Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21 ; she's crazy

“ Her Bad Boy - 21 ”

She's Crazy

⬜⬜⬜⬜⬜

넌 같이 걸어줘
나와 같이 날아줘
하늘 끝까지
손 닿을 수 있도록
이렇게 아파도
너와 나 함께라면
웃을 수 있으니까

Walk with me
Fly with me
To the end of the sky
So our hands can touch
Even if it hurts
You and I, if we're together
We can smile

- BTS, You Never Walk Alone

⬜⬜⬜⬜⬜

t/w
-bullying content

Haeun's Pov

Aku mendandan rambutku agar kelihatan cantik. Bibir dioles dengan gincu berwarna nude orange. Siap. Puas hati dengan penampilanku, aku capai beg sandang dan sangkut ke bahu.

"Nak pergi mana tu?"

Aku berhenti dan memandang omma yang berdiri tidak jauh dariku. Omma pandang aku dari atas ke bawah.

"Nak pergi jumpa Taehyung," jawabku sambil tersengih. Omma tersenyum manis.

"Wah, nak dating ke?" Omma bertanya dengan nada mengusik. Aku ketawa kecil.

"Tak tahulah, dia yang ajak jumpa," beritahuku sebelum menapak ke rak kasut. Kasut wedges berwarna coklat aku keluarkan sebelum menyarung ke kaki.

"Yalah. Hati-hati. Jangan balik lambat sangat." Omma mengizinkan sebelum aku mengangguk. Aku terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Pemanduku memulakan perjalanan setelah aku memberitahu destinasi.

Lebih kurang 20 minit, aku tiba dan keluar dari kereta. Taehyung ada mesej aku mengatakan dia telah tiba tadi. Aku terus mengorak langkah ke restoran yang ditetapkan olehnya.

"Annyeong, Taehyung," tegurku ceria sebelum duduk berhadapan dengannya. Dia senyum nipis kepadaku.

"Orderlah dulu. I minum je." Taehyung berkata sebelum menghulurkan aku menu. Aku ambil dan belek-belek.

"Baked salmon mac and cheese and fresh orange." Aku memberitahu pelayan sebelum dia mencatat dan melangkah pergi.

"So, ada apa you ajak I jumpa?" Aku memulakan perbualan apabila Taehyung diam saja dari tadi. Dia memandangku tepat dan senyum.

"I tak jadi nak masuk pertandingan menyanyi tu."

Ayat Taehyung membuatkan aku tersentak. Aku pandang wajahnya, tak nampak pula dia sedang bermain-main.

"But why? Are you kidding me, Taehyung?" soalku tidak puas hati. Rosaklah rancangan aku kalau macam ni.

"I tak bergurau. You carilah orang lain untuk jadi pasangan duet you. Mungkin, cari orang yang suara dia lagi sedap dari I, barulah kena dengan suara you." Taehyung berkata dengan tenang. Aku di sini pula menahan geram.

"Mana boleh macam tu! Kita dah janji nak masuk sama-sama." Aku meninggikan suara. Terkebil-kebil Taehyung pandang aku.

"I tak janji pun." Pendek saja Taehyung menjawab. Aku menggulingkan mata.

"I tak kira, I nak you masuk pertandingan tu dengan I!" Suaraku ditekankan manakala Taehyung meraup wajahnya.

"Tolonglah, Haeun. Jangan buat-buat tak faham bahasa boleh tak? I kata tak nak tu, tak naklah. Jangan paksa." Taehyung mencerlung matanya kasar kepadaku. Aku mencebik.

"Ni mesti sebab perempuan tu kan?" Aku menebak.

Taehyung pandang aku tajam. Dia diam dan menunggu ayat seterusnya.

"Mesti sebab perempuan kolot you tu, kan? Maj-a?" Aku tanya lagi sekali. Dia menepuk meja.

"Dia bukan perempuan kolot, and no, this has nothing to do with her." Sejurus selepas itu, Taehyung bangkit dan pergi meninggalkanku.

"Sh*bal," carutku perlahan. Aku pandang makanan yang baru tiba dengan pandangan tak berminat.

Nampaknya aku kena buat rancangan baru untuk pisahkan Taehyung dengan Rachel.

◼◼◼

Nobody's Pov

Rachel mengejar bayang Mingyu dengan pantas. Suara Hana yang memanggilnya dibiarkan. Pandangan pelik kepadanya turut diendahkan.

"Mingyu!" Rachel menjerit sedikit. Mingyu yang sedang berjalan dengan Dokyeom menghentikan langkahnya. Dia berpaling melihat Rachel yang tercungap-cungap mengambil nafas.

"Yah, jalanlah perlahan sikit." Rachel berkata sambil membetulkan rambutnya.

"Eo? Wae kau kejar aku ni?" Mingyu terus bertanya setelah Dokyeom berlalu dari situ.

"Kenapa awak tarik diri?" Tanpa membuang masa Rachel melemparkan soalan.

Mingyu senyum kecil. "Aku... tak berminat sebenarnya. Lagipun tarikh tu clash dengan pertandingan bola keranjang. Jadi, aku tarik diri."

Tanpa pengetahuan Rachel, Mingyu berdalih.

"Alah, baru ingat kita boleh jadi kawan rapat." Rachel mencebik sebelum menunduk.

Mingyu mengusap kepala Rachel. "Tak apa, walaupun kita tak selalu jumpa lepas ni, kau tetap boleh kawan dengan aku."

"Jinjja?" tanya Rachel tidak percaya.

"Ya." Mingyu ketawa melihat reaksi Rachel yang comel baginya.

"Okay! Saya masuk kelas dulu." Rachel dengan gembira melambai Mingyu. Mingyu membalas lambaian gadis itu dan memandang gadis itu sehinggalah hilang dari pandangannya.

Mingyu senyum pahit.

"Kalaulah kau tahu, aku suka kau."

◼◼◼

"Cherry!" Taehyung yang kelihatan sungguh gembira itu memaut bahu Rachel yang sedang menyapu sampah.

"Ya, ya. Tunggu kejap." Rachel melepaskan pautan Taehyung dan lelaki itu mencebik. Dia duduk dan menunggu Rachel habis menyapu. Sebaik sahaja penyapu dan penyodok diletakkan ke tempat asalnya, Rachel duduk di tempatnya.

"Kenapa awak ceria sangat hari ni?" Rachel bertanya. Dia tidak memandang Taehyung sebaliknya dia mengemas mejanya yang bersepah.

"Aku dengar Mingyu tarik diri." Taehyung berkata sambil tersengih. Rachel menggulingkan mata sebelum tersenyum.

"Sebab tulah senyum sampai telinga?" Rachel melayan saja perangai manja Taehyung.

"Betul. Kenapa? Kau tak suka tengok aku senyum ke?" duga Taehyung sambil memuncungkan bibirnya. Rachel pantas menggeleng.

"Bukan macam tu. Awak kan muka ketat je memanjang, macam pelik pula bila awak asyik senyum hari ni." Jawapan Rachel membuatkan Taehyung tersenyum semula.

"Aku happy sebab kau, tahu tak?" Taehyung berkata sambil mengangkat kening. Rachel ketawa.

"Tahu. Kalau sebab orang lain, siaplah awak." Rachel bergurau namun Taehyung tersengih. Berbunga hatinya mendengar gurauan berbau cemburu Rachel.

"Siapa ganti Mingyu?" soal Taehyung ingin tahu. Rachel mengulum senyum.

"Erm, Namjoon?" Rachel sengih.

"Mwo?! Apahal pulak?!" marah Taehyung. Dah bukan Mingyu, Namjoon pula. Apa kes?

"Saya gurau jelah. Cikgu tak bagitahu pun pasal tu lagi." Rachel cepat-cepat meredakan kemarahan lelaki itu. Taehyung menghela nafas lega.

"Bagus. Aku nak jadi pengganti tu." Taehyung berkata dengan semangat. Rachel mengerutkan dahi.

"Boleh ke? Err..." Rachel teragak-agak untuk menyambung ayatnya.

"Apahal? Kau ingat aku tak boleh ke?" Taehyung menjeling Rachel. Rachel geleng kepala dan tergelak.

"Taklah, awak kan mana minat belajar-belajar ni." Rachel membela dirinya.

"Betul. Tapi kalau ada kau, belajar berjam-jam lamanya pun aku tak peduli." Taehyung berbisik pada ayat terakhirnya. Rachel menjongket bahu, geli dengan bisikan itu.

"Tipulah. Baru suruh buat kerja sekolah dah mengelat. Ni, ambik. Buat sendiri." Rachel meletakkan buku Bahasa Inggeris yang sepatutnya dia buatkan untuk Taehyung ke atas meja lelaki itu.

"Alah... buatkanlah, Cherry." Taehyung menongkat dagunya ke atas meja. Bukunya diselak. Masih kosong, menandakan Rachel tidak buat.

"Buatlah sendiri, senang jelah." Rachel memujuk Taehyung. Lelaki itu menggeleng sambil menutup buku itu kembali. Rachel ambil dan buka semula.

"Buatlah, nanti cikgu marah. Ppalli, saya ajar."

◼◼◼

» Dua minggu kemudian, hari pertandingan

"Kau kena guide aku tau. Kalau aku salah, cakap." Taehyung bersuara.

Rachel membuat muka menyampah. "Ya. Awak dah cakap banyak kali. Saya tampar awak nanti tahulah."

Taehyung sengih. "Aku risaulah. Tak pernah-pernah aku masuk pertandingan macam ni," ujar Taehyung sambil memandang sekeliling. Tempat pertandingan ialah Sekolah Tinggi Bora. Ramai pelajar-pelajar yang menyertai memenuhi dewan sekolah itu.

"Awak yang nak masuk," jelingan diberikan Rachel kepada Taehyung. "Cikgu nak suruh Namjoon atau Yonghee, tapi awak yang sibuk."

"Mestilah aku nak masuk. Namjoon tu tak boleh percaya tau. Yonghee pun sama. Kalau dua-dua suka kau, susah pula." Taehyung berkata selamba. Terus pahanya dipukul Rachel.

"Perhatian kepada peserta pertandingan Fun with Biology, pertandingan akan dimulakan sebentar saja lagi." Pengacara majlis berkata melalui microphone.

"Rachel, Taehyung. Dah sedia?" Puan Sohee bertanya kepada dua anak muridnya.

"Dah, cikgu." Rachel menjawab yakin. Senyuman dilemparkan.

"Belum." Taehyung membuat muka ingin menangis. Rachel menyiku Taehyung lembut. Puan Sohee tergelak sahaja.

"Tak apa, Taehyung. Awak dengar je cakap Rachel. Saya harap awak berdua boleh buat yang terbaik." Puan Sohee memberikan kata-kata semangat.

"Baik cikgu." Rachel mengangguk.

◼◼◼

"Kenapa tak jadi ni, Cherry?"

"Meletup. Omma!"

"Cherry, dia melimpah!"

Rachel menggulingkan matanya. Inilah yang terjadi sepanjang pertandingan. Mulut saja yang bising, hasilnya tak ada.

"Serik saya masuk pertandingan dengan awak." Rachel membuka apronnya. Dia lipat apronnya dan apron Taehyung yang dilemparkan kepadanya lembut.

"Alah, janganlah serius sangat." Taehyung bersandar pada dinding. Bebelan Rachel yang tidak berhenti diendahkan.

Dia memerhati beberapa gadis lain yang memandangnya dan dia senyum manis kepada mereka. Mendidih hati Rachel memandang Taehyung yang menggatal itu. Terus lengan lelaki itu dicubit.

"Ah, sakitlah." Taehyung menjeling Rachel. Lengannya diusap.

"Menggatal lagi. Saya tengah membebel boleh awak sibuk dengan perempuan lain." Rachel memarahi Taehyung. Rambut lelaki itu diserabutkan.

"Awak jangan handsome sangat. Buat muka buruk sikit, jangan asyik senyum je." Rachel menepuk-nepuk pipi Taehyung yang tersenyum itu.

"Jealous eh?" usik Taehyung. Rachel diam dan memandang ke tempat lain. Dia tak menjawab sebaliknya mengemas radas dan bahan yang digunakan. Taehyung mengikuti Rachel dan memeluk pinggang gadis itu.

"Aku sayang kau seorang je, Cherry." Taehyung memujuk Rachel yang masih masam mukanya.

"Sayang seorang tapi pandang semua orang," balas Rachel perlahan. Taehyung sengih dan mengucup pipi gadis itu pantas. Takut juga orang lain nampak, lagi parah cikgu yang nampak. Tak mahu ambil risiko.

"Janganlah merajuk, sayang. Aku tak sengaja, okay?" Taehyung melepaskan pelukan dan mencubit pipi Rachel.

"Hm, dahlah jom duduk sana." Rachel tak menjawab dan terus menukar topik. Mereka duduk di tempat yang disediakan dan menanti keputusan pertandingan.

Nasib Rachel dan Taehyung tidak seberapa baik, mereka hanya berjaya merangkul tempat ketiga. Taehyung dari tadi membebel tak puas hati.

"Dahlah tu, Tae. Kalah menang kan adat pertandingan." Rachel menyampuk, mematikan bebelan Taehyung.

"Tak boleh! Kalah tak ada dalam kamus hidup aku." Taehyung menjawab dengan muka geram.

Rachel mengeluh. "Dahlah, jom balik. Cikgu dah tunggu tu." Rachel menarik lengan Taehyung ke arah Puan Sohee yang sudahpun menaiki kereta.

◼◼◼

» Waktu balik

"Saya tertinggal buku dalam kelas. Awak pergilah dulu. Tunggu saya dekat depan pagar sekolah. Nanti saya datang." Rachel yang baru tersedar ketiadaan buku yang sepatutnya dikelek memberitahu Taehyung.

"Cuai!" Taehyung mengusutkan bangs Rachel. Gadis itu merengek sebelum berlari ke arah kelas.

Taehyung pun menapak ke luar sekolah bersama Jimin dan Namjoon. Mereka berbual seketika sementara menunggu Rachel.

"Dapat nombor tiga je, mesti sebenarnya ada unsur penipuan. Kau bayangkan, sekolah tuan rumah tu yang menang nombor satu." Taehyung bercerita.

"Biasalah tu, nak naikkan nama sekolah." Namjoon melayan saja ketidak puasan hati Taehyung. Malas nak bergaduh, Jimin pun mengangguk saja.

Lima belas minit kemudian, Rachel masih belum muncul. Taehyung berasa tak sedap hati. Lama betul pergi ambil buku.

"Korang baliklah dulu. Aku pergi cari Rachel kejap." Taehyung menyuruh Jimin dan Namjoon berlalu dulu. Kasihan pula budak berdua ni balik lambat, padahal kereta masing-masing dah tunggu.

"Okay, jumpa nanti." Jimin berkata sebelum dia dan Namjoon pergi dari situ.

Taehyung memandang sekeliling. Dia bertanya kepada Hana dan Aerin yang lalu di situ, namun kedua-dua kawan baik Rachel itu tidak nampak gadis itu. Usai mengucapkan terima kasih, Taehyung mengorak pantas masuk ke dalam sekolah semula.

"Ish, budak ni buat apa lama-lama?" Taehyung cuba menyedapkan hati sendiri. Kakinya semakin laju melangkah.

◼◼◼

Rachel's situation

Rachel tersenyum sambil mencapai buku yang tertinggal.

"Ish, nasib baik teringat. Kalau tak, tak siap kerja sekolah hari ni." Rachel berkata sendirian. Dia memasukkan buku tersebut ke dalam begnya.

Baru saja dia ingin keluar dari kelas itu semula, Haeun dan dua orang rakannya iaitu Elly dan Nancy.

Rachel senyum kepada Haeun walaupun dia pelik dengan kemunculan gadis itu. Haeun bukan dari kelas ini, dah kenapa dia berada di sini?

Rachel berjalan ke arah pintu kelas, namun pantas tangannya dicengkam oleh Haeun. Rachel mengaduh kesakitan, kuku panjang Haeun menekan pergelangan tangannya.

"Argh! Kenapa ni Haeun?" Rachel bertanya lembut. Takut juga dia lihat Haeun yang langsung tak senyum itu. Elly dan Nancy hanya diam, tak masuk campur.

"Perampas! Jangan dekat dengan Taehyung!" Haeun menghamburkan kemarahannya. Tubuh kecil Rachel ditolak sehingga gadis itu terjatuh. Kepalanya terhantuk dengan kaki meja.

"Tu, sebab Taehyung putus dengan aku!"

Rachel memegang kepalanya yang sedikit berdarah itu. Berpinar matanya, pening akibat ditolak seperti itu. Rachel melihat tangannya sendiri, darah mengalir membasahi dahi gadis itu.

"Bangun!" tengking Haeun sebelum menarik Rachel bangun. Gadis itu terkial-kial mengimbangi diri.

"Urgh... apa awak buat ni Haeun?" tanya Rachel perlahan.

Tanpa menjawab soalan Rachel, Haeun mengangkat tangannya dan menampar pipi Rachel. Terpaling Rachel, kuat sungguh tamparan yang melekat di pipinya.

"Tu, sebab Taehyung tak jadi masuk pertandingan menyanyi dengan aku."

Rachel memegang pipinya yang merah itu.

Haeun menolak kembali Rachel sebelum menyepak kaki gadis itu beberapa kali.

"Haeun, dahlah tu. Jom balik." Nancy cuba menghentikan Haeun yang seperti dirasuk itu. Dia pun tak faham kenapa Haeun berbuat begini, padahal Rachel bukanlah seorang yang suka melawan. Dia biar je apa yang Haeun buat padanya.

"Betul cakap Nancy. Dahlah tu, nanti kita kena denda pulak." Elly pula bersuara namun Haeun menggeleng.

"Korang takut, korang baliklah dulu. Biar I ajar budak ni puas-puas." Haeun menarik rambut Rachel. Terbangun garis itu dari lantai. Dia mencekik leher Rachel kuat. Menitis air mata Rachel menahan sakit.

Elly dan Nancy tidak tunggu lama, mereka terus pergi dari situ.

"Ha—eun. Saya—" Rachel memegang tangan Haeun yang mencekik lehernya.

"Diam! Sebelum aku bunuh kau kat sini." Haeun semakin kuat mencekik Rachel.

"Kau tahu, Taehyung tu aku punya. Tapi kau tetap ambil dia dari aku. Orang macam kau, tak patut wujud." Haeun melepaskan leher Rachel. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Haeun.." Membulat mata Rachel melihat pisau lipat di tangan Haeun. Haeun ketawa melihat Rachel yang ketakutan itu. Perlahan-lahan gadis itu berundur, namun Haeun semakin menghampiri. Akhirnya belakang Rachel bertemu dengan dinding.

Haeun tersenyum sinis. Pandangannya diarahkan kepada Rachel dan pisau lipat silih berganti.

"Haeun, awak dah gila ke?" Rachel cuba mengumpul kekuatan.

"Memang! Aku gilakan Taehyung..." Haeun meletakkan pisau lipat itu betul-betul di leher Rachel. Bila-bila masa saja mata pisau itu boleh tertembus ke dalam leher Rachel.

Rachel menggeleng lemah. Tidak berdaya dia melawan. Sudah beberapa kali dia dipukul, tenaganya hilang.

"Kau patut terima balasan." Haeun berkata. Baru sahaja dia mahu menekan pisau itu, muncul Taehyung. Haeun berpaling.

"Haeun! Mwo haneun geoya?!" Taehyung bertempik kuat.

Rachel mengambil peluang itu untuk meloloskan diri. Haeun terus menahan Rachel dengan kakinya. Pisau itu terkena juga pada Rachel, di bahu kirinya. Habis darah menembusi baju sekolah berwarna putih yang dipakai Rachel.

"Rachel!" Taehyung terus mendapatkan Rachel yang terjelepok jatuh selepas ditolak kasar oleh Haeun.

Haeun tidak berlengah, dia melarikan diri dari situ. Pisau itu dicampak saja di lantai kelas.

"Sakit, Tae..." Rachel mengadu sambil memegang bahunya yang luka.

"Sabar, sayang. Jom, aku bawa kau pergi hospital." Taehyung mengangkat Rachel. Dia membawa Rachel ke keretanya dengan pantas.

"Shhh, kau okay Cherry. Aku ada, okey?" Taehyung menggenggam tangan Rachel kuat, cuba menyalurkan kekuatan kepada buah hatinya itu.

Rachel hanya teresak-esak menahan kesakitan. Risau Taehyung dibuatnya. Dia memandu lebih pantas ke hospital berdekatan. Sambil-sambil itu, mulutnya terkumat-kamit memberi semangat kepada Rachel.

"Kalau apa-apa jadi dekat kau, aku takkan maafkan diri sendiri."

◼◼◼

Wah, drama betul chapter ni

Jom, ada siapa-siapa nak ikut belasah Haeun?

12/07/2020, 11.11 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro