Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32 ; halmeoni

“ Her Bad Boy ”

• Halmeoni •

⬜⬜⬜⬜⬜

너와 내가 함께 하고 있다면, let's go time
24 hours 너와 단둘이
있다면 아침부터 입맞춤해
빠질 수 없는 브런치도 한 입 해
손잡고 너와 햇빛에 몸 담그네
안 끝내, 아름다운 밤중에
너에게 고백해 조명은 달로 해
이 수많은 일들이 내게 말을 해
"단 하루만 있으면 가능해"

If you are and I are together, let's go time
24 hours, if I could only be with you
I'd kiss you starting from the morning
Can't forget to grab some brunch
I'd hold your hand and soak up the sun
It's not over yet, in the middle of a beautiful night
I'll confess to you, with the moon as our light
All of these things tell me
"If I have just one day, it's possible"

- BTS, Just One Day

⬜⬜⬜⬜⬜

Rachel's Pov

Hampir senja barulah kami menjejakkan kaki ke rumah. Halmeoni membebel panjang, katanya tak manis berjalan berdua tanpa ikatan, lebih-lebih lagi orang kampung gemar menjaga tepi kain orang lain.

"Ya Tuhan, masamnya anak omma ni."

Aku tertawa melihat omma berkerut dahi apabila Taehyung mendekatinya. Taehyung memuncungkan bibirnya dan cuba memeluk tubuh omma namun pantas omma mengelak.

"Yah! Lepas, dah busuk nak peluk-peluk pula," ujar omma sambil berusaha menolak Taehyung yang sudah bertukar riak, kini tersengih-sengih bak kerang busuk pula. Omma menutup hidungnya.

"Pergilah mandi, Tae. Naik pening kepala omma bau kamu yang berpeluh ni." Omma mencampak sehelai tuala bersih kepada Taehyung dan dia menangkap cekap.

"Yalah, yalah." Taehyung mengalah jua. Omma berjalan pergi dari situ lalu Taehyung menghampiriku pula.

"Aip! Jangan dekat!" Aku berundur sambil ketawa, berniat mengusiknya. Belakang badan aku melekat di dinding akhirnya, dan aku terperangkap dengan Taehyung yang sudahpun tersenyum sinis.

"Awak..." aku menegurnya yang semakin rapat, bergetar suaraku melihat dia yang sungguh dekat denganku.

"Yes, princess?" Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku sentuh dada dia, cuba menolak namun dia tepis perlahan dan genggam erat tangan aku.

"T—tepilah, nanti halmeoni tengok," dengan gagap aku bersuara. Taehyung menggeleng seraya tersenyum manis.

"Why not? Biarlah halmeoni nak tengok pun."

Aku pandang dia tak percaya. Tak ke tercabut jantung halmeoni nanti? Bertuah sungguh budak ni.

"Ish! Tepilah, saya nak mandi ni." Dengan keras aku berkata namun dia hanya mengendahkan. Aku menunduk, mengelak dari pandangan matanya yang tajam itu.

"Jom, mandi sekali?" Taehyung bercadang sambil tersengih gatal. Aku ketap bibir dan terbuntang luas mataku melihat halmeoni yang berdiri tegak memandang kami.

"Apa? Kamu nak mandi sekali dengan Rachel?" Halmeoni bersuara dengan kening terangkat. Spontan Taehyung menjarakkan diri dari aku dan aku melepaskan keluhan lega.

"Eh? Mana ada halmeoni!" Taehyung menafikan dengan pantas. Halmeoni pandang dia atas bawah.

"Dahlah, mandi cepat. Nanti kita nak makan malam pula." Halmeoni tersenyum sekilas ke arah aku dan aku balas senyuman dia.

"Baik, halmeoni!" Taehyung menyahut.

"Tapi jangan sekali pula. Tunggu giliran!"

Maka, Taehyung pun tertawa manakala aku sudah rasa ingin menyorok dalam selimut.

◼◼◼

"Halmeoni masak apa tu?" Aku menegur halmeoni yang sedang leka di dapur. Halmeoni berpaling dan pandang aku dengan senyuman.

"Masak makanan kegemaran Taehyung. Kamu nak tengok?" Halmeoni mengangkat kening. Aku angguk laju.

"Mestilah! Taehyung suka makan apa?" tanyaku sambil menjenguk ke dalam periuk.

"Kalau balik kampung, dia tak cakap pun halmeoni dah tahu dia mesti nak makan godeung-eo jorim dengan japchae. Dua tu mesti ada atas meja makan," ujar halmeoni sambil ketawa kecil. Cekap dia menyediakan bahan-bahan sambil melayani aku.

"Rae nak belajar masak dengan halmeoni boleh?" Aku bertanya dengan muka penuh berharap.

Halmeoni senyum manis. "Tentulah boleh, sayang."

◼◼◼

Nobody's Pov

"Wah, sedapnya!" Taehyung berteriak melihat hidangan yang tersusun di atas meja makan. Bibirnya dijilat, tidak sabar untuk melahap.

"Tengoklah siapa yang masak..." Halmeoni berkata sambil mengukirkan senyuman dan melirik pada Rachel yang sudah tersipu-sipu.

"Hah? Kamu ke yang masak?" Puan Kim bertanya sambil melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi. Dia memandang Rachel tidak percaya.

"Ya, omma. Tapi halmeoni banyak tolong, kalau tak mesti tak jadi." Rachel tersengih sedikit bangga.

"Wow. Lepas ni nak suruh Rachel masak hari-hari kat rumahlah," kata Taehyung lalu Rachel cubit lengannya perlahan namun Taehyung hanya tergelak saja.

"Ah, banyaklah kamu. Bibik kat rumah tu dah cukup banyak, kamu nak suruh Rachel pula masak." Puan Kim berleter sambil menceduk nasi kepada semua.

"Alah, dia masak sedap. Kena dengan selera Tae." Taehyung masih tidak mahu kalah. Dia mula makan dengan berselera.

Halmeoni tersenyum penuh makna. Dia menyiku lengan Puan Kim perlahan.

"Kalau dah masak pun kena selera tu, bolehlah kita satukan, ya tak?" Halmeoni berkata sambil melemparkan pandangan kepada Tuan Kim.

Rachel tersedak tiba-tiba. Dengan pantas dia mencapai gelas berisi air kosong dan meneguk perlahan.

"Apa?! Boleh ke?!" tanya Taehyung teruja. Bersinar-sinar matanya memandang halmeoni.

Tuan Kim berdehem seketika. "Taehyung, jangan dengar cakap halmeoni. Dia main-main je tu."

Taehyung mencebik. Dia kuis-kuis nasi dalam mangkuk kecil.

"Alah, tak main-main pun tak apa. Tae okay je kalau disatukan dengan Rachel," ujar Taehyung tanpa segan-silu. Puan Kim mengetap bibir melihat suaminya yang mencerlung tajam ke arah Taehyung.

"Kamu jangan nak memandai ya Taehyung. Appa yang akan tentukan jodoh kamu!" Tuan Kim bertempik kuat. Taehyung mengerutkan dahi, tersentak dengan ayat yang keluar dari mulut ayahnya.

"What? This is my life. Kenapa appa pula yang nak tentukan?" Taehyung menahan marah, dia turut mencerlung tajam ke arah Tuan Kim tanpa rasa takut.

Dari bawah meja, Rachel usap tangan Taehyung perlahan. Taehyung berpaling ke arah Rachel yang menggeleng perlahan padanya tanda tidak suka Taehyung berkelakuan begitu. Nafas berat Taehyung hela perlahan.

"Tae taknak kahwin paksa, appa. Apa yang appa nak, semua Tae boleh buat kecuali yang tu," kata Taehyung sambil menunduk. Dia menyuap makanan tanpa memandang sesiapa.

Makan malam diteruskan dengan senyap.

◼◼◼

"Appa awak macam tak suka saya je."

Rachel berkata apabila Taehyung menghampirinya. Mereka berada dalam bilik yang disediakan untuk Rachel.

"Tak kesahlah dia suka ke tak, yang penting aku suka kau. Lain tu tolak tepi," tutur Taehyung sambil mengambil tempat di sebelah Rachel. Dia memandang Rachel yang mengenakan kaca mata.

Gadis itu sedang membaca sebuah novel bahasa Inggeris. Berdecit Taehyung melihatnya, orang balik kampung nak berseronok, Rachel boleh pula serabutkan kepala otak dengan perkataan-perkataan Inggeris yang susah untuk difahami.

"Hmm. Tak ada restu ibu bapa pun tak guna juga." Rachel menjawab, masih fokus dengan bukunya. Taehyung pantas rampas dari gadis itu dan tutup selepas meletakkan penanda buku.

"Siapa kata? Omma restu kita, halmeoni pun. Appa je banyak songeh." Selamba Taehyung bersuara membuatkan Rachel menepuk pahanya kasar.

"Mungkin appa awak tak dapat terima saya lagi. Dia pun tak rapat dengan saya macam mana omma awak rapat dengan saya," kata Rachel berkongsi pandangannya.

Taehyung menyembamkan mukanya pada bahu Rachel. Rachel usap perlahan rambut Taehyung yang beralun. Dia senyum kerana merasakan lelaki itu sangat comel ketika ini.

"Kalau dia tak nampak kebaikan kau, dia bodoh." Taehyung berkata lagi mengutuk Tuan Kim. Rachel cuba untuk marah namun dia tergelak jua.

"Aigoo, tak baiklah cakap macam tu," kata Rachel masih mengusap rambut Taehyung.

"Betul apa? Aku rasa omma dengan halmeoni pun setuju dengan ayat aku tadi." Yakin sahaja Taehyung mengangguk laju.

"Yalah, yalah. Tapi dia tetap appa awak tau, tak baik kata macam tu kat dia." Rachel menegur lembut dan mengucup dahi Taehyung. Tersenyum lelaki itu dibuatnya.

"Tidur, jom." Taehyung tolak Rachel ke atas katil dan peluk gadis itu.

"Tae! Ni bukan rumah awak!" Marah Rachel sambil menolak tubuh Taehyung yang menghempapnya.

"Peduli apa aku? Dah, tidur. Diam sekarang."

◼◼◼

» Keesokan harinya

"Alah, takkan nak balik dah? Baru semalam kamu sampai sini." Halmeoni memuncungkan bibir, sedih apabila mengetahui anak cucunya akan berangkat pulang semula ke Seoul pada hari ini.

"Nampaknya macam tulah, mak. Lagipun budak-budak ni kan sekolah esok. Tu, suami saya kerja." Puan Kim menjawab sambil memegang tangan halmeoni.

"Hm, sedihlah mak macam ni. Duduk seorang lagi." Halmeoni mula membuat cerita sedih dan Puan Kim tersengih. Tubuh wanita itu ditarik ke dalam pelukan.

"Tak apalah, mak. Lain kali boleh balik lagi. Tak pun, mak ke sana, duduk dengan kami. Nak?"

Halmeoni mencebik. "Taknaklah. Tak suka mak dengan bandar macam tu, bising. Lebih baik mak duduk dekat sini, ada banyak kawan sebaya mak nak berbual."

"Hah, macam tu pula. Mak ni." Puan Kim tertawa mendengar kata-kata halmeoni.

"Pasal semalam tu, macam mana? Betul ke Taehyung akan dijodohkan dengan pilihan ayah dia?" Halmeoni tiba-tiba menukar topik membuatkan air muka Puan Kim turut bertukar.

"Haih, tak tahulah saya, mak. Mak macam tak kenal je dia, kalau buat keputusan mesti muktamad. Tapi Taehyung tu boleh tahan degil juga. Saya pun tak tahu apa jadi nanti," balas Puan Kim yang sememangnya ternanti-nanti pengakhirannya.

"Mak memang berkenan dengan Rachel tu. Baik budaknya, Taehyung pun suka. Tapi suami kamu tu, ish geram pula mak."

"Nanti saya cuba pujuk-pujuk dia. Buat masa ni biarlah dia tak tahu pasal hubungan Rachel dan Taehyung."

"Apa? Budak berdua tu ada hubungan ke?" Terangkat kening halmeoni mendengarnya. Dalam hatinya dah teruja.

Puan Kim angguk sambil tersenyum. "Ada, mak. Kalau mak tengok tangan kanan Rachel, ada tersarung cincin. Taehyung la yang bagi. Bertuah budak tu, dia pergi melamar Rachel tak bagitau saya dulu."

Halmeoni melirik ke arah Rachel dan Taehyung yang sedang berkejaran di halaman rumah. Memang tersarung sebentuk cincin di jari manis gadis itu.

Tersenyum lebar halmeoni dibuatnya. "Kamu ni, biasalah tu budak-budak. Apa yang dia nakkan, dia usaha dapatkan."

◼◼◼

"Berhentilah, Taehyung! Saya penat ni!" Rachel tercungap-cungap berlari dari Taehyung yang tidak berhenti mengejarnya. Kalau kejar saja tak apa, tapi dia pergi bawa sekali sebuah belalang. Rachel sudahlah tak suka binatang seperti itu.

"Alah, sinilah Cherry. Dia nak kawan dengan kau ni." Taehyung masih tak mengalah. Dia berlari ke arah Rachel sambil ketawa.

"Argh!" Tiba-tiba Rachel tersadung batu yang ada di situ lalu terjatuh. Dia mengaduh kesakitan. Taehyung tersentak melihat kejadian yang tidak dijangka itu.

Taehyung lepaskan belalang ke tepi perlahan. "Okay, kau selamat kali ni. Selamat jalan."

Langkah kaki diorak segera ke arah gadis itu. Dia melihat luka yang terdapat di lutut Rachel.

"Semua ni awak punya pasal!" Rachel tercebik-cebik menyalahkan Taehyung.

"Alah, aku tak tahu pula kau takut sangat. Belalang je pun," jawab Taehyung sambil menggigit bibirnya. Dia menunduk dan sentuh luka Rachel. Cepat-cepat gadis itu tepis.

"Sakitlah! Awak ni kenapa?" Rachel merengek perlahan. Dia menolak tubuh Taehyung ke tepi dan cuba bangun perlahan. Namun tak berjaya. Rachel angkat muka dan sengih pada Taehyung yang dah tayang senyum sinis.

"Err... tolong saya?"

Taehyung mendekati gadis itu semula dan terus mendukungnya naik ke rumah.

"Ya Tuhan, ni dah kenapa berangkat-angkat ni?" tanya Puan Kim melihat Taehyung dengan Rachel di dukungannya.

"Rachel ni ha, omma. Dia jatuh." Taehyung menjawab sambil meletakkan Rachel duduk di sofa. Halmeoni dan Puan Kim menghampiri Rachel dan Taehyung.

"Macam mana boleh jatuh? Sekejap, halmeoni ambikkan ubat." Halmeoni pun berlalu dari situ.

"Entah dia, cuai sangat. Tersadung batu." Taehyung cuba tutup kesalahannya yang sibuk kejar Rachel dengan belalang.

Puan Kim mengecilkan mata memandang Taehyung. Taehyung sengih petak.

"Haih, tulah. Macam budak kecil main kejar-kejar." Puan Kim berkata sambil menjeling Taehyung. Macamlah dia tak kenal anaknya itu, mesti Taehyung punya pasal sampaikan Rachel luka.

"Alah, bukan selalu dapat kejar-kejar kan Cherry?" Taehyung pandang Rachel dan gadis itu hanya angguk saja. Puan Kim mencebik.

"Dah, lepas ni boleh kemas-kemas barang. Kejap lagi kita nak balik dah." Puan Kim memberitahu lalu Taehyung membuat muka sedih.

Tak suka berpisah dengan halmeoni.

◼◼◼

What is japchae?

Japchae (잡채) literally means “mixed vegetables.” But the main ingredient of this classic dish is Korean sweet potato starch noodles (dangmyeon), also known as glass noodles. It’s an essential dish for traditional holidays and special occasions. There are many variations using different ingredients, such as Spicy Seafood Japchae and Kongnamul Japchae.

What is Godeung-eo jorim?

Godeung-eo jorim (고등어 조림) is a dish with fresh mackerel and daikon radish that are braised in a sweet and spicy sauce flavored with gochujang and gochugaru.

sedapnya kannnn nanti kita ramai ramai makan dekat alam mimpi okay HAHAHA

15/08/2020, 10.51 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro