16 ; confession
“ Her Bad Boy - 16 ”
• Confession •
⬜⬜⬜⬜⬜
하루하루가 힘든 네게 주고픈 게 많아
나 잊지 않을게
하나하나 돌려줄 거야
네가 내게 줬던 그 믿음만큼은
Day by day I want to give to the tired you a lot of things
I won't forget
I will return them to you one by one
the trust you gave me
- BTS, With Seoul
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
"Tae jaga diri baik-baik ya, sayang." Puan Kim memeluk Taehyung erat.
"Ya, omma. Omma pun, kalau sakit jangan lupa makan ubat." Taehyung turut berpesan kepada ibunya. Puan Kim tertawa kecil sambil mengusap rambut anaknya.
"Tahulah omma. Kamu tu, dengar cakap Pakcik Lee. Nanti dia bawa kamu ke syarikat."
Arahan Puan Kim kali ni membuatkan Taehyung mengeluh. Dia mengangkat muka lalu tersenyum kecil kepada ibunya. Kepalanya diangguk, meyakinkan Puan Kim yang dia akan mengikut arahan itu.
Encik Kim menghampiri isteri dan anaknya. Taehyung menyalam tangan ayahnya dan mereka hanya berpeluk sekejap. Mereka tidak bercakap sedikit pun.
"Jom. Pintu dah buka tu." Encik Kim mengajak isterinya. Bagasi mereka berdua sudah pun diuruskan oleh dua orang pekerja yang akan mengikuti mereka ke Singapura.
Taehyung melambai kedua-dua ibu bapanya yang menuju ke pintu pelepasan. Hilang saja kelibat mereka dari pandangan matanya, Taehyung menoleh ke tepi dan kelihatan Pakcik Lee tersenyum kepadanya.
"Jadi macam mana? Bila kamu nak mula bekerja?" tanya Pakcik Lee. Dia mengikut Taehyung berjalan ke kereta. Taehyung mengangkat bahu.
"Entahlah. Pakcik rasa bila? Saya ikut je." Taehyung menjawab. Matanya melirik ke arah beberapa gadis yang berada di situ. Dia tersenyum dan mengenyitkan mata. Gadis-gadis itu tersipu malu sambil melambai ke arah Taehyung. Taehyung tersengih sinis.
"Esok kamu sekolah, jadi pakcik rasa lepas balik sekolah tu bolehlah pergi melawat syarikat tu dulu. Nanti hujung minggu kamu kerjalah, hari sekolah tak apa biar pakcik yang uruskan."
"Hm, okay juga tu. Baiklah, esok saya pergi syarikat lepas sekolah. Saya balik dulu." Taehyung menunduk hormat kepada Pakcik Lee sebelum mereka berpisah menaiki kereta masing-masing.
⬛⬛⬛
Haeun's Pov
"Seriously babe? He dumped you?"
Aku hanya mengangguk malas sebelum meneguk segelas soju.
"Ya. Mesti semua ni sebab Rachel tu. Sebelum ni pun I tengok dia rapat semacam dengan perempuan tu," luahku. Emily mengangguk faham.
"Rachel? Tak sangka perempuan macam tu pun Taehyung boleh tertarik. Entah apa yang dia ada." Emily mengomel. Aku hanya diam kerana kepalaku terasa sedikit pening.
"Haeun? Okay tak ni? Nak balik ke?" Emily yang sedar aku semakin mabuk itu bertanya. Aku menggeleng kepala.
"No it's fine. You baliklah dulu. I nak bersendirian," kataku sambil memicit sedikit dahiku.
"Sure ke ni?" tanya Emily lagi sekali. Dia mencapai beg tangannya dan bangun.
Aku angguk lagi dan mengibaskan tanganku, menghalaunya pergi. Ish, semak betullah. Nak tanya ulang-ulang pula.
Emily akhirnya pergi dari situ. Tinggallah aku sendirian di situ. Aku memanggil pelayan dan memesan satu lagi botol soju. Ah~ stres betul aku. Semua ni sebab Taehyung.
"Yaish, Kim Taehyung pabo." Aku menggumam perlahan. Kelibat orang yang lalu-lalang di sekitar bar itu aku abaikan.
"Hey, pretty."
Aku menggulingkan mata sebelum memandang ke kanan. Seorang jejaka yang kacak menyapa pandangan mataku. Terus aku betulkan sedikit rambutku, saja nak nampak cantik depan dia.
"Erm, hai." Aku menyapanya semula.
"Seorang je?" tanya dia sambil melihat-lihat jika aku bersama sesiapa.
"Ya, seorang."
"Oh, baguslah. I pun seorang je," katanya sambil mengenyit mata kepadaku. Aku tertawa.
"I Haeun. You?" Aku menghulur tanganku untuk berjabat dengannya.
"Eunwoo. Nice to meet you." Huluran tanganku disambut olehnya. Kami berbalas senyuman.
"So... mind to tell me why you're all alone here?" Eunwoo duduk di sebelahku setelah dia memesan airnya. Aku tak kesah sebenarnya.
"Kenapa? Tak boleh ke I duduk seorang-seorang macam ni?" Aku sengaja main tarik tali dengan dia. Dia hanya tersenyum.
"Eh, taklah. Boleh je. Cuma ya, gadis cantik macam ni, pelik pula tak ada temannya." Eunwoo berkata sambil menguak rambut hitamnya ke belakang.
Hm, kacak. Hampir tergoda aku dibuatnya.
"Hm, tadi I ada datang dengan kawan. Dia dah balik, baru je." Aku menjawab jujur. Gelas yang sudah kosong aku isi semula dengan botol soju yang baru sampai.
"Kenapa ni sampai minum berbotol-botol?"
Soalan daripada Eunwoo membuatkan aku mengira semula jumlah botol yang terkumpul di atas mejaku. Ada empat botol semuanya.
"Sebenarnya, I pun tak perasan I dah minum banyak macam ni. Merah ke muka I?" tanyaku sambil mengadap mukaku kepadanya. Dia memandang segenap wajahku sebelum mengangguk.
"Sikit."
Aku angguk mendengar jawapannya.
"I baru je lepas putus dengan boyfriend siang tadi. Saja nak release tension, I minumlah. Bukan selalu dapat mabuk macam ni." Aku tertawa kecil. Eunwoo hanya tersengih.
"Really? So, single la ni? Ada peluang I nak masuk line?" Eunwoo bertanya sambil menjongket-jongket keningnya gatal. Aku hanya mengangkat bahu.
"Well, belum cuba belum tahu kan?" jawabku ringkas. Eunwoo nampak wealthy, kacak juga walaupun bagiku Taehyung lebih kacak.
Tiba-tiba tangan Eunwoo menjalar ke atas tanganku. Aku pandang dia pelik namun dia hanya memberiku senyuman manis.
"Minumlah banyak mana you nak malam ni. I temankan."
Aku angguk pada pelawaan Eunwoo itu dan kami teruskan perbualan, cuba mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.
⬛⬛⬛
Keesokan harinya, di Ppalgan Highschool
Nobody's Pov
"Fuyooo! Sanggup kau putus dengan Haeun semata-mata untuk Rachel. Buang tabiat ke bro?"
Taehyung tidak menjawab sebaliknya dia tersengih. Sudah diagak reaksi Bangtan apabila mendengar berita dia dan Haeun sudah putus. Bukan setakat Bangtan, sudah tular di kalangan pelajar-pelajar sekolah itu. Masing-masing suka menyibuk dalam hal orang lain. Biasalah, gosip panas katakan.
"Kalau aku jadi kau, aku tak lepaskan Haeun," kata Yoongi tiba-tiba. Taehyung mengangkat keningnya.
"Wae?" Bukan Taehyung yang bertanya tetapi Jimin. Dia juga pelik dengan Yoongi.
"Tak adalah, bagi aku Rachel tu tak ada apa-apa yang special pun. Haeun lagi cantik. Tapi, semua orang ada pandangan masing-masing kan? Tu pandangan akulah," terang Yoongi apabila semua ahli Bangtan memandangnya tajam. Dia tersengih apabila semua menoleh ke arah lain apabila sudah mendengar penerangannya.
"Tu apa yang kau nampak luaran. Kalau kau kenal betul-betul Haeun tu, dah tak nampak cantik dia tang mana." Taehyung berkata sambil melirik ke arah Haeun yang lalu tidak jauh dari mereka.
"Haah, kalau kau kenal Rachel pulak, dah tak nampak buruk dia. Eh tak, dia memang tak buruk pun. Cantik luaran dan dalaman." Jimin menyambung namun segera menutup mulutnya apabila melihat Taehyung menjelingnya.
"Rachel aku punya tau. Aku taknak orang lain sailang dia daripada aku, lagi-lagi korang ni ha. Jangan berani-berani okey." Taehyung memberi amaran yang sebenarnya dilempar kepada Jimin.
"Alah, Tae. Aku tak maksudkan apa-apa punlah. Dia kan kawan aku jugak, kawan Namjoon. Takkanlah kami nak buat macam tu pada kau." Jimin memaut bahu Taehyung erat. Namjoon mengangguk, turut bersetuju dengan Jimin.
"I trust you." Taehyung berkata sebelum melepaskan pautan Jimin di bahunya. Dia yang ternampak kelibat Rachel bersama Aerin terus meninggalkan Bangtan dan pergi ke arah Rachel.
"Angau teruk tu. Macam tu je dia blah." Seokjin menggeleng-geleng kepala.
"Cherry!" sapa Taehyung ceria. Aerin memandang dengan muka disgusted.
"Eo, good morning." Rachel membalas dengan senyuman. Dia membuka lokernya dan mengambil beberapa buku. Taehyung masih setia berdiri di situ, membuatkan Aerin berasa tidak selesa. Lebih-lebih pandangan tajam yang diberikan oleh pelajar-pelajar lain.
"Erm, Rae. Aku nak pergi tandaslah. Kita jumpa nanti, eh?" Aerin cepat-cepat membuat alasan untuk pergi dari situ. Rachel memandangnya pelik namun dia hanya mengangguk dan Aerin pun berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Rachel bersama Taehyung.
Rachel menutup lokernya rapat sebelum mengunci. Dia menoleh ke arah Taehyung semula. Keningnya diangkat tanda 'Nak apa?'
"Mana rantai yang aku bagi semalam tu?" Taehyung bertanya apabila dia tidak nampak pun Rachel memakai apa-apa rantai di lehernya.
"Awak kata simpan elok-elok. Ada kat rumahlah." Terkebil-kebil Rachel memandang Taehyung yang lebih tinggi daripadanya itu.
"Lembab." Taehyung meluku kepala Rachel perlahan. Gadis itu memegang kepalanya sambil menjeling Taehyung.
"Says the one that never make it into Top 100." Rachel membidas dalam bahasa Inggeris. Taehyung tertawa besar.
"Yalah, kau memang pandai pun. Cuma dalam hal-hal kecil macam ni, kau bodoh." Taehyung berkata dengan riak selamba. Rachel mengetap bibir, geram betul dengan Taehyung.
"Apa-apa jelah Taehyung. Saya nak masuk kelas ni," ujar Rachel sebelum melangkah pergi. Taehyung mengekori gadis itu, beriringan ke kelas mereka.
"Pakailah rantai tu. Aku beli bukan untuk kau buat hiasan dalam bilik." Taehyung berkata perlahan. Dia meletakkan buku-bukunya ke atas buku-buku yang Rachel sedang bawa. Sengaja membuli Rachel. Nasib baik ringan je.
"Ya ya, nanti saya pakai," kata Rachel, malas mahu berbalah dengan Taehyung sebab dia tahu dia kalah nanti.
Mereka masuk ke kelas yang masih lengang. Hanya ada beberapa pelajar dalam kelas itu, yang lain masih berterabur di koridor, loker dan seluruh kawasan sekolah.
"Petang ni aku kena pergi syarikat appa aku, belajar pasal syarikat tu," beritahu Taehyung apabila mereka sudah duduk di tempat mereka.
Rachel memandang muka Taehyung, cuba mencari riak mukanya. Tapi, Taehyung tak nampak sedih, dan tak nampak gembira juga. Kosong saja wajahnya.
"Urm.. awak okay ke?" tanya Rachel selepas mereka berdua terdiam selama sepuluh saat.
Taehyung menongkat dagunya di atas meja. "Entahlah. Aku cuma buat sebab aku kena suruh je. Kalau tak, aku tak teringin pun nak buat semua tu," jawab Taehyung tanpa memandang Rachel.
"Tak apalah. Nanti lama-lama awak terbiasa. Mana tahu lepas ni awak minat dengan benda tu? Belum cuba belum tahu," ujar Rachel, cuba memberi semangat kepada Taehyung. Taehyung hanya angkat bahu dan melentokkan kepalanya di atas meja. Matanya ditutup.
"Bangunlah, Tae. Kejap lagi cikgu masuk, kelas nak start dah." Rachel berkata apabila semakin ramai pelajar masuk ke dalam kelas. Lima minit lagi loceng akan berbunyi menandakan masuknya waktu pertama.
"Mengantuklah, sayang." Taehyung bercakap sambil matanya masih tertutup.
"Kalau cikgu marah saya tak tahu." Rachel mula angkat bendera putih apabila masih tiada tanda-tanda Taehyung untuk bangun.
"Berani-beranilah dia marah." Taehyung tersengih sinis. Rachel tidak menjawab. Dia hanya membiarkan Taehyung.
'Dasar anak orang kaya!' getus Rachel dalam hatinya.
"Good morning!" Jimin menyapa Rachel sebaik saja dia masuk ke dalam kelas.
"Morning, Jimin, Namjoon." Rachel tersenyum kepada mereka berdua.
"Sempat lagi dia tidur," ujar Namjoon apabila melihat Taehyung yang sudah terlelap di sebelah Rachel. Rachel hanya angkat bahu.
"Mengantuk katanya."
Jimin dan Namjoon hanya menggelengkan kepala mereka. Sudah terbiasa dengan perangai Taehyung. Kelas depan ke belakang ke, selamba badak dia je nak tidur. Cikgu pun dah tak larat nak berleter.
"Biar jelah dia tu. At least dia tak kacau awak." Jimin berkata sambil menggosok kepala Rachel sekejap. Rachel hanya mengangguk sambil tersengih.
⬛⬛⬛
Waktu rehat
"Hana tak datang ke?" Rachel bertanya sambil duduk berhadapan Aerin.
"Tak. Bosan tahu duduk dalam kelas tak ada dia." Aerin mengadu kepada Rachel. Rachel tidak menjawab.
"Dia ada cakap ke kenapa dia tak datang?" Rachel menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Tak ada pulak. Jom ponteng, Rae. Bosanlah belajar."
Rachel menjegil matanya kepada Aerin yang sudah tersenyum kekok. Salah ajak orang pula.
"Jangan buat perangai, eh. Duduk je dalam kelas tu diam-diam. Kau kan peramah, pergilah kawan dengan classmate kau yang lain." Rachel membebel panjang. Aerin hanya memuncungkan bibir sebelum menyumbat makanan ke dalam mulutnya.
"Yalah, yalah. Petang ni keluar jom? Tengok wayang ke.." ajak Aerin sambil membuat muka comel.
"Tak bolehlah. Aku kerja hari ni." Rachel menggeleng.
Jawapan Rachel membuatkan Aerin membuat muka sedih.
"Sekejap pun tak boleh?" Aerin mencuba nasib lagi.
"Ya, tak boleh. Takut lambat masuk kerja. Nantilah, okey?" pujuk Rachel apabila melihat Aerin semakin memonyokkan muka.
Aerin mengangguk malas. Dia cepat-cepat menghabiskan makanannya apabila masa rehat hanya berbaki sedikit.
"Kau dengan Taehyung ada apa-apa ke?" Tiba-tiba Aerin bertanya. Hampir tersedak Rachel dibuatnya. Cepat-cepat dia meneguk air.
"Tak, mana ada apa-apa. Aku dengan dia kawan jelah." Rachel menjawab tenang.
Aerin mendekatkan mukanya kepada muka Rachel. "Ya ke ni?"
"Iyaaaa~" Rachel menolak pipi Aerin dan Aerin ketawa.
⬛⬛⬛
Kringggg!
Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan hari ini.
"Kerja hari ni?" tanya Taehyung sambil mengemas barang-barangnya untuk diletakkan ke dalam beg.
"Haah." Rachel menjawab tanpa memandang Taehyung. Kusyuk benar gadis itu mengemas barangnya.
Taehyung mencebik sedikit. Dia menggalas begnya dan menunggu Rachel. Mereka akhirnya berjalan beriringan ke luar sekolah.
"Aku pun kena pergi office hari ni. Kalau tak, aku boleh je temankan kau kerja." Taehyung berkata sambil membuka tali lehernya. Rimas mungkin.
"Tak payahlah, Tae. Jaga tanggungjawab awak tu dulu. Saya okay jelah kat tempat kerja. Lagipun, semalam je Minhyun oppa tak ada. Hari ni, mesti okay macam biasa." Rachel tersenyum untuk meyakinkan Taehyung. Lelaki itu menatap Rachel lama sebelum mengeluh.
"Bukan macam tu. Ada benda lain aku risaukan," kata Taehyung sambil menundukkan mukanya. Berkerut kening Rachel mendengarnya.
"Apa dia?" Terus gadis itu bertanya.
Taehyung diam sebentar. Teragak-agak untuk beritahu.
"Tak ada apalah. Pergi kerja elok-elok. Jom, aku hantar kau balik." Taehyung menukar topik. Pintu keretanya dibuka sebelum dia menolak Rachel ke dalam perlahan.
"Betul ke? Cakaplah apa dia." Rachel bertanya lagi sekali. Taehyung tidak menjawab sebaliknya dia hanya mula memandu.
"Serius, serius. Takda apalah." Taehyung menjawab apabila gadis itu mencuit lengannya.
"Janganlah buat saya takut." Rachel memuncungkan bibirnya membuatkan Taehyung tergelak.
"Ya Tuhan, bukannya ada raksasa nak makan kau pun. Tak payah takut sangat," ujar Taehyung dengan sisa-sisa tawanya.
"Awak tu, dah sebut taknak beritahu pulak!" Rachel menjawab kasar. Lengannya disilang tanda protes.
"Ingat comel ke macam tu?" Taehyung mengusik lagi membuatkan gadis itu memukul lengan gadis itu berkali-kali.
"Hoi! Nak mati ke?!" Taehyung bersuara kuat sambil memegang tangan Rachel yang memukulnya. Dia mengawal streng kereta dengan tangan kanannya.
Rachel hanya diam sambil memuncungkan bibir. Tangannya masih dipegang erat oleh Taehyung namun dia hanya membiarkan saja.
Apabila Taehyung memandu masuk ke dalam kawasan perumahan Rachel, mereka berdua masih belum membuka mulut. Diam sahaja.
Taehyung mengerling ke arah Rachel di sebelahnya dengan pandangan matanya. Rachel hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Cherry." Panggil Taehyung. Rachel hanya menggumam.
"Kenapa tu?" Taehyung bertanya lembut.
Rachel menggeleng tanda tiada apa-apa.
"Ya ke ni? Senyap semacam je kau." Kata Taehyung lagi. Rasa macam bercakap dengan dinding pun ada. Rachel tidak menjawab.
Taehyung menarik brek tangannya apabila mereka sudah sampai di rumah Rachel. Rachel cuba melepaskan tangannya dari pegangan Taehyung namun lelaki itu menahan dan menggenggam tangannya dengan lebih erat.
"Cakaplah sesuatu. Jangan diam macam ni." Taehyung berkata sambil mencuit pipi Rachel. Rachel menepis perlahan dengan tangan kirinya.
"Terima kasih hantar saya balik." Itu sahaja keluar dari mulut Rachel membuatkan Taehyung mencebik.
"Hm, tak semangat aku nak pergi office kalau macam ni," kata Taehyung dengan nada sedih.
"Janganlah macam tu. Baru hari pertama dah tak semangat." Rachel cuba memujuk. Taehyung mengeluh perlahan.
"Kau tahu kan aku terpaksa je?" Taehyung bersuara lemah. Dia mengusap tangan Rachel di genggamannya.
"Ya. Hari tu awak ada bagitahu. Bila pergi sana, jangan stres. Awak kena relaks, mana tahu nanti sebati dengan diri awak." Lembut Rachel menasihat. Rambut Taehyung yang kurang teratur dibetulkannya.
"Hm, lebih baik kau je sebati dengan aku." Sempat lagi Taehyung bergurau. Rachel menjelingnya tajam. Taehyung memuncungkan bibirnya. Tangannya melepaskan tangan Rachel.
"Nak peluk?" Taehyung membuka tangannya, cukup untuk memeluk Rachel.
"Mengada-ngadalah awak ni." Rachel merungut namun dia juga menyambut pelukan Taehyung. Mereka berpeluk sekejap.
Taehyung mencium rambut Rachel manakala gadis itu menepuk-nepuk belakang badan Taehyung. Dia teramat faham dengan situasi Taehyung. Dipaksa sesuatu yang tidak direlainya. Bukankah itu menyakitkan?
"Gwenchanayo, Tae. Saya tahu awak boleh buat," ujar Rachel, berbisik di telinga Taehyung. Taehyung meleraikan pelukan. Tangannya masih memegang pinggang Rachel.
"Cherry, kaulah orangnya," kata Taehyung dengan serius. Rachel mengangkat kening, tidak faham dengan Taehyung yang tiba-tiba berkata begitu.
"Orangnya apa?" tanya gadis itu. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki di hadapannya yang mendekatkan muka kepadanya.
"Yang gantikan ex aku."
⬛⬛⬛
Okay apa yang author tulis ni HAHAHAH berterabur sebab rushing kerja sekolah banyak tak buat ooo 😭
Eunwoo dah masuk dalam cerita ni, finally! feels like years.
i'll be going to school this wednesday, so kalau lambat update tu buat-buat tak tahu jela eh 😭✋
21/06/2020, 9.57 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro