37 ; she's in danger
" Her Bad Boy - 37 "
• She's in Danger •
⬜⬜⬜⬜⬜
I need you girl
왜 혼자 사랑하고 혼자서만 이별해
I need you girl
왜 다칠 걸 알면서 자꾸 니가 필요해
I need you girl
Why am I in love alone, why am I hurting alone
I need you girl
Why do I keep needing you when I know I'll get hurt?
- BTS, I Need U
⬜⬜⬜⬜⬜
Mature content ahead (16+)
-mention of curse word
-sexual harassment
Rachel's Pov
Aku memastikan ikatan tali kasut betul-betul kemas sebelum bangun dan memandang Taehyung. Secara tak sengaja aku tergelak.
Taehyung, dari tadi asyik memuncungkan bibirnya.
"Dah-dahlah tu tarik muka dengan saya. Saya pergi sekejap saja," ujarku sambil mencubit pipi kirinya. Taehyung mengeluh dan membiarkan aku menarik tangannya ke kereta.
"Aku nak ikut, tapi Jungkook ajak jumpa pula."
Aku sengih saja mendengar ayat dia. Taehyung mula memandu untuk menghantar aku ke syarikat.
Oh ya, aku tak pernah beritahu bukan? Nama syarikat yang tak lama lagi akan jadi hak aku sepenuhnya ialah Yeora Holdings. Kenapa Yeora? Sebab nama appa ialah Yeonjun dan nama omma ialah Yura. Entah kenapa aku dinamakan Rachel.
"Lama ke awak nak jumpa dia?" tanyaku memecahkan kesunyian. Radio yang tidak dipasang dari tadi aku pasangkan, tak mahu sepi sangat.
"Sekejap kot. Kalau kau nak balik, aku gerak ambil." Taehyung membalas sambil menguap. Mengantuklah tu.
Tak lama kemudian, kereta Taehyung terparkir elok di hadapan pintu masuk utama bangunan Yeora Holdings. Aku menyangkut beg tangan di bahu.
"Terima kasih, driver." Aku tertawa kecil saat mengucapkan itu. Taehyung menggulingkan matanya sambil tersenyum.
"Sayang."
Panggilan dari Taehyung membantutkan niat aku untuk keluar. Aku berpaling memandangnya dengan pandangan tertanya-tanya.
"Jaga diri."
Aku senyum lalu angguk. "Mestilah. Awak pun."
◼◼◼
Nobody's Pov
Taehyung mematikan enjin kereta. Langkah kakinya diorak ke arah Kafe Euphoria yang menjadi pilihan Jungkook.
Sampai sahaja di situ, Taehyung memilih untuk duduk di salah sebuah meja yang terletak di tepi tingkap. Jungkook masih belum kelihatan.
"Bongok. Janji pukul 6, dah setengah jam lebih pun tak sampai lagi," bebel Taehyung sendirian setelah melihat jam di tangannya. Ingatkan dia yang sampai lambat, rupanya Jungkook lagi lambat.
Taehyung membuat pesanan secawan Americano ais untuknya manakala untuk Jungkook, secawan coklat panas. Sambil-sambil menunggu kehadiran lelaki bergigi arnab itu, Taehyung melayari laman Twitternya.
"Hyung! Sorry late."
Taehyung memandang Jungkook dengan jelingan. Lelaki yang lebih muda darinya itu tersengih-sengih dan tanpa segan silu menghirup coklat panas.
"Kau nak apa jumpa aku?" tanya Taehyung sejurus saja dia meletakkan telefonnya ke tepi.
"Nak tanya pendapat ni." Jungkook menjawab, masih dengan sengihan di bibir. Taehyung angkat kening, menanti ayat seterusnya.
"Kook ada minat dekat seorang perempuan ni."
Taehyung membuat muka teruja. Dia menepuk-nepuk meja sehinggakan beberapa pengunjung kafe tersebut memandangnya.
"Ish! Malulah orang tengok." Jungkook menampar tangan Taehyung yang terlebih excited itu.
"Maaflah." Taehyung senyum petak. Jungkook hanya diam.
"Cepatlah cerita. Siapa perempuan tu?" tanya Taehyung tidak sabar-sabar. Matanya bercahaya memandang Jungkook.
"Hm, hyung kenal Alyssa?"
Taehyung mengecilkan mata sebelum berkerut keningnya. "Alyssa Choi?"
Jungkook angguk malu-malu. Taehyung melopongkan mulutnya sebelum tergelak.
"Seriuslah? Tak sangka pula kau suka dia. Ex aku tu." Taehyung tergelak. Teringat pula dengan Alyssa yang pernah menjadi mangsanya tahun lepas. Gadis itu sebaya dengan Jungkook dan merupakan juniornya.
"Tch. Kook bukan nak mainkan dia, okay. Hyung je yang buat macam tu." Jungkook membalas dengan tegas apabila Taehyung ketawa tak henti-henti. Entah apa yang kelakar sangat.
"Tapi okaylah. Dia tu cantik apa, comel juga. Maklumlah, orang berdarah kacukan." Taehyung menghirup airnya sedikit.
"Eh, dah ada Rachel noona pun masih nak puji perempuan lain," bidas Jungkook sambil mencebik. Taehyung menggulingkan mata.
"Puji je pun. Tetap Rachel yang aku suka."
◼◼◼
Rachel mundar-mandir di hadapan pintu bilik mesyuarat.
Ish, kalau dia tahu dia tak nak pergi.
Manakan tidak, Aunty Hyewon tiba-tiba berkata dia terpaksa bertolak ke Busan kerana anaknya kemalangan di sana.
Dan malangnya, Aunty Hyewon menyerahkan fail syarikat yang perlu Rachel tandatangani kepada Eunwoo. Ini bermakna Rachel perlu berjumpa dengan lelaki itu.
"Cik? Kenapa tak masuk lagi? Encik Eunwoo dah tunggu tu." Seorang pekerja di situ menegur Rachel. Rachel tersengih malu.
"Er, nak masuklah ni. Awak semua dah nak balik ke?" tanya Rachel apabila dia melihat hampir kesemua pekerja di situ mula mengemas.
"Ya. Dah habis waktu bekerja. Pukul 6 lebih dah ni." Pekerja itu menjawab dengan sopan.
Rachel mengangguk. Mahu tak mahu dia perlu berjumpa dengan Eunwoo juga.
Gadis itu membuka pintu akhirnya. Eunwoo yang sedari tadi membelek-belek fail yang diberikan oleh Aunty Hyewon tersenyum.
"Lambatnya." Eunwoo berkata sebelum meminta Rachel duduk di hadapannya. Rachel teragak-agak sebelum memilih untuk duduk berjarak dua kerusi dari Eunwoo.
Tergelak Eunwoo dibuatnya.
"Lah, jauhnya duduk. Awak takut dengan saya? Jangan risaulah. Saya tak makan orang." Eunwoo melemparkan senyuman manis kepada Rachel yang masih dengan muka seriusnya.
Menyedari Rachel tidak mahu berkata apa-apa, Eunwoo bersuara lagi. "Saya minta maaf pasal hari tu. Saya tak sengaja. Kita lupakan ya?"
Rachel tidak menjawab. Sebaliknya dia mengubah topik.
"Hm, mana fail tu? Boleh beri kepada saya? Saya nak balik rumah ni."
Eunwoo menunjuk pada fail yang berada di hadapannya. Baru sahaja Rachel ingin menggapainya, Eunwoo terlebih dahulu menarik semua fail itu ke arahnya. Terjongket kening Rachel.
"Bagilah, Eunwoo." Rachel menggesa apabila Eunwoo mengambil semua fail itu dan meletakkan di tempat lain iaitu laci yang berada di sebelahnya.
Main-main pula. Panas hati Rachel dibuatnya.
"Takkanlah secepat itu. Rachel, kita belum kenal-kenal lagi," kata Eunwoo sambil memuncungkan bibir. Rachel menelan liurnya.
"Tak ada apa-apa yang perlu kita kenal. Bagi saya fail tu dan kita balik. Cepatlah, kejap lagi mereka nak kosongkan bangunan." Rachel bangun dan cuba mengambil fail itu apabila Eunwoo masih tidak berkutik.
Berjaya. Rachel menghela nafas lega dan terus melangkah ke arah pintu untuk keluar. Namun, Eunwoo cepat-cepat memeluk pinggangnya lalu pintu dikunci. Terlepas fail-fail tersebut dari tangan Rachel.
Masa yang tepat. Tiada sesiapa di luar. Semua sudah pulang. Eunwoo tersengih sebelum mengucup leher Rachel.
"Eunwoo! Lepaskan saya!" Rachel cuba menyiku perut Eunwoo. Wangian tubuh Eunwoo membuatkan gadis itu terasa sesak. Eunwoo memeluknya erat.
"Hmm, dah masuk perangkap mana boleh keluar, si cantik."
◼◼◼
"Dah pandai keluar sendiri tak reti nak balik sendiri pula."
Jungkook mencebik. Taehyung di sebelahnya dijeling sekilas.
"Berkira betul. Dah masa-masa nilah pemandu Kook nak pergi bawa omma ke rumah kawan dia. Terpaksalah Kook tumpang hyung." Jungkook membalas jujur. Tak pasal-pasal Taehyung perlu menghantarnya pulang.
"Aku kena ambil Rachel, tapi dia tak telefon lagi." Taehyung berkata, telefonnya dilihat banyak kali namun satu panggilan pun belum diterima daripada Rachel.
"Rachel noona pergi mana?" tanya Jungkook dengan mata bulatnya.
"Syarikat dia. Dah lama dah, dia kata pergi sekejap je. Dari pukul 6 tadi, tak call langsung." Taehyung mula naik risau. Dia memandu ke arah Yeora Holdings dengan lebih laju namun masih cermat.
"Cuba telefon dia," cadang Jungkook apabila melihat Taehyung semakin buntu. Mereka sudah tiba di hadapan bangunan. Dah gelap pula. Jungkook pun jadi risau.
Taehyung menurut saja. Dia mendail nombor Rachel namun malangnya tidak berangkat. Sekali lagi Taehyung cuba. Pelik pula, panggilan bukan tak berangkat namun tidak sampai menandakan nombor itu tidak diaktifkan. Mustahil Rachel tiba-tiba matikan telefon.
"Macam mana?" tanya Jungkook. Pelik melihat Taehyung tiba-tiba mematikan enjin.
"Tak angkat. Lepas tu kali kedua telefon, panggilan tak sampai." Taehyung keluar dari kereta, diikuti Jungkook yang masih bingung.
"Maafkan saya, ada nampak Rachel Park?" tanya Taehyung pada seorang pekerja yang lalu di situ, ingin keluar.
"Cik Rachel? Dia ada dekat atas, tingkat 5. Katanya jumpa dengan Encik Eunwoo di bilik mesyuarat." Pekerja itu menjawab tenang.
Berderau darah Taehyung. Sebaik saja mengucapkan terima kasih, dia berlari ke tingkat lima. Jungkook hanya mengikut tanpa bertanya walaupun dia terasa pelik.
◼◼◼
Eunwoo berdecit apabila terdengar telefon bimbit Rachel berbunyi. Tanpa berlengah dia menyeluk beg tangan Rachel dan melihat skrin.
"Eh? Ada namchin kau carilah." Eunwoo memberitahu dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Rachel yang sudah serabai rambutnya akibat bergelut dengan Eunwoo tadi.
"Saya nak angkat!" Rachel cuba menggapai telefonnya namun Eunwoo bingkas melarikan lalu mematikan telefon itu.
"Shh, aku tak nak ada sesiapa kacau kita."
Eunwoo memeluk kembali pinggang Rachel dan mencium bibirnya sambil tangannya meliar di seluruh tubuh gadis yang berusaha melepaskan diri itu.
Rachel menampar kuat wajah Eunwoo. Berdarah bibir lelaki itu dibuatnya. Eunwoo tersengih sinis. Rambut Rachel ditarik geram oleh Eunwoo sehinggalah gadis itu meraung kesakitan. Tak cukup itu, Eunwoo menampar Rachel semula, lebih kuat.
"B*tch, tengok dulu siapa lawan kau. Okay, let's have the real 'fun'." Baju Rachel direntap kasar oleh Eunwoo.
◼◼◼
"Bodoh! Masa inilah lif tak berfungsi." Taehyung mencarut apabila melihat tanda 'lif sedang diselenggara' di situ. Dia lantas menukar strategi, tangga dinaiki dengan laju.
"Hyung! Tunggulah!" jerit Jungkook dari bawah. Taehyung tidak menghiraukan, langkah kakinya lebih pantas dari tadi apabila hampir tiba ke tingkat lima.
Akhirnya Taehyung tiba. Dia melilaukan mata, mencari bilik mesyuarat. Jumpa, Taehyung berlari-lari anak ke arah situ. Jungkook mengikut tidak jauh dari belakang.
Tombol dipulas oleh Taehyung berulang kali. Terkunci. Tanpa membuang masa dia cuba memecahkan pintu tersebut, apatah lagi apabila mendengar tangisan Rachel dari dalam.
"Bukalah, Eunwoo! Kau buat apa ni?!" jerkah Taehyung dari luar. Dia masih menendang pintu tak henti-henti. Eh pintu ni, kebal pula.
"Sh*t, hero dah datang pula." Eunwoo menjilat bibirnya yang sudah puas melumat bibir Rachel dari tadi. Rachel yang sudah lebam-lebam muka menangis tidak putus-putus.
Tak sampai sepuluh saat, pintu berjaya dipecahkan oleh Taehyung. Taehyung terus menerjah masuk ke dalam dan menarik kolar baju Eunwoo. Dia menghadiahkan tumbukan pada lelaki itu berulang kali.
"Berapa kali aku nak cakap, Rachel aku punya! Aku punyalah, sial!" Bertubi-tubi tumbukan dihala pada muka Eunwoo.
"Dia terlalu cantik untuk aku lepaskan." Eunwoo menjawab sambil tergelak. Terbakar lagi api kemarahan Taehyung. Eunwoo dibelasah lagi untuk melepaskan kemarahannya.
Tak lama kemudian, Jungkook muncul di pintu. Terperanjat lelaki itu dibuatnya.
"W— wow." Jungkook terpaku melihat suasana di hadapan mata. Dengan Taehyung dan Eunwoo yang dah nazak dikerjakan, termasuk pula Rachel dalam keadaan, ehem. Seksi.
Teragak-agak Jungkook untuk membantu Rachel. Gadis itu masih menangis sambil memeluk tubuhnya dengan lutut.
"Tengok apa lagi?! Tolong dialah, bodoh!" Marah Taehyung apabila melihat Jungkook tidak berganjak. Eunwoo ditumbuk lagi sehingga puas.
Jungkook akhirnya tersedar. Dia cepat-cepat mengambil baju Rachel yang berada di atas lantai lalu menutup tubuh gadis itu yang terdedah.
"Noona tak apa-apa?" tanya Jungkook apabila Rachel mula reda tangisannya. Rachel menggeleng.
"Kau, uruskan jantan ni." Taehyung mengarahkan Jungkook. Eunwoo sudah terbaring menahan sakit.
Huh, siapa suruh cari pasal. Taehyung berdengus. Dia menghampiri Rachel untuk menenangkan gadis itu.
Semakin kuat pula tangisan Rachel apabila Taehyung muncul di hadapannya. Rambut Rachel dikemaskan oleh Taehyung lembut, dan dia terasa ingin mencarut lagi apabila melihat lebam-lebam di bibir gadis itu. Tambahan lagi, leher Rachel juga bertanda. Tch, Eunwoo memang nak kena.
"Cherry..." panggil Taehyung perlahan. Rachel masih teresak-esak lantas Taehyung menariknya ke dalam pelukan.
"It's okay. Kau selamat, sayang. Shh..." pujuk Taehyung sambil mengucup dahi Rachel.
"Saya nak balik, bawa saya balik." Rachel berkata dalam sedu-sedannya. Taehyung angguk dan membantu gadis itu bangun. Jaketnya dibuka lantas disarung pada Rachel yang sudah koyak bajunya.
"Kita balik okay. Jangan menangis, aku ada."
Rachel dipujuk lagi.
◼◼◼
sksksksksks
apa aku taip ni, pukul
tiga pagi lak tu update
chapter ni serius sangat,
jadi aku tambahlah jungkook
bagi kelakar sikit, sikit jelah. HAHAHAH
03/09/2020, 3.00 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro