Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17 ; feelings

“ Her Bad Boy - 17 ”

• Feelings •

⬜⬜⬜⬜⬜

그냥 나에 대한 확신을 줘
그게 내가 바란 전부이니까
우리의 규율은 없다 해도
사랑하는 법은 존재하니까
Who got the best of me?
Who got the best of me?
누구도 몰라 but I know me
내 최고의 주인인 걸 넌

You just give me the confidence to myself
That's all I wanted
There may not be rules between us
But the way to love exists
Who got the best of me?
Who got the best of me?
No one knows but I know me
You are my best master

- BTS, Best of Me

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Rachel memasuki bakeri dan menyapa pekerja-pekerja di situ. Minhyun menegurnya ramah dan mereka berbual seketika tentang ketiadaan Minhyun semalam. Rachel memakai apron dan mencuit Sua.

Sua memandangnya malas. "Apa?!" katanya perlahan tapi kasar.

"Garangnya." Rachel berkata sambil mencebik.

"Aku tak ada mood hari ni." Sua menjawab tanpa memandang Rachel.

"Amboi, Sua. Garangnya. Orang tu baru nak tegur awak," Minhyun mencelah apabila melihat ketegangan antara Rachel dan Sua.

Sua hanya menjeling Rachel dan Minhyun sebelum menyambung kerjanya. Rachel langsung tidak dipedulikannya.

Menyedari Sua tidak mahu berbual dengannya, Rachel memutuskan untuk bekerja di dapur bersama Minhyun. Sua bertugas di kaunter.

"Macam mana semalam? Okey?" Minhyun menyoal Rachel sambil membuat doh pancake.

"Okey! Semalam kawan Rae ada tolong jugak," beritahu Rachel ceria. Dia memang rapat dengan Minhyun yang peramah.

"Kawan yang mana? Aerin ke Hana?" tanya Minhyun lembut. Setahu dia, hanya dua orang gadis itu sajalah teman rapat Rachel.

"Erm.. Taehyung," kata Rachel malu-malu. Minhyun mengecilkan mata.

"Oh... siapa dia tu? Tak pernah pun Rae cerita kat oppa." Minhyun mengangkat-angkat kening. Mengusik Rachel yang pipinya sudahpun bertukar merah.

"Hm, kawan sekelas. Tapi, Rae macam ada sukalah sikit kat dia. Sikit je!" Rachel merapatkan ibu jari dengan jari telunjuknya, menunjukkan tanda 'sikit'.

"Kacak ke orangnya?" Minhyun bertanya lagi. Rachel tersipu-sipu mengangguk.

"Kalau dekat sekolah, ramai perempuan minat dia. Macam tulah kacaknya." Rachel bercerita. Tangannya masih sibuk mengelap pinggan-pinggan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

"Oh... untunglah Rae rapat dengan dia. Mana tahu lepas ni boleh jadi more than friends." Minhyun mengusik Rachel.

Rachel berfikir sejenak. Kata-kata Taehyung semasa mereka di dalam kereta tadi diimbas semula.

Rachel's Pov (Flashback)

"Cherry, kaulah orangnya."

"Orangnya apa?"

"Orang yang gantikan ex aku."

Present

Aku hampir tergelak sendiri apabila teringat reaksi sendiri. Aku tak menjawab sebaliknya terus keluar dari kereta Taehyung selepas berterima kasih kerana dia menghantarku pulang.

Semuanya gara-gara aku terlalu terkejut. Siapa je tak terkejut kalau tiba-tiba ada orang confess macam tu?

"Hai, berangan pula." Minhyun oppa menegurku apabila dia melihatku tersenyum seorang diri.

"Tak adalah. Sebenarnya Taehyung tu ada confess dekat Rae."

"Mwo?! Jadi apa Rae jawab?" tanya Minhyun oppa tak sabar-sabar. Aku tergelak kecil.

"Rae tak jawab apa-apa. Terkejut sangat waktu tu," kataku. Pinggan-pinggan yang sudah bersih dan kering aku ketepikan. Tuala kecil aku jemur di tepi rak dapur.

"Alah, apa ni Rae? Boleh pula macam tu." Minhyun oppa mencebik sambil mencubit pipiku perlahan.

"Hmm, Rae tak tahu nak jawab apa. Maklumlah, Rae bukan ada pengalaman bercinta pun. Kalau dia tak ikhlas dengan Rae macam mana?" Aku meluahkan kegusaranku kepadanya. Dia tersenyum sebelum memaut bahuku.

"Tak salah bagi dia peluang, Rae. Mana tahu dia orang yang akan bahagiakan Rae?"

Aku senyum kecil. "Rae baru je kenal dia, tapi memang selesa dengan dia. Dia selalu buat Rae happy."

"Ha, tengok? Apahal la kau tak terima je dia, dik? Kalau melepas oppa tak tahu." Minhyun mencubit pipiku lagi. Aish, pipi aku ni berlemak sangat ke sampai dia nak cubit-cubit.

"Rae perlukan masa lagilah. Tengok effort dia dulu, barulah boleh tentukan sama ada nak terima dia ke tak. Kalau dia main-main je, tak ke Rae yang merana nanti?" Aku mengatakan pendapatku padanya.

Dia mengangguk. "Ikut kamulah. Tu keputusan Rae, jadi oppa tak halang. Oppa hanya doakan adik oppa ni bahagia je." Kali ni, Minhyun mencuit hidungku pula. Geram aku.

"Dah, dah. Pergi sambung buat kerja. Kalau bersembang macam ni, sampai besok tak siap kerja." Aku menghentikan perbualan kami sebelum menjadi lebih panjang.

Taehyung's Pov

Mindaku menerawang jauh semasa perjalananku ke syarikat. Pakcik Lee yang memandu turut berdiam.

Aku terasa bodoh bila confess tapi Rachel tak menjawab apa-apa. Dia tak suka aku ke? Keliru aku dibuatnya. Tempoh hari macam suka. Ni bila dah jujur tak terima pula.

"Pakcik..." panggilku perlahan. Pakcik Lee yang berada di sebelahku memandangku.

"Ada apa Taehyung?"

"Susah ke handle office?" tanyaku, agak resah dengan beban yang aku akan pikul tak lama lagi. Tak bersedia apa-apa pun.

"Tak susah kalau ada minatnya. Nasihat pakcik pada kamu, anggaplah ini jalan hidup kamu selepas habis belajar. Lagipun, siapa lagi nak ambil alih kan? Kamu anak tunggal, satu-satunya pewaris. Ni harta kamu juga." Panjang lebar Pakcik Lee melemparkan nasihat kepadaku. Aku hanya diam. Serabut fikiran aku dengan Rachel tadi dan sekarang, syarikat pula.

Tak lama kemudian, kami tiba di bangunan syarikat. Aku keluar dari kereta dan memandang hasil titik peluh keluargaku selama berpuluh tahun lamanya. Tak lama lagi, akulah yang akan uruskannya.

Aku mengekori langkah Pakcik Lee masuk ke dalam bangunan tersebut. Kelihatan ramai staf-staf bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Aku tersengih sinis. Begini rupanya kehidupan appa. Hanya melihat pekerja bawahan membanting tulang manakala yang di atas bergoyang kaki.

Pakcik Lee berhenti di kaunter receptionist. Dia dan dua orang staf di situ bercakap sebentar sebelum staf-staf itu menunduk hormat kepada aku. Aku turut tunduk tanda menghormati mereka sebagai pekerja appa.

"Mari, kita naik ke tingkat atas." Pakcik Lee menghampiri aku dan aku mengangguk sebelum kami beriringan ke arah lif.

Pakcik Lee menekan butang lif yang bertulis nombor '30' iaitu tingkat atas sekali.

"Kamu okey?"

Teguran darinya menyedarkan aku dari lamunan. Lif kami berada di tingkat 23 sekarang. Aku angguk sambil tersenyum sikit.

Apabila tiba di tingkat 30, aku seakan-akan terpukau dengan suasana di tingkat yang dikhaskan untuk orang-orang yang berpangkat tinggi. Aku mengamati seluruh tingkat itu dengan mulut terlopong.

Bila agaknya kali terakhir aku ke sini? Dah lama sangat agaknya, lagipun seingat aku dahulu tingkat ini tidak semewah sekarang. Pasti banyak perubahan telah berlaku selama mana aku tidak menjenguk syarikat ini.

"Kenalkan semua, ini Kim Taehyung, pewaris syarikat Noceur Holdings. Anak tunggal pengerusi syarikat kita." Pakcik Lee bersuara menyebabkan semua tumpuan pekerja di situ teralih ke arah aku. Aku menunduk hormat.

"Handsome betul. Nasib muda lagi, kalau tak aku mengorat."

"Kan?! Sempurna betul wajahnya."

"Macam Tuan Kim waktu muda-muda dululah. Kacak sangat."

Aku tersenyum kecil mendengar pujian daripada pekerja-pekerja wanita yang aku rasa berusia lingkungan lewat 20-an itu.

"Okay, sudah. Semua boleh sambung kerja sementara saya tunjuk-tunjukkan tempat ini pada Taehyung." Pakcik Lee mengarahkan dan semua pekerja menurut, terus kembali ke kerja masing-masing.

"Macam mana?" Pakcik Lee bertanya kepadaku.

"Impressive. Saya tak tahu pula office appa secantik ni," jawabku jujur membuatkan Pakcik Lee tertawa.

"Cantik-cantiklah bagus. Baru semangat nak bekerja." Pakcik Lee berkata sambil menjongket-jongket keningnya. Aku sengih.

"Not bad. Maybe it's not that boring." Aku berkata sambil memasuki bilik yang tertera 'Pengerusi' di pintunya.

"Ni bilik Tuan Kim. Tak lama lagi, mungkin jadi bilik kamu."

Aku mengitari bilik yang besar itu. Ada meja kerja, meja kopi, set sofa serta televisyen. Lengkap dengan bilik air, dapur mini serta wardrobe. Rasanya tak mustahil tinggal di sini sebulan tanpa pulang ke rumah.

"Jadi, appa kerja kat sinilah 7 hari seminggu?" Aku bersuara perlahan dan Pakcik Lee menjawab ya.

"Patutlah dia tak pernah merungut pasal kerja. Tempat punyalah selesa." Aku menggumam sendirian sebelum menghampiri meja kerja. Aku tersenyum melihat gambar omma di atas meja itu. Tak kurang juga gambar kami sekeluarga sewaktu aku kecil.

Aku menghampiri sofa dan terus melabuhkan punggung di situ. Pakcik Lee keluar sebentar, meninggalkan aku di situ. Aku keluarkan telefon bimbit dari poket. Keluhan berat aku lepaskan apabila terpandang gambar Rachel yang menjadi wallpaper homescreen aku.

Mungkin Rachel tak suka aku. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka pada dia. Padahal selama ni tak ada pulak aku tersuka mana-mana perempuan yang pernah jadi teman wanita aku.

Aku termenung seketika sebelum tersedar apabila Pakcik Lee memegang bahuku lembut. Hampir melatah aku dibuatnya.

"Termenung? Fikirkan apa?" Pakcik Lee menyoal sambil menghulurkan aku secawan kopi. Aku menyambut seraya tersengih kecil.

"Pakcik.." panggilku perlahan.

"Ya? Ada apa-apa masalah ke? Kalau ada, cakaplah. Pakcik boleh bantu." Pakcik Lee mengambil tempat di sebelahku.

"Apa pendapat pakcik tentang budak sekolah bercinta?" Aku menyoal dengan tenang. Pakcik Lee terbatuk seketika sebelum dia berdehem.

"Kenapa kamu tanya macam tu?"

"Hm, saya rasa saya ada suka dekat seorang budak perempuan ni," luahku sebelum menghirup perlahan kopi yang masih panas itu.

"Wah. Bertuahnya budak tu. Cantik ke orangnya?" Tanya Pakcik Lee dan aku terus menunjukkan gambar Rachel kepadanya. Dia mengangguk dan memuji rupa paras Rachel.

"Patutlah kamu macam tertekan dari tadi. Fikirkan gadis idaman rupanya."

Aku tergelak kuat, geli hati mendengar ayat jiwang Pakcik Lee.

"Ya, gadis idaman. Sayangnya dia tak rasa benda yang sama saya rasa." Aku berkata sayu. Pakcik Lee memandangku dengan riak wajah tertanya-tanya.

"Kenapa? Dia dah berpunya ke?" tanya Pakcik Lee. Aku geleng.

"She's single as pringle." Aku menjawab sambil tersenyum.

"Habis tu? Kenapa? Dia tak suka kamu ke?"

"Mungkin. Saya ada luahkan perasaan pada dia, tapi dia tak jawab apa-apa. Dia terus pergi macam tu je," kataku sambil menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam kocek.

"Tak apa. Lagipun dia tak ada teman lelaki lagi. Maksudnya kamu ada peluanglah. Cubalah tambat hati dia perlahan-lahan. Perempuan ni senang je. Kamu bagi dia kasih sayang, bagi dia perhatian, sayanglah dia kat kamu," ujar Pakcik Lee panjang lebar. Aku mengangguk.

"Nae, kamsahabnida ahjussi."

⬛⬛⬛

Nobody's Pov

Rachel membuka pintu rumahnya dan menjemput Hana dan Aerin masuk. Hari ini, mereka akan sleepover di rumah Rachel. Memang sudah menjadi kebiasaan tiga gadis itu untuk bergilir-gilir menumpang tidur di rumah masing-masing sekali setiap bulan.

"Apahal kau tak datang sekolah, Na?" Rachel bertanya sambil membuka bungkusan tiga kotak ayam goreng yang dibawa oleh Aerin.

"Alah, aku balik kampung. Nenek aku asyik sakit je. Jadi banyak kali kena ulang-alik ke sana." Hana menjawab sambil menyumbat seketul ayam goreng ke dalam mulut.

"Bosan tau tak kau tak ada dalam kelas." Aerin mencebik lalu mencubit pipi Hana yang tembam itu. Hana menepis sebelum menolak Aerin jauh darinya.

"Korang nak tahu tak?" Rachel berkata. Aerin dan Hana melemparkan pandangan mereka kepada Rachel.

"Apa dia?" Serentak mereka bersuara. Rachel sengih.

"Taehyung... dia confess kat aku." Rachel memulakan ceritanya.

"Apa?! Are you kidding me? Seriuslah? Tak tipu?" Hana menyoal bertubi-tubi.

Rachel geleng. "Ya, tak tipu. Lepas balik sekolah tadi dia tumpangkan aku balik, waktu tulah dia cakap."

"Pergh! Untungnya kau!" Aerin menampar-nampar bahu Rachel akibat terlalu teruja. Rachel membiarkan, sudah terbiasa dengan tabiat Aerin.

"Kau jawab apa?!" Hana pula menyoal tidak sabar-sabar.

Rachel sengih kelat. "Aku tak jawab. Aku cakap terima kasih sebab hantarkan aku balik lepas tu aku terus keluar dari kereta dia."

Jawapan Rachel membuatkan Aerin dan Hana menepuk dahi. Kenapalah kawan mereka begini?

"Kau ni Rae, kalau melepas nanti kau yang rugi. Taehyung tu dah cukup sempurna tahu?! Terima jelah dia." Aerin menggesa Rachel yang membuat muka menyampah.

"Ish korang ni, gelojoh betul. Sabarlah dulu. Aku nak tengok effort dia. Aku taknak jadi mangsa dia yang seterusnya. Dah buat aku suka lepas tu nanti dia tinggalkan aku. Ha, kan aku yang sakit nanti?" Rachel mengatakan hujahnya yang ada betulnya juga. Hana dan Aerin mengangguk setuju.

"Kalau macam tu, kau bagilah dia masa. Mana tahu nanti korang ada jodoh ke kan hahaha tak sabarnya nak timang anak buah, Na." Aerin melalut membuatkan Rachel mencubit paha gadis itu.

"Apaaa?! Betul kan?" kata Aerin tidak mahu mengalah.

"Kepala otak kau. Sekolah pun tak habis lagi, dah sibuk fikir pasal anak buah." Hana membidas Aerin yang membuat muka sedih.

"Dah, dah. Bukak movie. Lepas habis makan kita tidur."

⬛⬛⬛

Keesokan harinya

Rachel memasuki kelas dan melepaskan nafas lega apabila melihat meja Taehyung masih kosong, menandakan lelaki itu belum sampai lagi. Rachel masih berasa malu dengan peristiwa semalam, dia berharap dapat sorok mukanya dari Taehyung, malangnya mereka sekelas dan lebih teruk lagi, duduk bersebelahan satu sama lain.

"Nasib kaulah, Rae." Rachel menggumam sendirian. Dia meletakkan beg sekolahnya di kerusi sebelum mengeluarkan buku rujukan. Beberapa nota dibaca sebelum kelas bermula. Memang contoh pelajar terbaik sekolah.

Beberapa minit berlalu, dan semakin ramai kawan sekelasnya mula masuk ke kelas. Taehyung masih belum menampakkan mukanya. Rachel berasa agak gugup namun dia cuba bertenang.

"Selamat pagi semua."

Seisi kelas bangun dan menjawab ucapan dari Puan Sohee. Rachel mula bernafas seperti biasa kerana menganggap Taehyung tidak hadir ke sekolah hari ni. Dia dapat belajar dengan tenang tanpa perlu menahan malu.

"Baiklah, semua dah siap ke kerja sekolah?" Puan Sohee menyoal sambil tersenyum. Beberapa pelajar yang sudah siap menjawab ya termasuklah Rachel. Separuh kelas lagi menggeleng kepala sambil meniru jawapan rakan yang sudah siap. Puan Sohee menggeleng melihat telatah murid-muridnya.

"Sebelum tu, biar saya semak kehadiran hari ni. Ada sesiapa yang tak hadir ke?" Puan Sohee menyoal sambil memerhati seisi kelas.

"Taehyung, cikgu." Jimin mengangkat tangan. Puan Sohee menjongketkan kening.

"Oh. Pasti ke?"

Belum sempat sesiapa menjawab, pintu kelas dibuka dan Rachel terasa mahu menyorok mukanya di dalam laci saat itu juga.

Taehyung memasuki kelas dengan selamba. Dengan uniform tak bergosok, tali leher hanya disarung tanpa diketatkan, kasut sekolah juga tidak diikat. Taehyung mengendahkan Puan Sohee dan bergerak terus ke tempatnya.

"Kim Taehyung, kenapa awak lambat?" tanya Puan Sohee yang langsung tidak terasa dengan perangai Taehyung yang tidak reti menghormati gurunya. Memang dah biasa.

Taehyung duduk dan sekadar mengangkat bahu menjawab soalan Puan Sohee. Riak wajahnya selamba tanpa rasa bersalah langsung.

"Kerja sekolah saya dah siap?" tanya Puan Sohee kepada Taehyung lagi. Taehyung angguk.

"Bagus," puji Puan Sohee tanpa mengetahui sebenarnya Rachel yang menyiapkan kerja sekolah Taehyung.

"Okay, kelas. Hantar buku kepada saya sekarang. Siap tak siap, hantar. Saya dah bagi masa selama seminggu." Puan Sohee menepuk-nepuk mejanya mengisyaratkan agar pelajar-pelajar menghantar buku mereka.

Seorang-seorang demi seorang meletakkan buku mereka di atas meja guru itu. Rachel menjadi yang terakhir, meletakkan bukunya dan Taehyung di atas meja itu. Puan Sohee tersenyum pada Rachel.

"Rachel. Boleh saya cakap dengan awak?"

"Ada apa, cikgu?" Sopan Rachel bertanya.

"Tak lama lagi, sekolah kita akan bertanding dalam Pertandingan Biologi. Boleh awak jadi wakil sekolah kita?" Puan Sohee bertanya sambil membuat muka berharap.

"Eh, boleh cikgu. Bila pertandingan tu?" Rachel mengangguk setuju. Tak ada masalah baginya lagipun dia boleh kumpul markah kokurikulum untuk masuk ke universiti.

"Tiga minggu lagi. Oh ya, kamu akan berpasangan dengan Mingyu dari kelas sebelah," beritahu Puan Sohee.

"Mingyu? Kim Mingyu?" tanya Rachel tidak percaya.

"Ya, boleh kan?"

Rachel angguk laju. Dia kembali ke tempat duduknya setelah Puan Sohee berterima kasih padanya.

"Cikgu cakap apa?" Taehyung menegur Rachel. Dari tadi dia memandang Rachel tajam.

"Dia suruh saya masuk pertandingan dengan Mingyu."

⬛⬛⬛

Hi lovely readers ♥

Lepas ni her bad boy akan diupdate
setiap Khamis dan Ahad, kalau ada
masa wisya update hari-hari lain.
Wisya nak cepat-cepat habiskan buku
ni sebab nak publish cerita baru.

SPM bulan januari nanti, hm. Harap-harap sempat habiskan cerita ni sebelum November sebab nak fokus spm.

28/06/2020, 10.32 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro