👑~ XXIX : 29 ~👑
Suasana istana pada petang itu amat damai seperti tiada apa yang baru sahaja terjadi di pagi hari. Setelah melakukan perjumpaan, Rabiha dan Andika akhirnya berdamai meskipun Rabiha itu masih panas hatinya terhadap apa yang berlaku. Namun apakan daya, apa yang sudah berlaku tidak boleh diubah lagi.
"Dayang Ina ini, baca buku macam mahu tembus buku itu." Tegur Dayang Leha yang kebetulannya sedang melalui Zarina dan sahabat-sahabatnya di kutubkhanah istana.
Fazia tertawa kecil apabila terlihat Zarina yang terkejut akibat ditegur. "Sudah nama pun Dayang Ina, jika tidak macam mahu telan buku yang dibaca, tidak sah." Balasnya apabila Dayang Leha berhenti di sisi meja mereka, menunggu jawapan.
"Pantang rehat, dengan bukulah dia melekat." Sambung Rabiha pula dengan keluhan kecil. Bahu Zarina ditepuk-tepuknya perlahan.
Dayang Leha sekadar menggeleng perlahan apabila melihat tiga sahabat itu. Nampaknya, Nafiz ada tugas lain manakala Aryan pula meronda di luar. Jika tidak, pasti dilihatnya bersama sahaja sekumpulan anak muda ini.
"Tidak apa, ada manfaat juga kan? Apa-apa pun, 20 minit lagi ya. Nanti sambung tugas balik. Jika hamba lihat tuan hamba sekalian di sini lagi nanti, siap ya." Dayang Leha berkata dengan senyuman yang menakutkan. Selepas itu, dia segera meninggalkan tiga sahabat itu bagi menyambung kerjanya yang tergendala di kutubkhanah itu.
Senyuman di bibir Fazia terus sahaja hilang, diganti dengan cebikan terkejut. Kepalanya terus sahaja ditolehkan ke arah Zarina dan Rabiha yang duduk di hadapannya. "Uish, ingat ya Dayang Leha dengan jadual kita?" Soalnya, separa berbisik.
Rabiha menongkat dagunya kemudian memandang Fazia. "Biasalah, Dayang Leha itu kan ketua Dayang istana Angin Putih, semua jadual dayanglah dia ingat. Bukan itu sahaja, para petugas istana lelaki pun sama juga." Jawabnya, turut berbisik.
Sedang mereka berbual-bual itu, keluhan kuat dapat mereka dengari. Segera mereka berpaling ke belakang, melihat Zarina yang sudah pun menyembamkan wajahnya ke atas buku yang terbuka di atas meja.
"Aduhai, ini pula sudah kenapa?" Tanya Rabiha kemudian mengusap kepala Zarina di sebelah.
"Lihatlah, itu kan buku lain yang dibacanya. Buku yang mengandungi cinta hatinya itu sudah pun tamat." Fazia menjawab apabila tiada jawapan yang hadir daripada Zarina. Wanita yang tidak dapat lihat mukanya itu sibuk merengek sendiri.
Buku-buku yang terletak berhampiran dengan Zarina itu dikerling Rabiha. Benar, ia bukan buku yang sama lagi. Sebelum siri terakhir tiba, Zarina akan seringkali membaca siri-siri sebelumnya berulang-ulang kali namun kini tidak lagi. Buku lain dipilih, meski hatinya bagaikan merintih.
"Yalah, si dia sudah dimatikan wataknya. Si dia di dunia sebenar pula berstatus berbeza. Apa tuan hamba fikir yang hamba ini punyai peluang?" Zarina akhirnya bersuara dalam nada sedih. Matanya sayu melihat kedua sahabatnya itu.
Fazia mencebik kecil sebelum merehatkan kepalanya ke atas kedua tangan yang telah pun disilangkan ke atas meja. "Dayang Ina, jodoh tidak ke mana tahu?"
"Doa, Dayang Ina. Segalanya bermula dengan doa." Pesan Rabiha dengan senyuman kecil. Zarina yang masih merehatkan kepalanya di atas meja diusap kepalanya itu.
Kini, Zarina pula yang mencebik namun ditujukan kepada Rabiha. "Itu hamba tidak nafikan namun iri hati pula hamba apabila memikirkan yang tuan hamba sudah punyai pasangan yang baik. Hamba ini?" Soalnya kemudian bersandar pada kerusi yang didudukinya itu.
Mendengarkan itu, Rabiha merehatkan kepalanya ke atas tangan yang dijadikan sebagai tongkat dan menoleh ke arah Zarina yang berada di sebelah. "Wah, hamba yang kena? Pernah dengar, jika lelaki yang baik itu hadir dan mempunyai segala kriteria sebagai lelaki muslim yang sempurna, tidak wajar untuk ditolak? Tetapi jika hamba lihat balik, bukan setakat orang biasa dan bangsawan, malah keluarga diraja seperti Kemuning Hijau yang alim itu pun tuan hamba tolak." Bebelnya dengan jongketan kening.
"Ha, mendapat sekali. Satu buat Dayang Rabiha, kosong buat Dayang ina. Ting, ting!" Sambut Fazia dengan tawa.
Kini, Zarina tidak tahu untuk membalas apa. Betul yang diperkatakan oleh Rabiha itu namun mereka semua di situ sedar bahawa seorang wanita juga ingin hidup dengan pilihannya sendiri maka, tiada penafian yang disuarakan. Tidak membuka mulut pun masing-masing boleh membaca fikiran satu sama lain.
"Haih..." Hanya keluhan sahaja yang terlepas dari bibir mungil milik Zarina.
Lima berminit berlalu, Zarina akhirnya berdiri dan membetulkan tudungnya yang kian senget dan pakaian dayangngnya yang semakin kedut untuk hari itu. Kedua sahabatnya dilihat lalu bersuara. "Baiklah, hamba bergerak dahulu ke bangunan Beliung Satu untuk tugasan seterusnya. Untuk ke sana akan mengambil masa maka, hamba gerak dahulu ya." Pintanya.
"Jaga diri ya, Assalamualaikum." Balas Rabiha dengan anggukan kepala manakala Fazia di sebelah pula sekadar melambai kecil.
Zarina mengukir senyuman manis. "Waalaikumussalam."
°°°°°°°°°°
Sebuah singgahsana yang berwarna kuning diraja megah dikawal oleh beberapa orang pengawal istana. Seorang lelaki tua bermahkota sedang duduk santai di atas kerusi unggul di singgahsananya.
Sedang dia duduk termenung, pintu ke singgahsana terbuka dengan sendirinya, memaparkan dua orang remaja sedang berlari-lari anak ke arahnya. Kedua-duanya berwajah seiras, seorang lelaki dan seorang perempuan.
"Ayahanda!" Panggil yang lelaki.
"Anakanda ada dengar cerita daripada saudara di Lembayung Merah-" Tutur yang perempuan.
"Bahawa kerajaan Angin Putih berjaya memulangkan Cik Muda Aleya ke Lembayung Merah semula setelah dia berjaya mencuri masuk ke negara itu." Sambung yang lelaki itu semula.
Remaja perempuan itu menganggukkan kepalanya. "Sekiranya dengar budi bicara milik Cik Muda itu, putera sulung Angin Putih tidak mencari seorang... puteri?" Ujarnya mengakhiri dengan soalan.
Lelaki tua itu segera duduk dengan tegak daripada terus bersandar. Kedua-dua anaknya yang sepasang itu dipandang dengan tajam. Selalunya, apa yang diperkatakan anak kembarnya ini tidak salah, kerana mereka sentiasa bergerak serata Sutera Kuning dan Lembayung Merah bagi mengisi masa lapang.
"Tidak mencari puteri?" Tanya lelaki tua itu dengan wajah hairan.
"Ya, jika itu apa yang anakanda dengarkan. Sesungguhnya jika anakanda tidak salah, berkemungkinan besar yang dikenan oleh keluarga diraja Angin Putih tidak berdarah diraja mahupun bangsawan." Balas anak lelakinya itu pula.
Segera membulat kedua biji mata milik lelaki tua itu. Apakah benar yang dia dengar ini? Keluarga diraja berkenan dengan seorang rakyat biasa? Oh, ini tidak boleh jadi. Perkara ini harus dilarang kerana akan mencemarkan nama warga diraja tidak kira negaranya.
"Apakah yang memberitahu kamu berdua itu Cik Muda Lembayung Merah yang diperkatakan?" Soal lelaki tua itu bagi mendapatkan kepastian.
Anak perempuannya mengangguk laju. "Ya, ayahanda. Anakanda sudah menjalinkan persahabatan bersama dia! Anakanda berjumpa dengannya sewaktu menziarahi saudara di Lembayung Merah semalam. Manis dan baik orangnya. Padanlah putera bongsu Lembayung Merah berkenan sungguh." Jawabnya dengan penuh bersemangat.
"Berkenan dengan orang yang meninggalkan negaranya sendiri demi putera negara lain? Jangan buat lawaklah, Rhiana." Sampuk remaja lelaki itu pada kembarnya. Sang perempuan yang dipanggil Rhiana itu sekadar menjulingkan matanya ke atas tanda mengejek.
Lelaki tua itu bermain dengan janggutnya bagi menunjukkan yang dia sedang berfikir. Matanya mencari-cari kebenaran dari setiap riak dan pergerakan anak-anaknya itu. Apabila tiada dusta yang dapat dikesan, dia mengangguk faham.
"Baiklah. Junjung kasih buat Randhi dan Rhiana untuk maklumat ini. Inilah apa yang ayahanda mahu lihat dalam seorang putera dan puteri, fokus dengan keadaan semasa dan orang sekeliling." Pujinya dengan senyuman nipis. Wajahnya redup melihat pasangan kembar di hadpaannya itu.
Pasangan kembar diraja yang dikenali ramai dari negara Sutera Kuning, Tengku Randhi dan Tengku Rhiana, anakanda Raja Narendra dan Permaisuri Naela. Mereka berdua itu kebanggaan diraja, bijak dan lincah meskipun di awal usia.
"Okey, bye!" Ucap Tengku Rhania bersahaja kemudian menundukkan kepalanya sambil mengangkat sedikit kain pakaian yang dipakainya itu. Selepas itu, dia segera berlari pergi.
Tengku Rhandi yang melihat segala gerak-geri Tengku Rhania itu ternganga besar. Adakah adik kembarnya itu baru sahaja bersikap tidak formal di hadapan seorang raja yang berada di singgahsananya dan dilihat oleh para pengawal dan dayang di sini?
Lelaki tua yang dikenali sebagai Raja Narendra itu tertawa kecil. Matanya kini terarah pada Tengku Rhandi. "Seandainya berbicarakan calon, apakah kamu sudah temui seorang, Rhandi?"
Lantas Tengku Rhandi berpaling ke arah ayahandanya itu dengan kerutan dahi. "Oh, belum ayahanda." Jawabnya sepatah dua.
Raja Narendra mengangguk faham dengan cebikan kecil. Tangannya digerak-gerakkan seperti mengarahkan Tengku Rhandi untuk kembali meneruskan kerjanya jika ada. Apa yang bermain di fikiran raja itu sekarang ini adalah pelan perbincangan bersama keluarga diraja Lembayung Merah dan juga menemui Cik Muda yang diperkatakan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro