Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3


" Hai awak!!!"

" Am..Amir!! awak buat apa kat sini awak tak kerja ke." Hanna cuba mengawal perasaan terkejut bukan terkejut sebenar rasa takut,cuak semua ada tiba-tiba datang macam itu siapa tak takut.

" Saya kerja kebetulan saya ada kerja di area sini saya singgah kat butik awak dulu awak dah makan ke." Tanpa diajak Amir terus masuk letak dua bungkusan makanan diatas meja Hanna yang berdiri disitu  macam-macam difikirkan.

" Dah baru tadi awak tak sibuk ke hari ini." Hanna memang sengaja tak tutup pintu biarkan terbuka.

" Tak pun sebelum saya nak pergi kerja saya nak jumpa awak dulu." Amir balas sambil senyum pada Hanna.

" Jumpa saya buat apa ke awak nak tempah baju." Hanna duduk jarak jauh sikit dari Amir.

" Tempah baju pun ya nak jumpa awak pun ya." Amir balas pertanyaan Hanna mesti Hanna nak tahu.

" Awak nak tempah baju untuk siapa saya boleh uruskan tapi kenapa awak nak jumpa saya pasal ini ke yang awak nak cakap." Hanna bangun dan mengambil buku nota untuk cacatan yang Amir mahukan mungkin Amir sudah jumpa pasangan hidup Hanna turut bahagia.

" Awak nak design dan tema macam mana boleh saya urusan ke awak nak bawa pasangan awak buat appointment dengan saya pun boleh nanti awak bagi tarikh kat saya." Perasaan sangat teruja bila dapat tahu Amir akan kawin dengan pilihannya.

" Pasangan?apa maksud awak." Amir terkejut dengan apa yang dia dengar dari mulut Hanna.

" Kan awak cakap tadi yang awak nak tempah baju so,bila awak nak bawa pasangan awak untuk pilih tema atau design."Hanna balas sambil menulis sesuatu kat buku nota.

" Apa yang awak mengarut ini siapa nak bawa pasangan." Amir mengerut dahi rasa pelik pulak Hanna ini cakap pasal apa ini.

" Habis awak cakap tadi itu apa." Hanna tunjuk jari ke arah Amir

" Tadi saya cakap saya nak jumpa awak dan tempah baju untuk kita nanti."

" Kita?apa maksud awak saya tak faham boleh tak awak terus terang."Hanna kurang faham apa yang dimaksudkan.

" Maksud saya tadi saya nak kawin dengan awak sebab itu saya nak tempah baju untuk kita awaklah pasangan saya lagi satu kenapa saya nak jumpa awak sebab saya rindu sangat kat awak." Amir mencerita perkara sebenar pada Hanna supaya Hanna faham apa hasrat Amir mahukan.

Gila ke mamat ini tiba-tiba nak ajak aku kawin dah macam tak betul pulak mamat ini  dahlah datang secara tiba-tiba aku nak jawab apa dengan family aku mesti papa ingat aku mengatal pulak nak kawin dah bisnis aku baru nak mula alahaii mengarut betul mamat ini apa tujuan dia datang ke sini.

" Awak!!! dengar tak apa saya cakap ini." Amir pandang ke arah Hanna yang senyap tak kata apa-apa.

" Awak!!!"

" Awak!!"

" Ya Amir."

" Awak setuju tak apa yang saya cakapkan tadi kenapa awak diam itu tanda awak setuju kan."

" Bila masa saya kata setuju."

" Tadi awak diam itu tanda setuju kan."

" Apa yang awak mengarut ini Amir awak sedar tak apa yang awak cakapkan itu."

" Ya saya sedar saya cakap yang saya nak kawin dengan awak."

" Dahlah awak better awak balik dulu saya banyak kerja kat sini." Hanna bangun dari tempat duduk rasa lain pulak bila Amir ajak kawin kerja gila

" Saya takkan balik selagi awak tak cakap apa-apa kat saya please awak." Amir merayu dan melulut pada Hanna agar terima lamarannya.

" HANNA!!!"

Hanna terkejut dengan kedatangan En Ayaz muncul tiba-tiba melihat wajah En Ayaz sedang menahan kemarahan pada anaknya tak sangka buat benda tak baik mujurlah En Ayaz datang ke butik dengan perasaan tak sedap hati kalau orang lain datang mahu kecoh Hanna pandang ke Amir yang masih melulut.

" Awak bangun lah better awak balik dulu saya ada kerja ini." Hanna pujuk Amir supaya Amir balik tak mahu menjadi lagi teruk Hanna dapat aura panas dari En Ayaz comfirm meletup nanti.

" Saya tunggu jawapan awak Henna,awak jangan lupa makan tau." Amir terus bangun Amir salam tangan En Ayaz yang berdiri Amir minta diri pada Hanna sebelum keluar dari butik Hanna.

" Baiklah terima kasih." Hanna mengangguk saja.

Kisah berdrama tanpa diduga setelah Amir minta diri Hanna menarik nafas yang lega penat senyum palsu pada Amir tak tahu kenapa tiba-tiba ajak nak kawin.

" Papa masuk lah."Hanna mengajak En Ayaz masuk dan beri laluan pada En Ayaz .Hanna hanya menggeleng kepala dengan perlahan.

" Hanna buat apa ini tak malu ke buat perangai macam itu." En Ayaz pusing ke arah terus sergah Hanna

" Bukan papa jangan salah faham dia datang sini hantar makanan saja."

" Salah faham? hantar makanan  untuk Hanna habis itu kenapa nak pegang tangan bagai mujur papa datang!!! kalau orang lain nampak macam mana Hanna tolong jaga maruah keluarga papa tak suka faham tak!!!"

" Patutlah taknak breakfast kat rumah rupa-rupanya ada orang hantarkan makanan untuk Hanna bagus sangat pentingkan orang luar dari keluarga sendiri." En Ayaz nampak ada bungkusan diatas meja sempat juga En Ayaz perli dengan mengerling tajam ke arah Hanna.

" Bukan itu papa Hanna baru lepas makan lepas ada appointment pelanggan Hanna kebetulan barang hanna yang pesan itu dah sampai tiba-tiba dia muncul takkan Hanna nak halau dia pulak papa lagi pun dia bawa makanan." Hanna mencerita perkara sebenar pada En Ayaz tidaklah salah faham apa yang dia nampak tadi.

" Bawa makanan motif apa kenapa?" En Ayaz tanya Hanna yang senyap saja.

" Entah Hanna pun tak tahu mungkin dia ingat Hanna makan lagi."

" Tak tahu!! habis yang dia melulut depan Hanna itu apa!!! dia datang sini bukan dia nak hantar makan kan dia ada niat lain kan lebih baik Hanna  bagitahu papa apa niat dia datang ke sini." En Ayaz fikirkan persaan marah memang marah dengan perangai Hanna yang suka hati.

" Papa jangan kecoh-kecoh nanti pelanggan Hanna datang ingat ada pergaduhan pulak." Dalam ketakutan Hanna cuba menenangkan papanya sedang marahkan dia.

" Ouh takut kecoh habis itu buat benda itu tak kecoh pulak!!! baik bagi tahu perkara sebenar."

" Memang dia datang hantar makanan untuk Hanna dan Hanna tak tahu apa niat dia datang ke sini  tiba-tiba dia diajak Hanna kawin.Hanna ingat dia bergurau sebab dia suruh Hanna tempah baju kat sini tapi lain pulak apa yang Hanna fikirkan."

" Jadi Hanna setuju ke!!!"

" Tak daddy Hanna tak terima pun."

" Hanna kenal dia rapat ke."

" Kenal tapi tak rapat pun."

"Berapa lama Hanna kenal dia itu."

" Tak sampai setahun pun papa."

" Tak sampai setahun kenal nak ajak kawin gila ke apa papa tak setuju faham tak!!"

" Baik daddy Hanna minta maaf atas kesalahan Hanna tadi."

" Kenapa bersepah ini kenapa tak kemas."

" Tadi barang Hanna yang pesan dah sampai tak sempat nak kemas tiba-tiba Am..Amir muncul papa."

" Ouh nama dia Amir biar papa tolong kemaskan pergi buat kerja Hanna."

" Papa tak sibuk ke."

" Tak pun sebab belah petang papa free sebab itulah papa datang ke sini nak hantar mee kari kat Hanna mama buat tapi tak tahu pulak ada drama tak sepatutnya."

" Thank you papa tolong hantar mee kari kat Hanna."

Hanna rasa lega tidak dimarahi lebih teruk oleh En Ayaz hari ini saja penuh dengan kejutan dengan satu per satu datang boleh menaik darah.Hanna ketepikan semua itu tak perlu difikirkan ada satu lagi appointment belum selesai Hanna pergi ke arah bilik stor melihat En Ayaz sedang mengemas dan menyusun kotak-kotak semua itu nampak kemas nasib baik En Ayaz datang membantu kalau tak stor makin bersepah lagi.

" Papa!! air." Hanna letak cawan berisi air mesti penat angkat dan menyusun semua kotak-kotak itu.

" Thank you Hanna ingat papa boleh maafkan Hanna kesalahan dah buat dari semalam ingat senang papa maafkan." En Ayaz berhenti seketika En Ayaz terus duduk dan minum air yang Hanna letak diatas meja.

" Hanna dah cakap Hanna pergi tengok concert dengan Nana bukan Hanna pergi bersorangan." Sukar Hanna nak menyakinkan papanya.

" Papa lepas habis kemas ini papa terus balik ke." Hanna tak mahu bahas lagi Hanna tukar topik berbicara.

" Tak pun papa tunggu Hanna habis kerja baru papa balik kenapa." En Ayaz menggeleng dan balas pertanyaan Hanna.

" Takada apa-apa papa Hanna ada satu appointment nanti pelanggan Hanna nak datang ke butik tapi lewat sikit kalau boleh papa temankan Hanna boleh tak papa." Hanna menghirup air basahkan tekak

" Boleh." En Ayaz mengangguk dan sambung semula mengemas dan menyusun.

Hanna menyambung semula kerjanya hanya tinggal iaitu appointment petang ini saja yang lain takada apa-apa hanya menyusun dan letak pakaian dirak yang disediakan serta warna pakaian yang belum digantung Hanna keluarkan pakaian itu dan mengosok dahulu sebelum digantung berapa helai pakaian yang belum digosok Hanna melakukan setiap pakaian perlu digosok dan gantung tempatnya sedangkan melakukan kerja terdengar ada orang mengentuk pintu Hanna simpan peralatan yang digunakan tadi.Hanna terus pergi ke arah pintu melihat dua orang wanita sudah sampai  didepan pintu butik.

" Selamat datang ke butik Hanna." Hanna buka pintu beri laluan pada pelanggan.

" Silakan duduk boleh saya bantu." Hanna menjemput dua orang wanita duduk dikerusi dahulu sebelum bermula berbicara.

" Saya Rina dan ini kawan saya Nadia saya nak ambil baju yang saya tempah pada Cik Hanna." Puan Rina mengeluarkan resit sebagai bukti bayaran atau tempahan pada Hanna.

" Puan tunggu sekejap saya ambil baju untuk puan." Hanna melihat resit pada puan Rina.Hanna minta diri mengambil pakaian yang pelanggan pesan Hanna ambil pakaian yang digantung dan siap digosok.

" Ini puan baju." Hanna letak pakaian diatas meja biarkan Puan Rina melihat baju yang dia pinta.

" Cantik!!! saya suka Cik Hanna." Setiap perinci Puan Rina tengok baju yang buat oleh Hanna memang puas hati.

" Puan nak cuba dulu." Hanna rasa bangga pun ada bila ada orang puji dengan kerjanya.

" Boleh juga." Puan Rina mengangguk dan senyum pada Hanna

" Silakan Puan." Hanna bangun dan tunjuk bilik salinan pada Puan Rina Hanna hanya senyum saja tak sabar nak tengok Puan Rina pakai baju yang dibuat.

" Cik Hanna." Puan Nadia panggil Hanna yang kelihatan baru saja uruskan Puan Rina

" Ya Puan." Hanna pusing ke arah Puan Nadia.

" Saya nak tanya pendapat Cik Hanna dengan majlis saya dan tema." Puan Nadia bertanya pada Hanna pendapatnya

" Apa tema Puan saya boleh bantu." Hanna duduk semula sementara Puan Rina tak keluar dari bilik salinan baju.

" Kebaya Dress Cik Hanna tapi." Puan Nadia balas

" Apa yang tapi Puan."

" Saya minat baju itu tapi tak sesuai dengan saya Cik Hanna." Puan Nadia tunjuk pada Hanna baju yang Puan Nadia katakan itu.

" Puan nak warna apa saya boleh recommend kan." Hanna bertanya lagi pada Puan Nadia

" Saya nak warna yang soft bila pakai nampak elegant itu saya nak Cik Hanna tapi saya pening nak cari baju yang saya suka susah nak dapat." Puan Nadia cerita panjang lebar apa yang dia mahukan

" Puan tunggu sekejap boleh,Puan bagi masa kat saya dalam 10 minit boleh?"

Hanna hanya mendengar mana tahu Hanna boleh menyelesaikan masalah Puan Nadia .Hanna minta diri dahulu mencari pakaian yang Puan Nadia mahukan Hanna langkah satu kotak yang belum diusik lagi Hanna terus buka kotak dan mengambil baju yang belum digosok nampak masih cantik lagi apa salah Hanna tunjuk pada kawan Puan Rina.

" Cik Hanna!!" Puan Rina terus keluar panggil nama Hanna tapi yang ada Puan Nadia kawan Puan Rina

" Cik Hanna pergi ke belakang sekejap kenapa Rina." Puan Nadia memberi tahu pada kawannya.

" Okay tak Nad baju ini." Puan Rina pusing badannya ke kiri kanan depan cermin.

" Puan Nadia." Hanna panggil Puan Nadia dan Hanna bawa baju itu letak atas meja harap-harap Puan Nadia suka.

" Wauh!!! cantik baju ini sesuai apa yang saya nak."

" Puan Rina macam mana okay tak baju ini." Hanna melihat Puan Rina pusing ke kiri kanan dengan senyum didepan cermin macam-macam Puan Rina posing depan cermin.

" Okay Cik Hanna saya suka."

" Baiklah Puan Rina."

Puan Rina masuk semula dalam bilik salinan Hanna pandang ke Puan Nadia.

" Puan nak cuba dulu."

Puan Nadia mengangguk.

" Silakan Puan." Hanna tunjuk satu lagi bilik salinan pada Puan Nadia.

Sementara menunggu Hanna menyiapkan berapa kertas kerja berapa kemudian Puan Rina sudah keluar dari bilik salinan baju yang belum keluar Puan Nadia masih dalam bilik salinan baju.

" Ini Cik Hanna." Puan Rina letak baju diatas meja kuanter Hanna.

" Macam mana Puan okay tak baju ini." Hanna bertanya pada Puan Rina.

" Kawan saya tak keluar lagi lama betul kat dalam."

" Belum lagi,Puan nak saya bungkus sekali ke dengan Puan Nadia ke Puan." Hanna bertanya dahulu pada Puan Rina.

" Cik Hanna asingkan saja."

" Baiklah."Hanna masuk pakaian dalam plastik bag cover pakaian yang sediakan oleh pihak butik.

" Rina okay tak baju ini." Puan Nadia keluar dan tanya pada Puan Rina.

" Cantik!!! pandai kau pilih sesuai dengan kau." Puan Rina terkejut melihat Puan Nadia pakai seperti nampak cantik.

" Bukan aku yang pilih Cik Hanna recommend kat aku okay tak ini." Puan Nadia cerita kat Puan Rina bukan dianya yang pilih tapi Cik Hanna recommed.

" Memang cantik sesuai dengan kau terima kasih Cik Hanna recommed kat kawan saya " Memang terkejut pun malahan Puan Rina mengucap terima kasih pada Hanna yang membantu.

" Sama-sama,Puan Nadia macam mana okay tak."

" Saya nak yang ini."

" Boleh Puan nak saya kecilkan."

" Tak perlu saya rasa dah okay tak ketat sangat sedang-sedang okay ini sesuai untuk pergi ke majlis,berapa harga baju ini Cik Hanna."

" Baiklah harganya rm 900 Ringgit saja Puan."

" Okay saya nak."

" Puan tunggu sekejap saya nak bungkus baju Puan."

Hanna nampak wajah Puan Nadia sangat teruja dengan pakaian yang dia mahukan Hanna tak buang masa Hanna terus masukkan pakaian dalam plastik bag cover pakaian sama dengan Puan Rina.

" Puan siap ini baju Puan." Selesai masuk Hanna letak beg cover pakaian  diatas meja.

" Cik Hanna ini bayaran yang separuh yang saya tempah." Puan Rina mengeluarkan wang yang separuh bayar pada Hanna.Hanna ambil dan kira semula dan buka buku resit baru pada Puan Rina tanda sudah bayar penuh.

" Terima kasih Puan." Hanna bagi resit baru pada Puan Rina selesai bayar giliran Puan Nadia pulak bayar.

" Ini Cik Hanna." Puan Nadia mengeluar wang yang secukupnya yang dikatakan oleh Hanna tadi.

" Okay terima kasih." Hanna menulis dibuku resit sebagai bayaran yang penuh.

" Terima kasih Cik Hanna!!!" Serentak mengucap pada Hanna.

" Sama-sama." Hanna hanya mengangguk.

Puan Rina dan Puan Nadia minta diri dahulu Hanna lebih awal lagi sudah bangun dan mengucap terima kasih.

" Terima kasih datang lagi!!!" Hanna buka pintu untuk pelanggan yang mahu keluar.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro