Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 ; remedy

“ Her bad boy - 13 ”

• Remedy •

⬜⬜⬜⬜⬜

괜찮지만 괜찮지 않아
익숙하다고 혼잣말했지만
늘 처음인 것처럼 아파

I'm okay but I'm not okay
I told myself I was used to it
It always hurts like it's the first time

- BTS, Jamais Vu

⬜⬜⬜⬜⬜


Nobody's Pov

"Terima kasih. Sila datang lagi."

Seorang gadis sedang tekun membuat kerja. Apabila bakeri itu sudah lenggang kerana tiada pelanggan yang masuk, dia menarik nafas lega. Cepat-cepat dia pergi ke pantri dan membancuh segelas air oren. Apabila selesai, gelas diangkat dan dia meneguk laju. Dahaga sungguh.

Deringan loceng kecil menandakan pelanggan baru masuk membuatkan dia melempar gelas tersebut ke dalam sinki. Gadis itu mengelap bibirnya sebelum menghampiri kaunter untuk melayan pelanggan itu.

"Eh? Kau kerja kat sini?"

Rachel tersengih. "Nampaknya macam tulah."

Pelanggan itu iaitu Mingyu menggeleng kepala perlahan. Matanya melirik ke arah menu di atas kaunter.

"Bagi aku oreo cheesecake," ujar Mingyu tanpa berfikir panjang.

"Air taknak?" tAnya Rachel.

"Urm... double chocolate chip frappe," kata Mingyu dengan malas. Rachel mengangguk sebelum berlalu untuk mengambil menu yang dipesan oleh Mingyu. Mingyu tidak berganjak dari kaunter, dia masih kekal memerhati Rachel yang lincah melakukan kerjanya.

"Nah. 8500 won."

Mingyu mengeluarkan sekeping duit 10000 won dan menghulurkan kepada Rachel.

"Ingatkan boleh dapat free," kata Mingyu, bergurau.

Rachel tergelak kecil. "Maaflah, saya kerja saja dekat sini bukannya pemilik bakeri."

Mingyu membawa pesanannya ke arah sebuah meja paling dekat dengan kaunter. Di situ, dia mula menjamah keknya perlahan-lahan. Baru sahaja dia menyuap untuk kali yang kelima, Rachel muncul lalu mengambil tempat di hadapannya.

"Aik? Curi tulang ke apa ni?" tanya Mingyu tanpa berkias.

"Ish! Mana ada. Saja teman awak makan, lagipun sekarang tengah tak ada pelanggan."

Mingyu memandang sekeliling. Memang benar tiada pelanggan di dalam bakeri itu ketika ini.

"Dah lama ke kerja kat sini?" tanya Mingyu, memecahkan kesunyian. Dia dan Rachel baru sahaja berkenalan, tak salah kan mereka berbual sedikit?

"Dah 5 bulan macam tu," jawab Rachel ringkas.

"Kenapa kau kerja? Tak penat ke pagi sekolah lepas tu kerja dari petang ke malam?"

"Penat tu memanglah penat. Tapi nak buat macam mana. Ni je cara saya nak sara diri saya."

Mingyu menjongketkan kening, kurang faham dengan kata-kata Rachel.

"Kenapa awak buat muka macam tu?" Hampir tergelak Rachel melihat muka confuse Mingyu.

"Aku tak faham. Explain please," pinta Mingyu tanpa riak.

"Oh, cakaplah tak faham. Ni buat muka pulak." Rachel berhenti seketika. "Urm, macam mana nak cakap eh? Okay, senang cerita saya kena cari duit sendiri sebab tak ada siapa yang tanggung saya."

Mingyu diam. Cuba mentafsir ayat Rachel.

"Maksud kau? Mak ayah kau tak ada ke?"

"Ada, tapi mereka dah meninggal. Jadi saya kenalah usaha hidup sendiri."

Mingyu mengangguk. Terbit rasa simpati di hatinya. Tabahnya gadis itu.

"Oh, macam tu. Takziah," ucap Mingyu perlahan. Rachel angguk dan senyum.

"Lupa nak cakap, terima kasih tolong saya hari tu."

Mingyu tersenyum sedikit. "Alah, tak ada hal pun. Lain kali kalau tak larat, minta tolong. Jangan berlagak kuat," bidas Mingyu dengan nada bergurau. Rachel mencebik.

"Yalah. Saya nak pergi buat kerja. Enjoy yourself." Rachel tersenyum manis buat Mingyu sebelum dia bangun dan melayan sebuah keluarga kecil yang baru masuk.

Mingyu menghabiskan keknya dan membawa airnya yang masih berbaki separuh bersamanya. Dia mula berjalan keluar dari bakeri itu dengan riak muka yang sama.

Kosong.

⬛⬛⬛

Taehyung berjalan malas ke arah meja makan rumahnya. Dengan rambut kusut masai, dia duduk di berhadapan ayahnya. Ibunya di sebelah tersenyum memandang anak emasnya itu.

"Baru bangun tidur ke Taehyung?" Ibunya mengusap rambut lembut Taehyung, menerima anggukan dari Taehyung.

"Mengantuk lagi ni omma." Taehyung menggosok matanya perlahan. Matanya hampir tertutup sekali lagi.

Puan Kim mencubit pipi anaknya, Taehyung mengaduh dan serta-merta matanya segar. Dia mengusap pipinya yang kesakitan.

"Omma neomuhane." Dia menjeling manja ke arah Puan Kim. Kemudian dia memandang ayahnya pula.

"Ada apa appa dengan omma panggil?"

"Minggu depan appa dengan omma akan pergi ke Singapore," kata Tuan Kim dengan serius. Taehyung membentuk huruf 'o' dengan mulutnya.

"Lama ke?" Tanya Taehyung.

"Dalam dua bulan macam tu. Sementara tu, kamu kena jaga company kita dekat sini. Pakcik Lee akan ajar kamu."

Taehyung membuat muka tidak puas hati. Berkerut dahinya, jengkel dengan arahan ayahnya.

"Appa, Tae tak nak. Tae tak minatlah dengan bisnes appa tu." Taehyung membantah. Dia sememangnya langsung tidak mempunyai rasa suka terhadap hal-hal berkaitan syarikat. Yang dia tahu jadi anak orang kaya sahaja.

"Nak tak nak, kamu kena ikut juga. Lagipun inilah masanya untuk kamu belajar kendalikan syarikat, nanti kamu juga yang akan ambil alih sepenuhnya. Dari kamu berfoya-foya, lebih baik kamu bekerja," ujar Tuan Kim tanpa memikirkan perasaan Taehyung.

Taehyung menghela nafas kasar. Geram sungguh dengan ayahnya.

"Appa tak faham Tae. Tak akan pernah faham pun," kata Taehyung, perlahan namun dingin.

Taehyung bangun lalu berjalan ke arah ruang tamu. Dia mengambil kunci kereta di atas rak sebelum berlalu keluar dari rumah.

"Tae? Kim Taehyung! Budak bertuah betul." Puan Kim yang mengejar Taehyung mengeluh apabila anaknya itu sudahpun lesap dengan keretanya.

"Taehyung dah melampau. Awak jangan manjakan dia sangat. Suruh buat kerja tak mahu, tapi berseronok dengan duit mahu pula," bebel Tuan Kim pada isterinya. Puan Kim membuat muka sedih.

"Siapa lagi saya nak manjakan kalau bukan dia? Dia satu-satunya anak kita," jawab Puan Kim dengan nada kecewa.

"Kalau dah macam ini perangainya, saya lagi rela tak ada anak langsung." Tuan Kim membalas dengan pandangan tajam.

"Apa?! Yeobo-ya, dia anak kitalah!" Puan Kim meninggikan suaranya sedikit namun Tuan Kim hanya ketawa sinis.

"Suka hati awaklah. Yang saya tahu dia kena ambil alih syarikat. No excuse." Tuan Kim mengakhiri kata-katanya sebelum pergi. Langkahnya diorak menaiki tangga untuk menuju ke bilik.

Puan Kim mengurut dahinya yang terasa sakit. Pening kepala menghadap kerenah suami dan anak yang tidak sebulu itu.

"Aigoo.. eotteokhae?"

⬛⬛⬛

Taehyung memarkir keretanya di hadapan bakeri tempat kerja Rachel. Dia menghidupkan telefon bimbitnya untuk melihat masa.

9.48 malam.

Dia memutuskan untuk menunggu di situ. Syif Rachel akan tamat sebentar lagi. Dalam keadaan serabut begini, fikirannya hanya teringat kepada Rachel.

Apa yang sudah jadi dengan dirinya?

Taehyung menggeleng kepala sambil tersenyum pahit. Entah apa yang istimewa pada Rachel, dia sendiri tidak tahu.

Ting!

Taehyung memandang telefonnya yang menyala kerana mesej dari seseorang.

Haeun
Taehyung-ie~
Dah tidur ke?
9.50 p.m.

Dia mula menaip sesuatu untuk membalas.

Taehyung
Taklah. Awal lagi ni
Haha

Haeun
Really?
Hmm.. i kinda miss you.
Can we Facetime tonight?

Taehyung
You memang selalu rindu I.
Malam ni?
Hmmmmmm~

Haeun
Nae, malam ni.
Wae?
You busy ke?

Serentak itu, Rachel keluar dari bakeri dengan muka keletihan. Namun dia masih tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekerjanya. Taehyung tersenyum kecil. Dia keluar dari kereta.

"Eo? Kenapa awak dekat sini, Taehyung?" Rachel menegur terlebih dahulu apabila dia ternampak kelibat Taehyung.

"Urm.. oh tadi aku jumpa kawan aku dekat situ." Taehyung menunjuk ke arah sebuah restoran 24 jam yang berada berdekatan dengan mereka. Mukanya membuat riak selamba padahal dia baru sahaja menipu gadis itu.

"Oh.. macam tu. Okaylah, saya balik dulu. Selamat malam." Rachel senyum sebelum mengorak langkah ke arah bertentangan.

"Kejap, Cherry-ah." Taehyung menghalang gadis itu.

"Kenapa?"

"Hoksi.. can I stay at your home tonight?"

"Hah?!"

⬛⬛⬛

Rachel yang sudah siap mandi menyikat rambutnya yang panjang. Dia keluar dari bilik dan menatap Taehyung yang sedang asyik menonton televisyen.

"Jadi, ceritalah apa jadi. Awak lari dari rumah ke kena halau?"

Taehyung menoleh ke arah Rachel yang menghampirinya. Dia agak terpegun melihat Rachel yang comel berbaju tidur corak BT21 Tata. Dengan rambut basah dan bangs yang di letak ke tepi, Rachel tampak lebih cantik jika dia tidak ada bangs.

"Ehem. Dua-dua tak. Aku cuma stres. Aku taknak duduk dalam rumah tu," kata Taehyung.

Memang dia tidak mahu menjalani malam itu di rumahnya, rasa sakit hati pada ayahnya masih bersisa. Bimbang dia tertumbuk ayahnya. Namun dia tak nafikan, dia memang sengaja menumpang untuk tidur di rumah Rachel. Walhal dia boleh tidur di apartmen Bangtan, tapi mesti sunyi kerana tiada orang di sana.

"Stress? Tapi kenapa? Mak ayah awak hm.. bergaduh ke?" tanya Rachel teragak-agak, bimbang melukakan perasaan Taehyung.

"Taklah. Aku yang bergaduh dengan ayah aku." Taehyung menjawab sambil tergelak.

"Oh.. boleh saya tahu kenapa?" Rachel bertanya lagi.

"Tak boleh." Taehyung menjelir lidah kepada Rachel dan gadis itu mencebik. Taehyung menarik pipi gebu Rachel.

"Taehyung! Sakitlah!" Rachel menepuk tangan gatal Taehyung. Taehyung tertawa melihat reaksi Rachel yang baginya sangat comel itu.

"Gurau je. Maaf." Taehyung mengusap perlahan pipi Rachel yang sedikit memerah. Rachel menepis perlahan, malu dengan kelakuan Taehyung.

"Nak tahu tak kenapa?" Taehyung bertanya, cuba memujuk kembali Rachel yang terdiam.

Rachel angguk laju.

"Kau tahu, ayah aku kan ada syarikat. Dia minta aku ambil alih dan belajar dalam masa dua bulan dia tak ada sebab ada kerja dekat Singapore. Tapi aku memang tak pernah minat dengan kerja dia. Kalau boleh aku tak nak pun jadi pewaris syarikat tu, aku tak suka handle bussiness." Taehyung bercerita kepada Rachel yang mendengar dengan penuh minat.

"Jadi awak memang tak mahu jadi pewaris syarikat tu? Saya ingat saya seorang sahaja yang rasa macam tu." Rachel berkata, matanya bulat memikirkan kebetulan itu.

Taehyung tersengih. "Ya, aku memang taknak. Tapi nak buat macam mana, memang aku seorang je warisnya sebab aku tak ada adik-beradik lain."

Rachel diam seketika. Taehyung masih setia memandangnya dengan perasaan yang sukar diterangkan.

"Taehyung, seronok ke jadi orang kaya?" Tiba-tiba Rachel bertanya.

Taehyung mengerutkan dahi. "Huh? Kenapa kau tanya macam tu?"

"Tak adalah, saya curious je. Yalah, awak kan orang kaya. Ada kereta mewah, baju pun semua berjenama, tak payah susah-susah cari duit. Rumah awak pun mesti besar kan? Tak termasuk ada pembantu rumah, wah senangnya hidup macam tu," kata Rachel sambil membayangkan kehidupan Taehyung. Dia tersenyum kecil.

Taehyung ketawa. Entah kenapa agaknya dia rasa tertarik dengan sisi Rachel yang banyak bertanya dan bercakap ini. Tapi Rachel lain, Rachel tak annoying macam Haeun dan perempuan-perempuan lain.

"Seronoklah jugak. Tak buat apa-apa pun duit ada depan mata. Boleh beli macam-macam tanpa berjimat, tak payah buat kerja rumah." Taehyung menjawab pertanyaan Rachel. Rachel mengangguk faham.

"Kau nak jadi kaya macam aku?" tanya Taehyung membuatkan Rachel mengangguk tanpa berfikir panjang. Siapa je taknak kan?

"Kahwinlah dengan aku. Confirm tak luak duit kau satu sen pun." Taehyung menjawab lantas tergelak besar. Rachel mengetap bibir, terasa malu apabila Taehyung mengusiknya begitu.

"Jangan main-mainlah." Rachel memarahi Taehyung lembut.

"Siapa main-main? Kahwinlah dengan aku."

Rachel memandang Taehyung, cuba mencari keikhlasan di sebalik raut wajah lelaki itu.

"Tapi aku tak janjilah kau seorang je jadi isteri aku. Mungkin berkongsi," sambung Taehyung. Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri.

Rachel pula sudah menggulingkan matanya. Inilah playboy zaman sekarang, tak pernah kesah sakitkan hati perempuan.

"Kejamnya awak. Boleh pula nak duakan isteri awak macam tu," marah Rachel, tidak setuju dengan pemikiran Taehyung.

"Ish, aku gurau jelah. Bila aku nak kahwin nanti, aku akan cari seorang perempuan yang betul-betul sempurna untuk aku. Lepas tu, aku akan layan dia macam queen. Sekarang memanglah aku ramai skandal, tapi aku berani cakap semua tu tak layak bergelar isteri aku pun. They don't deserve to be my one and only wife," ujar Taehyung sambil memandang tepat ke arah Rachel.

"Baguslah macam tu. Taehyung, saya tahu saya bukan siapa-siapa untuk tegur awak, tapi tak eloklah awak mainkan perempuan. Kalau awak nak sakitkan hati mereka, tak perlu tipu mereka dengan cinta palsu awak pun." Rachel memberi nasihat kepada Taehyung. Dia memandang wajah Taehyung, cuba mengesan adakah lelaki itu marah atau tidak apabila ditegur sebegitu.

Jika orang lain menegurnya tentang hal itu, selalunya dia akan melenting dan hilang terus mood. Sedangkan Bangtan tegur pun dia merajuk, tetapi anehnya kali ini Taehyung tersenyum manis.

"Tak apa. Aku nak kau tahu yang kau boleh tegur aku apa-apa yang kau nak, aku tak peduli pun," kata Taehyung lembut, membuatkan Rachel cair di situ.

Taehyung memang manis jika dia berkata-kata, kan?

"Yalah tu. Okaylah, saya nak masuk tidur dulu. Ada apa-apa awak boleh ketuk pintu bilik saya. Buatlah macam rumah sendiri." Rachel menutup lampu besar dan meninggalkan lampu kecil untuk Taehyung.

"Rumah sendiri? Pasti ke?"

"Kenapanya? Bukan tu ayat yang selalu orang guna untuk tetamu dia ke?" tanya Rachel pelik.

"Takut aku pilih nak tidur sebelah kau je nanti." Taehyung berkata sambil tersenyum gatal. Rachel terus menepuk bahu Taehyung kasar.

"Jangan mengarut eh. Saya bagi awak tumpang pun dah cukup baik tau. Kalau tak saya biar je awak tidur kat tepi jalan," kata Rachel dengan nada marah bercampur malu. Taehyung ketawa lagi.

"Tak takut pun. Ingat garang ke muka macam tu? Comel adalah," kata Taehyung sambil mencuit pipi Rachel. Gatal betul tangan dia hari ni. Rachel membuat muka menyampah.

"Tidurlah. Selamat malam," kata Rachel sambil tersenyum sebelum dia berlalu ke dalam biliknya.

Taehyung menarik tangan Rachel perlahan. Gadis itu menoleh dengan muka pelik.

"Terima kasih," ucap Taehyung, perlahan sahaja namun ikhlas.

"Untuk apa?" tanya Rachel.

"Semua. Bagi aku tumpang malam ni, dan sebab kau buat aku terlupa masalah aku tadi. You are my remedy." Taehyung berkata sambil memegang tangan Rachel. Rachel hanya tersenyum.

"Remedy? What's that?"

"Carilah sendiri. Kau kan pandai," kata Taehyung sambil membuat muka menyampah. Tapi kemudian dia tersenyum kembali. Rachel hanya memuncungkan bibirnya.

"Dah, pergi tidur elok-elok okay. Kau mesti penat kerja. Selamat malam, Cherry." Taehyung mengusap rambut Rachel perlahan, menyelak bangs gadis itu yang menutup dahinya.

⬛⬛⬛

Keesokan harinya, Rachel bangun sedikit awal kerana ada tetamu yang tidak dijangka di rumahnya. Dia terus mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Apabila keluar dari bilik, dia melihat Taehyung masih tidur dalam keadaan meniarap di atas sofa.

"Taehyung ssi? Bangun, hari ni sekolah." Rachel menghampiri Taehyung untuk mengejut lelaki itu. Taehyung mencelik matanya sedikit, agak terganggu dengan cahaya lampu yang terang. Dia menggumam malas.

"Baju sekolah awak ada tak ni?" tanya Rachel apabila Taehyung sudah bangun dan duduk.

Taehyung mengangguk. "Ada, aku minta pemandu aku hantar semalam." Taehyung menunjuk ke arah uniform sekolahnya yang terletak di atas kerusi meja makan.

"Pergilah mandi. Saya gosokkan baju awak." Rachel menarik Taehyung agar bangun sebelum dia menolak Taehyung ke arah bilik air. Tak lupa tuala bersih disangkut ke bahu lelaki itu dan berus gigi baru dihulur.

Taehyung tidak banyak cakap terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sementara itu, Rachel menggosok uniform sekolah Taehyung dengan tekun. Selesai sahaja, dia meletakkan dengan elok di atas sofa.

Rachel ke dapur pula selepas itu. Dia membuat sedikit sarapan untuk dirinya dan Taehyung. Sedang dia leka, Taehyung keluar dengan tuala dililit di pinggangnya.

"Mana baju aku?" tanya Taehyung. Air menitik-titik dari rambutnya. Rachel memandang Taehyung dan menelan air liur melihat Taehyung yang tidak berbaju.

"Like what you see?" tanya Taehyung dengan sengih sinis. Dia menolak rambutnya ke belakang, sengaja membuat gadis itu semakin tergoda.

"Dekat sofa. Pergi pakai baju cepat, lepas tu kita makan sama-sama," jawab Rachel sambil menunduk. Tak mahu pandang lama-lama.

Taehyung tergelak melihat Rachel yang kelihatan sungguh malu. Pipi gadis itu merah bak tomato. Taehyung berlalu ke ruang tamu dan mengambil bajunya.

"Aku tumpang bilik kau sekejap tau!" jerit Taehyung dari ruang tamu.

"Baik~" Rachel menyahut. Dia membasuh semua perkakas yang digunakan sebelum duduk di meja makan. Taehyung muncul kurang 5 minit kemudian. Mereka mula menjamah sarapan dengan senyap.

"Balik nanti, kita pergi makan. Tanda terima kasih aku pada kau," ujar Taehyung sambil mengunyah. Rachel berfikir seketika.

"Boleh, tapi saya kena masuk kerja pukul 4 petang."

"Tak ada masalah. Aku akan pastikan kau sampai tempat kerja tepat pada masanya," kata Taehyung membuatkan Rachel ketawa.

"Yalah."

⬛⬛⬛

Ppalgan High School
Waktu rehat, 10.30 pagi

"Wah, gila kau ni Tae. Tak pernah lagi aku dengar kau tidur rumah perempuan," kata Jimin, kagum dengan cerita Taehyung. Dia dan Taehyung serta Jungkook sedang berjalan ke kantin bersama-sama.

"Apa masalahnya? Aku tidur rumah dia, bukan tidur dengan dia. Jangan nak fikir bukan-bukan eh." Taehyung menunjukkan penumbuk kepada Jimin.

"Noona tu mesti special. Hyung kalau terdesak pun mesti tidur apartmen kita, tapi kali ni rumah dia pulak." Jungkook menyampuk, dia turut kagum dengan Rachel.

Taehyung tersenyum.

"Betul, dia special."

"Taehyung!"

Suara seorang perempuan menyebabkan tiga lelaki itu berpaling. Muncul Haeun yang terkedek-kedek berlari. Jungkook dan Jimin spontan membuat muka geli. Taehyung hampir tergelak melihat muka buruk mereka namun dia sempat menahannya.

"Dia makin gemuk ke hyung? Baju macam nak terkoyak, skirt pun macam pakai saiz adik dia," bisik Jungkook, manakala Jimin mengangguk setuju dengan pernyataan Jungkook.

"Ish. Macam korang tak tahu perempuan tu suka lelaki pandang dia. Murah," ujar Taehyung membuatkan Jimin dan Jungkook menutup tangan, ketawa.

"Kitorang gerak dulu. Good luck."

Taehyung berdiri tegak apabila Haeun sudah tiba di sebelahnya.

"Kenapa, babe? Rindu I lagi?" Taehyung memulakan perbualan.

"Kenapa you tak balas mesej I semalam?" Haeun bertanya sambil memuncungkan bibirnya yang teroles lipstik merah muda. Taehyung menggigit bibirnya. Dia langsung terlupa akan mesej Haeun apabila dia bersama Rachel semalam.

"I punya telefon habis bateri semalam. Sambil tunggu dia cas, I tertido. Sorry." Taehyung berkata dengan muka kesal yang dibuat-buat.

Haeun memeluk lengan Taehyung erat. Sengaja bermanja dengan teman lelakinya.

"Hm, okay kalau macam tu belanja I shopping petang ni. Boleh?" pinta Haeun dengan muka comel.

Taehyung menggeleng. "Tak boleh. Petang ni I ada hal."

Haeun mencebik. "Okay."

Dia melepaskan lengan Taehyung lalu terus pergi dari situ.

Taehyung menggeleng kepala.

"Dasar kaki kikis."

⬛⬛⬛

Pergh, dalam chapter ni hampir semua watak keluar 😂 hampir 3000 words pula tu. I really enjoyed writing this chapter ❤

Nak comment sikit dari readers boleh?

02/06/2020, 4.57 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro