25 ; camping ii
“ Her Bad Boy - 25 ”
• Camping II •
⬜⬜⬜⬜⬜
함께 웃고, 함께 울고
이 단순한 감정들이 내겐 전부였나봐
언제쯤일까 다시 그댈 마주한다면
눈을 보고 말할래요 '보고싶었어요'
Together we smile, together we cry
I guess these simple feelings were everything to me
When will it be that I meet you again
I will look into your eyes and say 'I have missed you'
- Jungkook, Still With You
⬜⬜⬜⬜⬜
Dekat ending chapter ni ada
scene agak matang. rated 15+, but
kalau tak innocent sangat tu bolehla nak baca huehue
Nobody's Pov
Malam itu, semua pelajar disuruh memasak untuk kumpulan masing-masing. Macam ikhtiar hiduplah katakan.
"Rachel? Jomlah kita mula memasak."
Suara Sana membuatkan Taehyung bingkas bangkit dari baring dan duduk. Rachel yang sudah kering air mata menyahut dia akan menyusul sebentar lagi.
"Sini."
Taehyung tarik Rachel bangun. Pipi gadis itu diusap perlahan.
"Takmo nangis lagi, tau? Comot, tak comel nanti." Walaupun kasar, ada sayangnya pada Rachel.
Rachel senyum nipis. "Yalah. Terima kasih, Taehyung."
Tubuh lelaki itu dipeluk sekejap. Rachel lepaskan pelukan dan bangun. Dia keluar dari khemah dan menyarung selipar.
"Ada apa-apa panggil aku, okay? Kalau takut dekat api tu, minta Sana yang handle. Kau buatlah kerja lain dekat tepi yang tak guna api." Taehyung berkata sambil mengikut Rachel keluar dari khemah.
"Ya, ya. Saya pergi dulu. Nanti lambat pula korang makan." Rachel menjawab dan tergesa-gesa dia mendapatkan Sana yang sedang berada berhampiran unggun api.
Taehyung hanya tersengih melihat gadis itu berlari terkedek-kedek. Comel baginya. Dia melangkah ke arah Seokjin. Sengaja mahu mengganggu kawannya itu.
"Kita nak masak apa ni, Rachel?" Sana bertanya sambil menyanggul rambutnya yang panjang, sedia untuk memasak.
"Hm, saya rasa kita masak sup dengan nasi je. Senang. Dalam sup tu, boleh letak ayam, kentang, sayur dengan mi yang cikgu bagi. Kalau tak cukup, makan dengan nasi." Rachel mencadangkan sambil melihat-lihat perkakas memasak yang ada.
Sana angguk setuju. "Okay juga tu."
"Kan? Jomlah kita mula, nanti lapar pula ahli kumpulan kita. Nah, awak kupaskan kentang ni dulu. Lepas tu potong kecil-kecil." Rachel menyua plastik berisi kentang, papan memotong serta pisau kepada Sana.
"Baik~" Ceria sahaja Sana menjawab.
Dari jauh Haeun memerhati setiap gerak-geri Rachel. Gadis itu dipandangnya tajam tanpa secalit senyuman terukir di bibirnya.
"Awak tengok apa tu?"
Kedengaran suara Seongwu menegur, lantas menyentakkan Haeun. Haeun toleh ke sebelah, memandang Seongwu yang lebih tinggi darinya itu.
"Ah, sibuklah kau." Tanpa berlengah Haeun menghalau Seongwu pergi dengan menolaknya. Seongwu hampir saja tersadung, nasib sempat mengimbangi tubuhnya. Jelingan tajam diberikan pada Haeun, namun Haeun buat tak endah saja. Seongwu lantas berlalu dari situ apabila menyedari Haeun tidak berminat untuk berbual dengannya.
"Tch, ada aje penyibuk," desis Haeun geram. Kelibat Seongwu yang semakin menjauh diperhati dengan muka menyampah.
Dia memandang ke arah Rachel semula. Kali ini Jimin turut terpapar di retina matanya. Haeun mengerutkan dahi melihat mereka berdua.
"Rachel, kenapa tak pakai jaket? Awak tak sejuk ke?"
Jimin menegur Rachel apabila dia tersedar gadis itu sedang membuat kerjanya hanya bersarungkan T-shirt lengan panjang berwarna hitam.
"Hehehe, tak." Rachel tersengih malu. Bibirnya sedikit terketar kerana kesejukan namun dia masih tidak mengaku.
Jimin menanggalkan jaket miliknya. Jaket tebal itu kemudiannya diletakkan pada bahu Rachel.
"Eh, awak pakailah. Saya ada jaket sendiri, nanti saya ambil." Rachel cuba memberi semula jaket kepunyaan Jimin namun pantas lelaki itu menahan.
"Tu, bibir dah terketar-ketar, pipi dah merah. Pakai je," ujar Jimin dan kemudiannya melangkah pergi sebelum Rachel cuba mengejarnya.
"Caring betul." Rachel tersenyum dan menghidu jaket itu seketika. Bau Jimin sangat kuat, entah-entah tuang satu botol minyak wangi.
Haeun seakan-akan berminat dengan situasi yang sedang terpapar di depan matanya. Lantas dia tersenyum, mendapat idea bernas. Tambah-tambah lagi Taehyung baru saja masuk ke dalam khemah keseorangan.
Langkah kakinya diorak ke arah khemah Taehyung.
◼◼◼
"Ha, macam tu! Awak kacau je sampai dia mendidih."
Sana menurut arahan Rachel. Senduk dicapai sebelum dia mula mengacau sup yang hampir siap sepenuhnya itu. Terukir senyuman puas di bibirnya apabila melihat ayam yang sudah masak, kentang yang sudah empuk serta mi yang sudah kembang.
"Eh, sedapnya Rachel! Menjadilah resipi awak ni," puji Sana sejurus merasa sedikit sup yang dimasak oleh Rachel itu. Rachel ketawa perlahan.
"Biasa jelah. Awak pun banyak tolong saya, saya tolong beritahu je apa yang saya reti," giliran Rachel pula memulangkan pujian kepada Sana. Dua gadis itu bertambah rapat apabila menyiapkan masakan bersama.
"Boleh makan sekarang ke? Kumpulan lain pun dah mula hidang-hidang tu," Sana bertanya sambil memerhati sekeliling. Kebanyakan kumpulan telah mengambil pinggan masing-masing dan bersedia untuk menjamu selera.
"Makan jelah. Saya pun dah lapar ni. Awak bahagikan dalam mangkuk, saya panggilkan yang lain."
Rachel menyerahkan tujuh biji mangkuk kepada Sana. Usai itu, dia melangkah ke arah Hoseok dan Jimin yang leka berbual berhampiran sungai.
"Oh, dah siap?!" Hoseok bertanya teruja. Matanya bersinar mendengar pelawaan Rachel untuk makan.
"Ya, pergilah makan. Nampak Taehyung tak?" tanya Rachel sambil tersenyum.
"Tadi dia kata nak baring dalam khemah sekejap, cuba cari dia kat situ," balas Jimin sebelum dia menarik tangan Hoseok. Mereka berdua beriringan untuk makan manakala Rachel yang terserempak dengan Seongwu turut memberitahu lelaki itu tentang perkara yang sama.
"Sekarang tinggal, Taehyung dengan Haeun. Haish, menyusahkan betul Haeun tu." Rachel merungut sebelum melangkah lebih pantas ke arah khemah.
◼◼◼
"Kau nak apa?!"
Haeun mencebik mendengar suara Taehyung yang tinggi itu. Dia membuka selipar dan masuk ke dalam khemah. Tanpa malu dia duduk di sebelah Taehyung.
Taehyung terus bangun dari baring. Telefonnya yang digunakan untuk bermain game tadi ditutup.
"Keluarlah, aku nak berehat." Mendatar suara Taehyung namun Haeun masih berdegil.
"Taehyung, I rindu you," luah Haeun tiba-tiba. Taehyung menggulingkan matanya.
"Dah tu, nak aku buat apa? Rindu kau balik?" tanya Taehyung dengan nada memerli. Tapi Haeun hanya tersenyum.
"You mesti rindu I kan? Baby, don't you still love me? I tahu you belum move on lagi, we can start over again."
Yakin saja Haeun menutur ayat itu. Taehyung menelan air liur. Terdesak sangat ke perempuan ni.
"No Haeun, I don't love you anymore. In fact, I never loved you." Taehyung berkata tenang. Haeun sudah berkaca-kaca matanya apabila mendengar jawapan jujur Taehyung.
"Tipu! You tipu I, kan? Mesti Rachel dah hasut you macam-macam. Tae, you sendiri tahu macam mana I sayang dekat you."
Haeun berkata dengan nada suara paling menggoda. Taehyung pejamkan mata, cuba menahan sabar. Tangannya tiba-tiba dicapai oleh Haeun.
"Haeun, lepaslah. Apa pegang-pegang ni?" Taehyung cuba merentap tangannya dari Haeun namun gadis itu memeluk lengannya kuat. Nak tak nak Taehyung terpaksa biarkan, kalau dia rentap kasar sangat ada pula dia kena panggil dayus.
Saat itu juga, Rachel muncul. Dia menguak khemah dan terkedu melihat pemandangan di depan mata.
"Oh, sorry. Saya kacau korang ke?" Rachel bertanya sambil menunduk. Tak kuat nak tengok 'kemesraan' mereka berdua lama-lama.
"Ugh, soalan apa ni? Of course you disturbed us, right honey?" Haeun menjawab pantas sebelum sempat Taehyung membuka mulut.
Rachel menelan liur perlahan. "Geurae, teruskan. Saya cuma nak beritahu makanan dah siap, boleh pergi makan sekarang."
Rachel bangun dan menyarung selipar. Taehyung terus menolak Haeun ke tepi dan memegang pergelangan tangan Rachel. Haeun merungut perlahan.
"Cherry, jangan percaya Haeun tu, dia— Wait, kenapa kau pakai jaket Jimin?"
Rachel hanya senyum kecil sebelum melepaskan tangan Taehyung. Taehyung menilik lagi jaket yang dipakai gadis itu, memang sah itu Jimin punya. Baunya kuat betul melekat pada jaket itu.
"Saya pergi makan dulu. Teruskanlah dengan Haeun tu."
Tanpa berlengah Rachel melangkah pergi dari situ.
"Semua ni salah kau!" marah Taehyung kepada Haeun. Haeun hanya buat muka tak bersalah.
"You tak nampak ke, dia pakai jaket Jimin? I sendiri nampak diorang berdua terlebih mesra tadi, entah-entah ada skandal. I ada nampak Jimin cuba cium Rachel tadi," beritahu Haeun dengan tokok tambahnya. Dia menyembunyikan senyuman sinis apabila melihat Taehyung yang merah mukanya menahan marah.
Taehyung menghela nafas kasar. Terasa ingin mencarut apabila mengetahui Jimin, kawan baiknya sendiri tergamak menikam belakangnya.
Taehyung lantas memakai jaket dan keluar dari khemah, meninggalkan Haeun. Haeun terkial-kial mengikut langkah lelaki itu dari belakang.
"Park Jimin!" Taehyung menjerit nama Jimin yang sedang makan dengan berselera. Rachel, Sana, Hoseok dan Seongwu memandang Taehyung pelik.
"Tae? Mehlah, makan sama-sama."
Belum sempat apa-apa, Taehyung merentap kolar baju Jimin dengan kuat. Tersentak Jimin dibuatnya.
"Asal ni, bro?" Jimin bertanya sambil cuba melepaskan diri. Taehyung makin menguatkan cengkamannya. Melihat keadaan makin tegang, Hoseok meletakkan mangkuknya ke tepi dan mendekati mereka.
"Tae? Kau kenapa ni?" tanya Hoseok sambil menarik Jimin dari Taehyung. Jimin membetulkan bajunya perlahan.
"Kau tanya kawan kau ni! Apa dia dah buat?" Taehyung menjeling Hoseok.
Hoseok pandang Jimin dengan riak tertanya-tanya. Jimin angkat bahu tanda tidak tahu.
"Dia kata tak tahu, apahal?" tanya Hoseok sekali lagi.
"Bila aku kata semua lelaki tak boleh rapat dengan Rachel, aku maksudkan korang sekali. Tak kiralah korang Bangtan ke, Wannaone ke, semua tak boleh!"
Tersedak Seongwu dibuatnya. Dia cepat-cepat meneguk air kosong.
"Jadi, apa kaitan dengan aku?" Jimin bertanya, masih tak faham.
"Jaket tu, kau punya. Dan aku dengar kau cuba cium Rachel." Taehyung berkata serius. Rachel yang mendengar berpandangan dengan Sana. Sama-sama dua gadis itu berkerut dahi.
"What the heck? Tolonglah Tae, aku bukan macam tu. Okay, jaket tu memang aku punya tapi aku tak ada langsung cuba cium Rachel. Kau merepek ni." Jimin tertawa kecil. Namun segalanya terhenti apabila tamparan dari Taehyung mendarat pada pipi gebu Jimin.
"Kalau kau dah tikam belakang aku, mengaku jelah. Aku takkan mengaku kau kawan aku lepas ni."
Beberapa pelajar yang berada di situ terlopong melihat pergaduhan yang jarang-jarang berlaku itu, apatah lagi geng Bangtan yang bergaduh. Memang jadi gosip terhangat lepas ni.
Rachel terus bangun. Dia menghampiri kedua-dua Jimin dan Taehyung. Jaket milik Jimin ditanggalkan sebelum dia menyerahkan pada Jimin semula.
"Terima kasih Jimin," Rachel tersenyum manis pada Jimin. Jimin terpinga-pinga menyambut jaket itu sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Taehyung tadi.
"Awak tak patut tuduh Jimin macam tu kalau awak tak tahu hal yang sebenar. Awak kawan dengan dia lagi lama dari awal kenal saya, pandai-pandailah fikir sendiri." Rachel memandang tepat ke arah mata Taehyung sambil berkata begitu. Dia memandang sekilas ke arah Jimin sebelum berlalu pergi. Hilang seleranya untuk makan.
Taehyung sengih sinis. "Kalau kawan lama macam mana pun, tak semestinya baik. Kan, Jimin?"
Dada Jimin berombak menahan marah. Dia mengepal penumbuknya, cuba menahan diri dari membelasah Taehyung.
"Jangan kurang ajar, Taehyung!" tengking Jimin. Taehyung hanya ketawa kecil sambil menarik rambutnya ke belakang.
"Kau nak cakap pasal adab pula dengan aku? Hei, cermin diri sendirilah. Kawan sendiri pun kau tikam." Taehyung menjawab kasar. Jimin terus menumbuk Taehyung apabila tidak dapat menahan sabar.
"Weh, sudahlah!" Hoseok menahan mereka apabila semakin rancak mereka bertumbuk.
Sana yang turut tak puas hati bangun juga. Dia mendekati Taehyung yang sedang duduk di atas tanah kesan daripada tersungkur ketika bertumbuk tadi.
"Taehyung, Rachel ada dengan saya sepanjang kami memasak tadi. Jimin bagi dia jaket sebab Rachel sejuk waktu tu, lagipun kami tengah masak. Saya sendiri nampak Jimin terus pergi lepas bagi jaket pada Rachel. Sumpah dia tak ada cium ataupun rapat-rapat dengan Rachel."
Sana menerangkan walaupun sedikit pelat, namun mereka memahaminya.
Taehyung mengerutkan dahi. Bibirnya yang berdarah dilap perlahan. Dia bangun dan menepuk-nepuk seluarnya yang kotor terkena tanah.
"Betul apa kau cakap ni?" tanya Taehyung meminta kepastian. Sana angguk laju.
"Betul, aku pun nampak." Seongwu menyampuk dari jauh.
Sementara itu, Hoseok membantu Jimin bangun.
"Aku dah kata, kau yang tak nak percaya." Jimin berkata tanpa memandang Taehyung.
Taehyung pandang Haeun yang mengetap bibir. Tahulah dia nak buat apa dengan gadis pembelit cerita itu nanti.
◼◼◼
"Sedih?"
Rachel yang duduk berhampiran sungai itu menoleh. Senyuman diberikan pada Mingyu. Mingyu duduk bersebelahan dengan Rachel.
"Tak, lebih kepada kecewa," jawab Rachel. Dia memandang langit yang gelap itu. Beberapa biji bintang bertaburan di langit. Bulan hari ini penuh, bulan mengambang.
"Kenapa dengan Taehyung sebenarnya?" tanya Mingyu walaupun teragak-agak. Takut juga gadis itu tak selesa ditanya.
"Dia cemburulah tu. Jimin bagi saya jaket tadi sebab saya memasak, tak sempat nak ambil jaket. Tiba-tiba dia tuduh saya dengan Jimin macam tu," terang Rachel tanpa berselindung. Memang itu hakikatnya.
Mingu pandang Rachel. Gadis itu kini sekali lagi hanya memakai T-shirt lengan panjang sahaja.
"Habis sekarang, kau tak sejuk ke? Aku boleh bagi jaket, tapi malas pulak nak bertumbuk lagi." Mingyu berkata dengan sedikit jenaka. Rachel senyum nipis.
"Tak apalah, saya lagi rela tahan sejuk daripada tengok orang bertumbuk sebab saya."
Mingyu hanya tersengih mendengar jawapan Rachel. Gadis itu menggosok laju kedua-dua tapak tangannya dan melekapkan pada pipi. Rasa sejuk yang teramat pula apabila duduk di tepi sungai begini.
"Eh, pergilah masuk khemah. Tak elok duduk luar macam ni, tak pakai jaket pula tu. Nanti kau demam," ujar Mingyu prihatin. Rachel senyum dan geleng.
"Saya nak bersendirian sekejap," kata Rachel perlahan. Mingyu yang faham bangun dan meninggalkan Rachel selepas memesan kepada gadis itu untuk menjaga diri.
Rachel termenung seketika. Tubuhnya dipeluk sendiri, cuba menghangatkan badan.
"Mula-mula Jimin, lepas tu Mingyu pulak?" Selamba Taehyung bertanya. Berderau darah Rachel kerana terkejut akan kehadiran lelaki itu.
"Kalau awak datang sini untuk sakitkan hati saya, lebih baik awak pergi..." tutur Rachel tanpa memandang Taehyung. Taehyung tersenyum senget sebelum menyarungkan jaket miliknya pada Rachel.
"Siapa kata aku nak sakitkan hati kau?" tanya Taehyung sambil duduk di belakang gadis itu. Pinggang Rachel dipeluk erat dari belakang.
"Tak ada siapa pun kata, tapi cara awak tu." Rachel menjawab perlahan. Dia mencium sedikit jaket milik Taehyung. Bau yang amat dikenalinya dan semestinya paling dia suka. Senyuman di bibir Rachel terukir.
Taehyung tersengih mendengar jawapan Rachel. Tubuh gadis itu ditarik agar kepala Rachel bersandar pada dadanya.
"Aku datang bukan sebab nak sakitkan hati kau, tapi lebih teruk dari tu."
Rachel mencebik. Dia cuba melepaskan pelukan Taehyung darinya namun gagal. Makin erat pula Taehyung memeluknya. Dagu lelaki itu diletakkan pada bahu kanan Rachel.
"Aku tak habis cakap lagi. Tak menyempat betul," ujar Taehyung geram. Pipi Rachel dipicit-picit macam squishy.
"Aku datang sini nak ambik hati kau terus, setakat sakitkan buat apa?" kata Taehyung. Dalam kasar ada manisnya. Rachel menyiku perut lelaki itu.
"Sweet talker," ujar Rachel. Taehyung hanya ketawa. Rambut Rachel dicium lembut.
"Tae..."
"Hmm?"
"Awak suka Haeun?"
Berkerut dahi Taehyung ditanya sebegitu. Pipi Rachel dicium sekilas. Geram melihat pipi putih itu kemerah-merahan.
"Aku ada kau, kenapa aku nak suka dia pulak?" soalan Rachel turut dijawab dengan soalan. Rachel menunduk.
"Yalah, awak percaya dia padahal Jimin tu kawan baik awak. Lepas tu, awak tak tolak pun bila dia pegang awak," Rachel bersuara lambat-lambat. Taehyung mencium lagi pipi gadis itu bertalu-talu.
"Argh! Gelilah." Marah Rachel apabila diperlakukan begitu.
"Macam tulah aku geli bila Haeun pegang tangan aku. Rasa nak sental guna klorox kau tahu?" Taehyung berseloroh membuatkan Rachel mencebik.
"Over betul sampai nak guna klorox."
"Yalah, nak bagi suci balik tangan aku ni. Tangan aku, untuk Rachel seorang je." Berbunga-bunga pula ayat yang keluar dari mulut Taehyung. Rachel tersenyum.
"Jadi awak tak suka dialah ni?"
Taehyung menggulingkan mata. Dia memusingkan Rachel menghadapnya. Bibir mereka bertaut lebih kurang 5 saat. Tergamam Rachel tiba-tiba dicium begitu.
"Ni, tak cukup nak tunjuk macam mana aku suka dan sayang dekat kau dan bukan dekat dia?"
Taehyung memegang belakang leher Rachel sebelum dia mula mencium Rachel sekali lagi. Apabila Rachel membalas ciumannya, Taehyung tersenyum. Dia memeluk pinggang Rachel dan menarik gadis itu lebih rapat dengannya.
"Yang dekat sana tu, tak habis dating lagi ke? Masuk tidur cepat!"
◼◼◼
pergh HAHAHAHA first time
tulis detail pasal kiss. saya masih
innocent ya semua 😂
23/07/2020, 12.57 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro