29 ; sweet
" Her Bad Boy - 29 "
• Sweet •
⬜⬜⬜⬜⬜
楽しみは分け合う度倍になる
でも悲しみも分けたら倍になる
だからいつも笑って
休みな俺の肩で
たまに喧嘩するでもすぐに仲直り
気持もわかる ま~
書いてるさ顔に
As you share happiness, it multiplies
But if you share sadness also, it multiplies too
So always laugh
And rest on my shoulder
We may argue sometimes, but we make up quickly
I understand your feelings too, well~ it's written on your face
- BTS, Good Day
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
Aku membelek-belek tin susu cair yang terdapat di rak. Bibirku muncungkan sedikit, tak tahu yang mana omma mahukan.
Ya, aku dan Taehyung sekarang berada di pusat membeli belah. Kata Taehyung, omma minta belikan sedikit barang dapur. Dan di sini, hanya aku yang memilih semuanya, manakala Taehyung hanya mengikut langkahku sambil menolak troli.
"Tae? Omma awak selalu pakai susu yang mana?" tanyaku pada dia setelah lama menilik tin-tin susu di situ.
"Urm..." Taehyung fikir sekejap. Matanya dililaukan kepada rak itu.
"Ambil jelah yang tu," kata Taehyung sambil menunjuk kepada tin susu berjenama Rubies. Aku ambil satu dan letak dalam troli.
"Lagi?"
Taehyung tunduk memandang skrin telefonnya. "Coklat masakan."
Aku angguk dan jalan ke arah bahagian yang menempatkan coklat masakan. Taehyung setia mengekoriku. Sekali-sekala dia langgar punggung aku dengan troli. Cis, macam budak-budak.
"Yang mana-mana pun okay kan?" tanyaku sambil mendongak ke atas. Coklat tersebut berada di rak atas sekali. Aish, coklat jugalah dia letak tinggi-tinggi.
"Ambil jelah. Aku nak pergi makan. Lapar dah ni," rungut Taehyung sambil membuat muka bosan. Aku tunjuk pada rak atas.
"Ambilkan? Saya tak sampai."
Taehyung mencebik. Dia tinggalkan troli dan capai satu bar coklat. Dia letak dalam troli dan aku senyum.
"Kenapa kau pendek sangat?"
Tak semena-mena Taehyung bertanya. Aku hanya menjeling dia, tahu sangat dia nak cari pasal dengan aku.
"Cherry."
"Hm?"
"Aku rasa macam kita dah kahwin pula." Taehyung tergelak kecil dengan ayatnya.
"Kenapa pula?" tanyaku sambil memandangnya pelik.
"Yalah, macam pelik je kita pergi beli barang dapur. Bukan orang-orang tua je ke buat? Maksud aku orang yang dah kahwin." Taehyung menjelaskan dan aku cubit lengan dia perlahan.
"Merepek. Habis kalau orang yang belum kahwin, tak bolehlah beli barang dapur? Macam tu?" balasku laju. Entah apa-apa mindset lelaki ni.
"Taklah. Aku cakap macam tu sebab aku tak pernah beli barang dapur. Kau tengoklah tu, menggelikan."
Aku pandang arah Taehyung tunjuk, kelihatan lantai yang sedikit basah dengan air kotor iaitu di tempat makanan basah.
"Memanglah kotor, dah ayam, ikan apa semua tu kat situ," aku membalas sambil berjalan pergi dari situ. Omma tak minta kami beli apa-apa makanan basah pun.
"Eii. Kalau kotor tu laplah balik. Apa guna ada pekerja? Baik pecat je kalau kebersihan pun tak dijaga."
Aku biarkan saja Taehyung membebel sendirian. Telefonnya aku ambil dan semak semula senarai barang. Puas hati dengan semua barang yang sudahpun elok terletak dalam troli, aku ajak Taehyung ke kaunter pembayaran.
◼◼◼
"Kita makan dulu, tau. Lepas ni baru kita balik."
Aku angguk saja. Dia yang bawa kereta, aku ikutkan ke mana pun dia nak.
"Malaslah nak pergi sekolah esok. Kalau tak pergi, boleh kan?" tanya Taehyung sambil mengerling ke arahku. Aku geleng laju.
"Tak boleh. Datang juga," jawabku sambil mencebik. Mengada betul. Bukannya sakit sampai tak nak datang sekolah.
"Taknaklah. Aku hantar kau lepastu aku ambil. Kau pergilah, aku nak duduk rumah." Masih selamba Taehyung berkata begitu. Aku pandang dia tak puas hati.
"Oh, awak tak nak datang? Geurae, tengoklah saya buat apa nanti." Aku ketawa besar melihat Taehyung yang sudah tidak senang duduk.
"Apa? Kau nak buat apa?" soal Taehyung tanpa secalit senyuman di bibir. Serius betul.
"Hmm, banyak. Mula-mula saya nak ajak Jimin duduk sebelah saya, lepas tu waktu rehat saya nak makan dengan Mingyu. Balik, awak tak payahlah ambil. Saya minta tolong Jimin atau Mingyu hantarkan," ujarku panjang lebar. Senyuman puas aku ukirkan melihat wajah Taehyung yang sudah cemberut.
"Eh, jangan mimpi. Aku datang esok." Taehyung memutuskan tiba-tiba membuatkan aku tertawa lagi.
"Tahu takut."
Dia gulingkan mata dan aku cubit pipi dia. Asyik dia je cubit pipi aku, biar hari ni aku yang cubit pipi dia.
Kami teruskan perjalanan sambil berbual kosong. 15 minit kemudian, kereta yang dipandu oleh Taehyung berhenti di hadapan sebuah restoran yang berada di taman.
"Gelapnya kedai ni. Tak ada lampu ke?" soalku membuatkan Taehyung ketawa kecil. Dia cuit hidung aku perlahan.
"Merepeklah kau ni. Kalau tak ada lampu macam mana nak makan? Tak nampak makanan tu nanti," katanya sambil mematikan enjin kereta. Kami sama-sama keluar dan berjalan ke pintu masuk restoran.
"Tempahan atas nama Kim Taehyung," kata dia saat petugas di kaunter itu bertanya. Aku sekadar memerhati Taehyung menyelesaikan semuanya tanpa menyampuk.
"Jom."
Tanganku digapai oleh Taehyung dan dia tarik aku keluar semula dari restoran. Aku mengikut dengan rasa aneh dalam hati.
"Kenapa kita keluar ni? Bukan ke kalau nak makan kat dalam?" soalku naif, tak memahami tujuan Taehyung.
"Banyak tanyalah kau ni. Ikut je dulu, okay?" Taehyung cubit pipi aku dan aku menjelingnya tajam. Suka-suka je dia cubit-cubit. Ingat tak sakit ke?
Kami menghampiri sebuah meja makan yang berada di luar kedai itu. Taehyung tolak aku duduk dengan separa kasar. Aku pandang dia geram.
"Elok-eloklah!"
Taehyung ketawa dan mengambil tempat di hadapanku. Aku pandang sekeliling yang gelap.
"Kau makan je apa-apa kan? Aku dah pesan makanan tadi." Taehyung betulkan baju dia tanpa pandang aku. Haih, pakai kemeja T pun hensem, belum pakai baju kahwin. Eh?
"Ya, saya tak memilih. Tapi kan, gelap sangatlah," kataku sambil memuncungkan bibir. Taehyung hanya senyum.
Tak lama lepas tu, dua orang pekerja datang dan nyalakan lampu kecil, comel saja. Dah macam candle light dinner, tapi ni versi lampu kecil-kecil.
"Maaflah, tak dapat kau nak rasa candle light dinner, aku takut kau tak selesa nak makan kalau ada api."
Bicara Taehyung membuatkan aku tersenyum. Terasa dihargai pula bila dia berkata begitu. Aku pandang lampu-lampu itu dengan suka.
"It's okay, ini pun dah lebih dari cukup," jawabku sambil tersengih. Dia kelihatan lega dan kemudiannya mengusap tanganku perlahan.
"Encik muda, ini makanan yang encik muda pesan. Ada apa-apa yang terkurang?" Pelayan yang menghantar makanan kami menegur ramah. Taehyung pandang segenap meja dan geleng.
"Semua cukup. Um, boleh tolong saya tak?" tanya Taehyung pada pelayan itu. Pelayan itu mengangguk dan Taehyung berbisik sesuatu kepadanya. Aku pandang macam biasa sebab pelayan itu lelaki. Kalau perempuan, mampus dia aku kerjakan.
"Sekejap ya."
Pelayan itu bergegas ke tempat lain. Sementara itu aku dan Taehyung mula menjamah makanan. Memang sedap, kalau Taehyung memang semua restoran lima bintang saja dia jejak. Manakan tak sedap, servis pun sentiasa tip top.
"Nak rasa aku punya?" tanya Taehyung tiba-tiba. Aku pandang steak yang ada di pinggannya dan angguk. Dia potong sedikit dan suap untuk aku.
"Umph, sedap..." puji aku sambil mengunyah. Rasa kuah yang sempurna bagi aku. "Kenapa awak tak pesan yang tu untuk saya? Sedaplah."
Taehyung tertawa kecil. Aku kuis-kuis grilled salmon dalam pingganku dengan garfu.
"Manalah aku tahu. Lain kali okay?" Taehyung gosok-gosok kepala aku perlahan. Aku sekadar mengangguk saja.
"Encik muda, ini barangnya."
"Ah great, gomawo."
Aku pandang Taehyung yang ambil sebuah beg kertas dari pelayan itu. Pelayan itu menunduk hormat dan berlalu pergi.
"Apa tu?" Bibirku muncungkan ke arah beg kertas sambil bertanya.
"This? For you."
Aku sambut huluran itu dengan senyuman. Siapa yang tak suka dapat hadiah, ye dok?
"Thanks."
"My pleasure, mi amor."
Aku jeling dia sikit dan dia tergelak. Acah-acah je cakap bahasa asing.
Beg kertas aku buka perlahan, tak nak koyak memandangkan dia cellotape kemas. Bagus betul.
"Oh my god, what's this?" Aku berkata perlahan sambil menekup mulut. Terkejut melihat kotak cincin yang ada dalam tu. Muka aku angkat untuk pandang dia. Dia tersengih melihat aku.
"Aku baru beli minggu lepas, aku harap kau suka."
Aku angguk laju. Aku suka. Sangat!
Kotak cincin itu aku buka dan nah, terpapar sebentuk cincin dalam tu dengan sekeping kertas kecil yang dilipat. Aku kecilkan mata pandang Taehyung dan dia tergelak.
"Ada je idea dia," kataku perlahan. Kertas yang terjatuh atas riba aku ambil dan buka. Tertera bahasa asing di situ. Aku mencebik.
" el hombre frente a ti es tan guapo "
"Tae, saya tak fahamlah." Rungutan aku berikan pada dia. Dia hulurkan telefon bimbitnya padaku, dah siap terbuka aplikasi Google Translate. Cis.
"Is this Spanish?" tanyaku apabila Google Translate detect language yang menunjukkan Spanish.
"Yup," jawab Taehyung ringkas. Aku sambung menaip, satu-satu huruf ya memandangkan aku tak pernah belajar bahasa ni. Haih.
"Eo? Taehyung, this is not sweet at all!" Aku merengek apabila melihat maksudnya. 'The man in front of you is so handsome.' Kepala otak dialah.
"Aww, kecewanya kau." Taehyung ketawa kuat melihat aku mencebik. Aku campak kertas itu pada dia.
"Nah, nah. Ni yang betul punya. Tak tipu," kata Taehyung sambil menyerahkan sebuah lagi kertas kepada aku. Aku ambil dan pandang muka dia, cuba cari kejujuran dalam matanya. Dia angguk, meyakinkan aku. Aku buka kertas itu dan mula taip apa yang tertera di atasnya.
" Serás mía empezando desde hoy? "
(Will you be mine starting from today?)
Aku senyum dan taip jawapannya. Pen yang ada dalam beg tanganku aku capai dan tulis pada belakang kertas. Aku bagi kertas itu pada Taehyung semula.
"Por su puesto que lo hare. Aku tak faham!" Taehyung memuncungkan bibirnya. Aku gelak.
"Padan muka. Sibuk nak Spanish sangat. Nah, ambik."
Aku serahkan semula telefonnya. Dia ambil dan taip juga. Kelakar pula.
"Of course I will. Wait, are you serious Rachel?" tanya Taehyung dengan mata membulat. Aku senyum dan angguk.
"Yes! Omma, Tae dah ada calon menantu untuk omma!"
Mulut Taehyung aku tekup. Bising betul. Pekerja-pekerja di situ melemparkan sengihan kepada kami. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah. Ish, buat malu saja Taehyung ni.
⬛⬛⬛
Nobody's Pov
Usai makan, Taehyung dan Rachel terus pulang ke rumah. Teruk juga mereka dileter oleh Puan Kim gara-gara tiba pada pukul sepuluh malam.
"Ya Tuhan! Kamu bawa Rachel ke mana Taehyung? Bertuah betul," bebel Puan Kim sambil membuka pintu. Taehyung buka selipar dia selamba manakala Rachel pula sedang simpan kasutnya ke dalam rak.
"Macam-macam tempat, omma. Seronok kan, Cherry?" tanya Taehyung pada Rachel sambil mengenyitkan mata. Rachel angguk dan senyum.
"Seronok, omma. Rugi omma tak ikut kami sekali," jawab Rachel sambil memaut lengan wanita itu. Puan Kim mencebik dan geleng.
"Taknaklah omma ikut. Omma ni dah tua, bukannya berdarah muda lagi macam kamu berdua."
"Haa, dengar tu. Lagipun kalau omma ikut, mesti kita tak boleh nak manja-manja macam tadi. Kan, Cherry?"
Merah padam muka Rachel dibuatnya. Puan Kim angkat kening sambil tersenyum.
"Wah, macam menarik. Buat apa je tadi?" tanya Puan Kim ingin tahu. Rachel mengetap bibir manakala Taehyung sudah pecah tawanya melihat Rachel yang gugup itu.
"Tengok ni, omma. Ni bakal menantu omma tau," kata Taehyung sambil mencapai tangan Rachel, menunjukkan cincin yang ada di jari manis gadis itu. Puan Kim tersenyum namun lengan Taehyung dicubit.
"Kamu tak beritahu omma dulu, ya? Tahu-tahu je dah ada plan."
"Argh, sakit. Omma!" Taehyung merengek sambil mengusap lengannya sendiri. Dah macam ketam bisanya.
Rachel yang berada di situ tertawa melihat gelagat dua beranak itu. Namun tiba-tiba kehadiran Tuan Kim membuatkan suasana bertukar serius.
"Amboi, meriahnya. Ada apa ni?"
"Eo, annyeonghaseyo." Rachel tunduk hormat kepada lelaki itu. Puan Kim tersengih manakala Taehyung membuat muka bosan.
"Omma, Tae naik dulu dengan Rachel. Mengantuk!" Serentak itu, lengan Rachel ditariknya untuk mendaki tangga. Rachel yang tidak tahu untuk berbuat apa hanya mengikut.
"Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" tanya Tuan Kim pada isterinya. Puan Kim tersenyum kekok.
"Eh, tak ada apalah. Jom minum, saya buatkan air."
◼◼◼
Taehyung membawa Rachel ke biliknya. Sementara dia mandi, Rachel melihat-lihat bilik yang baru pertama kali dijejakinya. Gila, bilik Taehyung lebih seronok berbandingnya. Tak adil!
"Wah, ada balkoni."
Rachel menghampiri balkoni yang tertutup dengan pintu gelongsor lut sinar. Dia selak langsir yang sedia terselak dengan lebih luas, lalu membuka pintu gelongsor itu. Angin sejuk malam menerobos masuk ke dalam dan menghentam tubuhnya. Dia berpeluk tubuh menahan sejuk.
"Omo, yeppeuda." Bibir gadis itu menguntum senyum memandang bintang yang bertaburan di langit. Dia menghampiri hujung balkoni dan melemparkan pandangan ke arah kota Seoul yang masih terang. Jarang-jarang dapat peluang melihat Seoul dari atas, ternyata kesibukan kota itu melebihi sangkaannya.
"Oi, tak sejuk ke?"
Teguran dari Taehyung yang baru selesai mandi menyentakkan Rachel. Dia berpaling, kelihatan Taehyung yang sudah menukar baju kepada baju tidur yang selesa. Senyuman dia hadiahkan pada lelaki itu.
"Bestnya bilik awak."
Taehyung ketawa kecil mendengar ayat Rachel. Pinggang gadis itu diraih dari belakang. Rachel sekadar membiarkan, selesa dengan kehangatan tubuh Taehyung.
"Tidurlah bilik aku. Best pun best. Boleh tengok muka aku yang handsome ni," kata Taehyung memuji diri sendiri. Rachel menggulingkan mata, menyampah namun bibirnya masih tersenyum.
"Taknaklah. Bahaya. Awak tu bila-bila masa je boleh jadi gatal."
Taehyung ketawa lagi mendengarnya. Rambut Rachel dicium perlahan dan dia pusingkan badan gadis itu ke arahnya. Gadis itu dibawa semula ke dakapannya.
"Teman aku tidur malam ni, boleh?" pinta Taehyung dengan mata bulatnya. Rachel cuit hidung Taehyung, mengamati sekejap tahi lalat di hidung lelaki itu.
"Mana boleh, nanti omma dengan appa awak kata apa pulak." Rachel menolak cadangan Taehyung lembut. Lelaki itu memuncungkan bibir.
"Alah, aku dah pernah cakap, tak ada orang tahu kalau tak ada orang bagitahu. Kita diam-diam jelah," jawab Taehyung, cuba meyakinkan Rachel. Rachel diam seketika, berfikir.
"Kali ni je?" pujuk Taehyung lagi.
"Yalah." Rachel angguk lambat-lambat.
"Yeay!" Taehyung ketatkan pelukan. Rachel ketawa kecil melihat perlakuan lelaki itu yang kelihatan comel baginya.
"Kau pergi mandi dululah, busuk."
Rachel mencebik. Pelukan dileraikan.
"Ish, tunggu kejap." Rachel menapak ke pintu bilik untuk mandi di biliknya sendiri namun Taehyung menahan.
"Mandi jelah dekat sini." Taehyung menjuih bibir ke bilik airnya. Rachel hanya menurut, malas mahu bertekak.
◼◼◼
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Rachel yang sudah siap mandi memakai baju Taehyung. Lelaki itu menawarkan namun baju itu memang besar untuk Rachel yang lebih kecil darinya.
"Sini tengok." Taehyung menarik Rachel ke arahnya dan tergelak apabila baju yang dipakai gadis itu terjatuh bahunya.
"Comel. I think you should wear my clothes often," kata Taehyung sambil mencuit pipi gebu Rachel. Rachel mencebik geram.
"Besar sangat. Baik saya pakai baju sendiri," ujar Rachel tidak bersetuju. Taehyung hanya mengendahkan. Rachel ditarik agar berbaring di sebelahnya.
"Leganya, penat berjalan hari ni baru dapat baring," kata Taehyung sambil memejamkan mata. Rachel hanya tersenyum.
"Awak..." panggil Rachel perlahan. Taehyung membuka mata semula, memandang Rachel sambil menggumam.
"Thank you for today. Urm, i love you." Memerah muka Rachel kerana malu. Taehyung tersenyum lebar.
"Apa?" tanya Taehyung hanya untuk mendengar ayat terakhir Rachel sekali lagi.
"Terima kasih bawa saya jalan-jalan tadi," ujar Rachel pantas. Taehyung geleng.
"Bukan, yang tadi tu." Taehyung sengih kecil.
"Yang mana? Dahlah, saya nak tidur." Rachel mengelak, dia menarik selimut dan membelakangi Taehyung.
Taehyung senyum. Dia memeluk Rachel erat dan berkata, "My pleasure, I love you too, babe."
◼◼◼
Mulai hari ni sampai 19hb wisya exam :(
update mungkin tak menentu, tapi inn shaa Allah i'll try my best untuk update macam biasa.
do vote and comment, we're nearing 1k votes! gomawo!
3/8/2020, 11.51 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro