Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36 ; threat

“ Her Bad Boy - 36 ”

• Threat •

⬜⬜⬜⬜⬜

Caught in a lie
순결했던 날 찾아줘
이 거짓 속에 헤어날 수 없어
내 웃음을 돌려놔줘

Caught in a lie
Find the me that was innocent
I can't free myself from this lie
Give me back my laughter

- BTS, Lie

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Pulang sahaja dari Hotel Serendipity, seisi kereta dilanda sepi. Masing-masing tidak membuka mulut, sekadar melayari perasaan sahaja.

"Taehyung..." Lembut saja suara Puan Kim memanggil, memecahkan kesunyian.

"Ya, omma?" Taehyung menyahut dengan nada rendah. Pandangannya dilemparkan pada ibunya itu.

"Kamu tak berkenan pada Haeun?" tanya Puan Kim sambil mencabut skaf yang membelit lehernya, agak panas dengan suhu dalam kereta yang dipasang heater.

Taehyung diam seketika. Dia memandang sekilas ke arah Rachel yang sedang tersenyum padanya. Pandangan dialihkan semula ke arah Puan Kim sebelum dia menggeleng.

Puan Kim tersenyum tawar. Faham benar dengan isi hati anaknya itu. Dia mengerling ke arah suaminya yang ralit memandang skrin telefon bimbit.

Tak lama kemudian, mereka tiba di kediaman keluarga kecil itu. Pintu kereta dibuka oleh pengawal keselamatan yang sudah menunggu. Puan Kim turun dahulu diikuti Tuan Kim.

Sementara itu, Rachel dan Taehyung turun dengan gelak tawa, seronok sungguh. Tuan Kim mencerlung ke arah keduanya dengan tajam.

"Taehyung, appa nak bercakap dengan kamu. Bilik bacaan, dua minit dari sekarang." Tuan Kim terus berlalu sebaik sahaja menghabiskan ayat.

Puan Kim memegang lengan Taehyung. "Tae, bincang dengan appa elok-elok ya. Jangan kurang ajar dengan dia pula."

Taehyung senyum. Bahu ibunya dirangkul sekejap. "Geokjeong-hajima eomeonim."

Rachel menghadiahkan senyuman segaris pada Taehyung sebelum mereka berpisah. Puan Kim dan Rachel terus berlalu ke tingkat tiga, ke kamar mereka manakala Taehyung berhenti di tingkat dua yang menempatkan bilik bacaan.

Taehyung menarik nafas dalam-dalam semasa melangkah ke arah bilik bacaan. Dia berhenti seketika di hadapan pintu, mengumpul kekuatan.

"Haish, tak apa. Kau bantah je habis-habisan. Kalau tak jadi, nanti lari jelah masa majlis. Hahaha," bisik Taehyung sendirian, cuba menenangkan hatinya sendiri.

Klik!

Pintu bilik akhirnya dipulas tombolnya. Taehyung masuk dan menutup semula pintu, tidak mahu sesiapa mengganggu mereka.

"Hm, sampai dah kamu?" Tuan Kim meletakkan semula surat khabar ke atas meja. Cermin matanya dibuka, juga diletakkan ke atas meja. Dia memerhati saja anaknya yang menghampirinya lalu duduk berhadapan dengannya.

"Ada apa appa nak jumpa Tae?" tanya Taehyung tanpa menunggu lama. Dia memandang ke arah ayahnya yang sedang membetulkan duduk.

"Kamu dengan Rachel, ada apa-apa ke?" soal Tuan Kim sambil memandang tepat pada mata Taehyung.

Taehyung berdecit, dia tersengih sinis sebelum menjawab, "Kalau ada pun, kenapa? Appa tak ada kaitan pun."

Tuan Kim tersandar, melihat Taehyung dengan kagum. Tak disangka anaknya lantang bersuara. Semakin Taehyung menjejak ke alam dewasa, semakin susah dia menurut permintaannya.

"Wow, young man. Watch your words. Siapa kata appa tak ada kaitan? I am your father, Taehyung."

Taehyung masih tersenyum sinis. Dia diam sahaja, menunggu ayat seterusnya.

"Listen here, Taehyung. Kamu akan dijodohkan dengan Haeun. Majlis pertunangan dah ada tarikh, dua minggu dari sekarang. Habis saja sekolah, kamu berdua akan berkahwin." Tuan Kim berkata dengan suara mendatar.

"Berapa kali Tae kena cakap, Tae tak mahu? Tolonglah appa. Tae boleh buat apa saja, cuma Tae merayu jangan hancurkan hidup Tae dengan pasangan hidup yang appa sendiri tentukan. Tae pun berhak pilih sendiri isteri Tae." Taehyung menjawab, sedikit perlahan di hujung ayat. Kecewa sungguh dengan permintaan ayahnya kali ini. Dia menunduk dan mengurut kepalanya.

Tuan Kim menggeleng. "Kamu akan ikut juga arahan appa, sebab kalau tak, appa akan buat sesuatu pada Rachel."

Terangkat muka Taehyung. Dia memandang Tuan Kim yang sudah tersenyum puas.

"Apa? Appa nak buat apa pada dia?" Taehyung bertanya dengan debaran dalam hati. Minta-mintalah ayahnya tak buat yang bukan-bukan.

"Dengar cakap appa, dan Rachel boleh tinggal di sini sampai bila-bila. Kamu bantah, appa akan hantar Rachel ke tempat lain."

Taehyung mengepal penumbuknya. "Jangan berani buat macam tu pada dia! Dia tak bersalah, appa! Bukannya dia ada keluarga pun untuk bertumpang kasih."

"Jadi? Kamu kena ingat Taehyung, kita sendiri tak ada apa-apa pertalian darah dengan dia. Kahwin dengan Haeun, dan Rachel akan tetap jadi adik angkat kamu." Tuan Kim menamatkan mukadimahnya dan bangun. Taehyung ditinggalkan bersendirian.

"Argh!" Taehyung meraup wajahnya kasar. Sakit hati dengan ayahnya sendiri.

◼◼◼

Rachel yang baru selesai mandi menguap seketika. Rambutnya yang basah dibiarkan kering sendiri. Malas juga nak keringkan apabila sudah lewat begini. Cukuplah lap ala kadar sahaja. Dia melihat ke arah jam di dinding.

"Dah pukul sebelas rupanya," bebel gadis itu sendirian. Meja belajar dituju dan dia mengemas buku untuk sekolah esok.

Sedang leka gadis itu mengemas buku, muncul Taehyung di muka pintu. Lelaki itu juga sudah bertukar kepada baju tidur.

"Rachel." Sengaja Taehyung memanggil dengan nama sebenar gadis itu. Terjongket kening Rachel dibuatnya.

"Hm, awak buat apa kat sini?" tanya Rachel tanpa memandang Taehyung. Dia zip begnya kemas-kemas sebelum memandang ke arah lelaki itu.

"Tak ada apa. Saja nak kacau kau," balas Taehyung sambil tersengih. Rachel bangun dan menghampiri Taehyung.

"Appa awak cakap apa tadi?" tanya Rachel dengan curiga. Taehyung senyum sebelum menarik Rachel duduk di sebelahnya di atas katil.

"Pertunangan aku, dua minggu lagi." Taehyung diam sebentar, menunggu reaksi Rachel.

Gadis itu agak tersentak namun dia mengawal reaksi mukanya. Pipi Taehyung dia usap perlahan, dengan senyuman di bibir. Ya, senyum paksa.

"Tahniah," ucap Rachel, entah ikhlas atau tidak. Taehyung cebikkan bibir, Rachel dipandang geram sehinggalah gadis itu melepaskan tawaan.

"Saya gurau jelah. Eii, semoga tak bahagia sampai bila-bila." Rachel membuat muka cemberut. Memang sampai bila-bila dia tak suka si Haeun tu.

Kali ini, Taehyung pula yang tergelak. Pipi Rachel dicubit-cubit geram. Rachel memuncungkan bibir, konon-konon merajuk dengan Taehyung.

"Aku taknak tunang dengan dia. Macam mana ni?" Taehyung mengeluh berat. Terasa beban di bahu sangat berat kali ini.

"Manalah saya tahu. Bukan saya boleh cakap apa-apa pun. Cuba awak suruh omma cakapkan dengan appa, mana tahu dia boleh batalkan semua ni?" Rachel memberi cadangan. Namun begitu Taehyung hanya diam tak berkutik lalu menggeleng.

"No, aku tak rasa appa akan ubah keputusan dia walaupun omma masuk campur." Taehyung tersenyum pahit. Rachel yang melihat terasa kasihan pula.

"Awak nak saya sendiri cakap dengan appa?" tanya Rachel lagi, mencuba nasib.

Pantas Taehyung geleng. "Jangan nak mengada." Kepala Rachel diketuk perlahan. Rachel memegang kepalanya sambil mencebik.

"Kenapa pula?" tanya Rachel tidak puas hati.

"Geunyang. Biar aku sendiri yang uruskan, okey sayang. Kau duduk diam-diam je dalam hati aku," kata Taehyung, sedikit berjenaka membuatkan Rachel tertawa.

"Ya. Awak pun sama, kunci saya elok-elok dalam tu. Takut ada pula insan bernama Haeun ceroboh masuk ambil tempat saya," seloroh Rachel mengusik Taehyung. Taehyung menggulingkan mata.

"Jangan risaulah, takkan punya. Berani-berani dia nak ambil tempat kau, aku bunuh dia nanti." Taehyung mengusap rambut Rachel perlahan. Suka dia melihat Rachel tersenyum girang.

"Cherry..." Taehyung memanggil apabila melihat Rachel termenung.

"Hm?" Rachel menggumam. Tangan Taehyung diambil lalu ditilik-tilik tanpa sebab.

"Kau takkan tinggalkan aku kan?" tanya Taehyung perlahan. Dia terasa sebak memikirkan ugutan ayahnya tadi.

Rachel menatap muka Taehyung yang berubah mendung itu. Dia usap rambut Taehyung sambil tersenyum manis.

"Sudah tentulah. Kenapa awak tanya macam tu?" Rachel menyoal, terasa pelik. Cuak juga dia melihat Taehyung yang tiba-tiba muram itu.

"Tae, kenapa? Awak ada apa-apa nak bagitahu saya ke?" tanya Rachel lembut, masih mengusap rambut Taehyung.

Taehyung menggeleng lantas tubuh kecil Rachel dipeluk erat.

"Aku sayang kau. Sayang sangat," lirih Taehyung berkata. Dia memejam mata yang terasa semakin berkaca-kaca.

"Saya pun sayang awak. Tak apa, semuanya akan baik-baik saja nanti," pujuk Rachel perlahan. Belakang badan lelaki itu digosok-gosok sambil membisik ayat-ayat menenangkan.

Biar hilang keresahannya. Biar Taehyung sentiasa gembira.

◼◼◼

Haeun sekali lagi ke kelab malam milik ayah Eunwoo malam itu. Dengan gaun malam yang masih tersarung di tubuh, dia memesan minuman beralkohol.

"Anything else, miss?"

Haeun geleng. Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesanannya.

Haeun lepaskan ikatan rambutnya yang dirasakan serabut itu. Dia biarkan rambut panjangnya terurai begitu saja.

Pelayan tadi tiba dan meletakkan satu botol wain dengan gelas kaca di atas meja. Baru saja dia ingin pergi, Haeun terlebih dahulu menahannya.

"Panggilkan bos muda kau, aku tunggu." Haeun tanpa segan silu berkata. Niatnya hendak bercerita dengan Eunwoo.

"Baik." Pelayan itu mengangguk dan beredar.

Eunwoo yang menerima maklumat itu tersengih. Dia membetulkan rambut untuk bertemu Haeun. Senyuman manis ditayang pada gadis yang bermuka ketat itu.

"Busy ke? I ada benda nak cerita ni," kata Haeun sebaik sahaja Eunwoo duduk di hadapannya.

"Taklah. Untuk you, I sentiasa ada masa," kata Eunwoo dan Haeun tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik itu.

"Still remember Taehyung?" Haeun memulakan bicara selepas meneguk air sehingga habis secawan.

Eunwoo berfikir sejenak sebelum menangkap memorinya. "Ya, ingat. Kenapa dengan dia? Buat hal lagi?"

Haeun senyum nipis. "Taklah, cuma... I dengan dia bakal bertunang dua minggu lagi."

Mati senyuman Eunwoo. Perlahan-lahan dia pandang wajah cantik Haeun, mencari kejujuran. Haeun angguk lagi.

"Wow, congrats. Dah tu apa masalahnya?" soal Eunwoo walaupun agak kecewa kerana Haeun sudah berpunya.

"Masalahnya, dia tak nak." Pendek sahaja jawapan Haeun. Gadis itu menuang lagi wain ke dalam gelas sehingga memenuhi separuh.

"Hah? Kenapa pula?" tanya Eunwoo, pelik dengan jawapan Haeun.

Haeun meneguk minuman keras itu sehingga habis lagi. Dia lap bibirnya sebelum sengih sinis.

"Sebab, perempuan tu." Haeun mengusutkan rambutnya.

"Perempuan mana?" Eunwoo masih bersabar mendengar cerita Haeun.

"Perempuan tu, Rachel." Haeun tertawa sendiri, mungkin kerana alkohol yang semakin memabukkannya.

"Rachel?" Eunwoo mengangkat kening. Adakah Rachel yang dikenalinya?

Haeun angguk. IPhone 11 dikeluarkan dari beg tangannya. Dia membuka galeri telefon itu dan mencari-cari sesuatu.

"Ini, Rachel." Haeun menunjukkan gambar yang dia sendiri ambil dari Instagram Rachel.

Eunwoo menyembunyikan senyuman. Bingo!

"Yeppeune..." Tanpa sengaja Eunwoo memuji Rachel. Haeun mengerutkan dahi sebelum meja itu ditepuk kasar.

"Woah, relakslah. Kenapa ni, babe ?" Eunwoo mencapai tangan Haeun lalu mencium lembut. Haeun mendengus geram.

"Siapa kata dia cantik?!" marah Haeun sebelum menepis tangan Eunwoo. Telefonnya diambil lalu disimpan semula.

"I kata. Cantiklah dia, muka soft and innocent gitu." Eunwoo memuji lagi. Haeun diam dan memandang Eunwoo dengan senyuman di bibir.

"Cantik kan dia? Comel kan?" tanya Haeun dengan pandangan penuh makna.

Eunwoo mengangguk laju dan tersengih.

"Okay. Dengar sini, Eunwoo. I nak you tolong I boleh?" Haeun senyum paling manis buat lelaki itu.

"Oh, mestilah sayang. Apa dia?"

"Rosakkan Rachel."

"Apa?!"

◼◼◼

amacam gais, takut takkk
takut takkk HAHAHAHAH

SELAMAT HARI MERDEKA!

oh ya, esok birthday buah hati
saya, jeon jungkook ❤

31/08/2020, 8.14 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro