Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 ; camping

“ Her Bad Boy - 23 ”

• Camping  •

⬜⬜⬜⬜⬜

I call you moonchild
우린 달의 아이
새벽의 찬 숨을 쉬네
Yes we're livin' and dyin' at the same time
But 지금은 눈 떠도 돼

I call you moonchild
We are the children of the moon
We draw breath from the cold air of dawn
Yes we're livin' and dyin' at the same time
But right now it's alright to open your eyes

- BTS, 4 O' Clock

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Awal-awal lagi Rachel dan Taehyung sudah sampai ke sekolah. Taehyung masih mengantuk, tak habis-habis menguap dari tadi. Manakan tidak, dia bangun awal 30 minit daripada biasa. Semuanya gara-gara Rachel yang mengejutkannya awal.

"Rachel! Kau dah sihat?!" Aerin yang tiba-tiba muncul menegur. Dia memaut lengan Rachel dari tepi.

"Sihat. Rindu aku eh?" Rachel senyum memandang Aerin yang kelihatan risau.

"Tak rindu pun," balas Aerin sambil menjuihkan bibirnya.

Rachel ketawa kecil. Taehyung masih tercegat di sebelahnya dengan muka monyok. Merajuklah tu, kena bangun awal.

"Siapa buat? Kau tak beritahu pun."

Rachel senyum nipis. Memang dia belum beritahu apa-apa kepada dua orang kawan baiknya. Aerin dan Hana tahu pun daripada mulut-mulut pelajar di sekolah itu.

"Nantilah. Waktu rehat." Rachel menjawab sambil tersengih. Aerin mencebik kerana tidak sabar untuk mendengar cerita namun ketiadaan Hana membuatkan dia bersetuju juga.

"Jumpa nantilah, aku nak usha Jaehyun!" Aerin terus berlalu pergi apabila melihat kelibat Jaehyun yang baru tiba.

"Jaehyun pula, minggu lepas Yugyeom." Menggeleng Rachel dibuatnya. Tukar crush macam tukar baju.

"Kau macam tu juga ke?" Tanya Taehyung serkap jarang.

"Ish, gila ke? Saya tak minatlah usha-usha lelaki ni, saya datang sekolah nak belajar," jawab Rachel yakin. Taehyung mendekatkan mukanya pada Rachel.

"Tipu. Kau datang sekolah nak tengok aku, kan?" Taehyung membulatkan matanya sambil melemparkan killer smile kepada Rachel. Tersipu-sipu gadis itu menerima 'pemandangan' yang begitu indah di hadapan matanya.

"Perasan," Rachel menyiku perut Taehyung membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Pipi gadis itu dicubit-cubit untuk melepaskan geram. Rachel tepis tangan Taehyung dan berjalan ke tapak perhimpunan perlahan. Taehyung tersengih dan mengikut gadis itu dari belakang. Sengaja taknak jalan sama-sama, dia lebih suka perhati Rachel dari jauh kalau berada di sekolah. Kalau perlu baru dia datang.

"Uit, awalnya."

Jimin merangkul bahu Taehyung walaupun terpaksa berjengket sedikit. Taehyung mencebik.

"Biasalah Rachel tu, mana pernah lambat." Taehyung membalas tenang. Matanya masih terpaku pada Rachel. Sesekali dia menjeling pelajar-pelajar yang lalu di situ, ramai yang berlari-lari sehingga Rachel terpaksa mengelak. Gadis itu sudahlah belum pulih sepenuhnya. Kalau jatuh mampus kau.

"Batch kita ada perkhemahan minggu depan." Beritahu Jimin apabila mereka sudah duduk di barisan kelas mereka di tapak perhimpunan.

"Ya ke? Bapak seronok. Dah lama tak pergi camping," balas Taehyung dengan teruja. Dalam hatinya dah berfikir tentang aktiviti yang akan dibuat di sana. Tentu seronok.

"Kan? Tak sabar aku. Pagi ni kita ada taklimat pasal perkhemahan tu."

◼◼◼

"Perkhemahan ini diwajibkan buat semua pelajar tahun akhir. Saya tak mahu dengar siapa-siapa yang taknak ikuti kecuali dengan alasan yang munasabah. Kalau sakit, mesti ada surat doktor."

Encik Heechul berkata dengan muka serius. Beberapa pelajar mula bising kerana teruja dengan perkhemahan yang bakal berlangsung.

"Diam, semua! Nak bersembang tu nanti-nanti pun boleh. Dengar taklimat ni, tak ada ulangnya."

Maka, semua pelajar senior di sekolah itu mengunci mulut dan memberikan perhatian kepada Encik Heechul. Encik Heechul tersenyum apabila keadaan mula reda.

"Bagus. Saya serahkan pada penyelaras batch kamu, Puan Hyoyeon."

Puan Hyoyeon mengambil mikrofon dari Encik Heechul. Dia mula memberi taklimat.

Rachel mendengar dengan tekun. Sesekali dia mencatat di buku notanya, memang pelajar contoh.

Lain pula dengan Taehyung, dia leka memandang Rachel yang fokus itu. Taklimat itu hanya masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri saja. Sudahlah mengantuk, Taehyung fikir sudah cukup bagus dia tak tertidur di situ juga.

"Saya akan bahagikan kamu pada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang. Saya harap tak ada bantahan, dan terima saja kumpulan kamu. Encik Heechul dan Encik Siwon akan edarkan borang. Serahkan balik dalam minggu ni. Ingat ya, kalau tak ada sebab munasabah semua wajib pergi."

◼◼◼

Tengah hari itu, Rachel dan Taehyung berjalan kaki ke rumah sewa Rachel. Taehyung merungut pada mulanya kerana dia terpaksa meninggalkan keretanya di sekolah. Nasib baik Yoongi menawar diri untuk menghantar kereta Taehyung ke rumah Rachel nanti.

"Apahal kau kalut sangat nak jalan kaki?" Taehyung bertanya apabila kakinya mula sakit kerana berjalan. Tak cukup dengan tu, cuaca panas membuatkan hatinya turut membahang.

"Alah, saya nak jumpa Clover sekejap. Mesti dia lapar," jawab Rachel sambil tersengih. Kakinya yang sakit digagahi juga untuk melangkah.

"Siapa Clover?"

"Tu."

Taehyung memandang ke arah yang ditunjuk Rachel. Kelihatan seekor kucing comel berwarna oren mendekati mereka. Kucing itu menggesel-gesel di kaki Rachel menyebabkan gadis itu ketawa kecil.

"Aigoo, rindu Rae ke?" Rachel tunduk dan menggosok Clover lembut. Clover mengiau perlahan.

"Kucing kau ke?" Tanya Taehyung yang turut bercangkung untuk memerhati Clover.

"Taklah, saya selalu bagi dia makan. Lama-lama dia kenal saya jadi saya namakanlah dia Clover."

"Comelnya, kau taknak bela?" Taehyung menggosok Clover yang sedang menikmati makanan kucing yang dibawa Rachel.

"Boleh ke?" Rachel menyoal dengan mata bersinar. Dia memandang Clover dan Taehyung silih berganti.

Taehyung angguk. "Bela jelah. Boleh teman kau."

"Okay!"

Rachel gendong Clover yang sudah kekenyangan dengan senang hati. Mereka teruskan perjalanan yang berbaki selama 10 minit dan akhirnya tiba.

"Kau nak buat apa dengan rumah ni nanti?" Taehyung bertanya saat Rachel mengemas barang-barangnya. Dia memang tak tolong langsung, tolong tengok adalah.

"Urm, biar jelah. Lagipun rumah omma dengan appa saya dulu ada lagi," jawab Rachel sambil tersengih. Tangannya lincah melipat semua baju-baju dan dimasukkan ke dalam bagasi. Nasib baik baju dia tak banyak sangat, kalau tak jenuh nak bawa semua.

"Okay juga. Barang-barang camping kau ada tak?" Tanya Taehyung sambil mendekati Rachel. Dia duduk di atas katil sebelah Rachel sambil memeluk Rachel dari belakang.

"Urm, ada kot. Tak tahu la, saya tak pasti," Rachel memuncungkan bibir. Dia pandang semula barang-barang yang dia kemas. Rasa macam, ada tapi tak ada. Entahlah.

"Macam tu pula. Tak apalah, nanti kau temankan aku pergi beli barang. Mana tahu tetiba nanti baru kau perasan apa yang kau tak ada ke, boleh beli terus."

"Boleh juga. Saya nak beli makanan banyak-banyak," pinta Rachel sambil tersengih.

"Makanan jelah kau fikir." Taehyung picit kedua-dua belah pipi Rachel.

◼◼◼

» Hari perkhemahan

"Tak apa ke kamu berdua ni pergi sendiri?" Puan Kim bertanya risau. Mana taknya, Taehyung memaklumkan bahawa dia ingin pergi ke tapak perkhemahan dengan kereta sendiri. Rachel apa lagi, terpaksa menurut idea lelaki itu.

"Tak apa, omma. Kalau cikgu cakap apa-apa, kita tarik balik duit kita kat sekolah tu," seloroh Taehyung. Puan Kim jeling anak lelakinya.

"Itu jelah modal kamu nak buat kerja pelik-pelik. Elok-elok ada bas sibuk nak bawa kereta," bebel Puan Kim lagi. Sambil itu dia menutup bekal yang akan dibawa oleh Taehyung dan Rachel.

Sarapan penting kata omma. Tersenyum Rachel melihat gelagat Taehyung dan ibunya. Dia sudah lengkap memakai baju sukan sekolah dengan hoodie di luar.

"Tak seronok naik bas, omma. Nanti susah nak bermanja dengan Rachel."

Kali ini cubitan persis ketam Puan Kim melekat di lengan Taehyung. Rachel ketawa melihat Taehyung yang menggosok lengannya dengan muka cemberut.

"Bertuah punya anak. Kalau appa tahu ni tak tahulah omma." Puan Kim menyambung bebelan.

"Omma, bekal apa ni?" Rachel cepat-cepat menghentikan sebelum mereka semakin lewat.

"Ada sandwic sardin dengan buah-buahan. Makan dalam perjalanan nanti ya, sayang." Puan Kim menjawab sambil mengusap kepala Rachel yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Wah, anak sendiri dia panggil bertuah, Rachel juga dia panggil sayang." Taehyung mendengus geram.

"Anak sendiri suka buat perangai, kita sayang anak baru la pulak." Selamba Puan Kim membidas.

"Oh macam ni eh, omma? Tae nak merajuklah." Taehyung mencebik dan menyilangkan tangan di dada.

"Merajuklah, takda siapa nak pujuk." Puan Kim menjelir lidah, dah macam budak-budak.

"Ish! Jangan panggil Rachel sayang, Tae seorang je boleh panggil dia macam tu," tutur Taehyung sambil memegang tangan Rachel. Rachel terpinga-pinga.

"Apa?! Kamu ingat Rachel tu kamu punya ke? Dia dah jadi anak omma yang sah, tahu." Puan Kim masih berhujah tidak mahu kalah.

"Err.. omma. Kami gerak dululah. Dah dekat pukul 8 dah ni." Rachel mencelah untuk menghentikan pergaduhan mulut dua beranak yang bagaikan tiada penghujung.

"Ha, yelah. Jaga diri kamu. Taehyung, kamu pun. Omma sayang kamu berdua." Puan Kim memeluk kedua-dua Rachel dan Taehyung erat.

"Omma pun. Kirim salam pada appa." Rachel menjawab sambil tersenyum.

◼◼◼

Rachel's Pov

Aku kerisauan kerana Taehyung dari tadi mengadu tidak cukup tidur. Dia asyik menguap.

"Tulah awak, degil. Semalam sibuk tidur lambat. Konon-konon nak spend time dekat rumah sebelum pergi camping. Kalau naik bas kan elok je awak boleh tidur." Aku membebel sebelum memberikan dia gula-gula untuk menyegarkan dia. Dia capai dan masukkan ke dalam mulut.

"Tak boleh, kalau bawa kereta senang nak bergerak. Mana tahu boleh pergi date ke."

"Kepala otak awak nak date tengah-tengah perkhemahan ni. Pergi seorang-seorang," aku bersuara geram.

"Tak kata pun nak pergi dengan kau."

Aku jeling dia dan alihkan pandangan ke luar tingkap. Malas cakap banyak dengan dia. Kerjanya mengusik aku je.

"Ada banyak lagi perempuan aku boleh ajak. Kalau tak Haeun, ada Doyeon. Tak pun, Jihyo. Sakura pun okay juga, comel." Taehyung berkata lagi sambil menjeling ke arahku dengan ekor mata. Aku gulingkan mata dan diam. Lantak dialah. Biarkan dia cakap seorang-seorang.

◼◼◼

"Hai Taehyung, Rachel. 'Awal' betul kamu berdua." Puan Hyoyeon yang berada di pintu masuk tapak perkhemahan menegur kami dengan sindiran. Mentang-mentang kami terlewat 20 minit dari jadual.

Taehyung buat muka selamba. "Ya ke cikgu? Lain kali saya nak awal macam ni lagilah."

Puan Hyoyeon hanya mencebik. "Dah, pergi masuk sana. Khemah dah ada tu. Kamu berdua ambillah satu khemah sama-sama, tadi dah cukup-cukup bahagikan pelajar satu khemah empat orang."

"Fuh! Rezeki betul datang lambat," bisik Taehyung sambil mengambil khemah yang masih berada dalam begnya.

"Pastikan awak jarak satu meter dengan saya. Social distancing." Aku berkata menimbulkan muka menyampah Taehyung.

"Tak apa, kita tengok siapa yang dekat dengan siapa nanti."

Aku hanya sengih sinis. Eleh, fikir aku kalah la tu.

"Weh, lambat betul." Hana menegurku. Rambutnya serabai, mungkin tertidur dalam bas. Selekeh betul minah ni, macam manalah crush dia nak dekat? Di sebelahnya Aerin yang sedang mengunyah keropok. Dia menyua kepada aku dan terus aku ambil sedikit dan menyuap.

"Hehe. Macam tak biasa dengan Taehyung." Aku meletakkan kesalahan pada bahu Taehyung. Dia sekadar menjelingku dan mula memasang khemah.

"Kau group dengan siapa je?" Soal Hana sambil mula membetulkan rambutnya.

"Okay je, ada Jimin, Hoseok dengan Seongwu. Ada Sana, boleh buat kawan. Tapi yang tak syoknya, ada Haeun do." Aku menjawab dengan cebikan di bibir. Tak faham betul, dalam banyak-banyak pelajar yang ada boleh pula dia tersama kumpulan dengan aku dan Taehyung. Entah macam mana nak bersatu.

"Pergh, malang betul nasib kau. Tapi takpa, ada knight in shining armour kau." Aerin mencelah sambil tersengih memandang Taehyung yang sedang memasang khemah.

"Eii, dia dua kali ganda annoying hari ni. Entah tersampuk hantu mana." Aku kutuk Taehyung sambil tergelak.

"Cherry! Cepatlah tolong, tercegat buat apa je?"

"Ehem, pergi dulu. Bye, Rae!" Aerin melambai dan menarik Hana pergi.

Taehyung bercekak pinggang apabila aku menghampirinya. Dia berpeluh menandakan dia bekerja keras. Hampir siap khemah tu, dia pasang seorang diri.

"Penat?" Aku selak rambut dia yang hampir menutupi matanya. Kacak.

Dia angguk sambil memuncungkan bibir. "Penat."

Aku hanya tersenyum sambil mengusap pipinya. Barang kali dia terlebih penat akibat dari memandu hampir tiga jam tadi.

"Kalau dah siap pasang khemah, kamu semua boleh pergi makan di sebelah chalet cikgu pengiring!" Irene tiba-tiba bersuara kuat. Beberapa pelajar yang sudahpun mendirikan khemah dengan jayanya pun berpusu-pusu untuk makan.

"Eh, cepatlah habiskan. Awak lapar tak?" aku bertanya sambil mula menyambung mendirikan khemah. Dah nak siap dah pun.

"Lapar. Kau pasanglah, aku penat."

Aku mencebik namun meneruskan jua. Sementara itu dia duduk di tepi dan menunggu.

Selepas hampir 10 minit, akhirnya khemah itu pun siap dipasang. Aku tarik tangan Taehyung untuk bangun. 'Berat mengalahkan anak gajah,' rungutku dalam hati.

Tengah hari itu kami disajikan dengan menu nasi, daging bakar dan stu kimchi. Simple, tapi sedap.

"Makan ke melantak, woi?" Tanya Namjoon apabila melihat pinggan Taehyung yang penuh. Taehyung hanya sengih.

"Dua-dua bukan. Ni namanya refill energy," jawab Taehyung membuatkan Namjoon membuat muka menyampah.

"Baguslah, lepas ni kalau ada kerja-kerja berat kitorang dah tahu nak suruh siapa buat." Hoseok pula bersuara, mengusik Taehyung.

"Betul!" Jimin yang sekumpulan dengan kami turut bersetuju. Kulihat Taehyung melempar beberapa butir nasi kepada mereka berdua. Jimin dan Hoseok tertawa.

◼◼◼

Nobody's Pov

"Setiap kumpulan, bahagikan tugasan. Ada yang akan cari kayu api, nyalakan unggun api, ambil alatan memasak dan akhir sekali memasak. Bahagilah bagi sama rata. Yang pasal unggun api tu kena cepat sikit, takut dah gelap je nanti. Kalau ikutkan sekarang kamu semua boleh berehat, tapi better be safe than sorry, jadi buatlah kerja dulu baru rehat. Lagipun sejuk kan? Haa cepatlah buat unggun api." Puan Hyoyeon memberi arahan membuatkan beberapa pelajar yang baru ingin bersenang-lenang merungut.

"Jadi macam mana? Siapa nak buat apa?" Sana bertanya sambil memeluk tubuhnya. Kepala hoodie ditarik, sejuk betul suasana di sini.

Rachel menarik lengan baju Taehyung. "Saya boleh masak."

Taehyung pandang Rachel sambil angguk.

"Korang dengar kan? Kita dah ada tukang masak kat sini. Tak apa, kalau tak sedap kita belasah dia." Taehyung berkata sambil mengusik. Rachel tampar lengan lelaki itu perlahan.

"Aku dengan Hoseok cari kayu api kalau macam tu. Sana, awak boleh tolong Rachel masak nanti?" tanya Jimin sambil memandang gadis Jepun itu.

"Boleh, boleh." Sana angguk setuju.

"Bagus. Seongwu dengan Haeun, korang pergilah ambil alatan memasak." Jimin selamba memberi arahan. Seongwu yang tak kesah hanya angguk sementara Haeun dah tercebik-cebik kerana tak dapat tugasan bersama Taehyung.

Seongwu yang baru saja lihat Haeun ingin membuka mulut terus menarik lengan Haeun.

"Okay! Kami gerak sekarang."

"Bagus, Jimin!" Taehyung mengangkat ibu jari sambil ketawa.

"Tahu. Menyampah juga dia lama-lama kat sini," sambung Jimin dan membuat muka derp.

"Aku buat apa?" Tanya Taehyung apabila tersedar dia tak ada tugas.

"Apa lagi, kau nyalakan unggun api nanti. Hahaha. Bye!" Jimin dan Hoseok berlalu pergi dari situ sambil ketawa.

"Oh, kerja paling susah diorang bagi aku? Tak apa, tak apa. Tunggulah esok." Taehyung menggumam sendirian.

◼◼◼

"Ha, bagus Cherry. Kipas kuat lagi, apa lembik sangat?"

Jimin mengecilkan mata melihat Taehyung dan Rachel. Dia menghampiri mereka.

"Penatlah, Tae. Awak yang kena buat, apahal saya pulak?!"

Jimin bercekak pinggang, memerhati mereka yang bergaduh itu.

"Apa korang buat ni?" Dia bertanya. Serentak Rachel dan Taehyung pandang dia.

"Awak tengok dia ni, Jimin. Dari tadi mengelat. Dia suruh saya kipas kuat-kuat, baru api menyala." Rachel mengadu sambil menjuihkan bibir.

"Oh, kau buli dia eh?" Jimin bertanya dengan muka garang. Matanya dibesarkan sambil memandang Taehyung tajam.

"Alah, sibuklah kau." Taehyung mencebik dan menolak Jimin darinya.

"Aku nak pergi dekat Yoongi kejap. Taehyung, kau buat kerja kau. Kalau tak, makin lambat kita boleh makan." Jimin memberi ayat putus sebelum dia berlalu ke khemah kumpulan Yoongi, Namjoon dan Seokjin.

Rachel pandang Taehyung dengan memuncungkan bibirnya. Taehyung senyum dan bangun dari duduknya. Dia ambil kipas dari tangan Rachel.

"Biar aku buat."

Hampir lima minit Taehyung mengipas, akhirnya unggun api itu menyala. Rachel yang terkejut berundur ke belakang.

"Aik, terkejut betul tu." Taehyung meletakkan tangannya berhampiran api, rasa selesa dengan haba.

Rachel tak senyum langsung, dia terus  masuk ke dalam khemah. Taehyung yang keseorangan di situ mula pelik. Dah kenapa?

"Weh, tengokkan api kejap. Kalau dia macam nak terpadam tu kipas tau." Taehyung menyerahkan kipas kepada Seongwu.

"Aye, aye, captain!" Sempat pula Seongwu berjenaka.

Taehyung hanya tersengih pada Seongwu. Dia berpaling dan menapak ke khemah, mengikut Rachel.

Taehyung selak khemah dan biarkan terbuka. Dia melihat Rachel pelik.

"Cherry? Kau kenapa ni?"

Taehyung mendekati Rachel yang berselubung dalam selimut. Rachel hanya diam, tak menjawab apa-apa.

Taehyung duduk di sisi gadis itu dan tarik selimut perlahan. Panik dia apabila melihat air muka Rachel yang pucat.

"Cherry, kau okay tak? Cakap dekat aku kenapa?" Taehyung memegang pipi gadis itu lembut. Rachel geleng dan tolak tangan Taehyung. Dia berpaling membelakangi Taehyung.

Taehyung membuat muka tidak puas hati. Dia duduk di hadapan muka Rachel pula.

"Kau merajuk ke? Sorry kalau kau marah aku paksa kau kipas tadi." Taehyung berkata penuh kerisauan. Selalunya Rachel akan menjawab, tapi kali ni tak ada pula.

"Tak apa, saya okay." Rachel menjawab ringkas. Perlahan saja suaranya.

"Tipulah. Kau takkan tiba-tiba macam ni kalau kau okay," balas Taehyung. Dia capai tangan Rachel yang menggeletar.

Rachel tiba-tiba menangis membuatkan Taehyung cemas. Cepat-cepat dia peluk Rachel erat.

"Kenapa ni, sayang? Cepat bagitahu aku. Siapa buat kau?" Lembut saja suara Taehyung memujuk. Tangannya mengusap-usap rambut panjang Rachel.

"Api tu," Rachel jawab dengan tangisan. "Saya takut," sambungnya lagi.

Taehyung tiba-tiba teringat sesuatu. Jatuh simpati pada Rachel yang ketakutan itu.

"Kau teringat omma appa kau?" Taehyung menyoal prihatin. Air mata Rachel dikesat menggunakan jemarinya.

"Saya rindu omma," kata Rachel tersedu-sedu. Taehyung cium dahi gadis itu perlahan.

"Nak telefon omma aku?" Taehyung cuba menawarkan untuk memujuk. Rachel geleng.

"Tak apa, saya cuma perlukan masa sekejap," jawab Rachel sambil memeluk Taehyung. Taehyung mengeratkan pelukan sambil memujuk gadis itu.

Tanpa mereka sedari, Haeun berada di tepi khemah mendengar semua yang mereka bualkan tadi. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Menarik..."

◼◼◼

Yang tak faham pasal api tu,
boleh rujuk chapter 8 ; rachels past

nak vote 30 bolehh?

19/07/2020, 4.48 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro