30 ; eunwoo
“ Her Bad Boy - 30 ”
• Eunwoo •
⬜⬜⬜⬜⬜
항상 니 앞에서는 웃지
사랑이 내게는 비극이라도
꼭 끝난 뒤에 울지
이별, 너에게는 희극이라도
그래 영원한 건 하나 없지
죽을 것 같아도 살아 너 없이
(영원하길 girl)
Over, over, love is not over
이 끝이 없는 미로 속에서 어서 날 꺼내줘
I always smile at you
Even the love is a tragedy for me
I always cry after it's over
Farewell even though it's a comedy for you
Yes nothing is everlasting
I live without you even I feel like dying
(Hope it lasts forever girl)
Over, over, love is not over
Please take me out of this endless maze
-BTS, Love Is Not Over
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
"Ah ya ke? Baiklah, Rae pergi petang ni. Jumpa nanti."
Panggilan dimatikan. Taehyung pandang Rachel dengan muka ingin tahu.
"Siapa telefon?" tanya lelaki itu terus.
"Aunty Hyewon," jawab Rachel. Sikat rambut diambil dan dia perlahan-lahan menyikat rambutnya kemas.
"Oh... dia nak apa?" tanya Taehyung lagi. Dia menongkatkan sebelah tangannya ke atas meja solek, memerhati susuk tubuh Rachel dihadapan cermin.
"Dia ajak jumpa, katanya dah ada bussiness partner untuk bantu saya uruskan syarikat nanti." Rachel mencapai beg sekolahnya di atas kerusi dan menggalas di bahu. Taehyung ikut langkah gadis itu turun ke tingkat bawah.
"Kenapa pula kena ada bussiness partner? Kau seorang je yang uruskan tak boleh ke?" Taehyung memegang lengan Rachel yang semakin laju melangkah. Haish, suka sangat jalan laju-laju.
"Sebab saya tak ada pengalaman langsung. Aunty kata orang tu dah selalu urus syarikat, jadi dia boleh bantu saya apa yang patut." Rachel memberikan seulas senyuman kepada Taehyung yang sudah memuncung. Hai, takkan itu pun nak merajuk?
"Alah, aku ada kan? Apa kata biar aku je yang tolong kau?" cadang Taehyung penuh harapan. Rachel menggeleng dan tertawa kecil.
"Mana boleh, Tae. Tak pasal-pasal bisnes saya lingkup nanti, awak nak tanggung ke ganti rugi?" Rachel tergelak di penghujung ayat. Taehyung cebikkan bibirnya, tak setuju dengan kata-kata Rachel.
"Tak payah ada bisnes kau pun aku boleh tanggung kau tau. Haish, comel betul," kata Taehyung lalu mengusutkan bangs milik Rachel. Merengek kecil Rachel dibuatnya. Puan Kim menghampiri mereka dengan senyuman.
"Pagi-pagi dah bergaduh?" tegurnya mencantas pertelingkahan kecil dua remaja itu.
"Taehyung ni omma, suka sangat usik Rae." Rachel mengadu kepada Puan Kim. Bibirnya dijuih ke arah Taehyung yang sedang menjelir lidah selamba.
"Macam budak-budak," ujar Puan Kim seraya menggeleng kepala. Sudah masak benar dengan telatah mereka berdua.
"Dah, pergi sekolah sana. Hari ni je dah lambat sepuluh minit dari biasa," kata Puan Kim sambil melihat jam. Taehyung dan Rachel tersengih sebelum meminta diri dan pergi ke sekolah.
◼◼◼
"Awak ni, elok-elok boleh balik sibuk pula nak ikut saya."
Rachel membebel seketika pada Taehyung sambil berjalan. Mereka kini berada di sebuah taman, tempat berkelah yang menjadi tumpuan ramai. Hari ini, Puan Hyewon mengajak mereka berjumpa di situ, sambil makan dapatlah mereka berbual.
"Alah, aku nak temankan kau." Taehyung memberi alasan, hakikatnya dia cuma ingin melihat siapakah gerangan yang akan menjadi bussiness partner gadis kesayangannya itu.
"Rachel! Lamanya tak jumpa kamu!"
Puan Hyewon memeluk Rachel erat. Senyuman terukir di bibir kedua-dua mereka. Terasa sedikit teruja kerana sudah berbulan tidak bersua muka.
Taehyung menunduk hormat kepada Hyewon apabila wanita itu menatapnya. Tersengih seketika dia melihat lelaki itu. Dia mencuit Rachel sedikit.
"Rae, siapa ni? Amboi, ada namchin tak bagitau pun." Puan Hyewon mengusik Rachel yang sudah kemerahan mukanya.
"Ish aunty ni! Kenalkan ni Taehyung, err..." Terkelu seketika lidah Rachel, tak tahu nak perkenalkan Taehyung sebagai siapa.
"Nae, aunty. Maj-ayo, saya teman lelaki Rachel." Taehyung menyampuk dan terus Rachel mengetap bibir. Puan Hyewon tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
"Jaga Rachel elok-elok ya, Taehyung. Dia tak ada siapa-siapa kat dunia ni," pesan Puan Hyewon dengan suara lembut. Giliran Taehyung pula yang tersenyum kali ini.
"Sudah tentulah, aunty." Taehyung melirik ke arah Rachel yang memandangnya, dia kenyit mata sebelah menyebabkan gadis itu memukul bahunya perlahan.
"Eh, mari. Kita duduk dulu. Aunty bawa banyak makanan untuk kita hari ni." Puan Hyewon mula membuka sandal yang dipakai olehnya lalu duduk di atas tikar yang sudah sedia terhampar oleh Rachel dan Taehyung.
"Wah, semua nampak sedap," kata Rachel. Kecur air liurnya melihat bekas-bekas makanan jalanan seperti tteokboki, kimbap, sundae, mandu, kimchi jeon dan hotteok. Tak kurang juga terdapat dosirak. Rajin sungguh Puan Hyewon membuat bekal untuk berkelah.
"Aunty ke yang buat semua ni?" tanya Rachel, memandang Puan Hyewon yang lincah menyusun semua makanan di tengah-tengah mereka.
"Eh, taklah. Ni semua beli kecuali dosirak tu, ha yang tu aunty yang masak sendiri," jawab Puan Hyewon sambil mengeluarkan chopstick pula. Teratur dan terancang sungguh perkelahan ini. Kagum Rachel dibuatnya.
"Annyeonghaseyo, maaf sebab lambat." Kedengaran satu suara menyapa mereka. Rachel toleh ke arah seorang lelaki yang tinggi dan sangat tampan itu. Taehyung sudah memerhati tajam.
"Ah, Eunwoo. Sampai pun kamu!" Puan Hyewon berkata senang hati.
"Duduk, duduk." Puan Hyewon memberi sedikit ruang kepada Eunwoo. Eunwoo mengucapkan terima kasih dengan malu-malu.
"Kenalkan, ini anak buah aunty, Cha Eunwoo namanya." Puan Hyewon memberi peluang kepada Eunwoo untuk berkenalan dengan mereka.
"Hai! Saya Rachel!" Rachel berkata dengan ceria. Tangannya dihulurkan untuk berjabat dengan Eunwoo. Baru saja Eunwoo ingin menyambut huluran tangan itu namun segera Taehyung tepis. Hampir tercetus ketawa Rachel melihat Taehyung yang menjelingnya tajam.
"Kau, salam dengan aku. Nama aku Taehyung, aku namchin Rachel." Taehyung menekankan perkataan namchin itu menyebabkan Eunwoo tersengih.
"Oh, okay okay." Eunwoo mula faham mengapa Taehyung kelihatan sangat protective, siapa je suka tengok girlfriend dia dengan lelaki lain sentuh-sentuh kan?
"Ada-adalah korang ni. Makanlah, sementara tu kita berbual." Puan Hyewon memberi mereka semua chopstick untuk menjamah makanan.
"Lepas ni, kita ke syarikat sekejap ya. Tunjuk-tunjuk pada Eunwoo, memandangkan lepas ni dia akan jadi orang penting dalam syarikat tu," kata Puan Hyewon sejurus melegakan tekak dengan air.
"Jauh ke aunty?" tanya Eunwoo, mulutnya penuh dengan makanan. Nasib tak tersembur.
"Taklah, tak jauh pun. 20 minit macam tu boleh sampai dah," jawab Puan Hyewon sambil tersenyum.
"Dah lama juga Rae tak jenguk-jenguk syarikat tu. Entah apa yang ada kat sana." Rachel tertawa kecil. Dia tak banyak memori tentang syarikat itu meskipun dialah pewarisnya. Maklumlah, semuanya berada di bawah pengurusan Puan Hyewon.
"Alah, tak apa. Nanti lepas ni kamu selalulah jenguk, kan nak ambil alih syarikat tu..." Puan Hyewon mengusik Rachel yang masih berasa teragak-agak dengan tugas yang bakal dia pikul. Dia faham, gadis itu masih trauma dan sangat rindukan ibu bapanya.
"Takut juga Rae tak mendatangkan kejayaan nanti. Macam mana kalau syarikat tu semakin teruk kalau Rae yang uruskan?" tanya Rachel menyuarakan kebimbangannya. Puan Hyewon lantas menggeleng dan memandang Eunwoo di sebelah.
"Eunwoo kan ada. Dia ni dah berpengalaman dalam bab-bab bisnes." Puan Hyewon menyiku perlahan lengan Eunwoo. Eunwoo hanya tersengih.
"Awak ada bisnes sendiri ke Eunwoo?" tanya Rachel penuh minat. Seketul kimbap disumbat ke dalam mulutnya sambil memandang Eunwoo.
"Bisnes sendiri tu tak ada pun. Tapi saya dah lama handle syarikat ayah saya, dia selalu sangat ke luar negara." Eunwoo menjawab dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Terserlah ketampanan lelaki itu.
"Wah, berapa umur awak?" tanya Rachel lagi. Seolah-olah tidak percaya lelaki semuda ini menguruskan sebuah syarikat sendiri.
"Saya baru masuk 20 tahun ni. Kenapa tanya?"
"Oh! Awak lagi tua dari saya rupanya. Maaf sebab tak guna ayat formal." Rachel berkata kesal apabila mengetahui Eunwoo tua setahun dari dia dan Taehyung.
Eunwoo tertawa kecil. "Small matter."
◼◼◼
Sementara Eunwoo dan Rachel melihat-lihat pejabat bersama Puan Hyewon, Taehyung mula dilanda kebosanan. Dia lantas duduk di sofa dan mendengar saja perbualan antara ketiga-tiga mereka. Sambil itu matanya tidak berhenti memandang Eunwoo dan Rachel. Mereka kelihatan mesra antara satu sama lain.
"Tch, kau buat aku cemburu, Cherry." Taehyung berkata sendirian. Bibirnya dimuncungkan, walaupun Rachel tidak menoleh memandangnya.
"Eh, aunty nak ke bawah sekejap. Ada klien ajak jumpa pula. Tadi dia kata tak jadi. Sambunglah dulu ya, nak duduk pun tak apa." Puan Hyewon bersuara cemas apabila melihat notifikasi di telefon bimbitnya. Dia meninggalkan mereka apabila mereka mengangguk.
"So, awaklah pewaris syarikat ni? Bagus, syarikat ni banyak potensi dari apa yang saya tengok," kata Eunwoo memuji. Rachel tersenyum manis.
"Awak pun, banyak potensi..." Eunwoo berbisik perlahan. Meremang bulu roma Rachel dibuatnya. Dia menjarakkan diri dengan Eunwoo yang tersengih lain macam itu.
"Em, bagi awak, berapa jumlah yang diperlukan eh untuk saya melabur dalam syarikat awak? Lagipun kita nak jadi bussiness partner." Rachel bertanya, mengubah topik.
"Tak banyak, ada kau seorang pun cukup..." Meleret-leret suara Eunwoo. Dia merapati gadis itu dan tiba-tiba meraih pinggang Rachel. Berkerut dahi Rachel namun dia pantas sembunyikan, dan menutup kegusarannya dengan sebuah tawaan.
"Pandai awak bergurau hahaha."
"What if I say... I'm not joking at all?" Eunwoo memaparkan senyuman penuh makna. Rachel tersenyum kekok.
Semakin tidak selesa, Rachel cuba melepaskan pegangan Eunwoo di pinggangnya. Namun Eunwoo lebih cepat menguatkan pegangan dan terus memeluk pinggang Rachel.
"Apa awak buat ni Eunwoo? Lepaskan saya." Rachel bersuara separuh marah. Dia menunduk apabila Eunwoo memandangnya lama, sudahlah mereka sangat rapat sekarang.
"Hey, look at me princess. Saya tak suka orang pandang tempat lain masa saya bercakap." Eunwoo berbisik lagi. Terasa laju jantung Rachel, dia menjadi agak pelik dengan Eunwoo.
"Em, why are you acting like this? We're in public, let me go." Rachel mula meronta-ronta, dan secara kasar Eunwoo mencium bibirnya. Terus dia tolak Eunwoo sepenuh tenaga.
"Taehyung!" Rachel memanggil dengan nafas tidak teratur akibat takut. Eunwoo bertukar riak, terus membuat muka serius tanpa sedikit senyuman pun.
"Kenapa, sayang? Kau okay tak?" tanya Taehyung apabila dia mendapatkan Rachel. Gadis itu berpeluh teruk menyebabkan Taehyung dilanda perasaan sangsi terhadap Eunwoo.
"Saya okay. Saya nak ke tandas sekejap," kata Rachel lalu cepat-cepat pergi dari situ. Terasa tidak selamat apabila Eunwoo memerhatinya tak lepas-lepas.
"She's quite hot, no wonder she got a boyfriend." Tiba-tiba Eunwoo berkata, Taehyung memandangnya tajam.
"Back off, bro. Dia aku punya." Ringkas saja ayat Taehyung menyebabkan Eunwoo tergelak.
"Ya ke? Good luck with that." Eunwoo tersengih sinis. Taehyung sudah mengepal penumbuknya, geram dengan provokasi yang diberikan lelaki itu. Sudahlah dia pantang dicabar.
"Tak guna kau. Jangan sentuh dia! She's mine!" Taehyung bersuara keras. Tak akan dia biarkan Rachel terjatuh ke jerat Eunwoo.
"Urm... suka hati kaulah. Jagalah dia baik-baik, takut ada yang terkam je..." Eunwoo berkata sebelum tergelak. Lelaki itu mengorak langkah pergi dari situ tanpa menunggu lama.
Taehyung mencerlung tajam ke arah kelibat Eunwoo yang semakin jauh itu. Rachel yang baru keluar dari tandas terus ditarik lengannya. Dia menilik gadis itu atas bawah.
"Kau okay? Dia ada buat apa-apa ke?" tanya Taehyung penuh kerisauan. Rambut gadis itu diselit ke tepi telinga lembut.
"Okay. Jomlah kita balik, aunty kata lain kali je sambung. Dia lama lagi jumpa klien tu." Rachel menarik tangan Taehyung keluar dari pejabat. Mereka pun pulang ke rumah.
◼◼◼
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Taehyung dan Rachel berada di bilik lelaki itu, menonton filem bersama-sama.
"Cherry, kau diam je hari ni. Kenapa?" tanya Taehyung. Dia memegang erat tangan gadis itu. Pelik juga kerana Rachel tak banyak cakap. Memang gadis itu pendiam, namun hari ni berganda-ganda pula diamnya.
"Tak ada apalah, Tae. Jangan risau." Rachel senyum nipis. Pipi Taehyung diusapnya perlahan.
"Tadi Eunwoo buat apa kat kau?" tanya Taehyung tanpa berselindung. Rachel tersentak namun cepat-cepat dia sengih.
"Buat apa? Mana ada buat apa-apa." Gadis itu berdalih. Dia menyembunyikan kerana takut Taehyung akan bertindak kasar. Lelaki tu bukan boleh kira, silap-silap dia pergi belasah terus.
"Ya ke ni?" soal Taehyung antara percaya atau tidak. Dia mengamati wajah Rachel, cuba mengesan kejujuran atau penipuan.
Rachel menunduk. Rasa bersalah menguasai dirinya apabila dia menipu. Dia pun tak pasti sama ada dia patut jujur atau tak.
"Cherry, aku tanya kau ni. Daedaphaejwo." Taehyung berkata lembut. Dia tahu ada yang tak kena. Tapi gadis itu masih mahu menyembunyikan.
Rachel angkat muka dan geleng. Cepat-cepat dia bangun dari sofa dan mengorak langkah ke katil di bilik Taehyung itu. Sambil menarik selimut dia berkata, "Saya nak tidur dulu. Selamat malam."
Taehyung tercengang. Semudah itu saja gadis itu mengelak darinya? Tak boleh jadi.
Pap!
Televisyen dimatikan. Taehyung lantas bangun dan menghampiri Rachel. Dia duduk di tepi katil, mengusap perlahan rambut Rachel.
"Sayang, kau tahu kan kau boleh berterus terang dengan aku? Aku tak marah pun, aku nak tahu benda betul je." Taehyung masih menggunakan suara yang lembut, tak mahu gadis itu berasa takut.
"Kalau kau tak cakap, macam mana aku nak tolong kau? Kau tak percayakan aku?" sambung Taehyung lagi. Kali ini semakin lirih suaranya, mungkin berjauh hati dengan Rachel.
Rachel tidak berkutik. Tubir mata gadis itu mula berkaca, menandakan bila-bila masa saja dia boleh menangis. Taehyung yang sedar akan hal itu cepat-cepat menarik Rachel ke dalam pelukannya.
"Baby, what's wrong? Kenapa menangis ni?" tanya Taehyung risau. Ibu jarinya menyeka air mata yang berjurai di pipi gadis itu.
"Saya minta maaf..." teresak-esak Rachel berkata. Taehyung geleng kepala dan mencium dahi gadis itu.
"Kau tak ada salah pun, sayang. Bagitahu aku, siapa buat kau? Eunwoo?" Taehyung mengusap lembut belakang Rachel untuk menenangkannya.
Perlahan-lahan Rachel angguk. Dia menangis lagi di dada Taehyung. Taehyung mengeluh, rambut gadis itu pula diciumnya. Habis basah bajunya, namun kalau sebab Rachel tak menjadi satu masalah pun.
"Dia— dia pelik. Tiba-tiba dia cakap benda-benda pelik, macam gatal sangat. Lep— lepas tu, dia cium saya..." Rachel berterus terang akhirnya. Air muka Taehyung berubah kepada marah. Dia memandang Rachel yang masih menangis itu.
"Sayang." Taehyung memanggil perlahan. Dagu gadis itu dipegang lembut, mengangkat wajah Rachel agar memandangnya. Rachel seka air matanya, melihat Taehyung yang seakan-akan marah itu.
"Kau nak aku bagitahu Aunty Hyewon? Takkan kau nak bekerjasama dengan dia kalau dia dah macam tu." Taehyung memberikan pendapatnya namun Rachel tidak bersetuju.
"Jangan, saya taknak Aunty Hyewon sedih dengan sikap anak saudara dia sendiri. Tak apa, kalau perkara ini makin teruk baru kita bagitahu dia." Rachel pula bersuara. Dia tersenyum nipis, meyakinkan lelaki itu dengan keputusannya. Taehyung memerhati Rachel yang baring semula itu. Aik, takkan secepat ini perbincangan berakhir?
"Are you sure?" tanya Taehyung lagi. Dia berbaring juga dan meraih pinggang Rachel. Gadis itu dipeluknya erat.
"Yup, sure." Rachel angguk dan senyum lagi. Taehyung lambat-lambat senyum juga, walaupun hatinya berbelah-bahagi. Tak apa, tahulah dia buat apa dengan Eunwoo nanti.
"Okay, good night baby."
"Selamat malam juga, Tae."
◼◼◼
ni baru permulaan konflik
ya anak-anak. sabar, kita
nantikan kesengsaraan mereka
pula MUAHAHAHAH
p/s ; vote 1k = next update!!!
07/8/2020, 10.01 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro