengan anak perempuan keluarga Jung iaitu Haeun."

Beberapa orang menepuk tangan. Majlis pertunangan itu sederhana sahaja, dijemput saudara-mara terdekat dan pekerja syarikat sahaja. Terdapat juga dua tiga wartawan dari pelbagai media untuk membuat liputan mengenai situasi tersebut.

"Diharapkan semuanya akan berjalan lancar. Mengikut perancangan keluarga kami, mereka akan berkahwin pada hujung tahun nanti. Saya akan pastikan majlis itu diadakan dengan gilang-gemilang, lebih ramai jemputan akan hadir."

Taehyung mendengus perlahan. Tidak suka dan tidak setuju langsung dengan perancangan ayahnya itu.

Haeun memerhati Taehyung dengan jelingan. Dapat dia lihat lelaki itu sedang menahan marah. Namun, sedikit pun dia tak endahkan. Haeun memandang ke arah Tuan Kim semula dengan senyuman manis di bibir.

"Jemputlah makan ya semua. Mohon maaf jika ada yang terkurang. Terima kasih sekali lagi sebab sudi hadir ke majlis anak saya," kata Tuan Kim mengakhiri ucapannya dengan senyuman. Dia letakkan kembali mikrofon sebelum berlalu mengambil tempat di sebelah Puan Kim.

Taehyung mengerling ke arah Rachel yang hanya diam sepanjang majlis. Gadis itu melemparkan senyuman kepadanya saat mereka bertemu mata.

Haeun yang menyedari terus mencapai tangan Taehyung. Dia usap perlahan tangan lelaki itu menimbulkan perasaan tidak senang dalam hati Taehyung.

"Kau nak apa?" tanya Taehyung sambil menepis perlahan tangan Haeun. Cekap sekali gadis itu menggenggam tangannya, sengaja memanaskan hati Rachel yang sedang melihat mereka itu.

"Saja. Salah ke nak pegang tangan tunang sendiri?" balas Haeun dengan senyuman nakal.

"Don't touch me."

Haeun mengetap bibir apabila Taehyung menolak tangannya kasar. Lelaki itu terus mencapai kutleri dan mula makan, malas melayan Haeun.

◼◼◼

"Ha, rapat lagi. Sepadannya kamu berdua," ucap Puan Jung yang sudah tersenyum suka. Tangannya tidak jemu menekan butang snap pada kamera.

Haeun senyum manis. Dia menjeling sedikit ke arah Taehyung di sebelah. Muka lelaki itu masih dingin macam biasa, tapi tak mengapa. Masih kacak bukan?

"Okay! Tunjuk cincin pulaaa!" kata Puan Jung lagi. Dia dan jurukamera yang diupah pun menangkap gambar pasangan itu lagi. Taehyung sudah buat muka bosan.

Haeun terus saja mencapai lengan Taehyung lalu memautnya. Sengaja mahu tampil mesra di dalam gambar.

"Enough. Tae nak rehat, penat." Taehyung bangun dan melepaskan pegangan Haeun di lengannya.

"Taehyung! Sabarlah dulu!" laung Haeun dari situ namun Taehyung tidak mengendahkan, dia tetap berlalu dari situ tanpa berpaling.

"Err, kami bertolak balik dulu ya. Jumpa lagi," kata Puan Kim sambil menunduk hormat pada bakal besannya. Puan Jung dan Tuan Jung sekadar mengangguk dan menghantar kepergian mereka dengan pandangan.

Terkocoh-kocoh Puan Kim dengan Rachel di sebelah kirinya dan suaminya, Tuan Kim di kanannya mendapatkan Taehyung.

"Mummy..." Haeun mencebikkan bibirnya pada Puan Jung. Sakit hati dengan perangai tunang sendiri.

"Tak apa. Dah banyak gambar kita ambil. Kita pun baliklah, ya? Kamu pun penat kan?" pujuk Puan Jung sambil mengusap bahu anak perempuannya.

◼◼◼

"Taehyung, kenapa kamu buat perangai lagi? Appa ingat kamu dah faham apa yang appa maksudkan."

Taehyung berdecit. Dia yang baru saja ingin melangkah naik ke bilik berpaling ke arah ayahnya. Wajah ketat ditayangkan.

"Appa, Tae penat. Kita cakap nanti."

"Nampaknya kamu memang berdegil. Memang tak nak nampak Rachel dah ke? Appa boleh 'hapuskan' dia sekarang juga," kata Tuan Kim lembut tapi berbisa.

Taehyung mengeluh kasar. Dia melonggarkan tali leher dengan malas. "Tae penat."

Tanpa menunggu balasan dari Tuan Kim, Taehyung terus mendaki tangga.

Tuan Kim hanya tersenyum sinis.

"Huh, entah apa yang budak mentah tu nampak pada Rachel." Tuan Kim mengomel sendirian.

"Apa, bang?" sampuk Puan Kim yang tiba-tiba muncul.

"Ah, tak ada apa," jawab Tuan Kim dengan senyuman manis. Pinggang isterinya dirangkul perlahan.

Terkejut Tuan Kim namun masih sempat dikawal. Takut juga isterinya terdengar.

◼◼◼

Hari demi hari berganti, dan Tuan Kim semakin menggunakan kuasanya sebagai seorang ayah. Dia menegah keakraban Taehyung dan Rachel dengan begitu tegas. Anak lelaki tunggalnya itu tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Rachel di rumah kecuali pada waktu makan malam.

Pernah juga Tuan Kim ingin menukarkan kelas Taehyung namun Taehyung membantah sekerasnya kerana dia sudah berasa selesa dan lebih senang belajar di kelas paling hadapan itu.

"Okay, boleh. Peperiksaan pertengahan tahun nanti, pastikan kamu mendapat tempat sekurang-kurangnya dalam top 5. Kalau tak berjaya, appa akan tukar kelas kamu."

Begitulah ayat Tuan Kim. Saban hari, dia semakin rajin belajar dengan Rachel di dalam kelas. Di rumah? Tak boleh langsung. Maka Taehyung berusaha sebaik mungkin untuk memuaskan hati ayahnya dan juga,
meluangkan masa dengan Rachel yang sangat berharga dalam kelas yang sama.

"Taehyung, saya rindu awaklah," kata Rachel apabila panggilan sudah bersambung. Ya, memang aneh.

Duduk satu rumah tapi masih bergayut di telefon setiap hari. Cis, tak pernah dibuat orang!

"Mesti sebab dah tak selalu tengok muka handsome aku kan?" seloroh Taehyung lantas ketawa mereka berdua bersabung.

"Eii, perasannya awak! Siapa kata awak handsome hah?" tanya Rachel sedikit geram namun masih dengan senyuman lebar. Dia memeluk patung beruang yang pernah diberi Taehyung dulu. Entah macam mana, bau patung itu melekat dengan bau Taehyung.

"Aku kata, kau pun pernah kata masa dekat camping dulu."

Rachel menggumam, cuba mengingati. Apabila teringat, dia tersengih.

"Tapi kan, awak tahu kan patung beruang ni? Kenapa dia ada bau awak eh?" tanya Rachel, menukar topik sambil menghidu lagi patung tersebut.

"Maksud kau, Taetae ke?" soal Taehyung sambil tersenyum.

"Taetae?" Rachel pula yang keliru.

"Ya, Taetae. Yang aku bagi kau hari tu," jawab Taehyung membuatkan Rachel tertawa.

"Sejak bila dia ada nama ni? Taetae pula tu," balas Rachel sedikit tergelak di hujung ayatnya. Comelnya nama.

"Biarlah. Dia sesuai apa nama Taetae," kata Taehyung tidak mahu kalah. Bibirnya dimuncungkan walaupun Rachel tidak akan nampak.

"Ya, sesuai. Tapi dia buat saya makin rindu kat awak..." ujar Rachel lalu menekup mukanya pada Taetae.

Taehyung senyum nipis. "Sebab tulah aku sembur minyak wangi aku dekat dia hari-hari sebelum turun makan. Biar kau rindu kat aku."

Rachel terus duduk dari pembaringan. "Hah? Bila masa awak masuk bilik saya?"

"Hari-hari, selalunya waktu makan malam," jawab Taehyung sedikit bangga.

"Wah, saya tak pernah perasan pun."

"Dah kau lembab."

"Hei! Tak baik kata orang lembab," marah Rachel dengan bibir tercebik-cebik. Tak puas hati dengan Taehyung yang berkata sedemikian.

"Tak maksudkan pun," balas Taehyung sambil ketawa kecil.

Jeda seketika. Rachel memandang jam di dinding. Hampir pukul 12 malam. Patutlah terasa layu saja matanya.

"Awak..."

"Ya, sayang?"

"Sing for me, can?" pinta Rachel dengan suara perlahan. Dia baring semula, siap berselimut.

"Boleh. Listen and go to sleep, alright?"

Rachel menggumam setuju. Dia mula pejamkan mata dan perlahan-lahan terlelap dengan nyanyian Taehyung.

"She looks like a blue parrot
Would you come fly to me?

I want some good day, good day, good day
G

ood day, good day


Looks like a winter bear
You sleep so happily
I wish you good night, good night, good night
Good night, good night

Imagine your face
Say hello to me
Then all the bad days
They're nothing to me
With you
Winter bear

Ooh, ooh, ooh
Sleep like a winter bear
Ooh, ooh, ooh
Sleep like a winter bear.."

Taehyung menamatkan nyanyiannya sambil tersenyum sungging.

"Jaljayo Cherry-ah. Aku rindu kau juga."

Talian dimatikan.

◼◼◼

Lately you guys have been asking,
ya. Taehyung memang akan berkahwin dengan Haeun.

Tapi, jangan broken lagi. Make sure baca cerita ni sampai habis ya. Stay tune ❤

Jangan lupa, Rachel masih
heroin cerita ni.

10/09/2020, 9.58 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro