35 ; dinner
“ Her Bad Boy - 35 ”
• Dinner •
⬜⬜⬜⬜⬜
곁에 머물러줄래
내게 약속해줄래
손 대면 날아갈까 부서질까
겁나 겁나 겁나
시간을 멈출래
이 순간이 지나면
없었던 일이 될까 널 잃을까
겁나 겁나 겁나
Will you stay by my side
Will you promise me
If I let go of your hand, you'll fly away and break
I'm scared scared scared of that
Will you stop time
If this moment passes
As though it hadn't happened
I'm scared scared scared I'll lose you
- BTS, Butterfly
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Taehyung berdiri sambil tersenyum memandang Rachel di hadapannya. Sesekali wajah Rachel dicuit-cuit. Merengek gadis itu dibuatnya.
"Tae! Jangan gerak-geraklah," ujar Rachel separuh menjerit. Tali leher Taehyung dibetulkan semula, agak kasar.
"Ish! Ganas." Taehyung yang hampir terjerut itu menahan tangan Rachel dari bergerak. Rachel menjelingnya lalu Taehyung ketawa kecil.
"Okay, okay. Aku tak main-main dah. Cepatlah, lambat pula nanti." Taehyung akhirnya mengalah jua. Postur tubuhnya direndahkan sedikit, memudahkan Rachel mengikat tali leher untuknya.
Membahang juga wajah Rachel apabila wajah Taehyung berada berhadapan dengannya, dengan jarak lebih kurang satu inci sahaja. Wangian tubuh lelaki itu jangan cakaplah, dah lama menusuk ke kalbu.
"Dah?" tanya Taehyung apabila Rachel menurunkan tangannya. Rachel mengangguk.
"Hmm, tengok jap." Taehyung pegang perlahan dagu Rachel dan gerakkan ke kiri dan kanan. Dia tersenyum melihat Rachel yang tidak mengenakan solekan tebal tapi masih cantik itu.
"Ish, janganlah usik!" Rachel memarahi Taehyung yang menguis-nguis bibirnya. Tangan Taehyung ditepis darinya.
"Usik sikit pun tak boleh..." Taehyung mencebik sambil bercekak pinggang.
Rachel hanya mengabaikan Taehyung untuk mendapatkan tas tangannya. Dia dan Taehyung mengenakan pakaian formal iaitu gaun dan tuksedo untuk majlis makan malam itu.
"Awak," panggil Rachel sambil menuju ke arah Taehyung.
"Apa dia?" Taehyung mengangkat kening.
"Awak kenal ke keluarga Jung tu?"
Taehyung terdiam sejenak. Otaknya memproses sesuatu sebelum dia menggeleng.
"Tak kenal. Sebelum ni memang selalu keluarga aku ada dinner, tapi belum pernah dengan keluarga Jung." Taehyung menjawab penuh yakin. Dia pasti sebelum ini dia tidak pernah berjumpa lagi dengan keluarga Jung.
"Oh..." Rachel menjawab perlahan.
"Kenapa kau tanya?" Taehyung menyoal ingin tahu.
"Taklah, saya rasa tak sedap hati." Rachel menyuarakan kebimbangannya. Taehyung tersenyum nipis, tangan gadis itu diraih dan digenggamnya.
"Janganlah macam tu. Mungkin kau nervous, ini kan first time. Tak apa, lama-lama biasalah tu. Jangan risaulah. Aku kan ada," kata Taehyung sambil tersenyum manis.
Rachel lambat-lambat membalas senyuman Taehyung. Taehyung menarik tangan Taehyung dan mereka ke tingkat bawah sambil berpegang tangan.
"Amboi, amboi. Cantik dan kacak anak-anak omma," kata Puan Kim sambil tersenyum simpul. Dalam hatinya sangat suka melihat mereka yang sepadan bak pinang dibelah dua.
"Cherry cantik kan, omma?" tanya Taehyung dengan mata bersinar memandang Rachel di sebelahnya. Rachel tertunduk malu.
"Ya, cantik sangat," jawab Puan Kim masih dengan senyuman. Tanpa berlengah, mereka beriringan ke kereta yang sudah tersedia untuk membawa mereka sekeluarga ke Hotel Serendipity malam itu.
◼◼◼
Rachel's Pov
Dalam perjalanan ke hotel, aku asyik terasa gugup saja. Perbualan antara Taehyung dan kedua ibu bapanya hanya berlalu di telinga tanpa aku mengerti isinya, semuanya seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Kini, kamu sudah tiba di pintu masuk hotel, di mana kereta berhenti. Omma dan appa keluar dahulu, manakala Taehyung menjadi yang terakhir selepas aku. Kami mengikut langkah omma dan appa yang menonong laju ke arah lif.
Apabila lif sampai ke tingkat atas sekali iaitu tingkat ke-13, lif pun berhenti. Aku sekali lagi mengekori langkah mereka tanpa berkata apa-apa. Pandangan mata aku melilau ke arah sekeliling.
Cantik. Tempat makan yang luas itu dihiasi dengan beberapa chandelier, hiasan bunga-bunga bertemakan Inggeris, meja-meja kaca yang menempatkan batu marmar di sekelilingnya dan tak kurang juga pekerja hotel yang sudahpun menunduk hormat pada kami. Mewah sungguh.
"Selamat datang, Tuan, Puan. Jemput duduk. Keluarga Jung akan sampai tak lama lagi," ucap seorang pekerja sambil menarik kerusi buat kami. Aku duduk dengan berhati-hati di sebelah Taehyung, manakala omma di sebelah dia. Appa memilih untuk duduk di hujung meja.
Dari bawah meja, Taehyung mencapai tangan aku. Aku pandang dia dengan kening terangkat.
"Saranghae." bisiknya tiba-tiba. Aku hanya tersenyum mendengarnya.
◼◼◼
Nobody's Pov
"Kim! Lama tak jumpa." Tuan Jung berpelukan dengan Tuan Kim. Mereka berbual dengan mesra sekali. Sementara itu Puan Kim dan Puan Jung turut bertegur sapa, mengenali antara satu sama lain.
Di satu sudut yang lain, kelihatan Taehyung dan Rachel yang sudah tersentak melihat kelibat seseorang di situ.
Siapa lagi kalau bukan Jung Haeun.
Gadis itu tersenyum manis dan mengambil tempat bersebelahan ibunya. Walaupun dia juga pelik dengan kehadiran Rachel di situ, namun dia tidak pula menegur.
"Ehem, siapa tu?" tanya Puan Jung sambil memandang ke arah Rachel yang masih tercengang itu.
"Kenalkan, ni Rachel. Dia anak angkat kami," ujar Puan Kim sambil tersenyum. Rachel bangun dan menunduk hormat.
Haeun tersengih. Terasa gembira pula mendengar bahawa Rachel merupakan 'anak angkat' keluarga Kim. Bukankah itu satu berita yang bagus?
"Cantik. Adik pada Taehyung ke?" tanya Tuan Jung pula.
"Anibnida, dia sebaya dengan Taehyung." Puan Kim membalas sambil menggeleng.
"Oh, nampak muda lagi dari Taehyung. Comel orangnya," puji Puan Jung membuatkan Rachel tersengih. Dia mengucapkan terima kasih pada wanita itu.
"Kim, kau dah beritahu pada tuan punya badan tentang permintaan kita tu?" tanya Tuan Jung tanpa berbasa-basi, terus ke topik sebenar.
"Ah, belum lagi. Kita beritahu sekaranglah ya," jawab Tuan Kim sambil melemparkan senyuman penuh makna kepada Taehyung.
Puan Kim mengetap bibir. Dalam hatinya berdetik, patutkah dia menghalang permintaan suaminya kali ini?
"Taehyung, kamu akan dijodohkan dengan Haeun," ucap Tuan Kim dalam satu nafas. Terbuntang mata Taehyung dibuatnya.
Ktang!
Terlepas sudu dari tangan Rachel. Gadis itu menunduk dan memohon maaf manakala Haeun sudahpun tersenyum melihat reaksi itu.
"Appa, Taehyung taknak!" bentak Taehyung keras, mukanya terbias kemarahan yang semakin memuncak. Haeun yang memandangnya dengan senyuman sinis dijeling tajam.
"Nak atau taknak, suka atau tak suka, perkahwinan kamu akan diteruskan. Tak ada bantahan, dan appa akan pastikan pertunangan kamu diadakan dalam tempoh terdekat." Tuan Kim selamba meneguk air selepas menghabiskan ayat.
Taehyung mendengus kasar. Tuan Jung sekadar tersenyum melihat Taehyung yang terang-terangan tidak bersetuju, lalu dia pula yang mencelah.
"Beginilah, Taehyung. Uncle sekeluarga memang teringin bermenantukan kamu untuk anak perempuan kami," kata Tuan Jung sambil menatap Taehyung yang masih dengan muka marah.
"Tch, tak ingin pun saya bermertuakan uncle." Selamba dia memotong. Tuan Jung tergamam.
Tuan Kim menjeling anak lelakinya tajam. "Taehyung, jaga adab kamu."
Tuan Jung tersenyum kembali. Dia melirikkan matanya ke arah Haeun sebelum memandang Taehyung semula.
"Haeun pun, memang berkenan dengan kamu. Uncle harap kamu dapat terima dia seadanya sebagai pasangan hidup kamu nanti," sambung Tuan Jung lagi.
"Betul ke ni, daddy?" tanya Haeun tidak percaya. Tak sangka mudah pula untuk berjodoh dengan Taehyung.
"Ya, sayang. Kamu akan berkahwin dengan Taehyung. Eloklah begitu, syarikat Kim dan Jung juga boleh bekerjasama dengan lebih lagi." Tuan Jung berkata sambil tersenyum melihat anaknya yang sudah tersenyum lebar.
Malas mahu mendengar apa-apa lagi, Taehyung bingkas bangun dari situ walaupun belum menjamah apa-apa makanan. Rachel turut ditarik sekali, terkial-kial gadis itu bangun dan mengikut langkah Taehyung.
Puan Jung berkerut kening. "Rapat ke mereka tu?"
"Err.. ya. Hahaha." Puan Kim ketawa menutup serba salahnya.
◼◼◼
Taehyung membawa Rachel ke atas bumbung Hotel Serendipity. Mereka masih belum membuka bicara pun. Kedua-duanya hanya memerhati bintang-bintang yang bertaburan di langit.
"Kau okay?" tanya Taehyung apabila melihat muka Rachel yang muram itu.
"Okay." Rachel senyum dan angguk. Taehyung mengeluh.
Diam lagi. Rachel terbersin dek kesejukan angin di tingkat atas itu. Dia menekup hidung perlahan.
"Ah, sejuk." Rachel memeluk tubuhnya sendiri. Dirinya yang mengenakan gaun malam itu sudah terasa kesejukan sehingga ke tulang.
Taehyung senyum nipis. Kotnya dibuka lalu dipakaikan pada Rachel.
"Lain kali jangan pakai seksi-seksi," tutur Taehyung sambil membetulkan rambut depan Rachel yang ditiup angin.
Rachel mencebik. "Tak seksi pun. Tak macam Haeun tu."
Taehyung tergelak. Memang berbeza sungguh gaun yang dikenakan Rachel berbanding Haeun.
"Baguslah, aku tak suka kalau kau pakai baju macam tu."
"Eleh, dulu awak yang kata Haeun tu body hot, tak macam saya," Rachel membidas, masih tidak lupa ayat Taehyung tatkala dia dan Haeun bersua buat kali pertama.
Taehyung tertawa lagi. Tubuh Rachel yang menggigil ditarik ke dalam dakapannya.
"Hot hot dia tu boleh ke neraka, nak juling mata lelaki tengok. Baik tengok kau, boleh ke syurga."
Rachel mencubit lengan Taehyung yang melingkari pinggangnya.
"Gatal," kata Rachel perlahan. Taehyung meletakkan dagunya di atas bahu Rachel.
"Serius, serius. Aku tipu kau je dulu. Perempuan macam dia bukan type aku, suka tayang body pada lelaki. Aku minat perempuan macam kau je, comel dan naif. Pakai baju pun tak terdedah sangat."
Rachel tersenyum. Pipinya memerah, suka dengan ayat Taehyung tadi.
"Taehyung, awak kena kahwin dengan dia nanti," ujar Rachel sambil melepaskan pelukan. Taehyung menghela nafas berat, tidak suka dengan topik yang dinaikkan.
"Sayang." Taehyung merangkul semula tubuh Rachel. Dia menatap mata Rachel dalam-dalam.
"By hook or by crook, you're gonna marry her." Kali ini, Rachel tersenyum tawar. Taehyung mengeluh.
"Tak apa, aku cuba halang perkahwinan entah apa-apa ni." Taehyung cuba meyakinkan gadis itu.
Rachel tersenyum nipis. Dia tidak berkata apa-apa, sebelum Taehyung memegang belakang lehernya dan mereka berciuman. Taehyung tersenyum sebelum melepaskan ciuman.
"Aku janji, aku takkan putus asa untuk kita."
Sekali lagi, Taehyung mencium bibir Rachel yang terketar-ketar kesejukan.
◼◼◼
short update je ni, bateri habis.
maafin gue kerana terlalu malas
untuk menaip, lagipun asyik asyik
ketandusan idea. inn shaa Allah,
esok atau lusa ada update lagi
#streamdynamite
30/08/2020, 12.22 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro