Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22 ; warded

“ Her Bad Boy - 22 ”

• Warded •

⬜⬜⬜⬜⬜

Tell me 내 목소리가 가짜라면
날 버리지 말았어야했는지
Tell me 고통조차 가짜라면
그 때 내가 무얼해야했는지

Tell me if my voice isn't real
If I shouldn't have thrown myself away
Tell me if even this pain isn't real
What I was supposed to do back then

- BTS V, Singularity

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov
» Hospital Seoul

Taehyung masih setia menunggu di hadapan bilik rawatan kecemasan. Hampir sejam juga dia menunggu di situ. Tak senang duduk dia dibuatnya.

"Ting!"

Bunyi notifikasi dari telefon Samsung Galaxy S20nya membuatkan Taehyung tersedar dari lamunan. Ruang lockscreen yang terpapar gambar Rachel dipandang.

Gorgeous Omma ❤
Kamu okay, sayang?
Kalau ada apa-apa jadi beritahu
omma ya.
15:21

Taehyung menelefon Puan Kim. Matanya masih memerhati pintu bilik, takut doktor keluar dan mencarinya.

"Yeoboseyo, eomma." Taehyung bersuara apabila panggilannya diangkat.

"..."

"Tae dekat hospital ni," beritahu Taehyung tenang. Dia yakin benar Puan Kim akan terperanjat.

"..."

Seperti diagak wanita di talian meninggikan suara. Terkesima dia dengan pernyataan bahawa anak kesayangannya berada di hospital.

"Taklah, omma. Tae okey je. Kawan Tae yang sakit."

"..."

"Eh, esok omma dengan appa balik? Bukan sepatutnya ada lagi dua minggu ke kat sana?" Taehyung menyoal. Apa yang dia tahu adalah omma dan appanya akan berada di Singapura selama dua bulan. Sekarang baru sebulan setengah.

"..."

"Yelah. Hati-hati omma. Tae letak dulu."

Usai mendengar jawapan ibunya, Taehyung mematikan talian. Telefon disimpan kembali ke dalam poket.

Serentak itu, doktor dan dua orang jururawat keluar dari wad yang menempatkan Rachel. Berlari anak Taehyung mendapatkan mereka.

"Kamu, kawan pesakit?" Doktor itu bertanya apabila melihat Taehyung memakai uniform sekolah yang sama dengan Rachel.

"Ya, doktor. Macam mana keadaan dia?"

Doktor yang bernama Byun Baekhyun itu menepuk bahu Taehyung.

"Syukurlah, pesakit dah stabil. Mungkin dia trauma sikit dengan apa yang terjadi. Jadi, jangan bagi pesakit tertekan." Baekhyun menerangkan dan Taehyung meraup wajahnya lega.

"Terima kasih, doktor," ucap Taehyung sambil menunduk sikit.

"Hoksi... keluarga pesakit dah dimaklumkan ke?" Baekhyun bertanya apabila menyedari Taehyung hanya berseorangan dari tadi.

"Tak... dia dah kehilangan ahli keluarganya." Taehyung menundukkan mukanya manakala Baekhyun terus diterpa rasa bersalah.

"Jwisonghaeyo." Baekhyun meminta maaf. Taehyung menggeleng kepala.

"Tak apa. Boleh saya masuk tengok dia?" Taehyung bertanya sopan. Baekhyun senyum kecil sebelum mengangguk.

"Buat masa ni, pesakit perlu diberi sokongan. Disebabkan dia dah tak ada ahli keluarga, saya cadangkan awak tolong jaga dia sementara waktu." Baekhyun menyuarakan cadangannya. Taehyung terdiam. Sebenarnya, memang boleh. Cuma esok omma dengan appanya akan berada di Korea Selatan. Puan Kim okay lagi, macam mana dengan Tuan Kim?

"Boleh ke? Kalau tidak, nampaknya hospital kena hire penjaga lain..." Baekhyun berkata lagi apabila Taehyung tak membalas apa-apa.

"Ani, boleh saja doktor. Saya akan jaga dia."

Jawapan Taehyung menimbulkan senyuman di bibir Baekhyun. Doktor itu berterima kasih sebelum berlalu pergi ke tempat lain.

Taehyung menghela nafas. Dia pandang kelibat Baekhyun yang semakin menjauh. Tak lama selepas itu, Taehyung menghampiri wad dan masuk.

Lemah kaki Taehyung melihat Rachel yang terbaring di atas katil hospital itu. Wajahnya pucat dan bibir gadis itu yang selalunya merah bak delima bertukar kering. Ditambah lagi kepala dan bahunya berbalut.

Taehyung mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katil. Dia memegang tangan Rachel yang dicucuk dengan jarum untuk menyalurkan air.

"Aku risaukan kau," tutur Taehyung perlahan. Dia memicit-micit tangan Rachel yang lebih kecil darinya.

"Kau taknak bangun ke, hm?" tanya Taehyung walaupun Rachel masih tak berkutik. Mata gadis itu masih terpejam rapat.

Taehyung angkat tangan Rachel dan kucup perlahan. Dia menguap seketika sebelum meletakkan kepala di sisi Rachel. Pinggang gadis itu dipeluk sebelum dia tertidur.

◼◼◼

Taehyung terjaga apabila mendengar bunyi pintu wad terbuka.

"Encik? Encik tidur sini ke?" tanya seorang jururawat yang ditugaskan untuk memeriksa keadaan Rachel.

Taehyung pandang Rachel dalam keadaan mamai.

"Eo? Urm... ya kot." Taehyung menjawab sambil menggosok matanya.

"Apa kata encik balik, tukar baju dulu? Saya tengok dah lama encik kat sini." Prihatin jururawat itu berkata. Taehyung angguk apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah malam.

"Saya balik sekejap. Tolong tengokkan-tengokkan dia tau, noona," pinta Taehyung kepada jururawat itu.

"Mestilah, tu kan tugas noona."

◼◼◼

Rachel's Pov

Aku terjaga dari lena dan memandang sekeliling. Bau hospital membuatkan aku mengeluh.

"Urgh..." Aku cuba bangun dari pembaringan namun gagal. Aku pegang kepalaku yang berbalut. Mindaku mula cergas berfungsi, mengingati kembali apa yang berlaku tadi.

"Tch... Haeun dah gila." Aku menggumam sambil menyelak selimut. Keluhan aku lepaskan apabila melihat kakiku turut lebam di sana-sini.

Sewaktu aku cuba mencari di mana telefon bimbitku, muncul Taehyung di muka pintu. Dia berpakaian santai, dengan sehelai sweatshirt dan seluar panjang. Melihat saja aku yang sudah tersedar, dia terus berlari ke arahku.

"Kau okay? Ada sakit apa-apa tak? Nak aku panggil doktor?" tanyanya bertubi-tubi membuatkan aku ketawa kecil.

"Saya tak okay." jawabku perlahan. Taehyung dengan cemas menilik seluruh tubuhku.

"Apa? Sakit kat mana?" Taehyung menyoalku lagi. Comel saja melihat dia begitu. Aku geleng.

"Saya dahaga..." beritahuku. Aku tak jumpa pula air dari tadi.

"Ish, cakaplah awal-awal." Taehyung mencebik. Sebotol air mineral dihulur kepadaku, siap terbuka dan ada straw lagi. Aku teguk air itu perlahan sehinggalah rasa lega.

"Terima kasih," ujarku sambil tersenyum.

"Tak ada apalah. Kau okay tak ni? Ada pening-pening lagi?" Sekali lagi Taehyung menyoal.

"Ada pening sikit je. Awak buat apa datang sini? Dah lewat dah ni." ujarku apabila menilik jam hospital. Hampir pukul 10.

"Aku jaga kaulah. Kau ingat aku saja-saja ke datang?" Taehyung menjawab kasar namun aku senyum saja. Dah terbiasa dengan sifatnya.

"Susah-susah je. Saya boleh je duduk sini seorang," kataku. Taehyung meletakkan beg yang dari tadi dia pegang di tepi meja sisi.

"Ni, semua barang kau. Kalau ada yang tak cukup, beritahu aku."

Aku angguk saja. Aku tekan katil, cuba bangun. Taehyung menghampiriku dan membantuku duduk. Aku sedikit tersentak dengan sentuhannya dan dia terkejut.

"Sorry, aku sakitkan kau ke?" Taehyung menyoalku, riak wajahnya terpancar kerisauan.

"Tak. Saya boleh bangun sendiri," kataku perlahan. Rasa serba-salah melihat muka dia yang keruh, tapi memang aku rasa macam terkena kejutan elektrik bila dia pegang aku.

Aku gagahkan diri dan berjaya duduk. Taehyung masih menatapku dengan bibir memuncung.

"Tadi, doktor kata kau mungkin trauma dengan apa yang jadi. Maksudnya, tak dapatlah aku peluk kau lagi kan?" Dengan nada sedih Taehyung bertanya. Aku senyum kecil padanya.

"Sementara je, Tae. Lepas ni saya okaylah," pujuk aku. Kasihan juga lihat muka Taehyung yang muram itu.

"Kau nak buat report polis tak?"

Aku pandang dia dengan kening terangkat. "Untuk apa?"

"Haeun. Takkan kau nak biar je?"

Aku diam. Kasihan pula kalau dia kena buang sekolah ke apa ke, kan?

"Tak payahlah. Saya rasa dia tak sengaja." Aku menjawab yakin.

"Tak sengaja? Dia cederakan kau dengan niat, Cherry. Pisau lipat tu, takkan dia tak sengaja bawak?"

Ada benarnya juga kata-kata Taehyung. Kalau ikut logik, pelik kalau Haeun memang ada pisau lipat dalam poket ke mana-mana. Macam penjenayah lagaknya.

"Tak apalah, Tae. Biarkan je. Lagipun mesti senang je Haeun ikat jamin. Keluarga dia kan berada." Aku membalas dan Taehyung mengeluh.

"Sampai bila kau nak macam ni, Cherry?"

Aku angkat muka dan dia sedang memandangku tajam.

"Macam apa?" tanyaku keliru dengan ayat dia.

"Macam Rachel. Selalu kena pijak dengan orang, cubalah back up diri sendiri." Taehyung berkata dengan nada mendatar.

"Awak kan ada nak backup saya." Tersengih aku kepadanya. Taehyung menggulingkan matanya.

"Mengada. Nasib aku sayang kau." Taehyung mencapai sesuatu dari dalam beg. Dia keluarkan sebuah bekas makanan.

"Kau lapar tak? Aku suap kau makan, lepas tu kau rehatlah."

Aku angguk teruja melihat jjajjangmyeon yang menyelerakan itu.

◼◼◼

Keesokan harinya
Ppalgan High School

"Teruk ke keadaan Rachel?"

"Teruklah juga. Terdampar dia atas katil, nak bergerak pun payah dengan kaki dia macam tu." Taehyung menjawab soalan Jimin.

Bangtan berkumpul di hadapan loker Taehyung. Sementara menunggu waktu pembelajaran bermula, mereka berbual mengenai Rachel. Hampir satu sekolah sudah tahu apa yang terjadi kepada gadis itu kerana mereka ternampak Taehyung yang berlari mendukung Rachel akibat tercedera semalam, tapi tak ada yang tahu Haeun angkaranya kecuali Taehyung, Bangtan dan Haeun sendiri.

"Psiko sia Haeun tu. Lepas ni aku taknak cakap dengan dia dah." Seokjin berkata dengan muka takut-takut.

"Dari dulu lagi aku dah kata perangai dia tak cantik macam muka dia, kau orang taknak percaya." Jimin membalas dengan nada geram. Seokjin hanya tersengih sambil meminta maaf.

"Balik nanti aku nak melawat dialah." Namjoon tiba-tiba berkata, dan yang lain bersetuju untuk melawat gadis itu tamat saja persekolahan hari ini.

"Masuk kelas!"

Jeritan dari ketua pengawas iaitu Irene membuatkan semua pelajar bertempiaran lari ke kelas masing-masing.

"Dasar singa," ujar Jimin apabila dia, Taehyung dan Namjoon tiba di kelas mereka. Namjoon angguk setuju.

Mereka melangkah ke tempat duduk masing-masing.

"Bosannya tak ada dia." Taehyung merungut apabila terpandang kerusi Rachel yang kosong tak berpenghuni.

◼◼◼

Mingyu's Pov

Aku kini berada di Hospital Seoul. Mendengar berita dari Seungkwan si kepoh membuatkan aku terfikir untuk melawat Rachel.

"Urm, boleh saya tahu wad yang menempatkan Rachel Park?" Aku bertanya kepada jururawat yang berada di kaunter.

"Pesakit baru masuk semalam ya?" tanya jururawat itu pula. Aku angguk.

"Wadnya berada di tingkat 5, bilik VIP nombor tujuh." Jururawat itu menjawab dan aku berterima kasih kepadanya.

Sampai saja di wad yang dikatakan, aku nampak Rachel yang sedang bersandar di kepala katil sambil membaca buku.

Haih, sakit-sakit pun belajar. Tak faham betul.

"Mingyu? Awak datang!"

Dia menegur aku dengan ceria. Aku mendekatinya dan menghulur buah tangan yang aku bawa. Adab melawat orang sakit la katakan, aku bawakan dia beberapa buah-buahan segar.

"Susah-susah je. Terima kasih." Rachel memberiku senyuman manis. Cantik betul perempuan ni.

"Kau dah sihat ke? Bila boleh discharge?" tanyaku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

Rachel tutup buku dan menjawab, "Kalau tak ada apa-apa, petang ni dah boleh keluar."

"Oh. Baguslah kalau macam tu. Nanti rehat banyak-banyak kat rumah tu. Duduk sini penat, bau ubat memanjang," selorohku membuatkan dia tertawa.

"Itulah, saya pun tak suka sangat duduk dalam wad. Nak pergi mana-mana tak boleh, asyik baring je. Bosan." Rachel mengadu sambil memuncungkan bibirnya. Comel.

Aku usap kepalanya yang berbalut. "Kasihan kau. Sabarlah, sekejap je ni."

Rachel hanya angguk pasrah.

"Kau kena belasah dengan siapa sebenarnya?" tanyaku ingin tahu. Memang tak dengar langsung angkara siapa perbuatan ini. Tahu-tahu Rachel dah masuk hospital.

"Dengan Haeun. Dia marah saya rapat dengan Taehyung," jawab Rachel sambil menunduk.

"Kau dengan Taehyung ada apa-apa hubungan ke?" Aku bertanya, bersedia untuk patah hati.

Rachel sengih malu. "Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, tapi kami lebih dari kawan."

"Oh..." aku mengetap bibir, terasa sedih pula. Kenapa aku kena suka perempuan yang sudah jadi orang punya?

"Awak okey ke? Kenapa ni?" tanya Rachel apabila melihat aku diam dan pandang ke arah lain, menyembunyikan mukaku yang cemberut.

"Aku okey," jawab aku tenang. Serentak itu, pintu wad terbuka dari luar, kelihatan Taehyung dan rakan-rakannya. Muka mereka semua seolah-olah nampak hantu bila terpandang aku.

Aku bingkas bangun dan memandang Rachel yang tak tahu nak beri reaksi apa.

"Aku balik dulu, jaga diri kau. Get well soon."

Nobody's Pov

Keluar saja Mingyu dari wad, Taehyung terus menerpa ke arah Rachel.

"Dia buat apa datang sini?" Taehyung bertanya sambil memandang Rachel atas bawah. Gerun gadis itu dibuatnya. Terus terdiam seribu bahasa.

"Kau tahu aku tak suka dia, dan aku taknak kau rapat dengan dia! Faham?!" Taehyung bersuara kuat membuatkan bahu Rachel terhinjut.

Jimin memegang bahu Taehyung, cuba menenangkan rakannya itu.

"Tae, janganlah macam ni. Rachel baru nak sihat." Yoongi menegur apabila melihat Rachel yang hampir menangis. Namjoon sudah duduk di sebelah gadis itu dan memujuknya.

Taehyung diam dan terus berlalu dari wad, meninggalkan mereka semua.

Rachel mengelap air matanya. Dia senyum nipis dan menyapa Bangtan. Walaupun dia tak pernah bercakap dengan mereka semua kecuali Namjoon dan Jimin, Rachel cuba menyesuaikan diri.

"Jangan terasa, Rachel. Taehyung memang macam tu. Lagipun kau sendiri tahu dia memang anti dengan Mingyu," Seokjin berkata untuk menenangkan Rachel. Kasihan juga dia lihat gadis itu ditengking tiba-tiba.

Rachel senyum. "Tak apa, saya faham."

"Nah, makanlah. Taehyung kata awak suka benda ni." Jimin menghulurkan bekas berisi cheesetart kegemaran Rachel. Teringat Rachel tentang bakeri yang pernah dia sumbang bakti, namun segalanya tinggal kenangan saja.

"Wah! Nampak sedap." Rachel menerima huluran itu dengan gembira.

Sementara itu Taehyung menenangkan diri di bumbung hospital. Dia mengeluh berat mengenangkan suaranya yang kasar tadi. Rasa serba salah pula teringatkan Rachel seakan-akan hampir menangis tadi.

"Haih, aku patut kawal baran aku..." tuturnya, kecewa dengan sikap sendiri. Gadis itu sedang mengalami trauma, dan dia tanpa berniat menambah lagi sakit.

Telefonnya berdering menandakan panggilan dari ibunya. Taehyung tanpa berlengah mengangkat.

"Nae? Omma nak datang melawat kawan Tae?"

◼◼◼

Puan Kim yang baru tiba di hospital memeluk anak tunggalnya.

"Rindunya omma pada kamu." Puan Kim mengusap rambut Taehyung yang lebih tinggi darinya. Taehyung masih memeluk lengan ibunya manja sambil beriringan ke wad Rachel. Rachel belum diberitahu tentang kehadiran Puan Kim, pasti terkejut gadis itu.

"Kawan kamu sakit apa?" Puan Kim bertanya sejurus mereka memasuki lif untuk ke tingkat lima.

"Dia kena buli dengan budak lain. Kasihan kan, omma? Dia dahlah tak ada ibu bapa." Taehyung mengadu persis anak kecil. Puan Kim angguk setuju.

"Yakah? Kasihannya. Habis tu siapa jaga dia?" Puan Kim menyoal prihatin. Simpati dengan nasib yang menimpa kawan anaknya itu.

"Itulah masalahnya omma. Tak boleh ke kita jaga dia? Lagipun dia perlukan sokongan sebab trauma," Taehyung cuba memujuk ibunya untuk menjaga Rachel. Harap-harap ibunya bersetuju.

"Siapa dia Tae? Jimin ke? Yoongi? Um, siapa nama tu, Jungwoo?" Tanya Puan Kim membuatkan Taehyung tergelak. Siapa Jungwoo?

"Jungkook, la omma. Tae tak ada kawan nama Jungwoo," kata Taehyung masih dengan sisa tawanya. Puan Kim tersengih.

"Manalah omma ingat. Maklumlah dah tua," seloroh Puan Kim padahal tak adalah tua sangat pun.

"Nama dia Rachel."

Puan Kim mengecilkan mata. Siapa pula Rachel ni? Tak pernah dengar Taehyung sebut namanya.

"Perempuan? Yeochin Tae ke?" soal Puan Kim ingin tahu. Taehyung tersengih-sengih lagak kerang busuk.

"Tak official lagi eomma. Tapi Tae suka dia, dia pun suka Tae." Taehyung menjawab malu-malu.

"Cantik orangnya? Macam mana Tae boleh suka dia?" tanya Puan Kim. Seronok dia melihat Taehyung gembira bercerita tentang gadis pujaannya.

"Omma tengoklah sendiri. Tapi sekarang, dia tak cantik macam selalu sebab tengah sakit. Jangan beritahu dia pula." Taehyung berbisik membuatkan Puan Kim tertawa kuat.

"Banyaklah kamu cantik tak cantik. Kalau cari isteri, cari yang hati baik, pandai jaga suami. Kalau setakat muka cantik buat apa? Silap-silap bini kamu kena kebas." Puan Kim dah masuk mod membebel. Taehyung tersenyum manis.

"Tak salah Tae pilih dia, omma. Dia tak macam perempuan lain yang acah-acah cantik tapi apa pun tak reti buat. Yang ni, limited edition. Rugi kalau terlepas. Omma kena kenal dia sendiri, baru omma faham maksud Tae," ujar Taehyung mengundang senyuman di bibir Puan Kim. Tak sabar wanita itu bertemu gadis yang diceritakan anaknya.

Akhirnya mereka tiba di wad Rachel. Mereka berdua masuk tanpa membuang masa. Seperti diagak, Rachel terkejut. Dia bingkas bangun dari baring dan menunduk hormat kepada wanita itu.

"Kenalkan, ni omma aku." Taehyung berkata pada Rachel yang memandangnya keliru.

"Annyeonghaseyo, puan. Saya Rachel, kawan Taehyung." Rachel mengenalkan dirinya kepada Puan Kim yang tersenyum dari tadi.

"Cantik..." puji Puan Kim perlahan. Pipi Rachel merah membahang dan dia tak lupa mengucapkan terima kasih kepada Puan Kim yang datang melawatnya.

"Dah berapa lama kamu berkawan dengan anak saya?" Puan Kim bertanya sambil melabuhkan punggung di kerusi. Taehyung mengambil tempat di atas katil, di hujung kaki Rachel.

"Baru lagi, puan. Saya dengan dia sekelas tahun ni, duduk sebelah-sebelah," jawab Rachel sopan. Berbunga hati Puan Kim dibuatnya. Benarlah kata Taehyung, Rachel memang seorang gadis yang limited. Baik budi bicaranya sama dengan wajahnya yang sempurna.

"Saya dengar kamu kena buli di sekolah. Ada apa-apa masalah ke?" Puan Kim menyoal Rachel yang memandang Taehyung, tak tahu nak jawab apa. Takkanlah nak jawab Haeun pukul dia sebab Taehyung. Lain jadinya nanti.

"Urm, omma. Kalau dekat sekolah tu, orang yang tak ada guardian memang selalu kena target. Tu yang Rachel pun kena." Taehyung menjawab pantas. Rachel menghela nafas lega.

"Omo, kasihan kamu. Duduk dengan auntie, lah sayang. Biar auntie jaga kamu." Tiba-tiba Puan Kim membuat keputusan. Tersentak Rachel dan Taehyung dibuatnya. Namun Taehyung gembira.

"Eh, saya taknak susahkan puan. Saya boleh jaga diri sendiri..." tolak Rachel, segan pula dengan Puan Kim.

"Tak susahlah. Sekurang-kurangnya kalau auntie jaga kamu, kamu takkan kena buli lagi. Boleh ya?" Puan Kim cuba memujuk lagi. Rachel lambat-lambat mengangguk jua. Taehyung dah senyum sampai telinga.

"Baiklah, lepas kamu discharge, kita balik ke rumah auntie. Anggaplah kita macam keluarga lepas ni." Perlahan-lahan Puan Kim mengusap kepala Rachel.

Rachel peluk Puan Kim sambil mengucapkan terima kasih. Puan Kim membalas pelukan itu dengan senang hati.

◼◼◼

Hello, how's your eyes tell? ❤❤

14/07/2020, 2.25 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro