11 ; attention
“ Her bad boy - 11 ”
• Attention •
⬜⬜⬜⬜⬜
미소진 꼬마
마냥 해맑게 웃던 아이
그런 널 보면
자꾸 웃음이 나와
The smiling kid,
the child who used to just laugh brightly
When I see you like that,
I keep laughing
-BTS V, Inner Child
⬜⬜⬜⬜⬜
Haeun's Pov
Aku memandang Wonwoo yang baru tiba. Kami berada di sebuah kafe tidak jauh dari sekolah. Dan sekarang jam baru menunjukkan pukul 6.45 pagi. Sanggup kami bangun awal semata-mata ingin bertemu.
"Kau dah cari maklumat perempuan tu?" tanya aku, tak sabar nak mengetahui tentang Rachel.
"Relaks, sis. Ni Wonwoo lah, mestilah dapat." Wonwoo menjawab sambil mengeluarkan sebuah sampul bersaiz A4. Aku angkat kening, memberi isyarat agar dia menyambung ceritanya.
"Dalam ni, aku dah print out semua maklumat dia. Apa yang aku boleh rumuskan, dia pandai. Mak ayah dia dah tak ada sebab kebakaran beberapa tahun lepas, dan dia satu-satunya pewaris syarikat. Tapi dia belum cukup umur lagi." Wonwoo menghulurkan sampul itu kepadaku. Aku cepat-cepat mengambil dan mula membuka sampul itu. Beberapa keping kertas dan gambar yang berada dalam sampul itu aku belek-belek.
"Kau nak cakap yang dia ni anak orang kayalah?" tanyaku pada Wonwoo apabila aku melihat gambar keluarga Rachel sewaktu dia masih kecil dengan berlatar belakangkan syarikat mendiang ayahnya.
"Bolehlah dikatakan begitu. Cuma sekarang, dia kerja dekat sebuah bakeri." Wonwoo memberitahu lagi. Aku mengerutkan dahi.
"Kalau dia kaya, kenapa dia kena kerja?" Pelik juga. Dah ada harta tu, guna jelah. Buat apa menyusahkan diri?
"Yang tu janganlah tanya aku, aku mana tahu. Mungkin dia bosan ke hahaha." Wonwoo cuba bergurau apabila keadaan kami terlalu serius. Macam buat jahat pula. Eh, sekarang ni apa yang kami buat jahat ke? Tak kan?
"Hahaha, kelakar." Aku membalas dengan ketawa yang dibuat-buat.
"Anyway, thanks for this. Kau nak aku bayar berapa?" Aku menyimpan sampul itu ke dalam beg galas sekolahku. Wonwoo tersenyum sinis kepadaku.
"I don't need your money, cuma aku nak kau tolong aku bila aku nak, and maybe we can be a bit closer?"
Aku cuba menyembunyikan senyum.
"Deal."
⬛⬛⬛
Rachel's Pov
Aku meletakkan beg di kerusi. Masih awal lagi, dan beberapa rakan sekelasku yang bertugas sedang sibuk membersihkan kelas. Bosan, aku capai juga sebuah penyapu dan mula menyapu kelas. Aku sapu dengan cermat dan memasukkan sampah ke dalam penyodok.
"Opsss!"
Aku menoleh ke belakang dan melihat penyodok yang hampir penuh tadi sudahpun jatuh menghadap tanah. Ish, siapa pulak jalan tak pakai mata ni?!
"Mianhae, Cherry." Taehyung memandangku dengan muka bersalah yang dibuat-buat.
Aku angkat penyodok tersebut dan mula menyapu kembali sampah-sampah itu. Bila aku hampir siap menyapu semuanya, Taehyung sekali lagi menyepak penyodok itu. Maka berterabur lagilah sampah-sampah itu. Aku menolak anak rambutku ke belakang kerana geram.
"Boleh tak jangan kacau saya?" Aku tolak dia sehingga dia terduduk di tempatnya dan dia ketawa.
"Tak boleh."
Aku mengabaikannya dan menyapu dengan lebih pantas dari tadi, takut juga dia jatuhkan penyodok lagi. Selesai saja, aku angkat penyodok tadi dan masukkan ke dalam tong sampah. Lega rasanya.
Aku berjalan ke tempatku di sebelah Taehyung. Buku latihan Bahasa Korea aku keluarkan dan aku membuat sedikit latihan sementara menunggu waktu pembelajaran bermula.
"Cherry."
Aku terdengar suara Taehyung memanggilku. Aku teruskan menjawab latihan tanpa menyahut. Malas layan.
"Rachel~"
Dia panggil lagi. Aku selak muka surat seterusnya apabila selesai menjawab muka surat 87. Aku mula menjawab soalan di muka surat baru itu.
"Sayanggg."
Aku terus memandang Taehyung dengan muka pelik.
"Panggil sayang baru nak pandang eh?" ujar Taehyung sambil tersenyum sinis mengejek aku.
"Saya pandang sebab saya pelik."
"Ya ke? Bukan kau suka aku panggil kau sayang?"
Aku berdecit. "Perasan. Dahlah, jangan kacau saya."
Aku sambung latihan tadi tanpa memandang Taehyung. Tiba-tiba Taehyung menarik kerusinya agar lebih rapat denganku. Dia letak kepalanya di atas buku. Menghalang aku dari membuat latihan. Matanya bulat memandangku.
"Apa ni Taehyung? Pergilah duduk tempat awak diam-diam." Aku cuba tarik buku dari kepalanya namun dia berkeras tidak melepaskan buku tersebut dari kepalanya.
"Layanlah aku."
Aku mengeluh. Mamat ni kurang kasih sayang ke apa? Mengada betul.
"Bukan saya taknak layan awak, tapi awak tu suka sangat kacau saya. Saya kan tengah belajar ni, janganlah kacau. Kalau saya tak buat apa-apa tu takpalah jugak." jawabku tanpa berfikir panjang.
"Suka hati kaulah!"
Dia bangun dan menepuk meja kuat. Eh eh, kalau patah meja ni siapa nak ganti?
Aku hantar pandangan ke arah Taehyung yang keluar dari kelas dengan muka masam. Beberapa rakan sekelas memandangku. Aku hanya tersengih dan menggeleng.
Ish, buat malu aku je.
Taehyung's Pov
"Layanlah aku."
Aku pandang Rachel yang mengeluh mendengar aku berkata begitu. Aku bosan tak ada siapa nak berbual, Jimin dengan Namjoon tak sampai lagi. Si Rachel ni pulak tak habis-habis berkepit dengan buku. Cubalah sekali sekala jadi malas.
"Bukan saya taknak layan awak, tapi awak tu suka sangat kacau saya. Saya kan tengah belajar ni, janganlah kacau. Kalau saya tak buat apa-apa tu takpalah jugak."
Mendengar jawapan Rachel aku terasa geram. Dia ingat aku ni nak sangat ke kacau dia? Eh tolonglah ada ramai lagi perempuan aku boleh kacau.
"Suka hati kaulah!"
Aku bangun dan memukul meja. Rachel kelihatan tersentak dengan perbuatanku namun dia tidak berkata apa-apa.
Aku berjalan ke luar kelas dengan muka masam, menjeling mereka yang memandangku pelik. Apahal tengok-tengok? Tak pernah nampak orang ke?
"Taehyung!"
Haeun memeluk lenganku. Aku mencarut dalam hati. Masa-masa inilah dia nak muncul. Sibuk betul.
"Lepaslah, Haeun. Orang tengok." Aku berkata perlahan namun kasar. Haeun mencebik sebelum melepaskan lenganku. Dia pandangku dengan pelik.
"You okay tak ni? Kenapa masam je?" tanya Haeun. Aku menggeleng.
"Tak ada apa-apa. Mood tak berapa okay." Aku menjawab malas. Haeun mengusap pipiku sebelum aku menepis perlahan.
"Don't touch me." Aku berkata sebelum berjalan meninggalkan dia. Haeun memanggilku namun aku endahkan dan terus berjalan laju ke kantin. Di kantin, aku lihat Bangtan masih sibuk bersembang, padahal 5 minit lagi kelas dah nak mula.
"Tae? Apahal muka garang semacam ni?" tanya Yoongi apabila aku duduk bersama mereka. Semua memandangku dengan riak ingin tahu.
"Tak ada apalah. Rachel tu ha, suka betul cakap aku kacau dia. Aku cuma nak bersembang sikit je dengan dia." Aku mengadu pada Bangtan. Mereka tergelak mendengar jawapanku. Apa yang kelakar?
"Aigoo, Taehyung-ah. Kau ni, betul lah tu apa dia cakap. Kau memang selalu kacau dia pun." balas Jimin dengan sisa tawanya.
"Masalahnya dia tu ha, jual mahal sangat. Perempuan lain tak macam tu pun." kataku lagi. Peliklah Rachel tu, kalau perempuan lain mesti 100% on bila aku ajak bersembang. Tapi Rachel, dia boleh abaikan aku macam tu je.
"Kau ni, Rachel memanglah lain. Dia bukan macam perempuan-perempuan gedik. Dia tu budak pandai, mana layan lelaki sangat. Lagi-lagi kalau dia tengah belajar, memang taklah dia nak layan." Namjoon berujar, mungkin dia kenal perangai Rachel sebab dah dua tahun mereka sekelas.
"Aku nak dia layan aku, tu je." Aku muncungkan bibir. Rasa nak merajuk, semua macam sebelahkan Rachel. Aku macam mana? 😭
"Kau ni, aku rasa kau suka Rachel lah, Taehyung." Seokjin tiba-tiba berkata, membuatkan aku mengerutkan dahi.
"Ishh, takkanlah. Buat apa aku nak suka dia? Aku ada berlambak lagi perempuan. Daripada dia tu, dahlah sombong." Aku menafikan.
"Yelah tu. Kalau tak, kenapa kau sibuk sangat kacau dia? Kau nak attention dia kan? Kau suka dialah maksudnya," kata Seokjin lagi. Jungkook mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Seokjin.
"Betul cakap Seokjin hyung tu. Kook dah cakap dari dulu lagi."
"Tapi taste aku bukan perempuan macam Rachel. Dia pendek, tak seksi, tak suka bergaya. Lagipun dia tak minat kat aku." Aku membalas dengan sedikit kecewa dengan ayat terakhir tu. Pecah lagi ketawa Bangtan.
"Aku rasa boleh je kau nak buat dia suka kau. Tapi buatlah betul-betul. Jangan kacau dia macam tu. Be a gentleman, bro." Hoseok pula yang berkata kali ni.
"Hm, entahlah. Aku ada terfikir nak buat dia suka aku, jadikan dia girlfriend aku, lepas tu aku tinggalkan dia."
Jimin menggeleng laju. "Tak baiklah macam tu. Kalau macam tu, baik kau tak payah buat dia suka kau. Dia tu baik tau tak?"
"Apahal kau back up dia pulak ni?" tanyaku tidak puas hati.
"Tae, Rachel bukan perempuan yang kau boleh mainkan. Kau tak kesian ke kat dia, dia bukan macam perempuan lain yang gedik-gedik tu. Dia baik, walaupun kau layan dia macam apa je. Homework kau pun dia yang siapkan. Aku tak rasa kau patut jadikan dia mangsa kau macam perempuan lain." kata Jimin panjang lebar. Bangtan yang lain mengangguk sambil memandangku.
"Hmm, nantilah aku fikir." Aku menjawab. Serentak itu, loceng berbunyi menandakan kelas bermula. Kami bangun dan mula berjalan ke kelas masing-masing.
Aku berjalan beriringan dengan Jimin. Jimin menyiku aku perlahan. Aku pandang dia.
"Apahal?"
"Kalau kau suka Rachel, bagitahu je aku. Aku boleh tolong kau dapatkan dia." Jimin memberiku senyuman.
Aku diam seketika. Aku tak suka dia kan?
"Ani, aku tak suka dia."
⬛⬛⬛
To be continued...
Bila la Taehyung nak mengaku ni? Ego betul!
Haeun memang akan muncul dalam setiap chapter, mohon bersabar menghadap ke'gedik'an dia. 😂
15/05/2020, 08.08 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro