31 ; village
" Her Bad Boy - 31 "
• Village •
⬜⬜⬜⬜⬜
真っ白なその中で
君が僕を通り過ぎ 水になろうと胸でまだ流れてる
(奏でてる)
輝くもの全てに映る
光る君を見つめてる
待ってるさまたどこでも
会いたい嘘でも 握ってこの手を
Within that pure white
You pass through me
Still trying to become water flowing in my heart
It reflects on everything that shines
I'm watching your light
I'll wait for you no matter where
I want to see you even if it's a lie, take this hand
-BTS, Crystal Snow
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Tepat jam 7 pagi, Rachel terbangun apabila mendengar penggera dari telefon bimbitnya. Dia lantas mematikannya dan mengeluh.
"Cherry?" Taehyung menggumam perlahan. Dia turut terjaga apabila Rachel menolaknya perlahan untuk melepaskan pelukan.
"Ya, ya. Saya keluar dulu eh. Nanti omma datang pula." Rachel tergesa-gesa bangun. Gila ke kalau Puan Kim datang, terkejut dia melihat anak teruna dan anak dara angkatnya tidur bersama? HAHAHAHA.
"Alah, nantilah." Taehyung menarik lagi Rachel lalu mendakapnya erat. Rachel menekup kedua-dua pipi Taehyung geram.
"Aaa wae?" Taehyung merungut perlahan, tidak suka diperlakukan begitu.
"Tepi sikit. Nanti omma datang nak kejut awak," kata Rachel lembut. Dia mengusap perlahan rambut Taehyung.
Taehyung mengalah akhirnya. Dia melepaskan Rachel dan akhirnya gadis itu keluar dari biliknya.
Rachel menutup pintu bilik Taehyung perlahan. Terjengket-jengket dia menapak ke biliknya. Bimbang mengejutkan Puan Kim dan Tuan Kim.
"Rachel? Kamu nak ke mana tu?"
Aduh! Malang sungguh nasibnya. Puan Kim menghampirinya dengan wajah musykil.
"Eh, tak kemana pun, omma. Nak masuk bilik la ni." Sengihan tak bersalah ditayangkan pada Puan Kim.
"Hahaha. Ada-ada je kamu ni. Omma nampak kamu keluar dari bilik tuuu." Puan Kim menunjuk ke arah bilik Taehyung bertentangan dari mereka.
"Err... hehehe." Rachel garu kepalanya menahan malu. Tak pasal-pasal pula.
"Tak ada masalah pun. Janganlah malu. Dulu omma pun macam tu juga." Puan Kim tiba-tiba terjujur pula. Membulat mata Rachel dibuatnya.
"Oh ya ke?" Rachel tertawa kecil.
Puan Kim mengangguk. "Semua tu normal la, sayang. Jangan sampai appa tahu, sudah."
"Ya, omma. Rae masuk bilik dulu ya." Rachel meminta diri untuk ke biliknya manakala Puan Kim pun berlalu ke bilik Taehyung.
Pintu bilik anak lelakinya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Terkocoh-kocoh Taehyung buat-buat tidur. Siap berdengkur lagi. Puan Kim mencuit hidung Taehyung perlahan.
"Tak payah nak berlakon depan omma."
"Ha?" Terpinga-pinga Taehyung dibuatnya. Dia membuka matanya luas.
"Hmm, kejap." Puan Kim mengambil bantal di sebelah Taehyung. Selamba bantal itu dihidunya. Taehyung melihat dengan muka terkejut.
"Omma buat apa ni?" Taehyung merampas kembali bantal itu lalu dipeluknya. Takut melihat ommanya berkelakuan pelik hari ini.
"Ada bau syampu perempuan. Apa maknanya eh?" Puan Kim buat-buat bertanya sambil merenung ke atas. Dagunya juga diurut-urut umpama memikirkan sesuatu. Entah apa yang ada kat atas tu pun tak tahulah.
"Omma!" Taehyung merengek kerana malu menyebabkan ketawa terlepas dari Puan Kim.
"Aigoo, dah besar anak omma," kata Puan Kim sambil mengusap rambut Taehyung. Taehyung memuncungkan bibir.
"Tak! Mana ada kami buat apa-apa. Tae tak sentuh dia, okay."
Bicara Taehyung membuatkan Puan Kim tersenyum lebar. "Betul?"
Taehyung angguk laju.
"Good. Omma pun tak berkenan kalau kamu buat sebelum kahwin." Puan Kim menarik selimut yang menutupi tubuh Taehyung. Dia lipat kemas dan letak di tepi.
"Buat apa, omma?" Taehyung bertanya sambil tersengih. Puan Kim menjelingnya.
"Jangan buat-buat naif ya, anak muda. Dah, bangun cepat. Pergi mandi. Busuk."
Taehyung menggeleng lalu berbaring semula. Dia menggeliat dan mengaduh kesakitan apabila jari ketam Puan Kim mensasarkan pada paha kirinya.
"Sakitlah!" Taehyung mengusap pahanya dengan kerutan di dahi.
"Padan muka." Puan Kim menjelingnya sekali lagi.
"Hari ni kan cuti. Kenapa kena bangun awal?" Taehyung mengambil bantal lalu memeluk erat.
"Haih, sebab hari ni kita nak balik kampung."
"Apa?!"
◼◼◼
"Kampung awak macam mana? Seronok tak?" Rachel bertanya perlahan. Mereka sedang berada dalam kereta, dalam perjalanan pulang ke kampung keluarga Kim di Geochang. Taehyung memandu keretanya sendiri, kerana tak mahu menaiki satu kereta dengan ayahnya. Masalah betul.
"Urm, seronok. Aku sebenarnya lahir dekat Daegu, tapi dua tahun lepas tu baru keluarga aku pindah pergi Geochang. Aku duduk dengan halmeoni dan harabeoji dulu. Bila dah besar sikit, aku pindah Seoul, baru duduk dengan omma dan appa aku." Taehyung mula membuka cerita manakala Rachel mendengar dengan tekun. Mata bundar gadis itu memandang Taehyung tanpa berkelip.
"Harabeoji dah tak ada lima tahun lepas. Ada halmeoni je dekat kampung. Tapi dia tak sunyi, sebab dia ambil upah jagakan anak-anak jiran semasa ibu bapa mereka bekerja." Sambung Taehyung lagi.
"Halmeoni awak orang yang macam mana? Mesti baik kan?" tanya Rachel sambil tersenyum nipis. Taehyung terus mengangguk, matanya sedikit bercahaya memikirkan neneknya itu.
"Ya, baik. Lemah lembut orangnya. Dia tak pernah marah aku. Apa yang aku minta, semua dapat," kata Taehyung lantas tertawa. Sepanjang dia tinggal dengan wanita itu, entah bila saja kemahuannya tidak dilayan? Dia ditatang bagai minyak yang penuh dalam penjagaan datuk dan neneknya.
"Oh, mesti awak jadi manja sebab halmeoni awak," ujar Rachel lalu tersengih. Taehyung sekadar angkat bahu.
"Mungkin. Bila dekat Seoul, aku kurang perhatian sikit. Dulu omma sibuk memanjang macam appa. Tapi sekarang dah tak, hehe." Taehyung tersengih naif membayangkan ibunya pula. Dia memang suka ibunya berhenti bekerja, bukankah tugas seorang ibu adalah memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan yang baik di rumah?
Rachel pula berasa sedikit cemburu dengan nasib Taehyung yang lebih baik darinya, namun cepat-cepat dia tepis perasaan itu. Dia sayangkan Taehyung, dan lelaki itu turut merasai benda yang sama. Untuk apa dia cemburu? Taehyung bersedia untuk berkongsi suka duka dengannya. Tengoklah, dia sudahpun menjadi sebahagian dari keluarga Kim walaupun dia berasal dari keluarga Park.
"Diam pula. Kau fikir apa?" Taehyung menegur Rachel yang ralit dengan lamunannya. Pipi Rachel dicubit perlahan. Gadis itu tersengih dan menggeleng tanda tiada apa.
Tak lama kemudian, kereta yang dinaiki mereka membelok ke kanan, mengikuti kereta yang dinaiki ibu bapa Taehyung. Lebih kurang dua minit kemudian, kedua-dua buah kereta itu pun berhenti di sebuah rumah yang agak besar.
"Jom, dah sampai!" Taehyung dengan teruja turun dari kereta. Dia memerhati sekeliling dengan senyuman lebar. Gembira melihat kampung halamannya. Dia memerhati neneknya yang sedang asyik berkebun di halaman rumah yang turut teruja melihat kedatangan mereka.
"Ya Tuhan, kamu ke tu Taehyung? Cucu aku? Dah besar panjang..." Halmeoni menghampiri mereka. Dia memegang pipi Taehyung dan mengamati tubuh lelaki itu yang kian meninggi darinya.
"Dulu halmeoni jaga kamu, berhingus lagi. Hodoh. Sekarang dah kacak." Halmeoni mengusik Taehyung sehingga merah muka lelaki itu, lebih-lebih lagi melihat Rachel yang menahan tawa.
"Mak... sihat?" Puan Kim menunduk dan menyalam tangan wanita tua itu. Halmeoni hanya mengangguk perlahan.
"Sihat. Kamu?" Lantas Puan Kim ditariknya ke dalam pelukan.
"Sihat je, mak. Biasalah kalau sakit-sakit badan tu." Puan Kim tersenyum.
Giliran Tuan Kim pula yang menyalam Halmeoni. Mereka bertanya khabar dengan mesra sebelum tumpuan wanita tua itu teralih pada Rachel pula.
"Siapa ni? Anak angkat kamu kata hari tu ke?" Halmeoni melemparkan senyuman manis kepada Rachel.
"Ya, mak. Kenalkan, ini Rachel. Dia sebaya dengan Taehyung." Tuan Kim menjawab. Rachel menunduk hormat kepada Halmeoni.
"Comel..." Halmeoni menggosok kepala Rachel lembut dan gadis itu tersengih.
"Jomlah masuk dulu. Kita makan. Halmeoni dah siapkan makan tengah hari tadi." Halmeoni berkata sambil menarik lengan Rachel dengan selamba. Rachel terasa hatinya berbunga-bunga, sungguh bersyukur dengan dirinya yang dialu-alukan dalam keluarga kecil ini.
"Halmeoni masak apa?!" tanya Taehyung tidak sabar-sabar.
"Makanan kegemaran kamulah."
◼◼◼
"Saya sukalah halmeoni awak."
Rachel melabuhkan punggungnya di atas pangkin yang terletak di belakang rumah. Taehyung yang berbaring di situ tersenyum.
"Ya? Macam mana boleh suka?" tanya Taehyung seolah-olah Rachel budak kecil. Dia bangun dari berbaring dan menarik Rachel ke dalam dakapannya.
"Dia buat saya teringat kat halmeoni saya. Dia baik sangat, masak sedap pula tu," pujian berlambung terbit dari mulut Rachel membuatkan Taehyung tersengih sinis.
"Macam aku, kan? Aku pun baik." Selamba Taehyung masuk bakul angkat sendiri. Rachel menampar perlahan lengan Taehyung yang berada di pinggangnya.
"Sakit, sayang. Cubalah tangan tu duduk diam sikit." Taehyung mendekatkan bibirnya pada leher Rachel. Gadis itu berteriak kegelian dengan nafas Taehyung yang dihembus perlahan. Taehyung ketawa melihat reaksi gadis itu.
"Nak jalan-jalan tak?" Taehyung lepaskan pelukan dan bangun dari pangkin.
"Pergi mana?" Rachel menyoal ragu-ragu.
"Tengok-tengok kampung." Taehyung menjawab sambil menghulurkan tangannya pada Rachel.
"Nak!" Tangan Taehyung disambut.
◼◼◼
"Mesranya budak-budak tu," kata Tuan Kim apabila menjenguk tingkap. Dia memandang kelibat Taehyung dan Rachel yang berpegangan tangan dan berjalan pergi dari halaman rumah itu.
"La, apa salahnya? Dah jadi satu keluarga kan?" Halmeoni menjawab sambil tersenyum. Dia juga suka dengan Rachel yang amat menghormati orang tua dan pandai mengambil hatinya.
"Memanglah, mak. Tapi saya taknaklah mereka tu bercinta pula."
Kata-kata suaminya membuatkan Puan Kim mengeluh dalam hati. Dia sudah menjangka suaminya tidak akan merestui hubungan mereka.
"Kenapa pula? Mak tengok, Rachel tu elok je. Cantik pun cantik. Cukup pakej, tau." Halmeoni menyampaikan hujahnya pula. Dalam diam Puan Kim turut bersetuju dengan kenyataan itu namun dia sekadar berdiam diri, tak mahu menyampuk.
"Saya dah ada calon untuk Taehyung sebenarnya." Tuan Kim tiba-tiba berkata setelah lama berdiam.
"Apa?! Abang tak beritahu saya pun." Puan Kim memandang suaminya tidak percaya.
"Memang nak beritahu, tapi tak kena masanya. Taehyung tu pula, degil. Kena cari jalan untuk buat dia dengar cakap." Tuan Kim meneguk air teh panas selamba walhal Puan Kim dan Halmeoni sudah berpandangan.
"Kenapa abang tak biarkan je Taehyung tentukan pasangan hidup dia? Takkan nak kena kahwin paksa pula. Abang ingat drama Melayu pukul 7 tu ke?" Puan Kim membantah namun suaranya masih dikawal. Tak mahu kedengaran kurang ajar dengan suami sendiri.
"Betul kata bini kamu tu. Walaupun nampak remeh, tapi kita tak boleh memaksa anak-anak kita. Pasangan hidup ni bukan dipilih suka-suka, tapi untuk bersama sampai ke syurga tau. Lebih baik kita biarkan saja mereka tentukan sendiri." Halmeoni menguatkan hujahnya untuk membangkang hasrat Tuan Kim.
"Saya tak kira. Saya dah bersetuju dah pun dengan bakal besan kita. Lagipun, dengan perkahwinan Taehyung dan anak perempuan keluarga Jung, syarikat kita dapat menjalinkan hubungan dua hala. Siapa yang untung? Taehyung juga." Tuan Kim membahas dengan yakin.
"Haih, mak ke luar dululah ya. Tiba-tiba terasa nak siram pokok bunga." Halmeoni yang tidak tahu ingin menjawab terus bangun dan berlalu dari situ, meninggalkan pasangan suami isteri itu.
"Abang serius ke ni?" tanya Puan Kim, mengharapkan jawapan tidak.
"Mestilah. Nanti kita beritahu Taehyung."
Maka, hampalah hati Puan Kim untuk bermenantukan Rachel.
◼◼◼
"Jom pergi kedai tu kejap," kata Taehyung. Tangan Rachel ditarik ke arah sebuah kedai serbaneka kecil yang selalu dikunjunginya semasa dia kecil. Dia tersenyum melihat suasana di kedai itu yang sudah berubah sedikit moden.
"Fuh, dah ada air-cond. Dulu ada kipas je, tu pun dah nazak." Taehyung mengambil sebuah lolipop dari rak. Lolipop yang sentiasa dibelinya jika dia bertandang ke sini.
"Kau nak apa-apa tak? Belilah air ke, jauh lagi kita nak berjalan ni." Taehyung berkata sambil mengeluarkan dompet dari poketnya. Rachel mengangguk dan melihat-lihat apa yang ada di situ. Setelah membuat pilihan, mereka pun membayar di kaunter.
"Sedapnya aiskrim ni," ujar Rachel sambil menggigit aiskrim coklatnya. Sedikit ngilu giginya kerana sejuk namun dia hiraukan.
"Oppa!"
Tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang budak perempuan dalam lingkungan umur lima tahun. Taehyung menunduk dan mencuit hidung budak itu.
"Annyeong, Ayeon-ah... Aigoo, lamanya tak jumpa budak kecil ni!" Lantas budak perempuan yang bernama Ayeon itu didukungnya.
"Oppa pergi mana ha? Dah lama sangat tak jumpa." Ayeon memuncungkan bibir, merajuk kerana Taehyung tidak bertemu dengannya hampir setahun juga.
"Oppa pergi sekolah. Kan sekolah oppa jauh." Taehyung melayan saja kerenah Ayeon yang memang manja dengannya.
"Ayeon datang dengan siapa?" tanya Taehyung apabila tersedar budak itu seakan keseorangan.
"Tadi dengan kawan-kawan Ayeon. Tapi dah tak ada. Mesti diorang tinggal Ayeon." Ayeon menunduk sedih. Taehyung mengusap kepala budak itu perlahan. Dia tahu Ayeon gemar berkawan dengan mereka yang lebih tua darinya, oleh itu dia sering dipinggirkan sebab terlampau kecil.
"Tak apalah. Jom, ikut oppa jalan-jalan, nanti oppa hantar Ayeon balik," tutur Taehyung sambil memandang ke arah Rachel. Gadis itu tersenyum saja.
"Siapa unnie cantik ni?" tanya Ayeon sambil menuding jari ke arah Rachel. Rachel menyentuh lembut pipi gebu Ayeon, terpesona dengan kecomelannya.
"Ahh, ni? Ni Rachel unnie. Dia yeochin oppa." Taehyung menjawab lalu tersengih. Ayeon menolak badan Taehyung kemudian lelaki itu melepaskannya ke atas tanah perlahan. Ayeon pun menghampiri Rachel dan mendepa tangannya, meminta dukung. Rachel tanpa berlengah mengangkat Ayeon yang kecil itu.
"Tak berat ke?" soal Taehyung melihat Rachel yang terkial-kial mendukung Ayeon.
"Sikit." Rachel tersengih.
"Ayeon, sinilah. Biar oppa dukung. Kasihan Rachel unnie, Ayeon dahlah berat." Taehyung mula membebel dan Ayeon mencebik. Dia pun turun lalu menggapai kedua-dua tangan Taehyung dan Rachel, memilih untuk berjalan sahaja.
◼◼◼
"Okay, bye bye Ayeon! Nanti kita jumpa lagi!" Taehyung dan Rachel serentak melambai ke arah Ayeon yang tersengih suka. Hampir sejam juga dia berjalan bersama kedua-dua remaja itu.
"Bye!" Ayeon menjawab sebelum berlari-lari anak masuk ke rumah.
"Comellah Ayeon tu. Saya jarang-jarang melekat dengan budak-budak, tapi Ayeon tu okay pula." Rachel berkata apabila mereka berjalan keluar dari halaman rumah Ayeon.
"Huh, comel memang comel. Tapi sibuk je kacau kita dating," kata Taehyung sambil mencebik.
"Eh, awak yang ajak dia tadi." Rachel tersenyum apabila Taehyung kelihatan termangu memikirkan tindakannya sendiri.
"Haih, yelah. Kejap."
Tiba-tiba Taehyung tunduk. Tali kasut Rachel yang terbuka dia ikatkan buat gadis itu. Hampir tertawa Rachel dibuatnya namun dia tahan. Comel.
"Terima kasih," ucap Rachel sambil mengusap rambut Taehyung. Tak, bukan usap tapi kusutkan.
"Janganlah, Cherry..." rintih Taehyung seraya menggenggam tangan Rachel yang semakin nakal menggapai rambutnya.
"Yalah, maaf."
◼◼◼
taehyngkim
liked by je0ngguk, jiminssi and 4,729 others
taehyngkim welcome to my fav shop :)
seokgene ohhhh
jiminssi nak ikut! 😤
yourhope nice pic 🔥
je0ngguk @yourhope HAHAHAH odo
View all 727 comments
7
minutes ago
raechellie
liked by taehyngkim, aerinnnn and 2,361 others
raechellie 💩
taehyngkim yah memang takda caption lain ke -_-
https.hana woot woot
6junkim seronok budak budak ni dating
View all 33 comments
4 minutes ago
◼◼◼
hello lovelies ❣
10/08/2020, 9.24 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro