Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23 ; new home

“ Her Bad Boy - 23 ”

New Home

⬜⬜⬜⬜⬜

You got me
난 너를 보며 꿈을 꿔
I got you
칠흑 같던 밤들 속
서로가 본 서로의 빛
같은 말을 하고 있었던 거야 우린

You got me
I dream while looking at you
I got you
In the nights that are pitch black
Each other's light that we saw
We were saying the same thing

-BTS, Mikrokosmos

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Puan Kim menatang dulang yang menempatkan dua cawan teh panas. Senyuman terukir di bibir tatkala dia bertemu mata dengan suaminya, Tuan Kim.

"Jemput minum, abang."

Tuan Kim menghirup teh sebentar sebelum meletakkan kembali ke atas meja. Dia memandang muka isterinya yang berseri-seri itu. Tak cukup itu, senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Hai, ada apa awak ni tersenyum-senyum dari tadi? Sebab anak bertuah awak ke?" tanya Tuan Kim ingin tahu.

"Abang, apa abang rasa kalau kita ambil anak angkat?"

Terjongket kening Tuan Kim ditanya soalan begitu. Dia ketawa kecil menyembunyikan rasa aneh.

"Kenapa, awak ada nak ambil ke?" Tuan Kim menyoal isterinya sambil menghirup lagi teh.

"Hm, kalau ikutkan macam tulah. Abang setuju ke?" Puan Kim memandang suaminya dengan muka penuh harapan.

"Siapa orangnya? Berapa umur dia? Awak jumpa di mana?" Tuan Kim bertanya bertubi-tubi sebelum memberi kata putus.

"Kawan sekelas si Taehyung. Tadi saya jumpa dia di hospital. Kasihan budaknya, kena buli sebab kematian ibu bapa."

Tuan Kim mengangguk mendengar cerita isterinya. "Budak tu dekat mana sekarang? Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan, nama dia Rachel. Boleh ke, bang?" soal Puan Kim sekali lagi.

"Bolehlah. Rapat ke dia dengan Taehyung?"

"Haah." Puan Kim sekadar menjawab ringkas, tidak mahu bercerita tentang hubungan Rachel dan anaknya yang sebenar. Mengamuk pula suaminya nanti.

"Okay, apa-apa awak jagalah dia. Saya tak kesah." Tuan Kim menjawab dan Puan Kim tersenyum senang.

"Terima kasih, abang."

◼◼◼

"Cherry!"

Rachel memandang Taehyung yang tersenyum lebar sambil menguak pintu wad itu. Puan Kim yang berada di belakang lelaki itu hanya tersenyum kecil melihat kemesraan Rachel dengan anaknya.

Hari ini Rachel akan keluar dari hospital dan tinggal di rumah keluarga Kim. Dari semalam lagi gadis itu tidak senang duduk memikirkan kehidupannya yang bakal berubah.

Taehyung yang masih berpakaian sekolah mendekati Rachel. Gadis itu sudahpun bertukar kepada pakaian biasa, dengan sepasang seluar bootcut jeans berwarna hitam dan sweatshirt ungu cair.

"Yeay, lepas ni senang aku nak buli kau puas-puas," usik Taehyung sambil mengusutkan rambut depan Rachel.

"Tak payah nak mengada. Rachel, kalau dia buli kamu, bagitau je omma," sampuk Puan Kim sambil menjegilkan mata pada Taehyung. Rachel ketawa dan mengangguk.

"Lepas ni, panggil omma ya sayang. Baru boleh buat kamu rasa rapat dengan keluarga baru kamu," kata Puan Kim sambil memegang tangan Rachel.

"Baiklah... omma." Dengan kekok Rachel menjawab. Rasa macam kelu pula untuk sebut perkataan 'omma' itu. Dah bertahun dia tak panggil sesiapa dengan panggilan itu, dan kini dia perlu membahasakan diri Puan Kim pula sebagai omma.

Puan Kim hanya tersenyum melihat Rachel yang kelihatan kekok dan malu-malu dengannya. Dia memandang pula ke sisi katil, kelihatan beg Rachel yang terisi barang-barangnya sudahpun tersusun kemas.

"Dah siap kan? Kita gerak sekaranglah kalau macam tu," Puan Kim memutuskan apabila melihat Rachel mengangguk laju. Taehyung tolong mengangkat beg Rachel. Sementara itu, Puan Kim berlalu dahulu untuk menjelaskan bayaran kos hospital Rachel.

"Tae, saya berhutang budi dengan keluarga awak." Rachel berkata apabila dia dan Taehyung berjalan beriringan keluar dari wad. Kaki gadis itu masih belum pulih sepenuhnya, jadi langkahnya masih terhincut-hincut.

Taehyung menggeleng. Dia memegang tangan Rachel erat.

"Tak apa. Kalau aku sayang kau, omma pun akan sayang kau macam anak dia sendiri. Tapi appa, aku tak tahu," Taehyung ketawa kecil. "Sebab dia tak jumpa kau lagi."

"Appa awak tak tahu lagi?" Rachel bertanya dengan muka berkerut.

Taehyung geleng.

"Taklah, appa dah tahu. Cuma dia tak kenal kau lagi."

Rachel memuncungkan bibir. "Kalau dia tak suka saya macam mana?"

Taehyung senyum kecil dan menggenggam tangan gadis itu lebih erat.

"Tak kesahlah siapa yang suka kau atau tak suka kau. Yang aku tahu, aku suka kau."

Rachel spontan menepuk bahu Taehyung. Lelaki itu hanya tertawa.

◼◼◼


Puan Kim memarkir keretanya di garaj. Rachel sedari tadi memerhati sekelilingnya, dalam hatinya tidak henti-henti berasa kagum dengan kekayaan keluarga Kim. Gila kau, kereta bersusun dah macam buku-buku dia. Ni belum masuk dalam lagi.

"Oi, turunlah." Suara Taehyung menyentakkan lamunan Rachel. Rachel tersipu malu sebelum turun dari kereta.

Taehyung sudah memegang beg Rachel di tangannya. Puan Kim berjalan di hadapan, menjadi yang pertama yang menjengah masuk ke kediaman itu.

"Selamat pulang, puan."

Empat orang pembantu rumah menunduk hormat ke arah mereka. Rachel menunduk kembali membuatkan Puan Kim dan Taehyung tertawa kecil. Comel.

"Saya perkenalkan, ini Rachel. Dia anak angkat keluarga saya. Kamu boleh panggil dia cik muda." Puan Kim berkata dan keempat-empat pembantu rumah mengangguk kepada majikan mereka itu.

"Puan, nak minum petang?" Tanya pembantu rumah yang bernama Sowon.

"Boleh juga. Hidangkan untuk saya, Taehyung dan Rachel saja. Suami saya balik lambat hari ni." Puan Kim menjawab dengan nada biasa. Sowon mengangguk sebelum dia dan rakan sekerjanya meminta diri dari situ.

"Macam mana, Rachel? Okay?" Perhatian Puan Kim dialihkan kepada Rachel pula.

Rachel sengih sambil angguk. Puan Kim menepuk tangannya, suka.

"Tae, kamu bawa Rachel ke bilik dia dulu. Omma nak naik tukar baju," ujar Puan Kim. Wanita itu terus bergerak pergi setelah melihat anak lelakinya mengangguk.

"Jom!" Dengan penuh semangat Taehyung mengajak. Dia melangkah ke arah lif, diekori Rachel.

"Kenapa kita tak guna tangga?" Rachel menyoal pelik. Dia ada ternampak tangga serupa tangga istana yang dia pernah nampak dalam cerita puteri Disney. Namun pelik apabila Taehyung membawanya ke arah lain.

"Kaki kau tu, mana elok lagi. Kita naik lif je." Usai saja Taehyung menjawab, mereka tiba di hadapan lif. Terlopong Rachel dibuatnya namun dia bingkas menutup mulut dan memasuki lif dengan Taehyung.

"Gila, rumah awak berapa tingkat Tae?" Terbuntang mata Rachel melihat butang-butang yang ada di dalam lif.

"Lima je. Tak payah nak buat muka terkejut sangat," Taehyung cubit pipi Rachel perlahan. Rachel pegang pipinya perlahan. Kelmarin kena tampar, hari ni kena cubit pula.

Dia hanya membuntuti Taehyung yang keluar apabila mereka tiba di tingkat tiga. Sambil berjalan, sambil tulah Rachel pandang sekeliling. Boleh sesat dia lama-lama dalam rumah ni.

Taehyung yang semakin menjauh dia kejar walaupun terhincut-hincut. Kalau hilang jejak lelaki itu, susah pula.

"Tae! Tunggulah! Ish!" Marah Rachel apabila melihat makin laju pula Taehyung melangkah.

"Aku lupa pula kau cacat sementara."

Serentak itu Rachel menjeling Taehyung. Taehyung hanya ketawa melihat muka masam Rachel sebelum mendekati gadis itu. Dia campak perlahan beg Rachel pada dada gadis itu. Rachel tangkap sambil merengek.

"Sini."

Tubuh gadis itu dicempung dan Taehyung berlari-lari anak ke arah bilik yang bakal diduduki Rachel.

"Ish, budak ni! Ada pula dia buat scene sweet-sweet." Puan Kim yang mendengar jeritan Rachel dan tawaan Taehyung menjenguk ke luar. Menggeleng wanita itu melihat mereka berdua. Dia tutup pintu semula, malas mengganggu mereka.

"Mulai hari ni, ini bilik kau." Taehyung membuka pintu bilik yang sepatutnya menjadi bilik tetamu, tapi kini menjadi bilik Rachel. Dia menurunkan Rachel.

Rachel menapak masuk dan memandang sekeliling bilik yang luas berbanding bilik lamanya. Bilik itu dilengkapi dengan katil queen, meja belajar, almari sederhana besar, televisyen dan bilik air.

Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Maaflah kalau kosong sangat, lepas ni kalau ada apa-apa yang kau nak cakap je, kita boleh tambah."

Rachel senyum. "Ini pun dah lebih dari cukup, Tae."

"Tahu. Lagi-lagi kalau ada aku. Confirm tak minta apa-apa dah," ujar Taehyung sambil memeluk pinggang gadis itu.

Rachel jeling Taehyung. "Mengada."

"Dengan kau je," kata Taehyung sambil memuncungkan bibir. Taehyung usap bibir Rachel perlahan. "Hm, macam best je kalau dapat cium."

Terus Rachel meleraikan pelukan. Taehyung ditolak jauh darinya.

"Behave, ada omma dalam ni," kata Rachel membuatkan Taehyung mencebik.

"Eii, biarlah omma ada pun. Dia bukannya tak tahu," balas Taehyung seraya mendakap Rachel sekali lagi. Muka Rachel tersembam di dadanya.

"Busuklah awak ni. Baru balik sekolah belum mandi nak peluk-peluk saya pula," rungut Rachel sambil memeluk Taehyung kembali. Lemas dalam pelukan Taehyung namun dia suka.

"Eleh. Tunggulah aku dah wangi, aku taknak peluk kau. Aku peluk perempuan lain," usik Taehyung lantas Rachel tumbuk bahunya. Tak suka Taehyung berkata begitu.

"Oh, main kasar?" Taehyung tersenyum sinis dan dia mula menggeletek pinggang Rachel.

"Tae! Gelilah! Hahahahah!" Meletus ketawa Rachel akibat digeletek Taehyung. Hampir setengah minit gadis itu tercungap-cungap akhirnya Taehyung berhenti.

"Na-ppeun sa-ram." Rachel berkata setelah mengambil nafas. Taehyung sengih.

"Dah, aku masuk bilik aku. Lepas ni kita turun sama-sama. Tunggu aku, tau."

◼◼◼

Rachel's Pov

Sejurus selepas Taehyung keluar, aku mula unpack barang-barang aku. Tak ambil masa lama pun sebab sikit. Aku dah beritahu Taehyung untuk ke rumah lamaku. Banyak lagi barang-barang di sana yang perlu aku ambil.

Aku cuba buka televisyen, agak bosan kerana telefon bimbitku aku biarkan bercas.

"Apa function ada tv tapi tak ada siaran?" Aku bersuara hampa apabila melihat televisyen itu hanya memaparkan skrin kelabu dengan bunyi yang tidak menyenangkan. Aku tutup semula dan berbaring.

Jam berdetik, hampir lima belas minit aku menunggu. Aku bangun dari pembaringan.

"Lembab betul mamat ni," bebelku perlahan. Nasib dia tak ada di sini.

Aku memeriksa notifikasi di telefon. Kelihatan beberapa chats dari rakan sekelasku yang mengucapkan ayat semoga cepat sembuh. Aku senyum sendiri. Tak kurang juga Aerin dan Hana yang sibuk spam mesej padaku, padahal baru dua hari tak jumpa. Risaulah tu.

"Senyum, senyum. Chat siapa?"

Tiba-tiba muncul Taehyung dengan rambut yang masih basah. Dia mengenakan baju-T berwarna hitam dengan sweatpants kelabu. Aw, boyfriend material.

"Mana ada siapa-siapa." Aku tutup semula telefon dan letak di tepi. Taehyung menarik tanganku bangun dan kami bersama-sama turun ke bawah.

Omma sudah menunggu kami. Matanya dikecilkan melihat aku dan Taehyung berpegang tangan.

"Amboi, kalah pasangan pengantin. Melekat je, eh?" Tegur omma dengan nada mengusik. Aku menyiku Taehyung agar melepaskan tanganku namun dia hanya buat tak endah saja.

"Omma janganlah jealous. Pergi pegang tangan appa tu." Selamba dia berkata begitu dan omma hanya tergelak.

Aku merasakan muka aku semakin memerah apabila Taehyung menolak aku ke arah meja makan. Dia siap tarikkan kerusi lagi, omma pula tak habis-habis tersengih mengusik.

"Duduk jelah diam-diam. Omma pandang tu," aku berbisik kepada Taehyung namun dia buat muka toya pada aku. Eh aku lempang kang apa pulak kata omma dia.

"Minumlah, sejuk nanti." Omma berkata sambil menjuihkan bibir pada teh yang sudah tertuang di dalam cawan di atas meja.

Aku angkat cawan perlahan dan bawa ke bibir. Rasa manis teh meresap ke tekak membuatkan aku tersenyum. Rasa bersyukur dapat minum air manis lepas dua hari telan air kosong sahaja.

"Sejak bila korang bercinta?"

Pertanyaan dari omma hampir saya membuatkan aku tersedak. Aku pandang Taehyung, dia ketap bibirnya dari ketawa. Seronok betul ya.

"Urm, apa maksud omma?" Aku jawab berhati-hati. Pura-pura tak faham.

"Aik, dah gaharu cendana pula, dah tahu tanya pula," omma berhenti dan berpaling ke arah Taehyung pula. Senyuman masih terukir di bibirnya. "Apa kata kamu yang jawab soalan omma, Tae?"

Taehyung kulihat tersengih sambil menunduk malu. Geli pula aku tengok dia begitu.

'Selalu bukan main mengusik aku, sekarang padan muka kena usik balik dengan omma,' bisikku dalam hati.

"Tak lama pun omma. Rachel tu, jual mahal."

Aku membulatkan mata pada Taehyung dan dia sekadar angkat bahu. Geram betul dengan dia.

"Eh, apa kata macam tu? Baguslah jual mahal. Kita jadi perempuan jangan terlampau murah sangat," omma menjawab, mempertahankan aku. Aku sengih kemenangan pada Taehyung yang mencebik.

"Omma ni, macam dengki dengan Tae je," kata Taehyung tidak puas hati. Omma hanya tertawa melihat dia.

"Hari ni kamulah pulak kena usik, bagi peluang omma nak ber'geng' dengan anak baru omma. Dah lama tau omma teringin nak ada anak perempuan," ujar omma sambil menjongketkan keningnya ke arahku. Aku hanya melemparkan senyuman manis kepada dia.

"Eh, dah dapat anak baru, anak lama dilupakan," ujar Taehyung sedih. Mukanya dibuat-buat ingin menangis. Omma jeling dia.

"Mengadalah kamu."

◼◼◼

Malam menjelang tiba. Aku baru saja selesai membersihkan diri. Pengering rambut aku capai dan mula mengeringkan rambut.

Sejurus selepas itu, aku ambil beg sekolah dan mula siapkan kerja sekolah yang tertangguh. Cuti dua hari, langsung aku tak sentuh kerja sekolah. Baca buku tu adalah, bab-bab tulis memang malas.

Aku terfikir tentang kerja sekolah yang diberi pada hari aku tidak hadir. Nak tanya Taehyung? Sampai mampus pun lelaki tu tak tahu apa kerja sekolah yang ada. Aku putuskan untuk mesej Namjoon. Nasib lelaki itu boleh diharap, laju saja dia balas, siap dengan penerangan rujukan buku teks lagi.

Aku ambil pen dan mula menyalin soalan-soalan latihan subjek Fizik. Khusyuk aku terhadap kerja sekolah terganggu apabila Taehyung masuk ke dalam bilik sambil tersengih. Aku angkat kening pandang dia.

"Movie night?"

Aku gulingkan mata. "Apa ajak saya tengok movie pula? Esok sekolah, Tae," bantahku seraya sambung menulis.

Taehyung memuncungkan bibirnya dan datang mendekatiku, makin menjuih bibirnya ke depan melihat buku latihan Fizik aku yang terconteng, okay bukan terconteng tapi tercatit dengan formula.

"Rajinnya kau."

"Apa yang rajin? Ni kerja sekolah, bukan saja-saja belajar," balasku tidak memandang dia.

Taehyung bawa kerusi meja solek ke tepiku dan duduk di situ, memerhatikan aku yang leka menulis.

"Awak dah buat ke?" Tanyaku, memberi perhatian kepadanya yang asyik bermain dengan rambut aku.

"Mestilah belum."

"Buatlah," aku pandang dia sekilas. "Esok kan ada fizik," sambungku sambil menutup buku.

Tiba-tiba dia menguap. Aku tutup mulut dia dan dia sengih.

"Kau cakap pasal kerja sekolah je aku dah ngantuk. Apatah lagi kalau buat," kata Taehyung beralasan untuk tak buat. Aku tarik hidung dia.

"Banyak alasan," ujarku geram.

"Jomlah, tengok movie," Taehyung memujuk lagi. Mukanya dibuat-buat monyok tapi comel. Aku cubit-cubit pipi dia.

"Kejap lagi, okay? Saya nak susun buku untuk esok sekejap," jawabku tak mahu hampakan dia yang kelihatan berharap itu. Mengada betul. Macam tak boleh tunggu nanti pula.

"Yeay!" Persis budak kecil dia bersorak.

◼◼◼

yang baru start sekolah ada
okay kaaaa?

♥♥♥

16/07/2020, 2.08 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro