3 ; her
" Her bad boy - 3 "
• Her •
⬜⬜⬜⬜⬜
그날의 그때처럼 말없이 그냥 날 안아줘
지옥에서 내가 살아 남은 건
날 위했던 게 아닌 되려 너를 위한 거란 걸
안다면 주저 말고 please save my life
Just hold me silently like you did that day, that time
The reason I survived in hell
It's for you, it was not for me
If you know, don't hesitate and please save my life
- BTS, Make It Right
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Hari esok sudahpun tiba. Pelajar-pelajar yang hadir ke Ppalgan Highschool semakin berkurangan dek kerana peperiksaan akhir tahun yang sudah berlalu dan cuti sekolah yang hampir menjelang tiba.
Rachel berseorangan hari ini. Dia dah banyak kali mencarut dalam hati sebab hari ni, Aerin dan Hana tidak hadir serentak! Entahlah merancang ke apa. Jadi, Rachel memilih untuk memencilkan diri dan buat kerja sendiri.
Kelihatan Taehyung sedang termengah-mengah kerana penat berlari daripada pengawas sekolah. Kenapa? Oh, janganlah tanya. Dah menjadi kebiasaan pemandangan sebegini setiap pagi di Ppalgan Highschool kerana sikap sering datang lewat Taehyung. Tapi, ada dia kesah? Bagilah markah demerit banyak mana pun, segala kekayaan keluarganya yang ditaburkan di sekolah pasti berjaya menghapuskan niat untuk mendendanya.
"Detention an hour after school, Kim Taehyung!" Teacher Lee menjerit apabila Taehyung selamba memasuki kelas tanpa berkata apa-apa. Dia hanya mampu menahan geram melihat gelagat anak orang kaya itu. Selaku seorang guru, dia cukup tidak suka dengan murid yang kurang berbudi bahasa seperti Taehyung. Tapi apakan daya, dia tidak bersuara untuk memarahi Taehyung kerana dia tahu, pelajar lelaki itu tidak akan memberi sebarang kerjasama pun. Buang masa dan bazir tenaga jika berleter.
"Alright class, enough with the gossips. Let's continue our lesson." Teacher Lee menenangkan kelas yang semakin riuh rendah kerana Taehyung. Pelajar-pelajar kelas tersebut merungut namun mereka akur dan mula fokus pada subjek Bahasa Inggeris yang diajar Teacher Lee.
⬛⬛⬛
Rachel memerhati kelibat seorang pelajar lelaki yang tertidur di sudut hujung perpustakaan. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, berkerut dahi Rachel.
Apa mamat ni tak ada rumah ke? Dah hampir tiga jam waktu persekolahan tamat. Mengapa dia masih berada di sini?
Rachel menghampiri lelaki itu perlahan-lahan. Teragak-agak juga dia untuk mengejut lelaki itu. Jari telunjuk kanan Rachel hulurkan, dia mencuit bahu lelaki itu.
Taehyung menggumam perlahan. Tidak suka tidurnya diganggu.
"Urm, sorry. Sekarang dah pukul 5 petang. Nanti guard nak kunci perpustakaan. Saya rasa baik awak bangun sekarang."
Taehyung membuka matanya perlahan. Dia memandang ke arah gadis pemilik suara lembut itu. Terus terbuntang mata Taehyung. Dibetulkan segala rambutnya agar nampak lebih kemas.
"Eh, hai."
Tegur Taehyung apabila Rachel terkebil-kebil memandangnya. Dia mengukir senyuman petak kepada Rachel.
Rachel tidak membalas, dia hanya tersenyum kecil sebelum mengalihkan pandangan. Bukan apa, jantungnya hampir tercabut melihat killer smile milik lelaki yang baru dikenalinya itu.
"Jom, balik?" ajak Taehyung apabila melihat Rachel sudah mengemas barang-barangnya yang digunakan sewaktu sesi study group bersama dua orang mentee yang ditetapkan untuknya.
"Erm, okay." Rachel berjalan mengiringi Taehyung ke arah pagar sekolah.
"So, aku rasa kaulah top student batch kita. Rachel, am I right?"
"Erm, betul. Macam mana awak boleh kenal saya?" tanya Rachel pula. Macam pelik, jarang-jarang Taehyung nak notice perempuan nerd macam dirinya.
"Kawan aku ada sebut pasal kau, dia kata kau pandai, selalu jadi top student," Taehyung menjawab sambil menutup pintu perpustakaan. Hanya mereka berdua saja yang ada di situ, sekolah sunyi sahaja.
Sampai sahaja di depan pintu pagar, Rachel terus mengucapkan selamat tinggal. Taehyung memandang sahaja gadis itu pergi, sebelum dia mengekori gadis itu perlahan-lahan.
Bukan Taehyung namanya kalau tak buat kerja pelik. Dia berada lebih kurang 50 meter di belakang gadis itu, mengekorinya dengan senyap.
"Haish, perempuan ni. Memang tak tahu jaga diri sendiri ke apa, berani betul lalu lorong sunyi." Taehyung menggumam sendiri apabila dia melihat Rachel memasuki sebuah lorong yang memang sunyi, tak ramai orang lalu di situ. Dia mempercepatkan langkah, mengikut Rachel lagi.
Rachel langsung tidak menyedari. Gadis itu berjalan dengan selamba, langsung tak pandang belakang.
"Ni kalau orang lain yang ikut kau, entah kau selamat ke tidak." Menggeleng-geleng Taehyung yang semakin lama semakin mengenali Rachel jenis perempuan yang macam mana.
Tiba-tiba Rachel berhenti apabila sudah hampir keluar dari lorong sunyi tersebut, Taehyung cepat-cepat menyorok di sebalik sofa buruk yang ditinggalkan. Matanya masih memerhati Rachel.
"Kesiannya, lapar ke?" Rachel tunduk, mengusap seekor anak kucing, kecil sahaja, mungkin berusia 3 bulan.
Anak kucing itu mengiau perlahan, menggeselkan badannya pada tangan kecil Rachel. Rachel membuat muka kesal, "Sorry, hari ni tak ada makanan, lupa nak bawak."
Taehyung yang sedang memerhati agak keliru nak gelak atau nak menangis. Hampir ketawa dia melihat Rachel bercakap dengan kucing, namun dia rasa nak menangis juga kerana tersentuh dengan hati baik milik Rachel.
"Lain kali, okay. Rae janji Rae bawak makanan." Rachel mengusap anak kucing itu buat kali terakhir, sebelum dia bangun dan berlari anak keluar dari lorong. Taehyung tergopoh-gapah mengikut, hampir terjatuh dia di situ.
Hampir 15 minit berjalan, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah kawasan perumahan. Bukan kawasan perumahan golongan elit seperti kebiasaan Taehyung, tapi perumahan yang menempatkan rumah-rumah setingkat, nampak buruk di mata Taehyung. Dia tidak lupa jalan, mana tahu lepas ni dia boleh pergi rumah Rachel lagi.
Rachel akhirnya berhenti apabila sampai di rumahnya. Dia menolak pagar yang hampir roboh sebelum menutupnya kembali perlahan-lahan. Rachel tersenyum nipis mengenangkan nasib malangnya. Rachel menyeluk poket dan mengeluarkan kunci. Pintu terbuka saja, Rachel terus masuk dan menutup kembali pintu.
Taehyung kini berdiri di hadapan pagar rumah Rachel. Memang nampak uzur, tapi kemas. Tak macam rumah-rumah lain yang terbiar sahaja kerana sudah buruk. Mungkin Rachel rajin mengemas. Taehyung akhirnya melangkah pergi dari situ apabila sudah puas hati.
⬛⬛⬛
To be continued...
Setelah berkurun lama tak update, here you go! Harap-harap lepas ni makin rajin nak update, maklumlah tengah kuarantin, bosan duduk rumah tak buat apa.
Readers kesayangan, stay safe okay? Jangan mengada ngada buat perangai keluar rumah apa semua. Stay strong Malaysian <3
18/4/2020, 9.55 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro