Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑~ XXVIII : 28 ~👑

"Dayang Rabiha, seandainya Allah mengizinkan, sudikah tuan hamba bertanya akan bonda tuan hamba tentang penerimaan kehadiran bonda hamba ke rumah tuan hamba?"

Hanya kerana satu ayat yang dinyatakan oleh seorang penasihat diraja terhadap seorang dayang istana, seluruh kediaman istana Angin Putih gempar dengan khabar angin itu. Andika dan Rabiha, benar-benar menjadi perbualan hangat seluruh warga istana.

"Apakah benar apa yang hamba dengarkan? Tuan Andika melamar Dayang Rabiha?" Soal Fazia yang tiba-tiba muncul ke ruang santap seperti tahu-tahu sahaja yang Zarina berada di situ bersama Aryan pada hari itu.

Zarina dan Aryan yang sedang enak mengunyah buah epal hampir terserdak apabila dijerkah di situ. Tidak kurang juga dengan beberapa orang pahlawan dan pembantu istana yang turut serta sama.

"Ah, benar sekali apa yang tuan hamba perkatakan itu." Balas Zarina lalu tertawa geli hati. "Sahabat kita, bakal dipinang orang." Sambungnya lagi dengan senyuman yang sangat manis.

Tanpa membuang masa, Fazia terus sahaja menarik sebuah kerusi dan duduk menghadap dua orang sahabatnya itu. "Hamba... Terkejut! Tetapi hamba juga tidak. Kerana apa? Kerana sudah lama hamba perhatikan, Tuan Andika bagaikan sudah melihat-lihat Dayang Rabiha." Luahnya, bersemangat.

Aryan menjongketkan keningnya sebelah. "Bila pula? " Soalnya hairan kemudian sambung mengunyah santapannya itu.

"Ingat pada ketika kita bermain kuiz di taman itu? Sewaktu itu... Dayang Aliya masih bersama kita. Ah, apa-apa pun, sejak Dayang Rabiha menegur Tuan Andika atas kesalahannya dan memberikan jawapan yang tepat atas persoalannya, seringkali hamba lihat Tuan Andika menyertai kita setiap kali ada perbincangan dan ada kalanya dia seperti mengerling Dayang Rabiha. Lagi pun, setiap kali hamba terlihat Tuan Tuah dan Tuan Andika melalui kawasan tugasan kami, ada sahaja yang ingin diusiknya pada Dayang Rabiha." Ujar Fazia panjang lebar dengan penuh lelah atas kerana perlu menggunakan bahasa formal.

Zarina melihat epal yang sudah digigitnya itu kemudian tersengih sendiri. "Hmm, hamba perasan juga." Tuturnya lalu menoleh ke arah Fazia. "Dayang Rabiha, terima bukan?"

"Eh, hamba tidak tahu!" Jawab Fazia dengan kedua belah tangan diangkat bagaikan menyerah diri. "Sebab itulah hamba tanya tuan hamba berdua."

Zarina menoleh ke arah Aryan dan dalam masa yang sama, Aryan turut menoleh ke arah Zarina. Selepas itu, mereka berdua tersenyum senget sebelum menoleh ke arah Fazia semula.

"Jom cari Nafiz lepastu kita terus pergi jumpa Rabiha." Aryan berkata dalam separa berbisik apabila mereka bertiga berjaya mendekatkan diri masing-masing agar mudah untuk berbicara. Sukar jika semuanya harus berbahasa formal walhal sesama sahabat sahaja.

Fazia menganggukkan kepalanya laju kemudian terus sahaja berdiri. Setelah menghabiskan buah yang dimakan dan membuang sisa yang berlebihan, Zarina dan Aryan lantas mengekori Fazia yang sudah tidak sabar untuk mencari jejaka yang disebutkan itu tadi.

"Nafiz dekat mana sebenarnya Fazia? Awak tahu ke?" Tanya Zarina setelah mereka keluar dari kawasan ruang santap yang mana tiada seorang pun petugas istana berada di situ mahupun dayang. Buat sementara, mereka bebas berbicara mengikut mereka.

Tanpa memandangkan ke belakang, Fazia menganggukkan kepalanya laju. "Sahabat rapat saya kot dia tu, tak akanlah saya tak tahu dia ada di mana." Jawabnya dengan penuh bersemangat.

"Saya yang ajak jumpa Nafiz, dia pula yang tunjukkan jalan dan bawa kita." Bisik Aryan kepada Zarina yang jalan beriringan yang mana mengundang tawa wanita itu. 

Akhirnya, langkah mereka terhenti di hadapan kamar milik Shafiy. Aryan sudah berasa tidak selesa kerana dia tidak biasa berjalan-jalan di dalam istana sekiranya tiada hal yang penting manakala Zarina pula sudah menggaru kepalanya tanda tidak faham. 

Apabila Fazia tidak mengatakan apa-apa namun sekadar berdiri sahaja, mereka berdua tidak menanyakan apa-apa yang berada di dalam fikiran mereka. Setelah beberapa minit menunggu, Aryan berniat untuk membuka mulutnya namun diganggu dengan pintu kamar yang terbuka. Maka, terlihatlah Nafiz melangkah keluar dengan dulang di tangan.

"Oh mak-!" Nafiz segera menutup mulutnya daripada terus melatah. Jantungnya bagaikan ingin tercabut apabila terlihat tiga orang insan tercongok di hadapan pintu dengan wajah serius yang benar-benar membuatkan dia kecut perut. "Nak.... Apa?"

"Fazia, macam mana awak tahu dia ada di sini?" Zarina menyoal tanpa menghiraukan Nafiz yang sudah pun terkulat-kulat di situ.

Fazia berpaling kemudian menayangkan senyuman manis. "Sebab tadi dia kata dia nak pergi ke bangunan Beliung Empat untuk hantar makanan jadi saya pun agak-agak sahajalah dia ada di dalam ini. Lagipun, hari ini dia merupakan antara petugas istana lelaki yang bertugas. Tak akanlah dayang pula yang akan memasuki kamar para putera." Balasnya panjang lebar.

"Ha, ya betullah tu. Tapi sampai Aryan pun ada dekat sini. Lain macam betul. Kalian inginkan apa?" Nafiz menyoal sambil memegang dulang di tangan dengan lebih erat lagi.

"Tentang Rabiha."

"Ha, kenapa dengan Rabiha?"

Aryan terus sahaja mengurut dahinya kerana dia sudah banyak  membuang masa dengan para petugas istana di hadapannya kini. Kejap lagi dia harus menyambung tugasan semula jadi baik dia bersuara terlebih dahulu.

"Sudahlah. Nafiz, bagi dulang tu dekat Dayang Cempaka hujung koridor sana tu lepastu ikut kami." Arahnya lalu terus sahaja berjalan.


°°°°°°°°°°


Keluhan kuat dapat didengari keluar daripada bibir mungil wanita itu. Rabiha benar-benar pasrah terhadap apa yang sudah pun berlaku.

"Kalian tahu apa yang saya rasakan sekarang ini? Saya mahu cekik seseorang." Bicara Rabiha kepada empat orang sahabat yang berdiri di hadapannya itu dengan wajah yang sangat menakutkan kerana menahan marah. Wajahnya diraup beberapa kali sudah bagi menenangkan dirinya.

"Hamba tahu tuan hamba mahu mencekik siapa.... Andika bukan?" Satu suara asing menerpa dari arah sisi mereka berlima. Segera mereka berpaling ke arah pemilik suara. Kelihatan seorang penasihat diraja yang berpakaian formal istana sedang berdiri dengan senyuman kecil.

Tidak lain dan tidak bukan, Tuah.

"Tuan Tuah!" Kuat Rabiha bersuara tanpa menahan amarahnya lagi. "Tuan Andika mana?!"

Tuah tertawa kecil sebelum berdehem dan membetulkan posturnya semula. "Dayang Rabiha, tenang-tenang. Bukan niat Andika untuk menjadikan perkara ini diketahui ramai, pesalahnya ialah para dayang yang mencuri dengar, duhai Dayang Rabiha." Tegur Tuah, lembut sekali.

Rabiha mengeluh sekali lagi. Wajahnya kini merah namun Zarina sedar bahawa itu bukan mereka kerana marah namun merah kerana malu.

Dalam duduknya, sudah banyak kali Rabiha membetulkan kedudukan kakinya. Sekejap bersilang, sekejap diluruskan. Dia sudah bagaikan tidak keruan.

"Rabi- Dayang Rabiha." Panggil Fazia menyembunyikan apa yang baru sahaja ingin disebutkannya tadi. "Tuan hamba tidak menolak maka hamba tahu, Tuan Andika tiada niat buruk sekalipun."

"Hamba tahu." Kini suara Rabiha seperti separa berbisik, barangkali lelah kerana baru sahaja menjerit pada Tuah tadi. "Tapi... Hamba malu!"

Ah, kembali semula suara kuat itu. Memang menghilangkan terus suara lembut yang sering digunakannya itu. Fazia dan Zarina akhirnya tertawa apabila melihat karakteristik yang jarang sekali dikeluarkan Rabiha kecuali apabila dia benar-benar tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.

"Andika tu pun, tak ada masa lain. Nak juga buat masa orang ramai. Tak fikir betul." Keluh Tuah sambil menggelengkan kepalanya dengan mata yang dipejamkan. Sebaik sahaja dia membuka matanya semula, lima orang insan yang berdiri di hadapannya itu sudah pun ternganga.

Tuah tertawa lagi tetapi kali ini tanpa mengisahkan siapa yang memandang. "Aduhai, tidak apalah kan? Boleh juga kita berbahasa dengan gelaran 'saya awak' apabila sesama kita. Lagipun, kita kan sahabat dan juga mungkin... Keluarga?" 

Lima orang sahabat itu hanya mengerutkan dahi sambil memandang satu sama lain. Seperti membaca fikiran masing-masing, mereka memandang semula ke arah Tuah yang berdiri sopan lalu menganggukkan kepala.

Jari telunjuk kanan Tuah bawa ke bibir dengan senyuman nipis. "Termasuklah dengan Tuan Putera Shafhan ya." Ujarnya, membawa kejutan kepada mereka.

Hanya kerana pinangan Andika terhadap Rabiha sahaja sudah memadai untuk menjadikan mereka rapat dengan petugas yang sememangnya berkerja di bawah keluarga diraja, apatah lagi menjadi sahabat malah dipanggil keluarga tanpa sengaja.

Zarina tersenyum gembira lalu mengangguk faham.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro