Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑~ XXXVII : 37 ~👑

Mentari yang menyinari hari, menguatkan lagi semangat Zarina untuk melakukan kerjanya pada pagi itu. Kain akan kering, tumbuhan sekeliling akan mudah untuk menjalankan proses fotosintesis. Masakan tidak gembira pada pagi ini? Dia sudah menemukan semangat baru untuk bekerja bersungguh-sungguh dan mencapai impiannya!

Putera Shafhan Iyyad , putera sulung Tuanku Shahir bakal menjadi pasangan hidupnya, InsyaAllah.

Namun, menjelajah istana pada pagi itu bukanlah satu keputusan yang baik buat seorang Zarina. Nampaknya, kejadian hari itu telah tersebar seperti tersebarnya pinangan Andika terhadap Rabiha. Dia telah pun menjadi buah mulut orang.

"Nasib baiklah Nafiz tidak meminang hamba hari itu. Jikalau tidak, habislah hamba bertiga dikejar dayang yang lain." Ujar Fazia sewaktu mereka bertiga sedang berada di bangunan Beliung Dua untuk menyiram pokok bunga yang ada di koridor pada setiap tingkat.

Meskipun tidak menoleh, Fazia dapat merasakan dua pasang mata sedang merenungnya dengan tajam dari belakang seperti ingin menembusi kepalanya. Biarlah, apa yang diperkatakannya itu betul bukan? 

"Aduhai. Masalahnya sekarang siapa yang biar perkara ini tersebar dengan mudah? Sudah tiada dalang lagi di dalam istana ini yang boleh dipersalahkan." Bicara Rabiha perlahan sambil mengusap dagunya manakala sebelah tangan lagi sedang menyiram bunga-bunga yang ada. "Kes hamba hari itu pun sudah selesai, InsyaAllah sekejap sahaja ini. Bertabahlah ya, Dayang Ina."

Zarina mengangguk perlahan tanpa melihat wajah sahabat-sahabatnya. Tidak mengapa, sesungguhnya dia amat memahami. Sudahlah hanya mereka sahaja yang ada di istana ini. Siapa lagi yang mahu dibicarakan tanpa gosip terkini? Pastilah mereka yang ada kisah yang boleh diceritakan dan bertukar pendapat.

Seperti Rabiha dan Zarina, kerana mereka kini terlibat dengan keluarga diraja sendiri.

"Apa jadi dengan watak novel tuan hamba itu? Tidakkah tuan hamba mencuranginya?" Soal Fazia sambil menahan senyum. 

"Ish, mengapa ditanyakan itu, Dayang Fazia?" Rabiha menegur seraya menggelengkan kepalanya. Namun begitu, dia turut seperti ingin tergelak juga.

Keluhan kecil Zarina lepaskan sebelum berpaling pantas ke arah dua orang sahabatnya itu. Kain pakaian seragamnya begerak lembut mengikut arah pusingan. "Curang apanya? Hamba sendiri sudah dapat menambat hati ibu bapanya! Impian hamba kini tercapai, kematiannya di dalam novel umpama menghidupkannya di alam realiti untuk bersama dengan hamba!" 

Rabiha dan Fazia saling berpandangan, masing-masing menunjukkan wajah hairan. Shafhan itu watak novel yang dihidupkan semula? Kejap, beri mereka masa untuk berfikir dengan waras seketika.

"Maksud Dayang Ina, Tuan Putera Shafhan berperwatakan sebiji seperti kekasih hatinya itu." Satu suara lain tiba-tiba muncul di sebalik pintu berdekatan yang baru sahaja dibuka. Menjerit kecil para wanita yang berada di situ.

Dayang Leha memunculkan diri dengan tangan yang memegang dulang yang berisi pinggan-pinggan kosong. Dia tersenyum kecil, melihat ketiga-tiga sahabat itu seorang demi seorang.

"Sudah besar ya kalian? Masa hamba melatih kalian menjadi dayang dahulu, kalian sangat-sangatlah naif dan muda lagi. Sekarang ini lihat, seorang dipinang anak usahawan, seorang dipinang penasihat diraja dan seorang lagi dipinang anak raja sendiri! Jangan lupa hamba apabila sudah bahagia nanti ya." Tuturnya kepada tiga dara pingitan yang ternganga memandangnya itu.

Segera Zarina menggelengkan kepala bagi menyedarkan diri daripada kejutannya itu. Senyuman janggal dia berikan buat Dayang Leha. "Bagaimana perkara ini tersebar duhai Dayang Leha? Ada sesiapa yang terdengar atau menyampaikan berita?" Soalnya, tidak memahami situasi yang sebenar.

"Hmm, hamba sendiri tidak tahu sebenarnya. Barangkali ada dua orang tertentu yang menyebarkannya untuk tidak mendatangkan fitnah?" Dayang Leha bertanya dengan gaya yang pura-pura tidak tahu. Dia lantas beralih dari koridor tersebut untuk meneruskan tugasnya.

Fazia sudah mula ternganga. Belum sempat dia membuka mulut, Rabiha sudah merengus geram dan bersuara terlebih dahulu. "Semua ini kerja Tuan Andika dan Tuan Tuah hamba rasa."


°°°°°°°°°°


Suasana pasar Padma di Lembayung Merah benar-benar riuh dengan penduduknya yang sibuk membeli-belah. Panggilan dan jualan dari setiap arah menambahkan lagi kegamatan tempat tersebut. Dalam keramaian itu, kelihatan seorang gadis sedang berjalan dengan selendang sutera yang berwarna merah diraja. Lambang kerajaan Lembayung Merah terlihat megah di bahagian belakang pakaiannya.

"Tepi, ke tepi, ada bangsawan mahu lalu." Seorang pemuda mengarahkan orang-orang di sekitarnya memberikan laluan kepada gadis itu. 

"Bangsawan apanya? Dia sudah diambil keluarga diraja. Kita boleh lihat dengan pakaiannya yang sebegitu. Adakah... tunang antara dua putera di sana?" Suara lain menyibuk di sisi pemuda itu.

"Biar benar? Saya ada dengar ura-ura tetapi..." Perbualan-perbualan tidak penting mula menjelajah daripada seorang penduduk ke mereka yang lain. Bisik-bisik kecil turut mula kedengaran bersama mata-mata yang memandang gadis itu dengan penuh galak.

Aleya tersenyum di sebalik selendang merah yang menutup separuh wajahnya itu. Dia menjadi perbualan orang? Itu sudah biasa buatnya sejak di Angin Putih lagi. Biarlah apa yang ingin diperkatakan orang, kini dia punyai niat yang satu.

Istana Lembayung Merah menjadi tempat tuju.

Pagar istana tersebut dibuka khas untuknya. Tanpa dipinta, seorang dayang segera mengiringinya berjalan ke dalam dan membawanya ke kamar kerja putera kedua Lembayung Merah. Pintu dibuka, kelihatan Tengku Aidan sedang khusyuk menulis sesuatu di atas kertas.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, Cik Muda Aleya ingin bertemu dengan tuan putera." Dayang tersebut berkata sebelum kembali menutup pintu setelah Aleya melangkah masuk.

Gadis itu menarik selendangnya ke atas, memaparkan wajahnya yang manis. Senyuman kecil diukir tidak ikhlas, kerana yang berada di hadapannya kini merupakan tunang yang tidak diingininya sendiri.

"Oh, Cik Muda Aleya." Tengku Aidan tersenyum nipis. Tangannya dihalakan pada kerusi yang berada bertentangan dengannya. "Silakan duduk, pasti ada hajat tuan hamba ke sini." Pelawanya.

Perlahan-lahan, Aleya mendekati meja tersebut dan duduk di atas kerusi yang disediakan. Dia berpeluk tubuh, memandang Tengku Aidan yang sekadar tersenyum.

"Patik ada bertemu dengan Tuan Puteri Rhaina dari Sutera Kuning di pasar Padma tadi. Hebat sungguh ya baginda menyamar seperti orang kebanyakan?" Aleya mula bersuara, lunak sekali.

Tengku Aidan tertawa kecil. Rambutnya diselak ke belakang lalu tingkap di belakangnya dikerling seketika. "Oh, puteri yang seorang itu? Dua kali lima sahaja dengan kembarnya. Gemar menyelinap keluar dan berjalan ke mana-mana mengikut suka hati mereka. Jika ada berita, akan disampaikan kepada ayahanda mereka jika penting." Jawabnya.

Tengku Rhaina dan Tengku Rhaidan. Penyumbang utama dalam segala khabar berita dari mana-mana negara dengan penjelajahan mereka. Disebabkan itulah kerajaan Sutera Kuning mudah mendapat berita, putera dan puteri kembar itu gemar ke sini sana.

"Jadi, ada perkara pentingkah sehingga tuan hambar bertemu beta?" Soal Tengku Aidan dengan kening yang dijongketkan sebelah.

"Tidaklah apa pun. Tetapi patik ada dengar-dengar yang Tuan Putera Shafhan dari Angin Putih bakal disatukan." Ujar Aleya, membiarkan ayatnya menimbulkan persoalan.

Kening Tengku Aidan bertaut. Wajah Aleya diperhatikan bagi mencari sebarang dusta. "Dengan siapa?"

"Seperti dengan rakyat biasa. Tetapi itu apa yang patik dengar-dengar sahaja. Ini pun kerana ada dayang Angin Putih yang hadir ke pasar untuk membeli berlian daripada sahabatnya di sini." Balas Aleya dengan wajah naif. Dia turut mengerutkan dahi menunjukkan bahawa dia sedang berfikir.

Tengku Aidan memegang dagu sambil melihat siling kamarnya itu. Segera wajah Tengku Aisy dan ayahandanya muncul di minda. Umpama tahu apa yang perlu dilakukan, dia tersenyum sendirian.

"Begitu ya? Nampaknya ada saudara yang perlu kita lawat dan mengucapkan tahniah." Bicaranya dengan nada yang sukar untuk ditafsir. 

Senyuman sinis Aleya ukirkan dalam diam. Dia sudah tahu apa yang diperkatakan oleh Tengku Aidan itu. Setelah melawat Angin Putih, pasti Sutera Kuning menjadi tempat tuju mereka apabila semuanya sudah dapat diselidik semasa di sana.


°°°°°°°°°°


Hi semua dan Assalamualaikum! Maafkan hamba kerana telah lama tidak meng-update kerana hamba terlalu sibuk dengan kerja assignment dan pelbagai lagi. Sebelum publish pun sempat lagi distracted dengan Genshin Impact, saya minta maaf sangat-sangat T^T

Apa-apa pun, terima kasih buat yang masih setia! Semoga semua yang membaca ini dapat kahwin dengan anak raja yang baik juga kan hehehe. Apa-apa pun, take care ya semua! Stay safe. Kepada yang merupakan mangsa banjir, saya harap awak kuat dan terus maju ke hadapan. Saya sampaikan doa saya dari jauh ya sayang. Semoga semua baik-baik sahaja buat kalian semua 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro