Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33 ; sport day

Her Bad Boy ”

• Sport Day •

⬜⬜⬜⬜⬜

함께한 다짐 어디로
시간과 함께 사라지고
이별의 힘에 무너진 도미노
마치 줄리엣 & 로미오
너무 뜨겁게 널 좋아한건지
너와 내 온기가 안 식혀지지
이제와 돌이켜 너와의 필름
Oh I gotta need a 네 생각과
지금 넌 나의 밤의 별을 가져가
낮의 해를 가져가
결국 남은 건 하나
찬 구름에 어두움만

The promises we made disappeared
With the time we spent together
The dominos have fallen with our breakup
Like Juliet and Romeo
Did I like you too much?
The heat between me and you won't cool down
Now I look back at the film with you
Too early to do anything by thinking of you
You took away my stars at night
My sun at day
Only leaving me with the darkness
Of a single cold cloud

- BTS, Let Me Know

⬜⬜⬜⬜⬜

» Several weeks later

Nobody's Pov

Suasana pagi di tapak perhimpunan Sekolah Tinggi Ppalgan dimeriahkan dengan gosip-gosip yang melanda sekolah tersebut.

Ya, pelajar-pelajar itu cukup teruja dengan hari sukan yang akan diadakan dua minggu lagi. Maka, atlet-atlet terhandal mula berebut peluang untuk menjadi wakil rumah sukan masing-masing.

"Kau rumah sukan apa?" Taehyung bertanya sambil menarik hujung lengan baju Rachel. Gadis itu menepis perlahan tangan Taehyung yang sedari tadi merayap ke sana sini.

"Ungu. Awak?" Rachel memulangkan semula soalan itu pada Taehyung.

Taehyung memuncungkan bibirnya. "Aku rumah merah. Tak dapatlah kita sama-sama nanti."

Rachel tertawa. Rambutnya yang hampir menutupi mata dibetulkan sedikit.

"Tak apalah, balik rumah muka saya juga yang awak nampak. Tak perlu pun berkepit dekat sekolah," ujar Rachel sambil tersenyum manis. Taehyung lambat-lambat senyum juga.

"Kau masuk apa-apa acara ke?"

"Em, entahlah. Tak kot." Rachel sengih. Taehyung menjelingnya sedikit tajam.

"Patutlah gemuk. Bersukan pun tak nak." Selamba Taehyung mengutuk gadis itu depan-depan, terus Rachel pukul-pukul bahu lelaki itu geram.

"Mana ada gemuk!" Rachel berkata separuh berbisik, separuh marah.

"Ya ke tak gemuk?" Taehyung memerhati tubuh gadis itu atas bawah dan matanya berhenti pada dada Rachel. Membulat mata gadis itu lalu dia tutup mata Taehyung dengan tangannya.

"Yah! Byuntae!"

"Apa? Aku tengok tanda nama kau. Senget tu," kata Taehyung membetulkan tanggapan Rachel terhadapnya. Rachel toleh ke arah dada sendiri dan cabut tanda namanya. Dia simpan dalam poket blazer dan Taehyung tergelak kecil.

"Daripada aku usha kat sekolah, baik aku usha kat rumah. Lagi seksi, kan? Kalau kau pakai T-shirt putih— umph!" Belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya, Rachel sudah menekup mulut lelaki itu. Gatal sungguh!

"Jaga mulut awak, Kim Taehyung." Rachel memberi amaran dengan mencerlung tajam ke arah lelaki itu.

"You should say my full name often. I like it," Taehyung tersengih. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Rachel. Spontan gadis itu tolaknya ke tepi.

"Tch, jangan buat hal ya, Tae. Kita dekat sekolah ni," marah Rachel dengan suara yang masih dikawal, gerun juga melihat mata tajam Irene memandang dia dan Taehyung.

"Okay." Ringkas sahaja Taehyung membalas dan mereka mula fokus dengan taklimat sukan oleh guru yang bertugas mengendalikan hari sukan, Encik Jongin.

◼◼◼

"Serius eh kita masuk bola keranjang? Lawan team Mingyu?" tanya Jungkook meminta kepastian. Yang lain hanya mengangguk.

"Tak ada hal punya. Yang penting, kita menang tempat pertama." Namjoon bersuara dengan yakin.

"Betul tu. Dah dua tahun kita pegang rekod, jangan bagi geng tu menang pula." Seokjin turut bersetuju. Dia selak rambutnya ke perlahan dan beberapa pelajar perempuan yang sedari tadi memandangnya berteriak suka.

"Jangan mengelat kalau berlatih, lagi-lagi Yoongi," kata Jimin sambil menjegil ke arah lelaki berkulit putih susu itu.

Yoongi menjeling Jimin. "Tak payah nak sound macam tu. Aku kalau bola keranjang, kau belum panggil lagi aku dah terpacak untuk berlatih."

Jimin tersengih dan menggaru kepalanya perlahan. Dia pandang Yoongi dengan muka tak bersalah.

◼◼◼

"Cepatlah, Cherry."

Taehyung tercegat di pintu bilik Rachel dengan muka bosan. Hampir sepuluh minit juga dia tercongok di situ.

"Sabarlah kejap." Rachel masih berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan rambutnya. Lip gloss dicapai dan dioles di bibir agar nampak lebih berseri.

"Kau dah cakap macam tu dari sepuluh minit lepas," ujar Taehyung sambil memuncungkan bibir. Berputus asa, dia memilih untuk menapak ke arah katil Rachel dan menghempaskan badannya.

Rachel kulum senyum. Beberapa barang seperti tisu, dompet dan powerbank dimasukkan ke dalam beg tangannya. Selepas melihat dirinya buat kali terakhir di depan cermin, Rachel sudah siap.

"Dah?" tanya Taehyung sambil bangun dari katil. Headband yang sedikit senget dibetulkan.

"Eung! Jomlah." Rachel menggalas beg tangan dan menghulur tangannya ke arah Taehyung. Taehyung sambut dan menarik gadis itu menuruni tangga.

Sampai di tingkat bawah, Taehyung melirik matanya pada baju yang dipakai Rachel. Dia mencebik sedikit.

"Wae?" tanya Rachel pelik, dia turut melihat pakaiannya, mana tahu ada apa-apa yang pelik.

"Perlu ke pakai baju macam ni?" Taehyung menyoal sambil memandang anak mata Rachel yang bulat itu. Dia akui, Rachel nampak cantik hari ni. Bukan cantik biasa-biasa, tapi cantik luar biasa.

"Ya, memang kena pakai dress pun. Cikgu kata formal," jawab Rachel sambil tersenyum manis.

Taehyung hanya membungkam. Dia pandang pula diri sendiri yang hanya bersarung jersi dan seluar sukan. Nampak sangat tidak sesuai dengan Rachel yang memakai dress berwarna hitam paras lutut itu.

"Janganlah merajuk," kata Rachel lalu tangannya menggapai pipi Taehyung; mengusap lembut. Taehyung memegang tangan Rachel dan turunkan perlahan, tanda protes.

Dia cukup tak suka gadis itu jadi tumpuan. Baginya, Rachel hanya untuk tatapan dia sahaja.

"Tak payahlah jadi MC..." Taehyung berkata perlahan. Dia memegang jari jemari Rachel, membelek-belek sambil membuat muka monyok. Tersenyum Rachel melihat perangai Taehyung yang mengada-ngada itu.

"Baru hari ni awak nak cakap. Mana boleh, sayang. Saya dah siap dah ni," pujuk Rachel lembut sambil mengusap tangan Taehyung perlahan. Taehyung menghela nafas berat.

"Hmm." Taehyung hanya menggumam sahaja. Dia melangkah ke meja makan tanpa menunggu Rachel namun gadis itu hanya mengikut jejak Taehyung tanpa terasa. Dah masak sangat dengan perangai pasang surut Taehyung.

"Makan dulu, tuan muda, cik muda?" tanya Sowon sambil menunduk hormat.

Taehyung angguk sahaja. Dia membiarkan Sowon menghidang sarapan pagi hari itu, iaitu sandwic telur dengan buah epal segar. Air teh yang hampir sejuk diteguk oleh Taehyung manakala Rachel mencapai epal lalu kunyah perlahan.

"Makan cepat, aku nak gerak awal." Taehyung yang sudah menghabiskan dua keping sandwic bangun dan mendukung Clover yang kebetulan menggesel di kakinya. Kucing itu diusapnya perlahan.

"Selamat pagi," ucap Puan Kim sambil tersenyum. Wanita itu segak berpakaian formal kerana hari ini dia akan turun ke sekolah sebagai tetamu VIP bersama Tuan Kim.

"Pagi, omma." Rachel dan Taehyung berkata serentak dengan senyuman.

"Dah nak pergi ke?" tanya Puan Kim sambil melabuhkan punggung di atas salah satu kerusi di situ. Dia menggapai sandwic dan memakannya.

"Ah, ya. Kami kena gerak awal, Rachel kena bersedia sambut tetamu nanti." Taehyung membalas apabila Rachel kelihatan termangu tak tahu nak jawab apa.

"Oh, tak nak pergi sekalilah ni?"

Taehyung geleng. "Gwaenchanayo eomeoni. Kita jumpa kat sana. Cherry, jom."

Rachel bangun dan terkedek-kedek berlari mengikut langkah Taehyung. Sambil itu sempat lagi gadis itu melambai Puan Kim yang hanya tersenyum melihat telatahnya.

◼◼◼

"Jangan lupa tengok aku punya game nanti." Taehyung berpesan sebaik saja mereka turun dari kereta. Rachel tersengih sebelum tangannya dipimpin oleh Taehyung untuk melintas jalan.

"Kalau tak ada apa-apa masa tu, saya boleh je datang," jawab Rachel, bibirnya masih tidak lekang dari senyuman.

Taehyung diam seketika. Dia menatap Rachel dengan pandangan dingin. Rachel angkat kening.

"Tak ada apalah. Jom." Taehyung mengalihkan pandangan dan mereka mula melangkah lebih laju.

"Awak masuk apa lagi eh?" tanya Rachel apabila mereka sampai di dewan. Di situ mereka akan berpisah memandangkan Rachel mendapat tugas lain.

"Urm, lari 200 meter dengan lari berganti 4×100." Taehyung menjawab malas. Tahu benar Rachel tak akan melihat semua itu.

Rachel tersenyum melihat Taehyung yang melepaskan tautan tangan mereka perlahan-lahan. Muka lelaki itu masih dingin macam selalu.

"Taehyung-ah." Rachel memanggil dengan suara lembut.

"Hurm?" Taehyung mengguman tanpa memandang Rachel. Rachel mencebik sebelum dia menarik tubuh Taehyung agar memandangnya.

"Buat yang terbaik tau. Err, fighting." Rachel berkata sambil mengenggam tangannya tanda semangat. Sengihan ditujukan kepada Taehyung.

Taehyung senyum nipis. Dia mengusap kepala Rachel perlahan.

"Ar-a. Dah, pergi. Nanti cikgu cari kau," kata Taehyung selepas menjatuhkan tangannya dari kepala Rachel.

"Ya. Bye." Rachel melambai sebelum mengorak langkah ke belakang pentas. Taehyung hanya memerhati langkah gadis itu yang semakin menjauh sebelum dia memilih untuk duduk di sebelah Yoongi.

◼◼◼

Taehyung meneguk air mineral laju. Kini, dia sedang bersedia untuk acara 200 meter. Beberapa peminatnya asyik bersorak, memberikan semangat. Taehyung tersengih sinis melihat Haeun yang kelihatan paling bersemangat menyebut namanya.

"Goodluck."

Taehyung menoleh memandang Doyoung yang berdiri di sebelahnya, merangkap lawannya kerana Doyoung merupakan wakil 200 meter dari rumah Hijau.

"Kau pun." Taehyung membalas sambil membetulkan rambut. Doyoung tersenyum saja.

Tiba-tiba Jungkook muncul dan memaut bahu Taehyung. Tersentak dia seketika namun Jungkook hanya tersenyum mempamerkan senyuman arnabnya.

"Kau nak apa?" tanya Taehyung apabila Jungkook tidak berkata apa-apa.

"Tak ada apa. Saja nak tengok hyung lari," jawab Jungkook dengan mata bulatnya.

"Tch, kau rasa aku ke Jimin yang menang?" Taehyung memandang pula ke arah Jimin yang menghampiri mereka berdua sambil tersengih.

"Urm..." Jungkook berfikir sejenak. Dia melihat kedua-dua Taehyung dan Jimin silih berganti sebelum menjawab, "Jimin hyung, sebab dia lari laju walaupun pendek."

"Yah!" marah Jimin sambil memukul bahu Jungkook yang sudah mengekek ketawa. Suka betul dia mengusik Jimin.

"Hahaha. Jimin, bagilah aku menang pula," ujar Taehyung sambil mengelipkan matanya berulang kali, lagak comel. Jimin mencebik.

"Mana boleh! Aku nak menang nombor satu juga." Jimin berkeras tidak mahu. Gila kau, takkan nak senang-senang je beri gelaran johan pada Taehyung.

Taehyung memuncungkan bibir. Belum sempat dia membalas, pengadil sudah memanggil peserta untuk masuk ke trek larian.

Taehyung menarik nafas dalam-dalam tatkala dia sudah melutut sebelah kaki atas tanah. Tangannya juga sudah berada pada posisi. Sempat juga dia jeling empat peserta lain yang berada di kiri dan kanannya.

Taehyung memerhati sekeliling untuk mencari Rachel, mana tahu terselit di tengah-tengah lautan manusia itu. Namun hampa, Taehyung mengeluh dan memandang ke hadapan semula.

"Ke garisan." Encik Kyungsoo berkata sambil memegang pistol yang akan ditembak bagi memulakan larian.

"Sedia," sambung Encik Kyungsoo lagi.

Semakin kuat sorakan daripada pelajar-pelajar sekolah tinggi tersebut apabila pistol sudah ditembak. Maka berlarilah kelima-lima atlet kebanggaan rumah sukan masing-masing itu.

Walaupun mereka sudah tercungap-cungap, namun kekacakkan pada wajah semua atlet itu masih kekal. Beberapa pelajar perempuan mula fangirling melihat rambut-rambut atlet-atlet itu yang ditiup angin ketika berlari. Tidak kurang juga ada yang mengeluarkan telefon, mungkin mengambil gambar atau video.

"Doyoung! Cepat, cepat!" Ahli rumah Hijau memberi semangat kepada wakil mereka.

"Taehyung oppa! Kyaaaa!" Kali ini teriakan dari 'fanclub' Taehyung.

"Jimin sunbaenim, laju lagi!" Tak kurang juga peminat Jimin dari kalangan junior.

"Jinyoung-ah, fighting!" Ahli rumah Ungu pula bersorak.

"Omo, Seongwu cuai betul! Cepatlah sikit!" Sungguh sadis ahli rumah Kuning bersuara apabila Seongwu boleh pula tersadung.

Semakin mendebarkan apabila mereka semua menghampiri garisan penamat, Taehyung dan Jimin mendahului dengan jarak yang agak jauh dari peserta lain.

Akhirnya, kaki Jimin menjadi yang pertama menjejak di garisan penamat. Bersoraklah ahli rumah Biru dengan kemenangan atlet mereka.

Jimin tersenyum sehingga menampakkan eyesmile. Dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak habis-habis memujinya.

"Aku merajuk!" Taehyung berkata sambil menarik muka. Jimin tertawa sebelum pipi Taehyung ditarik.

"Janganlah merajuk, Tae. Balik nanti aku belanja cendol, kesian kau muka merah-merah." Jimin sudah tergelak-gelak, terhibur dengan Taehyung.

Taehyung mencubit lengan Jimin, geram dengan kawan baiknya yang suka benar bergurau itu.

"Ha, kelakar sangat. Gelak sampai mampus," sindir Taehyung sebelum berlalu meninggalkan Taehyung.

"Taehyung-ah, saranghaeee!" jerit Jimin sambil ketawa lalu mengikut langkah Taehyung.

◼◼◼

Acara diteruskan dari 100 meter, 200 meter, 400 meter, lari berganti iaitu 4×100 dan 4×400, lompat tinggi dan lompat jauh; bagi semua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Kini, acara yang sedang dijalankan ialah lontar peluru dan rejam lembing.

Ahli Bangtan kelihatan relaks sahaja, kecuali Jungkook yang akan menjadi wakil rumah Kuning dalam acara lontar peluru.

"Jungkookie, alolololo comelnya dia nak lontar peluru tu. Nanti hyung belanja aiskrim dengan kereta mainan okay," usik Seokjin sambil membuat bunyi untuk menarik perhatian ahli termuda mereka.

Jungkook yang sedari tadi mengelak dari Seokjin mengeluh. "Janganlah buat malu Kook, hyung."

Ahli-ahli Bangtan yang lain sudah tertawa kuat melihat Jungkook. Tersipu-sipu lelaki itu diperlakukan seperti budak kecil, lebih-lebih lagi di hadapan peminatnya. Ugh, sungguh memalukan imej Jungkook yang selalu kelihatan macho itu.

"Jungkook-ah hwaiting!" Ucap Taehyung sambil menggawangkan tangannya. Jungkook sengih dan angguk.

◼◼◼

Kini, tiba waktu rehat apabila loceng berbunyi tepat pada jam 10 pagi. Berpusu-pusu pelajar sekolah tinggi tersebut mengorak langkah ke kantin untuk makan.

Rachel yang baru selesai menjemput tetamu VIP makan tersandar apabila duduk di kerusi di situ. Dia mencapai botol airnya lalu meneguk air laju.

"Ah, penatnya," keluh Rachel perlahan. Penutup botol diambil lalu dia menutup semula botolnya.

"Rachel? Makanlah dulu, kamu penat ke?" Puan Sandara menyapa dengan senyuman manis. Rachel terus berubah muka kepada ceria.

"Ah, saya okay je cikgu. Kejap lagi saya pergi rehat," balas Rachel yang juga tersenyum. Puan Sandara mengangguk sebelum keluar dari dewan.

Rachel yang keseorangan dalam dewan itu termenung seketika. Tanpa disedari, Taehyung yang dari tadi mencarinya akhirnya ternampak kelibat Rachel. Dia tersengih melihat gadis itu.

"Cherry!" Taehyung menyergah Rachel, spontan gadis itu terhincut bahu akibat terkejut.

"Taehyung! Terkejut saya!" Rachel mengurut dadanya perlahan, terasa mahu luruh jantung apabila disergah begitu.

Taehyung tersengih sebelum meminta maaf. Dia mengajak Rachel ke kantin bersama-sama. Sebaik tiba, kelihatan kantin sangat penuh lalu Taehyung memutuskan untuk makan di dalam dewan sahaja.

"Datanglah tengok aku main bola keranjang dengan Bangtan nanti." Taehyung sekali lagi mengingatkan membuatkan Rachel mengherotkan bibirnya.

"Tahu, berapa banyak kali awak nak cakap?"

"Sejuta kali. Kalau kau tak datang, aku yang kecewa."

Rachel tersenyum. Dia membuka bekas makanannya iaitu jjajangmyeon. Taehyung tiba-tiba menyuakan bekas makanannya di sebelah bekas makanan Rachel.

"Kenapa?" Rachel bertanya pelik.

"Suapkan." Taehyung tersengih sambil menghulurkan chopstick. Rachel menggulingkan mata sebelum menurut jua.

"Macam budak kecil."

◼◼◼

hai semua dynamite enthusiasts 😂 dynamite is da bomb🔥

anyway, scroll down untuk double update ❤

23/08/2020, 1.54 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro