👑~ XXV : 25 ~👑
Hari yang dinantikan tiba, menjadikan seluruh warga Angin Putih gerun akan kedatangan raja dan kedua puteranya dari negara Lembayung Merah itu. Meskipun dinanti-nantikan, namun kepulangan mereka turut dialu-alukan.
Raja Khaizuran bersama dua orang puteranya, memang kurang digemari sesiapa malah mendengar nama mereka sudah cukup membuatkan sang pendengar memaparkan wajah kurang senang.
"Apakah pelan ini akan menjadi?" Soal Zarina dari sebalik pintu kamarnya yang dikongsi bersama Rabiha. Kepalanya dijengulkan keluar bagi melihat Rabiha yang bakal mengiringi keluarga Diraja untuk bertemu dengan tetamu yang bakal kunjung tiba.
Rabiha mengangguk sambil mengangkat dua jari pendamaian. "Pastilah! Ini utusan raja, tiada sesiapa yang boleh menolak dan membangkang keputusan baginda. Jika 'dayang' itu bangkang, sudah pasti penyamarannya terbongkar begitu sahaja!" Jawabnya, senang hati.
Benar, Zarina turut merasakan perkara yang sama. Hatinya tenang pagi ini, bagai menyatakan bahawa segalanya bakal berjalan dengan lancar sekali. Hanya doa yang mampu meniti di bibir kerana masa hadapan itu dipegang oleh yang Maha Esa.
"Jika itu apa yang tuan hamba katakan, hamba pegang ya." Tutur Zarina dengan senyuman. Maka dengan itu, Rabiha terus mengangguk yakin demi menyalurkan semangat yang dirasainya.
"Baiklah, hamba pergi dahulu. Dayang Fazia sudah pun menunggu bersama gadis itu. Doakan kami ya." Rabiha berkata kemudian tertawa kecil bersama Zarina. Setelah mengucapkan selamat tinggal, mereka pun berpisah arah.
Meskipun belum tahu apa yang bakal terjadi, masing-masing sudah tersenyum sendiri. InsyaAllah, semuanya bakal terbongkar tidak lama lagi.
°°°°°°°°°°
Kesibukan warga istana sudah terasa, hiruk-pikuk sudah pun bermula. Dari sudut koridor bangunan Beliung Utama tingkat dua, kelihatan seorang gadis bersama seorang dayang lain sedang memaparkan riak tidak puas hati.
Hatinya membara dengan dendam dan amarah. Dia tahu, kejadian ini bukannya dirancang dan disangkakan, namun apabila dia harus melibatkan diri di hadapan keluarga Diraja yang hadir itu, dia menjadi tidak tenteram. Rimas dan gelisah, itu yang dirasakan olehnya sekarang ini.
"Mengapa hamba ya yang ditugaskan untuk hari ini? Ada apa-apa yang terjadi terhadap Dayang Ina?" Tanya Aliya sambil menunjukkan riak wajah risau. Sekiranya mereka tidak dapat membaca hatinya, pasti semua bakal tertipu dengan lakonannya yang hanyalah satu kepura-puraan.
Fazia memaniskan wajahnya dengan senyuman kecil. "Itulah, hamba pun kurang pasti sebenarnya. Tetapi mengikut apa yang hamba dengar, Dayang Ina ada tugas mustahak di Beliung Lima kerana hanya dia sahaja yang mampu melakukannya. Maaflah, hanya tuan hamba sahaja yang dapat hamba fikirkan sebagai pengganti." Balasnya.
"Oh, tidak ada masalah." Kata Aliya kemudian tertawa comel. "Hamba tidak kisah pun. Cuma hamba risau tentang Dayang Ina, apakah dia baik-baik sahaja? Kerana sejak 'kejadian itu', Dayang Ina seperti.... Sedikit lain." Sambungnya sedih pula.
Anggukan kecil Fazia berikan buat gadis itu. "Hamba pun perasan juga tetapi tidak apalah. Malas mahu jaga tepi kain orang, hihi." Ujarnya diselit tawa sarkastik.
Sebelum mereka sempat berbual dengan lebih lagi, bunyi derapan tapak kaki yang sedang berlari mengejutkan mereka. Kelihatan Rabiha sedang melangkah laju ke arah mereka berkumpul.
Bertambah laju degupan jantung kecil si Aliya. Jika Rabiha sudah berada di sini, bermakna ahli keluarga Diraja Angin Putih turut akan hadir tidak lama lagi. Oh, alangkah indahnya jika masa tidak bergerak sekarang ini.
Mindanya ligat berfikir. Apakah dia akan dihantar semula ke Lembayung Merah? Apakah keluarga Diraja di sana mengenali dirinya di sini? Adakah peristiwa penculikan itu masih diingati mereka? Bagaimana pula dengan kes Zarina 'menikam' Aryan?
Sungguh, dia bingung. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.
Namun pesalah harus menanggung kesalahannya. Biarlah dihukum di dunia, daripada di akhirat nanti.
Maka, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bakal menjadi nasibnya hari ini.
°°°°°°°°°°
Di dalam kamar dayangnya, Zarina duduk berseorangan. Dirinya dibiarkan tenggelam dalam alunan zikir agar jiwanya kekal tenteram. Namun, hatinya tidak putus-putus berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Tok! Tok!
Bunyi pintu diketuk menyentak Zarina semula ke realiti. Matanya terarah pada pintu, siapakah yang mengetuk pintu kamarnya kini jika mereka yang lain sudah memulakan tugasan?
Tanpa berfikir panjang, Zarina mara ke arah pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila insan yang tidak disangkanya berada di hadapan mata.
Tengku Shafhan Iyyad, berdiri di hadapan biliknya dengan senyuman kekok. Selain itu, terdapat juga Tengku Shafiy Ihsan dan Tengku Shaima Imani di belakangnya yang tersengih riang.
"Kakak Dayang Ina!" Ucap kedua-dua kanak-kanak itu serentak. Masing-masing menghulurkan sekuntum bunga yang berlainan buat wanita itu.
Zarina mengambil dua kuntum bunga itu dengan senang hati walaupun dia bingung dengan apa yang baru sahaja terjadi.
Dua kuntum bunga itu direnungnya tekun. Sekuntum mawar merah dan sekuntum bunga matahari jelas indah di dalam pegangannya.
Apakah dua kanak-kanak ini mengambilnya dari taman di belakang istana? Zarina hanya mampu tertawa sendiri.
"Terima kasih." Ucapnya dengan senyuman. Shafiy dan Shaima membalas senyuman itu dengan senyuman yang lebih lebar.
Sebaik sahaja ucapan 'sama-sama' kedengaran, baru Zarina sedar yang Shafhan turut berada di situ. Badannya dihadapkan pada Shafhan namun kepalanya ditundukkan ke bawah. Memang tidaklah dia mahu menentang mata sebegitu sahaja dengan tuan putera idaman hatinya itu.
Bagai watak novel yang terkeluar dari alamnya dan jatuh dari langit! Sempat lagi Zarina bermain dengan angan-angannya.
"Tu- Tu... Tuan Putera Shafhan, Tuan Putera Shafiy dan Tuan Puteri Shaima, ada apa ya hadir ke sini?" Soal Zarina, sedikit ketakutan.
Iyalah, dia sekarang ini berada di kamar. Sudah jelas Shafhan dan adik-adiknya tahu mengenai pelan ayahanda mereka.
Tetapi Zarina lega dan bersyukur yang dirinya diketahui bahawa tidak bersalah. Tidaklah reputasinya jatuh di hadapan pemuda ini.
"Dayang Ina." Panggil Shafhan, sedikit perlahan. Memandangkan Zarina berdiri di hadapannya, suaranya jelas kedengaran.
Terus sahaja Zarina mengangkat wajahnya apabila dipanggil. Shafhan tidak memandangnya maka dia pun menundukkan kepalanya semula atas dasar malu.
"Tu- Tunggu beta ya." Ungkap Shafhan kemudian menundukkan kepalanya lalu berjalan pergi. Terkedek-kedek Shafiy dan Shaima mengekorinya dari belakang.
Zarina mengangkat kepalanya semula. Hah?
Tunggu dia? Tunggu untuk apa ini??
"Apa jadi?" Bisiknya sendiri, tidak mengerti.
Shafhan pula jadi malu sendiri. Sambil berjalan ke arah yang sepatutnya, wajahnya ditutup dengan sebelah tangan. Wajahnya terasa panas dan bahang. Tindakan berani apakah yang baru sahaja dilakukannya tadi?
Tidak pernah sama sekali dia berkata-kata dengan wanita seperti itu. Jika Zarina mengerti apa yang dimaksudkannya, memang jatuh pengsan dia ini akibat terlalu segan dan malu.
Shafiy dan Shaima saling berpandangan kemudian menekup mulut masing-masing menggunakan sebelah tangan. Sedaya upaya mereka mencuba untuk tidak melepaskan tawa. Wajah abang mereka yang merah padma menunjukkan bahawa abang mereka masih tidak berubah dari dahulu lagi.
Semakin dekat mereka melangkah ke bangunan Beliung Utama, semakin laju degupan jantung Shafhan sehingga boleh didengari di telinganya. Apabila semua ini sudah selesai, hanya dia tahu apa perkara yang bakal menyusul seterusnya.
Jantungnya kencang, hatinya tidak tenang.
Shafhan menggenggam helaian kain baju pada bahagian dada kiri. Umpama menenangkan jiwanya yang bergelora, dia beristighfar panjang.
"Perasaan apa ini ya?" Gumamnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro