Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 ; jealousy

" Her Bad Boy - 18 "

• Jealousy •

⬜⬜⬜⬜⬜

망설임 없이 고백하는 게 나의 style
널 위해서라면 이 한 몸 다 바칠 type
항상 널 향해 조명을 비출게 girl
이건 너와 날 위한 사랑의 무대인 걸
우리는 콩깍지 씌었지, 알콩달콩
우리의 미래는 밝고 화사해, 알록달록
너만 있으면 뭐든 다 가졌지 like a milli
너와 지금부터 사랑의 문이 열리지, go in

Confessing my love without hesitating is my style
If it's for you, I'm the type to sacrifice my body
I'll always shine the light on you girl
This is a love stage for you and me
We're blinded by love, sweet and playful
Our future is bright and dazzling, colorful
If I have you, it's like I have everything, like a milli
The door of love has opened now with you, go in

- BTS, Skool Luv Affair

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Taehyung memasamkan muka dari tadi. Sepanjang waktu rehat pun dia makan ala kadar saja, sekadar isi perut. Dalam mindanya hanya memikirkan tentang pertandingan sekolah yang akan Rachel sertai. Dengan Mingyu. Berdua pula tu.

"Kau kenapa, Tae? Masam je dari tadi," tegur Yoongi sambil meletakkan kotak air minumannya yang sudah kosong ke atas dulang makanan Taehyung. Sengaja dia berbuat begitu kerana malas untuk membuang sendiri.

Taehyung mengambil kotak minuman Yoongi sebelum menggenggam kuat. Hasilnya, kotak minuman itu menjadi segumpal bentuk bulat. Berkerut dahi Bangtan dibuatnya.

"Ada orang cari gaduh dengan hyung ke?" Giliran Jungkook pula bertanya.

Taehyung memandang enam orang rakannya silih berganti. Mukanya masih sama. Masam mencuka.

"Memang pun," jawabnya ringkas.

"Siapa?!" Serentak mereka semua bertanya.

"Cikgu Biologi aku. Dia partnerkan Rachel dengan Mingyu untuk pertandingan," kata Taehyung sambil memuncungkan bibirnya.

"HAHAHAHAHA!" Pecah ketawa Bangtan dibuatnya. Taehyung yang segan mula menyorokkan mukanya di tepi lengan Jungkook yang berotot.

"Kau cemburu ke hyung?" Jungkook menyoal sambil menyiku Taehyung. Taehyung geleng laju.

"Mana ada! Aku cuma tak suka sebab dalam ramai-ramai orang, kenapa Mingyu juga? Yang aku tak berkenan tulah yang jadi partner dia. Sakit hati kita, tahu." Taehyung mencebik sambil menafikan perasaan sebenarnya. Tipulah kalau dia tak cemburu. Tapi tak, dia tak akan mengaku.

"Habis tu, takkanlah kau nak bantah pula? Bukan kau yang cikgu pilih, nak buat macam mana." Dengan rasional Seokjin menyuarakan pendapatnya. Hoseok mengangguk laju.

"Betul tu. Kalau kau nak masuk, kau rajin ke? Elok-elok si Rachel tu boleh menang pertandingan, nanti kalah pula kalau kau yang jadi partner dia." Hoseok berkata, menyambung hujah Seokjin.

"Kau pandang rendah kat aku ke? Ingat Mingyu tu hebat sangat ke? Aku pun layaklah masuk pertandingan tu." Geram Taehyung membalas pernyataan Hoseok. Pantang sungguh dia mendengar orang mencabarnya.

"Jangan pandang rendah dekat Tae. Cukuplah kita pandang rendah dekat Jimin." Sempat pula Namjoon berjenaka. Jimin menjelingnya tajam. Mentang-mentang dia tinggi.

"Hai, Taehyung!"

Mereka semua berpusing kepada suara perempuan yang boleh dikatakan 'gedik' itu. Sementara Taehyung yang ditegur membuat muka malas.

Ya, semestinya Haeun. Tanpa dijemput gadis itu duduk di sebelah Taehyung rapat-rapat. Taehyung dengan pantas menjarakkan diri dari Haeun, menghimpit Jungkook di sebelah kirinya.

Haeun tersenyum segaris. "You all dah tahu pasal singing competition sekolah-sekolah?"

"Tak pun." Jungkook menjawab. Dialah yang paling berminat kalau pertandingan menyanyi dianjurkan.

"I recommend you guys yang boleh nyanyi masuk pertandingan tu. Tapi syaratnya kena masuk berkumpulan atau berduet."

"Kau orang masuklah, aku taknak." Namjoon membalas. Suaranya tak sesuai untuk menyanyi.

"Samalah." Yoongi dan Hoseok bersuara serentak.

"Ehem. I datang sini nak ajak you masuk pertandingan tu dengan I, Taehyung. You okey kan?" Haeun tanpa segan-silu mencuba nasib. Taehyung berfikir sejenak.

"I fikir dulu. Kalau jadi, nanti I beritahu," jawab Taehyung dengan langkah paling selamat.

"Okay! Bye guys. Jumpa nanti." Haeun bangun dari meja itu sebelum berlalu pergi.

"Fikir dulu? Seriously, Tae?" Jimin bertanya tidak percaya. "Kau lupa ke tu Haeun?"

"Ani. She's still the old Haeun that I dislike. Tapi aku nak masuk pertandingan tu, mungkin boleh buat Rachel cemburu. Kalau betul dia cemburu, maknanya dia pun suka aku juga."

Jawapan Taehyung membuatkan Bangtan memahami situasi Taehyung.

"Kalau dia tak cemburu macam mana?" tanya Namjoon sambil tersengih.

"Tak payahlah fikir kalau!" Taehyung menjawab ringkas.

⬛⬛⬛

Rachel yang duduk berhadapan dengan meja Bangtan memandang ke arah mereka dengan pandangan yang sukar ditafsir. Perbualan Aerin dan Hana yang rancak hanya sekali lalu saja di telinganya.

Tatkala kelibat Haeun muncul ke paparan matanya, dahinya dikerutkan. Entah kenapa, hatinya terjentik dengan satu rasa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa begitu.

Ya, cemburu.

Haeun yang menggeletis bersama Taehyung membuatkan Rachel berasa kurang senang. Apatah lagi melihat Bangtan yang seakan-akan berminat dengan entah apa-apa yang dia katakan itu. Rachel yang geram menyumbat makanan sepuas hati dengan laju. Terhenti perbualan Aerin dan Hana dibuatnya.

"K-kau, kenapa? Kena sampuk hantu ke?" tanya Aerin yang terperanjat melihat Rachel melahap begitu.

Rachel tersengih. "Lapar," jawab Rachel dengan mulut penuh. Nasib baik tak tersembur.

Aerin jeling Rachel. Macam dia percaya sangat dengan penipuan Rachel.

Hana menyambung semula perbualan mereka yang tergendala. Sementara itu, Rachel menghabiskan makanannya yang masih berbaki sambil memandang semula ke meja Bangtan. Sakit pula hatinya melihat Taehyung dan Haeun berbalas senyuman.

'Tempoh hari kata dah putus. Eh geram pulak aku!' Rachel bersuara dalam hati.

⬛⬛⬛

"Balik ni nak aku hantarkan?" Taehyung bertanya kepada Rachel. Mereka baru saja tamat waktu persekolahan terakhir yang bertempat di Makmal Fizik.

Rachel geleng sambil tersenyum. "Gwenchana. Awak baliklah dulu. Saya balik lewat sikit hari ni."

Taehyung menggulingkan mata apabila teringat hari ini hari Rabu.

"Apahal kau balik lambat?"

"Saya kena jumpa Puan Sohee hari ni. Dia nak terangkan lagi mendalam pasal pertandingan tu. Pasal eksperimen, kriteria pemarkahan, haaa semua tu." Rachel menjawab jujur. Taehyung mencebik.

"Seorang?" Taehyung bertanya.

"Taklah. Dengan Mingyu." Rachel menjawab dengan wajah polos.

Taehyung mendengus kasar. Rambutnya dikuak kasar kemudian diserabaikan.

"Kenapa?" tanya Rachel naif melihat Taehyung sebegitu.

"Tak ada apa. Aku balik dulu." Taehyung mengusap rambut Rachel sebentar sebelum berlalu pergi.

Rachel angkat bahu sebelum berlalu ke bilik penyelaras makmal untuk bertemu dengan Puan Sohee dan Mingyu.

⬛⬛⬛

Mingyu menyepak sebuah botol kosong yang berada berhadapan dengan kakinya. Hampir 5 minit dia menunggu di hadapan bilik penyelaras, namun bayang Puan Sohee mahupun pasangannya dalam pertandingan itu masih tak kunjung tiba.

Botol tadi berhenti di hadapan Rachel. Rachel memandang si penendang botol yakni Mingyu sebelum mengutip dan membuang ke dalam tong sampah yang berada tak jauh dari situ.

"Kau? Buat apa kat sini?" soal Mingyu apabila Rachel mendekatinya.

"Saya? Jumpa Puan Sohee." Rachel menjawab soalan itu dengan pantas.

"Kau ke pasangan aku nanti?" Mata Mingyu dikecilkan memandang figura Rachel yang lebih rendah darinya itu.

"Yalah. Cikgu tak bagitau awak ke?" tanya Rachel pelik.

"Tak pun," jawab Mingyu dengan muka keliru.

"Alah, tak ada hal lah. Saya harap kita boleh jadi rakan sepasukan yang baik." Rachel menghulurkan tangan kanannya.

Mingyu senyum sebelum menyambut.

"I hope so too."

⬛⬛⬛

Taehyung menghempaskan badannya sebaik sahaja meletakkan telefon. Dia baru sahaja menelefon Haeun. Diberitahu gadis itu bahawa dia bersetuju untuk menyertai pertandingan menyanyi seperti yang dipelawa.

"Cherry, Cherry. Tak sabar nak tengok reaksi kau."

Taehyung seperti orang gila tersenyum seorang diri. Dia asyik memikirkan tentang Rachel. Saat dia teringat akan Rachel yang mungkin sedang berduaan dengan Mingyu, senyumannya mati.

"Cikgu pun satu. Cherry aku juga dia nak ambil masuk pertandingan mengarut tu." Taehyung menggumam sendiri.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu."

Taehyung bangkit dari pembaringan sebelum memikirkan rancangannya.

Haih, bila dah angau macam inilah jadinya, ya?

⬛⬛⬛

"Tak boleh cikgu!" Taehyung berkata kuat. Puan Sohee mengangkat kening.

"Kenapa pula tak boleh?" tanyanya sambil memandang Taehyung atas bawah.

Terperanjat juga dia apabila diberitahu yang Kim Taehyung ingin bertemu dengannya. Ingatkan nak tanya pasal pelajaran, bersyukur juga dia jika pelajar bertuahnya seorang itu sudah insaf.

Malangnya, Taehyung bertemu dengannya untuk membantah tentang pertandingan yang melibatkan Rachel dan Mingyu.

"Erm..." Taehyung berfikir seketika. Dia datang main terjah saja, tak sempat fikir apa-apa alasan pun.

"Sebab mak ayah Rachel tak benarkan," jawab Taehyung. Puan Sohee ketawa kecil.

"Awak mimpi ke Taehyung? Mak ayah Rachel dah lama tak ada."

Taehyung mengetap bibir. Hampir terlupa pula dia dengan pernyataan itu.

"Alah, tak kesahlah cikgu. Yang penting Rachel tak boleh masuk pertandingan tu." Taehyung menggesa Puan Sohee.

Puan Sohee menggeleng laju.

"Mana boleh macam tu, Taehyung. Saya dah serahkan borang pendaftaran pada pihak atasan." Jawapan Puan Sohee membuatkan Taehyung hampa.

"Tak boleh tarik balik ke?" Taehyung mencuba nasib lagi.

"Tak boleh."

⬛⬛⬛

Tidak berjaya dengan cara itu, Taehyung merancang untuk bertemu dengan Mingyu pula.

"Eh, Hansol kan?" Taehyung menahan Hansol yang lalu dihadapannya.

Hansol angguk sambil mengarahkan rakannya untuk pergi dulu.

"Ya, saya. Ada apa?" tanya Hansol. Dia masih menghormati Taehyung sebagai seniornya.

"Kau ni, geng si Mingyu kan? Bagitau dia aku nak jumpa dia waktu rehat nanti," kata Taehyung tanpa berselindung.

"Rehat nanti? Okey. Kat mana?"

"Rooftop."

Maka, Hansol menyampaikan pesanan kepada Mingyu. Mingyu yang pelik hanya menurut. Dia menuju ke tempat yang dikatakan sebaik saja waktu rehat tiba.

"Ha, Mingyu. Aku ada benda nak cakap ni." Taehyung menyapa tanpa sebarang senyuman.

"Apa dia?" tanya Mingyu tak sabar.

"Aku tak nak kau dengan Rachel masuk pertandingan tu."

Mingyu mengerutkan dahi. Pelik betul.

"Apahal?" tanyanya tak puas hati.

"Geunyang. Aku tak nak kau masuk, dan kau tak akan masuk." Taehyung berkata perlahan namun tegas.

Mingyu berdecit. Hampir ketawa dibuatnya namun dia tahan dan terus membuat muka serius.

"Biar betul, bro? Apahal, playboy terhandal ni dah pandai jatuh cinta ke?" Sengaja Mingyu berkata begitu, menaikkan kemarahan Taehyung.

"Yah, neo." Taehyung memandang Mingyu. Matanya yang dari tadi redup bertukar. Tajam saja pandangannya.

"Kenapa? Betul kan?" Mingyu cuba menambah lagi api yang sedang marak.

"Say that once again and you're dead." Taehyung berkata dan Mingyu sengih sinis.

"Kau. Playboy terhandal. Jatuh cinta. Dengan budak nerd," kata Mingyu satu-persatu. Jarinya dituding ke arah Taehyung.

Taehyung tidak tunggu lama, dia terus menumbuk Mingyu di situ juga. Keadaan mula kecoh apabila si kepoh Seungkwan yang berada di situ melaporkan kepada yang lain dengan suara kuatnya.

Rachel membulatkan mata apabila mendengar nama Taehyung dan Mingyu disebut dengan kuat oleh Seungkwan. Kelam kabut lelaki itu menghampiri Bangtan dan juga Seventeen yang sedang bersantap di kantin.

"Apahal weh?" Hana bertanya dengan muka keliru. Aerin dan Rachel angkat bahu.

Bangtan dan Seventeen bergegas ke lokasi kejadian. Rachel turut mengekori dengan Hana dan Aerin apabila Seungkwan menarik lengannya. Jimin terus memeluk Taehyung kuat, menahan rakannya dari bertindak lebih-lebih.

"Apa ni?!" tanya Jimin sambil memandang Taehyung dan Mingyu silih berganti. Kedua-dua mereka tercedera di bahagian muka. Darah pekat mengalir perlahan di pipi dan hidung.

"Kau tanya kawan kau tu. Dia tak puas hati dengan aku." Mingyu pula yang menjawab. Wonwoo membantunya bangun. Mingyu mengelap darahnya dengan sapu tangan yang dihulur Wonwoo.

"Beritahu aku, Tae. Apa dah jadi? Kenapa sampai bertumbuk?" Jimin memandang Taehyung yang masih dengan muka marah.

"Aku tak nak ada mana-mana lelaki rapat dengan Rachel. Bukan dia, dan bukan semua lelaki dekat sekolah ni. You guys heard that." Taehyung memandang sekeliling yang dipenuhi pelajar. Pelajar-pelajar lelaki hanya diam tanpa membalas.

"Kim Taehyung! Kim Mingyu! Ke bilik saya sekarang juga!" Lantang suara guru disiplin iaitu Encik Heechul kedengaran.

⬛⬛⬛

"Tolonglah, Taehyung. Jangan bersikap macam budak-budak. Kamu dah besar panjang. Hal kecil pun kamu besarkan." Encik Heechul membebel sambil menulis laporan di atas kertas kosong.

Di hadapannya, Taehyung, Rachel dan Mingyu berdiri sambil menunduk ke arah lantai.

"Tapi dia hina saya, cikgu." Taehyung membela diri sendiri manakala Mingyu hanya menjelingnya.

"Bila aku hina kau? Kau yang mula dulu," balas Mingyu pula. Rachel di tengah-tengah mereka hanya membisu.

"Kau tanya pulak bila kau hina? Nyanyuk ke? Macam nenek kau?"

"Kurang ajar!"

"Sudah!" tempik Encik Heechul, menghentikan pergaduhan kedua mereka.

"Tak cukup tadi, kamu nak bergaduh depan saya pulak?"

Pelipisnya diurut, sakit kepalanya mengurus telatah pelajar-pelajar yang semakin hari semakin nakal. Entah apa-apa.

"Kamu berdua akan dikenakan tindakan. Saya akan telefon ibu bapa kamu dan maklumkan tentang kejadian ini. Tindakan akan diberitahu nanti. Rachel, awak boleh balik kelas. Mingyu, Taehyung. Pergi ke bilik rawatan kalau kamu perlu."

Mereka bertiga mengangguk. Mingyu menjadi yang pertama keluar dari bilik itu, dan dia terus melangkah ke kelas.

Taehyung memerhati kelibat Mingyu yang semakin menjauh. Usai menutup pintu, dia menggenggam pergelangan tangan Rachel dan menariknya ke arah bilik rawatan.

Mereka disambut oleh seorang guru yang bertugas di situ. Guru itu hanya memberikan bekalan ubat sebelum meninggalkan mereka untuk mengejar kelasnya yang sudah terlewat sepuluh minit.

Taehyung duduk di atas katil bilik rawatan. Dia hanya diam.

Rachel membelek ubat-ubatan sebelum mengambil cotton bud dan mula menyapu antiseptik di tempat luka Taehyung. Taehyung mendesis kesakitan. Spontan dia menepis tangan Rachel kasar.

"Tahan sikit." Rachel bersuara tegas sebelum menyambung.

"Ni semua kau punya pasal. Habis rosak muka aku." Taehyung menjeling Rachel. Rachel mencebik.

"Aik? Awak yang bertumbuk, saya pula yang kena," marah Rachel. Dia menekan kuat pada luka Taehyung.

"Sakitlah!" Taehyung menjerit. Rachel ketawa kecil.

"Ya, saya buat perlahan-lahan." Rachel meneruskan sehingga siap sebelum dia menampal plaster di tulang pipi Taehyung yang calar.

"Dah siap!" Teruja gadis itu berkata. Dia membetulkan rambut Taehyung kemas-kemas.

"Cherry," panggil Taehyung. Rachel menjawab sambil mengemas peralatan yang digunakan. Ubat-ubat tadi disimpan semula ke tempat asalnya.

"Kau sayang aku?"

⬛⬛⬛

lambat 17 minit, dah siap taip tapi
lupa nak publish 😭

spam vote for the next chapter ♥

03/07/2020, 12.17 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro