26 ; camping iii
“ Her Bad Boy - 26 ”
• Camping III •
⬜⬜⬜⬜⬜
So thanks 이런 날 믿어줘서
이 눈물과 상처들은 감동해줘서
So thanks 나의 빛이 돼줘서
화양연화의 그 꽃이 돼줘서
So thanks for believing in me
For turning these tears into feelings
So thanks for being my light
For being the flower in my most beautiful moment in life
-BTS, 2,3! (Hoping There Will be More Better Days)
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
Aku dan Taehyung bangun dari situ apabila ditegur oleh Cikgu Hyoyeon. Walaupun gelap dan tak nampak, suara dia tetap kami kenal.
"Sibuklah cikgu ni. Baru nak buat sweet scene dengan kau," kata Taehyung berbaur kegeraman.
"Tak payah. Cikgu tak bagilah tu," aku menjawab sambil ketawa kecil.
Taehyung pegang tangan aku dan kami beriringan ke khemah. Aku lihat dah tak ramai orang yang ada di luar, kebanyakannya dah masuk khemah, mungkin bersedia untuk tidur.
"Eh, awak masuklah dulu. Saya nak kena basuh semua ni kejap," kataku kepada Taehyung apabila melihat periuk dan beberapa alatan lain masih belum berbasuh dan ditinggalkan begitu saja.
"Alah, tinggal jelah. Biar orang lain buat."
"Mana boleh. Nanti bersepah cikgu marah."
Aku cuba tolak Taehyung yang berpaut pada aku. Dia memuncungkan bibir tanda tidak mahu.
"Sekejap je, nanti kita masuk tidur okay?" pujuk aku sambil menggosok pipinya.
"Aku teman." Taehyung lingkarkan lengannya pada lenganku.
"Jom!" Aku ajak dia teruja.
Aku pergi ke paip air yang disediakan berdekatan chalet. Tanganku serta Taehyung penuh dengan barang-barang yang perlu dibasuh.
"Ei, aku tak pernah buat kerja-kerja macam ni," rungut Taehyung seraya membasuh tangannya dengan sabun. Macam jijik sangat dengan semua tu. Padahal makanan juga.
"Mengadalah awak ni, sini cepat saya basuh." Aku yang sudah siap menyarungkan sarung tangan basuh pinggan mula menyental periuk.
"Aku laparlah." Taehyung mengadu sambil memegang perutnya. Aku letak periuk pertama yang sudah bersih di tepi dalam raga yang disediakan.
"Lapar? Awak tak makan ke tadi?" aku bertanya sambil memandangnya sekilas. Sabun pencuci aku picit sedikit keluar dari botolnya.
"Tak, aku kejar kau lepas dengar explaination dari Sana," jawab Taehyung. Dia ikatkan rambut aku dengan getah yang dia ambil dari pergelangan tanganku.
Bibirku menguntum senyum. Comel.
"Ish, lain kali makanlah. Penat saya masak. Dahlah sedap," bebel aku sambil mengetepikan bangs yang mengganggu pandangan.
"Antara makan dengan kau, aku pilih kau. Tapi kalau boleh makan kau, okay juga," kata Taehyung sambil tersengih. Aku jegilkan mata pada dia.
"Merepek. Ambik ni, letak dekat sana."
Aku campak perlahan kain bersih yang kini sudah agak basah pada Taehyung. Dia menyambutnya dengan cebikan di bibir. Aku picit pipi dia dengan tangan bersabun.
"Cherry! Habis kotor muka aku!" jerit dia perlahan. Aku ketawa melihatnya.
"Mana ada kotor. Tu sabun, bukan sampah," balas aku sambil membasuh tangan agar sabun-sabun itu tak meletak pada tanganku.
"Lapkan, cepat..." Taehyung merengek. Kegelian mungkin. Dasar anak orang kaya.
Aku lap semula pipi dia dan basuh tangan aku. Jari-jemari yang sudah kecut aku tunjukkan pada dia.
"Tengok ni, saya merelakan jari saya jadi buruk macam ni semata-mata basuh semua tu," aku mengadu sambil tersengih. Taehyung capai tangan aku dan heret aku pergi dari situ.
"Aku dah kata tinggal je, kau yang degil taknak. Padan muka."
Selamba dia berkata begitu. Aku peluk dia dari sisi apabila terasa sejuk.
"Saya pun laparlah. Awaklah kacau tadi, hilang selera saya," kataku tidak puas hati. Lapar pula perut ni.
"Kita pesan makanan jom!" ajak Taehyung dengan muka ceria.
Aku geleng kepala, tak setuju.
"Boleh ke? Nanti cikgu marah macam mana?" tanyaku kegusaran. Bimbang terpekik Cikgu Hyoyeon apabila melihat kami tak tidur-tidur lagi.
"Tak apa. Dia takkan marah kalau dia tak tahu. Faham?"
Aku angguk. Dia nak kami senyap-senyaplah tu.
"Awak nak pesan apa?" tanyaku apabila kami sampai depan khemah.
"Kau nak makan apa?" dia bertanya semula. Aku angkat bahu.
"Saya ikut je selera awak."
Tiba-tiba Taehyung tarik tangan aku lagi, ke arah unggun api. Aku terasa sedikit menggigil sebab takut, tapi rasa sejuk menghalang aku dari pergi, jadi aku cuma kuatkan hati.
"Kau tak selesa ke? Kalau tak kita duduk dekat khemah." Taehyung berkata prihatin. Dia pandang aku dan aku senyum saja.
"Saya okay, lagipun sejuk. Kat sini lagi selesa," aku menjawab sekaligus Taehyung peluk aku.
"Okay. Apa-apa cakap, jangan diam."
Sambil memeluk pinggangku dengan tangan kanannya, Taehyung cekap membuat pesanan secara atas talian. Dia tekan-tekan apa yang dia nak, kemudian dia tutup telefon dan senyum gembira. Senyum petak.
"Tae, appa awak memang jarang ada dekat rumah ke?" tanya aku memecahkan kesunyian.
"Ya. Sebab tulah aku tak rapat dengan dia. Dari kecil, aku membesar dengan kasih sayang yang terhad. Tu pun nasib baik bila aku mula masuk sekolah menengah, omma selalu ada. Macam yang kau tahu, omma selalu sakit-sakit. Jadi, dialah yang selalu ada dengan aku."
Aku mendengar cerita Taehyung dengan tekun. Sekarang aku dah jadi sebahagian dari ahli keluarganya, jadi tak salah untuk aku ambil tahu.
"Waktu kecil, aku selalu memberontak kalau ada yang tak kena. Sampai sekarang aku ada perangai tu," dia tertawa kecil dan aku senyum. Tangan dia yang ada pada pinggangku aku usap.
"Awak... sedih?" tanyaku sambil pandang matanya. Dia senyum nipis.
"Dulu, ya. Sekarang tak! Aku ada kau, ada omma walaupun aku teringin nak rapat dengan appa," jawab dia persis budak kecil yang bercerita tentang tadika.
"Kadang-kadang saya ada terfikir," aku berhenti seketika. Pandangan aku lemparkan pada langit malam.
"Terfikir apa?" tanya dia ingin tahu.
"Kita kan dah jadi adik beradik angkat. Agak-agak nanti mesti awak bosan dengan saya, lepas tu awak suka perempuan lain. Lepas tu saya cuma jadi adik angkat awak, bukan orang yang istimewa dalam hati awak." Panjang lebar aku menyuarakan isi hatiku. Taehyung terus cubit pipiku dan aku merengek sakit.
"Kau dengar sini, walau apa pun jadi, aku tetap pilih kau. Muncullah perempuan macam mana sekalipun, bila hati aku nak kau, kau jelah yang aku nak sampai bila-bila."
Aku tersenyum mendengar ayat manis Taehyung. Rasa kelakar pula. Aku tertawa kecil dan Taehyung membuat muka monyok.
"Aku tak main-main! Kenapa kau gelak?"
Dia menyembamkan muka pada bahu aku. Aku gosok kepala dia.
"Awak comel."
Serentak itu dia angkat muka pandang aku. Dia membuat muka garang pula.
"Kalau macam ni comel lagi tak?"
Aku tergelak mendengar soalan dia. Ya Tuhan, perangai macam budak tadika.
Dia masih menatapku lama, menunggu jawapan. Aku naikkan tangan dan usap pipi dia perlahan.
"Comel. Kim Taehyung saya comel. Kacak juga." Pujian berlambung aku berikan padanya. Terus dia tersenyum suka.
"Tahu dah," balasnya dengan nada bangga. Aku menggulingkan mata. Baru puji sikit dah riak. Nasib betul-betul kacak.
Tak lama lepas tu telefon Taehyung berdering. Aku mencebik seketika saat dia lepaskan pelukan. Dia mengangkat dan aku membiarkan dia berbual tanpa menyampuk. Sambil itu aku menggapai tangan dia, memaksa dia mengusap tanganku yang menggigil kesejukan.
"Sayang, tunggu sekejap. Aku ambil makanan kita," kata dia sambil bangun. Aku muncungkan bibir tapi angguk juga.
Taehyung bangun dan berlalu. Aku ditinggalkan dengan unggun api lebih kurang satu meter di hadapanku. Aku memandang api yang bergerak-gerak akibat angin.
"Tch, kau bukan benda hidup tapi aku takut dengan kau," kataku pada api itu. Macamlah dia faham.
"Sarang-eun machi buljangnan gataseo dachinika eh~" sengaja aku humming lagu Blackpink apabila melihat api.
Taehyung berlari-lari anak sambil menjinjing sebuah plastik yang berisi makanan. Aku tepuk tangan suka.
"Nah, makan kenyang-kenyang."
Aku melihat makanan yang Taehyung pesan dan terus kecur air liur.
"Baik! Jal meogeosseubnida!"
◼◼◼
> Keesokan harinya, 7.27 pagi
Nobody's Pov
Pagi-pagi lagi Haeun sudah bangun. Dia keluar dari khemah sambil memakai gincu. Bibirnya pucat akibat kesejukan. Sempat lagi dia menjenguk ke dalam khemah Taehyung dan Rachel. Dia menggigit bibir geram apabila melihat Taehyung yang sedang tidur dengan kacak sambil memeluk Rachel. Terbit rasa cemburu di hatinya. Pantas dia mengorak langkah ke tempat lain.
Haeun memutuskan untuk bertemu dengan Puan Hyoyeon untuk mengetahui tentang aktiviti hari ini.
"Eo? Awal kamu bangun." Puan Hyoyeon melemparkan senyuman kepada gadis cantik itu. Dia memuji gadis itu dalam hati melihat dia sudah siap mandi dan berpakaian sukan.
"Biasa je, cikgu. Kita nak buat apa hari ni?" tanya Haeun sambil tersenyum manis.
Puan Hyoyeon menilik seketika kertas perancangan program.
"Hari ni kita ada treasure hunt, memanah dengan aktiviti bebas. Tapi malam, semua kena memasak sendiri macam semalam."
Haeun mengangguk mendengar kata Puan Hyoyeon.
"Terima kasih, cikgu." Haeun berura-ura untuk pergi dari situ namun Puan Hyoyeon menahannya.
"Boleh tolong saya, tak?"
"Apa dia cikgu?"
"Kejutkan yang lain. Tepat pukul 9 pagi lepas sarapan semua kena bersedia untuk treasure hunt."
Haeun mengangguk akur.
◼◼◼
Rachel terpisat-pisat menggosok matanya. Dia melihat jam di telefon yang hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Taehyung di sebelahnya masih tidur, tak berkutik walaupun kawasan sekitar sudah mula riuh rendah dengan suara pelajar lain.
Gadis itu menggeliat untuk meregangkan badan yang masih letih. Semalam, dia dan Taehyung makan dan berbual sehingga jam 2 pagi. Masing-masing terleka bercerita sehingga tidak sedar yang hari sudah pun lewat.
"Tae?" Rachel memanggil sambil mencuit bahu lelaki itu.
"Hmm?" Taehyung menggumam perlahan. Dia menarik Rachel ke dakapannya. Rachel ketepikan rambut Taehyung yang menutup matanya.
"Bangun. Kita ada sejam je untuk siap dan sarapan," ujar Rachel sambil mengucup pipi Taehyung sekilas. Terbuka mata Taehyung lantas dia tersenyum.
"Nak lagi..." pinta Taehyung manja. Rachel mengecilkan mata.
"Nak apa?"
"Morning kiss."
Rachel terus lepaskan pelukan. Dia duduk dan paksa Taehyung bangun. Lelaki itu mencebik malas dan bangun jua.
"Mandi dulu. Dahlah busuk, tak malu minta orang cium," bebel Rachel. Dia menarik selimut yang membaluti tubuh Taehyung. Selimut itu dilipat rapi. Bantal-bantal yang berterabur dikutip satu-persatu dan disusun di sudut khemah.
"Malaslah. Mesti sejuk." Taehyung menggeliat. Dia menyambut tualanya yang dicampak oleh Rachel.
"Ganasnya. Apa main campak-campak ni?" Taehyung menjegil Rachel namun gadis itu hanya menjelirkan lidah.
"Pergi mandi cepat. Kalau lambat, saya tinggal." Rachel menyerahkan pula baju sukan sekolah dan tracksuit milik lelaki itu. Taehyung ambil dan keluar dari khemah tanpa membantah.
Rachel senyum melihat Taehyung yang masih tetap kacak sedangkan baru bangun. Lantas dia mematikan lamunan dan mengambil barang-barangnya pula. Usai memastikan khemah berzip sempurna, Rachel melangkah ke bilik air tidak jauh dari situ.
◼◼◼
"Kau kata nak tinggal aku tapi kau yang lambat."
Rachel terkekeh ketawa melihat Taehyung yang memandangnya geram. Hampir sepuluh minit juga dia tunggu Rachel namun tak muncul-muncul.
"Maaf. Ramai orang beratur." Rachel menjawab. Dia biarkan Taehyung memegang tangannya. Mereka sama-sama melangkah untuk bersarapan. Pagi itu sarapan disediakan oleh pihak penganjur.
"Berkepit dari semalam. Tak bosan ke?" Tiba-tiba mereka ditegur oleh Seongwu.
"Dengan dia, tak pernah bosan." Taehyung jawab selamba. Seongwu membuat muka menyampah manakala Rachel tersengih malu.
"Makan cepat. Ahli kumpulan kita dah termangu bosan tunggu korang." Seongwu menjuih bibir ke arah ahli kumpulan mereka yang dah pandang mereka macam nak telan. Lagi-lagi Haeun.
"Siapa suruh cepat sangat? Ada 20 minit lagi." Taehyung membidas. Seongwu yang malas bergaduh hanya ketawa dan berlalu dari situ.
Pergi saja Seongwu dari situ, giliran Aerin dan Hana pula yang mendekati Rachel. Taehyung dah buat muka bosan.
"Mianhae, Taehyung. Kami nak culik Rachel makan dengan kami." Tersengih-sengih Aerin berkata sambil memeluk lengan kanan Rachel.
Taehyung menjeling Aerin.
"Tak boleh. Dia aku punya," jawab Taehyung sambil menarik lengan sebelah kiri Rachel pula. Gadis itu berada di tengah seakan-akan tarik tali. Hana yang melihat membuat muka cemberut. Menyampah pula dengan perangai kebudak-budakan mereka.
"Eh, eh. Lepaslah!" Rachel membebaskan dirinya dari kedua-dua mereka. Dia memandang Taehyung dan Aerin silih berganti.
"Macam nilah, saya sarapan dengan diorang. Lagipun nanti awak dan saya satu kumpulan, tak banyak masa dengan diorang nanti. Boleh?" Rachel membuat keputusan sambil memandang Taehyung. Senyuman paling manis diukirkan. Taehyung menghela nafas.
"Fine. Kali ni je."
"Yay!" Aerin terus bersorak gembira. Dia menarik tangan Rachel dan Hana ke sebuah tempat.
Taehyung termangu-mangu sendirian. Dia mula pandang sekeliling, kot kot ada geng Bangtan kat situ.
Hampa. Dia hanya melihat Jimin. Nak menegur rasa kekok pula teringatkan peristiwa semalam.
Maka Taehyung memilih untuk bersendirian. Dia duduk di bangku kayu tepi pokok yang rendang. Roti coklat dibuka. Sekali pandang nampak lonely sangat, padahal pelajar lelaki paling popular sekolah.
'Tch, menyesal pula aku tak ramai kawan.' Taehyung berfikir sendiri. Dia menyuap roti ke dalam mulut dan kunyah perlahan.
"Oi."
Taehyung pandang Jimin yang dah duduk di sebelahnya selamba. Dia tidak membalas.
"Rachel mana? Seorang pula kau." Jimin memulakan perbualan untuk menghilangkan rasa kekok di situ.
"Dia sarapan dengan kawan-kawan dia," balas Taehyung menunduk. Jimin sengih.
"Apahal tak ajak aku sarapan dengan kau?" tanya Jimin, mengusik Taehyung yang masih tunduk memandang bawah.
"Em, hahaha. Saja," jawab Taehyung sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Awkward betul.
"So, kau tak nak minta maaf ke?" Jimin bertanya lagi. Terangkat muka Taehyung dibuatnya.
"Untuk apa?" tanya Taehyung tanpa riak. Jimin faham sangat akan ego kawan baiknya itu.
"Aku tahu kau faham apa maksud aku. It's okay. Kita lupakan dan kau patut tahu aku takkan tikam belakang kau." Jimin menepuk-nepuk bahu Taehyung perlahan. Dia bangun dan berura-ura untuk pergi dari situ.
"Jimin-ah!" Panggil Taehyung. Jimin senyum dan pusing ke belakang.
"Kenapa?"
"Err, makanlah dengan aku." Taehyung mempelawa namun perlahan saja. Jimin tertawa.
◼◼◼
"Aku pun tak sangka dia boleh tuduh Jimin macam tu. Yalah, mereka kan dah lama berkawan."
Rachel duduk di tengah-tengah Aerin dan Hana sambil bercerita tentang hal semalam.
"Teruk juga mereka bertumbuk, kan? Gempar dalam group batch kita," sambung Hana pula sambil mengunyah makanan.
Rachel ketawa perlahan. "Macam mana tak gempar? Mereka tu kawan baik, geng paling terkenal pula. Mustahil diam je kan."
"Tulah. Semua sebab perempuan sihir tu. Geram je dengan dia!" Aerin mengutuk Haeun sambil memandang gadis berambut dark blonde itu. Dia mencebik tak puas hati.
"Ya weh. Aku pun tak faham kenapa Taehyung percaya perempuan tu." Hana bersetuju dengan Aerin. Dia menjeling Haeun yang kebetulan memandang ke arah mereka bertiga.
"Ish, tak baiklah kita mengumpat dia. Makan cepat, cikgu dah tunggu tu." Rachel cepat-cepat menghentikan segala kutukan yang mungkin tak berpenghujung nanti. Yalah, kalau dah namanya Haeun, seribu kesalahan dia pun tak cukup untuk dibahaskan.
◼◼◼
"Bagi treasure hunt kita hari ni, tugasannya mudah saja. Kamu semua dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan. Jangan berpecah, sebab markah hanya diberi kalau setiap ahli kumpulan tiba di checkpoint terakhir bersama-sama. Kalau tak cukup, markah kamu tak dikira dan kamu dianggap tak lengkapkan aktiviti."
Encik Heechul memberi taklimat. Setiap kumpulan mendengar tanpa mengeluarkan suara sedikit pun.
"Kita mulakan serentak. Kumpulan yang paling cepat tiba, akan dapat hadiah makan malam hari ni! Kumpulan tersebut tak perlu bersusah payah untuk masak."
Kedengaran sorakan gembira dari para pelajar. Masing-masing mula bersemangat untuk aktiviti kali ini.
Haeun mula tak senang duduk. Rosaklah rancangan dia hari ini kalau tak masak. Haeun mula membuat rancangan baru dalam otaknya.
"Aku harap kumpulan kita menang!" Hoseok bersuara kuat. Ahli kumpulan dia dah bersorak kuat, manakala kumpulan lain dah 'boo' kan kumpulannya. Hoseok mencebik.
"Boo! Kalah, kalah!" Namjoon bersuara dari jauh, mengusik Hoseok.
"Apa main nama bapak aku ni?!" Seungkwan yang kepoh pula berkata membuatkan semua pelajar tergelak.
"Sudah, sudah. Ketua kumpulan, mari sini." Puan Hyoyeon menamatkan perbualan mereka yang melalut itu.
"Siapa ketua?" tanya Hoseok sambil memandang ahli kumpulannya. Mereka semua mengangkat bahu. Seongwu mula pandang langit bila mata Hoseok menikam matanya.
"Kau, pergi!" Hoseok menolak Seongwu bangun. Lelaki itu merungut namun kakinya digagahi juga ke arah Puan Hyoyeon.
"Korang ni, dari semalam buli dia. Semalam suruh dia buat kerja dengan Haeun, hari ni kena jadi ketua kumpulan pula," kata Sana sambil ketawa sopan. Mulutnya ditekup.
"Jadi ketua kumpulan okay lagi. Buat kerja dengan Haeun was the worst." Jimin menyambung sekaligus menerima jelingan dari Haeun. Jimin hanya tersengih melihat Haeun yang dikutuk depan-depan itu. Terang-terang mereka semua tak suka dengannya.
'Korang tunggulah,' kata Haeun dalam hati.
Apabila Seongwu kembali, dia membawa sekeping sampul surat besar. Dia duduk di tengah-tengah bulatan ahli kumpulan.
"Apa dia tu?" tanya Taehyung tak sabar.
Seongwu angkat bahu. Dia mula buka sampul surat tu.
"Selesaikan masalah matematik dan cari jawapan yang berada di sekitar kawasan hutan. Kertas jawapan tersebut berada dalam kotak kecil. Weh, kepala otak dia." Seongwu merengek tidak suka apabila membaca ayat matematik yang tertera di situ. Ada sepuluh soalan semuanya.
"Dalam hutan pun kena mengira. Sekolah ni dah kenapa?" Taehyung pula yang mendengus geram.
"Cari jawapan berkaitan situasi tersebut. Jawapannya mestilah peribahasa. Weh, senang!" teriak Yoongi dari arah sana. Terus kumpulan Seongwu mencebik.
"Tak adilnya. Peribahasa tu mudah sangat." Sana memuncungkan bibirnya.
"Tak apa. Biar saya tengok," pinta Rachel sambil menghulurkan tangan. Seongwu menyerahkan sampul surat itu pada Rachel dengan senang hati.
"Eo?! Kita ada top student dekat sini!" laung Jimin kuat. Dia menepuk tangan.
"Hm, sekejap." Rachel mengeluarkan sebatang pen yang berada dalam poket seluarnya. Semua terlopong. Tak sangka, gadis itu memang dah bersiap sedia!
"Gila, macam mana kau boleh terfikir nak bawa pen?" tanya Seongwu dengan kagum.
"Manalah tahu, saya ambil je letak dalam poket."
Rachel mula menyelesaikan semua masalah matematik tersebut dengan tekun. Sekejap saja dia sudah menyelesaikan dua soalan.
"Apa kata kita berpecah dulu? Aku dengan Rachel tunggu sini, yang lain cari dulu kotak tu. Kalau tunggu semua jawapan siap baru cari, nanti lambat pulak," cadang Taehyung apabila melihat Rachel agak bingung menyelesaikan soalan ketiga.
"Okay juga tu. Aku cari nombor 9. Jom, Sana!" Seongwu menarik tangan gadis Jepun itu untuk mencari jawapan soalan pertama.
"Shit, dia tinggalkan kita dengan minah tu," Jimin berbisik pada Hoseok. Dia pandang Haeun yang asyik memintal rambut.
"Ha, tunggu apa? Cepatlah, cari kotak yang ada nombor 38. Nak aku tendang ke?" Taehyung menjeling mereka bertiga yang masih duduk di situ.
"Yalah, yalah. Cepat!" Jimin bangun dan mengajak yang lain. Mereka bertiga berlalu dari situ.
Beberapa minit kemudian, semua soalan berjaya diselesaikan Rachel seorang. Taehyung hanya sekadar melihat sambil menempel dirinya pada Rachel. Rachel hanya endahkan.
"Siap!" kata Rachel dengan gembira.
"Good job." Taehyung usap rambut Rachel perlahan. Rachel tersengih malu.
"Kita tunggu yang lain dulu. Bahagikan jawapan lepas tu boleh berpecah. Tapi kena pastikan semua cukup untuk tamatkan aktiviti." Rachel berkata satu nafas. Taehyung angguk saja. Pinggang gadis itu dipeluk lagi dan Taehyung mengucup pipi Rachel berulang kali.
"Ish, behave Kim Taehyung. Cikgu dekat je tu," Rachel menahan kepala Taehyung menggunakan tangan kanannya.
"Ni hukuman kau sebab tinggal aku tadi," Taehyung berdegil dan mencium lagi pipi Rachel. Rachel tertawa dan meminta maaf. Bahu Taehyung dipegang dan dia membiarkan Taehyung memeluknya erat apabila cikgu-cikgu yang ada mula beredar ke checkpoint terakhir.
"Oi!"
Serentak Rachel dan Taehyung berpaling.
"Kitorang bersusah payah cari jawapan, korang menggatal kat sini, eh?" usik Jimin sambil mencubit pinggang Taehyung. Berkerut dahi Taehyung kesakitan.
"Ish, kitorang tunggu korang. Kau, Hoseok dengan Haeun cari nombor 24, -3 dan 15. Seongwu dengan Sana, nombor 58 dan 2. Aku dengan Rachel cari yang lain."
"Okay!" Semua mengikut arahan tanpa banyak songeh.
"Bila dah jumpa, kumpul sini tau. Jangan lambat sangat." Rachel pula bersuara.
Mereka mula berpecah.
◼◼◼
Haeun's Pov
Aku mengikut saja langkah Jimin dan Hoseok. Dari tadi lagi mereka abaikan aku. Tapi tak apa, rancangan jahat aku bakal berlaku.
"Alah, ni nombor 40. Buang, weh. Ha, tanam dalam tu. Biar kumpulan lain tak jumpa." Jimin membebel sambil ketawa jahat.
"Siapa jumpa nombor 40?!" jerit Seokjin kuat. Jimin dan Hoseok ber 'high five' sesama sendiri. Mereka ketawa.
Aku pandang akar kayu yang menjalar dari sebuah pokok. Terus aku pura-pura tersepak. Punggung aku pun terduduk atas tanah. Ergh, kali ni je aku sanggup kotorkan seluar mahal aku.
"Argh! Aww..." aku mendesah kesakitan sambil memandang kakiku. Bagus, ada sedikit darah yang keluar akibat terlanggar kayu tadi.
"Haeun? Kau asal?" Hoseok bertanya sambil menghampiriku.
"Kaki I, sakit..." aku mengadu sambil membuat muka ingin menangis.
"Menyusahkan! Kau tunggu sini, nanti kitorang panggil cikgu!" bebel Jimin sambil merungut-rungut geram. Jimin menarik tangan Hoseok untuk pergi dari situ.
Aku hanya duduk di situ sambil memandang sekeliling. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Nampaknya kumpulan lain sudah pun kembali ke tapak perkhemahan. Kebanyakannya sudah menyelesaikan aktiviti.
Aku yang keseorangan bersandar pada batang pokok itu.
Tanpa aku sedari, seseorang memerhati perilaku aku sejak tadi dengan tajam.
◼◼◼
Nobody's Pov
"Bagus!" kata Taehyung gembira apabila melihat mereka sudah berkumpul dengan jawapan masing-masing.
"Kejap, kita tak cukup orang..." ujar Sana sambil mengira ahlinya.
"Haeun mana?" tanya Rachel pada Jimin dan Hoseok yang sudah pucat lesi wajahnya.
"Alamak, lupa! Tadi dia terjatuh. Kami tinggalkan dia sebab nak panggil cikgu, tapi dah terlupa bila khusyuk sangat cari jawapan." Hoseok menjawab sambil membuat muka takut.
"Ya Tuhan, dia perempuan dan dia keseorangan. Cikgu!" Rachel terus berlari ke arah Puan Hyoyeon.
"Ya, Rachel? Kumpulan kamu sahaja yang belum serahkan jawapan. Ada apa-apa masalah ke?" tanya Puan Hyoyeon serius. Dia mengharapkan lebih baik dari kumpulan Rachel kerana gadis itu merupakan seorang yang bijak.
"Kami dah jumpa semuanya, cikgu. Haeun masih berada dalam hutan. Dia tercedera," beritahu Rachel dengan muka risau. Puan Hyoyeon cepat-cepat memaklumkan kepada guru lelaki yang lain.
"Terima kasih, Rachel. Saya dan cikgu lain akan cari dia."
Rachel mengangguk dan kembali semula ke kumpulannya.
"Macam mana?" tanya Hoseok.
"Cikgu baru nak cari dia. Korang ingat tak dia kat mana?" Rachel bertanya sambil memandang Jimin dan Hoseok yang mengangguk.
"Ingat."
"Aku rasa kita patut cari dia juga, tak eloklah kita biarkan dia macam tu. Walaupun dia gedik, dia tetap ahli kumpulan kita." Seongwu pula berkata menimbulkan lagi rasa bersalah dalam hati Jimin dan Hoseok.
"Jomlah. Cherry, kau tunggu dengan Sana dekat sini. Bahaya." Taehyung turut bangun sambil menarik lengan bajunya ke atas.
Rachel angguk. Dia dan Sana hanya memandang kelibat empat orang lelaki yang semakin menjauh.
"Saya risaulah," luah Sana dengan muka takut. Rachel mengusap lengan Sana perlahan.
"Kita doakan dia baik-baik saja."
◼◼◼
Haeun yang nampak mereka dari jauh terus pura-pura pengsan. Matanya ditutup rapat.
Mereka berlari-lari anak ke arah gadis itu apabila menyedari gadis itu tak menyahut apabila dipanggil.
"Haeun? Eo, dia pengsan pula. Tadi okay je." Jimin berkata pelik.
"Dia penat kot. Cepat, tolong aku angkat dia." Seongwu meraih pinggang Haeun agar gadis itu bangun.
"Kita tak boleh papah dia macam tu. Dia tak boleh berjalan sendiri kalau pengsan," sampuk Taehyung yang memandang Seongwu terkial-kial mengangkat Haeun agar berdiri.
"Habis tu?" tanya Seongwu bingung.
"Angkat dia. Dukung." Beritahu Taehyung sambil pandang arah lain bila semua mencebik.
"Argh, tiba-tiba tangan aku cramp," Seongwu beralasan kerana tidak mahu mengangkat Haeun. Dia pura-pura mengurut lengannya.
"Aku tak larat do, Tae. Kau tahu kan aku ni lemah?" Hoseok pula berkata dengan nada sedih.
Taehyung dan Jimin berpandangan sesama sendiri. Jimin mula tersengih.
"Sorry, Tae. Aku pun tak berapa larat. Kau tumbuk aku kuat sangat semalam," dalih Jimin walaupun tak ada kaitan dengan tumbukan Taehyung yang mendarat di muka, bukan anggota badan.
Taehyung mengetap bibir. Dia memandang Haeun sekilas. Cepat-cepat dia cempung tubuh gadis itu. Nasib baik ringan.
◼◼◼
"Bawa dia ke khemah rawatan!" arah Encik Heechul sambil mengiringi Taehyung.
Rachel yang memandang dari jauh terasa sedikit cemburu. Dia memuncungkan bibir melihat tangan Taehyung yang melekap di tubuh gadis itu saat mendukung Haeun dengan berhati-hati.
"Bersurai semua! Boleh berehat. Jam 12 tengah hari nanti semua boleh ke sini semula untuk makan tengah hari."
Rachel terus bangun dan mengucapkan 'jumpa lagi' pada Sana. Dia berlalu masuk ke dalam khemah dan bermain dengan telefonnya. Aplikasi Instagram dibuka dan dibelek-belek menghilangkan bosan. Walaupun begitu, mindanya masih memikirkan Taehyung dan Haeun.
"Argh, sakit kepala aku." Rachel mendengus geram. Dia baring dan campak telefon ke tepi.
"Sayang!" panggil Taehyung ceria sambil menyelak khemah. Rachel terus pusing membelakangi Taehyung. Mukanya ditekup pada bantal.
"Cherry, kau kenapa? Kau takut api lagi ke?" tanya Taehyung kerisauan. Bimbang juga gadis itu masih trauma.
"Keluarlah, Taehyung. Saya nak rehat."
"Hei, kenapa ni? Aku buat salah ke?" soal Taehyung sambil cuba menarik bantal yang menutupi wajah cantik Rachel. Namun, Rachel menepis tangan Taehyung membuatkan lelaki itu tercebik-cebik sedih.
"Jangan kacau saya."
Dingin suara Rachel mengungkapkan kata-kata itu.
Taehyung duduk seketika dan terdiam. Melihat Rachel yang langsung tak berkutik, dia menganggap gadis itu tak ada mood.
"Aku keluar, eh? Apa-apa cari aku kat luar."
Sempat tangannya mengusap rambut panjang Rachel. Dia mencium ubun-ubun Rachel sekilas sebelum berlalu keluar dari khemah.
◼◼◼
wehhh 4000 words huhu
Incase you guys tak perasan
lagi, dalam chapter camping
banyak gila TaeRachel bergaduh
+ perangai buruk Haeun.
Ni semua untuk kembangkan lagi
jalan cerita sebab kita belum
sampai klimaks lagi pun.
Banyak lagi scene jahat Haeun yang akan buat korang tak senang duduk. Oops, terbagi spoiler pula hehe
25/07/2020, 8.28 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro