27 ; camping iv
“ Her Bad Boy - 27 ”
• Camping IV •
⬜⬜⬜⬜⬜
넌 딱히 꾸미지 않아도
매력이란 향수를 뿌리겠지 아마도
신은 없다고 믿었었던 나마저도
신을 믿게 만들어
나에게 여신은 바로 너
니가 어리던 말던
나이가 많던 숨긴 아이가 있던
나는 상관없어
내가 널 사랑하거든
Even if you don't put on makeup
You'll put on your perfume called attraction
I never believed that there was a god
But now you make me believe
Because to me, you're a goddess
Whether you're young or old
Whether you have a hidden child
I don't care because I love you
- BTS, Miss Right
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Taehyung mengorak langkah ke arah Namjoon. Belakang kawannya itu dipeluk erat.
"Eo? Waeyo Taehyung-ah?" Namjoon bertanya apabila mengenali Taehyung walaupun tidak bersua muka.
"Rachel, dia halau aku..." Taehyung mengadu dengan manja. Namjoon tersenyum.
"Kenapa? Kau buat dia ke?"
Taehyung geleng dan angkat bahu. "Tak tahu. Tiba-tiba je dia macam tu."
"Takkanlah tiba-tiba je? You know her, man. Baik kau selidik cepat, nanti melarat pula rajuknya," ujar Namjoon sambil menepuk bahu Taehyung. Taehyung sekadar tunduk dan menggosok belakang lehernya.
"Nanti aku tanya dia balik," putus Taehyung seraya berpaut pada Seokjin pula. Dah macam koala, sana sini dia panjat.
"Beratlah, gila! Aduh..."
◼◼◼
Rachel yang hampir sepuluh minit baring tanpa bergerak mula bosan. Dia duduk dan menjenguk sedikit ke luar khemah. Tak nampak pula Taehyung di mana-mana.
Rachel masuk semula ke dalam selimut. Walaupun matahari hampir tegak di atas kepala, namun masih sejuk. Maklumlah, tapak perkhemahan itu berada di kawasan bergunung-ganang. Suhu mencecah bawah negatif, apatah lagi pada waktu malam.
"Taehyung pabo. Suka buat Rachel dugeun, dugeun," gumam Rachel sambil memeluk patung beruang yang dibawa.
Rachel menggagau pula sekitar bawah bantal, cuba mencari telefonnya. Tapi tangannya terambil telefon milik Taehyung pula.
"Eo? Tak pernah lagi aku belek-belek telefon ni," kata Rachel sambil menilik lama telefon itu. Rachel menekan butang on, serentak itu dia tersenyum.
Wallpaper lockscreen Taehyung, gambarnya.
Tak lama dia tilik sahaja lockscreen kerana tidak tahu kata kunci telefon Taehyung, tiba-tiba notifikasi muncul bertalu-talu.
Berkerut dahi Rachel membacanya.
—
WHATSAPP (now)
Haeun: taehyung?
Haeun: i dah bangun
Haeun: i rindu you
—
"Cis, perempuan ni kenapa?!" bentak Rachel geram. Cemburu walaupun bukan Taehyung yang mula-mula chat.
Telefon Taehyung ditutup semula. Dia berbaring dan memuncungkan bibir. Beberapa ayat berbaur kegeraman diomel sendirian.
Tak lama kemudian, telefon Taehyung berbunyi. Nama Haeun naik di skrin.
Rachel angkat tanpa ragu-ragu.
"Baby? Thank you tolong I tadi, I tahu you masih sayangkan I. Sebab tu you sanggup angkat I sampai khemah tadi. Terima kasih, sebab terima I jadi girlfriend you semula..."
Rachel mencebik mendengar kata-kata Haeun. Talian dimatikan segera. Telefon Taehyung dicampak ke bawah bantal.
"Sampai hati awak, Taehyung."
◼◼◼
"Taehyung?"
Suara pelajar perempuan iaitu Soyeon menyapa pendengaran Taehyung. Pantas dia berpusing memandang Soyeon.
"Ya?"
"Cikgu panggil kau. Dekat khemah rawatan," kata Soyeon sebelum berlalu pergi dari situ. Tak betah berlama apabila melihat pandangan tajam dari pelajar sekeliling.
Tahulah Taehyung tu popular, tapi tak berdosa pun bercakap dengan dia.
"Pulak dah. Malas siot," Taehyung berkata sendirian. Jimin tertawa melihat wajah cemberut Taehyung.
"Pergilah cepat. Nanti bising pula cikgu tu," ujar Jimin kemudiannya.
Taehyung mengangguk. Kakinya dibawa ke khemah tersebut.
"Kenapa, cikgu?" tanya Taehyung sambil menghampiri Puan Hyoyeon yang berada di situ. Ada seorang jururawat juga, mungkin bertugas.
"Haeun nak jumpa kamu," ujar Puan Hyoyeon sambil tersenyum.
"Ehem.." Taehyung berdehem kerana terasa kekok.
"Saya keluar dulu ya. Oh ya, Taehyung tengokkan Haeun sekejap sementara saya bawa jururawat ni keluar," arah Puan Hyoyeon. Pantas saja dia dan jururawat itu keluar dari khemah.
Taehyung terkebil-kebil memandang mereka yang meninggalkannya dengan Haeun.
"Taehyung!" panggil Haeun manja. Taehyung menggulingkan bola matanya namun menuju ke arah gadis itu juga. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi yang berada di situ.
"Apahal kau nak jumpa aku?"
Haeun memuncungkan bibir. "Kenapa you letak telefon tadi? I tak habis cakap lagi."
"Bila?" soal Taehyung pelik.
"Tadi.." Haeun berkata meleret.
Taehyung berfikir sejenak. Telefonnya tidak berada dengannya sejak pagi. Bahkan dia tak buka langsung telefon dia hari ni. Siapa yang angkat? Rachel ke?
"Kenapa you termenung pandang I pula ni? I cantik sangat ke?" tanya Haeun gedik. Taehyung mengerutkan dahi.
"Sejak bila pula aku pandang kau? Tch, perasan."
Tanpa menunggu lama Taehyung bergerak keluar dari khemah. Dia menuju ke khemahnya pula.
Selak saja khemah, kelihatan Rachel yang sedang membuat muka monyok. Terpandang Taehyung, dia terus menyorokkan muka ke dalam selimut.
"Cherry." Taehyung masuk dan tarik selimut dari Rachel.
"Ish, bagi balik!" marah Rachel dengan bibir tercebik-cebik.
"Kau ada main telefon aku?" tanya Taehyung. Tubuh Rachel ditarik ke dalam pelukan. Gadis itu meronta seketika namun akhirnya terdiam apabila Taehyung mengucup bibirnya sekilas.
"Tak ada pun," tipu Rachel. Dia menunduk apabila Taehyung memandangnya lama.
Taehyung memandang sekeliling. Dia mencapai telefon bimbitnya apabila jumpa.
Terbuka saja telefon itu, kelihatan skrin telefon menunjukkan masa panggilan antaranya dan Haeun. Taehyung sengih sinis dan pandang Rachel semula.
"Betul kau tak main?"
Rachel menggeleng perlahan. Dia masih menunduk. Taehyung usap rambut Rachel ke belakang dan menarik lembut dagu gadis itu agar memandangnya.
"Kau seorang je yang ada dalam khemah ni, and I'm very sure dari tadi telefon ni kat sini. Nak mengaku ke tak nak?" Taehyung menggigit bibirnya melihat Rachel yang comel bila gugup itu.
Rachel diam lagi. Dalam hatinya menyumpah seranah Taehyung yang membuat hatinya berdegup kencang. Sudahlah mereka sangat rapat!
"Rachel Park. Aku cakap dengan kau ni."
Mendengar Taehyung menyebut nama penuhnya, terus Rachel angguk. Dia tahu lelaki itu hanya panggil dia dengan nama 'Rachel' apabila dia sedang serius.
"Ya, saya ada main telefon awak." Akhirnya gadis itu mengaku jua.
"Haeun telefon?" tanya Taehyung lembut.
"Hurm," jawab Rachel perlahan.
"Dia cakap apa?"
Soalan Taehyung kali ini membuatkan Rachel diam lagi sekali. Gadis itu kemudiannya memandang anak mata Taehyung dalam-dalam.
"Awak suka Haeun?"
"Soalan apa ni?" Taehyung mencebik tak suka. Rachel ditolak perlahan darinya tanda protes.
Rachel mengeluh perlahan. "Kalau awak suka dia, awak nak dekat dia, pergilah. Jangan bagi saya harapan macam ni."
"Dahlah, Rachel. Aku malas gaduh dengan kau. Aku tahu, kau tak pernah percayakan aku pun. Pada kau, semua yang aku buat untuk kau; sampah. Untuk apa aku jawab berulang kali kalau kau masih tak percaya?"
Sejurus itu Taehyung bangun dan meninggalkan Rachel. Air mata jernih keluar dari tubir mata gadis itu apabila dia terasa dengan kata-kata Taehyung.
◼◼◼
Waktu makan tengah hari. Berpusu-pusu para pelajar mengisi perut mereka untuk aktiviti seterusnya iaitu memanah.
Di suatu sudut, Rachel melangkah longlai ke arah yang lain. Gadis itu kelihatan sangat tidak bermaya kerana asyik menangis. Wajahnya tak berseri langsung.
Jimin yang terpandang gadis itu mula menyiku Taehyung. Taehyung membuat muka malas.
"Apahal?" tanya Taehyung sambil menyuap nasi.
"Rachel okay ke tu?" Jimin bertanya sambil menjuihkan bibir ke arah gadis itu.
Taehyung angkat bahu. "Tak tahu."
Jimin memandang Taehyung tajam. "Gaduh eh?"
Taehyung geleng. "Mana ada."
"Apahal kau tak makan dengan dia?" Yoongi tiba-tiba menyampuk. Sedari tadi dia memasang telinga mendengar perbualan dua orang rakannya itu.
"Perlu ke?"
Persoalan Taehyung membuahkan perasaan pelik dalam hati semua ahli Bangtan. Mereka memandang ke arah Taehyung serentak.
"Kau okay ke ni? Taehyung, tu Rachel," ujar Hoseok sambil membuat muka serius.
Taehyung ketawa kecil. "Habis tu?"
"Kau tanya 'habis tu'? Oi, budak. Aku tak tahulah hantu mana yang sampuk kau, tapi sejak bila kau dah tak ambil tahu pasal Rachel?" Namjoon berkata panjang lebar. Seokjin mengetuk kepala Namjoon perlahan.
"Mulut tu, jangan celupar sangat. Kita dalam hutan, tahu tak?" ujar Seokjin, geram dengan Namjoon yang cakap lepas itu.
"Maaf," Namjoon tersengih.
"Aku malaslah nak kacau dia. Kau tahu, dia tak habis-habis tanya pasal Haeun. Serabut, tahu tak? Dia macam tak percaya yang aku sayang dia." Taehyung membuka cerita tanpa memandang yang lain. Dia asyik memandang makanan di atas ribanya saja.
"Dia cemburulah tu. Mesti dia takut kalau-kalau kau dengan Haeun ada apa-apa belakang dia. Kata playboy, apahal tak reti baca hati perempuan pula ni?" tanya Hoseok tak puas hati. Taehyung ketawa besar.
"Dah bersaralah. Hati aku untuk Rachel je," jawab Taehyung sekaligus membuatkan Bangtan kegelian.
"Eiii. Fikir sweet la tu," ujar Jimin sambil tergelak.
Sementara itu, Rachel yang sudah mengambil makanan duduk di sebuah bangku yang berhampiran chalet penganjur. Dia disapa oleh Sana yang kebetulan lalu di situ.
"Eh? Kenapa awak duduk sini seorang-seorang?" tanya Sana pelik.
"Saja. Saya nak bersendirian sekejap," sedaya upaya Rachel membuat suaranya seperti biasa. Bukan dia tak perasan bahawa tekaknya sudah mula sakit-sakit. Badannya juga terasa lemah.
"Oh. Okaylah kalau macam tu, jumpa nanti!" Sana melambaikan tangan apabila ternampak Nayeon dan Seulgi memanggilnya.
Rachel hanya tersenyum.
◼◼◼
"Okay semua! Dah bersedia untuk acara seterusnya?" Encik Heechul melaung kuat untuk mendapatkan perhatian semua pelajar.
"Dah, cikgu!"
"Bagus." Encik Heechul tersenyum.
"Aktiviti kali ni memang banyak yang meminatinya, tak lain tak bukan memanah!"
Sorak-sorai mula didengari apabila pelajar-pelajar itu teruja dengan aktiviti tersebut.
"Tae, I takutlah," Haeun yang sedari tadi berada di samping Taehyung bersuara gedik. Mentang-mentang Rachel tiada dengan Taehyung, menggediklah dia.
"Diam sebelum aku letak kau dekat papan memanah tu, biar mati terus," balas Taehyung sinis. Jimin dan Hoseok menahan tawa mendengar ayat itu.
Merah padam muka Haeun dibuatnya. Malu. Sudahlah suara Taehyung kuat.
"Rachel? Awak okay ke?" Sana menyoal prihatin. Wajah Rachel semakin pucat. Dia mendemah sebentar dahi Rachel.
Rachel angguk. "Okay, okay."
"Badan awak panaslah. Awak pasti ke awak okay ni?" tanya Sana lagi. Risau dia dengan keadaan Rachel.
"Pasti. Tak apa, lepas habis je memanah saya nak rehat," putus Rachel untuk menghilangkan kegusaran Sana. Sana berasa sedikit tak senang hati namun dia angguk juga.
"Kalau tak larat, cakap okay?" Lagi sekali gadis Jepun itu berkata. Rachel angguk lagi.
"Ada sesiapa yang pandai memanah di sini?" tanya penganjur yang peramah itu.
"Taehyung, cikgu!" jerit Jimin sambil tolong angkatkan tangan Taehyung. Taehyung dah menggelabah dan memarahi Jimin.
"Wah, apa kata kita panggil Taehyung ke sini? Tunjukkan bakat kamu." Penganjur itu tersenyum manis ke arah Taehyung.
"Kepala otak kaulah, Jimin. Aduh..." rungut Taehyung perlahan. Jimin ketawa kecil.
"Taehyung jjang!" jerit Haeun sambil memandang ke arah Taehyung yang melangkah ke depan. Beberapa pelajar menjelingnya tajam termasuklah Rachel.
"Okay, nah. Cuba dulu."
Taehyung mengambil alat memanah itu dari penganjur dan mula membidik. Setelah yakin, dia mula lepaskan anak patah ke depan.
Pap!
"Wah!"
"Daebak..."
"Taehyung memang jjang!" Haeun tak ketinggalan memuji Taehyung.
"Bagus, Taehyung!" penganjur itu mengucapkan tahniah pada lelaki itu.
Taehyung pandang papan memanah itu. Tepat pada sasaran. Bullseye. Terus bibirnya menguntumkan senyuman.
Rachel turut rasa kagum. Tak pernah dia tahu Taehyung pandai memanah.
"Cikgu, saya nak cuba!"
"Saya pun!"
"Saya dulu!"
◼◼◼
» 6 petang
Rachel memicit-micit kepalanya yang asyik sakit itu. Dari tadi dia baring namun sekejap pun dia tak dapat lelapkan mata. Rasa sakit di kepala melebihi rasa mengantuknya.
"Rachel?"
Haeun tiba-tiba memanggil dari luar khemah. Segera Rachel sahut.
"Kita nak mula masak dah. Hari ni kau kena nyalakan api," ujar Haeun selamba. Tangannya disilangkan lagak majikan kepada pekerja.
"Oh, sekejap ya. Nanti saya datang." Rachel senyum sedikit dan menyarung jaketnya.
Haeun menggulingkan mata. "Sekaranglah. Nak tunggu apa lagi? Dah lama kami tunggu."
Rachel mengeluh. Dia cepat-cepat bangun kerana malas mendengar Haeun bising-bising.
"Ambil ni. Cepat nyalakan. Kumpulan lain dah mula masak dah tu," kata Haeun. Sekotak mancis diberi pada Rachel. Sementara itu arang dan kayu api berada di tepi. Surat khabar dipegangnya untuk Rachel.
Terketar-ketar Rachel sambut mancis dari Haeun. Dia membuka kotak dan mengeluarkan sebatang mancis.
Haeun mula tersenyum sinis.
Lama Rachel pandang surat khabar dan mancis tanpa berkutik. Haeun mula hilang sabar.
"Cepatlah! Kau tunggu apa?!" tengking Haeun. Terhincut bahu Rachel dibuatnya.
"Taehyung, tengok tu." Seongwu menunjukkan pada Haeun dan Rachel tak jauh dari mereka.
Taehyung berpaling. Terus berubah ekspresi mukanya melihat Rachel memegang mancis. Apatah lagi Haeun yang tak habis-habis menjerkah gadis itu.
"Jangan kata dia nak suruh Rachel nyalakan api..." Taehyung berkata perlahan. Namun Jimin, Seongwu, Hoseok dan Sana mendengar dengan tepat.
"Apa masalahnya?" tanya Sana hairan. Dia tak rasa ada apa-apa yang pelik pun.
Tanpa menjawab Taehyung bingkas bangun. Dia melangkah laju ke arah dua gadis itu.
"Bodohlah perempuan ni," carut Haeun seraya menggapai mancis di tangan Rachel. Geram dia melihat Rachel yang tak ada langsung niat nak bergerak itu.
Tanpa berlengah dia menyalakan mancis dan mencucuh di surat khabar itu. Terus menyala.
"Aww!" Rachel menjerit tatkala api itu menyambar tangan kanannya.
Serentak itu Taehyung muncul. Matanya membulat melihat kejadian yang 'disengajakan' itu.
"Haeun! Apa kau buat ni?!" Taehyung bersuara lantang. Tangan Rachel dicapai kasar. Dia menilik tangan Rachel sekejap.
Haeun cepat-cepat berlakon. Mukanya dibuat-buat bersalah.
"Maaflah Rachel. Aku tak sangka api kuat macam tu," kata Haeun lembut.
Rachel tak menjawab. Tangisannya mula kedengaran. Rasa sakit di tangan, kepala serta trauma dalam mindanya bercampur baur.
"Aku dah bagi muka kat kau masa kau belasah Rachel hari tu. Itu pun sebab Rachel tak nak besarkan cerita. Lepas tu kau fitnah Jimin sampai aku bergaduh dengan dia. Tak cukup tu, kau telefon aku sebab kau tahu Rachel yang akan angkat dan cakap benda tak betul. Kau buat aku dengan Rachel bergaduh. Sekarang, kau sengaja nak bakar tangan dia pulak? You are too much, Haeun. Too much."
Taehyung berkata dengan nada mendatar, namun cukup membuatkan semua pelajar mendengarnya. Suasana di situ mula hening. Tanpa menunggu lama, Taehyung bawa Rachel pergi dari situ.
"Sh*bal!" Haeun mencarut dan menghentak-hentak kaki. Dia berlalu pergi ke khemahnya apabila terasa malu.
◼◼◼
"Sakit lagi?"
Rachel geleng perlahan. Tangannya mula rasa lega setelah disapu ubat oleh Taehyung.
Taehyung menghela nafas lega. Walaupun gadis itu masih belum berhenti menangis namun sekurang-kurangnya tangannya tak sakit lagi.
"Rehatlah, biar aku dengan yang lain masak," ujar Taehyung sambil mula mengesot ke pintu khemah.
"Tae..." panggil Rachel dengan suara seraknya. Air matanya dibiarkan tidak berlap walaupun penglihatannya kabur.
"Ya, sayang?" jawab Taehyung sambil mendekati Rachel semula.
"Sejuk..." Rachel mengadu perlahan. Spontan Taehyung sentuh dahi Rachel dengan belakang tangannya.
"Kau demam ni," Taehyung berkata sambil menyelimutkan Rachel. Tak cukup itu dia meletakkan jaket di atas selimut. Air mata gadis itu dilapkan dengan jari-jemari.
"Saya sakit kepala," Rachel mengadu lagi.
"Sebab tulah kena berhenti menangis. Nak makan ubat?" tanya Taehyung sambil mengemaskan rambut Rachel. Dia rapikan kedudukan selimut agar Rachel lebih selesa.
"Tak nak. Saya nak tidur," jawab Rachel tanpa ragu-ragu. Tangan Taehyung ditarik agar Taehyung berbaring di sebelahnya.
"Nak aku peluk?" tanya Taehyung apabila Rachel menggenggam erat lengan bajunya, tak mahu dia pergi. Comel.
"Hurm," jawab Rachel ringkas. Tangannya mula melingkari leher Taehyung.
Taehyung cium dahi Rachel dan memeluk gadis itu erat. Belakang gadis itu ditepuk perlahan, membantunya tidur dengan lebih lena.
◼◼◼
Tak lama kemudian, Taehyung keluar dari khemah apabila memastikan Rachel sudah terbuai lena.
"Tae? Kenapa dengan Rachel?" tanya Hoseok setelah melihat Taehyung duduk di kerusi dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Dia tak sihat sikit," jawab Taehyung tanpa memandang. Fokusnya pada skrin telefon saja.
"Haeun tu kenapa pulak?" tanya Sana ingin tahu. Ish, Taehyung ni. Cerita sepatah-sepatah pula.
"Dia sengajalah tu. Kalau korang tak tahu, Rachel tu takut pada api," kata Taehyung. Dia mengangkat muka memandang yang lain.
"Nak makan apa?" dia bertanya sambil menguap. Tiba-tiba terasa mengantuk pula.
"Kita tak masak ke?" giliran Jimin pula bertanya. Dia mencuri pandang ke skrin telefon Taehyung yang menyala. Terus teruja melihat aplikasi Foodpanda.
"Tak payahlah. Nanti lewat sangat kita makan. Baik order je." Taehyung membetulkan duduk. Kesejukan terasa membuatkan dia memeluk Hoseok di sebelah.
"Kau belanja?" tanya Seongwu sambil tersengih lagak kerang busuk.
"Hurm, yelah." Taehyung mengangguk malas.
"Yay!"
◼◼◼
Mingyu's Pov
Aku meletakkan pinggan kotor ke dalam tong sampah. Perut yang sudah kenyang aku usap perlahan. Sedap sungguh masakan Seungcheol.
Aku memandang jam tanganku, kelihatan pukul 9.30 malam. Tanpa membuang masa aku berjalan ke khemah.
Langkah aku dihentikan saat aku terpandang khemah yang menempatkan Rachel. Setelah memastikan tiada Taehyung di situ, aku masuk dan duduk di sebelahnya.
Aku senyum melihat Rachel yang terlena itu. Dahinya beralas dengan kain, jadi tahulah aku dia sedang demam.
Mataku memandang pula tangannya. Terbit rasa kasihan di hati aku melihat tangannya yang luka akibat melecur tadi. Sungguh, aku tak faham kenapa Haeun sanggup mencederakan Rachel sebegini?
"Kasihan kau. Habis tangan kau buruk," aku berkata sambil tergelak sendiri. Dengan teragak-agak aku capai tangan dia dan kucup di situ.
"Aku tahu kau tengah nyenyak sangat tidur, jadi aku nak beritahu sesuatu."
Aku berhenti seketika dan mengusap rambut panjangnya. Aku senyum suka apabila akhirnya aku dapat menyentuh rambut dia yang cukup lembut itu. Dia bergerak sedikit, mungkin terasa tidak selesa dengan sentuhanku. Aku senyum lagi.
"Aku suka kau," kataku perlahan, cukup untuk aku seorang saja mendengarnya.
"Aku tahu, aku pengecut. Aku tak mampu nak luahkan semasa kau sedar. Aku cuma mampu luahkan masa kau tengah tertidur macam ni," sambungku lagi dan tertawa kecil.
Perlahan-lahan tawaku mati. Kini, aku tersenyum tawar pula.
"Tapi, aku nampak kau terlalu sayangkan Taehyung. Perbuatan kau, layanan kau, aku tak pernah nampak kau tunjukkan sisi lembut kau pada lelaki lain kecuali dia."
Nafasku hela perlahan. Terasa sakit di hati namun aku tahan.
"Aku rela kau bersama dia. Aku tahu, Taehyung lebih layak bersama kau. Cara dia lindungi kau tak sama dengan aku yang hanya mampu lihat dari jauh. Kau tengoklah, bila dia tak ada di sini baru aku berani nak tengok kau," aku tergelak lagi di penghujung ayat. Sadis sungguh.
"Aku harap kau bahagia dengan dia."
◼◼◼
Nobody's Pov
Tepat pukul 11 malam, Taehyung masuk semula ke dalam khemah. Badannya terasa lenguh-lenguh kerana aktiviti yang dilakukan sepanjang hari ini.
Dia letakkan plastik berisi sebekas bubur nasi untuk Rachel di tepi. Tadi, dia ada memesan juga buat gadis itu kerana tahu gadis itu belum menjamah apa-apa lagi untuk makan malam. Dia juga nekad untuk memaksa Rachel makan ubat selepas makan.
"Cherry?" panggilnya perlahan. Dia mengalihkan tuala dari dahi Rachel dan sentuh perlahan. Terasa panas badan Rachel semakin berkurang. Senyuman lega terus terukir di bibir Taehyung.
"Baby, bangun kejap," Taehyung memanggil lagi sambil mencuit-cuit pipi Rachel. Perlahan-lahan mata gadis itu terbuka. Dia pandang Taehyung dengan mata terkebil-kebil.
"Makan dulu. Lepas makan, aku nak kau makan ubat. Lepas tu baru boleh tidur," ujar Taehyung sambil menarik selimut. Tubuh Rachel diangkat perlahan agar gadis itu bisa duduk.
"Saya tak ada selera," kata Rachel. Dia memandang bubur yang dibuka oleh Taehyung dengan bosan.
Taehyung cepat-cepat menggeleng.
"Kau kena makan juga. Mana boleh makan ubat kalau perut kosong macam tu," Taehyung mengambil sudu dari plastik. Dia mula menyuakan bubur kepada Rachel.
"Tak nak." Rachel geleng kepala perlahan. Mulutnya ditekup membuatkan Taehyung mencebik.
"Makanlah. Aku nak kau sihat, bukan nak sakitkan kau lagi."
Rachel memuncungkan bibirnya. Dia memandang sesudu bubur di depan mulutnya sebelum memandang Taehyung semula.
"Buka mulut," arah Taehyung lembut. Rachel membuka mulut dan mengetap bibir. Taehyung senyum nipis dan suap lagi.
"Pahit. Tak sedaplah," kata Rachel sebelum meneguk air kosong yang dihulur Taehyung.
Taehyung menyuap bubur itu kepada diri sendiri pula. Dia mengerutkan kening apabila menyedari bubur itu enak sahaja di tekaknya.
"Kau tipu. Sedap je aku rasa."
"Tae, kenapa awak makan guna sudu tu juga? Nanti awak berjangkit!" marah Rachel sambil cuba merampas sudu itu.
Taehyung cepat-cepat sorokkan di belakangnya.
"Kau nak makan ke tak nak? Kalau tak nak, biar aku habiskan bubur ni. Sedap pun sedap." Taehyung menyuap lagi sesudu ke dalam mulutnya. Mata Rachel membulat. Cepat-cepat dia ambil bekas bubur itu dari Taehyung.
"Yalah, yalah. Saya makan."
Rachel mengalah juga akhirnya. Dia makan beberapa lagi sudu bubur. Sakit juga tekaknya menelan bubur jadi dia teguk lagi air sebelum memberi bekas bubur itu kepada Taehyung semula.
"Buang. Saya dah tak nak."
"Tak habis lagi ni," tutur Taehyung sambil melihat bubur yang masih berbaki. Rachel geleng dan baring semula.
"Buang jelah." Tanpa menunggu jawapan Taehyung dia tarik selimut hingga ke paras dada.
Taehyung mencebik. Dia menutup bekas itu dan memasukkan ke dalam plastik semula. Ubat demam dan sakit kepala Taehyung keluarkan dari plastik.
"Makan ubat dulu, Cherry. Aku ketuk kepala kau karang." Kasar sedikit Taehyung menekan suaranya. Rachel segera menurut. Ubat itu ditelan bersama air kosong. Sejurus itu pantas dia baring semula.
Taehyung selimutkan Rachel semula. Dahi gadis itu dikucup perlahan.
"Tunggu kejap. Nanti aku datang balik."
Rachel angguk dan hanya memandang Taehyung yang keluar untuk membuang sampah. Tak lama selepas itu Taehyung kembali semula. Pintu khemah dizip sepenuhnya memandangkan hari sudah lewat.
Taehyung mengeluarkan telefonnya dari poket. Rachel yang belum tidur itu mengeluarkan tangan dari selimut. Lengan kanan Taehyung disentuh membuatkan lelaki itu memandangnya.
"Kenapa, sayang?" tanya Taehyung prihatin.
"Tidurlah." Rachel bersuara lembut.
"Nanti. Aku nak main game sekejap," Taehyung tersengih dan mencium pipi Rachel.
"No, please. Esok awak mengantuk dalam kereta," ujar Rachel risau. Tak mahu pisang berbuah dua kali.
"Sekejap je." Taehyung mencuba nasib lagi. Tak mahu lepas telefon dia.
"Tak boleh. Tidur."
"Sekali je?"
Rachel geleng lagi. Taehyung mengeluh.
"Tidur cepat. Saya dodoi awak," Rachel memujuk. Telefon Taehyung terus diambil dan ditutup. Dia letak telefon itu ke tepi. Tubuh Taehyung ditarik agar dia berbaring.
"Cherry!" bentak Taehyung sambil mencebik. Rachel tertawa perlahan.
"Tidur, Tae. Esok awak kena drive."
Rachel peluk erat Taehyung agar lelaki itu tidak bergerak lagi. Taehyung hanya menghela nafas sambil memeluk Rachel kembali.
"Haish kau ni. Selamat malam, sayang."
"Selamat malam juga, Taehyung."
◼◼◼
camping chapters ✔
next ?
28/07/2020, 8.17 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro