12 ; first kiss
" Her bad boy - 12 "
• First Kiss •
⬜⬜⬜⬜⬜
너는 나의 지구
네게 난 just a moon
네 맘을 밝혀주는 너의 작은 별
너는 나의 지구
And all I see is you
이렇게 그저 널 바라볼 뿐인 걸
You are my Earth
To you I am just a moon
Your little star that brightens your heart
You are my Earth
And all I see is you
I am just gazing at you like this
- BTS Jin, Moon
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
"Jumpa esok, Rae."
Aku mengangguk dan melambai kepada Aerin dan Hana. Aku memerhati mereka yang berjalan ke luar sekolah bersama ramai pelajar yang lain memandangkan sekarang sudahpun waktu tamat sekolah. Mereka akan pulang terlebih dahulu kerana hari ini aku ingin belajar di perpustakaan sekolah.
Aku mengemas sedikit loker yang berhabuk. Mungkin aku kena bawa penyapu bulu ayam esok. Lama-lama nanti bersawang pulak loker ni.
Setelah siap, aku melangkah ke perpustakaan. Seperti biasa, hanya aku seorang yang berkunjung ke sini. Dua orang pengawas perpustakaan yang sudah biasa dengan kelibatku tersenyum dan mengangkat tangan tanda menyapa.
Aku letak buku dan alat tulis di atas meja berdekatan dengan pendingin hawa. Cuaca hari ni agak panas, aku membuka blazer sekolahku dan letak atas kerusi di sebelahku. Aku duduk dan mula menyelesaikan kerja sekolah dulu. Takut tak sempat buat sebab aku kerja syif malam nanti.
Hampir setengah jam aku fokus dengan kerja sekolah, tiba-tiba muncul seseorang yang memilih untuk duduk di hadapanku. Aku angkat muka dan memandang orang itu dengan muka pelik.
Taehyung.
Apa yang dia buat kat sini?
Taehyung tidak memandang aku namun dia selamba menarik buku aku. Datang sini memang sebab nak cari gaduh ke apa?
Aku memandangnya geram. "Jangan kacau saya, Taehyung."
Dia pandang aku dengan muka pelik. "Kacau?"
Aku angguk. Buat-buat bodoh pula,ish.
"Mana ada kacau. Aku ganggu je," jawab Taehyung sambil menyelak satu persatu buku aku.
"Kan sama je tu." Aku tarik kasar buku aku dan dia terlepas. Aku jeling dia tajam sebelum mengemas semua barang aku. Aku bawa semuanya ke meja yang paling tersorok, malas mahu hadap Taehyung.
"Oh no," Aku berbisik perlahan apabila Taehyung mengikut. Kali ini dia memilih untuk duduk di sebelahku.
"Taehyung, please. Kalau nak ganggu saya bukan sekarang masanya." Aku mengeluh berat. Tak faham betul aku dengan lelaki ini. Dia boleh balik, tak pun pergi jalan-jalan, apa-apa je tapi kenapa dia memilih untuk duduk dengan aku dekat library.
"Ya, aku tak kacau kau. Buatlah kerja tu," Taehyung berkata, suaranya kedengaran sedikit hampa. Aku mengalihkan pandanganku ke arah buku semula.
Lebih kurang 10 minit berlalu, dan aku dapat rasa sedikit bahang di pipiku kerana Taehyung langsung tidak berhenti memandangku.
Yalah, siapa je tak malu bila ditenung oleh lelaki ni? Dia kacak, raut mukanya cukup sempurna untuk menggoda mana-mana gadis di sekolah ini.
"Taehyung, jangan pandang saya macam tu." Aku mengeluarkan suara apabila terasa sedikit kekok diperlakukan begini.
"Eo? Wae?" Taehyung mengangkat kening, keliru dengan kata-kataku. Aku terdiam dan dia tersenyum, agak sinis.
"Kau... malu?"
Soalan apa ni? Mestilah malu. Aku hanya berkata dalam hati.
"Stop pandang saya macam tu." Aku menunduk, tak mampu memandang mukanya. Mesti pipi aku merah nak mampus sekarang. Ish, malunya.
"Sirheo," Taehyung membalas dengan satu perkataan sambil mendekatkan wajahnya denganku. Dia memberiku senyuman paling manis.
Ya tuhan, jantung aku rasa nak tercabut. Dia masih tenang walhal aku di sini sungguh tak selesa.
"Cherry-ah," Taehyung memanggilku.
Aku sekadar menggumam, suara macam tak boleh keluar. Lidah aku kelu.
"Kau nak tahu tak?" tanya Taehyung.
"A— apa dia?" Aku mengumpul keberanian untuk menolak bahu dia sedikit, namun dia langsung tak berganjak. Masih berada di sebelahku dengan jarak kurang seinci.
"Kau lain."
Aku mengerutkan dahi, tak faham dengan ayat pendek yang keluar dari mulut lelaki itu. God, dia kenapa?
"Apa yang lain?"
"Geunyang, dalla. Tak macam perempuan lain yang aku kenal."
"Oh, is that a bad thing or a good one?" tanyaku, tak memahami isi tersirat Taehyung. Dia memang cakap berlapik. Selalu buat aku keliru dengan ayat yang keluar dari mulut dia.
Dia senyum sebelum menarik tanganku. Buat seketika, dia mengalihkan pandangan dari wajahku untuk melihat tanganku. Jarinya bermain dengan jariku sebelum bertaut. Okay, ni kali kedua kami berpegangan tangan.
Taehyung angkat muka dan kembali memandangku. Dia menyelit anak rambutku ke belakang telinga dengan tangan kirinya. Aku sedaya upaya cuba untuk menahan pipiku dari merah. Taknak Taehyung perasan.
"Cherry, aku minta maaf untuk ni."
Aku pandang Taehyung dengan mata terkebil-kebil. Pipiku diusap dengan ibu jarinya sebelum dia memandang bibirku lama.
Belum sempat aku menolak dia, muka dia sudahpun menghampiri mukaku sebelum bibir kami bertaut.
Okay, dia cium aku. Aku kaku, tak tahu nak beri reaksi apa memandangkan ni first kiss aku.
Aku hanya membiarkan Taehyung sebelum tangannya melingkar di kepalaku, menarik aku dengan lebih dekat. Aku perlahan-lahan membalas ciumannya, dan aku dapat rasa dia ketawa kecil semasa kami berciuman.
Kurang daripada 15 saat, dia melepaskan ciuman. Tangannya mengusap rambutku lembut.
"Let me guess, your first kiss?"
Aku senyum sikit. "Yeah, it was."
Dia ketawa sebelum mengusap pipiku. "It was short, but cute."
"Kenapa awak cium saya?" tanyaku, memecahkan suasana kekok apabila kami berdua terdiam selama hampir setengah minit.
"Tak tahu. Aku cuma rasa, teringin."
Aku diam. Perasaan kecewa singgah sebentar. Aku mula keliru dengan perasaan sendiri. Kenapa aku rasa kecewa dengan jawapan Taehyung tadi? Aku rasa.. aku mahu lebih dari itu.
"Aku minta maaf kalau aku buat kau tak selesa. Aku harap kau tak marah," Taehyung berkata lagi dan aku senyum segaris.
"It's okay, cuma saya harap awak tak anggap saya macam perempuan yang awak layan bila awak nak dan tinggal bila awak dah bosan."
Taehyung memandang tepat ke arah mataku. Mukanya serba salah. "Kau janganlah fikir macam tu. Sumpah, aku tak maksudkan macam tu pun."
Aku menggeleng kepala sebelum tersenyum lebih lebar dari tadi. "Tak apalah, Taehyung. Saya saja cakap macam tu, nak tengok reaksi awak." Aku cuba menenangkan Taehyung yang kelihatan gelabah itu.
Ya, aku tak patut berharap. Aku dan Taehyung macam langit dengan bumi. Dia terlalu sempurna kalau dibandingkan dengan aku. Lagipun, dia ada Haeun kan?
⬛⬛⬛
Nobody's Pov
"What the freaking hell, Kim Taehyung? Kau cium dia?" Jimin bersuara, separuh terkejut dan separuh geram kedengaran pada nadanya.
Jimin dan Taehyung berada di sebuah apartmen sederhana besar, tempat Bangtan selalu berkumpul. Mereka berkongsi duit untuk membayar sewa bulanan, dan yang paling selalu berada di situ sudah tentunya Taehyung. Taehyung malas pulang ke rumahnya sendiri kerana dia tidak mahu berhadapan dengan ayahnya.
"Haah. Kenapa?"
"Oh my gosh apa kau dah buat ni Tae? Anyone but not Rachel." Jimin meraup wajahnya kasar. Kecewa dengan sikap Taehyung.
"Why? Dia tak marah, lagipun dia balas balik ciuman tu. Maybe she did enjoy it, too." Selamba Taehyung menjawab. Jimin memandang kawan baiknya itu dengan riak tidak percaya.
"Seriously? Rachel tu bukan perempuan yang kau boleh mainkan. Dah banyak kali aku cakap." Jimin duduk semula di sofa. Cuba bertenang. Taehyung memang selalu buat dia rasa nak mengamuk. Nasib kawan, kalau tak dah lama melayang penumbuk.
Taehyung memuncungkan bibirnya. "Kau ni macam tak kenal pulak aku macam mana."
"Ya aku faham, Tae. Kau memang dasar playboy tak guna, tapi tolonglah jangan buat benda yang sama dekat Rachel. Ada ramai lagi perempuan-perempuan murah yang kau boleh mainkan, just flirt with them. Apa susah sangat? Rachel tu baik, gila." Jimin mengakhiri bebelannya dengan pukulan kuat di lengan kiri Taehyung.
"Tak tahulah. Aku rasa something bila dekat dengan dia. Tapi aku tak tahu apa." Taehyung tiba-tiba meluah pada Jimin, membuatkan lelaki yang lebih pendek darinya itu memandangnya dengan teruja.
"Seolma, kau suka dia ke, Tae?"
Taehyung angkat bahu. "Aku pun tak tahu macam mana aku boleh rasa nak cium dia. Dia comel sangat waktu tu, pipi dia." Taehyung tergelak kecil apabila teringat pipi Rachel yang merah apabila gadis itu malu. "Merah nak mampus. Malu sangatlah tu."
Jimin mendengar dengan penuh teliti. Cuba memahami isi hati kawannya itu.
"Bibir dia, lembut gila. She told me it was her first kiss. Waktu dia cium balik tu, kelakar. Nampak sangat beginner."
Jimin tergelak besar. "Bodohlah kau ni."
Taehyung tersenyum. "Dia comel, sangat-sangat. Tak boleh lupa muka innocent dia bila aku nak cium dia. Aku rasa aku buat kerja gila kau tahu tak? Sanggup pergi library semata-mata nak kacau dia."
Taehyung terhenti. Memikirkan ayat untuk diluah lagi pada Jimin. Tanpa dia sedar, wajahnya terpapar riak gembira yang tidak dibuat-buat. Jimin memandang Taehyung yang kelihatan sungguh ceria itu. Bila agaknya kali terakhir Taehyung terlihat segembira itu? Jimin sendiri tidak dapat ingat.
"Tapi aku tak menyesal. Walaupun mengantuk sebab tak dapat tidur petang, it was worth it." Taehyung menamatkan ceritanya dan memandang Jimin yang tersenyum lebar.
"Dah lama, Taehyung. Dah lama sangat." Jimin berkata membuatkan Taehyung mengangkat kening.
"Apa yang dah lama?"
"Kau dah lama sangat tak nampak happy macam sekarang, chingu. Rachel, budak tu dapat buat kau ceria macam ni. Aku tumpang gembira, Tae." Jimin mengungkap kata-katanya dengan ikhlas.
Mati terus senyuman Taehyung. Dia memegang kedua-dua belah pipinya sendiri.
"J—jinjja?" Taehyung bertanya, ingin kepastian dari Jimin.
"Betul. Tak tipu." Jimin ketawa kecil, terhibur dengan reaksi Taehyung.
Taehyung senyum lagi. Dia berfikir sejenak. Memang betul, sudah lama dia tak rasa macam ni. Bila agaknya kali terakhir dia gembira? Mungkin sebelum dia masuk ke sekolah menengah lagi. Konflik antara anak dan ayahnya menyebabkan Taehyung sering memendam dan tidak pernah berasa gembira. Jauh di sudut hati, dia berasa bersyukur.
"Haahlah, Jimin. Dah lama. Aku hampir terlupa macam mana manisnya rasa gembira." Taehyung memandang ke arah Jimin yang masih tersenyum kepadanya.
"I'm happy just as you are. Aku yakin Rachel boleh buat kau bahagia," ujar Jimin sambil memeluk bahu Taehyung.
"Patut ke?" Taehyung bertanya tiba-tiba.
"Patut apa?" Jimin masih setia melayan luahan kawan baiknya.
"Aku rapat dengan dia? Maksud aku, dia boleh buat aku rasa gembira. Tapi aku takut aku buat dia kecewa macam semua perempuan lain yang pernah jadi yeochin aku."
"Tak mustahil. Aku tahu kau boleh berubah. Cuba perlahan-lahan. Tapi kalau tak boleh, jangan paksa. Kau dan Rachel, dua-dua kawan aku. Aku tak mahu salah seorang terluka."
Taehyung mengangguk. "Aku cuba."
⬛⬛⬛
Oh my gosh this took 2 weeks to write I'm so so so sorry ㅠㅠㅠ
2020 Festa is starting yayyy
Dua minggu ni busy sangat, buat kuih raya la apa la, wattpad pun tak terbuka. Inn shaa Allah, updates bakal menyusul.
Thank you for voting ʕ·ᴥ·ʔ♡
01/06/2020, 5.38 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro