Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑~ XXIV : 24 ~👑

Ladam kuda yang berbunyi memenuhi kawasan hutan yang menemani perjalanan ke negara Angin Putih. Seorang tua dan dua orang pemuda sedang berdiam diri, menikmati perjalanan mereka pada hari itu.

 Lelaki tua itu hanya merenung kedua-dua orang puteranya itu. Seorang daripada mereka merenung ke luar tingkap kereta kuda sambil berpeluk tubuh manakala seorang lagi pula tekun membaca buku.

"Aisy, kamu rasa apa yang dia buat di sana?" Soal lelaki tua itu kepada anaknya yang membaca buku, Tengku Aisy.

Tengku Aisy segera mengalihkan pandangannya daripada terus memandang buku lalu memberikan sepenuh perhatian buat ayahnya. Cermin mata yang sudah melorot ke bawah dibetulkan. "Seperti yang kita tahu, dia tidak mahu Aidan. Dia mahukan Shafhan." Balasnya, jujur.

Pemuda yang dipanggil Aidan itu lekas memandang abangnya. Tingkap yang terbuka ditutupnya pantas. "Apa yang ada pada Shafhan itu? Sudahlah lurus dan diam sahaja. Apalah perempuan tu, putera negara dia sendiri dia tak nak, negara lain juga dikejar." Balasnya sambil menggolekkan bebola matanya tanda menyampah.

"Kamu jangan cakap macam-macam Aidan. Sampai ke Angin Putih kamu cari dia lepastu tersilap culik orang. Dayang Ina, bukan? Bahaya jika mereka tahu siapa yang menculik dia. Angin Putih pasti tidak akan berdiam diri jika dayang kesayangan mereka itu diambil." Balas lelaki tua itu dengan cebikan bibir.

Keluhan perlahan Tengku Aisy lepaskan. "Ayahanda dan Aidan tidak reti berbincang baik-baik, minta sajalah Cik Muda Aleya itu pulang. Berikan apa yang dia inginkan, pasti jatuh juga di tangan Aidan." Ujarnya lalu sambung  membuka bukunya semula.

"Di sana, dia dipanggil 'Dayang Aliya', okey? Lagipun daku tidak lagi mahukan dia. Dayang Ina itu yang daku inginkan." Tutur Tengku Aidan dengan senyuman sinis. "Sudahlah jelita, sanggup melarikan diri demi menyelamatkan diri. Jika setia dengan daku, pasti menjadi isteri terbaik." Sambungnya lagi.

"Setia dengan kamu? Adakah orang yang mahu setia dengan orang yang menculiknya? Sudah jelas kamu itu jenis memaksa, apatah lagi menjadi suami orang. Tunjukkan yang kamu itu baik, bukan setakat Aleya itu dapat, entah-entah Dayang Ina pun kamu dapat sauk sekali." Ujar lelaki tua itu lalu tertawa bersama anak keduanya.

Tengku Aisy menggeleng kecil. Nampaknya, bapa dan adiknya itu tidak tahu siapakah Dayang Ina yang dibicarakan. Jika mahukan wanita itu, bukan dengan orang biasa sahaja akan kau lawan, malah ahli kerabat dengan lain.

Sedar diri sedikit yang dikau bukan siapa-siapa di mata Dayang Ina, Tengku Aidan.


°°°°°°°°°°


"Lembayung Merah? Berangkat ke sini?" Zarina menyoal, hampir sahaja menjatuhkan penyapu yang dipegang di tangan.

Negara itu? Tuan putera kedua yang menculiknya itu? Menempah maut sungguh jika bertembung!

"Ya, dan hamba ada dengar bahawa kedua-dua putera bakal hadir bersama ayahanda mereka. Bermakna, ada urusan penting sehingga Raja Lembayung Merah pun hadir ke sini." Balas Rabiha sambil menepuk bahu Zarina. Dia cuba untuk menenangkan sahabatnya itu kerana dia tahu apa yang difikirkan oleh Zarina.

Fazia mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Rabiha. "Adakah kedatangan baginda sekeluarga melibatkan Dayang Aliya? Jika benar, senang hati hamba sebenarnya." Tuturnya sebelum menutup mulut menggunakan tangan dengan wajah yang pura-pura terkejut.

"Hamba pun turut merasakan begitu." Balas Rabiha kemudian wajahnya berubah riak sedikit. "Tetapi, tidakkah Dayang Aliya bakal dikenakan hukuman? Lembayung Merah itu persis simbol keganasan, pasti hukumannya melebihi apa yang setimpal." Sambungnya lagi.

Keluhan kecil Zarina lepaskan sebelum menoleh ke arah Rabiha dengan riak yang sukar ditafsir. "Sudah pun dia hampir membunuh Aryan, bukankah hukumannya boleh melibatkan pancungan? Niatnya ialah membunuh hamba, namun tersasar sasarannya. Maka, apakah hukuman yang setimpal buatnya?" Dia bertanya.

Rabiha dan Fazia saling berpandangan. Teramatlah jarang untuk melihat seorang Zarina beriak sedemikian rupa. Nampaknya, dia benar-benar marah terhadap apa yang telah terjadi buat beberapa minggu lalu. Sudahlah kes ini tidak dibawa naik, kini dirinya bagaikan dijadikan sasaran tanpa sebab.

"Aryan itu turut inginkan kepastian dan juga balasan buat dayang itu. Hamba ada saksi, Pahlawan Aryan tersakiti!" Zarina meninggikan suaranya. Jelas kemarahan terpapar pada wajahnya.

Tepukan kecil pada bahu Zarina Rabiha berikan. Rabiha mengangguk faham. Benar, dia amat mengetahui isi hati sahabatnya itu. Jika Zarinalah yang ditikam, pasti dia turut menantikan pembalasan yang harus dilaksanakan.

"Pada hari kejadian, hamba akan minta izin Tuanku untuk-"

"Dayang Ina!" Panggilan seseorang memotong kata-kata Rabiha. Kelihatan Andika sedang berlari ke arah mereka dari kejauhan.

Setibanya di hadapan ketiga-tiga dayang istana itu, Andika mengambil nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Berlarikah dia sehingga penat sebegini?

"Ada apa Tuan Andika?" Tanya Fazia, sedikit kebingungan. Matanya tercari-cari kehadiran Tuah di situ namun batang hidung pemuda itu tidak pun kelihatan.

"Tuah tidak bersama hamba kerana dia menggantikan tempat hamba di sisi Tuan Putera Shafhan." Balas Andika seperti membaca fikiran Fazia. "Namun, hamba hadir ke sini kerana terdapatnya berita penting yang harus disampaikan buat Dayang Ina."

Zarina menepuk dahinya. Apa pula berita yang bakal didapatinya? Hatinya meronta geram kerana hampir kesemua perkara yang berlaku seperti sengaja ditujukan buatnya.

Melihatkan Zarina yang diam tidak berkata apa, Andika membuka lipatan kertas yang dipegangnya dan membacanya perlahan. "Dayang Zarina Elisya Binti Muhammad Zainal, tuan hamba telah diarahkan oleh Tuanku Shahir dan Permaisuri Imarah untuk berada di kamar sewaktu kehadiran Raja Khaizuran dan keluarga bagi mengelakkan sebarang risiko."

Mengelakkan sebarang risiko? Minda Zarina bagaikan memetik suis apabila mendengar barisan terakhir ayat yang diperkatakan oleh penasihat diraja itu.

"Apakah cerita hamba sudah sampai ke pendengaran Tuanku Shahir dan Permiasuri Imarah? Bagaimanakah?" Tutur Zarina, tidak percaya.

Niatnya menceritakan kejadian sebenar kepada mereka yang dipercayai adalah untuk menyelesaikannya secara perlahan-lahan namun tidak pula dia sangka yang perkara ini akan terus ke pendengaran sang pemerintah negara.

"Ya. Seperti yang diperkatakan di sini, Dayang Ina telah diarahkan untuk berada di kamar dan pada ketika itu, Dayang Aliya bakal menggantikan tempat tuan hamba. Ini rahsia kita-" Ujar Andika kemudian meneliti keadaan sekeliling. "-Jangan sampai 'dia' tahu."

Zarina, Rabiha dan Fazia menganggukkan kepala mereka tanda jelas dan faham. Jika difikirkan betul-betul, ini merupakan satu pelan untuk menjatuhkan gadis itu.

Oleh itu, ayuhlah kita bersiap siaga terhadap apa yang akan berlaku nanti.

Semoga pelan Tuanku Shahir ini berjalan lancar dengan bantuan yang Maha Kuasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro