14 ; him
“ Her Bad Boy - 14 ”
• Him •
⬜⬜⬜⬜⬜
내일이란 게 없듯이
다음이란 건 없듯이
지금 내겐 눈 앞에 너를 뺀 모든 게
지독히 깜깜한 어둠이지
입버릇처럼 말해
우린 결국엔 안 돼
그래도 난 계속 바래
마지막도 너와 함께라면 I'm okay
Like there's no tomorrow
Like there's no next time
Everything that you've done in front of my eyes
It's a complete darkness
Say it like you mean it
In the end, we can't make it
Even so, I keep hoping
Even at the end, if you're with me, I'm okay
- BTS, House of Cards
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Rachel dan Taehyung berjalan beriringan ke arah tempat Taehyung meletakkan kereta. Dalam hati Rachel agak berbunga-bunga kerana hari ini dia pergi dan pulang bersama Taehyung. Walaupun mereka tidak ada apa-apa hubungan istimewa, Rachel tetap tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya.
Sama juga dengan Taehyung. Hari ini merupakan hari yang terbaik sejak dia bersekolah tinggi baginya. Bukankah bagus apabila dia dan gadis itu sentiasa berada dalam keadaan begini?
Bisikan para pelajar yang turut berjalan berhampiran kedengaran. Masing-masing berasa pelik apabila Taehyung beriringan untuk pulang bersama seorang gadis. Entah siapa, ramai yang tidak pasti. Hubungan? Lagilah mereka tidak tahu.
"Taehyung, memang semua orang biasa pandang awak macam ni ke?" Rachel bersuara apabila dia mula berasa tidak selesa dengan pandangan yang diberikan kepada mereka berdua.
"Hm, aku rasa tak. Sebab kau perempuan pertama yang balik dengan aku. Aku tak pernah tumpangkan mana-mana perempuan untuk pergi dan balik sekolah." Taehyung menjawab sambil membetulkan rambutnya. Bajunya dikeluarkan dari seluar apabila mereka sudah keluar dari pagar sekolah.
"Oh, maafkan saya. Saya tak patut menyusahkan awak macam ni," kata Rachel dengan muka serba salah. Taehyung terus menggeleng.
"No, you are not a burden. Ikut suka hati akulah, lagipun aku yang pelawa bukan kau yang nak."
Taehyung menekan butang di kunci keretanya dan mereka mula masuk. Rachel duduk di sebelah pemandu dan Taehyung menghidupkan enjin sebelum terus memandu pergi.
"Kau nak makan apa?" tanya Taehyung, kurang pasti dengan selera makan Rachel.
"I'm fine with anything. Awak nak belanja, takkanlah saya nak pilih-pilih pula."
Jawapan Rachel membuatkan Taehyung tergelak. Rachel memang seorang perempuan yang lain dari yang lain.
"Yakah? Kalau orang lain aku nak belanja, mereka yang tetapkan mereka nak apa."
"Mungkin saya bukan orang macam tu." Rachel berkata sambil tersenyum nipis.
"Okaylah, biar aku yang pilih tempat. Aku harap kau bukan jenis yang memilih," seloroh Taehyung membuatkan Rachel tertawa. Dia membelok ke arah kanan, simpang ke arah sebuah restoran yang digemarinya.
"Ya, saya boleh makan apa-apa jenis makanan selagi ianya tak pelik," kata Rachel.
Beberapa minit kemudian, Taehyung sudah memarkir di tempat letak kereta. Dia dan Rachel keluar dari kereta dan mula melangkah. Rachel di belakang sedikit, mengikut jejak lelaki itu.
Taehyung masuk ke dalam sebuah restoran yang agak mewah bagi Rachel. Dia mengekori langkah Taehyung sehinggalah mereka tiba di kaunter.
"Selamat datang tuan. Meja tuan untuk dua orang sudah disediakan. Mari ikut saya."
Seorang pelayan wanita yang agak berumur menyapa mereka. Rachel dan Taehyung tersenyum sedikit kepadanya.
Taehyung memegang lengan Rachel apabila seorang pekerja perempuan ingin lalu sambil memegang dua biji pinggan. Rachel bergerak ke tepi sambil memohon maaf. Taehyung menggeleng kepala sebelum dia menarik gadis itu mengikuti langkah pelayan mula-mula tadi.
Mereka didudukkan di sebuah meja yang sudah berhias. Rachel memandang hiasan di atas meja yang hampir memenuhi seluruh meja. Ni nak makan ke nak tenung hiasan?
"Sila tunggu sebentar ya tuan. Makanan tuan akan dihantar sebentar lagi." Pelayan itu berkata sebelum menunduk hormat dan berlalu dari situ.
"Awak dah order ke?" tanya Rachel, pelik apabila pelayan itu pergi tanpa mengambil pesanan mereka.
"Dah, aku dah tempah semua online je," jawab Taehyung. Dia mengeluarkan telefon dan menaip mesej untuk ibunya, mengatakan dia baik-baik sahaja dan memerlukan masa untuk bertenang.
"Ei, kalau macam tu baik tak payah tanya tadi saya nak makan apa." Rachel menjuih bibir.
"Alah, yang tu saja je nak test kau." Taehyung meletakkan telefonnya ke tepi dan memandang Rachel yang duduk di hadapannya.
Perbualan mereka terhenti apabila makanan sudah dihidangkan. Taehyung menggosok tangannya dan tersenyum.
"Enjoy your food."
⬛⬛⬛
Taehyung memberhentikan keretanya di harapan rumah Rachel. Jam menunjukkan hampir pukul 3 petang.
"Terima kasih Taehyung." Rachel membuka seatbelt dan keluar dari kereta. Taehyung mengangguk sambil tersenyum manis.
"Sama-sama. Elok-elok pergi kerja nanti. Apa-apa kau boleh telefon aku."
"Awh please. Saya dah lima bulan kerja dekat situ, tak pernah mati lagi." Rachel menjawab kasar dengan nada bergurau.
"Ish, riaknya. Nanti apa-apa jadi aku yang susah."
"Apa yang susah?"
"Susahlah, nak cari dekat mana lagi perempuan macam kau," jawab Taehyung membuatkan Rachel malu. Dia mengetap bibir dan senyum.
"Ada-ada je. Saya masuk dulu." Rachel menutup pintu kereta sebelum dia masuk ke dalam rumahnya.
Taehyung memastikan kelibat gadis itu betul-betul selamat masuk ke dalam rumah sebelum dia memandu pergi dalam keadaan senang. Taehyung memandu ke rumahnya.
Masuk sahaja di dalam rumah, dia disapa oleh pembantu rumahnya, Aunty Jung yang sudah memasuki umur lewat 40-an.
"Omma ada ke aunty?" tanya dia sambil mengambil air yang disediakan untuknya.
"Puan tengah berehat dekat atas. Nak aunty panggilkan ke?" tanya Aunty Jung.
Taehyung menggeleng. "Tak apa, Tae naik atas dulu." Dia meletakkan gelasnya ke atas meja sebelum mula mendaki tangga ke arah bilik ibunya.
Pintu diketuk perlahan. "Omma?"
"Tae? Kamu ke tu? Masuklah," sahut Puan Kim dari dalam. Taehyung memulas tombol pintu dan dia masuk, mendapatkan ibunya yang sedang duduk di sofa sambil membaca majalah.
"Kamu ke mana semalam?" tanya Puan Kim. Dia menutup majalahnya dan memberikan perhatian kepada anaknya. Taehyung duduk di sebelah ibunya sambil memeluk lengan wanita itu. Manja.
"Tae tidur rumah kawan semalam. Omma okay?" tanya Taehyung prihatin. Risau juga ibunya dilanda kesakitan. Sejak ibunya memasuki usia 46 tahun ini, dia semakin kerap tidak sihat. Puan Kim selalu mendapat migrain, sakit-sakit badan dan sebagainya. Risau Taehyung dibuatnya.
"Okay je sayang. Dua hari lagi omma dengan appa akan fly ke Singapore. Dengar cakap appa ya, sayang? Untuk omma." Puan Kim mengelus rambut Taehyung yang sudah diwarnakan itu. Dalam hatinya berasa sebak kerana terasa baru sahaja dia melahirkan anaknya itu. Sedar-sedar sahaja Taehyung sudah membesar menjadi seorang jejaka yang sungguh kacak rupa parasnya.
"Hm, okeylah. Untuk omma." Taehyung memaksa dirinya senyum. Puan Kim pun tersenyum juga.
"Macam ni lah anak omma. Belajar pandai-pandai. Kamu satu-satunya anak omma. Kalau boleh omma nak juga tengok kamu berjaya macam anak orang lain." Puan Kim berkata, senyuman tidak pudar dari bibirnya. Wajahnya yang semakin dimamah usia menimbulkan rasa sayu di hati Taehyung.
"Boleh omma. Omma janji dengan Tae, jaga kesihatan omma. Tae nak tengok omma sihat selalu," pinta Taehyung dengan nada sebak. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari menitis.
"Janji." Puan Kim mencubit pipi anaknya. Mereka berpelukan seketika.
"Urm, omma. Tae ingat nak tidur rumah Bangtan dalam masa dua hari ni. Nanti bila omma akan ke sana, Tae duduk sini balik. Boleh ke?" tanya Taehyung dengan sopan. Puan Kim mengangguk tanpa teragak-agak.
"Sudah tentu boleh. Omma faham keadaan kamu dan appa. Omma cuma mahukan yang terbaik buat kamu berdua. Dua-dua omma sayang, takkan ada gantinya," jawab Puan Kim. Taehyung tersenyum gembira.
"Terima kasih omma. Tae nak masuk bilik, kemas baju sikit. Omma berehat cukup-cukup tau." Taehyung bangun dan mengucup dahi ibunya sebelum dia keluar dari situ.
Selepas dia menutup pintu bilik ibunya, Taehyung bergegas ke arah biliknya. Dia mula mengemas beberapa helai baju untuk dibawa ke rumah Bangtan. Jimin dan Jungkook turut diajak, sekurang-kurangnya dia ada teman nanti.
⬛⬛⬛
"Jom tengok movie!" Jungkook menjerit kecil, dia mula memasang televisyen yang bersambung dengan komputer ribanya.
Taehyung mengangguk teruja. "Kita tengok cerita hantu jom!"
Jimin menggeleng. "Taknak! Janganlah tengok cerita hantu. Aku taknak tidur berpeluk dengan korang nanti," bantah Jimin yang sememangnya bukan peminat cerita bergenre seram.
Jungkook tidak mengendahkan Jimin, dia terus memasang movie seram dan Jimin merungut. Dia mula mengambil selimut untuk menutup matanya jika diperlukan nanti.
Taehyung ketawa melihat Jimin yang berselubung dengan selimut itu. "Eii, penakut betul. Habis semua awek kau lari kalau rupa macam ni."
"Diamlah!" marah Jimin. Mukanya merah menahan geram. Ada-ada sahaja Taehyung dan Jungkook ingin mengenakannya. Sabar sahajalah.
Beberapa minit berlalu, dan Taehyung sudah terlelap. Jimin yang memang prihatin akan rakan-rakannya terus meletakkan bantal di bawah kepala Taehyung dan menyelimutkannya.
"Eh? Dah tidur? Penat sangat ke?" Jungkook menegur apabila terpandang kelibat Taehyung yang sudah dibuai mimpi.
"Mungkin." Jimin menjawab sambil tersenyum memandang Taehyung.
"Waktu balik tadi, semua orang kecoh tanya Kook pasal dia. Semua tanya siapa Rachel noona tu," Jungkook bercerita. Dia menghentikan movie dan duduk berdekatan Jimin.
"Kalau kau nak tahu, Taehyung tengah cuba nak rapat dengan Rachel. Semalam dia jumpa aku, bercerita tentang Rachel. Kau sendiri tahu kan Taehyung dah lama tak rasa gembira. Tapi semalam, dia nampak gembira sangat. Dah lama tak nampak dia macam tu." Jimin pula yang bercerita. Jungkook senyum dengan teruja.
"Wah, tak sangka hyung boleh jatuh cinta. Ingatkan tak ada hati langsung," kata Jungkook membuatkan Jimin tertawa.
"Apa cakap macam tu? Semua orang akan jatuh cinta, sama ada lambat atau cepat je." Jimin merangkul bahu Jungkook. Jungkook tersengih.
"Hm, tak apalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya Rachel noona boleh buat Tae hyung gembira. Dia bukannya ada siapa-siapa untuk buat dia rasa macam tu kecuali omma dia."
Jungkook dan Jimin sudah mengenali satu sama lain sejak mereka bersekolah rendah. Sewaktu mereka di sekolah menengah mereka mula mengenali Taehyung dan bertambah rapat apabila menjejaki sekolah tinggi. Di sana, mereka mula rapat dengan ahli Bangtan yang lain.
Mereka sudah macam adik beradik, kenal satu sama lain dengan mendalam sehinggakan mereka dapat tahu apa yang tidak kena walaupun salah seorang tidak bercerita apa-apa.
"Betul. I wish him the best with her." Jimin berkata, eye smile terukir di wajahnya.
⬛⬛⬛
Taehyung's Pov
Aku bangun apabila terasa terik matahari mencucuk-cucuk wajahku. Rupanya aku tertidur di ruang tamu, di atas sofa yang betul-betul berdekatan tingkap. Aku menggumam perlahan sambil melihat masa di telefon bimbit.
7.30 pagi.
Aku menggeliat dan bangun. Jimin dan Jungkook tidak kelihatan, tidur di dalam bilik agaknya.
Aku mengusap mata sambil berjalan ke arah langsir. Langsir yang besar itu aku selak, membiarkan cahaya matahari menerangi seluruh ruang tamu. Aku mengambil tuala dan pakaian dalam beg yang aku bawa untuk mandi.
Aku mengambil masa yang tidak lama untuk mandi dan aku segera berpakaian. Sedang aku mengambil mangkuk untuk bersarapan, Jimin keluar dari bilik dengan rambut kusut masai. Dia menghampiriku dengan muka sembapnya.
"Awalnya bangun," tegur dia. Aku tersengih.
"Mana adalah. Biasalah tu, semalam tertidur awal sikit."
"Hari ni kita nak buat apa je? Ada apa-apa plan tak?" Jimin bertanya. Aku berfikir sejenak.
"Tak adalah pula. Kenapa? Kau ada plan ke?" Giliran aku pula yang bertanya pada dia.
"Aku rasa nak pergi jalan-jalan lah. Bosanlah duduk rumah, kan?" Jimin memberikan ideanya.
"Hm, aku ikut je. Kau mandilah, lepas tu kita gerak. Kejut Jungkook tu sekali." Aku memutuskan sebelum menuang bijirin ke dalam mangkuk. Susu yang aku dah keluarkan dari peti sejuk aku tuang. Aku mula makan sambil memerhatikan Jimin yang berlalu dari situ.
⬛⬛⬛
lagu still with you sumpah best gila ㅠㅠ
bighit dah bercerai dengan dispatch. bagus betul !
05/06/2020, 6.24 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro